Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang-orang yang suka memuji dan mengampu bukan kawan sejati, kerana merosakkan hati kawannya.
-- -- Saidina Ali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 247
Ahli: 0
Jumlah: 247




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: ..::Suami mithali idaman isteri::..


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» ..::Suami mithali idaman isteri::..

Please Mendaftar To Post


Oleh ..::Suami mithali idaman isteri::..

kasih_kekasih

Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 415
Posting: 1813
Dari: ....PeRMaTaNg PaUH.......

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 14-12-07 10:03


SEBAGAI lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang dikagumi? Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua - disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?

Kalaulah anda belum berpunya, pasti ramai yang bakal menjadi pemujanya. Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba memenuhi apa yang diinginkan wanita. Jika anda mengidam mendapat pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna mungkin.

Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari golongan hawa.

Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya.

Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda. Tentu anda bakal diburu oleh wanita mendambakan lelaki seperti dimaksudkan.


1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik

3. Suami ‘mithali’ menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda

4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut

8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah

3. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai ‘role model’. Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.





                                :bunga: "Aku mencintaimu kerana agama
                                    yang ada padamu,jika kau hilangkan
                                            agama dalam dirimu,
                                        hilanglah cintaku padamu."                            



-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For kasih_kekasihProfil   Hantar PM kepada kasih_kekasih   Pergi ke kasih_kekasih's Website   Quote dan BalasQuote

kakisamun
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 14-12-07 10:08


.. saya pun mengidamkan suami mithali:malu:..:welcome:..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakisamunProfil   Hantar PM kepada kakisamun   Quote dan BalasQuote

Iman_Hayati
WARGA SETIA
Menyertai: 24.10.2003
Ahli No: 4642
Posting: 940
Dari: Bumi ALLAH

Kelantan  


posticon Posting pada: 14-12-07 10:18


semua isteri mengidamkannya..semoga ahli2 muslimin ukhwah membaiki diri untuk menjadi suami mithali:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Iman_HayatiProfil   Hantar PM kepada Iman_Hayati   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 14-12-07 11:12


kita sentiasa mendambakan pasangan hidup yang terbaik untuk kita,
tapi dalam masa yang sama,
kita jangan terlupa untuk menjadi pasangan terbaik dambaan seorang suami...

isteri yang solehah insyaALLAH... :bunga: :bunga: :bunga: :bunga:



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

murabbiyah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 19.11.2007
Ahli No: 31754
Posting: 26
Dari: LABUAN

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 15-12-07 09:50


semoga semua muslimin yang bergelar suami atau bakal bergelar suami mempunyai sikap dan sifat seperti tu,,, alangkah bahagianya hidup berumah tangga jika ia terjadi,,

Bookmark and Share

    


  Member Information For murabbiyahProfil   Hantar PM kepada murabbiyah   Quote dan BalasQuote

Muddathsir787
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2007
Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-12-07 09:58


kalau TAK LETAK IKON MELELEH AIR LIUR itu TAKBLEH KERR..??

Bookmark and Share

    


  Member Information For Muddathsir787Profil   Hantar PM kepada Muddathsir787   Quote dan BalasQuote

muslimah83
WARGA SETIA
Menyertai: 05.02.2004
Ahli No: 7015
Posting: 1001
Dari: Tawau

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 15-12-07 09:58


Pada 14-12-07 10:08 , kakisamun posting:

!!! QUOTE !!!

.. saya pun mengidamkan suami mithali:malu:..:welcome:..


adakah patut...saya doakan en.kakisamun jadi suami mithali.. :-) :-)


-----------------
"InDaHnYa IsLAm"


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah83Profil   Hantar PM kepada muslimah83   Quote dan BalasQuote

pejuang_terakhir
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30837
Posting: 533
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 15-12-07 10:08


wah.....bahagie nya baca...ana minta pada Allah semoga ciri-ciri itu semua ada pada diri ana yang kerdil ini

Bookmark and Share

    


  Member Information For pejuang_terakhirProfil   Hantar PM kepada pejuang_terakhir   Quote dan BalasQuote

pejuang_terakhir
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30837
Posting: 533
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 15-12-07 10:18


yang isteri punya tak ada ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For pejuang_terakhirProfil   Hantar PM kepada pejuang_terakhir   Quote dan BalasQuote

farah_humaira
Warga 2 Bintang
Menyertai: 10.11.2007
Ahli No: 31651
Posting: 55
Dari: kedah

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 15-12-07 10:48


saya pun idamkan suami mithali..tapi sekarang nh susah nak cari..tapi saya xrisau sebab perempuan yang baik dengan llaki yang baik..hehe..:grin:
aslkan pandai jaga diri..huhu


-----------------
"Cinta Allah adalah cinta yang hakiki.."


Bookmark and Share

    


  Member Information For farah_humairaProfil   Hantar PM kepada farah_humaira   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 15-12-07 10:52


!!! QUOTE !!!

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.

setakat ni...baru boleh buat no.1 saja dulu... :D


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

Iman_Hayati
WARGA SETIA
Menyertai: 24.10.2003
Ahli No: 4642
Posting: 940
Dari: Bumi ALLAH

Kelantan  


posticon Posting pada: 15-12-07 10:58


kau adalah penjaga ku
kau adalah pelindungku
kau adalah pendampingku di setiap langkah2ku..
semuanya dengan izin Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Bookmark and Share

    


  Member Information For Iman_HayatiProfil   Hantar PM kepada Iman_Hayati   Quote dan BalasQuote

nur_anis
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.06.2003
Ahli No: 1496
Posting: 395
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 15-12-07 14:43


semoga ditemukan dengan bakal suami yang mempunyai ciri-ciri tersebut

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_anisProfil   Hantar PM kepada nur_anis   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 23-12-07 00:55


** kadangkala bila seseorang letak satu ikon..
atau posting balasan yang tak berkenan pada mata kita..
tak bermaksud ianya sama erti dengan apa yang nak disampaikan oleh penulis

pelbagai firasat maksud disebalik ayat seseorang...
apetah lagi ikon..
sama juga... bila kita nampak seseorang tu ceria+happy+smile saja
tak bermaksud dia happy dalaman..
mumkn dalam hatinye pelbagai masalah yang terpaksa dibelenggu..
hinggakan kita kena menonjolkan sifat antonim tersebut.

wah..ayat macam ahli psokolgi ini...ehehe..

moral of stori-mori
janganlah melABElkan maksud tanpa mengenal pasti maksud disebalik
LAbel ikon pemosting... just fokos pada intipati kandungan..

wallahu'alam...


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-12-07 12:53


betul tu... sokong kak simple_shida...
lihat pada kandungannya, bukan hiasannya,,,

suami mithali...
ismi percaya sesiapa jua mengimpikan suami yang soleh...
cuma.. layakkah diri ini... ades.. ades... ades...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

kakisamun
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 24-12-07 13:49


Pada 15-12-07 09:58 , muslimah83 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 14-12-07 10:08 , kakisamun posting:

!!! QUOTE !!!

.. saya pun mengidamkan suami mithali:malu:..:welcome:..


adakah patut...saya doakan en.kakisamun jadi suami mithali.. :-) :-)



.. "i" laik:malu:.. Amin.. terima kasih Malaysia:welcome:..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakisamunProfil   Hantar PM kepada kakisamun   Quote dan BalasQuote

aisya_aqmar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.08.2004
Ahli No: 10643
Posting: 195
Dari: pasir puteh ~ kaiy ell ~ k. tganu ~ next....?

Kelantan  


posticon Posting pada: 25-12-07 00:20


sama-samalah kita berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk pasangan masing-masing... insya Allah kita akan dikurniakan yang terbaik oleh-Nya... kerana, Dia sentiasa m'beri yang terbaik untuk kita... insya Allah... :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For aisya_aqmarProfil   Hantar PM kepada aisya_aqmar   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 25-12-07 07:02


saya harap dapat jadi isteri mithali untuk suami saya :welcome:
dan ummi mithali untuk anak-anak kami :welcome:


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 25-12-07 11:46


Pada 15-12-07 12:49 , kasih_kekasih posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 15-12-07 09:58 , Muddathsir787 posting:

!!! QUOTE !!!

kalau TAK LETAK IKON MELELEH AIR LIUR itu TAKBLEH KERR..??



salah ke????
kalau tak suka jangan baca...
topik tu saya yang post so suka hati saya lah nak letak apa pun...



:roll: :roll:



Ahaha...betul juga..bagus info ini..tapi pelik Kenapa banyak ikon air liur itu? :-P

anyway good info

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

Muddathsir787
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2007
Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-12-07 15:46


HuuuhhhhhHuhh..


siapa yang delete aku punya reply topik ini..???

:terliur: :terliur: :terliur: :terliur:

Bookmark and Share

    


  Member Information For Muddathsir787Profil   Hantar PM kepada Muddathsir787   Quote dan BalasQuote

ukhuwwah_mml
Warga Rasmi
Menyertai: 17.09.2007
Ahli No: 31100
Posting: 5
Dari: Kota Bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 25-12-07 19:54


alhamdulillah dan syukran kepada org yang posting topic ni...


Secara tak lgsung kaum lelaki dapat panduan untuk menjadi suami mithali...

Semoga Allah mnjadikanku seorang suami mithali.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ukhuwwah_mmlProfil   Hantar PM kepada ukhuwwah_mml   Quote dan BalasQuote

zainul
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.08.2007
Ahli No: 30568
Posting: 76
Dari: sepang

malaysia  


posticon Posting pada: 25-12-07 22:00


ana pun nak cuba jadi suami mithali suatu hari nanti.. insyaallah

Bookmark and Share

    


  Member Information For zainulProfil   Hantar PM kepada zainul   Quote dan BalasQuote

murabbiyah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 19.11.2007
Ahli No: 31754
Posting: 26
Dari: LABUAN

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-01-08 09:56


Tidak perlu mencari teman secantik Balkis, Jika diri tidak seindah Sulaiman. Mengapa mengharap teman setampan Yusof, Jika diri tidak seindah Zulaika. Tidak perlu menjadi seperti Ibrahim, Jika diri tidak sekuat Hajar dan Sarah. Mengapa didamba teman hidup seistimewa Khadijah Jika diri tak sesempurna Rasulullah s.a.w

kesimpulannya,,, lau nak suami yang soleh @ mithali,,, kena jadi wanita yang solehah,,,

Bookmark and Share

    


  Member Information For murabbiyahProfil   Hantar PM kepada murabbiyah   Quote dan BalasQuote

sufti_ilham
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2003
Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 02-01-08 10:12


bismillahhirrahmanirrahim

suami mithali idamanku..tapi mampukah aku menjadi isteri mithali dambaannya............?????

Bookmark and Share

    


  Member Information For sufti_ilhamProfil   Hantar PM kepada sufti_ilham   Quote dan BalasQuote

kasih_kekasih

Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 415
Posting: 1813
Dari: ....PeRMaTaNg PaUH.......

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 02-01-08 10:26


Pada 15-12-07 09:58 , Muddathsir787 posting:

!!! QUOTE !!!

kalau TAK LETAK IKON MELELEH AIR LIUR itu TAKBLEH KERR..??


oleh kerana ada pihak yang tak suka dengan ikon tu saya telah membuang kesemuanya.

mungkin ini juga posting terakhir dari saya di ukhwah.com ni..

terima kasih atas komen anda..


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For kasih_kekasihProfil   Hantar PM kepada kasih_kekasih   Pergi ke kasih_kekasih's Website   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-01-08 11:05


Pada 02-01-08 10:26 , kasih_kekasih posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 15-12-07 09:58 , Muddathsir787 posting:

!!! QUOTE !!!

kalau TAK LETAK IKON MELELEH AIR LIUR itu TAKBLEH KERR..??


oleh kerana ada pihak yang tak suka dengan ikon tu saya telah membuang kesemuanya.

mungkin ini juga posting terakhir dari saya di ukhwah.com ni..

terima kasih atas komen anda..



emmm..majuk pulak kasih kekaseh ....jangan macam tu...tak baik majuk... :terliur: :terliur: :terliur: :terliur: :terliur: :terliur: :terliur: ada sesiapa nak tegur saya tak ..tegurlah sekarang .... :terliur: :terliur:


adakah ini dipanggil "mood swing"....


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 02-01-08 11:10


posting terakhir?... janganlah macam tu..
mood swing tu apa Tuan Penasihat...

erm..tak apelah pasal ikon ni, letak dulu soal ni kat tepi...
teruskan berbincang tajuk ..::Suami mithali idaman isteri::..

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-01-08 11:18


Pada 02-01-08 11:10 , broshahir posting:

!!! QUOTE !!!

posting terakhir?... janganlah macam tu..
mood swing tu apa Tuan Penasihat...
/quote]


"mood swing" ni kebanyakan orang perempuan yang dah kawin akan hadapi....
mereka lebih mengetahui....



-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 02-01-08 11:23


Pada 15-12-07 12:49 , kasih_kekasih posting:

!!! QUOTE !!!



salah ke????
kalau tak suka jangan baca...
topik tu saya yang post so suka hati saya lah nak letak apa pun...



:roll: :roll:



wah .. sikit punya marah nampak .. releks lah .. apa salahnya sesekali berlapang dada sikit dengan komen org lain ...

Pada 02-01-08 11:05 , zulman posting:

!!! QUOTE !!!


emmm..majuk pulak kasih kekaseh ....jangan macam tu...tak baik majuk... :terliur: :terliur: :terliur: :terliur: :terliur: :terliur: :terliur: ada sesiapa nak tegur saya tak ..tegurlah sekarang .... :terliur: :terliur:


adakah ini dipanggil "mood swing"....



ada sesetengah manusia yang memiliki sifat extra-sensitif ... lebih teruk yang jenis tak boleh maafkan orang sampai mati sebab kesalahan dan kesilapan yang boleh runding ...

tentang topik suami mithali ... suatu info yang baik ...



Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

Muddathsir787
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2007
Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-01-08 14:31


!!! QUOTE !!!

oleh kerana ada pihak yang tak suka dengan ikon tu saya telah membuang kesemuanya.

mungkin ini juga posting terakhir dari saya di ukhwah.com ni..



Hanya kemaafan yang kupohon andai ada gurauan yang membuat saudari berkecil hati..

Tak terniat langsung nak mengecilkan hati saudari..
Minta maaf dipinta. Pohon maaf banyak-banyak.


Sekian,

-- Muddathsir787



Terima kasih daun keladi,
selepas ini tak buat lagi...


:welcome:

Bookmark and Share

    


  Member Information For Muddathsir787Profil   Hantar PM kepada Muddathsir787   Quote dan BalasQuote

hamnah_02
Warga 2 Bintang
Menyertai: 02.05.2007
Ahli No: 29821
Posting: 69
Dari: KL

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-01-08 15:21


memang susah nak cari suami yang mithali sekarang ni..
ada tu memang ada..
kalau kita nak pasangan yang baik..kita sendiri kena jadi baik dulu..
lagi satu..sebagai umat Islam..
kalau kita nampak saudara seagama kita yang rosak akhlaknya..
kita jangan lupa panjatkan doa supaya Allah bagi hidayah and peringatan kepada mereka..jangan pandang serong kepada mereka..
kita kena lah lihat seseorang itu dari kaca mata dakwah and kasih sayang..


------------------------------------------

i love Islam..
Islam is the way of life..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hamnah_02Profil   Hantar PM kepada hamnah_02   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-01-08 16:10


apabila mem'posting' / me'reply topic'..

ketepikan soal emosi..
aler... on 'air' saja ni ;) .. bukan berdepan.. jadi kita tak perlulah letak satu jangkaan dengan sesuatu yang di 'reply'... sama ada nak menggasak atau di gasak. :) kalau tak suka.. senyap sahaja & tinggalkan topik tu.... :) kecuali dah berlebih ( had ni memang.. nak kena :p )

a'lah kulli hal.... menarik topik ni... terima kasih kasih_kekasih kerana berkongsi ilmu untuk kami suami isteri.. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

azzahrah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-01-08 12:45


Pada 02-01-08 10:26 , kasih_kekasih posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 15-12-07 09:58 , Muddathsir787 posting:

!!! QUOTE !!!

kalau TAK LETAK IKON MELELEH AIR LIUR itu TAKBLEH KERR..??


oleh kerana ada pihak yang tak suka dengan ikon tu saya telah membuang kesemuanya.

mungkin ini juga posting terakhir dari saya di ukhwah.com ni..

terima kasih atas komen anda..



posting terakhir ke kak? :kelip:

:kelip:



Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrahProfil   Hantar PM kepada azzahrah   Pergi ke azzahrah's Website   Quote dan BalasQuote

khairulmukminah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.01.2007
Ahli No: 28415
Posting: 180
Dari: Gombak, Selangor

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 22-01-08 15:57


bestnya baca artikel ni....tenang rasanya...mmmm....macam mana lah nak buat pilihan ni? :(

Bookmark and Share

    


  Member Information For khairulmukminahProfil   Hantar PM kepada khairulmukminah   Pergi ke khairulmukminah's Website   Quote dan BalasQuote

arebie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.03.2006
Ahli No: 23558
Posting: 207
Dari: bp ------> kl

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-01-08 16:18


rasa relax dan syahdu saja baca artikel2 begini.... rasa banyak kekurangan untuk berganding dengan laki2 sehebat tu.. tapi ada terselit rasa kagum kalau betul-betul jumpa kaum adam yang memenuhi kriteria kat atas

Bookmark and Share

    


  Member Information For arebieProfil   Hantar PM kepada arebie   Quote dan BalasQuote

fizal86_anakpadi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.07.2006
Ahli No: 25417
Posting: 179
Dari: sg petani

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 22-01-08 16:20


syukran untuk info ni....
berguna sangat...
em.....tapi Kalau untuk yang berkahwin lagi baik...
kitani bujang....hehehe
calonpon tak pernah ada=p

Bookmark and Share

    


  Member Information For fizal86_anakpadiProfil   Hantar PM kepada fizal86_anakpadi   Quote dan BalasQuote

riniey
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.02.2006
Ahli No: 22591
Posting: 292

botswana   avatar


posticon Posting pada: 22-01-08 16:45


assalamualaikum....

sudah semestinya kita mahukan pasangan yang baik, mithali kan. kalau ana pun nak jugak. INSYAALLAH. jika ALLAH SWT ketemukan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rinieyProfil   Hantar PM kepada riniey   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA SETIA
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 22-01-08 17:29


cukup solat
xmerokok
mampu tanggung
dan sayang ana...

cukuplah.....

yang lain-lain...adalah satu advantage....


-----------------

cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku


Bookmark and Share

    


  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Pergi ke niza_ati's Website   Quote dan BalasQuote

haidays
Warga Rasmi
Menyertai: 16.01.2008
Ahli No: 32342
Posting: 6
Dari: Terengganu

sudan  


posticon Posting pada: 22-01-08 17:53


Lelaki soleh adalah pasangan kepada wanita solehah. Walaupun tak layak untuk mendapat title solehah itu, sama-samalah doakan agar ALLAH mengurniakan insan soleh sebagai pendamping kerana ianya merupakan anugerah yang tidak dapat dinilai dengan dunia dan seisinya...AMINNN!

Bookmark and Share

    


  Member Information For haidaysProfil   Hantar PM kepada haidays   Quote dan BalasQuote

hudahaida
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.01.2008
Ahli No: 32255
Posting: 128
Dari: dunia

south_korea  


posticon Posting pada: 22-01-08 18:41


moga ditakdirkan yang terbaik buat sya :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahaidaProfil   Hantar PM kepada hudahaida   Quote dan BalasQuote

mujahidah_Dungun
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.02.2007
Ahli No: 28732
Posting: 137
Dari: uum

Terengganu  


posticon Posting pada: 22-01-08 21:03


sebagaimana surah an-nur..lelaki yang mulia pasti dengan wanita mulia, lelaki tidak baik, pasangannya juga begitu..sesungguhnya ALLAH SWT Maha ADIL..DIA lebih Mngetahui sgalanya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahidah_DungunProfil   Hantar PM kepada mujahidah_Dungun   Quote dan BalasQuote

achuyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14384
Posting: 138
Dari: qlate

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-02-08 13:09


Pada 15-12-07 10:58 , Iman_Hayati posting:

!!! QUOTE !!!

kau adalah penjaga ku
kau adalah pelindungku
kau adalah pendampingku di setiap langkah2ku..
semuanya dengan izin Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


:-D chu pun idamkan suami mithali.....insyaAllah.


-----------------
achuyah..someone is still innocent untill has a proven guilty...


Bookmark and Share

    


  Member Information For achuyahProfil   Hantar PM kepada achuyah   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 06-02-08 13:18


Pada 02-01-08 10:26 , kasih_kekasih posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 15-12-07 09:58 , Muddathsir787 posting:

!!! QUOTE !!!

kalau TAK LETAK IKON MELELEH AIR LIUR itu TAKBLEH KERR..??


oleh kerana ada pihak yang tak suka dengan ikon tu saya telah membuang kesemuanya.

mungkin ini juga posting terakhir dari saya di ukhwah.com ni..

terima kasih atas komen anda..



jangan lah moody kak...
ke, kak ni dah berbadan dua?
erm... tahniah lah
betul kata Zulman, mood swing...
habis semua dia libas :)


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 06-02-08 14:01


Assalamualaikum
kasih kekasih dah menenggalkan kita ke......... :berfikir:



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

niezam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.03.2005
Ahli No: 14909
Posting: 139
Dari: Atas Tanah

iraq  


posticon Posting pada: 06-02-08 15:40


jangan mengimpikan isteri seperti sayyidatina Fatimah az-zahra jika tidak setabah sayyidina Ali,jangan mengimpikan anak seperti Ammar jika iman tidak sekukuh Sumayyah dan Yasir..

suami mithali..:-)
isterinya juga patut mithali..takut si suami tumbang nanti :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For niezamProfil   Hantar PM kepada niezam   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 06-02-08 16:12


Pada 15-12-07 10:52 , broshahir posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.

setakat ni...baru boleh buat no.1 saja dulu... :D


betullah bro..setakat ni baru mampu niat.hehe..hm.info dan tips yang berguna untuk melayakkan bergelar suami mithali..tapi panjang berjela syaratnya..rasa berat untuk ku memikulnya.huhu..apapun marilah kita muslimin di ukhwah.com, berusaha dan berdoa untuk menjadi bakal suami (atau suami) yang soleh, juga anak yang soleh..yang mendoakan ayah ibunya setiap hari..


-----------------
"Hujung FIKIR pangkal AGAMA"-Pak Hamka


Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.177096 saat. Lajunya....