Oleh |
Jawapan Mudah yang membawa kepada Syirik |
hafeezzul
 Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 13-12-07 09:01
Hidup di kalangan masyarakat majmuk kebanyakan kita akan berjiran dengan keluarga yang bukan Islam. Bagi kaum Tionghua dan Hindu mereka selalu mempunyai tempat penyembahan masing-masing, kaum Cina mungkin di luar rumah manakala Hindu di dalam rumah. Bila kaum Cina yang beragama Taoisme atau Buddha sering melakukan upacara penyembahan mereka di luar, anak-anak kita yang masih kecil akan lihat, dan mungkin pernah bertanya kepada kita.... "Uncle sebelah buat apa tu Abah?"
Dan secara amnya, kita akan menjawab... "dia org tengah sembahyang atau tengah sembah Tuhan dia" jawaban itu tuan-tuan, nauzubillah sebenarnya syirik.... Kerana ia bercanggah dengan prinsip dua kalimah syahadah kita.. "tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH" tetapi apabila kita memberikan jawapan ... "Dia tengah sembah Tuhan dia" kita menggambarkan pada anak kita bahawa ada Tuhan yang lain dari ALLAH, kita memberi gambaran kepada anak kita, bahawa, kaum Cina punya satu Tuhan, India satu Tuhan, Kristian satu Tuhan...dan cara mereka menyembah Tuhan mereka lain dari kita. Sedangkan kita mengucap kalimah kita "tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH" Jadi mana datangnya konsep atau pengertian "dia sedang sembah Tuhan dia"? Sekiranya jawapan ini diteruskan.. ...maka anak kita akan terus keliru dengan konsep dan prinsip syahadah kita " Tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH" Jawaban yang sebenarnya, " Anak, pertamanya perlu faham, Tuhan kita dengan Tuhan Uncle sebelah sama, kerana ada hanya satu tuhan sahaja iaitu ALLAH, tapi cara dia menyembah Tuhan itu salah" Jangan ambil mudah jawaban yang diberikan kepada anak, kerana jawaban yang salah akan hanya merosakkan atau setidak-tidaknya akan kelirukan mereka. Sekadar mengamalkan "sampai dan menyampaikan". Sekiranya apa yang disampaikan di sini atas kelemahan diri sendiri dan yang baik datang dari ALLAH. Apa yang disampaikan di sini ialah pemahaman sendiri dari kuliah maghrib, sekiranya ada pihak yang mempunyai idea dan jawaban yang lebih baik..... SILA KONGSI BERSAMA. ----------------- Yang Mencari Keredhaan ALLAH
|
zhafri
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.03.2005 Ahli No: 15118
Posting: 82
Dari: Kedah
|
Posting pada: 13-12-07 10:04
terima kasih from the info...bahaya ni kepada sahabat yang ada jiran bukan islam kalau tak berhati-hati... jangan lepas cakap saja...huhu
|
hiddenblade
Warga 4 Bintang Menyertai: 03.10.2007 Ahli No: 31318
Posting: 157
Dari: IBRAHzine
|
Posting pada: 18-12-07 08:01
nice topic topic macam ni yang patut dapat banyak respon tapi tak ramai nak jenguk ramai yang lebih suka topik ringan2 -------------------
|
mohamad
 Menyertai: 04.09.2006 Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor
|
Posting pada: 18-12-07 08:03
 ... eeerrrmm.... syukran kerana berkongsi.. memang bagus untuk peringatan sesama Muslim... wassalam...
|
ann_1
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.02.2004 Ahli No: 7574
Posting: 304
Dari: utm,johor
|
Posting pada: 18-12-07 09:43
benar...tapi tak pernah terfikir...ahamdulillah boleh lah praktik kelak..insyaAllah
|
serimurni
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.09.2005 Ahli No: 18927
Posting: 106
Dari: e-poh
|
Posting pada: 18-12-07 10:34
bagus topik ni.. saya pun tinggal di kawasan yang di penuhi bukan islam.. emmm boleh di praktikkan tok anak2 kecil jiran kat rumah ni
|
broshahir
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal
|
Posting pada: 18-12-07 11:17
syukran, semoga kita semua dipelihara Allah, aminn.
|
kakisamun
WARGA SETIA Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku
|
Posting pada: 18-12-07 11:19
.. terima kasih.. nanti boleh praktikkan kepada anak2 saya dan sampaikan kepada saudara2 seIslam yang lain..
|
syira_qistina
WARGA SETIA Menyertai: 08.10.2003 Ahli No: 4102
Posting: 777
Dari: tempat yang paling jem
|
Posting pada: 18-12-07 12:42
Salam Alaik terima kasih kerana berkongsi ilmu.. insyaALLAH nanti ana boleh sampaikan pada sahabat2 yang lain... penting ni...
|
hAnTuBuG
Warga 1 Bintang Menyertai: 22.04.2007 Ahli No: 29687
Posting: 30
|
Posting pada: 18-12-07 13:26
hmm.. kompius jugak.. apekan daya.. macam-macam bisikan duduk bermain di fikiran ni.. contohnya begini.. adakah dengan itu kita andaikan tuhan kita dan tuhan mereka sama? cuma lain-lain cara beribadat saja? org buddha pun kata 'tuhan mereka' pun sama dengan tuhan kita.. cuma taraf mereka lagi tinggi.. tak perlu sembahyang2 macam kita ni.. (sum1 yang bagitahu begini.. kalau silap maka silap lah jugak) org kristian kalau mereka nak dakwah org asli katakan... mereka akan namakan tuhan mereka tu sempena tuhan org asli tu... contohnya macam ALLAH.. dalam bible tak ada pun perkataan ALLAH untuk tuhan mereka.. tapi bila ditranslate kan dalam bahse melayu tiba-tiba wujudlak nama ALLAH... (pernah terbaca pasal ni) ini semacam satu tektik mereka untuk menyatakan bahawa tuhan mereka adalah sama dengan tuhan kita.. so senangla sikit mereka nak berdakwah.. rasa-rasanya ayat "Tuhan kita dengan Tuhan Uncle sebelah sama, kerana ada hanya satu tuhan sahaja iaitu ALLAH, tapi cara dia menyembah Tuhan itu salah" kena diperbaiki sikit anda.. supaya org yang rendah tahap imannya macam saya ni tak mudah berfikir yang bukan2.. sekadar meluahkan apa yang terfikir.. sorry kalau tak sesuai.. kurang lagi ilmu ni...
|
hosni_mubarak
Warga 3 Bintang Menyertai: 22.11.2005 Ahli No: 20411
Posting: 104
Dari: kelana jaya
|
Posting pada: 18-12-07 13:30
hmmmm.... memang banyak perkara2 yang kecil yang kita tidak perasan seperti jawapan itu... anyway terima kasih kerana memberi peringatan....
|
dziaulhaq
WARGA SETIA Menyertai: 10.11.2004 Ahli No: 12403
Posting: 563
Dari: perut IBU
|
Posting pada: 19-12-07 04:30
Pada 13-12-07 09:01 , hafeezzul posting::: thanks  nanti boleh jawab macam 2kalau anak tanya  -----------------
|
dmz
WARGA SETIA Menyertai: 28.09.2006 Ahli No: 26613
Posting: 442
Dari: selangor
|
Posting pada: 19-12-07 07:20
Pada 19-12-07 04:30 , dziaulhaq posting:!!! QUOTE !!! Pada 13-12-07 09:01 , hafeezzul posting:
:: thanks nanti boleh jawab macam 2kalau anak tanya 
Dah ada anak ke..... ----------------- http://studiouniversiti.blogspot.com/
|
hafeezzul
 Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 19-12-07 14:48
lagi satu kalau siapa masih ingat filem hollywood yang datang Malaysia dulu..."anna and the king"...cerita tu berlakon di Malaysia di sebelah utara...ramai pelakon malaysia esp orang-orang kampung turun untuk membintangi filem itu...jadi interframe saja...so ada yang dikehendaki membotak kepala dan menjadi tok sami buddha...bayaran sebanyak rm300 apa action...perbuatan itu juga dianggap murtad dan syirik kerana menyekutukan ALLAH. p/s: benda-benda remeh ini selalu terlepas pandang esp dizaman moden ini...kalau tak belajar agama tak tau..sama-sama lah beringat.... wallahualam
|
zatil_alwani
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.12.2007 Ahli No: 31993
Posting: 206
Dari: kuala selangor
|
Posting pada: 19-12-07 15:05
Betul cakap hafeezzul tu.. sama-sama lah kita ambil iktibar, saling mnyampaikan.. syukron wa Allah yubarik fikum!!!
|
sitishairah
WARGA SETIA Menyertai: 16.05.2007 Ahli No: 29948
Posting: 513
Dari: Gombak
|
Posting pada: 19-12-07 15:06
 wr wbt Terima kasih atas info...betul jugak..selama ni itulah yang kita dok kata... tak sangka ayat tu bawa syirik...memang susah nak explain pasal hal-hal macam ni dekat kanak-kanak...kena explain betul-betul..bagi faham
|