Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Hasil besar tidak dapat dicapai dengan sekali gerakan. Kita harus terus bergerak ke depan, selangkah demi selangkah seperti ketika kita berjalan.
-- Samuel Smile

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 191
Ahli: 0
Jumlah: 191




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Klinik Ukhwah
Topik: Tidur


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow, dramian219
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Klinik Ukhwah
    »» Tidur

Please Mendaftar To Post


Oleh Tidur

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 05-12-07 20:40


Menurut Ibnu Qayyim Al Jauziyyah dalam kitabnya Panduan Perubatan
Nabi ada menjelaskan bab tidur ini.

Tidur dan bangun yang dicontohkan Nabi Muhammad SAW adalah tidur yang
terbaik, bermanfaat bagi tubuh serta menambah kekuatan badan.

Baginda masuk tidur awal malam (setelah isya') dan bangun pada awal
seperdua malam yang terakhir. Setelah bangun baginda langsung bangkit
untuk bersugi (gosok gigi) berwuduk dan solat malam (tahajjud).

Tidur yang baik dan membawa manfaat bagi tubuh adalah: Berbaring
menghadap ke kanan agar makanan berada dalam posisi yang baik dalam
perut, tidak berhimpit dengan hati. Tidur miring ke kiri akan
meudaratkan hati sebab seluruh anggota bahagian badan akan condong ke
kiri menghimpit hati.

Tidur yang baik dan benar akan memberi kekuatan baru bagi tubuh,
istirehatnya otak bekerja dan menghilangkan kelelahan.

Tidur yang buruk, tidak mendatangkan manfaat adalah:

Tidur terlentang atau terlungkup. berbaring terlentang untuk
istirehat bukan untuk tidur tidak memudaratkan bagi tubuh. Mengenai
tidur terlungkup, Abu Umamah ra meriwayatkan:
Nabi Muhammad SAW menghampiri seorang lelaki yang sedang tidur
terlungkup di dalam masjid. Maka Nabi mengusiknya dengan kakinya dan
berkata:
"Bangkitlah engkau - atau duduklah -. Sesungguhnya tidurmu itu adalah
tidur (dalam) neraka jahannam." (hari Ibnu Majah)

Tidur siang hari dapat menimbulkan penyakit biri-biri, merosak mata,
penyakit limpa, melemahkan urat, menurunkan dan melemahkan syahwat:
kecuali tidur siang pada musim kemarau ketika dalam perjalanan. Lebih
buruk lagi tidur di awal siang dan di hujung waktu Asar menjelang
matahari terbenam.

Ibnu Abbas mengherdik anaknya yang tidur di pagi hari (awal siang)
dengan katanya: "Hei bangun! Pantaskah engkau tidur pada waktu rezeki
sedang dibahagi-bahagi? "

Tidur siang ada tiga jenis iaitu:

1. Khulq iaitu tidur biasa, yakni tidur kerana dalam musafir dan
inilah tidurnya Rasulullah SAW

2. Khurq iaitu tidur pada waktu dhuha, melupakan pekerjaan dunia dan
akhirat

3. Humuq iaitu tidur orang bodoh yakni pada waktu Asar.

Sebahagian ulama salaf (ulama sebelum abad ke 2 Hijrah)
mengatakan: "Barangsiapa tidur sesudah waktu Asar maka kecerdasannya
akan berkurang. Tidaklah celaka orang itu kecuali atas akibat
perbuatannya sendiri (tidur siang sesudah Asar itu)."

Dari Barraa' bin 'Azib, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Apabila
engkau mendatangi tempat tidurmu maka hendaklah engkau berwudhu'
sebagaimana wudhuk' hendak mendirikan solat, kemudian berbaringlah di
atas badanmu yang sebelah kanan. Kemudian berdoalah: "Ya Allah,
Sesungguhnya aku menyerahkan dirimu kepada Mu. Aku hadapkan wajahku
kepada Mu, ku serahkan segala urusanku kepada Mu. Aku perlindungkan
tulang belakangku kepada Mu, dalam keadaan gembira, mahupun takut,
tiada tempat berlindung dan tiada tempat memohon kelepasan kecuali
kepada Mu. Aku beriman kepada kitab yang telah Engkau turunkan dan
aku beriman kepada nabi Mu yang telah Engkau utus."
Hendaklah engkau jadikan kalimat kalimat tersebut menjadi perkataanmu
yang terakhir (sebelum tertidur nyenyak). Jika engkau mati pada
malam itu, maka matimu dalam keadaan fitrah (suci). (hari Bukhari dan
Muslim)

mengantuknya... -_-zzzZZzzZZ


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 05-12-07 22:25


bagaimana kalau selalu rasa ngantuk nak tidur saja? walaupon tau tidur lama tak elok tapi mengantuk saja mata...bagaimana pula ye??

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 14-01-08 10:18


rasanya selalu rasa mengantuk sebab.... tak bersenam mungkin...
rajin2lah bersenam.. 2 atau 3 kali seminggu..
insyaAllah sangat baik untuk kesihatan..dan sentiasa cergas..
hehe dapat rasa perbezaan..
saya pun kadang-kadang saya bersenam ni..
minggu ni jogging 2/3 kali..
minggu depan terperuk kat bilik..
masa aktif tu segar mata :sopan:

pasal tidur mengiring ke kanan tu..
saya ikut kedudukan katil..
erm kepala kat tempat sujud..
kalau kanan menghadap dinding huhu tak selesa pula..
maka tidurlah dengan mengiring ke kiri..

terfikir juga nak ikut sunnah mengiring kanan tapi itulah menghadap dinding..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

Iman_Hayati
WARGA SETIA
Menyertai: 24.10.2003
Ahli No: 4642
Posting: 940
Dari: Bumi ALLAH

Kelantan  


posticon Posting pada: 14-01-08 12:56


tak tidur lepas asar sebab tak suka..lagipun kalau tidur, mesti ana lemah badan, letih..sakit kepala.kalau dah penat sngat baru ana tertidur, bukan tidur ye:-P
Waktu tidur, ana tidur mengiring ke kanan sebab mengadap kiblat, tapi rumah baru ni kena mengadap dinding (macam sakinahazzahra)..tak best..tapi still mengadap dinding:-)


-----------------
Sesejuk Mata Memandang, Seindah Akhlak terpampang


Bookmark and Share

    


  Member Information For Iman_HayatiProfil   Hantar PM kepada Iman_Hayati   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.087124 saat. Lajunya....