paksi.net, 18/09/07 - Pemimpin Negara Islam Iraq, sebuah organisasi yang dituduh oleh Amerika Syarikat sebagai jaringan al-Qaeda, menawarkan wang 150,000 dolar Amerika Syarikat kepada sesiapa saja yang mampu membunuh kartunis Sweden yang telah menghina Nabi Muhammad. Dan jika mampu membantainya, hadiah akan dilipatgandakan.
"Kami meminta siapa saja yang mampu membunuh kartunis Sweden, Lars Vilks yang telah menghina Nabi Muhammad saw, dan akan memberinya hadiah sebanyak 100,000 dolar Amerika di bulan Ramadhan yang pemurah ini. Dan jika ada yang mampu menganiaya dan membantai Lars Vilks, hadiah akan digandakan menjadi 150,000 dolar Amerika," ujar Abu Umar al-Baghdadi dalam kenyataannya yang disiarkan di laman-laman web terbuka.
Bukan sahaja untuk kartunis Lars Vilks, al-Baghdadi juga menawarkan 50,000 dolar Amerika kepada sesiapa saja yang dapat membunuh editor surat khabar Nerikes Allehanda, akhbar yang menerbitkan kartun buatan Lars Vilks pada 18 Ogos 2007 lalu.
Ulf Johnson, editor NErikes Allehande menganggap serius ancaman yang dikeluarkan pemimpin mujahidin di Iraq ini. "Bukan setiap hari perkara ini berlaku, di mana kepala Anda dihargai sangat mahal oleh seseorang, " ujarnya seperti dikutip balai berita AP.
Lars Vilks pula berkata, beliau cukup khuatir dengan kenyataan al-Baghdadi ini. "Kami sekarang sedang menghadapi masalah yang berat. Kami hanya dapat berharap bahawa Muslim di Eropah dan Muslim di Barat khususnya, tidak terpengaruh dengan pemikiran seperti ini dan tidak mendukung gagasan kekerasan yang dikeluarkan al-Baghdadi," ujar Vilks dengan nada khuatir yang juga dikutip dari AP.
Dalam pesannya, al-Baghdadi juga akan mengancam seluruh syarikat Sweden di manapun berada, lebih-lebih di Iraq, jika mereka tidak secara terbuka meminta maaf kepada kaum Muslimin di seluruh dunia. Al-Baghdadi berkata, syarikat-syarikat ini sebagai sebahagian daripada pasukan perang salib yang dimiliki oleh Sweden.
"Kami tahu cara bagaimana memaksamu meminta maaf, dan jika tidak, kami akan menyerang kekuatan ekonomi dan syarikat raksasa yang kalian miliki. Termasuk Ericsson, Scania, Volvo, Ikea, dan Electrolux, " ujarnya.
Baghdadi tidak pernah muncul di hadapan orang awam, tidak ada foto dan tidak ada penjelasan tentang dirinya. Tapi pernyataannya menimbulkan kegentaran.
-----------------