Oleh |
Menyusukan bayi di tempat awam |
ramadhan
Warga 1 Bintang Menyertai: 22.10.2003 Ahli No: 4566
Posting: 32
|
Posting pada: 19-10-07 08:41
 sahabat ukhwah semua. Apa yang saya nak utarakan mungkin agak sensisitif bagi sesetengah pihak namun terpulang pada akal dan iman masing-masing untuk menilainya.Masing-masing mempunyai pendapat yang berbeza. Susu ibu adalah makanan yang paling berkhasiat untuk perkembangan bayi.Selain itu ia juga dapat mengeratkan hubungan antara ibu dan anak.Menyusukan bayi melalui susu badan adalah suatu amal&ibadah yang sangat mulia malah tentu kita sedia maklum bahawa walau kita berbakti seumur hidup terhadap ibu kita namun ia masih tidak dapat membayar nilai setitis susu ibu. Walaubagaimanapun apa yang saya kesalkan adalah sikap terbuka masyarakat islam sekarang yang menyusukan bayi secara terbuka di tempat awam dan di khalayak ramai.Acapkali saya terserempak dengan ibu2 islam baik yang bertudung mahupun tidak menyusukan anak secara terbuka tidak kira dimana baik dalam komuter,restoran,kompleks membeli belah mahupun di foodcourt. Sayang sekali amalan mulia menyusukan anak itu telah dicemarkan dengan sikap masyarakat yang sudah berfikiran terbuka dan hilang perasaan malu.Jika sayangkan anak sekalipun dan tidak mahu bayi kelaparan apalah salahnya mencari tempat yang tertutup? Paling tidak si suami boleh memainkan peranan mengambil jaket dan memeluk isterinya supaya membentuk “perisai” menghalang aurat isterinya dilihat umum.Dengan cara itu bayi juga tidak kelemasan kerana masih ada ruang udara baginya bernafas.Tidakkah ibu2 ini mempunyai perasaan malu mendedahkan bahagian sulit di depan khalayak? Kemana hilangnya harga diri seorang muslim dalam diri mereka? Yang lebih mendukacitakan para suami seolah-olah merestui dan buat tak endah dengan “tayangan amal” isteri masing-masing. Kemana hilangnya maruah seorang suami membenarkan khalayak menonton aurat isterinya? Mungkin kita melalui perjalanan hidup yang berbeza namun saya jarang sekali melihat ibu bukan islam menyusukan anak secara terbuka di tempat awam dan khalayak ramai. Jika yang bukan islam pun tahu malu mengapa tidak kita yang beragama islam? Mereka juga sayangkan anak dan tidak mahu bayi kelaparan tetapi mereka masih mempunyai perasaan malu menyusukan anak di tempat terbuka kerana bukan setiap masa ibu bukan islam memberi susu lembu yang dibancuh kepada anak mereka. Kepada bakal ibu dan bakal ayah renungkanlah perkara ini.Bukankah telah kita fahami niat tidak pernah menghalalkan cara.Menyusu badan adalah suatu ibadah tetapi jangan mencemarkannya dengan cara yang salah.
|
mama_iman
WARGA SETIA Menyertai: 24.09.2007 Ahli No: 31188
Posting: 1558
Dari: Pantai Remis
|
Posting pada: 19-10-07 08:54
SUSU IBU Oleh: Dr. Muhammad Yazid Hj. Jalaludin, Pakar Pediatrik. Disampaikan oleh penulis di dalam bentuk lisan. Nota: Tulisan berbentuk italik adalah lontaran pemikiran penulis semata – mata. Ini merupakan artikel pertama dari 5 siri artikel mengenai susu ibu. “Bayangkan telah tersedia satu produk yang dapat memberi makan sebahagian besar penduduk dunia. Dapat melindungi mereka dari penyakit, boleh didapati dimana-mana, tidak perlu penyimpanan atau penghantaran dan dapat melindungi sebahagian manusia dari bencana kanser.” …”Bayangkan pula manusia tidak mahu menggunakannya…” Begitulah paparan slaid pertama dari ceramah yang disampaikan oleh Dr. Yazid tempoh hari. Ceramah ini diberikan bersempena dengan Perasmian Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia, peringkat PPUM yang telah dilancarkan pada 22 Ogos 2006 yang lepas. Saya merupakan salah seorang hadirin pada hari itu. Sesungguhnya ilmu yang diperoleh adalah amat bermanfaat dan saya berjanji untuk menghebahkan ilmu yang didapati itu kepada semua ibu yang ada di dunia ini. Oleh itu, mari kita lihat apakah lagi cerita yang disampaikan oleh Dr. Yazid pada hari itu. “Mamalia di dunia ini” menurut beliau “terdiri dari pelbagai sepsis dan terdapat 4237 jenis mamalia di dunia dan kesemua mamalia ini menyusukan sendiri anak mereka, kecuali sejenis mamalia sahaja… iaitu manusia. Formula ringkas yang tertera di paparan slaid adalah: 4237 – 1 = 4236. Semua mamalia menyusukan anaknya sendiri. Kecuali manusia yang mempunyai pilihan sama ada untuk menyusukan sendiri atau memberi susu formula. Harimau bintang menyusukan anaknya… Beruang kutub menyusukan anaknya… Gajahpun menyusukan anaknya… malah dalam posisi berdiri pula.. Hatta antelope juga menyusukan anaknya walaupun sambil berlari… Bukan sahaja di darat, malah mamalia di laut seperti anjing laut ini turut menyusukan anaknya tanpa sebarang masalah.. Memang sedih bila memikirkan mengapa manusia begitu susah untuk menyusukan anak sendiri. Berikut diberikan statistik terkini mengenai peratusan permulaan penyusuan susu ibu di beberapa negara: 1. Di Nepal, jumlah ibu yang memulakan penyusuan susu ibu telah meningkat dari cuma 5% ke 33%. 2. Di Afrika Selatan, statistik menunjukkan bahawa kini terdapat lebih dari 25% daripada ibu – ibu di sana yang memulakan penyusuan susu ibu secara eksklusif sepanjang tempoh enam bulan pertama. Berita ini telah dihebohkan di Yaounde ketika majlis pelancaran minggu penyusuan susu ibu sedunia di negara itu. 3. Di Malaysia sendiri, tiada statistik kebangsaan mengenai peratusan penyusuan susu ibu. Walaubagaimanapun, kajian kecil di peringkat daerah menunjukkan terdapat 30 – 35 % daripada ibu yang memberikan penyusuan susu ibu.
|
mama_iman
WARGA SETIA Menyertai: 24.09.2007 Ahli No: 31188
Posting: 1558
Dari: Pantai Remis
|
Posting pada: 19-10-07 09:06
ye..memang tak patut kalau diikutkan menyusu ditempat awan dengan aurat terbuka.. shopping complex,malls, dan banyak lagi tempat awan di Malaysia tak friendly to Bf.. at least banyak kan room for BF dan senang di cari..bila baby dah lapar kelam kabut nak cari that room yang entah ada ke tidak di penghujung shopping complex.. they should be more considerate towards BF moms!
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 19-10-07 09:23
ala,tak salah pun tengok pada keadaan.tpmjlis pbandaran kena sdiakan tempat-tempat yang ptutnya
|
mama_iman
WARGA SETIA Menyertai: 24.09.2007 Ahli No: 31188
Posting: 1558
Dari: Pantai Remis
|
Posting pada: 19-10-07 09:35
lagi satu Kenapa orang perlu tengok saja kalau moms tu tengah BF baby dia? bukan perkara biasa ke?hmm
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 19-10-07 09:41
hmm mungkin.mungkin juga nak tegur tapi tak tahu macam mana nak tegur.
|
muslimah_johor
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2003 Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor
|
Posting pada: 19-10-07 10:36
melihat pengalaman orang yang BF baby... mudah bila bertudung labuh. baby tu elok saja duduk menyusu bawah tudung labuh ummi dia. so... tak ada aurat terdedah. tapi biasanya seboleh2 cari jugak tempat terlindung.
|
Addey
WARGA SETIA Menyertai: 13.03.2005 Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu
|
Posting pada: 19-10-07 10:42
|
muslimah83
WARGA SETIA Menyertai: 05.02.2004 Ahli No: 7015
Posting: 1001
Dari: Tawau
|
Posting pada: 19-10-07 10:46
Pada 19-10-07 10:36 , muslimah_johor posting:!!! QUOTE !!! melihat pengalaman orang yang BF baby... mudah bila bertudung labuh. baby tu elok saja duduk menyusu bawah tudung labuh ummi dia. so... tak ada aurat terdedah. tapi biasanya seboleh2 cari jugak tempat terlindung.  ----------------- "InDaHnYa IsLAm"
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 19-10-07 10:58
cabaran ni..memang patut sangatlah anak kena........... (tak tahu) 3 kali lebih daripada ayah.. siapa boleh isi tempat kosong tu? taktahulah..lupa..thanks ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
mama_iman
WARGA SETIA Menyertai: 24.09.2007 Ahli No: 31188
Posting: 1558
Dari: Pantai Remis
|
Posting pada: 19-10-07 11:11
apa tu?tak pernah dengar pun..
|
destinasi_abadi
WARGA SETIA Menyertai: 31.12.2004 Ahli No: 13423
Posting: 496
Dari: Pulau Pinang
|
Posting pada: 19-10-07 11:37
bagi saya....tak kisahlah tudung labuh ke tak...better cari tempat terlindung untuk BF...saya sebagai muslimah kadang-kadang segan bila tengok ibu2 BF kat khalayak ramai...apatah lagi kalau si ibunya tak menutup aurat dengan sempurna...
|
ctnurbebo
WARGA SETIA Menyertai: 12.03.2007 Ahli No: 29142
Posting: 880
Dari: seremban
|
Posting pada: 19-10-07 11:49
betul itu..carilah tempat yang terlindung sikit...juga aurat dan maruah kita...takkan nak biar org lalu-lalang tengok saja...(yang selalu pandang2 itu pula macam tak pernah tengok org tengah BF saja)
|
Asward_hafiz
WARGA SETIA Menyertai: 02.05.2004 Ahli No: 8743
Posting: 597
Dari: Kuantan pahang
|
Posting pada: 19-10-07 12:05
kurang enak di pandang orang... tak manis macam 2...
|
mama_iman
WARGA SETIA Menyertai: 24.09.2007 Ahli No: 31188
Posting: 1558
Dari: Pantai Remis
|
Posting pada: 19-10-07 12:07
Pada 19-10-07 11:49 , ctnurbebo posting:!!! QUOTE !!! betul itu..carilah tempat yang terlindung sikit...juga aurat dan maruah kita...takkan nak biar org lalu-lalang tengok saja...(yang selalu pandang2 itu pula macam tak pernah tengok org tengah BF saja) itulah yang selalu pandang tu pun satu hal.. org kata kalau dia tengok,tenung saja balik mata dia.. mesti dia tak berani tengok lagi..yang tengok tu pun budak hingusan lagi.. kalau yang dah fikiran matang tak ada macam tu..
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 19-10-07 12:36
Pada 19-10-07 12:07 , mama_iman posting:!!! QUOTE !!! Pada 19-10-07 11:49 , ctnurbebo posting:!!! QUOTE !!! betul itu..carilah tempat yang terlindung sikit...juga aurat dan maruah kita...takkan nak biar org lalu-lalang tengok saja...(yang selalu pandang2 itu pula macam tak pernah tengok org tengah BF saja)
itulah yang selalu pandang tu pun satu hal.. org kata kalau dia tengok,tenung saja balik mata dia.. mesti dia tak berani tengok lagi..yang tengok tu pun budak hingusan lagi.. kalau yang dah fikiran matang tak ada macam tu.. ye ke...tak boleh nak kata....jangan bermain dengan nafsu......
|
ummusafiah
WARGA SETIA Menyertai: 12.11.2004 Ahli No: 12428
Posting: 2520
|
Posting pada: 19-10-07 12:47
Pada 19-10-07 10:58 , sakinahazzahra posting:!!! QUOTE !!! cabaran ni..memang patut sangatlah anak kena........... (tak tahu) 3 kali lebih daripada ayah.. siapa boleh isi tempat kosong tu? taktahulah..lupa..thanks
apa maksudnya
|
atie82
WARGA SETIA Menyertai: 15.12.2004 Ahli No: 13074
Posting: 1080
Dari: Papar,Sabah@Seremban
|
Posting pada: 19-10-07 13:09
 wwt... Bagi ana,biarla BF kat rumah saja...so malu tak ada,aurat pun terjaga... In case keluar rumah, pandai2 lah prepare susu botol (susu rumusan semula) untuk baby tu, sebagai ganti BF... kan senang Wassalam ----------------- The Light of ALLAH surround Me, The Love of ALLAH Enfolds Me, The presence of ALLAH watches over Me, Whatever I am...ALLAH iS.. [ Telah diedit oleh: atie82 pada 19-10-07 13:12 ]
|
sya_ryn
WARGA SETIA Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak
|
Posting pada: 19-10-07 13:12
sya pernah tnmpk juga namun tak tahu nak cakap apa da...
|
mama_iman
WARGA SETIA Menyertai: 24.09.2007 Ahli No: 31188
Posting: 1558
Dari: Pantai Remis
|
Posting pada: 19-10-07 16:21
sekadar info.. KEBAIKAN SUSU IBU Bercakap mengenai kebaikan susu ibu ini, memang seolah – olah tiada penghujungnya. Sudah pasti ia adalah makanan terbaik untuk bayi. Kerana ia adalah satu – satunya makanan yang memberikan segala keperluan nutrisi untuk bayi yang berumur kurang dari 6 bulan. Sehingga kini, tidak ada satupun jenama susu formula yang mampu menyaingi kelebihan nutrisi dan bukan nutrisi yang terdapat di dalam susu ibu. Susu ibu juga merupakan pemakanan yang perlu untuk tumbesaran optima bagi bayi. Di samping itu ia dapat memberikan air yang mencukupi tanpa perlu sebarang air tambahan. Tidak seperti pemberian susu formula, yang mana pada kebiasaannya bayi itu perlu diberi tambahan air masak untuk mengelakkan sembelit. Bagi bayi yang berumur lebih dari 6 bulan pula, susu ibu merupakan ramuan diet yang tepat, di samping pemberian pemakanan komplementari. Perlu dinyatakan di sini bahawa susu ibu masih merupakan pemakanan utama bagi bayi berumur 6 sehingga 12 bulan, manakala pemberian makanan semi pejal atau pejal hanyalah sebagai komplementari atau pemakanan pelengkap kepada susu ibu tadi. Tidak dinafikan juga, susu ibu terutamanya kolostrum merupakan immunisasi pertama & terpenting bagi setiap bayi. Ketika bayi masih di dalam rahim ibu, dunia bayi adalah dunia yang selamat, bersih dan tidak tercemar oleh sebarang kuman mahupun jangkitan. Ini kerana rahim ibu memberikan perlindungan sepenuhnya kepada bayi yang masih lemah. Rahim ibu bolehlah dianggap sebagai kawasan vakum yang tidak boleh dilolos oleh sebarang kekotoran. Namun, sebaik sahaja bayi dilahirkan, dunia kecilnya yang selamat itu telah bertukar menjadi sebuah dunia yang amat luas dan penuh dengan pancaroba kuman & jangkitan. Allah swt itu Maha Kaya dan Maha Pencipta. Dicipta-Nya kolostrum (susu awal ibu) dengan hikmahnya yang tersendiri. Kolostrum merupakan sumber pertahanan yang terpenting bagi bayi yang baru lahir. Ia mengandungi antibodi dan sel – sel hidup yang mampu menyelamatkan bayi sebelum diberikan imunisasi formal (BCG, dapat, vaksin polio dan lain – lain). Kolostrum dapat mencegah jangkitan dan juga penyakit alergi. Inilah merupakan satu contoh sumber bukan nutrisi yang hanya terdapat di dalam susu ibu. Kolostrum Apakah sifat – sifat cecair yang amat istimewa ini? Kolostrum ini sebenarnya amat kaya dengan antibodi. Terdapat juga banyak sel hidup di dalamnya sehingga digelar “darah putih” oleh sesetengah pakar kanak – kanak. Ia juga bersifat laksatif dan dapat memudahkan pembuangan air besar bayi. Ia juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) dan ia amat kaya dengan vitamin A. Apakah pula kepentingan kolostrum ini? Benarkah pandangan warga dahulu kala yang mengatakan kolostrum ini sebagai susu basi?? Tidak sama sekali, malah pelbagai kajian telah dilakukan dan kesemua kajian ini bersetuju bahawa kolostrum dapat memberikan perlindungan maksimum kepada bayi dari sebarang jangkitan. Oleh kerana ia juga bersifat laksatif, ia dapat mempercepatkan proses pembuangan mekonium, yang merupakan di antara faktor utama terjadinya jaundis (demam kuning). Oleh itu bayi yang hanya menyusu susu ibu adalah didapati kurang kuning berbanding dengan bayi yang diberi susu formula. Kolostrum yang mengandungi banyak Faktor Pertumbuhan ini juga dapat mematangkan usus dan seterusnya dapat mengurangkan risiko alergi. Ia turut dapat mengurangkan kesan penyakit dan kandungan vitamin A yang tinggi mampu mencegah penyakit mata pada bayi. Fisiologi jumlah isipadu kolostrum Jumlah total kolostrum pada 24 jam pertama selepas lahir adalah sedikit (dipetik dari Neville et al, 1988), tetapi sebenarnya jumlah ini sudah mencukupi untuk bayi itu. Secara puratanya hanya 35 ml kolostrum dihasilkan dalam satu hari (24 jam), dengan julat dari 7 hingga 123 ml, bergantung kepada penghasilan pada seseorang ibu tersebut. Jumlah ini semakin bertambah secara beransur – ansur dalam 36 jam pertama dan ia akan bertambah secara mendadak dalam 49 – 96 jam berikutnya. Pada hari kelima – jumlah isipadu total akan mencapai 500 ml / sehari. Jumlah ini seterusnya semakin meningkat ke 750 ml / sehari dalam selang masa 3 hingga 5 bulan penyusuan secara eksklusif. Apabila bayi mencapai umur 6 bulan, purata pengambilan susu adalah 800 ml / sehari. Berdasarkan jumlah kolostrum pada 3 hari pertama kelahiran, ramai ibu merasa risau dan berpendapat bahawa susunya tidak mencukupi untuk bayi itu. Tidak ramai yang mengetahui bahawa jumlah yang sedikit (35 ml) itulah sebenarnya yang hanya diperlukan oleh bayi. Jumlah yang kecil untuk keperluan (dan saiz perut!) yang kecil. Indah sungguh ciptaan Mu ya Allah. Kau jadikan sesuatu itu cukup berdasarkan keperluannya. Tidak lebih dan tidak kurang. Mengapa masih ramai yang ragu dengan ciptaan-Mu yang satu ini? Formula Khas Ini bukanlah formula khas susu tepung, sebaliknya formula khas dari susu ibu! Allah swt yang Maha Bijaksana telah menentukan bahawa susu ibu mempunyai formula atau kandungan yang tersendiri, bergantung kepada fasa penyusuan tersebut: 1) Fasa kandungan - Susu pra-matang / cukup bulan 2) Fasa laktasi - Kolustrum & susu matang 3) Semasa menyusu - Susu “fore-milk: rendah lemak” dan “hind-milk: kaya lemak; LCPUFA” Di sini ingin ditambah lagi berkenaan dengan penemuan terbaru LCPUFA (Long Chain Polyunsaturated Fatty Acids). Terdapat pelbagai jenis LCPUFA, dan antara yang paling banyak dibuat kajian adalah DHA (Docosahexaenoic Acid) dan ARA (Arachidonic Acid). Kedua – dua DHA dan ARA ini hanya didapati di dalam susu ibu pada jumlah yang sesuai dengan umur bayi tersebut. Didapati bahawa DHA & ARA adalah sangat penting untuk perkembangan otak dan ketajaman penglihatan. Kajian telah menunjukkan bahawa; bayi yang menyusu ibu: 1) MENDAPAT MARKAH LEBIH TINGGI dalam ketajaman penglihatan 2) menunjukkan perkembangan otak yang LEBIH BAIK Manakala ‘Choline’ (kolin, yang juga hanya terdapat di dalam susu ibu) diperlukan untuk asas pembentukan otak bayi dan juga dapat memperbaiki ingatan jangka panjang.
|
mama_iman
WARGA SETIA Menyertai: 24.09.2007 Ahli No: 31188
Posting: 1558
Dari: Pantai Remis
|
Posting pada: 19-10-07 16:23
info lagi.. LAGI KEBAIKAN SUSU IBU Berdasarkan kajian, didapati bahawa 1.5 juta kematian kanak-kanak setiap tahun BOLEH DIELAKKAN dengan penyusuan susu ibu. Didapati juga bayi yang diberi susu badan secara eksklusif adalah: - 2.5 kali lebih rendah risiko mendapat penyakit - 50% kurang mendapat jangkitan telinga ‘otitis media’ Susu ibu juga dapat mencegah cirit-birit. Kebarangkalian untuk mendapat cirit-birit bagi kanak-kanak yang berumur kurang dari 2 bulan adalah 2 kali ganda lebih bagi bayi yang diberi susu formula berbanding dengan bayi yang diberi susu ibu. Susu ibu juga dapat mencegah penyakit saluran pernafasan (bronkitis dll) bagi bayi yang berumur kurang dari 1 tahun. Didapati bahawa terdapat 3 kali ganda risiko kematian jika bayi yang mendapat penyakit ini tidak diberi susu ibu. Graf menunjukkan kadar kematian kanak – kanak mengikut kedudukan geografi. Berdasarkan graf di atas, jelas menunjukkan bahawa penyumbang terbesar kepada sebab kematian bagi bayi berumur kurang dari 1 tahun di seluruh dunia adalah disebabkan oleh jangkitan saluran pernafasan dan cirit – birit (dalam lingkungan 10 – 65%). Ini terutamanya bagi negara – negara dunia ketiga seperti Afrika dan kebanyakan negara di Asia. Betapa dengan hanya memberikan susu ibu secara eksklusif, peratusan pada graf ini dapat diturunkan dengan mendadak sekali! Graf menunjukkan kebarangkalian untuk mendapat cirit – birit berdasarkan cara pemberian makanan kepada bayi. Sekali lagi, kajian telah menunjukkan betapa pemberian susu ibu mampu mencegah penyakit dan kematian di kalangan bayi. Jelas dari graf ini menunjukkan bahawa dengan hanya pemberian susu ibu secara eksklusif, cuma 1.1% bayi yang mendapat cirit-birit, berbanding dengan hampir 20 kali ganda (18.5%) kebarangkalian untuk mendapat cirit – birit jika bayi langsung tidak diberi susu badan. Dari segi ekonomi pula, penggunaan susu gantian dengan botol, puting, bahan bakar memerlukan 25-50% pendapatan keluarga. Peluang menjadi seorang penyelidik Saya sepatutnya berkhidmat di bidang kesihatan, sebagai seorang pegawai perubatan sama ada di hospital ataupun di klinik – klinik kerajaan. Tetapi pelbagai faktor dan peristiwa yang berlaku yang menyebabkan saya akhirnya ‘mendarat’ di sini, sebagai seorang penyelidik. Bagi saya, terdapat hikmah yang tersendiri mengapa saya di sini. Setelah tamat program Ijazah Sarjana pada bulan Ogos yang lepas, saya lebih menghalusi ketika menganalisis jurnal – jurnal perubatan. Berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya yang tak seberapa di bidang perubatan, ditambah pula dengan ilmu baru dalam bidang Masters in Medical Science, saya cuba untuk meluahkan segala ilmu yang saya peroleh kepada tatapan umum. Oleh itu, mari kita lihat satu – persatu beberapa kajian yang diutarakan oleh penyelidik di seluruh dunia mengenai kebaikan susu ibu. Artikel – artikel ini telah dipilih dengan teliti oleh Dr. Yazid dan beliau telah membuat rumusan penting berdasarkan kajian tersebut. Tugas saya mudah di sini, hanya mengalihbahasa dan menukarkan ke format yang lebih santai. Di dalam artikel yang disiarkan di dalam jurnal Pediatrics (Full Breastfeeding Duration and Associated Decrease In Respiratory Tract Illness in US Children; PEDIATRICS Vol. 117 No. 2 February 2006, pp. 425-432) ini, penyelidik CJ Chantry et al telah menunjukkan bahawa bagi penyakit Recurrent Otitis Media atau Jangkitan Telinga Tengah yang Berulang, 50% daripada risiko untuk mendapat 3 atau lebih episod jangkitan dapat dikurangkan jika penyusuan susu ibu diteruskan untuk selama atau lebih dari 6 bulan. Didapati juga perlindungan dari pneumonia (radang paru – paru) dapat diberikan kepada bayi yang menyusu susu ibu. Didapati bahawa peluang untuk mengalami pneumonia adalah 4 kali ganda lebih rendah jika bayi itu meneruskan penyusuan susu ibu selama 6 bulan. Di dalam artikel ini (Early Catch-up Growth - Balancing The Interest of The Child; Lawrence Weaver, Glasgow, Scotland), di samping kekayaan nutrisi yang terdapat pada susu ibu yang juga sangat kompleks, susu ibu turut mempunyai faktor – faktor yang bukan bersifat nutrisi yang dapat meningkat keupayaan bayi untuk mengadaptasi kepada kehidupan barunya. Faktor – faktor ini juga penting untuk memberi perlindungan dan keselamatan imuniti kepada bayi. Dengan ini, ia menunjukkan bahawa tempoh penyusuan susu ibu secara eksklusif adalah direka dengan sebaik – baiknya untuk mengatur pertumbuhan bayi. Di dalam artikel ini , ia menerangkan bahawa penyusuan susu ibu boleh mengurangkan prevalens kegemukan atau obesiti pada kanak – kanak. Beberapa mekanisme penyusuan susu ibu yang berpotensi untuk memberi kesan perlindungan kepada bayi daripada obesiti adalah: 1. tahap hormon leptin yang rendah di dalam susu ibu 2. paras hormon IGF-1 yang juga lebih rendah di dalam susu ibu 3. jumlah sejenis protein yang dipanggil ghrelin (protein yang merangsang selera makan) juga adalah lebih rendah di dalam susu ibu 4. kandungan protein yang lebih rendah di dalam susu ibu Satu lagi metaanalisis terkini oleh penyelidik bernama Rudiger von Kries dari German mendapati bahawa terdapat kesan yang kecil tapi signifikan terhadap tekanan darah yang berkaitan dengan penyusuan susu ibu, yang mana ia adalah amat berkaitan dengan LCPUFA. Baru – baru ini, sebuah ulasan yang berbentuk multidisiplin yang melibatkan 4323 artikel telah merumuskan bahawa penyusuan susu ibu dapat melindungi bayi dari menghidapi penyakit – penyakit atopi, terutamanya bagi kanak – kanak yang mempunyai sejarah keluarga sedemikian. Didapati bahawa, penyusuan susu ibu secara eksklusif untuk tempoh yang melebihi 4 bulan dapat mengurangkan insidens asma dan atopi pada kanak – kanak.
|
Abu_Ruqayyah
WARGA SETIA Menyertai: 15.03.2006 Ahli No: 23449
Posting: 590
Dari: Manchester
|
Posting pada: 19-10-07 19:33
Pada 19-10-07 13:09 , atie82 posting:alahai senang begitu ye..... betapa ramai bayi yang di'breastfeeding'kan oleh ibu mereka semenjak dari keluar dari perut ibu tidak mahu menyusu kecuali susu ibu mereka, hulur dan sumbatlah apa-apa botol sekalipun tetap tak nak juga. Tidak semua bayi sama 'patern'nya, ada senang dilatih untuk minum kedua-duanya(susu badan dan formula) dan ada yang sukar untuk dilatih. p/s: jangan ingat sesenang sepertimana yang dijangkakan. والله أعلم ----------------- عودة الى الكتاب والسنة على منهج السلف [ Telah diedit oleh: Abu_Ruqayyah pada 19-10-07 19:34 ]
|
mohamad
 Menyertai: 04.09.2006 Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor
|
Posting pada: 19-10-07 21:57
salam.... ana sebenarnya segan juga nak cakap pasal benda ni... sebab kadang-kadang tu...bukan sengaja.... tapi ternampak... bila dah ternampak tu... lari jauh2 lah... ana pula yang segan. patutnya... mereka2 inilah yang segan.. hhmm...
|
atie82
WARGA SETIA Menyertai: 15.12.2004 Ahli No: 13074
Posting: 1080
Dari: Papar,Sabah@Seremban
|
Posting pada: 19-10-07 23:08
Pada 19-10-07 19:33 , Abu_Ruqayyah posting:!!! QUOTE !!! Pada 19-10-07 13:09 , atie82 posting: alahai senang begitu ye..... betapa ramai bayi yang di'breastfeeding'kan oleh ibu mereka semenjak dari keluar dari perut ibu tidak mahu menyusu kecuali susu ibu mereka, hulur dan sumbatlah apa-apa botol sekalipun tetap tak nak juga.
Tidak semua bayi sama 'patern'nya, ada senang dilatih untuk minum kedua-duanya(susu badan dan formula) dan ada yang sukar untuk dilatih.
p/s: jangan ingat sesenang sepertimana yang dijangkakan. والله أعلم
Sebab nak jaga auratla suggest alternative guna susu botol tu… Tapi tak semestinya letak susu rumusan semula, susu ibu pun boleh di transfer ke dalam botol susu guna ‘breast pump’..  p/s:Kaedah ini jugak berguna bagi ibu yang keluar bekerja...  ----------------- The Light of ALLAH surround Me, The Love of ALLAH Enfolds Me, The presence of ALLAH watches over Me, Whatever I am...ALLAH iS.. [ Telah diedit oleh: atie82 pada 22-10-07 08:58 ]
|
Nurizmi
WARGA SETIA Menyertai: 28.10.2005 Ahli No: 20156
Posting: 539
Dari: utara...
|
Posting pada: 20-10-07 12:33
Sebab nak jaga auratla suggest alternative guna susu botol tu… Tapi tak semestinya letak susu rumusan semula, susu ibu pun boleh di transfer ke dalam botol susu guna ‘breast pump’.. ye..betul tu.. apa-apa saja lah..asalkan tak BF kat tempat awam...
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 20-10-07 13:54
pada say lah,pengurus pasaraya dan phak majlis pbndaran mesti sdiakan tempat khas untuk glongan begini
|
Penama
Deleted User
|
Posting pada: 20-10-07 18:25
tak tau nak komen sebab tak ada experience lagi tapi rasanya ... ibu2 kalau tahu rasa malu mereka pandai cari tempat yang sesuai... macam ibu2 zaman dulu...
Quote
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7872
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 20-10-07 20:05
|
aye
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2006 Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak
|
Posting pada: 22-10-07 10:07
so nak selamat.... wahai ibu2 pakailah jibla labuh..... slain dapat mnutup bahagian dada.... ia juga dapat myebunyikan 'barang' sepatutnya semasa myusu anak2..... apapun elakkan sboleh2nya mlainkan tpaksa juga myusu....
|
Wuddah
WARGA SETIA Menyertai: 04.03.2007 Ahli No: 29021
Posting: 508
Dari: Chenderong Balai
|
Posting pada: 22-10-07 12:19
 ...betul tu, boleh guna juga susu ibu dengan meletakkan dalam botol susu...pandai2lah cari tempat yang sesuai...sesetengah tempat ada disediakan...
|
Strawberry_Ungu
WARGA SETIA Menyertai: 13.05.2007 Ahli No: 29927
Posting: 1053
Dari: Johor
|
Posting pada: 22-10-07 23:08
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 22-10-07 23:18
Pada 22-10-07 10:07 , aye posting:!!! QUOTE !!! so nak selamat.... wahai ibu2 pakailah jibla labuh..... slain dapat mnutup bahagian dada.... ia juga dapat myebunyikan 'barang' sepatutnya semasa myusu anak2..... apapun elakkan sboleh2nya mlainkan tpaksa juga myusu.... betul... betul...  -----------------
|
Qaisar
Warga 4 Bintang Menyertai: 29.11.2006 Ahli No: 27543
Posting: 266
Dari: Darul Aman
|
Posting pada: 23-10-07 02:15
hm... kalau boleh cari lah tempat tersembunyi.. dalam kereta ke, tempat salin baju ke, suami pun mainkanlah peranan.. takkan nak biar isteri tu jadi macam ibu kucing menyusu anak.. terlentang buat tayangan amal.. kena sesnsitif lah... memang lah kadang-kadang sesetengah org benda ni normal.. apakata buka baju terus, kan dah tak normal? aurat tetapi aurat.. maruah perlu dijaga.. nafsu perlu dibendung, budak begitu? apa pun, fikir dahulu sebelum lakukan setiap tindakan kita.. wallahu'alam..
|
kismis
Warga 4 Bintang Menyertai: 06.10.2004 Ahli No: 11649
Posting: 181
|
Posting pada: 23-10-07 14:07
setuju.. kita dikurniakan akal & fikiran.. yang haram 2, tetap haram...
|