Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
-- ummimq (Kaunselor)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 74
Ahli: 0
Jumlah: 74




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 12 hari yang lalu
lidah-penghunus: 14 hari yang lalu
muslimin23: 22 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Menantu PM Dalang Perhimpunan Hindraf


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Menantu PM Dalang Perhimpunan Hindraf

Please Mendaftar To Post


Oleh Menantu PM Dalang Perhimpunan Hindraf

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 28-12-07 20:13


Menantu PM dalang perhimpunan Hindraf

Dalam siri pertama kami ada menghuraikan serba sedikit tentang kaitan menantu PM dan Hindraf.

" Jadi, beliau pun memulakan taktik jahatnya. Sumber kami mengatakan bahawa beliau (menantu PM) bertemu dengan P. Uthayakumar (Penasihat Undang-Undang Hindraf) beberapa bulan yang lalu dan memulakan perundingan. Diantara perjanjian mereka ialah, menantu PM akan membiayai kesemua kos yang diperlukan oleh Uthayakumar untuk menganjurkan satu perhimpunan yang mengapi-apikan sentimen perkauman dan menaikkan kemarahan orang Melayu. Sebagai balasan, Uthayakumar akan terus disokong dari segi kewangan dan (diberikan) perlindungan daripada dikenakan sebarang tindakan seperti ISA. Sebab itu sehingga hari ini kerajaan tidak menggunakan ISA kepada Uthayakumar walaupun beliau telah memainkan isu yang bahaya dan berpotensi untuk mencetuskan satu rusuhan kaum." Baca selanjutnya disini

Didalam posting Ron yang bertajuk "Pakatan Hindraf- Khairy: Matlamat menghalalkan cara" beliau berkata,

"Apa yang ditulis oleh Anak Jati Rembau seperti di atas belum lagi membuktikan keterlibatan Khairy mendalangi demonstrasi Hindraf. Andaian dan persepsi ini nampak semakin jelas bila tulisan di atas mengatakan Uthyakumar akan dilindungi daripada tangkapan di bawah ISA, tetapi Uthayakumar dan empat lagi pemimpin Hindraf telah pun ditahan bawah ISA pada 13 Disember 2007.

Sekali imbas, tindakan menahan Uthyakumar di bawah ISA memang akan membawa makna bahawa dakwaan wujudnya konspirasi Khairy-Hindraf adalah tidak benar. Tetapi, mustahilkah kalau tangkapan itu dilakukan untuk megaburi keyakinan umum tentang wujudnya konspirasi Khairy-Hindraf kerana konspirasi itu memang sebenar-benarnya wujud?

Jadi, tidakkah penahanan lima pemimpin Hindraf ini boleh disifatkan sebagai tindakan “matlamat menghalalkan cara” di mana matlamatnya di sini adalah menutup sebarang spekulasi mengenai konspirasi Khairy-Hindraf dan caranya adalah menerusi tahanan di bawah ISA?"
Sila baca seterusnya disini

Memang benar sebelum ini menantu PM dan PM tidak mahu menggunakan ISA terhadap Hindraf. Setelah didesak oleh ramai pihak termasuk veteran UMNO, Tan Sri Aishah Ghani sendiri mendesak ISA digunakan terhadap pemimpin Hindraf yang didakwa telah mencetuskan huru-hara.

Mengapa ISA tidak mahu digunakan pada mulanya?

Mudah sahaja. Rahsia keterlibatan menantu PM dengan Hindraf akan bocor ditangan polis. Tetapi PM tertekan oleh kerana beliau didesak agar segera menggunakan ISA. Akhirnya Ghani Patail datang memberi idea. Seksyen 8, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) membenarkan seseorang ditahan terus ke Kem Tahanan Kamunting. Dengan ini, polis sudah tidak mempunyai kuasa terhadap seseorang tahanan.

Maka itulah sebabnya mengapa 5 pemimpin Hindraf ditahan terus selama dua tahun ke Kem Tahanan Kamunting. Maka rancangan jahat menantu PM itu dapat disembunyikan daripada pengetahuan polis. Menantu PM tahu bahawa polis tidak suka kepadanya. Ini dapat dibuktikan apabila polis tidak bertindak menangkap pemimpin Bersih seperti yang diarahkannya sebelum 10 November 2007.

Setelah ISA digunakan, sokongan orang Melayu kembali kepada Abdullah. Misi menantu PM berjaya.

artikel asal


-----------------
http://al-ahkam.net/home/index.php

http://www.alwahy.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

dziaulhaq
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2004
Ahli No: 12403
Posting: 563
Dari: perut IBU

singapore   avatar


posticon Posting pada: 28-12-07 21:14


:: huh?? :-o :jangan:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For dziaulhaqProfil   Hantar PM kepada dziaulhaq   Quote dan BalasQuote

nawzah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.12.2006
Ahli No: 27687
Posting: 219
Dari: BUMI ALLAH S.W.T.

jordan  


posticon Posting pada: 28-12-07 21:31


Sudah terang lagi bersuluh, keadaan kepimpinan kerajaan sudah penuh dengan pelbagai konspirasi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nawzahProfil   Hantar PM kepada nawzah   Quote dan BalasQuote

aisya_aqmar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.08.2004
Ahli No: 10643
Posting: 195
Dari: pasir puteh ~ kaiy ell ~ k. tganu ~ next....?

Kelantan  


posticon Posting pada: 28-12-07 22:36


ishk... ada-ada saja si khairy ini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aisya_aqmarProfil   Hantar PM kepada aisya_aqmar   Quote dan BalasQuote

teratai_putih
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.12.2006
Ahli No: 27690
Posting: 77
Dari: J0hor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-12-07 01:45


hurm..betul ke cita ni?
tak baik buat cita-cita macam ni?
ada bukti ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For teratai_putihProfil   Hantar PM kepada teratai_putih   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 30-12-07 14:40


Pada 28-12-07 21:31 , nawzah posting:

!!! QUOTE !!!

Sudah terang lagi bersuluh, keadaan kepimpinan kerajaan sudah penuh dengan pelbagai konspirasi...




hmm,macam tu rupanya.baru tahu ada orang yang suka mengapi2 kan benda ni.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Ninja85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.10.2007
Ahli No: 31536
Posting: 218
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 30-12-07 14:52


assalamualaikum.kalau betul lah cerita ni,sya tak tau nak cakap apa lagi dan apa akan jadi pada malaysia?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ninja85Profil   Hantar PM kepada Ninja85   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 01-01-08 19:34


Matlamat Menghalalkan Cara (bahagian 3)
PAKATAN HINDRAF - KHAIRY
MATLAMAT HALALKAN CARA?

Oleh Ruhanie Ahmad - Blog Kuda Kepang

Sudah saya nyatakan dalam bahagian dua pada 27 Disember 2007, bahawa penahanan lima pemimpin Hindraf bawah ISA pada 13 Disember 2007 mungkin boleh disifatkan sebagai satu tindakan “matlamat menghalalkan cara” di mana matlamatnya adalah menutup sebarang spekulasi mengenai konspirasi Khairy-Hindraf dan caranya adalah menerusi tahanan di bawah ISA.

Hakikat ini jadi semakin jelas apabila kelima-lima pemimpin Hindraf terbabit hanya di tahan di bawah ISA Seksyen 8 dan bukannya Seksyen 73. Kedua-dua seksyen ini mempunyai prosidur dan implikasi yang amat berbeza ke atas pihak yang ditahan.

Mengikut ISA Seksyen 8, arahan penahanan dibuat oleh Menteri Dalam Negeri. Pihak yang ditahan pula terus dihantar ke Pusat Tahanan di Kemunting, Perak. Pihak yang ditahan juga tidak akan menjalani apa-apa soal-siasat intensif oleh pihak polis di tempat rahsia, lazimnya di sekitar Kuala Lumpur. Ini bermakna pihak yang ditahan terus diletakkan di bawah tanggungjawab Jabatan Penjara Malaysia. Mereka seolah-olah diberikan cuti paksa selama dua tahun.

Misteri

Mengikut ISA Seksyen 73, perintah penahanan dibuat oleh pihak polis. Mereka yang ditahan akan disimpan di satu tempat misteri selama 60 hari. Mereka tidak diizinkan untuk ditemui oleh sesiapa waima ahli keluarganya yang terdekat.

Di sepanjang bulan pertama tempoh tahanan itu, mereka menjalani sessi soal-siasat yang intensif. Mereka akan disoal-siasat segala-galanya yang membabitkan diri mereka, pergerakan mereka dan lain-lainnya. Pada bulan kedua, mereka pula akan menjalani proses pemulihan. Pada hari ke-60, mereka akan berhadapan dengan dua kemungkinan. Satu, akan dibebaskan. Kedua, pihak polis akan mendapatkan kelulusan Menteri Dalam Negeri untuk terus menahan mereka bagi menjalani pemulihan selanjutnya di Kem Tahanan Kemunting, Perak.

Demikianlah hakikat dan perbezaannya. Jadi apakah implikasinya bila kelima-lima pemimpin Hindraf hanya ditahan di bawah ISA Seksyen 8? Ini bermakna perintah tahanan mereka dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Mereka tidak menjalani apa-apa sessi soal-siasat intensif oleh pihak polis selama sebulan. Mereka juga tidak menjalani proses pemulihan selama sebulan berikutnya.

Musykil

Sebaliknya, pemimpin-pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah Seksyen 8 hanya terus dibawa ke Kem Tahanan Kemunting. Mereka juga boleh menerima lawatan keluarga terdekat. Pendek kata, mereka menjadi tetamu rasmi Jabatan Penjara Malaysia sekurang-kurangnya selama dua tahun.

Hakikat seperti ini pasti menimbulkan tanda tanya yang bukan kecil. Antara soalan-soalan yang timbul adalah seperti berikut:

Mengapakah pemimpin-pemimpin Hindraf, organisasi yang dipercayai mempunyai kaitan dengan organisasi militen antarabangsa, tidak menjalani sessi soal-siasat intensif sewaktu dalam tahanan ISA?

Mengapakah mereka tidak disoal-siasat mengenai latarbelakang yang menyebabkan mereka membuat tuduhan mengenai pembersihan ektik dan mini-genocide ke atas kaum India di Malaysia?

Mengapakah tidak mahu dipastikan sebab-sebab mereka membuat kenyataan penuh provokasi terhadap UMNO, umat Islam dan orang Melayu sehingga hampir-hampir mencetuskan perbalahan kaum dan pertumpahan darah?

Mengapakah tidak disoal-siasat sebab-sebab mereka tergamak merayu komuniti antarabangsa untuk mendesak Kerajaan Malaysia memansuhkan Perlembagaan negara ini?

Mengapakah tidak disoal-siasat mengenai siapakah yang mendalangi demonstrasi mereka dan siapa pula yang membiayai demonstrasi berkenaan?

Mengapakah tidak disoal-siasat sama ada benar Hindraf mempunyai hubungan dengan komuniti militen di Sri Lanka dan India?

Dalang

Sebaik sahaja demonstrasi Hindraf, kedengaran tuduhan bahawa dalang demonstrasi itu adalah kumpulan parti pembangkang di negara ini. Bagaimanakah tuduhan ini mahu dipastikan kalau kumpulan pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA pun tidak disoal-siasat?

Sebaik sahaja Hindraf mengeluarkan kenyataannya yang provokatif, sebilangan orang Melayu dan umat Islam jadi emosional sehingga ada juga yang berura-ura mahu bertindak balas secara fizikal ke atas keturunan India. Jadi, Kenapa tidak disoal-siasat mengapakah Hindraf mengeluarkan kenyataan itu?

Sebelum mereka ditahan di bawah ISA, ada pegawai tinggi kerajaan menuduh Hindraf sebagai mempunyai hubungan dengan puak militen seberang laut. Kalau pemimpin Hindraf yang ditahan tidak disoal-siasat, bagaimanakah dakwaan ini mahu dipastikan?

Kalau begitu keadaannya, Kenapa tahan mereka di bawah ISA? Kalau begitu, tidakkah prnahanan ini mengesahkan wujudnya konspirasi? Kalau begitu, salahkah kalau penahanan ini disifatkan sebagai satu sandiwara yang diarahkan oleh proksi Abdullah? Kalau begitu, mungkinkah Khairy yang menjadi dalang kepada segala-galanya?

Angkara

Persoalan-persoalan di atas adalah penting. Ia penting kerana kalaulah pihak kerajaan memang menahan para pemimpin Hindraf di bawah ISA untuk mencari kebenaran, kenapakah mereka tidak disoal-siasat oleh pihak polis? Mengapakah begini jadinya? Adakah kerana proksi Abdullah yang mendalangi demonstrasi Hindraf takut pihak polis akan mengetahui konspirasi mereka? Adakah kerana mereka takut pihak polis mengetahui segala-galanya mengenai perancangan mereka?

Atau, pihak polis mungkin memang sudah tahu bahawa demonstrasi itu adalah angkara proksi Abdullah. Sebab itukah polis tidak mahu menahan mereka di bawah Seksyen 73? Atau, pihak polis memang tidak tahu bahawa dalang demonstrasi itu adalah proksi Abdullah. Dan, sebab itulah proksi Abdullah mencadangkan tahanan itu dibuat di bawah Seksyen 8 untuk mengelakkan rahsianya dibongkar oleh pihak polis?

Jadi, soalnya di sini, mungkinkah seluruh perkara di atas tidak terjadi kalau tiada dalang di sebalik Hindraf? Siapakah dalang itu? Adakah tindakan di atas juga sebahagian daripada strategi “matlamat menghalalkan cara”? Kisah seterusnya akan dihuraikan dalam bahagian empat siri ini.

- Ruhanie Ahmad

artikel asal


-----------------
http://al-ahkam.net/home/index.php

http://www.alwahy.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.263309 saat. Lajunya....