Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 25-10-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
5,000 tahun dulu Confusius berkata, "Belajar!"; 1,500 tahun dahulu ayat Quran pertama ialah, "Baca!"
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 67
Ahli: 0
Jumlah: 67




  Yang Masuk Ke Sini
wyd1014: 6 hari yang lalu
Daeng_Jati: 13 hari yang lalu
skater: 16 hari yang lalu
HIKAL: 35 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Kes rogol meningkat, lebih 70 peratus mangsa 18 tahun ke bawah


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Kes rogol meningkat, lebih 70 peratus mangsa 18 tahun ke bawah

Please Mendaftar To Post


Oleh Kes rogol meningkat, lebih 70 peratus mangsa 18 tahun ke bawah

syah_apium
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.06.2003
Ahli No: 1424
Posting: 415
Dari: malaysia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 01-12-07 09:45


di petik dari Utusan Malaysia 1/12/2007

PUTRAJAYA 30 Nov. - Kes rogol yang dilapor di negara ini meningkat sebanyak 31.5 peratus bagi tempoh Januari hingga September tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas, dengan lebih 70 peratus membabitkan mangsa berumur 18 tahun ke bawah.

Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Datuk Maximus J. Ongkili berkata, berdasarkan statistik yang diperolehi pihaknya, sebanyak 2,432 kes rogol dilapor dalam tempoh itu berbanding 1,849 kes tahun lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, kerajaan melahirkan rasa bimbang berhubung perkara itu apabila mendapati kebanyakan kes yang dilapor didakwa dilakukan oleh mereka yang dikenali termasuk bapa dan teman lelaki.

“Ini memberi gambaran yang menyedihkan dan menunjukkan peranan institusi keluarga dan masyarakat sekeliling amat penting untuk mengatasinya.

“Apabila diteliti, ia banyak membabitkan mangsa berumur 18 tahun ke bawah dan ini merungsingkan kita,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Kempen Pencegahan Jenayah Rogol anjuran MCPF di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Datuk Azman Amin Hassan dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee.

Maximus berkata, daripada jumlah keseluruhan kes yang dilapor itu, sebanyak 942 kes membabitkan mereka yang dikenali termasuk rogol berkumpulan.

Sebanyak 752 kes dilapor dilakukan oleh teman lelaki, bapa (75 kes), bapa tiri (45 kes), bapa saudara (61 kes) dan bapa angkat (sembilan kes), katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, MCPF akan mengadakan kempen kesedaran besar-besaran mulai tahun depan dengan kerjasama pelbagai agensi dan masyarakat awam dalam usaha mengurangkan kadar jenayah itu.

“Kempen itu akan melibatkan institusi keluarga, sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan dan pertubuhan bukan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, masyarakat awam perlu diberi kesedaran agar dapat mengawasi pergerakan golongan remaja memandangkan kebanyakan kes membabitkan penjenayah yang dikenali termasuk selepas berkenalan setakat satu atau dua hari.

- Bernama

Bookmark and Share

    


  Member Information For syah_apiumProfil   Hantar PM kepada syah_apium   Quote dan BalasQuote

mmas_forever1991
WARGA SETIA
Menyertai: 28.05.2007
Ahli No: 30088
Posting: 741
Dari: AS

Kedah  


posticon Posting pada: 01-12-07 10:26


kerajaan terpinga2......

sedangkan mereka yang mengizinkan hiburan yang melampau2.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mmas_forever1991Profil   Hantar PM kepada mmas_forever1991   Pergi ke mmas_forever1991's Website   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 01-12-07 13:27


Pada 01-12-07 10:26 , mmas_forever1991 posting:

!!! QUOTE !!!

kerajaan terpinga2......

sedangkan mereka yang mengizinkan hiburan yang melampau2.....


Betul tu...Mencegah lebih baik dari mengubati...Sibuk kaji hukuman ke atas pesalah seksual tapi punca masalah tu tak di ambil perhatian...


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

Muddathsir787
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2007
Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-12-07 13:41


Kes Nurin Jazlin dulu bukan main berapi2 nak cari sampai ke lubang cacing..

Akhirnya..... ??????


???????????????????????????????????????????????????????????????
???????????????????????????????????????????????????????????????
???????????????????????????????????????????????????????????????

Bookmark and Share

    


  Member Information For Muddathsir787Profil   Hantar PM kepada Muddathsir787   Quote dan BalasQuote

azzak
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2007
Ahli No: 31036
Posting: 491
Dari: klang, selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 01-12-07 16:07


ni lah akibat masyarakat sendiri yang open minded lah kononnya, pakaian tak boleh nak tdedah...tudung nak bfesyen tapi xmenepati syariat...hp nak dibawa senang-senang ke sekolah..ibubapa manjakan anak2 sangat....pendek kata, ikut pendirian memasing memang membawa padah selagi xikut perintah ALLAH..

Bookmark and Share

    


  Member Information For azzakProfil   Hantar PM kepada azzak   Pergi ke azzak's Website   Quote dan BalasQuote

syah_apium
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.06.2003
Ahli No: 1424
Posting: 415
Dari: malaysia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 01-12-07 23:20


salam

petikan dari harakahdaily.net

Kes Nurin akan dipeti sejukkan?
Abdul Halim Mohd Rashid
Fri | Nov 30, 07 | 2:55:29 pm MYT
KUALA LUMPUR, 30 Nov (Hrkh) - Bapa saudara Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin, Jasni Abdul Jalil bimbang kes penculikan dan pembunuhan anak saudaranya itu akan dipeti sejukkan.

Dalam posting terbaru beliau dalam blognya (nurinjazlin.blogspot.com), berdasarkan kenyataan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Johari Baharum, sambil menyatakan beliau mungkin salah, Jasni bimbang kes tersebut akan dipeti sejukkan, sekurang-kurang sehingga satu lagi kes penculikan dan pembunuhan.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Johari Baharum berkata, walaupun tiada kenyataan dikeluarkan, ia bukan bermakna kes pembunuhan Nurin ditutup, sebaliknya siasatan akan tetap diteruskan hingga tertangkapnya pembunuh itu.

"Buat masa ini, media tidak perlulah tanya lagi (berhubung kes Nurin).

"Sebarang perkembangan akan tetap diberitahu kepada media kelak," kata timbalan menteri itu.

Johari juga berkata, orang awam seharusnya memahami dan tidak mendesak pihak berkuasa, sebaliknya mereka perlu diberi peluang serta masa untuk menyelesaikan kes tersebut mengikut prosedur siasatan yang ditetapkan.

Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak dilaporkan hilang pada 20 Ogos lepas setelah keluar bersendirian ke pasar malam berhampiran rumahnya di Wangsa Maju.

Pada 17 September, mayatnya ditemui dengan kesan penderaan seksual melampau dan disumbat ke dalam beg sukan di hadapan sebuah kedai di Petaling Jaya.

Dalam kes penyebaran gambar autopsi Nurin pula, kata Jasni, berita bahawa polis telah mengenalpasti orang yang bertanggungjawab dengan perbuatan tidak bertanggungjawab itu telah dilaporkan seawal 3 November lalu.

Setelah hampir sebulan kenyataan itu dibuat, Jasni bertanya "di mana orang melakukan perbuatan itu?"

Sambil memetik ingatan yang tidak henti-henti dibuat supaya orang ramai "jangan buat spekulasi!", Jasni bertanya "tetapi sudah pun 100 hari sekarang, apa lagi yang boleh kita buat?"

Blogger Maria Abdul Samad (mariasamad.blogspot.com) pula mengingatkan Johari bahawa Nurin adalah salah seorang daripada 17 kanak-kanak di bawah umur, 10 lelaki dan tujuh perempuan, yang dilaporkan hilang.

Kanak-kanak yang lain pula, katanya, hilang sejak Januari dan Julai tahun ini dan masih belum dijumpai.

17 kes kehilangan itu, katanya, adalah sebahagian dari 34 kes kehilangan kanak-kanak berumur di bawah sembilan tahun yang dilaporkan kepada pihak polis sehingga Julai lalu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syah_apiumProfil   Hantar PM kepada syah_apium   Quote dan BalasQuote

mihar123
WARGA SETIA
Menyertai: 20.11.2005
Ahli No: 20396
Posting: 551
Dari: ::. Negeri Che Siti Wan Kembang .::

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-12-07 23:43


Banyak penyebab kepada penyumbang masalah ini.
paling utama ialah krj sendiri sb tak tindakan tegas dan drastik dalam menagani masalah ini.

Sb lain ialah media massa dan media cetak semakin berani menonjolkan gambar2 wanita ghairah yang menaikkan nafsu org lalaki....

Cara pemakaian org perempuan masa kini memang menghairahkan. Apakan tidak ianya menampakkan bentuk badan. memang dah menjadi fesyen kepada mereka. Mereka seolah-olah bangga dapat menonjolkan bentuk badan mereka


-----------------
~~~Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian~~~

My blog::: http://mihar.blogs.friendster.com/:::



Bookmark and Share

    


  Member Information For mihar123Profil   Hantar PM kepada mihar123   Quote dan BalasQuote

nak_jadi_baik
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.10.2007
Ahli No: 31409
Posting: 112
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-12-07 05:14


Pada 01-12-07 16:07 , azzak posting:

!!! QUOTE !!!

ni lah akibat masyarakat sendiri yang open minded lah kononnya, pakaian tak boleh nak tdedah...tudung nak bfesyen tapi xmenepati syariat...hp nak dibawa senang-senang ke sekolah..ibubapa manjakan anak2 sangat....pendek kata, ikut pendirian memasing memang membawa padah selagi xikut perintah ALLAH..



-----------------

berjuang demi Allah.. senyum selalu.. kerana senyuman itu adalah sedekah


Bookmark and Share

    


  Member Information For nak_jadi_baikProfil   Hantar PM kepada nak_jadi_baik   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 02-12-07 07:18


Salam, kalau kes dah berlaku sebanyak ini, maka ini bukanlah lagi kes yang isolated...

Dalam mencari penyelesaiannya, marilah kita selidiki di mana silapnya, dan apakah puncanya...

Adakah salah perempuan itu sahaja? Ataupun si perogol? Ataupun salah kerajaan kerana membiarkan maksiat berleluasa?

Setelah meneliti puncanya, barulah kita berusaha menangani punca tersebut.

Penyelesaian yang melibatkan symptoms semata-mata tidak akan menamatkan permasalahan ini.

Justeru, apakah punca sebenar sehingga menyebabkan insiden sebegini berleluasa?

Jika dilihat daripada symptom-nya, tentu saja kita akan dapat merumuskan bahawa semua ini terjadi lantaran umat Islam telah meninggalkan Islam sebagai sistem kehidupan mereka.

Mungkin dari segi ibadah mahdhah dan ritual kerohanian, umat Islam masih lagi berpegang kepada Islam. Namun, dalam muamalah dan uqubat, ke mana perginya Islam?

Inilah puncanya... Islam telah ditinggalkan...

Penyelesaiannya, tentulah kembali kepada sistem Islam!

Mungkin kita berbeza pendapat tentang caranya, namun kita tetap sepakat bahawa Islam mestilah diamalkan secara kaffah, baik meliputi kehidupan peribadi mahupun dalam bermasyarakat dan negara...

Justeru, kita boleh berganding bahu dalam membentuk public opinion di kalangan umat Islam supaya mereka kembali menginginkan syariat Islam dalam kehidupan mereka sepenuhnya.

Musuh Islam tanpa henti-henti berusaha menanam pemikiran yang rosak ke dalam minda umat Islam. Maka, kita seharusnya melawan usaha 'perang pemikiran' ini sebaik mungkin, agar umat Islam terpelihara daripada pemikiran rosak tersebut...

Wallahu'alam...

:bunga: :bunga: :bunga:


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

syah_apium
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.06.2003
Ahli No: 1424
Posting: 415
Dari: malaysia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-12-07 09:47


salam

semalam ana p masjid,
ada kuliah maghrib,
ustz yang mengajar bagitahu
di Malaysia, maksiat bebas dilakukan di mana-mana sahaja
tetapi ceramah agama terhad
malah ada yang disekat

adakah ini negara yang diisytiharkan oleh PM kesayangan kita
negara Islam hadhari
yang boleh bercampur antara agama dan maksiat?

Bookmark and Share

    


  Member Information For syah_apiumProfil   Hantar PM kepada syah_apium   Quote dan BalasQuote

Nuranys
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26619
Posting: 1710
Dari: Kota Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-12-07 09:51


Pada 02-12-07 09:47 , syah_apium posting:

!!! QUOTE !!!


adakah ini negara yang diisytiharkan oleh PM kesayangan kita
negara Islam hadhari
yang boleh bercampur antara agama dan maksiat?


betul lah tu agaknya...islam hadhari..islam maju...boleh dicampur adukkan semua hal...:-( barulah maju...:-(

em...moga kita sentiasa dalam peliharaanNYA....
takut sangat Malaysia akan jadi macam negara2 barat sana...na'uzubillah...


-----------------
Photobucket





Bookmark and Share

    


  Member Information For NuranysProfil   Hantar PM kepada Nuranys   Pergi ke Nuranys's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.107181 saat. Lajunya....