Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Ketahuilah kiranya kebahagiaan orang yang dikuasai oleh kemalasan, maka beratlah mereka untuk berjuang, berlatih dan bekerja untuk sucikan diri dan akhlak."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 150
Ahli: 0
Jumlah: 150




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 16 jam, 6 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Komputer dan IT
Topik: HP Compaq dc7800 Ultra-slim nipis tetapi berkuasa


Carian Forum

Moderator: Administrator, ibnuyahya
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Komputer dan IT
    »» HP Compaq dc7800 Ultra-slim nipis tetapi berkuasa

Please Mendaftar To Post


Oleh HP Compaq dc7800 Ultra-slim nipis tetapi berkuasa

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 16-12-07 07:17


aa
Pengguna juga boleh memilih HP Compaq dc7800 dalam bentuk mini tower.

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN

Menyeberangi sempadan kuasa, inovasi dan prestasi, HP memperkenalkan penyelesaian desktop komersial baru yang memberikan perniagaan komputer mudah alih yang unik dan inovatif.

HP Compaq dc7800 Business Desktop PC menggabungkan kuasa dan prestasi yang diimpikan oleh pengguna yang mahukan kelainan.

Pengurus Besar, Kumpulan Sistem Personal Hewlett-Packard (M) Danny Lee berkata, perniagaan kecil dan sederhana (SMB) mahukan pengkomputeran yang berprestasi tinggi pada harga yang mampu dimiliki serta menjimatkan tenaga.

“Produk yang kami tawarkan direka khusus bagi memenuhi keperluan SMB di rantau ini dan kerana itu juga kami memperkenalkan produk pengkomputeran yang terkecil, berkuasa dan menjimatkan tenaga di pasaran,” katanya.

Sebagai salah satu daripada desktop terkecil, menjimatkan tenaga dan sedia untuk kegunaan enterpris, HP Compaq dc7800 Ultra-slim Desktop PC adalah 46 peratus lebih kecil berbanding dengan model HP sebelum ini bagi memberikan penjimatan tenaga maksimum tanpa mengurangkan prestasi.

HP melancarkan dua monitor baru dalam Advanced Series iaitu Monitor Panel Leper HP L1750 dan L1950 memberikan SMB prestasi tambahan serta memberikan keselesaan kepada pengguna.

Dalam Essential Series HP menampilkan HP L1908w 19 inci Monitor LCD Lebar.

Monitor Essential Series merupakan model yang mempunyai nilai terbaik kerana boleh disesuaikan dengan bajet SMB tanpa mengurangkan prestasi.

HP Compaq dc7800 Ultra-slim Desktop yang direka semula menampilkan rupa bentuk yang menarik dan menjimatkan tenaga dan prestasi dalam bentuk zero-footprint bagi apa saja saiz perniagaan.

Reka bentuk

Komputer peribadi HP dc7800 Ultra-slim Desktop merupakan komputer paling kecil yang menepati kehendak enterpris seperti fleksibel, keselamatan dan pengurusan yang tinggi.

Reka bentuk yang kompak dan mesra alam mudah memenuhi ruang kerja yang sempit dan mempunyai zero-footprint di meja apabila digunakan dengan Integrated Work Center atau apabila di bawah meja atau di dinding dengan HP’s Quick Release.

Dengan harga permulaan RM2,699, komputer peribadi yang mempunyai sijil Energy Star 4.0 juga menyediakan peralatan pilihan seperti perisian pengurusan tenaga mudah alih Verdiem SURVEYOR yang memudahkan pelanggan mengukur, mengurus dan mengurangkan penggunaan tenaga dalam rangkaian komputer dan organisasi.

HP dc7800 Ultra-slim Desktop PC meningkatkan siri HP 7000 Business PC dengan menyediakan keselamatan yang maksimum, pengurusan dan kestabilan menerusi teknologi pengkomputeran terbaik dalam kelasnya dengan ciri produktiviti seperti sokongan paparan kembar dan keupayaan tanpa wayar pilihan.

HP Secure Advantage menyediakan enkripsi cakera keras volum penuh yang eksklusif manakala sokongan Window ReadyBoost membantu memastikan aplikasi permulaan pantas dan mengoptimumkan tindakbalas sistem operasi Vista.

Modul HP Flash pilihan telah direka bagi memaksimumkan dan meningkatkan prestasi ReadyBoost dan meningkatkan aplikasi kelajuan muatan sehingga 50 peratus dan peningkatan 20 peratus dalam tindak balas cakera keras.

HP Compaq dc7800 PC juga datang dalam Convertible Minitower dan model Small Form Factor dan bergabung dengan chipset terkini Intel Q35 dan teknologi Intel vPro bagi memudahkan pengurusan, keselamatan dan boleh diharapkan.


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.089931 saat. Lajunya....