Oleh |
Jangan main-main |
ummimq
Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 24-10-07 22:53
Soalan: Saya difahamkan bahawa seseorang tidak hanya murtad dengan pengisytiharan kemurtadannya, malah hanya dengan beriktiqad di dalam hati @ kata-kata sudah memadai. Q1: Sekiranya dia terasa semacam keraguan terhadap satu-satu ayat AQ atau hadith atau sesuatu hukum, mungkin kerana kejahilannya ketika membaca makna ayat2 tsb yang berbunyi pelik atau tak masuk akal, adakah dengan lintasan keraguan 'aqidah dalam hati tsb sudah cukup untuk terus mengeluarkannya daripada Islam? contoh jika dia terdetik/terfikir:- (i) "issh.. takkanlaa nabi boleh kahwin sampai sembilan..?" (ii) "Takkan Islam nak sampai rejam org pulaaak...?" (iii) "Trinity? Anti-hadith?? hmmm..." (iv) Seorang yang menjadi cacat akibat kemalangan berkata, "Ya Allah! Macam ni ke Kau kata adil??" (v) "aku tengah sakit ni pun kena solat jugak ke??" Q2: Jikalau dia beristighfar setelah menyedari kesilapannya sama ada (i) segera, atau (ii) setelah beberapa jam, , adakah masih diterima istighfarnya itu, bagaimana pula dengan amalan2nya yang lepas?? alitantawi Maqam 1 Joined: Mar 27, 2006 Posts: 442 Status: Offline Posted: Aug 10, 2007 - 01:56 AM --------------------------------------------------------------------- ----------- untuk menyelesaikan kemusykilan yang bertanya...saya hanya mampu untuk menyebutkan di sini sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh al- Bukhari dan lain-lain yang bermaksud: Sesungguhnya Allah memaafkan ke atas umatku apa yang dibisikkan di dalam jiwanya (hati) selagi tidak dibuat atau tidak disebut. wallahu a'lam Abu_Umair Maqam 2 Joined: Jan 21, 2007 Posts: 537 Location: K.S.A Status: Offline Posted: Aug 10, 2007 - 07:13 AM --------------------------------------------------------------------- ----------- sedikit tambahan lintasan2 hati berkaitan dengan perkara2 yang disebut diatas adalah mainan syaitan, dan seorang muslim tidak boleh mengelak daripadanya. Tetapi, apabila datang lintasan2 itu, WAJIB menolaknya jauh2 dan meminta perlindungan kepada Allah Taala. dalam hadis sahih (Muslim dan lain-lain): "Manusia sentiasa bertanya-tanya sehingga dikatakan: "Allah menciptakan segala makhluk. dan siapakah pula menciptakan Allah?". Sesiapa yang mendapati perkara ini dalam dirinya, maka hendaklah dia berkata: "Aku beriman kepada ALlah". dalam hadis sahih lain: "Syaitan datang kepada anak Adam dan berkata, "Siapakah yang menciptakan itu dan ini?" sehinggahalah ia bertanya: "Siapakah yang menciptakan Allah?". Apabila berlaku begini, maka hendaklah meminta perlindungan Allah, dan berhenti". permainan syaitan terhadap keyakinan seorang mukmin ini dinamakan sebagai WASWAS. Nabi SAW ditanya tentang waswas, lalu baginda menjawab: "Itulah dia iman yang terang nyata". Maksudnya seseorang yang didatangi waswas daripada syaitan lalu dia menolaknya, itulah tanda Iman yang sebenar. dalam hadis lain (muslim dan lain-lain), sahabat-sahabat Nabi datang kepada baginda, dan berkata: "Sesungguhnya kami mendapati dalam diri kami persoalan2 yang kami merasa amat besar untuk dituturkan. Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Itulah iman yang sepenuhnya". maksudnya: sahabat2 yang didatangi persoalan2 waswas itu merasakan bahayanya waswas itu dan mereka tidak bercakap mengenainya, sebaliknya menolak perasaan itu jauh2. maka tindakan seumpama inilah yang dikatakan Nabi: Itulah Iman yang sepenuhnya. kesimpulan: -lintasan2 waswas hatta dalam perkara akidah tidak menjejaskan akidah. -perasaan waswas itu hendaklah dirasakan suatu yang besar dan bahaya. -perasaan waswas itu WAJIB ditolak jauh-jauh. -Sesiapa yang didatangi waswas dalam perkara akidah mestilah meminta perlindungan kepada Allah daripada syaitan. http://al-ahkam.net/home/index.php? name=MDForum&file=viewtopic&t=33226
|
smile_roses
WARGA SETIA Menyertai: 21.09.2003 Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 25-10-07 01:04
syukran ummi
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 25-10-07 02:03
pernah diajar... tapi mengapalah susah nak lekat... jazakumullah khairan katheera ummi... p/s: kepingin nak online bersama ummi...
|
syira_qistina
WARGA SETIA Menyertai: 08.10.2003 Ahli No: 4102
Posting: 777
Dari: tempat yang paling jem
|
Posting pada: 25-10-07 07:37
syukran ummi for the info...
|
Iman_Hayati
WARGA SETIA Menyertai: 24.10.2003 Ahli No: 4642
Posting: 940
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 25-10-07 08:09
Syukran..em..betul tu perasaan was2 ni bhya sikit. was2 dalam sembhyg..sampai suruh kita duduk depan dan dia nak duduk belakang sebab risau kita akan terganggu bila dia was2 asyik angkat takbir banyak kali. Nak panggil adik tu, tapi tak jumpa pulak lepas ramadhan ni. Risau juga kat adik tu..minta2 jumpa dalam masa terdekat ni. semoga diri kita semua dijauhkan dari lintasan hati. ----------------- Sesejuk Mata Memandang, Seindah Akhlak terpampang [ Telah diedit oleh: Iman_Hayati pada 25-10-07 08:11 ]
|
ummimq
Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 27-10-07 13:27
Ustaz Zahazan dalam kuliah tafsirnya di IKIM.fm ada menyebut sebuah hadis menyatakan bila ada was was tu baca ta'awudz dulu - auzubillahi minasyaitonirrajeem. Kemudian bila ada was-was tentang siapa jadikan Allah tu maka sebutlah amantubillah - aku beriman kepada Allah. Menurut Ustaz Zahazan setiap puncak tiada lagi puncak seperti bukit. Selepas puncaknya maka tiada lagi puncakkan. Jadi tidak perlu tertanya siapa jadikan Allah. Ini adalah mainan syaiton jua untuk terus berpaling dari Yang Maha Esa. Wallahuta'ala a'lam bissawab
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 27-10-07 13:57
ye..kena sentiasa taawudz... tapi, jika waswas pun berlaku dalam bulan Ramadhan..macam mana ye? bukan ke syaitan tak ada..? adakah setiap lintasan hati itu datangnya dari syaitan???
|
Nuranys
WARGA SETIA Menyertai: 28.09.2006 Ahli No: 26619
Posting: 1710
Dari: Kota Serambi Mekah
|
Posting pada: 27-10-07 14:00
syukran umi.. "Ya Allah..tetapkanlah hati ini dalam agamaMU.." amin... -----------------
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 27-10-07 15:56
Pada 27-10-07 13:57 , sayatetapsaya posting:!!! QUOTE !!! ye..kena sentiasa taawudz... tapi, jika waswas pun berlaku dalam bulan Ramadhan..macam mana ye? bukan ke syaitan tak ada..? adakah setiap lintasan hati itu datangnya dari syaitan???
mungkin kerana saki baki didikan yang diberi oleh 'musuh2' kita tu.. -----------------
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 27-10-07 21:15
dahsyatnya penangan syaitan ni...musuh tetap sehingga akhir zaman..itulah janji mereka.... :-|
|
pulu
WARGA SETIA Menyertai: 27.01.2005 Ahli No: 13934
Posting: 697
Dari: Gorontalo
|
Posting pada: 27-10-07 23:53
Info bagus, jazakallaah, Ummi.
|
ummimq
Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 30-10-07 15:42
Barakallahu fik ya anakanda pulu. Sebenarnya dalam diri kita ada qorin. Dan qorin ni sentiasa mendampingi kita. Sekiranya kita dapat islamkan qorin ni maka mudahlah kita untuk mengatasi masalah lagha dan lalai. Wallahuta'ala a'lam bissawab
|
RaudhatuL_Muttaqin
WARGA SETIA Menyertai: 29.03.2005 Ahli No: 15423
Posting: 556
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 30-10-07 16:10
|
aesa_85
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.09.2007 Ahli No: 31101
Posting: 71
Dari: batu pahat
|
Posting pada: 30-10-07 16:35
...kadang-kadang syirik pun kita tak perasan masa berkata-kata... ...na'uzubillah...
|
azzak
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2007 Ahli No: 31036
Posting: 491
Dari: klang, selangor
|
Posting pada: 30-10-07 18:48
dulu qorin saya punyalah jahat sangat....tapi alhamduLILLAH dah ok...sekarang pula nak jihad kat nafsu,...memang payah..degil sangat nafsu ni..
|
ummimq
Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 08-11-07 00:56
Alahai umi selalu masuk cuma sempat jawab soalan pm saja kekadang. Terima kasih anakanda Raudhatul_Muttaqin atas keprihatinan . Wallahuta'ala a'lam bissawab
|
ummimq
Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 09-11-07 17:19
Maaf ya anakanda ismi_atikah bab online ym ni. Umi tak punya waktu lama di depan komputer ni. Umi banyak cari ilmu sambil menjawab masalah selain uruskan website anak_ummi. Tetapi sekiranya nak hantar mesej lalu ym silakan. InsyaAllah umi akan jawab walau sekedar jawab salam. Wallahuta'ala a'lam bissawab
|
adam_muslimin
WARGA SETIA Menyertai: 20.10.2006 Ahli No: 27068
Posting: 714
Dari: tawau@iium
|
Posting pada: 15-11-07 12:04
Pada 30-10-07 18:48 , azzak posting:!!! QUOTE !!! dulu qorin saya punyalah jahat sangat....tapi alhamduLILLAH dah ok...sekarang pula nak jihad kat nafsu,...memang payah..degil sangat nafsu ni.. nafsu...mana nak duduk diam macam kucing parsi.... jap2 mengelegak...da hentam sikit...rilek... pstue mengelegak balik....kena selalu lwn kan...em... ----------------- "prevention is better than cure"
|
skater
WARGA SETIA Menyertai: 24.04.2004 Ahli No: 8611
Posting: 542
Dari: Kuala Terengganu
|
Posting pada: 15-11-07 12:10
syukran untuk info itu.. kita mesti berhati-hati dalam percakapan -----------------
|
kakisamun
WARGA SETIA Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku
|
Posting pada: 15-11-07 12:32
Pada 27-10-07 14:00 , Nuranys posting:.. AMIN..
|
ummimq
Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 15-11-07 12:53
Pagi tadi semasa umi sempat mendengar slot Bicara Mufti di RTM 1, satu kisah yang disampaikan ialah tentang seorang alim yang hanya terlintas di dalam hatinya mengata eorang lelaki yang sedang menangis itu menunjuk-nunjuk saja. Kata orang alim itu dengan sebab andaiannya yang salah itu beliau tidak dapat bangun qiamulail selama 5 bulan. Astaghfirullahal Azeem. Dengan sebab satu perkara yang sebegitu saja maka dia tidak dapat bangun solat malam. Kita bagaimana pula ya?????? Wallahuta'ala a'lam bissawab
|
alam_barzakh
Warga 3 Bintang Menyertai: 28.05.2007 Ahli No: 30091
Posting: 137
Dari: Mantin-Nilai-Sepang-Salak Tinggi-KLIA-Kuching-Kota Samarahan-Serian
|
Posting pada: 15-07-08 10:23
kekadang kita akan tersebut perkara yang mungkin dianggap remeh dan memain, namun ia melibatkan akidah kita.... berhati-hati dengan setiap pertuturan kita... segera beristighfar dan bertaubat bila tersedar...
|
hafeezzul
Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 15-07-08 11:06
tambahan ummi, contoh yang selalu berlaku ialah, Anak: Ayah mereka semua buat apa kat Batu Caves itu ye? Ayah: Owh mereka tengah sembahyang tu dengan Tuhan mereka. Dialog ini sering berlaku, tapi sedarkah kita bahawa ia salah satu petanda murtad, kerana kita berpegang kepada akidah "Tiada Tuhan Disembah Melainkan ALLAH." sama-sama lah beringat
|
ummimq
Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 25-08-08 22:32
Betul tu hafeezzul. Kekadang kita perlu bersemangat untuk memahamkan apa itu Islam kepada keluarga kita terutama adik beradik dan anak penak selain ibu bapa dan keluarga terdekat yang lain. Wallahuta'ala a'lam bissawab ps - sekiranya rajin fotostat dan sampaikan kepada mereka agar mereka juga dapat baca dan cuba memahami ya.
|
hanafirazali
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.09.2006 Ahli No: 26499
Posting: 327
Dari: negeri sembilan dan perak
|
Posting pada: 03-09-08 23:12
salam... tadi ramai cakap pasal qorin.. sebenarnya qorin tu apa?
|
Anak_Pejuang
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 04-09-08 00:29
Adapun Qareen adalah istilah al-Quranul karim yang jelas Allah S.W.T menyebut dalam beberapa ayat seperti dalam Surah Qaf (ayat 23), Surah al-Fussilat (ayat 25) dan lain-lain. Di antara makna-maknanya, Allah menyebut (mafhumnya), "Dan kami tetapkan bagi mereka, teman-teman yang menjadikan mereka memandang bagus apa yang ada di hadapan dan di belakang mereka. Dan tetaplah atas mereka keputusan azab pada umat yang terdahulu dari jin dan manusia. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang meragui." Istilah teman-teman dalam al-Quran adalah pada asal perkataan Qurana atau kawan-kawan setia. Maksudnya adalah dari suku sakat syaitan atau iblis ini menjadikan manusia sebagai teman mereka. Firman Allah (mafhumnya), "Dan berkatalah Qareennya, inilah catatan amalan yang tersedia pada sisiku." (Surah Qaf, ayat 23). Dan Surah Qaf, ayat 27 bermaksud, "Yang menyertai dia, Qarennya berkata pula,"Wahai Tuhan kami. Aku tidak menyesatkannya, tapi dialah yang berada dalam kesesatan yang jauh." Ini merujuk kepada perkataan Qareen. Allah S.W.T menyifatkannya sebagai kawan rapat bukan kerana manusia hendak sangat berkawan dengan mereka, tetapi pada pandangan sesetengah ulama, sejak manusia dilahirkan ada makhluk halus yang mendampinginya, mengajak, memandu serta mempengaruhinya melakukan kejahatan. Itulah yang dimaksudkan sebagai Qareen. Dalam hadis daripada Ibnu Mas'ud .a, bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w bersabda (maksudnya), "Setiap orang daripada kamu, ada bersama dengannya qareen (syaitan) daripada jin. Sahabat bertanya, apakah Rasulullah juga mempunyai qareen, baginda menjawab, ya, saya pun ada qareen itu, cuma Allah S.W.T membantu saya, dapat mempengaruhi qareen itu sehingga dia telahpun Islam dan dia berdamping dengan saya, dia tidak mendorong saya membuat sesuatu melainkan semuanya untuk kebaikan." (Riwayat Muslim). Hadis daripada Ai'shah .ha berkata,"Suatu ketika Rasulullah s.a.w berada bersama dengan saya, lalu keluar meninggalkan saya kerana ada suatu urusan pada malam hari, tiba-tiba timbul cemburu dalam diri saya, apabila Rasulullah s.a.w kembali menemui saya, baginda mengetahui perasaan saya itu, maka baginda bertanya, apakah gerangan mu wahai Ai'shah? apakah kamu cemburu? Maka saya menjawab, manalah orang seperti saya ini tidak cemburu ke atas mu wahai Rasulullah s.a.w. Maka Nabi menyebut kepada saya, apakah kamu telah dikuasai oleh syaitanmu wahai Ai'shah. Maka saya menjawab, ya Rasulullah, apakah bersama saya ada syaitan? Rasulullah menjawab, ya, malah pada tiap-tiap insan ada syaitannya. Saya bertanya kepada Rasulullah, apakah kamu juga ada syaitan? Jawab baginda, ya, tetapi Allah S.W.T telah membantuku. Aku Islamkan dia dan tidak menyuruhku melainkan untuk kebaikan." Hadis-hadis sebegini adalah hadis sahih, ia menunjukkan memang berlaku bahawa qareen, ia adalah syaitan, mendampingi semua manusia. Kalau Rasulullah s.a.walaupun didampingi oleh qareen ini, inikan pula insan biasa. Oleh yang demikian, jelas bahawa qareen ini ada pada setiap orang dan bergantung kepada seseorang insan itu, jika ia belum boleh menguasai dirinya dengan kerja-kerja ketaatan sehingga tidak ada ruang untuk melakukan kemaksiatan maka qareen ini seolah-olahnya putus asa untuk mengajaknya melakukan kejahatan, melainkan sekali sekala sahaja. Adapun orang-orang yang mudah mendedahkan dirinya kepada melakukan perkara yang tidak baik, khasnya melakukan kemaksiatan, maka qareen inilah yang menjadi pendorong utama. Pada pandangan saya qareen adalah makhluk halus yang jahat. Jika hendak dikatakan saka, hanya sekadar mengatakan ianya wujud ada, maka tidak salah mengatakan kita semuanya ada saka, tetapi saka yang saya maksudkan adalah saya yang sedia ada, bukan kerana dipelihara oleh keturunan, bukan disuruh oleh seseorang melakukannya tetapi kerana tabiat makhluk ini memang sentiasa berusaha menjerumuskan manusia kepada kejahatan. Wallahua'lam. SUMBER : http://darussyifa.org/SJ022.php
|
hanis007
Warga Rasmi Menyertai: 13.09.2008 Ahli No: 34955
Posting: 19
Dari: -
|
Posting pada: 19-09-08 18:24
thank you atas info agama tersebut.
|
ummimq
Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 20-09-08 12:53
u are welcome. Selamat berqiamulail semua. Jangan lepaskan peluang 10 malam terakhir Ramadhan ni kerana ada satu malam yang diberkati seperti 1000 bulan beribadah biiznillah. Dan kita belum tahu adakah kita berpeluang lagi pada tahun hadapan. Tabarakallahu minkum. Salam sayang dari ummimq sekeluarga sempena 10 malam terakhir Ramadhan al Mubarak al Kareem. Wallahuta'ala a'lam bissawab
|
yusra
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.09.2003 Ahli No: 3482
Posting: 103
Dari: Kajang,Selangor
|
Posting pada: 25-09-08 19:50
,ummimq apa khabar?.selamat berpuasa. tumpang tanya jika seseorang telah mengatakan "kalau tidak...20tahun lepas,aku dah lama nak murtad" adakah telah jatuh murtad terhadap dirinya?. maaf ye..saya ada ubahkan sedikit ayat diatas kerana nak menjaga maruah seseorang.
|
ummimq
Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 07-10-08 05:56
Dia tak jadi murtadkan. Mungkin dia mengucapkan tanpa ilmu dan kesedaran. Maka nasihatilah dia agar banyak beristighfar dan carilah ilmu selagi hayat masih di badan. Tetapi sekiranya nyawa dah tiba halkum maka taubat pun tidak berguna lagi. Wallahuta'ala a'lam bissawab ps - maaf lambat jawab sebab tak perasan. Sekiranya tak berjawab harap anakanda lalu pm ya pada umi.
|