Oleh |
80 peratus tidak mengerjakan solat 5 waktu |
syahidatul
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 09-10-07 17:57
. ni artikel yang saya dapat melalui email... tak sangka ye.... sedih bila mengetahuinya.... bacalah, untuk kesedaran kita semua mengenai situasi yang sedang berlaku di negara kita ni... === SOLAT 5 WAKTU; 80 PERATUS TIDAK MENGERJAKAN NYA Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah SOLAT atau sembahyang merupakan ibadat yang amat penting bagi setiap Muslim yang mukalaf kerana ia adalah fardu ain. Ini diperkuatkan dengan sebuah hadis Nabi yang bermaksud; "Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat bererti mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat bererti ia meninggalkan agama." Pun begitu, pakar motivasi dan penceramah bebas terkemuka, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, mendedahkan 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari. Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masyarakat Islam masa kini. "Mereka boleh berada di padang bola lebih dari satu jam, peniaga pasar malam terlalu sibuk melayan pelanggan sehingga terlupa menunaikan solat biarpun hanya mengambil masa 15 atau 20 minit. Malah ada juga yang sanggup membuang masa di pusat membeli-belah, pusat karaoke, menyaksikan konsert, menonton perlawanan bola sepak, terlibat dengan lumba motor haram selama berjam-jam tetapi mengabaikan taklif agama yang mengambil masa pendek," kata Dr. Fadzilah dengan suara tersekat-sekat menahan sebak pada majlis pelancaran album motivasinya yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di Jalan Pahang, Kuala Lumpur , baru-baru ini. Tambah beliau, hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu cukup lima waktu dalam sehari. Jumlah ini terlalu kecil sekiranya dibandingkan dengan jumlah penganut agama Islam di negara ini. Lebih menyedihkan, senario yang berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah, iaitu hanya 15 peratus sahaja mengakui bersembahyang lima kali sehari. Kekecewaan dan kebimbangan Dr. Fadzilah jelas tergambar apabila beliau tidak dapat membendung air mata dan menangis, membuatkan hadirin tergamam seketika. "Biarpun masa yang diperlukan itu pendek, tetapi banyak orang yang ingkar untuk melakukannya kerana tidak menghayati ibadah tersebut, natijah daripada tidak ada latar belakang pembelajaran agama. Kewajipan solat sering dipandang remeh atau dianggap tidak ada nilai sensasi untuk diketengahkan kepada umum. Namun hakikatnya, ia terpaksa disampaikan ke pengetahuan semua kerana saya khuatir umat Islam akan menuju kehancuran apabila umatnya sudah seperti penganut agama lain yang sembahyang mengikut kehendak sendiri atau suka-suka sahaja," terang beliau. Kata Dr. Fadzilah lagi, kepincangan ini terpikul di bahu setiap individu Islam itu sendiri, bak kata pepatah Melayu, tepuk dada tanya hati. Di dalam al-Quran, banyak firman Allah yang memerintahkan kita mengerjakan solat, antaranya dalam surah al-Baqarah ayat 43 yang bermaksud; "Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang yang rukuk." Ini menjelaskan kepada kita bahawa orang yang menunaikan solat sebenarnya telah menunaikan tanggungjawabnya dan dikasihi oleh Allah dan rasul-Nya kerana mengikut ajaran Islam. "Semua pihak kena peka terutamanya ibu bapa kerana tidak menerapkan kewajipan ini menjadi amalan harian di dalam diri anak-anak. rasa kasihan untuk mengejutkan anak solat Subuh merupakan salah satu contoh kerugian besar dan cara yang salah dalam mempamerkan kasih sayang kepada anak. Sebenarnya di dalam solat manusia diajak untuk mengabdikan diri kepada Allah. Selain itu, solat merupakan benteng diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar. Orang yang melakukan solat juga mampu menjadi orang yang melaksanakan tanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat dan agama," kata Fadzilah. Menurut beliau lagi, terdapat banyak sebab rapuhnya keimanan seseorang itu; kerana suasana kerja, pengaruh teman-teman, pengaruh luar yang tidak menggalakkan dan sebagainya. Namun, punca sebenar berlakunya demikian ialah kerana tidak ada rasa tanggungjawab atau minat untuk menunaikan sembahyang, kerana tidak memahami rahsia-rahsia keperluan sembahyang. Dr. Fadzilah mengakui kebenaran bahawa manusia lebih peka menumpukan perolehan yang bersifat material. "Allah swt menyuruh agar manusia menjadikan dunia ini laluan bagi kehidupan di akhirat, tetapi manusia sering mengeksploitasi hidup di dunia ini, seumpama hidup yang kekal, menyebabkan mereka lupa hidup di akhirat dan membelakangkan perintah-perintah- Nya," katanya lagi. Wallahualam bissawab. sumber: e-mail -----------------
|
qudwah
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2005 Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU
|
Posting pada: 14-10-07 20:21
dunia akhir zaman...perkara wajib pun dah jadi hal remeh...hurm...
|
sofya
Warga 4 Bintang Menyertai: 25.06.2007 Ahli No: 30381
Posting: 156
Dari: kedah
|
Posting pada: 15-10-07 01:42
solat kan tiang agama...... Kenapa tak hendak dirikan? kalau tiang tak ada macam mana nak dirikan yang lain? ya ALLAH peliharalah aku....
|
mujahid25
Warga Rasmi Menyertai: 04.01.2005 Ahli No: 13534
Posting: 20
Dari: Taiping
|
Posting pada: 15-10-07 02:34
Kalau solat pun tidak didirikan, manakan dapat hidupkan suasana yang aman dan sentosa.Melalui solatlah ruh akan dapat dibentuk,jika ruh rosak maka rosak lah anggota.Berapa banyak orang yang solat tapi dosa masih dilakukan.bagaimana lah pula orang yang tidak solat?
|
Anak_Pejuang
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 16-10-07 07:40
tentang kajian dr itu dah lama pun. Apapun perlulah diambil perhatian. Sebab perkara ini lebih utama (tidak mengerjakan sembahyang) - dibandingkan dengan orang yang sibuk berdebat perkara khilaf sama ada bid'ah atau tidak bersalaman lepas solat, membaca qunut pada solat subuh. Den banyak jugak handle program motivasi dan selalu bertanyakan kepada peserta berapa ramai yang solat nya tidak cukup 5 waktu. InnaliLlahi wa inna ilaiHi roji'uunn.. ramai yang ngangkat tangan tak cukup solat.
|
simpLe_sHida
Menyertai: 13.10.2003 Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....
|
Posting pada: 16-10-07 15:46
syukran pada penganalisis.. Kalau nak diikutkan statistik.. mumkin more than 80% agaknya.. huh.. ana paling sediss.. geram.. bilamana tiba hari jumaat.. kok di mana-mana.. ada sahaja kaum muslimin ( maaf jangan terasa ye kaum adam) bila p pejabat pos.. bank.. shoping complekss.. ada saja kaum ni... conferem tak pergi solat jumaat!! ana selalu perli sinis.. dok bising sikit.. sekadar tepi-tepian .. apelah nak jadi kaum adam ni... dah tau hukum tu wajib.. tapi dok buat tak tau saja.. memang REJECt dari LIST caLON..eheheh.. tu Kalau solat jumaat.. belum lagi solat 5 waktu.. pesanan yang dhaif ni.. pada kedua kaum.. adam mahupun hawa.. sebenar-benarnya.. lagi sohih.. tak ada langsung wujud istilah qado' dalam solat ni..tapi.. kalau ada hal yang aula' contoh seperti majlis ilmu.. dan hal-hal yang tak dapat dielakkan.. maka ianya dibolehkan.. jadi, jangan lah asek dok tangguh solat...!! ( pesanan pada diri simple-shida) dan sewaktu dengannya.. yang muslimin.. rajin-rajinlah ke masjid..surau.. penuhkan sofff.... wallhua'allam.... asif jiddan.... ----------------- ::prAy hArd+wOrk sMarT:: bAraKalLahu Lakum.. [ Telah diedit oleh: simpLe_sHida pada 16-10-07 15:47 ]
|
Nuranys
WARGA SETIA Menyertai: 28.09.2006 Ahli No: 26619
Posting: 1710
Dari: Kota Serambi Mekah
|
Posting pada: 17-10-07 15:56
em...yang tak dapat mengucap pun ramai..=( al fatihah pun tunggang terbalik baca.. na'uzubillah... "tetapkanlah hati-hati kami dalam agamaMU..."amin...
|
Anak_Pejuang
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 17-10-07 16:20
pergh - saya setuju... semasa handle 2 program ihya' ramadhan - memang setiap kali saya akan menghadap dengan remaja yang tidak lancar dalam al fatihahnya, makhraj huruf antara sod dan sin tidak dapat dibezakan, huruf tha dan tho serta panjang dan pendek..itu belum masuk tentang perkara najis, toharoh.. Sungguh inilah lebih utama yang perlu kita bantu di kalangan remaja Islam, mereka adalah saudara2 kita. Mengembalikan mereka kepada penghayatan Islam.
|
azzak
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2007 Ahli No: 31036
Posting: 491
Dari: klang, selangor
|
Posting pada: 25-10-07 17:48
teringat Dr. Fadzilah Kamsah bagi ceramah di era fm masa bulan ramadhan lepas....alhamduLILLAH, beliau dengan beraninya mengingati dj2 era fm banyakkan tadarus pada bulan ini.... tapi memang sedih,...fakta tu memang benar, kat U pun sama rupanya....masjid pun jemaah kurang...kat bilik ada lah seorang xsolat 5 waktu shari semalam...sem lepas sama juga tapi bilik lain......Ya ALLAH. [ Telah diedit oleh: azzak pada 25-10-07 18:44 ]
|
trouver_99
WARGA SETIA Menyertai: 01.02.2004 Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang
|
Posting pada: 25-10-07 17:55
erm....bila gagal dalam mata pelajaran,teruk kena marah.bila tak solat,buat macam kisah tak kisah saja.bangga pula tu kalau dapat tempat teratas.tapi tak ramai yang memberi perhatian kalau tak reti solat,tak reti baca al-Quran,tiada pengisian rohani..... kalau tak pergi konsert penyanyi kesayangan seolah-olah sudah merasakan satu kerugian yang amat berat.macam berdosa pula kalau tak pergi.kalau time khutbah jumaat ada yang selamba tidor dalam bilik lagi.ada juga bagi alasan solat kat bilik pasal streaming melalui komputer atau tv.kira dengar juga lah khutbah tu.nak pergi masjid penuh jadi streaming kat bilik. huhuhu.....tatau lah.. wallahu'alam..... ----------------- = think Islam , think Globally , think Reality = [ Telah diedit oleh: trouver_99 pada 25-10-07 17:56 ]
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 25-10-07 18:18
pernah dengar...memang menyedihkan...saya berhadapan dengan persekitaran ini....
|
mmas_forever1991
WARGA SETIA Menyertai: 28.05.2007 Ahli No: 30088
Posting: 741
Dari: AS
|
Posting pada: 25-10-07 18:45
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 25-10-07 19:45
moga kita semua kuat dan tabah dan mampu mengubah persekitaran yang menyakitkan ...
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 27-10-07 10:44
tidak semudah berkata...cik ismi...sangat gering keadaannya.. apatah lagi kita keseorangan di sini....
|
Anak_Pejuang
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru
|
Posting pada: 27-10-07 22:46
Peranan? Dalam friendster (siapa yang ada) sebarkanlah tentang keutamaan solat, peringatan tentang orang yang meninggalkannya dan kejayaan bagi orang yang mengerjakannya. Melalui emel, sms, kepada adik-adik. Peranan sebagai ayah, ibu, abang, adik, kakak, pakcik, makcik, kawan, sahabat, teman, suami, isteri. Fahamlah peranan masing-masing
|
Asward_hafiz
WARGA SETIA Menyertai: 02.05.2004 Ahli No: 8743
Posting: 597
Dari: Kuantan pahang
|
Posting pada: 27-10-07 22:50
ASTAGHFIRULLAH... apa nak jadi... kalau 5 pun tak boleh nak buat... 6,7,8 macam pulak agaknya ye... :-| -----------------
|