Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 14-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bukanlah kerja yang membunuh manusia, sebaliknya rasa risau, bimbang, khuatir.
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 53
Ahli: 0
Jumlah: 53

  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 8 hari yang lalu
lidah-penghunus: 10 hari yang lalu
muslimin23: 18 hari yang lalu

Bincang Agama
Topik: PERANG BADAR , PERIHAL

Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» PERANG BADAR , PERIHAL

Please Mendaftar To Post

Oleh PERANG BADAR , PERIHAL

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar

posticon Posting pada: 26-10-07 10:50

(INGATLAH), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu lalu diperkenankan-Nya bagimu: Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut. (al-Anfaal: 9)

Ayat diatas dikaitkan dengan Kisah peperangan yang terkenal didalam Sirah iaitu Perang Badar.

Saya cuma nakkan secara khusus penjelasan dari sesiapa mengenai pertolongan malaikat ini.

seperti yang kita maklum bahawa 1 malaikat pun jika diizinkan Allah boleh menghancurkan dunia ini,dan kalau dah 1000 malaikat boleh meletup dunia ni...dan kaum Muslimin pimpinan Rasullullah dah boleh balik ke kem dah...tapi peperangan itu berlaku dengan sengit dan 14 kaum muslimin syahid dalam peperangan itu.

persoalannya bagaimankah bentuk bantuan yang diberikan oleh malaikat ketika itu?

Apakah hikmah yang hendak dijelaskan oleh Allah kepada kita dengan walaupun menurunkan 1000 malaikat untuk membantu kaum muslimin tetapi kaum muslimin tidak mencapai kemenangan dengan mudah.(kalau ikut logik hantar satu malaikat pun dah cukup, meletup kaum musyrikin tu))

saya bukanlah nak mengelirukan atau cuba mencabar ayat diatas (Na'uzubillah) cuma berminat dengan sirah dan mungkin soalan ini akan ditanya oleh kaum kuffar,atau pun sahabat kita sendiri, jadi kita dah siap sedia dengan jawapannya.

Bookmark and Share

  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

wisdommediapro
Warga Rasmi
Menyertai: 15.02.2007
Ahli No: 28749
Posting: 10
Dari: KL

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 29-10-07 21:21

Sejarah ringkas perang badar bedasarkan Kitab sejarah ibnu Hisyam ...
http://www.youtube.com/watch?v=rhcvIuckwVw

Bookmark and Share

  Member Information For wisdommediaproProfil   Hantar PM kepada wisdommediapro   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar

posticon Posting pada: 04-11-08 13:48

salam ..akhirnya saya dah dapat email jawapan dari sahabat yang muntaz ilmunya....setelah terima beberapa jawapn inilah jawapan yang paling "solid" setakat ini.moga Allah balas jasanya..dan merahmati keluarganya

en.zul, ini jawapannya. kalau ada yang tak faham, silalah, jangan segan :-) ini sebenarnya jawapan yang generallah tentang persoalan en.zul bagaimana bentuk bantuan dalam perang badar dan hikmahnya tu. harapnya bolehlah en.zul relatekan jawapan ni dengan ayat Qur'an tu,insya Allah.

Tentang bantuan malaikat - pelbagai bentuk. Mereka muncul seperti tentera manusia - ikut sama berjuang seiring dengan para mujahidin. Ada sahabat yang hampir tidak perasan musuh cuba memukul curi tiba-2 mendapati kepala musuh itu terpelanting tergolek di depannya dan apabila sahabat ini menceritakan hal pelik ini kepada Rasulullah s.a.w. baginda tersenyum. Ada juga yang Nabi jelaskan pada masa itu juga dan ada yang Nabi jelaskan pada masa2 yang lain.

Bolehkah sahabat2 ini melihat malaikat2 yang membantu mereka? BOleh. Namun ada sahabat yang perasan seperti Abu Bakar dan ada yang tidak perasan dan menganggap kelibat para malaikat itu adalah pejuang-pejuang Muslimin Madinah yang biasa sahaja.

Berapa ramai malaikat yang datang? Saya terlupa ayat al-Qurannya, tapi maksud ayat yang dapat difahami - mereka datang 3 kali ganda kekuatan muslimin sebenar. Contoh, dalam badar dikatakan 313 orang tentera Muslimin sedang tentera Musyrikin melihat mereka seperti lebih seribu orang. Dan ada pula
ulama' berpendapat para malaikat ini akan datang dalam jumlah yang sama dengan kekuatan Musyrikin atau musuh. Contoh dalam peperangan Ahzab. Nabi mempersiapkan 3000 orang tentera sahaja sedang Musyrikin seramai 10 000 orang. Jadi Malaikat datang seramai 7 000 orang menjadikan kekuatan
tentera Muslimin juga seramai 10 000 orang.

Pertolongan malaikat yang lain, ialah seperti meniup angin sehingga suasana kelam berdebu di pihak Musyrikin, berlaku ribut dan hujan lebat , ini contoh yang berlaku dalam Badar, serangan2 berbisa yang menyengat tentera Musyrikin dan lain-lain lagi.

Sekadar itulah jawapan mudah, untuk pendalilan en.zul boleh baca buku2 seperti Syamail Muhammadiah (yang baru diterbitkan ulangan cetak versi Melayu oleh Telaga Biru) atau Rahiqul Makhtum (baca terjemahan versi YADIM) dan lain-lain.

Oh ya, pasal bantuan dan usaha. Malaikat tidak akan membantu selain menerima arahan Allah. Allah s.w.t. tidak akan membantu hamba2 Nya yang tidak berusaha dan bertwakkal. Usaha wajib dari empunya diri dan wajib bertwakkal dan tawakkal inilah dia bantuan total Allah s.w.t. INGAT - Allah s.w.t. tidak akan memberikan kemenangan yang mudah tanpa usaha kepada Islam dan Umat Islam kerana kemenangan mudah bukanlah kemenangan mutlak. Rasulullah s.a.w. juga tidak pernah mudah dalam perjuangannya.

tentang hikmah tu rasanya en.zul boleh temukan sendiri. cumanya, dari pandangan saya yang dhaif ni, antara sebabnya mungkin Allah nak tunjukkan yang kalau kamu beriman, dan mengikut perintahNya serta sanggup berkorban nyawa untuk mempertahankan dan mendaulatkan agama Allah, Allah pasti akan menolong. mungkin jugak antara hikmahnya adalah dengan peperangan yang sengit tu, hubungan antara tentera islam lebih 'elok'lah orang kata. macamana ya nak cakap. erm,tapi rasanya en.zul boleh faham, kan, apa maksud saya. antara hikmahnya lagi mungkin jugak sebab untuk menjadikan iman umat islam makin tinggi makin kuat. maksud saya kat sini adalah, walaupun peperangan tu sengit dan kalau ikut mata kasar dan percaturan kasarnya kemungkinan tentera islam kalah, tapi mungkin dengan peristiwa itu akan makin menguatkan lagi iman tentera islam dengan meyakini bahawa Allah akan berikan pertolongan Nya dan mereka pasti akan memang.

dan kalau difikir seimbas lalu, apa yang jadi memang akan sama ada makin menguatkan atau melemah iman seseorang itu. maksud saya macam ni ya, en.zul, macam dalam peristiwa isra' mi'raj. Nabi melalui perjalanan yang mengambil masa yang lama dengan hanya sekejap saja. kalau orang yang tak berapa nak kuat imannya dan meragui, dia takkan percaya. tapi kalau orang yang memang beriman, memang dia takkan timbulkan apa-apa persoalan ikut logik akal dia kerana baginya tiada apa yang mustahil kalau diizin Allah. Buktinya, Saidina Abu Bakar yang sentiasa percayakan NAbi s.a.w. bila NAbi menceritakan dia percaya. ini kerana dia beriman pada Allah dan RasulNya. sama jugak dengan kes perang badar ni.

itulah dia sedikit sebanyak penerangan yang boleh saya beri dan kongsikan dengan en.zul. saya rasa boleh ikut ye penjelasan saya tu, en.zul? apa yang baik datangnya dari Allah. apa yang silap apa yang kurang, itu adalah dari kelemahan dan kekurang ilmu dan diri saya sendiri. saya minta maaf sekali lagi pasal lambat en.zul dapat jawapan ni.

-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.

Bookmark and Share

  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

sufti_ilham
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2003
Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL

malaysia  

posticon Posting pada: 04-11-08 13:58

Pada 04-11-08 13:48 , zulman posting:

!!! QUOTE !!!

Bismillahhirrahmanirrahim

erm,alhamdulillah dan terima kasih kerana berkongsi..moga kita semua dapat mengambil iktibar dari peristiwa perang badar ni,insyaAllah..

-----------------
"Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" : At-Thalaq : 3 -( PUAN SUFTI )-

Bookmark and Share

  Member Information For sufti_ilhamProfil   Hantar PM kepada sufti_ilham   Quote dan BalasQuote

lubda
Warga Rasmi
Menyertai: 03.11.2008
Ahli No: 35721
Posting: 3
Dari: Hospital

Kedah  

posticon Posting pada: 04-11-08 16:07

saya memang suka dengar sejarah islam seperti terlebih lagi saat2 genting dalam islam....

Bookmark and Share

  Member Information For lubdaProfil   Hantar PM kepada lubda   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.104481 saat. Lajunya....