Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Selalunya, bila kita berusaha menenggelamkan kapal orang lain, kita lupa untuk mengawal kapal kita sendiri. Kapal kita tenggelam terlebih dahulu.

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 40
Ahli: 0
Jumlah: 40




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 6 hari yang lalu
lidah-penghunus: 8 hari yang lalu
muslimin23: 17 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: 2 Oktober dan keharmonian antara agama


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» 2 Oktober dan keharmonian antara agama

Please Mendaftar To Post


Oleh 2 Oktober dan keharmonian antara agama

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 20-10-07 13:10


PERNAHKAH kita mengingati betapa besarnya makna tarikh 2 Oktober dalam sejarah Islam? Mungkin ia tidak pernah membawa apa-apa makna bagi sebahagian besar daripada kita.

Sebabnya? Kita tidak pernah berusaha untuk belajar daripada sejarah. Berlainan pula dengan para pejuang isu Palestin dan juga para pengkaji sejarah Islam.

Tarikh 2 Oktober merujuk kepada peristiwa besar yang berlaku pada tahun 1187 Masihi bersamaan dengan 27 Rejab tahun 583 Hijrah iaitu pembebasan Jerusalem dan Masjid Al-Aqsa oleh pahlawan agung, Salahuddin al-Ayubi daripada genggaman tentera salib selama 88 tahun.

Tentera-tentera Islam berjaya kembali. Membersihkan masjid yang telah ditukarkan kepada kandang-kandang kuda oleh tentera Salib dan mengembalikan maruah agama suci itu.

Pada tarikh itu jugalah azan pertama berkumandang melalui kubah Masjid Qibli, yang sekarang ini dikenali sebagai Masjid Al-Aqsa.

Usaha membebaskan kota Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa sebenarnya telah dimulakan sejak zaman Imam al-Ghazali lagi. Usaha lebih gigih diteruskan pada zaman Nurudin al-Zinki dan Imadudin al-Zinki.

Kemuncak usaha tersebut adalah pada pemerintahan zaman Salahudin Al-Ayubi. Beliau menjadi pemangkin kepada usaha hampir sekurun itu dan telah berjaya memetik hasilnya.

Selepas berjaya menjadi penguasa Mesir, Kurdistan di Iraq, dan juga kawasan Syam, beliau mula mengumpulkan kekuatan untuk memerdekakan Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa dari kekejaman tentera salib.

Pemikirannya dan fokus seluruh kehidupannya Salahuddin hanya untuk memastikan agama Islam terus bersinar dengan pembebasan Masjid Al-Aqsa dan penghinaan oleh tentera salib akan berakhir.

Pengkaji agama, Karen Amstrong dalam bukunya Holly War (1988) menulis bahawa Salahuddin menepati janjinya dan menakluk kota tersebut menurut ajaran Islam yang murni dan paling tinggi.

Dia tidak berdendam untuk membalas pembunuhan 40,000 umat Islam oleh tentera salib pada 1099. Malah tidak ada seorang pun orang Kristian yang dibunuh dan harta mereka tidak dirampas.

Para pemimpin Kristian yang kaya melarikan diri dengan hanya membayar tebusan diri sebanyak 10 dinar. Malah, panglima salib Heraclius diberikan pengawal peribadi untuk mempertahankan keselamatan harta bendanya ketika melarikan diri ke Tyre.

‘‘Salahuddin dan tenteranya melayan orang Kristian dengan keadilan yang agung dan menunjukkan kepada mereka kasih sayang yang lebih berbanding dengan apa yang diperlihatkan oleh pemimpin mereka sendiri,’’ tulis Amstrong.

Operasi memerdekakan Masjid Al-Aqsa sebenarnya bermula dengan peperangan Hittin yang menyaksikan kemenangan gemilang tentera muslimin di bawah pimpinan Salahudin.

Tentera Salahudin seramai belasan ribu orang telah berjaya mengalahkan tentera Salib di bawah pimpinan raja Baitulmaqdis yang berjumlah lebih 63,000 orang.

Peperangan yang berlaku pada 4 Julai 1187 itu menyaksikan lebih 30,000 tentera salib dibunuh, manakala 30,000 yang lain dijadikan tawanan perang.

Namun, meskipun tarikh 2 Oktober perlu dingati oleh segenap umat Islam, ia tidak wajar menjadi momentum permusuhan antara penganut beragama. Sebaliknya dapat dijadikan iktibar bagi mengukuhkan perpaduan.

Dalam konteks Malaysia, perang Salib dapat menjadi pengajaran penting untuk mengenali erti kebersamaan dan tuntutan agama masing-masing yang berorientasi keharmonian.

‘‘Selepas Perang Dingin sepatutnya ia mengingatkan bahawa manusia akan memasuki suatu abad ketika pelbagai peradaban yang berbeza mulai belajar hidup berdampingan secara damai, saling memahami antara satu dengan yang lain.

‘‘Kerukunan akan membolehkan kita mempelajari sejarah, cita-cita, seni, dan kebudayaan serta saling memperkukuhkan kehidupan masing-masing,’’ kata bekas Perdana Menteri Kanada, Lester B. Pearson.

Pendapat yang sama turut dikongsi oleh Edward A. Tiryakian dalam eseinya Reflexions on the Sociology of Civilizations bahawa sudah tiba masanya Islam dan Kristian melupakan isu perang Salib demi masa depan dunia yang lebih harmoni.

Oleh itu, bagi masyarakat Islam dan Kristian di Malaysia khususnya, 2 Oktober wajar dijadikan pengajaran terbaik bagi memperkasakan keamanan dan kedamaian di bumi bertuah ini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

juema
Warga Rasmi
Menyertai: 24.02.2007
Ahli No: 28886
Posting: 7
Dari: utm,skudai

malaysia  


posticon Posting pada: 26-10-07 11:30


BARU SAYA TAHU...terima kasih... sebab saya nya hari lahir 02/10
jadi saya bersyukur...kerana mengetahui maksud dsebalik tarikh lahir saya,,thank you

2 Oktober wajar dijadikan pengajaran terbaik bagi memperkasakan keamanan dan kedamaian di bumi bertuah ini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For juemaProfil   Hantar PM kepada juema   Quote dan BalasQuote

ctnurbebo
WARGA SETIA
Menyertai: 12.03.2007
Ahli No: 29142
Posting: 880
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 26-10-07 11:33


salam...
terima kasih diatas info..selama ini tak tahu pun...hu2..nampak sangat kekurangan pengetauan diri ini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ctnurbeboProfil   Hantar PM kepada ctnurbebo   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-10-07 11:40


Alhamdulillah....terima kasih...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

galapagos
Warga Rasmi
Menyertai: 27.04.2007
Ahli No: 29761
Posting: 8
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-10-07 12:06


salam....
Alhamdulillah....thanks...
terasa diri ini banyak kekurangan ilmu.......terima kasih ye....rimbabara

Bookmark and Share

    


  Member Information For galapagosProfil   Hantar PM kepada galapagos   Quote dan BalasQuote

atie82
WARGA SETIA
Menyertai: 15.12.2004
Ahli No: 13074
Posting: 1080
Dari: Papar,Sabah@Seremban

Sabah  


posticon Posting pada: 26-10-07 12:11


Assalamualaikum wwt...

2 Oktober..tarikh penuh makna :kelip:
Syukran..

Wassalam


-----------------
The Light of ALLAH surround Me, The Love of ALLAH Enfolds Me, The presence of ALLAH watches over Me, Whatever I am...ALLAH iS..


Bookmark and Share

    


  Member Information For atie82Profil   Hantar PM kepada atie82   Pergi ke atie82's Website   Quote dan BalasQuote

addinulhuda
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2007
Ahli No: 31217
Posting: 664
Dari: ~bumi bertuah~

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-10-07 12:18


time kasih...

Bookmark and Share

    


  Member Information For addinulhudaProfil   Hantar PM kepada addinulhuda   Pergi ke addinulhuda's Website   Quote dan BalasQuote

raihan2004
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.01.2004
Ahli No: 6388
Posting: 375
Dari: kedah

egypt   avatar


posticon Posting pada: 27-10-07 01:35


tak pernah tahu pun...huhu...terima kasih..:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For raihan2004Profil   Hantar PM kepada raihan2004   Quote dan BalasQuote

nawzah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.12.2006
Ahli No: 27687
Posting: 219
Dari: BUMI ALLAH S.W.T.

jordan  


posticon Posting pada: 27-10-07 01:42


......:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nawzahProfil   Hantar PM kepada nawzah   Quote dan BalasQuote

eyla05
WARGA SETIA
Menyertai: 17.10.2005
Ahli No: 19884
Posting: 546
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-10-07 08:42


terima kasih....info yang berguna untuk semua..... :-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For eyla05Profil   Hantar PM kepada eyla05   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-10-07 21:53


jazakumullahu khair...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 30-10-07 00:01


syukran untuk info yang berguna ini

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.110398 saat. Lajunya....