Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Courage is like love; it must have hope for nourishment."
-- Napoleon Bonaparte

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 223
Ahli: 0
Jumlah: 223




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Klinik Ukhwah
Topik: Kongsi pengalaman pesakit buah pinggang


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow, dramian219
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Klinik Ukhwah
    »» Kongsi pengalaman pesakit buah pinggang

Please Mendaftar To Post


Oleh Kongsi pengalaman pesakit buah pinggang

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 13-12-07 06:43


Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

MELIHATKAN fizikalnya, ramai yang tidak menyangka bahawa umurnya sudah pun mencecah 15 tahun.

Pertumbuhan Muhamad Zakwan Kairul Haizarudin yang berasal dari Jasin, Melaka ini terbantut gara-gara penyakit buah pinggang yang dideritainya sejak berusia 10 tahun.

Cerita anak sulung empat beradik yang mesra dengan panggilan Abe ini:

‘‘Dalam masa dua tahun, saya berjumpa doktor pakar buah pinggang sebulan sekali di Hospital Seremban. Saya terpaksa pergi walau apa cara sekalipun demi kesihatan diri.

‘‘Yang menjadi masalahnya, saya simpati kepada ibu. Kami ditinggalkan oleh ayah kandung setelah ayah membina keluarga lain,’’ katanya sambil ditemani oleh ibu tersayang, Noriza Mohd. Tahir, 40.

Muhamad Zakwan berkata demikian selepas majlis penyampaian hadiah peraduan Dreamcatcher anjuran syarikat farmaseutikal Baxter Healthcare Malaysia (Baxter), di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hadiah disampaikan oleh profesor perubatan dalaman dan pakar perunding nefrologi, Datuk Dr. Zaki Morad Mohamad Zaher dan Pengurus Negara Baxter, Anish Bafna.

Tiga pesakit lain yang turut menerima hadiah terdiri daripada pemenang tempat kedua, Nur Fatihah Mohammad Asri, 14, dari Johor, pemenang tempat ketiga, Wan Ahmad Asmanizam Wan Md. Din, 26, dari Kuala Lumpur dan pemenang tempat keempat, Nooraita Ahmad Dahan, 23, dari Melaka.

Dreamcatcher yang mendapat sambutan memberangsangkan daripada para pesakit buah pinggang yang menggunakan dialisis peritoneum menekankan idea bahawa pesakit yang menggunakan kaedah rawatan itu boleh merealisasikan impian dan mencapai potensi sebenar mereka walaupun menghidap penyakit buah pinggang peringkat akhir (ESRF).

Menceritakan lanjut mengenai penyakitnya, Abe berkata, pada mulanya sukar baginya untuk menerima apabila diperkenalkan dengan cara rawatan yang ada.

‘‘Dengan usia yang sebegini, masih lagi bersekolah, ibu memilih rawatan dialisis CAPD yang dilakukan empat kali sehari, selang empat jam di rumah,’’ ujarnya.

Untuk menampung pendapatan, ibunya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap (hanya mengambil upah menjahit pakaian), Abe membuat keputusan untuk berniaga kecil-

kecilan dengan membuka gerai menjual burger dan makanan ringan.

Sementara itu, bagi Nur Fatihah yang diuji dengan kegagalan buah pinggang seawal usia tujuh tahun, pembedahan demi pembedahan telah pun dilaluinya dengan hati yang tabah.

‘‘Tidak tahu apa puncanya. Doktor kata jangkitan virus. Anak saya mula mengalami demam berpanjangan dan bengkak sendi, disusuli kencing berdarah lima bulan kemudian.

‘‘Apabila doktor mengesahkan dia menghidap penyakit buah pinggang, saya rasa panik. Tak sangka ye, kanak-kanak boleh mendapat penyakit ini juga. Ingatkan orang dewasa sahaja,’’ jelas si ibu Satiah Juri, 39.

Nur Fatihah mengakui, pengambilan ubat dan suntikan yang berterusan amat membosankannya. ‘‘Kini, saya beralih kepada kaedah rawatan secara CAPD di rumah sejak dua tahun lalu.

‘‘Berkat ketabahan mama dan ayah serta kegigihan para doktor dan jururawat yang merawat, saya kini dapat menjalani kehidupan sebagai pesakit buah pinggang dan dalam masa yang sama, pelajar sekolah dengan lebih bersemangat dan bermakna,’’ katanya.

Adalah menjadi impian gadis genit ini untuk menjadi duta Baxter dan Kementerian Kesihatan untuk mempromosikan kempen Sayangilah Buah Pinggang Anda dalam menyebar luas kepentingan penjagaan kesihatan buah pinggang yang disifatkannya masih kurang difahami ramai.

Bagi anak muda berusia 26 tahun yang kini sedang berada di tahun tiga, Uniten, Bangi, Selangor dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik (Elektronik), sudah 21 tahun beliau bergelar pesakit buah pinggang. Ketika itu, usianya baru lima tahun.

‘‘Kira-kira tiga tahun lalu, doktor pakar mengesahkan saya menghidap ESRF, dunia terasa gelap-gelita. Saya tenggelam punca.

‘‘Namun, sebagai orang Islam, kita tidak digalakkan putus asa sebaliknya terus berikhtiar untuk berubat dan bertawakal kepada-Nya semoga cepat sembuh.

‘‘Setelah melakukan sedikit penyelidikan, saya menemui satu jalan bagi menangani permasalahan ini iaitu rawatan CAPD. Alhamdulillah, keadaan saya bertambah baik,’’ terang Wan Ahmad Asmanizam.

Menurutnya, ramai di kalangan teman-temannya di menara gading tidak tahu menahu mengenai penyakit yang dihidapinya memandangkan keadaannya yang kelihatan seperti orang sihat.

Walaupun menjalani CAPD, Wan tetap aktif seperti orang biasa termasuklah bergiat dalam aktiviti sukan dan senaman ringan.

Sekalipun terikat dengan jadual kuliah yang padat, Wan terpaksa membahagikan masa di antara pelajaran dengan kesihatannya.

‘‘Tentu ramai yang beranggapan apabila menjalani rawatan pada, aktiviti kita akan terbatas. Bagi saya, itu semua cakap-cakap kosong belaka. Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa,’’ ujar Wan positif.

Mendengar kisah Nooraita, simpati bertandang terhadap gadis yang bersemangat waja ini. Penyakit buah pinggang tahap akhirnya boleh dikatakan bertitik tolak dari sejenis penyakit kronik yang menyerang sistem imunnya sendiri iaitu eritematosus lupus sistemik (SLE).

Sudahlah begitu, anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik ini turut dicemuh hebat akibat penyakit asites (busung) yang dideritainya menyebabkan perutnya membesar hinggakan ada yang memandang serong.

‘‘Alangkah terkejutnya saya apabila mendapat perkhabaran itu. Masa tu, saya baru sahaja menamatkan persekolahan. Kesempitan hidup mendorong saya untuk bekerja di sebuah kilang plastik di Muar, biarpun dalam keadaan sakit.

‘‘Saya ingin mengikuti kelas jahitan di pusat giat Mara dan mula menabung sedikit demi sedikit untuk menyambung pelajaran.

‘‘Pada waktu saya mahu menarik nafas lega, tiba-tiba penyakit saya datang kembali. Kedua-dua buah pinggang saya dikatakan sudah rosak. Saya terpaksa menjalani rawatan dialisis dua kali seminggu selama hampir setahun.

‘‘Akhirnya, duit simpanan saya habis digunakan untuk tambang bas. Saya terpaksa berulang alik ke hospital yang terletak jauh dari rumah dan terpaksa menukar dua bas untuk ke destinasi,’’ katanya.

Julai lalu, Nooraita menerima panggilan telefon daripada pihak hospital untuk menjalani rawatan CAPD. Kini, biarpun baru beberapa bulan menerima rawatan itu, beliau dapat merasakan perbezaan yang ketara.

‘‘Hari-hari saya menjadi bertambah baik. Rawatan ini lebih mudah daripada yang saya jangkakan. Saya tidak perlu lagi bersusah payah untuk ke hospital, masa juga tidak terbuang begitu sahaja berbanding dialisis biasa.

‘‘Kini, saya sudah boleh belajar menjahit biarpun masih di peringkat permulaan. Harapan saya agar suatu hari nanti, saya dapat menerima tempahan atau membuka bengkel kelas jahitan untuk mengajar orang lain pula, insya-Allah,’’ tambah Nooraita lagi.

Wang tunai yang dimenangi olehnya itu akan digunakan sebagai modal untuk membeli sebuah mesin jahit baru.

Pilihan rawatan penyakit buah pinggang
l Pemindahan buah pinggang di mana buah pinggang yang sihat dari penderma akan diletakkan di dalam tubuh pesakit, berdekatan dengan tulang punggung

* Dialisis di pusat perubatan (hemodialisis) di mana pesakit perlu mengunjungi pusat dialisis tiga kali seminggu, tiga hingga lima jam setiap sesi.

Dialisis ialah rawatan perubatan yang membantu pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan bendalir dan bahan buangan daripada darah

* Dialisis peritoneal (pada) dilakukan di dalam badan anda, terbahagi kepada dua iaitu APD dan CAPD.

APD merupakan dialisis di waktu malam secara automatik, bebas dari penukaran dialisis di waktu siang. Dialisis dilakukan ketika pesakit sedang tidur, lapan hingga 10 jam sehari

CAPD – waktu dialisis yang fleksibel di siang hari, empat kali pertukaran dialisis setiap hari, empat hingga enam jam waktu bebas antara satu pertukaran dialisis dengan yang lain, hanya 30 hingga 40 minit bagi setiap sesi pertukaran dialisis.


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.08485 saat. Lajunya....