Oleh |
tolong sambung |
ndb
Warga 2 Bintang Menyertai: 19.10.2006 Ahli No: 27051
Posting: 61
Dari: KUALA TERENGGANU
|
Posting pada: 29-11-07 11:24
pulau pandan jauh ke tengah, sambung tapi buat perubahan.....
|
Iman_Hayati
WARGA SETIA Menyertai: 24.10.2003 Ahli No: 4642
Posting: 940
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 29-11-07 12:18
pulau pandan jauh ke tengah gunung daik bercabang tiga.. kalau kita sayangkan ukhwah apa kata sediakan topik yang geliga  ----------------- Sesejuk Mata Memandang, Seindah Akhlak terpampang
|
sya_ryn
WARGA SETIA Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak
|
Posting pada: 29-11-07 12:40
pulau pandan jauh ke tengah pulau bum-bum di negeri sabah sayang tak semestinya topik geliga kerana ukhwah kita ada bersama
|
ndb
Warga 2 Bintang Menyertai: 19.10.2006 Ahli No: 27051
Posting: 61
Dari: KUALA TERENGGANU
|
Posting pada: 29-11-07 21:48
boleh tahan lagi ada sesiapa nak cuba??
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 29-11-07 22:59
pulau pandan jauh ke tengah, hendak ke sana seribu daya, ukhwah medium diskusi ilmiah, gurau senda berpada-pada. pulau pandan jauh ke tengah, jauh lagi kampung halaman saya, jauh dan dekat bertemu di ukhwah, moga silaturahim kekal selamanya. pulau pandan jauh ke tengah, di situ tumbuh pohon rambutan, dalam hidup kita berdakwah, dalam ukhwah saling mengingatkan. pulau pandan jauh ke tengah, kenangan di sana dalam ingatan, ingatkan diri sentiasa muhasabah, andai silap terimalah teguran. pulau pandan jauh ke tengah, lautnya jernih tembus cahaya, menegur dengan cara berhemah, andai pernah terkasar maafkan saya. pulau pandan jauh ke tengah, di sana terbentang panorama indah, jangan ada benci dalam hati, kelak resah menguasai hati. pulau pandan jauh ke tengah, pulau sipadan megah di sabah, dalam ukhwah kita berkongsi, maafkan saya jika menghiris hati. ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
hudahasnan
WARGA SETIA Menyertai: 10.01.2005 Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman
|
Posting pada: 30-11-07 01:14
Pulau Pandan jauh ke tengah, Pulau Kapas dekat sahaja, mentari sudah tinggi menggalah, janganlah asyik bermuram durja. Pulau Pandan jauh ke tengah, Pulau Pinang pulau mutiara, jangan mudah tunduk mengalah, kalau enggan hidup sengsara. Pulau Pandan jauh ke tengah, Pulau Besar di Melaka, ibubapa selalulah dijengah, jangan dilupa jasa mereka.
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 30-11-07 07:17
wahh pandainya hudahasnan berpantun pandai cari hujung2 yang sama saya bagi 4 bunga  ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
halesolurun_84
 Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 15-12-08 14:51
Kenapa semua ada 'pulau pandan jauh ke tengah"? memang kena bubuh ye.. pulau pandan jauh ke tengah, pulau kapas di terengganu, jangan hidup bermegah-megah, nanti tiada orang berkawan denganmu. pulau pandan jauh ke tengah, sejarah jerejak tempat si kusta, perbuatan jahat wajib ditegah, masyarakat aman,makmur,tiada sengketa. pulau pandan jauh ke tengah, tidak ke tepi juga ke belakang, cari idea termengah-mengah, janji kena huruf di belakang..
|
puteri211079
Warga Rasmi Menyertai: 24.11.2008 Ahli No: 36050
Posting: 7
|
Posting pada: 15-12-08 15:37
Pulau pandan jauh ketengah, Medan Ukhwah termpat bersua, Hidup mesti saling mengalah, Agar Ukhwah aman bahagia..
|
Al-Mashoori
WARGA SETIA Menyertai: 12.07.2006 Ahli No: 25170
Posting: 483
Dari: Bandar Baru Gaza
|
Posting pada: 15-12-08 16:11
Pulau Pandan jauh ke tengah, Jauh lagi pulau Sipadan, Menyemai kasih, memupuk ukhwah, Raikan persaudaraan sesama insan. Gunung Daik bercabang tiga, Pulau Lingga tempat sebenarnya, Andai ilmu tidak diguna, Hidup jadi sia-sia. Pelik betul gunung itu, Sampai boleh bercabang tiga, Tiada amal melainkan dengan ilmu, Dengan ilmu manusia jadi mulia... -----------------
|
Violet-8
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.12.2008 Ahli No: 36178
Posting: 74
|
Posting pada: 15-12-08 18:55
Pulau Pandan jauh ke tengah Jauh di tengah tinggi dakinya Forum Ukhwah baru disinggah Menjadi ahli rasmi rupanya Pulau Pandan jauh ke tengah Tinggi dakinya membelah awan Pelbagai idea dan beragam karenah Jangan beraksi menjadi lawan Pulau Pandan jauh ke tengah Membelah awan tegak berdiri Kekalkan silaturrahim jangan dilengah Jadikan Forum Ukhwah landasan diri Pulau Pandan jauh ke tengah Tegak berdiri ciptaan Ilahi Forum Ukhwah jangan diterjah Berpada-pada menilai diri Pulau Pandan jauh ke tengah Ciptaan Ilahi kuasa sejati Mencari ukhwah bukan disergah Biar berbudi sehingga mati ----------------------------- he..he..he....saya ni ahli baru .....selamat berkenalan semua..
|
Maricella
 Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 198
Posting: 275
Dari: gemas
|
Posting pada: 16-12-08 14:15
|
puteri211079
Warga Rasmi Menyertai: 24.11.2008 Ahli No: 36050
Posting: 7
|
Posting pada: 16-12-08 14:27
Apa lagi sambung lah Maricella
|
Maricella
 Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 198
Posting: 275
Dari: gemas
|
Posting pada: 16-12-08 14:32
Pada 16-12-08 14:27 , puteri211079 posting:!!! QUOTE !!! Apa lagi sambung lah Maricella nak cari ides dulu baru boleh sambung..sebenarnya tak pandai pun berpantun...theheee ----------------- Cinta dunia ibarat madu yang beracun, cinta akhirat bagai hempedu yang mujarab.
|
ainanursafiya
Warga Rasmi Menyertai: 17.11.2008 Ahli No: 35917
Posting: 18
Dari: sh alam
|
Posting pada: 16-12-08 14:55
pulau pandan jauh ketengah pulau serai jauh ketepi kekallah kita dalam ukhwah tiada syak wasangka benci membenci
|
Jue_Effendy
WARGA SETIA Menyertai: 10.11.2008 Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu
|
Posting pada: 16-12-08 14:56
Pulau pandan jauh ke tengah Pulau Manukan ada di Sabah Jue temui sahabat di portal ukhwah Semuanya mukmin soleh dan solehah Kalau anda nak datang ke Sabah Ajak lah rakan, famili dan semua Banyak perkara dibincang kat ukhwah Buat panduan rakan-rakan semua Gunung Kinabalu tertinggi di Malaysia Gunung apa pula yang ada kat kedah Ku layari portal ukhwah tak sia-sia Kerana banyak memberi jue faedah Kang pengasas portal ukhwah Kak Hanan pula presidennya Ilhamku kini habislah sudah Ada siapa nak menyambungnya.....  ----------------- bila waktu telah terhenti.... teman sejati hanyalah amal....
|
erwina
WARGA SETIA Menyertai: 11.05.2004 Ahli No: 8917
Posting: 503
Dari: terengganu
|
Posting pada: 16-12-08 15:17
pulau pandan jauh ke timur, gunung daik bercabang lapan, portal ukwah memang power, tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan.....
|
pulu
WARGA SETIA Menyertai: 27.01.2005 Ahli No: 13934
Posting: 697
Dari: Gorontalo
|
Posting pada: 26-10-09 06:53
|
kakisamun
WARGA SETIA Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku
|
Posting pada: 26-10-09 13:46
.. pulau pandan jauh ke tengah, Kenapa tidak pulau pandan jauh ke tepi, kalau pulau pandan tengah2, pulau apa yang ada ditepi.. (wah.. tak sangka.. berbakat juga aku dalam pantun2 ni  .. ahaks)
|
nur_tinta
WARGA SETIA Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 81
Posting: 409
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 05-11-09 08:24
 Pulau Pandan Jauh Ketengah, Jauh lagi diriku kini, Di sini termetrai indahnya ukhwah, Menjadi asas kekuatan diri. Pulau Pandan Jauh Ketengah, Pulau jerjak jauh ketepi, di forum ukhwah segalanya indah, bersama akhi dan juga ukhti. Pulau pandan jauh ketengah, Pulau serai pula kembarnya, sahabat bertemu jua berpisah, namun ukhwah kekal selamanya. Pulau pandan jauh ketengah, duduk sebelah si pualu keri. diamku bukan erti kukalah, diam diamku ubi berisi. pulau pandan jauh ketengah, tempat bertemu akhi dan ukhti, kini bergelar isteri yang sah, nak jadi ibu belum ada rezeki. Pulau pandan jauh ketengah, Pohon kelapa tegak berdiri. menjual sudah, membeli pun sudah, tibalah masa mengundurkan diri. maasalama wa ilalliqa' -----------------
|