bahaya marjerin....
Marjerin pada asalnya bahan yang
dihasilkan bagi menggemukkan ayam
belanda (turkey). Apabila ia
menyebabkan kematian kepada haiwan
terbabit, orang yang melabur wang
mereka dalam kajian itu mahukan wang
mereka semula lalu memerah otak untuk
mencari jalan apa yang mahu dibuat
dengan barangan tersebut bagi mendapat
semula wang pelaburan mereka.
Ianya adalah sebatian bahan berwarna
putih yang tidak menyelerakan lalu
mereka tambah pewarna kuning dan
menjual kepada orang ramai sebagai
ganti mentega. Suka tak? Mereka dengan
liciknya telah menghasilkan marjerin
dengan pelbagai perasa baru.
TAHUKAH ANDA ...perbezaan antara
marjerin dan mentega?
Bacalah sehingga ke akhirnya.anda
tentu tertarik!
Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori
yang sama.
Mentega sedikit tinggi kandungan lemak
tepunya
sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada
marjerin.
Dengan memakan marjerin boleh
meningkatkan penyakit
jantung pada wanita sebanyak 53%
berbanding memakan
jumlah sama mentega, menurut Kajian
Perubatan Harvard
yang terbaru.
Memakan mentega meningkatkan
penyerapan banyak nutrien
lain dalam makanan. Mentega mempunyai
banyak faedah
nutrisi berbanding marjerin kerana ia
adalah makanan
tambah nilai!
Mentega lebih enak berbanding marjerin
dan ia boleh
menaikkan rasa makanan lain. Mentega
sudah pun wujud
selama berabad-abad sedangkan marjerin
terhasil kurang
dari 100 tahun.
Dan sekarang kita bercakap tentang
marjerin. Ia sangat
tinggi kandungan asid lemak Trans.
Meningkatkan risiko
penyakit jantung koronari sebanyak
tiga kali ganda. Ia
meningkatkan kolesterol total serta
LDL (kolesterol
berbahaya) dan menurunkan HDL
(kolesterol bagus).
Marjerin menaikkan risiko penyakit
barah sebanyak lima
kali ganda. Ia mengurangkan jumlah
susu badan. Ia juga
merendahkan respons pertahanan tubuh
serta
keberkesanan insulin semula jadi badan.
Dan ini ialah fakta yang paling
membimbangkan . INI
IALAH BAHAGIAN YANG SANGAT MENARIK!
Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL
untuk menjadi
PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup
membuatkan saya
mengelak dari memakan marjerin seumur
hidup saya dan
setiap barangan yang melalui proses
hidrogenasi (ia
bermakna hidrogen ditambah, mengubah
struktur molekul
bahan).
Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini:
Belilah satu mangkuk marjerin dan
tinggalkan ia dalam
garaj mahupun tempat teduh. Dalam masa
dua hari anda
akan dapati dua perkara berikut:
*tiada lalat yang menghurung, tidak
juga lalat buah
akan menghampirinya (ia sepatutnya
memberitahu sesuatu
kepada anda)
*ianya tidak akan membusuk atau
bertukar baunya kerana
ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak
akan ada apa yang
tumbuh atasnya. Hatta satu
mikroorganisma juga tidak
akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana
ia sangat hampir
kepada plastik. Mahukah anda
meleburkan Tupperware dan
menyapu ia ke atas roti anda?