Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 24-03-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kalau tak pernah bersiap sedia untuk memilikinya, pasti anda tidak mungkin memperolehi walaupun ia mendatang ke depan anda.
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 16
Ahli: 0
Jumlah: 16




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 14 hari yang lalu
al-biruni03: 43 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: minta pendapat dan nasihat


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» minta pendapat dan nasihat

Please Mendaftar To Post


Oleh minta pendapat dan nasihat

gsrturbo
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.07.2005
Ahli No: 17654
Posting: 251
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 13-09-07 09:47


minta komen dari antum semua:

semalam saya berjalan kaki untuk keluar dari HUKM. Sedang berjalan ada seorang perempuan cina datang dengan motosikal kearah saya sambil membonceng suaminya yang sedang berdarah mulut akibat kemalangan. wanita itu meminta duit RM 20 kepada saya kerana dia tiada duit untuk daftar suaminya kat HUKM. saya tidak dapat nak bagi duit sebab dalam wallet pun ada RM30 saja..tapi hati rasa kasihan pulak.

macam mana ye kalau perkara ni terjadi lagi pada saya atau antum semua. Perlukah kita bagi duit kat wanita tu?

wsslam

Bookmark and Share

    


  Member Information For gsrturboProfil   Hantar PM kepada gsrturbo   Quote dan BalasQuote

kakisamun
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 13-09-07 09:59


.. itu bergantunglah kepada belas ihsan seseorang.. tapi dalam soal yang anda ceritakan.. kita sendiri pun tak cukup duit kan.. tapi rezeki tu dari ALLAH.. "sedekah yang paling baik ialah benda yang paling kita sayang".. dan ISLAM tidak suruh kita membezakan agama kan.. sedangkan nabi Muhammad pun masih pergi menziarahi jirannya yang sakit/nazak yahudi yang setiap hari membuang najis di perkarangan rumah baginda.. jadi bantulah sesama kita manusia walaupun berlainan bangsa dan agama.. mungkin dengan bantuan kita yang beragama Islam kepada berlainan bangsa dan agama akan menyebabkan mereka ingin mendalami Islam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakisamunProfil   Hantar PM kepada kakisamun   Quote dan BalasQuote

husna_nasiha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.01.2006
Ahli No: 22138
Posting: 233
Dari: UPM

Perak  


posticon Posting pada: 13-09-07 11:22


emmm...takut jugak kena tipu. zaman sekarang ni macam-macam style dibuat nak cari duit... kalau kes macam 2, jalan terbaik, ikut pergi hukm, lepas itu bayarkan kalau ada duit..

Bookmark and Share

    


  Member Information For husna_nasihaProfil   Hantar PM kepada husna_nasiha   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 13-09-07 12:32


Pada 13-09-07 11:22 , husna_nasiha posting:

!!! QUOTE !!!

emmm...takut jugak kena tipu. zaman sekarang ni macam-macam style dibuat nak cari duit... kalau kes macam 2, jalan terbaik, ikut pergi hukm, lepas itu bayarkan kalau ada duit..


Bersangka baik saja..lagi bagus...insyaAllah, Allah boleh menukar niat orang tersebut dalam masa sekelip mata saja...
Lagipun, kita terhindar daripada dosa jika kita bersangka baik..dan pula kita dapat membantu orang lain...Allah tidak melihat duit @ bantuan itu, ke mana digunakan..tapi, niat kita yang menyalurkannya..insyaAllah kita akan dapat pahala.....dan balasan yang lebih baik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

nazsue83
Warga Rasmi
Menyertai: 12.09.2007
Ahli No: 31031
Posting: 2
Dari: Kuala Lumpur

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 13-09-07 12:35


betul...sekarang ini banyak sangat kes tipu...sometime...kita ber iya2 tolong..last2 kena tipu..macam mana?macam pengalaman saya ini...setiap hari pergi kerja saya akan lalu kat satu jambatan yang menghubungkan bank negara dan komuter station...then adalah satu pakcik yang saya rasa buta sedang meminta sedekah dekat tepi tanggga tu,...at first saya macam tak nak bagi...tapi hati manusia mesti ada belas kasihan kannnn....saya memang sure macam dia buta...apatah lagi ramai orang yang sedekah kat dia...saya pun terpikir..kalau saya jadi macam dia , macam mana?mesti susah nak bekerja dan carik duit kan...mata tak nampak...jadi saya sedekahkan lah apa yang ada...dengan ikhlas...selepas tu lama jugak saya tak nampak dia...mugkin dah beralih arah agaknya...after few month saya nampak dia..iaitu pakcik yang buta tu...sedang "bershopping" derngan hebatnya di SOGO dan matanya dah celik., tak buta dah...shopping kalah orang yang sederhana macam saya ini....so, apa pendapat u all?

Bookmark and Share

    


  Member Information For nazsue83Profil   Hantar PM kepada nazsue83   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-09-07 12:11


Pada 13-09-07 12:35 , nazsue83 posting:

!!! QUOTE !!!

betul...sekarang ini banyak sangat kes tipu...sometime...kita ber iya2 tolong..last2 kena tipu..macam mana?macam pengalaman saya ini...setiap hari pergi kerja saya akan lalu kat satu jambatan yang menghubungkan bank negara dan komuter station...then adalah satu pakcik yang saya rasa buta sedang meminta sedekah dekat tepi tanggga tu,...at first saya macam tak nak bagi...tapi hati manusia mesti ada belas kasihan kannnn....saya memang sure macam dia buta...apatah lagi ramai orang yang sedekah kat dia...saya pun terpikir..kalau saya jadi macam dia , macam mana?mesti susah nak bekerja dan carik duit kan...mata tak nampak...jadi saya sedekahkan lah apa yang ada...dengan ikhlas...selepas tu lama jugak saya tak nampak dia...mugkin dah beralih arah agaknya...after few month saya nampak dia..iaitu pakcik yang buta tu...sedang "bershopping" derngan hebatnya di SOGO dan matanya dah celik., tak buta dah...shopping kalah orang yang sederhana macam saya ini....so, apa pendapat u all?


hubby akak kerja kat situ... memang selalu nampak 'dia' bshopping sakan lepas menadah tangan waktu pagi :P.

area situ ada seorang yang memang bebetul perlu di bantu. tapi susah nak jumpa dia. budak lelaki. berketayap.tapi kena jejaga kalau dengan dia sebab dia bawa pisau untuk pertahankan diri. mungkin sebab dia tidur bersepah bawah jambatan/ pondok bas/ jejambat lrt.

Kenapa dia? sebab hubby akak pun pernah tidur begitu dulu dengan budak tu...sebelum berjaya seperti sekarang...


-----------------

[ Telah diedit oleh: nurkamar pada 15-09-07 12:11 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 15-09-07 12:27


salam
selalunya saya tidak akan menghulurkan sedekah kecuali saya betul-betul pasti org tu memang memerlukannya dan saluran wang kita itu disalurkan kepada mereka yang berhak.bukan kedekut tapi nak bersedekah pun kena bertempat.
ustaz saya pernah berpesan kalau kita nak menghulurkan sedekah kena bertempat bukan apa jika selalu memberikan wang kepada mereka,mereka akan rasa selesa dan akan terus mengemis dan dosa jatuh kepada kita kerana kita menggalakkan mereka mengemis sdgkan mereka masih ada lagi kudrat untuk bekerja dan jika kita bagi duit pulak pada penagih dadah,maka kita menggalakan mereka menghisap dadah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

dr_nik
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.09.2007
Ahli No: 31081
Posting: 206
Dari: KL

blank   avatar


posticon Posting pada: 16-09-07 08:03


Saya pernah sekali terkena, masa firsttime sampai KL,ada org minta bantuanduit, katanya wallet kena curi...tapi lepas itu sembng2 dengan kawan,rupa-rupanya org begini pun ada, kata wallet kena curi, lepas itu nak balik kg tak cukup duit, then minta dengan kita....lepas dapat terus hilang...

tapi sebenarnya kita bersangka baik lah dengan org yang minta tolong, cuma dalam kita nak tolong perlu hati-hati juga, takut dianiaya... setakat mana kita mampu bagi, kita bagi lah, yang penting kita ikhlas membantu, even dengan bagi RM1 sekalipun...

Bookmark and Share

    


  Member Information For dr_nikProfil   Hantar PM kepada dr_nik   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 16-09-07 09:39


!!! QUOTE !!!

ustaz saya pernah berpesan kalau kita nak menghulurkan sedekah kena bertempat bukan apa jika selalu memberikan wang kepada mereka,mereka akan rasa selesa dan akan terus mengemis dan dosa jatuh kepada kita kerana kita menggalakkan mereka mengemis sdgkan mereka masih ada lagi kudrat untuk bekerja dan jika kita bagi duit pulak pada penagih dadah,maka kita menggalakan mereka menghisap dadah


boleh explain bab ni tak?kalau mereka menipu itu antara urusan mereka dengan Allah.tapi kita dah tunaikan kewajipan kita untuk niat bersedekah dalam hati.Nabi pesan suruh banyakkan bersedekah.kalau mereka rasa selesa dan akan terus mengemis,menjadi tanggungjawab kita untuk ingatkan supaya tidak malas berusaha dan menjadi kerja yang tetap.berusaha sendiri untuk berjaya tanpa mengharapkan bantuan orang lain.meaning di sini guide mereka untuk berusaha sendiri.jadi 'fasi' lah senang cerita.

kagum dengan suami nurkamar...


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =
[ Telah diedit oleh: trouver_99 pada 16-09-07 09:40 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.098855 saat. Lajunya....