Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 24-03-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Semua orang boleh menjadi guru, tak semua guru boleh menjadi pendidik
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 10
Ahli: 0
Jumlah: 10




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 15 hari yang lalu
al-biruni03: 43 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Israel Umum Genting Gaza Sebagai Musuh, AS Mendukung, PBB Mengecam


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Israel Umum Genting Gaza Sebagai Musuh, AS Mendukung, PBB Mengecam

Please Mendaftar To Post


Oleh Israel Umum Genting Gaza Sebagai Musuh, AS Mendukung, PBB Mengecam

pewaris_negeri86
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.11.2006
Ahli No: 27427
Posting: 116
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-09-07 14:34


paksi.net, 21/09/07- PBB mendesak Israel untuk membatalkan keputusannya, yang menyatakan Genting Gaza sebagai wilayah "Musuh."

Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon menyatakan, keputusan itu melanggar undang-undang antarabangsa kerana hanya akan memburukkan keadaan rakyat Palestin yang selama ini sudah banyak mengalami kesulitan hidup.

Pejabat Perdana Menteri Israel mengumumkan, bahawa berdasarkan persetujuan daripada para menteri kordinator bidang keamanan kabinet Ehud Olmert, Genting Gaza dimasukkan dalam klasifikasi "Musuh", dengan demikian akan dilakukan pelbagai sekatan antara lain sekatan import barang dan pengurangan bekalan bahan bakar untuk elektrik ke Genting Gaza.

Israel melakukan tindakan tersebut sebagai pembalasan atas serangan-serangan roket ke atas para pejuang Palestin. Dan tindakan Israel itu mendapat dukungan dari sekutunya, Amerika Syarikat.

Setiausaha Agung PBB berkata, kira-kira 1.4 juta penduduk Gaza, termasuk penduduk lanjut usia, anak-anak dan warga yang menderita sakit sudah sangat menderita dan tidak selayaknya dihukum kerana tindakan kelompok yang disebut oleh Ban Ki-Moon sebagai para "militan dan ekstrimis" Palestin.

Ban Ki-moon menyatakan beliau memahami kebimbangan Israel atas situasi keselamatan dalam negerinya. Namun, ujar Ban, Israel juga mempunyai kewajiban terhadap orang awam di Genting Gaza berdasarkan undang-undang kemanusiaan dan hak asasi antarabangsa. Di sisi lain, Ban juga meminta agar tembakan-tembakan roket ke wilayah Israel dihentikan.

Israel merasa mendapat angin segar ketika Menteri Luar AS Condoleezza Rice mendukung langkah yang diambilnya terhadap Genting Gaza. Rice menyatakan, AS memberikan dukungan penuh kerana Hamas juga "musuh" AS.

Namun Rice yang sedang melakukan kunjungan ke Timur Tengah untuk persiapan persidangan peringkat pegawai tinggi antara Israel-Palestin menyatakan, pihaknya tidak akan menelantarkan orang awam tidak berdosa di Gaza dan akan melakukan pelbagai usaha untuk membantu mereka.

Sementara itu, Hamas menilai pengumuman Israel boleh berkembang ke "deklarasi perang." Jururunding Palestin dan jurucakap pemerintahan di Tebing Barat, Saeb Erekat menyatakan tindakan Israel itu "tidak sah, bahaya dan akan sia-sia. "

Keputusan itu, ujarnya, merupakan hukuman kolektif dan persiapan Israel untuk memperluas serangan ketenteraannya terhadap rakyat Gaza. Erekat menegaskan bahawa Israel sudah "benar-benar melanggar undang-undang antarabangsa."


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For pewaris_negeri86Profil   Hantar PM kepada pewaris_negeri86   Pergi ke pewaris_negeri86's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.102547 saat. Lajunya....