Oleh |
RM4 juta sambut Kuala Terengganu jadi bandar raya |
syah_apium
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 15.06.2003 Ahli No: 1424
Posting: 415
Dari: malaysia
|
Posting pada: 21-12-07 21:46
Petikan Utusan Malaysia (21/12/2007) RM4 juta sambut Kuala Terengganu jadi bandar raya Oleh Irman Hashim KUALA TERENGGANU 20 Dis. – Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM4 juta bagi mengadakan majlis sambutan sempena pengisytiharan Kuala Terengganu sebagai bandar raya dan Tahun Melawat Terengganu (TMT) pada 1 Januari ini. Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pelbagai acara termasuk pertunjukan bunga api di empat lokasi iaitu di Taman Shahbandar, Gong Badak, Manir dan Bukit Besar akan diadakan bagi memeriahkan majlis tersebut. Katanya, majlis bersejarah itu akan dimulakan dengan pemasyhuran Kuala Terengganu sebagai bandar raya oleh Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Maziah di sini. “Pelantikan Datuk Bandar Kuala Terengganu juga akan dilakukan pada majlis yang sama di Istana Maziah,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Iman di sini semalam. Menurut Menteri Besar, majlis pelancaran TMT 2008 juga akan dilakukan bersama sempena pengisytiharan Bandar Raya Kuala Terengganu. “Pada malam pengisytiharan (1 Januari) Kuala Terengganu sebagai bandar raya itu, orang ramai boleh menyaksikan kemeriahan pertunjukan bunga api di empat lokasi utama di bandar ini,” jelas beliau. Selain itu, tambahnya, perarakan kereta berhias dan pertunjukan kebudayaan turut diadakan di taman berkenaan. ----------------- ukhwah itu indah bila dihubungkan melalui silaturrahim layari http://ibnusyah.blogspot.
|
swordofdeen
WARGA SETIA Menyertai: 11.06.2003 Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth
|
Posting pada: 21-12-07 22:13
apa yang jadikan k terang bandaraya? sebab ada arak? ada cabaret? boleh pegang orang sesuka hati mahram depan khalayak ramai? boleh tubuh kumpulan punk? so, let's define 'bandaraya'
|
syah_apium
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 15.06.2003 Ahli No: 1424
Posting: 415
Dari: malaysia
|
Posting pada: 21-12-07 22:18
entah lah hebatnye MB Terengganu memerintah lebih kurang 3 @ 4 tahun memerintah sudah dapat pengiktirafan bandaraya mengalahkan menteri besar lain-lain negeri itulah motto "ISLAM HADHARI TERENGGANU BESTARI" ----------------- ukhwah itu indah bila dihubungkan melalui silaturrahim layari http://ibnusyah.blogspot.
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 21-12-07 22:28
hehehehehe,hadiah kepada rakyat kerana bagi bn menang di ganu agaknya
|
dziaulhaq
WARGA SETIA Menyertai: 10.11.2004 Ahli No: 12403
Posting: 563
Dari: perut IBU
|
Posting pada: 21-12-07 23:36
:: taraf bandaraya,lepas ni cukai yang dkenakn akan semakin tinggi..Georgetown yang lebih maju pun tak nak dinaikn taraf sebagai bandaraya.Sebab KM P.Pinang tak nak rkyatnya(yang majoriti bangsa cina) kena byar cukai tinggi... -----------------
|
saffaa
Warga 3 Bintang Menyertai: 08.03.2005 Ahli No: 14994
Posting: 120
Dari: atas tanah
|
Posting pada: 22-12-07 03:05
islam tak perlu dihadharikan tapi tamadun itu yang perlu diISLAMkan sedih melihat negeri sendiri makin jauh dari ajaran sebenar..
|
aesyah86
Warga 3 Bintang Menyertai: 22.11.2007 Ahli No: 31801
Posting: 109
Dari: chendering, tGanu
|
Posting pada: 22-12-07 18:54
masyaAllah..4juta?monsun cup baru ni pun dah habis berjuta2... rupa-rupanya macam ni lah islam hadhari terengganu bestari..tapi buat maksiat hari2..
|
ghazi
WARGA SETIA Menyertai: 25.08.2007 Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang
|
Posting pada: 22-12-07 21:02
Salam, Pembangunan fizikal semata-mata bukanlah satu perkembangan yang menyihatkan. Pelbagai masalah yang akan timbul seiring dengan proses urbanisasi. Perubahan status, kenaikan kos hidup, harga barang, cukai dan sebagainya. boleh membawa kesan negatif, lebih-lebih lagi jika tak disertakan dengan pembangunan peribadi Islam dalam diri setiap individu Muslim. Peruntukan yang ada tidak disalurkan ke tempat yang sepatutnya. Status bandaraya bukanlah suatu yang boleh dibanggakan sekiranya dalam masa yang sama masalah pengangguran masih berleluasa. Bukan niat saya nak memburuk-burukkan penduduk Terengganu, sebaliknya saya nak menunjukkan betapa pengagihan sumber kekayaan itu tak kena pada tempatnya... Jutaan ringgit dibelanjakan untuk keraian, namun kemiskinan masih berleluasa. Kemahiran ada, namun tak dimanfaatkan untuk pembangunan. tenaga kerja pun kebanyakannya profesional, namun 'tak dihargai'. Saya pernah ke Terengganu beberapa bulan yang lepas. Dalam perbualan saya dengan seorang pakcik warga tempatan, beliau ada menyatakan, "kat sini, budak universiti pun menganggur jugak. Yelah, tak ada kerja nak buat macam mana." "Kalau dulu, tinggalkan rumah sebulan pun tak hilang apa-apa. Sekarang ni keluar sehari saja, habis barang-barang hilang. Dulu tak kisah pun nak tinggalkan kuali ke, barang-barang kat laman. Sekarang ni tak boleh leka sikit pun. Ye lah, orang nak kerja, tak ada peluang. Akhirnya ada yang 'terpaksa' mencuri untuk cari makan." Demikianlah lebih kurang. Saya tak ingat secara detail, namun inilah sedikit-sebanyak luahan daripada seorang warga Terengganu... Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul... Wallahu'alam... ----------------- Buah Cempedak di Luar Pagar, Ambil Galah Tolong Jolokkan, Saya Budak Baru Belajar, Kalau SalahTolong Tunjukkan.
|
hudahasnan
WARGA SETIA Menyertai: 10.01.2005 Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman
|
Posting pada: 22-12-07 23:48
Pada 21-12-07 22:28 , Rashdin posting:!!! QUOTE !!! hehehehehe,hadiah kepada rakyat kerana bagi bn menang di ganu agaknya bagi menang? atau "dimenangkn"? wallahua'lam..tapi tak best rasanya bila saudara kata "hadiah kepada rakyat". rasanya hanya "sebahagian" rakyat.
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 23-12-07 01:38
itu cuma pandangan saya saja.tak semsetinya betul.
|
ghazi
WARGA SETIA Menyertai: 25.08.2007 Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang
|
Posting pada: 23-12-07 01:52
Pada 22-12-07 03:05 , saffaa posting:!!! QUOTE !!! islam tak perlu dihadharikan
tapi tamadun itu yang perlu diISLAMkan
sedih melihat negeri sendiri makin jauh dari ajaran sebenar.. Salam, i beg to differ. Peranan kita sekarang bukanlah untuk mengIslamkan tamadun, kerana Islam telahpun mempunyai tamadunnya sendiri. Sebaliknya peranan kita sekarang ialah mengembalikan umat Islam kepada pengamalan dan kehidupan dalam tamadun Islam yang hakiki... Tentu kita dapat tangkap perbezaan antara mengIslamkan tamadun dengan kembali mengamalkan tamadun Islam... Wallahu'alam... Maaf kalau sedikit off-topic. ----------------- Buah Cempedak di Luar Pagar, Ambil Galah Tolong Jolokkan, Saya Budak Baru Belajar, Kalau SalahTolong Tunjukkan.
|
mohamad
Menyertai: 04.09.2006 Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor
|
Posting pada: 23-12-07 11:15
... wahh... 4 juta tu. bukannya 4 posen.... 4 kupang... ada apa dengan bandar??....
|
alexander
WARGA SETIA Menyertai: 24.12.2004 Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 23-12-07 14:43
|