So, alang2..ni pantun aku pula untuk budak sekolah agama dan bukan sekolah agama..untuk pak lebai dan mat rempit..untuk dua golongan dalam dua dunia:
Manusia kini semakin maju,
Setiap hari ada saja teknologi baru,
Semua macam terburu-buru,
Agar tidak menjadi kelu dan kaku
Akan tetapi dalam mengejar ketamadunan,
Kini lahir pula masalah pertembungan,
Pertembungan dua dunia dalam masyarakat Islam sendiri,
Dalam menuju dan mencari Illahi
Wahai para sahabat sekalian,
Memang tidak dapat daku ingin nafikan,
Solat ibdahmu dijaga dengan penuh kesempurnaan,
Khusyuk solatmu bagaikan tiada tandingan,
Program agama kau datang tanpa sebarang alasan,
Masjid dan surau tak pernah kau tinggalkan
Alhamdulillah, semua itu kita doakan,
Agar terus kekal menjadi amalan
Namun begitu , banyak yang ingin dipersoalkan...
Kepada para muslimah dan pemudi-pemudi harapan,
Mengapa suaramu masih bertujuan agar tertawan?
Lenggok badanmu masih menjadi tarikan dan siulan,
Apatah lagi auratmu masih menjadi bahan tontonan,
Lengan2 putih melepak masih ditonjolkan,
Pakaian2 ketat masih dikenakan,
Hingga ternampak segala yang patut dirahsiakan
Kepada muslimin dan para pemuda tiang agama pula,
Matamu masih liar memandang perkara2 durjana,
Kepala lututmu masih dibuka tanpa batasan,
Bentuk pusatmu terus ingin dijadikan pujaan,
Tanganmu masih terus mengambil segala-galanya,
Fikiranmu masih entah merapu kemana-mana
Pada golongan yang dikata 'tahu agama' pula, kadang-kadang...
Amal ibadahmu penuh dengan kesungguhan,
Namun diselitkan pula unsur2 kesombongan,
Semua itu bukan kerna pahala,
Namun mengelakkan kutukan dan kata-kata,
Kerna jika tak beribadat, nanti kamu dipanggil jahil agama
Bagi golongan yang dikata jahil agama pula, kadang-kadang...
Amal ibadahmu memang kau dah tahu kurang
Tapi kau tetap sombong tak ingin kepada perubahan,
Kau anggap yang lain sebagai orang kolot tak terima permodenan,
Hanya kerana mereka taat buat ibadat dan amalan
Akhirnya, apa yang jadi kesimpulan?
Sepatutnya semakin berilmu kita,
Semakin 'bodoh' kita sebenarnya...
Semakin kuat kita,
Semakin sedar akan betapa lemahnya kita berbandingNya...
Yang berserban berkata yang berambut perang itu durjana,
Yang berambut perang pula mengatakan yang berserban pandai cakap saja,
Yang bertudung menunding yang tidak bertudung sebagai jahil agama,
Yang tak bertudung pula cakap yang lain semua tak tahu fesyen terkini remaja!
Yang berkopiah dikatakan hanya tau menghukum org,
Yang bertopi dikatakan mengikut tabiat barat yang jalang,
Yang bertudung labuh dikatakan tak pandai bergaul,
Yang bertudung biasa pula dikatakan terlebih sangat pandai bergaul!
Yang berilmu sombong dengan ilmunya,
Yang jahil bangga dengan kejahilannya,
Yang mengetahui berpura2 tidak tahu,
Yang tidak tahu pula berpura2 tahu...
Yang betul disekat,
Yang salah diangkat,
Yang betul masih mengata2,
Yang salah masih mengada2!
Yang mencegah mungkar dipecat,
Yang menyuruh maksiat diangkat..
Mungkin inilah bukti kebenaran al-Quran,
Ilmu diambil bukan dengan melesapkannya dari ingatan,
Tetapi dengan mematikan org yang berilmu & berkenaan,
Kemudian org yang jahil diangkat sebagai tanda kemodenan,
Mengeluarkan hukum untuk menggantikan hukum Tuhan!
Seperti pabila seorang artis islam mengunjungi kelab malam dan telah ditahan,
Bila tahanan remannya dibatalkan,
Selepas itu dia tidak diambil sebarang tindakan,
Perbuatannya dikatakan hak orang zaman sekarang menuju masa depan,
Bukankah itu bagai mengatakan perkara itu betul, walaupun dah memang betul-betul bertentangan?
Jadi di manakah silapnya?
Senang saja...kena dua-dua belah pihak sedar, ada feedback, baru senang semua
Yang beramal agama, telitilah kawan-kawan kita,
Mungkin mereka tak dapat didikan macam kita,
Mungkin mereka tidak tahu hukum sebenarnya,
Mungkin mereka mengharapkan teguran kasih sayang dari kita
So, instead of menjadi 'the punisher',
Apakah salahnya kita menjadi 'the preacher'?
Dan bagi yang tahu mereka tidak tahu,
Janganlah asyik bersangka buruk orang bersangka pada kita,
Janganlah kerna mereka tidak dekat kita, kita jauh dari mereka,
Mungkin mereka malu dengan kita,
Mungkin mereka segan dengan kita,
Atau mungkin mereka nak jaga iman mereka
So, instead terus menghukum, apa salahnya bawa perubahan?
Terimalah nasihat sebagai teguran, bukan paksaan,
Kerna redha yang dicari bukan dari mereka,
Tetapi daripada Allah jualah, Tuhan yang Maha ESA!
Sahabat-sahabatku semua,
Kita berebut2 menunaikan solat2 sunat istimewa,
Namun apabila membuat amalan2 wajib,
Mengapakah kita cepat menjadi penat?
Anggota turut menjadi tenat,
Tubuh badan pula semakin menjadi berat?
Itulah mungkin petunjuk dari yang Maha Esa,
Apakah nilai keikhlasan hati kita yang sebenarnya
Dan nauzubilah, harap tak jadi begini pula,
Itulah tanda Allah dah tarik hidayahNYA daripada kita!
Namun mungkin ada yang ingin bertanya,
Mengapakah semua ini dipersoalkan sekarang?
Bagaikan ingin menyalahkan semua orang?
Bagaikan ingin menimbulkan kebencian?
Walhal dalam buat perkara baik, perlukah ada sebarang pertimbangan?
Bukankah semua amalan itu sepatutnya semua ikhlas dilakukan kita demiNya?
Biarlah apa yang orang lain kata, pedih telinga, asal hati ikhlas. Aku peduli apa
Namun ingatlah wahai sahabat2 semua,
Hati ikhlas sahaja tak cukup untuk menampung semua,
Cara dan kaedah perlaksanaan juga mesti setara,
Syariat mesti dipatuh, hukum mesti dijaga
Dalam kita berebut nak buat amal ibadah,
Kita mestilah ambil tahu hukum dan kaedah,
Amalan asas mestilah tidak dilupa,
Janganlah hanya mengejar sesetengah amalan sahaja,
Yang dijadikan adat, tanpa pemahaman yang sebenarnya
Islam itu tinggi, dan tiada yang lebih tinggi darinya,
Oleh itu dalam kita semua beramal bersama,
Ambillah Islam secara keseluruhannya,
Bukan sekerat di situ, sekerat di sini, sekerat di sana,
Mengikut apa sahaja yang kita suka,
Selepas itu kita tinggalkan apa yang kita tak suka,
Bukankah itu hipokrit dan sekular namanya?
Yang lagi paling penting...
Yang tahu pergilah beritahu mereka yang tidak tahu,
Yang tidak tahu pergilah bertanya kepada yang tahu,
Yang tahu jangan sesekali buat-buat tahu,
Yang tak tahu pula jangan pandai2 buat tahu menahu!
sama-samalah kita fikirkan,
Dan saling membuat teguran,
Agar kiasan kali ini datang dengan kesedaran
Dan amalan bukan semata-mata ikutan, bukan dengan kejahilan
Tapi dengan ketaqwaan dan ilmu pengetahuan...
Sesungguhnya, ketahuilah...
Aku bukannya orang yang baik,
Namun aku cuba berusaha nak jadi orang yang baik
Aku memang orang yang jahat,
Namun aku tetap nak cuba tak jadi orang yang jahat
Aku tak mungkin buat semua orang suka kepadaku,
Tetapi ingin ku cuba membuat RAMAI orang suka kepadaku,
Tapi walau seluruh dunia benci padaku,
Aku tidak kira walau apa berlaku,
Asalkan Allah sayang padaku,
Dan nabi Muhammad sanggup nak syafaatkan aku
Dalam aku menjadi orang yang alpa,
Aku sangat takut akan siksa dariNya,
Aku takut dimasukkan dalam neraka,
Dibakar api yang menyala-nyala,
Atas dosa dan nodaku yang berlaku sentiasa,
Setiap masa, Di mana jua
Dalam aku menjadi yang taat pula,
Ku takut aku akan jadi sombong dan riak semata,
Buat ibadat demi kepentingan diri sahaja
Meninggalkan kawan-kawan yang aku sayangi,
Bagaikan ingin masuk ke syurga seorang diri...
Sebab itulah agaknya zaman kini,
Lahir ramai yang suka melaknat saudara2 sendiri,
Kafir mengkafir dan menunding jari,
Tanpa berfikir menggunakan hati
Akhirnya. Aku berfikir semula,
Ya Allah, Kenapa aku diletakkan di aliran mempelajari agama?
Kenapa aku diberikan pengajaran IlmuNya?
Apa akan jadi jika aku tiak mengamalkan?
Segala apa yang telah aku timba dari pengajaran dan pengalaman?
Sebenarnya ini adalah satu nikmat,
Nikmat lebih tinggi dari pangkat dan darjat,
Namun ramai yang tak ambil berkat,
Cuma ambil benda sekerat-sekerat
http://swordofdeen06.multiply.com/journal/item/78/Pertembungan_Dua_Dunia