paksi.net, 18/09/07 – Pada hari kedua bulan Ramadhan, kaum Muslimin bergerak melaksanakan ibadah solat Juma’at di Masjid Umar bin Khattab, di blok XI, ibunegara Perancis, Paris. Sebuah pemandangan yang jarang kelihatan di sini. Pemandangan yang tidak biasa itu bukan sahaja berlaku di dalam masjid melainkan di jalan-jalan ibunegara Perancis itu.
Sof-sof kaum Muslimin yang melakukan solat Juma’at tengah hari itu, melimpah ruah hingga ke jalan-jalan raya yang biasanya dilalui kenderaan. Disebabkan jumlah jamaah solat yang melimpah, maka jalan di sekitar masjid pun ditutup untuk kenderaan. “Ini bentuk sambutan kaum Muslimin pada Juma’at pertama bulan Ramadhan,” ujar seorang Muslim yang sedang berjalan dan menyusun barisan di jalan raya.
Terdapat tiga jalan utama yang ditutup tengah hari itu, kerana banyaknya kaum Muslimin yang ingin melaksanakan solat Juma’at. Syukurnya, Paris termasuk salah sebuah bandar yang disiplin di negara Eropah dan dapat mentoleransi akan keadaan seperti tengah hari itu. Lebih - lebih lagi kaum Muslimin juga tidak terlalu lama mengganggu jalan raya, hanya kira-kira 2 jam saja.
Haji Amado, salah seorang pegawai masjid berkata,“Kami terus - terang menyatakan bahawa ruang masjid yang kecil dan sempit yang boleh dipakai, meskipun pada hari-hari biasa. Kami mempunyai permasalahan ketika datang bulan Ramadhan di mana jumlah kaum Muslimin yang solat di masjid bertambah banyak. Khususnya pada hari Juma’at dan pada pelaksanaan solat tarawih, jumlahnya boleh menjadi berlipat tiga kali ganda minimum”.
Yang jadi masalah lain, menurut Amado, lokasi masjid yang berdekatan dengan kawasan perniagaan yang banyak dihuni oleh umat Islam, dan tentu sangat ingin melakukan solat di masjid pada hari-hari bulan Ramadhan. Dari sudut lain, menurut pegawai masjid Umar bin Khattab kepada Islamonline, ada juga kebimbangan tentang melimpahnya jamaah solat di luar kebiasaan. Kebimbangan itu muncul daripada beberapa golongan ekstrim kanan yang mengambil momentum situasi solat Juma’at itu sebagai petanda adanya Islamisasi Eropah.
Meskipun demikian, seorang pemuda, Ziyad (34), menyatakan bahawa ini adalah Ramadhan ketiga yang dilakukan para imigran Muslim di Perancis, jauh dari tanah kelahiran mereka di Maghribi. “Tapi saya sebelum ini belum pernah melihat pemandangan orang solat sebanyak ini, ” ujarnya. Beliau meyakinkan bahawa boleh jadi hal itu ada korelasinya dengan beberapa aksi menentang Islam yang berlaku kebelakangan ini, termasuk karikatur yang menghina Rasulullah saw, juga tekanan terhadap rumah dan orang Islam yang berlaku tahun ini.
-----------------