Oleh |
Kenapa Hidup Saya Dipenuhi Dengan Maksiat?? |
unknown_anonymous1
Warga Rasmi Menyertai: 02.12.2007 Ahli No: 31889
Posting: 1
|
Posting pada: 12-12-07 21:18
, sebelum apa-apa izinkan saya untuk tidak memberitahu identiti saya agar saya tidak diaibkan.Anggap lah saya sebagai seorang hamba Allah yang hina. Saya seorang lelaki yang berumur 18 tahun, anak tunggal berasal dari sebuah negeri di Malaysia, Alhamdulillah tahun depan saya akan pergi oversea untuk meneruskan pelajaran saya dibawah tajaan biasiswa. Saya amat kecewa dengan persekitaran saya, untuk pengetahuan anda semua, bapa saya tidak pernah solat, mak saya mengajar saya solat semasa saya berumur 9 tahun(atas desakan nenek saya), kemudian apabila saya tidak solat, mak saya tidak kisah, saya tidak solat hingga tingkatan 3, pada saat tingkatan 3 lah baru saya mendapat hidayah semula dan saya mulakan hidup saya sendiri, sejak hari itu, saya tidak pernah tinggalkan solat fardu dan solat jumaat, walaupun mak saya tak pernah ambik tahu pasal solat saya. Sewaktu tingakatan 4, saya baru dapat khatam al-quran kali pertama atas inisiatif diri saya sendiri. Sejak saya belajar solat semasa darjah 3, saya jarang2 solat dan tidak solat langsung semasa darjah 6, tingkatan 1 dan tingkatan2 . Bapa saya tidak solat langsung, mak saya pula kadang-kadang solat. Sejak darjah 3, mereka selalu bergaduh, bapak saya akan mengamuk, begitu juga dengan mak saya, saya begitu tertekan, mereka tidak bercakap sesama sendiri, sebaliknya mereka menggunakan saya. mereka tidur di bilik yang berlainan. Bapa saya pernah mengamuk sehingga pecah cermin di tingkap kerana bergaduh dengan mak saya. Mak saya pernah mengugut untuk membunuh diri, tapi saya dapat halangnya.Perkara ni berterusan sehingga tingkatan 3, Sewaktu tingakatan 3, mak saya bertindak untuk pindah dari rumah itu dan meninggalkan bapak saya seorang2, bapa saya pula tidak bekerja sejak form 1, dia tidak bekerja, tidak bersolat dan entah-entah apa entah lagi lah, adakah dia seorang bapa? saya pun tak tahu. mak saya berpindah dan menyara hidup saya. Tapi dia masih lagi tidak solat, kemudian, dia berym dan cuba mencari lelaki untuk meluahkan perasaannya, sungguh pelik, Kenapa tidak diluahkan kepada Allah? Akhirnya dia jumpa dengan seorang laki yang telah berbini, hampir tiap-tiap malam mereka berdating meninggalkan saya kesepian di rumah, hanya Allah yang tahu derita saya. Kemudian, mereka hingga kini masih lagi bercouple, isteri si laki tu terima mak saya, tetapi, apa yang menyedihkan, si laki itu pun langsung tidak bersolat juga!! Saya teramat terkilan, Kenapa hidup saya mesti begini. Sejak tingkatan 3, saya telah mendapat hidayah Allah, dan berubah, saya cuba untuk mengubah diri saya yang jahil ini. Dulu semasa tingkatan 1 dan 2 saya selalu beronani untuk mereleasekan tension. Kini saya telah berhenti untuk selama-lamanya. Saya dah bertekad untuk tidak membuat apa-apa lagi dosa, yang kecil mahupun besar, saya sekolah agama sehingga darjah 2 sahaja. Saya hanya asas agama dalam solat dan bacaan al-quran sahaja. Kini, saya cuba dalami ilmu2 agama lagi, apa yang baik dan apa yang buruk. Kini dilema saya, saya tahu kemungkaran harus dicegah, mak saya dengan bf dia telah buat maksiat. Laki tu selalu datang rumah saya untuk menjenguk mak saya. Mereka selalu keluar bersama untuk kerja dan urusan2 harian, entah bila mereka nak kahwin pun saya tak tahu. Saya tak mampu nak cegahnya. Saya pernah tegur mak saya pasal solat. Tapi, dia melenting balik dekat saya. dia pernah cakap "Kenapa engkau ni alim sangat ha?!", saya hanya menangis saja ketika itu. Saya tak mampu nak mencegah maksiat di rumah saya sendiri. Walaupun saya bersolat penuh, bersolat sunat, membaca quran tiap-tiap hari, tapi saya tak mampu buat apa-apa. saya manusia yang lemah. saya manusia yang jahil. Saya jealous tengok keluarga lain bahagia, saya jealous tengok mereka ramai adik-beradik, saya hanya anak tunggal, saya terperangkap, saya jarang keluar rumah, saya hanya terperap dalam rumah, kalau keluar pun ke surau. Itu sahaja. Mak dan bapak saya kedua-duanya panas baran, suka melenting. bf mak saya pula kononnya sibuk sangat sampai tak nak solat. depan nenek saya dia solat pula. hipokrit sungguh. nenek saya jugak tak mampu nak nasihatkan mak saya dan bapa saya. saya tiap-tiap hari berdoa, hanya ini yang saya mampu lakukan. Buat masa ini, saya hendak belajar dahulu, saya bersyukur kerana dapat pergi ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran. Saya akan berjihad demi Islam. Tapi, keluarga saya sendiri tidak betul, bagaimana nak betulkan orang lain? Saya sedih, saya merana, apa lagi yang harus saya buat? Saya sudah lali dengan dunia ini, kes rogol lah, perempuan tak ada daralah, ustaz, hafiz berzina, cikgu main dengan student, rogol nenek, rogol mak, saya tak tahu apa nak jadi dengan dunia ini. Saya amat tertekan. Saya telah trauma dengan perkahwinan disebabkan penceraian mak bapak saya. Lagipun, dengan keluarga saya yang begini, sapa yang sanggup jadi isteri saya? Apa reaksi mereka jika mereka tahu pasal keluarga saya? Sanggupkah mereka melayan karenah mak saya? Tidak kesiankah anak saya nanti bila tahu dia tidak mempunyai sepupu belah ayahnya? . Buat masa ini, saya hanya mampu berdoa, saya tak mampu buat benda lain, saya pun kerap membaca quran dan saya telah berniat untuk menghafal quran untuk memberi syafaat kepada mereka di akhirat. Tapi saya tau, pencegahan harus dibuat di dunia. Tapi saya hanya manusia biasa, saya bukan ustaz, saya bukan berasal daripada sekolah agama. Saya sungguh tertekan sekarang. Bantulah saya, doakan agak mak, bapak , dan bf mak saya berubah. Saya sayangkan mereka. Saya tidak mahu mereka dicampakkan ke dalam api neraka.
|
amira_aqilah
WARGA SETIA Menyertai: 28.11.2005 Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi
|
Posting pada: 13-12-07 10:42
sedihnya cerita awak ni... yelah, berat mata membaca, berat lagi bahu memikul...ye tak??... apapun awak perlu ingat, Allah tu maha adil... as a human being, kita cuma mampu buat apa yang termampu kita buat..but jangan sampai tak buat langsung.. kita tak boleh nak mengubah manusia, kecuali manusia tu sendiri yang nak berubah.. apapun kita kena ada usaha...hidayah tu milik Allah... apapun yang kita lakukan kat dunia ni, kita perlu tau, Kenapa kita buat macam tu..Kenapa?....tepuk dada tanya iman... bersyukurlah awak insan terpilih dikurniakan hidayahNya...nikmat Allah yang tidak terkira besarnya.. at least awak da berjaya untuk menyambung pelajaran awak...semoga berjaya kelak... apapun...positive thinking ok.. sekadar peringatan untuk diri saya jugak...
|
nur_ashikin
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.11.2006 Ahli No: 27359
Posting: 256
Dari: shah alam
|
Posting pada: 13-12-07 12:39
luahkan segalaNya pada Allah..pinta hidayahNya..jangan cari jalan selainNya...yakinlah dengan janji Allah..jika tak mampu nak mengubahNya..berdoalah kepadanya..Allah Maha mendengar
|
kakisamun
WARGA SETIA Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku
|
Posting pada: 13-12-07 12:40
.. banyakkan berdoa untuk kedua ibubapa adik dan keluarga adik serta seluruh saudara mara seIslam kita.. dan tunjukkan pada mereka perubahan adik seperti solat, mengaji.. mana tau mudah-mudahan mereka akan tersedar setelah melihat perubahan adik.. kisah saidina Umar menjadi bukti tentang hidayah ALLAH.. apa-apa pun mudah-mudahan semoga kita semua sentiasa berada di dalam rahmatNYA.. Amin..
|
hafeezzul
Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 13-12-07 14:07
Rujuk lah sejarah2 para Nabi sebelum ini dan sahabat2 yang menderita nasib seperti anda. memang betul dugaan anda lebih hebat dari org biasa seperti saya. Sudah pasti pahala anda juga lebih hebat dari org biasa seperti saya. Banyakkan lah bersabar, dunia ini sementara dan penuh dengan dugaan. Semoga ALLAH sentiasa melindungimu.
|
alexander
WARGA SETIA Menyertai: 24.12.2004 Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 14-12-07 17:18
Alhamdulillah...bersyukur kepada ALLAH kerana adik telah berubah...manusia ni secara fitrahnya adalah baik...maka manusia akan sukakan perkara2 yang baik...begitu juga dengan perasaan bertuhan..secara fitrahnya..ALLAh jadikan manusia ini perasaan ingin bertuhan...jadi walau macam mana sekali pun...akan wujud perasaan dalam hati mereka mempercayai kepada Tuhan walaupun mereka lalai,cuai,malas dan sebagainya untuk melakukan perintah agama.... Adik... Untuk membentuk orang lain menjadi baik..kita harus menjadi baik dahulu...jadi contoh pada mereka...walau segala nasihat,teguran adik mereka tidak pedulikan...teruskan usaha adik itu secara berhikmah...bercakap dengan orang yang lebih tua pun perlu ada caranya..apatah lagi mereka ibu bapa kita...jangan putus asa berdoa..teruskan usaha dan doa adik...ingatlah...ALLAH sekali2 tidak akan mempersia-siakan doa dan permintaan hambaNYA..kalau tidak hari ini..suatu hari nanti akan ada hasilnya..insyaALLAH... Adik... KAlau kita lihat zaman Nabi dan sahabat2 dulu...bertahun-tahun mereka menyebarkan dakwah dan pemahaman agama...mereka disiksa,difitnah.ditentang dan pelbagai lagi namun itu semua tidak mengjadi halangan buat mereka..bahkan keimanan mereka bertambah kuat...ingatlah..bila kita kembali kepada ALLAH..melaksanakan perintah ALLAH...kita akan sentiasa diuju untuk mengukur sejauh mana tahap iman dan kesabaran kita...jadi usahlah mengeluh...mengadu padaNYA..carilah sahabat-sahabat yang soleh supaya kita bertambah kuat dan cekal dalam menghadapi apa jua cabaran dan dugaan.... Jangan lah dirisaukan tentang pasangan hidup adik...sebab dalam Quran dah dijelaskan.."lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"...kalau adik seorang yang baik...insyaALLAH..akan dipertemukan dengan mereka yang baik dan memahami situasi adik... Akhir kalam..tabahkan hati dan jiwa adik..belajar sungguh-sungguh;..jangan putus asa berdoa untuk kedua ibu bapa adik...insyaALLAh... ----------------- Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......
|
firdaus_9
WARGA SETIA Menyertai: 30.06.2005 Ahli No: 16983
Posting: 703
Dari: Bangi
|
Posting pada: 14-12-07 19:45
uih!!... panjang nya dia tulis, ana xbace huhu!
|
syemarly
Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 15-12-07 23:05
alhamdulillah..dalam kejahilan terselit juga hidayah ye..saya tak tau nak komen apa..cuma apa yang saya pelik..mungkin membawa kepada kekaguman adalah..bagaimana saudara boleh berjaya dalam akademik sedangkan suasana dirumah agak berantakan?? bukan menyanggah kurniaaan tuhan yang saudara kecapi dari sudur itu namun sukar jugak nak mempercayainya..terdetik juga dihati mungkinkah ini rekaan semata-mata..bagaimana saudara boleh sampai ketahap pencapaian akdemik yang tiggis ehingga sampai menjejak tanah seberang (mana-mana seberang lah) sedangkan situasi dirumah saudara tidak begitu kondusif? lagi-lagi pula saudara menyatakan ayah saudara tidak bekerja..bagaipula dengan ibu saudara ye? apaun maaf lah persoalan ni pulak timbul...saja saja nak tau lebih lanjut..dan jawapan klise diatas agar saudara bersabar adalah sebaik-baik nasihat yang boleh saya katakan...
|
Upsi_InMyHeart
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.11.2006 Ahli No: 27262
Posting: 115
Dari: tanjong malim
|
Posting pada: 16-12-07 09:31
Teruskanlah usaha adik ye..syukurlah adik dah berubah dan walaupun bertimbun masalah yang dihadapi..tapi adik cukup kuat..menghadapi semuanya..
|
Nuranys
WARGA SETIA Menyertai: 28.09.2006 Ahli No: 26619
Posting: 1710
Dari: Kota Serambi Mekah
|
Posting pada: 16-12-07 10:11
Pada 15-12-07 23:05 , syemarly posting:!!! QUOTE !!! alhamdulillah..dalam kejahilan terselit juga hidayah ye..saya tak tau nak komen apa..cuma apa yang saya pelik..mungkin membawa kepada kekaguman adalah..bagaimana saudara boleh berjaya dalam akademik sedangkan suasana dirumah agak berantakan?? bukan menyanggah kurniaaan tuhan yang saudara kecapi dari sudur itu namun sukar jugak nak mempercayainya..terdetik juga dihati mungkinkah ini rekaan semata-mata..bagaimana saudara boleh sampai ketahap pencapaian akdemik yang tiggis ehingga sampai menjejak tanah seberang (mana-mana seberang lah) sedangkan situasi dirumah saudara tidak begitu kondusif? lagi-lagi pula saudara menyatakan ayah saudara tidak bekerja..bagaipula dengan ibu saudara ye? apaun maaf lah persoalan ni pulak timbul...saja saja nak tau lebih lanjut..dan jawapan klise diatas agar saudara bersabar adalah sebaik-baik nasihat yang boleh saya katakan... em...ingat kan ana saja yang berperasaan begini... sebab tu ana tak bagi komen apa-apa... maaf ya saudara yang meluahkan isi hatinya tu... apa pun,tiada yang mustahil kan.. tak apalah,yang utama dulu diri sendiri perlu berubah barulah kita 'kuat' untuk merubah org lain..tapi kena brsabar lah..bukan mudah untuk org menerima nasihat kita tambah2 kalau org tu lebih tua dari kita...yang penting kita jangan melenting sebaliknya kena berhikmah... moga saudara dapat apa yang saudara impikan...insya'Allah... -----------------
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 16-12-07 10:28
Pada 16-12-07 10:11 , Nuranys posting:!!! QUOTE !!! Pada 15-12-07 23:05 , syemarly posting:!!! QUOTE !!! alhamdulillah..dalam kejahilan terselit juga hidayah ye..saya tak tau nak komen apa..cuma apa yang saya pelik..mungkin membawa kepada kekaguman adalah..bagaimana saudara boleh berjaya dalam akademik sedangkan suasana dirumah agak berantakan?? bukan menyanggah kurniaaan tuhan yang saudara kecapi dari sudur itu namun sukar jugak nak mempercayainya..terdetik juga dihati mungkinkah ini rekaan semata-mata..bagaimana saudara boleh sampai ketahap pencapaian akdemik yang tiggis ehingga sampai menjejak tanah seberang (mana-mana seberang lah) sedangkan situasi dirumah saudara tidak begitu kondusif? lagi-lagi pula saudara menyatakan ayah saudara tidak bekerja..bagaipula dengan ibu saudara ye? apaun maaf lah persoalan ni pulak timbul...saja saja nak tau lebih lanjut..dan jawapan klise diatas agar saudara bersabar adalah sebaik-baik nasihat yang boleh saya katakan...
em...ingat kan ana saja yang berperasaan begini... sebab tu ana tak bagi komen apa-apa... maaf ya saudara yang meluahkan isi hatinya tu... apa pun,tiada yang mustahil kan..
tak apalah,yang utama dulu diri sendiri perlu berubah barulah kita 'kuat' untuk merubah org lain..tapi kena brsabar lah..bukan mudah untuk org menerima nasihat kita tambah2 kalau org tu lebih tua dari kita...yang penting kita jangan melenting sebaliknya kena berhikmah...
moga saudara dapat apa yang saudara impikan...insya'Allah...
tak tahu nak komen apa dengan luahan tersebut...sabar dan terus berdoalah... tapi kalau pasal saudara dan saudari hairan ni, di sekeliling saya biasa saja perkara ni...di tempat saya ibu bapa kaki mabuk sebab memang tu cara hidup mereka tapi ramai saja anak2 dari keluarga yang ibubapa kaki mabuk dan bergaduh cemerlang akademik dan kerja bagus..malah orang yang diri sendirinya kaki mabuk pun cemerlang akademik ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
Nuranys
WARGA SETIA Menyertai: 28.09.2006 Ahli No: 26619
Posting: 1710
Dari: Kota Serambi Mekah
|
Posting pada: 16-12-07 10:34
Pada 16-12-07 10:28 , sakinahazzahra posting:!!! QUOTE !!!
tak tahu nak komen apa dengan luahan tersebut...sabar dan terus berdoalah... tapi kalau pasal saudara dan saudari hairan ni, di sekeliling saya biasa saja perkara ni...di tempat saya ibu bapa kaki mabuk sebab memang tu cara hidup mereka tapi ramai saja anak2 dari keluarga yang ibubapa kaki mabuk dan bergaduh cemerlang akademik dan kerja bagus..malah orang yang diri sendirinya kaki mabuk pun cemerlang akademik
itulah 'asam garam' kehidupan.... -----------------
|
kapten06
WARGA SETIA Menyertai: 04.01.2007 Ahli No: 28008
Posting: 1266
Dari: KEDAH
|
Posting pada: 16-12-07 11:31
erm rasanya tak ada yang mustahil dalam dunia..ini....semua boleh berlaku dengan kehendakNYA...tanpa dipinta...kadang-kadang sesuatu perkara itu berlaku tanpa kita jangka yang ia boleh berlaku...tak semestinya rumah tangga porak peranda anak2 tak boleh nak belajar... kadang-kadang apa yang berlaku dalam dunia in tak semestinya mengikut fitrah...seperti kelahiran nabi Isa......apa pun kepada yang tidak bernama teruskan bertaubat dan memohon ampun dari ALLAH S.W.T....dan doakan semoga ALLAH S.W.T buka pintu hidayah kepada keluarga anda......teruskan berdoa tanpa rasa putus asa.....semoga awak berjaya nanti..ameen....
|
mujahidah_muslimah
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 693
Posting: 678
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 19-12-07 04:17
alhamdulillah adik diberi hidayah oleh Allah. akak harap dan doakan agar adik kekal dengan hidayah tu.. kuatkan iman dan tabahkan hati. banyak bermunajat kepada Allah. solat hajat setiap hari untuk emak adik... akak tak hairan adik berjaya walaupun keluarga begitu tapi akak bangga dengan adik.. kekalkan.. paling penting, bila dah p oversea nanti, pandai-pandai bawa diri. jangan mudah terpengaruh... tegurlah ibu dan nasihatinya selain berdoa dengan cara yang baik kerana adik sebagai anak lelaki juga mmepunyai tanggungjawab yang besar dalam mendidik emak adik. jangan sampai adik tertarik ke lembah al jahannam kerana emak adik... teruskan berusaha tanpa jemu dan istiqamah berdoa.. semoga dirimu sentiasa terpelihara ----------------- I'm glad to be me.. Jaga diri, jaga iman, Jaga hati. Tebarkan salam [email protected]
|
aesyah86
Warga 3 Bintang Menyertai: 22.11.2007 Ahli No: 31801
Posting: 109
Dari: chendering, tGanu
|
Posting pada: 19-12-07 14:24
buat unknown_anonymous1 hidup yakinlah dengan Allah! yang penting jangan sesekali putus asa.. takdir Tuhan ada di hujung usaha manusia.. dia akan memberikan sesuatu kepada hambaNya sesuai dengan kadar usaha & ikhtiarnya.. Hidup ini adalah keyakinan dan perjuangan - Ahmad SyauQi Dan perjuangan seorang mukmin sejati tidak akan terhenti kecuali ketika kedua telapak kakinya telah berada dipintu syurga. - Imam Ahmad bin Hambal
|
MencariSinar
WARGA SETIA Menyertai: 19.05.2003 Ahli No: 532
Posting: 672
Dari: Seky. 9 Shah Alam
|
Posting pada: 24-12-07 11:26
Setiap Dugaan Ada Hikmah nya....di mana ada kesusahan di situ ada kesenangan...yakinlah Pada Allah...kalau kita mengharap tentang kebaikkan...insyAllah ada jalan menuju nya....Allah maha mengetahui...Salam
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 24-12-07 11:30
insyaAllah..hidup anda tidak dipenuhi maksiat...cuma keliling anda yang dipenuhi maksiat...ambillah jalan unuk cuba keluar...dan banyakkanlah berdoa..kerana..berat mata memandang..berat lagi beban tergalas....(pepatah sendiri..huhu)...
|
embun-pagi
Warga 2 Bintang Menyertai: 19.10.2006 Ahli No: 27056
Posting: 41
Dari: Lorong Teratai
|
Posting pada: 24-12-07 12:10
dalam hal ni,saya pun hampir berputus asa. saya teringin hidup dalam suasana islam... tapi keluarga tidak mengamalkannya... hanya saya seorang... saya jadi lemah... ----------------- Mencari-Cari Diri, Mengejar Cahaya NUR YA ALLAH... Suburkanlah Cintaku PadaMU
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 24-12-07 12:15
Pada 24-12-07 12:10 , embun-pagi posting:!!! QUOTE !!! dalam hal ni,saya pun hampir berputus asa. saya teringin hidup dalam suasana islam... tapi keluarga tidak mengamalkannya... hanya saya seorang... saya jadi lemah...
semoga kita tidak berputus asa.. saya pun nak hampir putus asa lah ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 24-12-07 12:17
janganlah lemah wahai kawan² semua.... semangat..semangat....bangun semua...tarik napas penpanjang...lepas....... baik...semua boleh hidup dengan tabah... kita minum dulu...minum melo anda jadi sihat dan kuat...
|
NurArisha
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.03.2005 Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL
|
Posting pada: 02-01-08 12:00
sebenarnya saya tumpang rasa sayu dengan unknown_anonymous1 saya tahu saudara melalui jalan hidup yang agak tertekan, tapi saudara berjaya berfikir di luar kerosakan yang berlaku.. saya harap saudara terus bertabah hati. semuanya pasti baik. saudara boleh terus nasihati ibu mungkin secara dia boleh terima nasihat. mungkin melalui risalah atau buku2 yang saudara beli. insyaAllah jika saudara terus sabar dan berusaha..ada jalan untuk saudara membantu ibu saudara.., jangan putus berdoa..Dia Maha mendengar segala luahan hati saudara.. dalam kejauhan dari keluarga, banyak juga cabaran di luar sana. saya harap saudara terus menyematkan keyakinan tinggi padaNya..dan jangan hanyut dengan keadaan dunia. biar dunia berubah, tapi bukan diri kita. selalu berfikir positif dalam melangkah di hari muka.. dalam hidup ini, mungkin kesempatan untuk belajar dr keluarga adalah yang lebih baik..tapi tidak semua mendapatnya. kita sering lupa pada hakikat hidup kita. janganlah saudara merendah diri dengan keadaan keluarga saudara. tidak semua bernasib baik dan setiap dr manusia di dunia mpy jalan hidup yang berbeza..tapi selalulah belajar untuk mengenalNya. ada ketika kita harus belajar sendiri dalam mencari jalan hakiki..walau ada kesulitan, tapi itulah cabarannya. jangan putus asa ye saudara.. yakinlah semua pasti baik.. ----------------- Assalalualaikum.. Kejujuran adalah sebahagian dari insan yang cintakan Allah s.w.t.
|
Ninja85
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.10.2007 Ahli No: 31536
Posting: 218
Dari: kelantan
|
Posting pada: 02-01-08 13:37
assalamaulaikum. saudara banyak kan buat solat hayat dan selalu lah berdoa agar Allah buka pintu hati ibu dan ayah saudara.tu saja yang sya dapat cakap.
|
simple_NAH
Warga 3 Bintang Menyertai: 23.08.2006 Ahli No: 26007
Posting: 77
Dari: shah alam
|
Posting pada: 02-01-08 13:47
tahniah kerana adik berjaya hadapinya...saya yakin adik seorang yang kuat dan tabah orangnya..tetapkan matlamat adik dengan segala impian adik, dan hendaklah istiqamah dengan perubahan yang telah dibuat...pasti kejayaan dan kebahagiaan menyebelahi adik suatu hari nanti..insyaAllah... tentang jodoh janganlah adik risaukan, sampai masa pasti ditemukan...dan yakinlah orang yang baik pasti mendapat jodoh yang baik...buat masa sekarang tumpukan perhatian pada pelajaran. jadikan Allah tempat bergantung...jangan menyesali atas ujian yang diterima, tetapi tabah menghadapinya dengan bijak... saya doakan adik berjaya di dunia dan akhirat...kita semua sebenarnay.. dan tetap lakukan perubahan untuk kehidupan yang lebih baik
|
Fairuzfirdausi
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.11.2003 Ahli No: 5074
Posting: 304
|
Posting pada: 02-01-08 14:23
'Tapi, keluarga saya sendiri tidak betul, bagaimana nak betulkan orang lain? Saya sedih, saya merana, apa lagi yang harus saya buat?' adik pernah terfikir tak,kadang-kadang keluar ayat2,'alah,harap ayah saja ustaz,tapi anak,macam apa saja..'?iman tak dapat diwarisi dik..usaha yang adik buat (dengan berdoa,dan let others here know bout your situation) will count by Him.. cuba luaskan fikiran dik.bila kita betulkan org lain,insyaAllah,Dia yang Maha Pengasih tu akan betulkan keluarga adik..berbaik sangkalah dengan Dia,b positive..mungkin sekarang doa adik,Allah tak makbulkan lagi dan hanya Dia sahaja yang tahu sebab doa adik tu tak dimakbulkan..Dia nak adik istiqamah meminta pertolongan Dia,Dia nak uji adik lagi..Dia tak akan turunkan ujian yang tak setimpal dengan kekuatan hamba2Nya,dik.. adik rasa tertekan dengan environment yang mengarah ke maksiat,usaha supaya dapat bersama2 dengan orang-orang yang dapat menarik adik ke jalan yang Dia redhai..semoga pemergian adik ke luar negara nanti akan membawa adi ke jalan yang lebih baik..who knows?..take care ye dik.. ----------------- p(^_^)q gambaru!!
|
nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 35
Posting: 1798
|
Posting pada: 02-01-08 16:00
satu contoh... iman bukan perwarisan... teruskan berjuang kearah kebaikan... sebarang masalah.. keluhan.. resah, gelisah.. panjatkan hanya pada ALLAH... kerana DIA sahaja yang dapat meleraikan segala kesedihan dan penambah kegembiraan ALLAH merahmatimu adik......
|
hamnah_02
Warga 2 Bintang Menyertai: 02.05.2007 Ahli No: 29821
Posting: 69
Dari: KL
|
Posting pada: 02-01-08 16:26
salam.. erm tak tau nak komen apa.. kalau cerita saudara ni betul.. saya cuma nak cakap yang Allah benar-benar sayangkan saudara.. sebab Dia pilih saudara untuk terima ujianNya yang berat ni..and sebab Dia tahu saudara mampu hadapinya..ingatlah..Allah tak kan timpakan sesuatu ujian ke atas hambaNya melainkan dia mampu menghadapinya.. buatlah yang termampu untuk tarik balik keluarga saudara kembali kepada jalan yang diredhai Allah.. then..berserahlah pada Allah..jangan putus berdoa kepada Allah supaya mereka dapat hidayah.. soal hidayah kan terletak pada tangan Allah.. lagi 1..soal pandangan orang lain terhadap saudara..jangan pedulikan pandangan mereka..tak cukupkah pandangan Allah untuk saudara..sesungguhnye Allah lebih mengetahui..org yang sanggup jadi isteri saudara pasti dapat terima diri saudara seadanya..bukan tu saja..pasti dia juga sanggup berusaha bersama saudara untuk menarik balik ahli keluarga saudara ke arah hidup yang di redhai.. luahkan segalaNya pada Allah..pinta hidayahNya..jangan cari jalan selainNya...yakinlah dengan janji Allah..jika tak mampu nak mengubahNya..berdoalah kepadanya..Allah Maha mendengar
|
Fairuzfirdausi
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.11.2003 Ahli No: 5074
Posting: 304
|
Posting pada: 02-01-08 16:32
Pada 02-01-08 16:26 , hamnah_02 posting:!!! QUOTE !!! salam.. erm tak tau nak komen apa.. kalau cerita saudara ni betul.. saya cuma nak cakap yang Allah benar-benar sayangkan saudara.. sebab Dia pilih saudara untuk terima ujianNya yang berat ni..and sebab Dia tahu saudara mampu hadapinya..ingatlah..Allah tak kan timpakan sesuatu ujian ke atas hambaNya melainkan dia mampu menghadapinya.. buatlah yang termampu untuk tarik balik keluarga saudara kembali kepada jalan yang diredhai Allah.. then..berserahlah pada Allah..jangan putus berdoa kepada Allah supaya mereka dapat hidayah.. soal hidayah kan terletak pada tangan Allah.. lagi 1..soal pandangan orang lain terhadap saudara..jangan pedulikan pandangan mereka..tak cukupkah pandangan Allah untuk saudara..sesungguhnye Allah lebih mengetahui..org yang sanggup jadi isteri saudara pasti dapat terima diri saudara seadanya..bukan tu saja..pasti dia juga sanggup berusaha bersama saudara untuk menarik balik ahli keluarga saudara ke arah hidup yang di redhai.. luahkan segalaNya pada Allah..pinta hidayahNya..jangan cari jalan selainNya...yakinlah dengan janji Allah..jika tak mampu nak mengubahNya..berdoalah kepadanya..Allah Maha mendengar setuju2.. ----------------- p(^_^)q gambaru!!
|
kakisamun
WARGA SETIA Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku
|
Posting pada: 02-01-08 16:43
Pada 13-12-07 12:40 , kakisamun posting:!!! QUOTE !!! .. banyakkan berdoa untuk kedua ibubapa adik dan keluarga adik serta seluruh saudara mara seIslam kita.. dan tunjukkan pada mereka perubahan adik seperti solat, mengaji.. mana tau mudah-mudahan mereka akan tersedar setelah melihat perubahan adik.. kisah saidina Umar menjadi bukti tentang hidayah ALLAH.. apa-apa pun mudah-mudahan semoga kita semua sentiasa berada di dalam rahmatNYA.. Amin.. .. jap2.. diriku kah yang memberi kata-kata peransang dan kata-kata nasihat ini .. owh.. sungguhku tidak pecaya adoiii..
|
sahlon
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.03.2005 Ahli No: 15287
Posting: 281
Dari: kelantan
|
Posting pada: 02-01-08 20:45
salam jangan berputus asa akan rahmat ALLAH Dia yang menciptakan mati dan hidup untuk menentukan yang mana paling baik amalannya. akak akui adik sememangnya seorang yang kuat. masih meneruskan usaha untuk mempertingkatkan iman. sesungguhnya di sebalik sesuatu ada hikmah yang tersembunyi. disebalik kesusahan itu ada kesenangan. adik boleh mula dengan melihat kelebihan yang ada pada diri adik. betapa ramai yang cemburu dengan adik kerana berjaya melanjutkan pelajaran. sesungguhnya ujian Tuhan sesuai dengan kekuatan Iman seseorang hidup didunia hanya sementara. tak penting berapa banyak ilmu yang awak ada, tapi berapa usaha awak untuk memantapkan diri awak menuju Tuhan. Setiap orang bermula dari zero. orang yang dicampak kelembah dosa terlebih dahulu adalah lebih baik kerana tiada riyak dalam ibadahnya kerana merasa hina dengan dosa terdahulu berbanding orang yang banyak ib ada tapi riyak dengan ibadahnya. selamat berusaha...
|
shas_uom
Warga 2 Bintang Menyertai: 23.05.2007 Ahli No: 30019
Posting: 42
Dari: Australia
|
Posting pada: 02-01-08 21:12
'Tapi, keluarga saya sendiri tidak betul, bagaimana nak betulkan orang lain? Saya sedih, saya merana, apa lagi yang harus saya buat?' adakah di sebabkan ini usaha dakwah adik akan terhenti???... hanya pandangan Allah saja yang kita takutkan bukan pandangan orang lain.. insyaAllah apa yang adik dah uasahakan tu Allah kira.. hassan al- banna.. menggariskan 4 jenis situasi dalam mencegah kemungkaran.. 1. apabila kita menegur, akan terhapus kemungkaran itu..ni wajib kita tegur 2. apabila kita tegur, akan berkurang sedikit, ni pun wajib tegur 3. apabila tegur, kemungkaran itu berubah bentuk..yang ni kena tengok keadaan..sama ada kepada yang lebih baik, atau kepada yang lebih teruk ( macam masa zaman khilafah dulu, org mongolia yang minum arak, jika ditegah mereka minum arak, mereka akan membunuh orang..jadi hukum nya adalah haram) 4. apabila di tegur, kemungkaran bertambah teruk..yang ni haram
|
shas_uom
Warga 2 Bintang Menyertai: 23.05.2007 Ahli No: 30019
Posting: 42
Dari: Australia
|
Posting pada: 14-01-08 23:09
Pada 02-01-08 21:47 , sayatetapsaya posting:!!! QUOTE !!! betul kata shas uom..perkara penting yang perlu kita ingat dalam kita berdakwah....
erm..sekadar perkongsian ..melihatkan keadaan masyarakat kini tak sepatutnya kita keluar dr jalan dakwah ni .. Moga semua tetap hati , ameen.. ----------------- -Allah Knows Best-
|
imtiyaz_lail86
Warga 4 Bintang Menyertai: 10.08.2006 Ahli No: 25728
Posting: 229
Dari: JeRaNTuT~NiLai
|
Posting pada: 15-01-08 09:06
SALAM ALAIK... sepatutnya anta bersyukur krna mendapat petunjuk dr org lain...anta trplih untuk mendapat petunjuk...tentu ada hkmh dseblikny...ana tau..ssah untuk hdapi sgalanye...slemh2 iman...tegur dengan hati...iaitu mlalui doa...byk2kn berdoa moga semuanya akan sedar 1 hari nanti...insyaALLAH ...BAROKALLAHUFIK...ana doakan anta sentiasa dikuatkn untuk hadapi ujian2 ini...
|
niairza
Warga Rasmi Menyertai: 18.02.2008 Ahli No: 32656
Posting: 14
Dari: Kuala Kubu Bharu
|
Posting pada: 20-02-08 15:16
wahai saudara ku...segala yang berlaku adalah kehendak Allah... yakinlah segalanya akan baik selepas ini...ujian bukan bertujuan untuk menghina seseorang hamba,tetapi meningkatkan iman seorang hamba itu.melangkahlah dengan tabah...di iringi doa yang tak pernah putus agar insan2 yang anda sayangi sedar bahawa dunia ini hanya tempat persinggahan.... ----------------- Positif
|
Mulya
WARGA SETIA Menyertai: 10.09.2007 Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN
|
Posting pada: 22-02-08 15:39
salam..percayalah..ssemua itu berguna untuk anda..tetaplah tersenyum...allah menghendaki anda untuk lebih suci dan lebih kuat dan lebih bersungguh2.. setiap orang diuji dengan apa yang allah inginkan..mereka yang terlanjur bermaksiat,yang membunuh..semua takdir allah..pasti ada kebaikan didalamnya..yang pasti..jangan pernah menyalahkan mereka..sebab mereka pun tak pernah ingin melakukan kesalahan..
|
nooz
Warga Rasmi Menyertai: 15.03.2008 Ahli No: 32910
Posting: 1
|
Posting pada: 15-03-08 22:17
Sahabatku.... Sesungguhnya bertuahlah bagi orang yang mengharungi pelbagai kesulitan sebelum menemui kebahagian...kerana tika itu kita pasti akan menjaganya kebahagian itu dengan sebaik mungkin tanpa ingin menjadikannya cacat walau sedikit pun. Sahabatku.... Amat bertuahlah sahabatku kerana dipancarkan nur hidayah di hati sebelum mentari telah menghampiri persemadiannya... jelas sekali Kasih sayang Allah menghampiri dan mencarimu... Ingatlah ....bertuahlah kita selagi kasih sayang Allah dan ingatanNYA itu berada dekat dengan kita ...Namun takutlah sekiranya kasih sayang Allah dan ingatanNYA semakin jauh dari kita Janganlah persalahkan kesilapan mereka kelmarian kerana...di depanmu terbentang 1001 hikmah yang membawa kebahagian hidupmu. berterima kasihlah kerana mereka menjadikan dirimu hampir kepada NUR Allah. Fahami....
|
dakbek
Warga Rasmi Menyertai: 04.03.2008 Ahli No: 32804
Posting: 6
Dari: sumwherearOunddwOrlD
|
Posting pada: 15-03-08 22:34
alhamdulillah...at least awak dah berubah dan ada kehidupan yang bih baik...mksdnye...pat study...smpy ovr c lagi......tinggal istiQamah saja lagi...parents...doakan banyak-banyak....tak ada tempat lagi yang nak d cerita kan..mlainkan Allah...saya pun pernah alami musibah yang berat juga...tapi,,kita kena kuatkan dari kita...think +ve banyak-banyak....semua nya ada hikmah...
|
najla_azzahra
Warga Rasmi Menyertai: 19.03.2008 Ahli No: 32945
Posting: 15
Dari: selangor
|
Posting pada: 03-04-08 10:44
assalamualaikum... alhamdulillah kamu trplh untuk mendapat hidayah daripada-Nya.... Allah plh kamu mesti ada hikmah disebaliknya....betul tak?? ada seorang kawan ana pun mempunyai masalah yang sama... tapi apa yang ana boleh cakap ialah banyakkan berdoa....semoga Allah memberi hidayah kepada kluarganya....insyaallah... tabahkan hati...
|
hanafirazali
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.09.2006 Ahli No: 26499
Posting: 327
Dari: negeri sembilan dan perak
|
Posting pada: 19-04-08 06:43
tarbiyyah bukanlah segala- galanya.. namun hidup ini tidak bermakna tanpa tarbiyyah...
|
irashahirah
WARGA SETIA Menyertai: 08.10.2005 Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee
|
Posting pada: 19-04-08 08:26
salam... berat mata menadang berat lagi bahu memikul saya rasa dal;am kes ini.. awak rasa tertekan sangat sebab masalah ibu bapa awak... saya cuma nak kawan-kawan kat ukhwah ni fikirkan.. macam mana seorang anak nak tegur ibu bapa yang buat dosa... bukan mudah.. serius.. nanti kita ni macam pandai2 pulak.. berat sangat perasaan ini... kalau kawan-kawan mungkin kita mudah tegur juga.. tapi ibu bapa.. oprng yang plng dihormati dalam hidup kita..
|