Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 14-01-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Raja yang setia pada dayang2 yang hanya inginkan kerusi empuk di singgahsana bukan sahaja akan meruntuhkan seluruh istana bahkan seluruh takluk jajahannya...
-- Hanan

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 53
Ahli: 0
Jumlah: 53




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 4 hari yang lalu
Jaafar072286: 17 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: layanan jururawat......


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» layanan jururawat......

Please Mendaftar To Post


Oleh layanan jururawat......

aini_kkpp
Warga 1 Bintang
Menyertai: 28.05.2007
Ahli No: 30092
Posting: 23
Dari: pahang

blank  


posticon Posting pada: 23-11-07 16:05


apa pandangan anda tentang layanan jurawat masa kini.anda gembira atau terseksa???? :bunga:

cadangkan pendapat anda sebagai panduan insan yang begelar juru rawat...


-----------------
cuba menjadi yang terbaik..dengan usaha yang terbaik


Bookmark and Share

    


  Member Information For aini_kkppProfil   Hantar PM kepada aini_kkpp   Quote dan BalasQuote

Iman_Hayati
WARGA SETIA
Menyertai: 24.10.2003
Ahli No: 4642
Posting: 940
Dari: Bumi ALLAH

Kelantan  


posticon Posting pada: 23-11-07 16:09


Sesetengah jururawat ni suka marah2..
kalau boleh sebagai orang yang bekerja untuk orang ramai..muka biarlah senyum, peramah, jangan marah2 pesakit kalau pesakit tu mengadu sakit..
sebab ana tengok keadaan sekarang..sikap peramah tu dah tak ada..muka sombong ada lah..tak suka..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Iman_HayatiProfil   Hantar PM kepada Iman_Hayati   Quote dan BalasQuote

songkok_aji02
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB

Johor  


posticon Posting pada: 23-11-07 16:15


janganlah kita menilai mereka dengan sekali pandang, mereka pun manusia biasa,kita sebagai pesakit/pelanggan patut memahami keadaan ini, mungkin ada yang macam tu tapi segelintir sahaja. kerja jururawat memang meletihkan, dan pengorbanan mereka kerja tidak tentu masa patut dihargai......

Bookmark and Share

    


  Member Information For songkok_aji02Profil   Hantar PM kepada songkok_aji02   Quote dan BalasQuote

Iman_Hayati
WARGA SETIA
Menyertai: 24.10.2003
Ahli No: 4642
Posting: 940
Dari: Bumi ALLAH

Kelantan  


posticon Posting pada: 23-11-07 16:17


Pada 23-11-07 16:15 , songkok_aji02 posting:

!!! QUOTE !!!

janganlah kita menilai mereka dengan sekali pandang, mereka pun manusia biasa,kita sebagai pesakit/pelanggan patut memahami keadaan ini, mungkin ada yang macam tu tapi segelintir sahaja. kerja jururawat memang meletihkan, dan pengorbanan mereka kerja tidak tentu masa patut dihargai......


memang bukan menilai sekali pandang..
sebab banyak kali lah ana cakap begini..
masa tu juga atuk kat hospital..memang dah perangai begitu, nak buat bagaimana.
Itu memang lah segelintir sahaja..kan topik ni nak kaji selidik contoh2 layanan yang kita biasa jumpa :sopan:


-----------------
Sesejuk Mata Memandang, Seindah Akhlak terpampang


Bookmark and Share

    


  Member Information For Iman_HayatiProfil   Hantar PM kepada Iman_Hayati   Quote dan BalasQuote

mama_iman
WARGA SETIA
Menyertai: 24.09.2007
Ahli No: 31188
Posting: 1558
Dari: Pantai Remis

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-11-07 16:20


kalau handle org tua saja muka garang..uishh hairan..bukan semua setengah sahaja..srtgh tu baik alhamdulillah menenangkan kita yang sakit bila tengok..
yang makcik2 tu tension rasanya..kerja banyak..letih.balik rumah buat kerja..nak monopause lagi..haha..mesti lah marah2..kena lah kita paham kan situasi dia..sbnrya banyak sangat pngorbanan..setengah tu kena baiki diri lagi..

kalau saya tak sanggup rasanya kerja bidang ni..huhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For mama_imanProfil   Hantar PM kepada mama_iman   Quote dan BalasQuote

songkok_aji02
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB

Johor  


posticon Posting pada: 23-11-07 16:33


okla betul jugak.....kalau dah selalu kena elokla buat teguran, tapi bila pergi hospital swasta ok pulak...layanan alhamdulillah... nasib baikla company bayar....

Bookmark and Share

    


  Member Information For songkok_aji02Profil   Hantar PM kepada songkok_aji02   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 23-11-07 16:51


bagi ana...
semuanya menjalankan tugas sebaiknya.....

cuma bagi kelas exec & pertama.. layanan kena first class juga.. sebab ada bayaran khas untuk depa.. ie: tekan loceng saja dah kena bayar rm10. kalaud epa masuk dengan muka ganaih.. mahu patient argue pasal bayaran tu...

untuk kelas 3.. patient ramai.. dan pelbagai ragamnya... maka mereka kenalah tegas.... sampai adakala mungkin terlebih batasan adabnya....

maka maafkanlah sahaja.. kerana mereka juga punya perasaan... key.. :)

nak yang baguih layanan.. study memolek ek.. lepas itu masuk wad korporat :) kat swasta & kerajaan ada... & sediakan sahaja ongkosnya...atau guna GL sendiri sahaja.. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 23-11-07 17:06


Assalamualaikum
tak tahulah..dari dedolu sampai sekarang saya rasa baik jeq..mungkin sebab saya sentiasa pergi jumpa mereka ni dengan mak saya....mak saya kenal hampir semua staf kementerian kesihatan....huhu...jadi tak ada masalah...



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-11-07 17:33


saya pernah kena admitted dalam ward di sebuah public hospital di Australia....

layanan.. fuh.. best saja.... nurse mat salleh kat sana sangatlaaaah penyayangnye.... terkejut juga saya, sebab budaya nurse kat malaysia tak ada pun macam tu? :berfikir:

caring, loving dan considerate sungguh... betul ni tak tipu... tak ada kasar2 macam di malaysia punya.. hoho

sorry ek, bukan nurse2 dalam ukhwah ni tau.. yang kat mana-mana tah punya.. hehe


-----------------

[ Telah diedit oleh: syahidatul pada 23-11-07 17:35 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

drzul-f
WARGA SETIA
Menyertai: 22.01.2005
Ahli No: 13857
Posting: 487
Dari: Simferopol', Crimea, Ukraine

ukraine   avatar


posticon Posting pada: 23-11-07 17:48


first of all, antum semua kena faham yang kerja mereka ni semua tersangat lah tension. yelah, mana nak layan karenah dari med officer, pesakit, waris pesakit, radicare lagi, pentadbiran hospital. bukan setakat pesakit saja yang kena dengan mereka ni, kekadang doctor pun kena. tapi, faham-faham lah mereka ni tertekan. mungkin tak tahu bagaimana nak menyalurkan stress mereka agaknya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For drzul-fProfil   Hantar PM kepada drzul-f   Pergi ke drzul-f's Website   Quote dan BalasQuote

shinfay_de
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2007
Ahli No: 31653
Posting: 616
Dari: Wilayah Persekutuan

blank   avatar


posticon Posting pada: 23-11-07 19:18


nurse kat ampang putri = best
gleneagle pun best...

hospital kerajaan... iskh... iskh... iskh... insyallah try elakkan... dah menyesal..

Bookmark and Share

    


  Member Information For shinfay_deProfil   Hantar PM kepada shinfay_de   Quote dan BalasQuote

owl_UM
WARGA SETIA
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-11-07 21:04


eerrrmmm... kesimpulannya, sayangilah nurse sama ada mereka
lelaki ataupun wanita. hhiihhhooee...

hm, penat sangat agaknya... tapi apa-apa pun tugas mesti dan wajib dijalankan.
why? BECAUSE THEY ARE BEING PAID!!!!

so, its fair.

Bookmark and Share

    


  Member Information For owl_UMProfil   Hantar PM kepada owl_UM   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-11-07 22:29


Pada 23-11-07 19:18 , shinfay_de posting:

!!! QUOTE !!!

nurse kat ampang putri = best
gleneagle pun best...

hospital kerajaan... iskh... iskh... iskh... insyallah try elakkan... dah menyesal..


kat ampang putri memang best nursenya...

kat pusrawi pun boleh tahan jugak layanannya...

kalau hospital kerajaan ismi rasa... hukm agaknya yang paling ookk...

:berfikir: mungkinkah layanan dilakukan berdasarkan kedudukan kelas pesakit?? :berfikir:

nurse2 yang dalam ukhwah ni, jangan buat begitu tau... :jangan::jangan:

p/s:ismi tak pernah rasalah.. hanya memerhati saja masa jaga org sakit...


-----------------

[ Telah diedit oleh: ismi_atikah pada 23-11-07 22:32 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

great_teacher
WARGA SETIA
Menyertai: 03.01.2004
Ahli No: 6195
Posting: 739
Dari: ...:::BANDAR DI RAJA MENUJU KE SERAMBI MAKKAH:::...

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 23-11-07 22:33


baru shari lepas buat medical cek-up kat hospital pusrawi..jalan tun razak...layan nurse dia ok...hehe, cuma tak boleh tahan bab nurse laki kurang (hampir tak ada)...kena bab buka baju untuk tak-ray...aiyaa...dah lah nurse perempuan, muda pula tu...rasa macam tak hendak buat saja tak-ray tu...nurse tu pula buat muka comel selamba saja....aduusss...shari di pusrawi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For great_teacherProfil   Hantar PM kepada great_teacher   Pergi ke great_teacher's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-11-07 23:00


kalau nurse tu pun memalu...
musti org kata... "kenapa pula nurse ni nak memalu dengan aku..." uhuk uhukk...
yang kasihan nurse tu jugak...
walaupun muka selamba... tapi hati di dalam tak siapa yang tahu...

agknya dia lagi malu dari cikgu yang hebat... huhuhu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 23-11-07 23:11


Assalamualaikum...

bercakap mengenai nurse ni..

hhmm...biasa lah...
tak semuanya tahan dengan urusan kerja yang "agak tough" nak melayan karenah pesakit2....


tapi....sejak dari kecik sampai sekarang ni..
mohamada dapat layanan yang baik dari nurse2 di mana-mana hospital...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

PerMataHiJau
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.10.2007
Ahli No: 31471
Posting: 295
Dari: MELAKA

Pahang  


posticon Posting pada: 23-11-07 23:22


Pada 23-11-07 19:18 , shinfay_de posting:

!!! QUOTE !!!

nurse kat ampang putri = best
gleneagle pun best...

hospital kerajaan... iskh... iskh... iskh... insyallah try elakkan... dah menyesal..



Salam... :-) bukan semua rasanya hospital kerajaan macam itu...setakat pengalaman saya kadang-kadang yang dalam latihan ini mungkin agak serius sikit agaknya muka...macam drzul-f cakapla....mereka ini pun penat dan banyak kerja nak kena buat...tapi kalau kat first class ward biasa nurse2 yang dah berpengalaman sikit...layanan pun Alhamdulillah baik....tak tahu lah kalau sebab 1st class mereka macam tukan...tapi saya rasa mereka memang betul-betul ihklas...apa2pun kita harap mereka semua ini dapat buat yang terbaik... :-) 8-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For PerMataHiJauProfil   Hantar PM kepada PerMataHiJau   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 24-11-07 10:39


Assalamualaikum
huhu...sian great teacher....tentiba teringat satu kisah yang 'memalukan'...takmolah cerita..... :malu:



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

ctnurbebo
WARGA SETIA
Menyertai: 12.03.2007
Ahli No: 29142
Posting: 880
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 24-11-07 22:41


Pada 23-11-07 16:20 , mama_iman posting:

!!! QUOTE !!!

kalau handle org tua saja muka garang..uishh hairan..bukan semua setengah sahaja..srtgh tu baik alhamdulillah menenangkan kita yang sakit bila tengok..
yang makcik2 tu tension rasanya..kerja banyak..letih.balik rumah buat kerja..nak monopause lagi..haha..mesti lah marah2..kena lah kita paham kan situasi dia..sbnrya banyak sangat pngorbanan..setengah tu kena baiki diri lagi..

kalau saya tak sanggup rasanya kerja bidang ni..huhu


siapa setuju??saya.......... :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For ctnurbeboProfil   Hantar PM kepada ctnurbebo   Quote dan BalasQuote

shinfay_de
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2007
Ahli No: 31653
Posting: 616
Dari: Wilayah Persekutuan

blank   avatar


posticon Posting pada: 24-11-07 23:15


double standard treament = yes. kalau pernah merasa terima rawatan di kelas 3, kelas satu, dan hospital swata semuanya sama saja. tapi keadaan biasanya jauh lebih baik di hospital swasta sebab kepingan-kepingan berwarna yang keluo tu pun cantik jugak jumlahnya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For shinfay_deProfil   Hantar PM kepada shinfay_de   Quote dan BalasQuote

Nuranys
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26619
Posting: 1710
Dari: Kota Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 04-12-07 13:29


2,3 hari lepas pergi hospital...nurse tu baik sangat....dah lah cantik...lembut saja...sesuai lah dengan bidang yang dia ceburi tu... :-)


-----------------
Photobucket





Bookmark and Share

    


  Member Information For NuranysProfil   Hantar PM kepada Nuranys   Pergi ke Nuranys's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 04-12-07 13:49


pernah jaga bapa kat hospital dulu,bagi sya jururawat ada masanya selalu marah2.lepas itu yang senior ni cepat marah,kadang-kadang tak ambil peduli soal pesakitnya.buat lambat saja.kalau yang budak baru atau junior tu ok sikit,senyum saja,,layanan mesra.cepat bertindak kalau kita minta tolong....kira ok lah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 04-12-07 14:18


jururawat ni ada yang ok, ada juga yang garang... pernah masa belajar dulu bawa kawan ke hospital sebab dia kena gigit dengan lebah.. dia menangis tak nak kena cucuk, kena keliling dengan nurse pelatih.. last2 nurse tu panggil saya untuk tenangkan kawan saya... barulah dia nak kena cucuk.. semua nurse pelatih tu seyum saja kat kawan saya tu.. lepas itu dia bagi nasihat jangan takut dengan mereka... lepas itu baru lah kawan saya tu senyum... kiranya tak semua nurse ni garang.. sesetengah mereka saja.. agaknya dia tengah marah, atau sebaliknya... ;)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

ainunhub
WARGA SETIA
Menyertai: 06.09.2007
Ahli No: 30954
Posting: 495
Dari: Melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 04-12-07 14:25


Pada 23-11-07 16:05 , aini_kkpp posting:

!!! QUOTE !!!

apa pandangan anda tentang layanan jurawat masa kini.anda gembira atau terseksa???? :bunga:

cadangkan pendapat anda sebagai panduan insan yang begelar juru rawat...



FEEWITTT!!.. :p

Jururawat (pelatih) Hosp. Besar Melaka.. memang best! senang bekerja sama.. murah senyuman! comel2 pulak tu.. (tau dek isteri mati aku)

masa isteri bersalin dulu.. ada jururawat pelatih yang menangis kerana tengok isteri saya menangis.. sian jururawat tu.. kena marah pulak sebab turut menangis.. nak gelak pula rasanya... :P

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainunhubProfil   Hantar PM kepada ainunhub   Quote dan BalasQuote

syah_apium
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.06.2003
Ahli No: 1424
Posting: 415
Dari: malaysia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-12-07 16:13


salam

dulu ana pernah dimasukkan ke dalam wad
sebab disyaki denggi
malam-malam nurse kat situ
duduk layan lagu dalam hs dia saja
kesianla jugak
mesti dia tu boring
ada jugak yang malas layan pesakit

tapi xkesmuanya begitu
ada jugak yang baik-baik

tapi nak buat bagaimana
dah pilih kerjaya bersama dengan org ramai
kenalah bagi layanan yang mesra
walaupun mood tak ok

Bookmark and Share

    


  Member Information For syah_apiumProfil   Hantar PM kepada syah_apium   Quote dan BalasQuote

azzak
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2007
Ahli No: 31036
Posting: 491
Dari: klang, selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 04-12-07 18:32


yang nurse senior2(selalunya) semua layanan buat saya sakit hati bangat...tapi saya doakan tak ada lagi jadi mgsa mereka lagi....tapi yang nurse2 praktikal lyn memang baik sangat lah...mungkin sebab saya ni student..tapi d sesetengah nak berknlan ..itu xbkenan sangat...tapi alhamduLILLAH mereka tak ada kontak2 lagi..

pendek kata yang baru-baru ni semua baik-baik lah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For azzakProfil   Hantar PM kepada azzak   Pergi ke azzak's Website   Quote dan BalasQuote

nieza
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.07.2003
Ahli No: 1867
Posting: 108
Dari: kota bharu bandaraya Islam

Johor  


posticon Posting pada: 11-12-07 15:38


Pada 23-11-07 22:33 , great_teacher posting:

!!! QUOTE !!!

baru shari lepas buat medical cek-up kat hospital pusrawi..jalan tun razak...layan nurse dia ok...hehe, cuma tak boleh tahan bab nurse laki kurang (hampir tak ada)...kena bab buka baju untuk tak-ray...aiyaa...dah lah nurse perempuan, muda pula tu...rasa macam tak hendak buat saja tak-ray tu...nurse tu pula buat muka comel selamba saja....aduusss...shari di pusrawi...



Assalamualaikum

Ana penuntut Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan (Kejururawatan) di USM, Kampus Kesihatan. Dah hampir dua tahun belajar, macam-macam kritikan, rungutan, aduan atau apa-apa komen daripada pesakit. Memang ana tak nafikan, ada segelintir misi2(panggilan org kelantan untuk nurse) yang bengkeng(garang) terhadap pesakitnya. Ana pernah ditempatkan selama 6hari di wad 7 utara, di hospital USM (husm) disebabkan wabak thyfoid(demam kepialu) yang melanda warga USM. Sebagai pesakit, kita tak boleh minta layanan yang istimewa sedangkan gaji mereka taklah seberapa, lagipun banyak pesakit yang diorag kena jaga. Suka dan duka duduk kat wad selama 6 hari banyak mengajar ana untuk menjadi seorang misi yang baik..Nobody is perfect...Bukan hanya misi2 saja yang bersikap camtukan..Pekerja2 bidang lain pun ada yang macam tu.

Bila dah dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebajikan pesakit, misi2 terpaksa melaksanakan tugas..Soal pesakit lelaki atau perempuan, terpaksa diketepikan. Bila buat kerja ikhlas, pasti ada ganjaran. Pengalaman ana memandikan dan menukar lampin pesakit lelaki berusia 18tahun yang koma menjadi titik tolak khidmat bakti sebagai misi..tak kira lelaki atau perempuan. Kalaulah kami diberi pilihan, kami(misi perempuan) tak akan menyentuh pesakit yang bergelar lelaki. Nak tunggu misi hok jate2(lelaki) memang kurang. Kalau ada, 1 dalam 50...Jadi, jangan salahkan misi hok tino(perempuan) yang terpaksa membuat muka comel semasa berkhidmat untuk pesakit lelaki...Kami rela walaupun dalam keadaan terpaksa.

Banyak tak puas hati terhadap misi2 kan...Sebagai bakal misi, ana tak boleh salahkan mereka yang seangkatan dengan ana. Kami manusia biasa, dan kami ada perasaan. yang penting, bilamana seorang misi tu ikhlas jalankan tanggungjawab, mesti takkan berlaku perkara2 yang tidak diingini. Nak yang terbaik, kita kena jadi yang terbaik...Kena give and take...Kalau kita nak dapat layanan yang istimewa dari misi2, kita kena jadi pesakit yang istimewa..tak banyak kerenah dan mengada2..Jangan dengan doktor saja nak bermanis muka, dengan misi2 senyum lebih masam dari cuka. Ana tak bermaksud nak salahkan pesakit, tapi beringat2lah..Kita hidup hanya sementara, moga apa yang kita lakukan tak mengundang sakit hati org lain.

Kesimpulannya, ana pesakit dan bakal jadi jururawat suatu hari nanti. Tak sebelah mana-mana pihak pun. Tak kiralah mana hospital pun..baik klinik kesihatan, hospital kerajaan, hospital universiti, atau hospital swasta di muka bumi ni. Selagi kita pandai bawa diri, takkan ada yang dengki dan sakit hati...wallahuallam.

p/s: terima kasih untuk misi2 di 7utara HUSM atas perkhidmatan yang diberikan. Semoga Allah jualah yang membalas budi baik kalian semua. untuk misi2 seluruh Malaysia, majukanlah tahap kesihatan bagi melahirkan masyarakat yang sihat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For niezaProfil   Hantar PM kepada nieza   Pergi ke nieza's Website   Quote dan BalasQuote

awan_biru85
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2006
Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-12-07 00:11


Hmmm kalau ada pesaki macam niza yang, give and take, tak banyak kerenah dan mengada-gada sejuk hati misi-misi. Terima kasih juga atas komen-komen yang bernas dari warga ukhwah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For awan_biru85Profil   Hantar PM kepada awan_biru85   Pergi ke awan_biru85's Website   Quote dan BalasQuote

Wuddah
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2007
Ahli No: 29021
Posting: 508
Dari: Chenderong Balai

Perak  


posticon Posting pada: 16-12-07 08:00


Assalamualaikum...entahlah tak pernah kena tahan kat wad lagi...tapi ana tengok yang ok, ok saja..yang garang pun ada...saya pernah nak di marah pasal sampel...tu tanggung jawab mereka...saya masa tu praktikal sebagai MLT...mereka lupa kat mana letak sampel bone marrow...tanya saya pula...masa tu saya just datang nak tengok macam mana DR. buat..ikut staf..saya pula yang disoal siasat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For WuddahProfil   Hantar PM kepada Wuddah   Quote dan BalasQuote

kapten06
WARGA SETIA
Menyertai: 04.01.2007
Ahli No: 28008
Posting: 1266
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 16-12-07 11:45


alhamdulilah setakat ini masih lagi tak pernah kena tahan dekat buat....pergi melawat org sakit wad pernah lah....hehehe.... kepada yang banyak songeh sangat tentang jururawat boleh lah buat percubaan menjadi jururawat selama 1 bulan mungkin dapat merasai tanggungjawab dan perasaan sebagai seorang jururawat...... :-D .... ye ke jururawat lelaki kurang.....erm..bagaimana ye nak tingkatkan.....baru ku tahu ada jururawat lelaki rupanya.....ok lah gudluck jururawat sekalian....selamat menjalankan tugas kalian.....


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For kapten06Profil   Hantar PM kepada kapten06   Pergi ke kapten06's Website   Quote dan BalasQuote

mujahidah_muslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 693
Posting: 678
Dari: Bumi Allah

pakistan   avatar


posticon Posting pada: 19-12-07 00:16


Assalamualaikum

ana seorang nurse, sebagai manusia kita memang tak pernah sempurna. ana kadang-kadang sedih, jadi nurse ni ada sesetengah pateint yang jenis sombong pandang kita dengan pandangnan yang melihatkan macam kita ni kasta bawah. mereka nak dilayan perfect tetappi mereka sendiri menanggap kita ibarat sampah walaupun tak semua. ada nak naik tangan kat kita masa nak beri rawatan dan macam-macam lagi. kadang-kadang nak nangis :cry: bila layan perasaan... macam lah kita ni low class sangat sampai boleh buat suka hati..

malang nasib ana, dah beberapa kali ana diherdik oleh patient high class walhal bukan salah kita. mengadu kat dr pun dr tetap kata customers always right

semoga diberi kesabaran

waallahua'alam


-----------------
I'm glad to be me..
Jaga diri, jaga iman, Jaga hati. Tebarkan salam
[email protected]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahidah_muslimahProfil   Hantar PM kepada mujahidah_muslimah   Quote dan BalasQuote

graduanislam22
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.01.2007
Ahli No: 28041
Posting: 343
Dari: selayang

egypt  


posticon Posting pada: 19-12-07 03:22


sebagai muslim sejati, kita harus fahami hati budi manusia..bila dah kenal, mudahlah untuk sampaikan dakwah..insya Allah..

mungkin mereka tak dapat nak bagi layanan yang baik sebab terlalu letih bekerja...ada antara mereka yang sanggup bekerja lebih 24 jam sehari untuk menjaga pesakit..lebih-lebih lagi di hospital kerajaan..dah tak raamai yang nak kerja kat hospital kerajaan kerana berpendapatan rendah..

tapi, pengalaman ana sepanjang ana dirawat di hospital selayang dan HKL..semuanya ok saja..layanan class A.. walaupon ana duduk di wad biasa..terima kasih kepada abang2 dan kakak2 nurse dan doctor yang banyak bantu ana.. syukran Lillah :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For graduanislam22Profil   Hantar PM kepada graduanislam22   Pergi ke graduanislam22's Website   Quote dan BalasQuote

nieza
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.07.2003
Ahli No: 1867
Posting: 108
Dari: kota bharu bandaraya Islam

Johor  


posticon Posting pada: 20-12-07 23:00


Pada 16-12-07 08:00 , Wuddah posting:

!!! QUOTE !!!


Assalamualaikum" /saya pernah nak di marah pasal sampel...tu tanggung jawab mereka...saya masa tu praktikal sebagai MLT...mereka lupa kat mana letak sampel bone marrow...tanya saya pula...masa tu saya just datang nak tengok macam mana DR. buat..ikut staf..saya pula yang disoal siasat...



Assalamualaikum
ana pun pernah alami perkara begitu...lagipun sekarang ni posting seminggu sekali. Misi2 pelatih macam ana lah jadi mangsa untuk staf nurse..memang kadang-kadang mereka naik berang, terutamnya pasal patient...bukan apa, mereka cuma terlalu risau pasal patient...tak ada niat nak sakiti hati org lain. tapi ana rasa, semua nurse patut alami pengalaman mendapat layanan dr nurse2 lain...Baru mereka tau mana yang lebih baik...Nak buat kebajikan sepatutnya dengan hati yang murni dan ikhlas..tapi kalau ada sifat yang ak elok, dah tak cantik. Timbul pula persepsi tak elok untuk nurse2 yang lain....kasihan kat mereka....habis kerana nila setitik, rosak susu sebelanga...

:roll:

Bookmark and Share

    


  Member Information For niezaProfil   Hantar PM kepada nieza   Pergi ke nieza's Website   Quote dan BalasQuote

Misznur_lovin
Warga Rasmi
Menyertai: 18.12.2007
Ahli No: 32044
Posting: 4
Dari: sir-rem-bun

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 21-12-07 00:27


ada yang baik lynan nurse ini
tapi ada yang tak berapa baik..
baru-baru ini ada kes nurse dan doktor lyn psakit dengan ksar..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Misznur_lovinProfil   Hantar PM kepada Misznur_lovin   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 21-12-07 03:38


Assalamualaikum,

Memang saban hari semakin banyak rungutan yang diterima,khususnya berkenaan layanan kakitangan hospital terhadap pesakit.

Saya selalu juga berborak-borak dengan jururawat2 ni apabila ada waktu senggang. Maklumlah,tinggal dekat dengan hospital.

Kebanyakan mereka memang peramah, cuma kadang-kadang tu disebabkan masalah dengan sister, masalah dengan patient, mungkin masalah rumah tangga (yang ni saya tak tanya lah, hal peribadi), jadi tertekan jugak lah... Maklumlah, manusia...

Ada masanya, saya pulak yang kena marah...iyalah, orang tengah tertekan tiba-tiba muncul minta tolong itu, minta tolong ini... hehe...

Kadang-kadang kita terlalu menilai karenah jururawat sampai kita terlupa,kadang-kadang pesakit ni pun banyak ragamnya.Ada yang garang, suka tengking2. Ada jugak yang tak mahu makan ubat, ada yang banyak komen sana sini.

Pernah jugak dengar rungutan, "Hello, masuk sini bayar RM1, nak minta itu ini macam raja pulak...". Cumanya rungutan ni tak dibuat depan pesakit lah.

Ahli keluarga pesakit pun kadang-kadang 'merimaskan' jugak. Memang benar, kerisauan itu memang tidak dapat dinafikan, namun kadang-kadang sampai mengganggu staf hospital menjalankan tugas. Jadi dalam keadaan kelam kabut ini, staf terpaksa bertegas, kerana mungkin nyawa pesakit terancam, khususnya apabila di wad kecemasan. Agaknya mungkin sebab tu adakalanya terpaksa meninggikan suara.

Jadi, kita sama-sama muhasabah diri kita. Mungkin juga kita yang "mengeruhkan" keadaan...

Sekadar renungan bersama... Sebenarnya, sama ada kita sedari ataupun tidak, kita semua berperanan dalam menjamin halatuju dan kualiti perkhidmatan kesihatan. Jika tiada yang memberikan complaint, mungkin juga kakitangan hospital tak sedar di mana kekurangan selama ini. Cuma harapnya teguran tu dibuat melalui saluran yang betul lah ye...

Wallahu'alam... maaf andai terguris perasaan mana-mana pihak...


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.131174 saat. Lajunya....