Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-01-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak semua yang kita mahu boleh didapat. Jika Allah tidak memberi sekarang, ia akan ditunda atau diganti yang lebih baik.
-- Dari Drama Kiamat Sudah Dekat

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 45
Ahli: 0
Jumlah: 45




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 4 hari yang lalu
Jaafar072286: 16 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: SERBAN menurut Ustaz Nasruddin Tantawi


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» SERBAN menurut Ustaz Nasruddin Tantawi

Please Mendaftar To Post


Oleh SERBAN menurut Ustaz Nasruddin Tantawi

alexanderwathern
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10501
Posting: 103
Dari: Perak

Perak  


posticon Posting pada: 07-09-07 17:12


SERBAN menurut USTAZ NASRUDDIN TANTAWI

Dalam akhbar Harakah bilangan 1342 keluaran 1-15 September 2007, terdapat satu wawancara dengan Ustaz Nasruddin Tantawi (Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat). Antara perkara yang diperkatakan ialah tentang pemakaian serban. Kita ikuti petikan daripada temuramah tersebut.


@ Ustaz selalu dilihat memakai serban, bila bermulanya memakai serban dan bagaimana serban itu sinonim dengan ustaz?

# Saya mula memakai serban sejak saya menuntut di Pondok Pasir Tumboh Kelantan. Saya melihat IANYA ADALAH SEBAHAGIAN DARI PAKAIAN RASULULLAH SAW.

Maka saya cuba praktiskan pemakaian serban ini dalam kehidupan saya kerana IA MENGINGATKAN SAYA dan MENIMBULKAN rasa KASIH YANG MENDALAM KEPADA RASULULLAH SAW selain dari MENGAMALKAN SUNAH BAGINDA yang lain.

Warna serban kegemaran saya ialah PUTIH dan HITAM. Di kala saya memakai SERBAN BERWARNA PUTIH, saya rasa diri saya sebagai seorang ustaz atau guru yang perlu menjaga kehormatan diri dan sahsiah. Ini cukup bermakna bagi saya agar konsisten dalam pembentukan peribadi yang mulia.

Apabila saya memakai SERBAN HITAM pula, saya rasa gagah dan perkasa untuk meneruskan kelangsungan perjuangan tanpa gentar lagi berhadapan musuh biar siapa pun mereka.
Laksana memakai pakaian perang dan ini penting untuk saya tabah dan sabar mengenderai perjuangan yang getir ini.
TAMAT.

ULASAN ALEX

Petikan ini bagaikan magnet menarik perhatian saya kerana apa yang diperkatakan oleh Ustaz Nasruddin umumnya sama dengan pandangan saya. Saya membiasakan memakai serban (bukan sentiasa berserban) jika ada kesempatan dan sesuai dengan keadaan. Ada ketika saya berkopiah sahaja, ada ketika saya bertopi dan ada ketika tidak menutup kepala dengan apa-apa.
(Sila baca tulisan saya bertajuk CERAMA: SERBAN ABANG bahagian 1-5 untuk memahami tentang serban di http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/topic7.html )
Saya mula berserban pada usia dua puluh empat tahun. Sebelum itu saya memang sudah terdedah dengan jemaah Darul Arqam, jemaah Tabligh dan pelajar-pelajar pondok tetapi hati tidak terbuka untuk berserban lagi. Ketika itu baru bekerja dan tinggal di tempat orang. Di kampung itu memang tidak ada orang yang berserban kecuali seorang pakcik tua. Orangnya warak dan mulutnya boleh dikatakan tidak berhenti-henti berzikir jika tidak makan minum, tidur ataupun bercakap. Kenderaannya sebuah basikal tua. Kurus tinggi orangnya dan berkulit putih. Setahu saya dia tidaklah bergiat dengan apa-apa jemaah, wallahualam. Saya pula seorang yang berat mulut, lebih suka berfikir daripada bersembang. Sebab itulah saya tidak berkesempatan kenal lebih rapat dengan si pakcik hinggalah ke akhir hayatnya.

Secara tiba-tiba saya terasa teringin sangat hendak berserban dan berjubah. Sehelai demi sehelai jubah dan kemudiannya serban dibeli. Saya tidak kisah apa kata masyarakat sekeliling. Yang pasti pemakaian begitu mempercepatkan proses mentarbiah hati nurani saya. Biarlah ia menjadi bahan cakapan orang ramai.

Serban pertama berwarna putih, kain licin dan panjangnya tujuh hasta. Khabarnya serban Rasulullah yang terpanjang ialah tujuh hasta dan yang terpendek dua hasta- hendak ikut sunnahlah kononnya. Serban kedua berwarna hitam, kain licin sepanjang lima hasta. Seterusnya serban biasa bercorak warna merah tua, serban al-Maunah (merah putih), serban coklat, serban corak berwarna coklat putih, serban biru dan serban hitam kain kasar (sebenarnya selendang perempuan)- entah yang mana dulu saya pun sudah lupa.

Saya sangat meminati serban Darul Arqam ketika itu tetapi gagal mendapatkannya di mana-mana berikutan pengharaman Darul Arqam sedang di kemuncaknya. Khabarnya hanya jemaah Darul Arqam yang menjual serban jenis itu yang dibawa dari luar negara, kalau tidak salah dari Syria ataupun Jordan. Ketika itu saya melihat corak yang ada pada serban Darul Arqam seolah-olah melambangkan nilai-nilai kemelayuan.

Mengapa saya mula berserban?

Pertamanya kerana gerak daripada Allah hasil istikharah yang saya lakukan.

Keduanya kerana saya rasa yakin ‘membiasakan’ memakai serban itu satu sunnah. Mempertahankan satu sunnah di kala orang lain tidak berminat mempertahankannya akan mendapat ganjaran seratus pahala syahid. Ewahhh!
Ketiganya (sepatutnya yang ini kedua) apabila berserban saya terasa sangat rapatnya kasih sayang saya dengan Rasulullah, entahlah mengapa. Seandainyalah memakai serban ini tidak mendapat apa-apa ganjaran daripada Allah pun, pasti akan saya selalu memakainya juga kerana ia membuatkan saya berasa sentimental dengan kekasih saya- Rasulullah SAW. Saya juga akan terasa betapa besarnya kerja-kerja Rasulullah dulu yang diwariskan kepada kita dan kini menghempap di atas kepala saya. Pahala bukanlah matlamat utama kerana rasa sedap berserban mencontohi Rasulullah adalah lebih sedap daripada berserban kerana mendapat seratus pahala syahid. Itu yang saya rasa.

Yang keempatnya tentulah untuk lebih memelihara diri dan melonjakkan proses mentajdid roh saya yang memang banyak rosak.

Sungguhpun jemaah terakhir yang saya anggotai (hingga kini dan mungkin hingga ke akhirnya) tidak menjadikan serban sebagai salah satu perjuangan mereka, itu tidak menjadi masalah. Ketika melibatkan diri dengan program jemaah, saya berkopiah sahaja. Jika ada urusan sendiri, saya berserban kalau mahu. Amal jemai’e mesti dijaga dan pimpinan mesti diakur- itu prinsip saya. Lagipun, akan nampak peliklah sekiranya saya seorang saja yang berserban. Apatah lagi majoriti mereka merupakan lulusan dari Timur Tengah sedangkan saya orang biasa saja. Nampak lebih-lebih pulak orang biasa berbanding lulusan Timur Tengah. : )

Anda takut berserban? Takut berserban kerana khuatir tidak akan mendapat jodoh? Khuatir orang perempuan tak mahu? Khuatir kerana wanita-wanita cantik yang ada hari ini majoritinya tidak minat lelaki muda berserban? Takut bakal pak mertua ibu mertua tak terima pinangan?

Jika itu pandangan anda, terpulanglah. Boleh jadi anda betul. Tapi berdasarkan pengalaman saya, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ye lah… lain orang lain rezekinya, kan? : )

Ketika mula berserban, saya pun beranggapan begitu. Oleh kerana saya bukan jenis ‘berpasangan’ seperti muda-mudi lain, maka tidaklah saya kisahkan hal tersebut. ‘No women no cry’ kononnya saya zaman itu… hi hi. Kebetulan semangat untuk pergi berjihad http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=216&mode=&order=0&thold=0 mula naik sedikit demi sedikit, ketika itu saya kuranglah fikir sangat ‘takut tak dapat jodoh dan tak sempat kahwin’. Tak ada jodoh pun tak kisah. Jadi kepercayaan yang diperkatakan tadi tidaklah menjadi penghalang kepada saya untuk selalu berserban.

Namun kuasa Allah siapa yang dapat menduga. Wanita-wanita yang pernah tertarik dengan saya menjadi lebih terpaut hati mereka apabila mereka terjumpa saya berserban. Yang belum terpikat pun ada yang jadi terpikat. Pakcik makcik di sekeliling pun ada yang membuat tawaran untuk anak-anak buah mereka walaupun mereka bukan jenis yang minat dengan serban dan tidak kea rah keagamaan pun. Pelik betul. Aku ingat apabila aku mula pakai serban orang akan cabut lari, rupa-rupanya makin dok rapat pulak! Besarnya kuasa Tuhan…!

Dan yang paling penting… ini yang aku nak kongsi sangat dengan sahabat-sahabat yang belum berumahtangga.
Wanita-wanita yang jauh dari agama boleh dikatakan hampir kesemuanya (99%) tidak terfikir untuk mengambil lelaki berserban sebagai suami mereka. Betul tak? Betul! Ini kenyataan! Mereka mengimpikan lelaki yang secorak dengan mereka juga.

Jadi, siapa yang sanggup mengambil lelaki berserban sebagai pasangan hidup? Siapa menurut pandangan anda? …
Tidak lain hanyalah mereka yang sanggup mengikut telunjuk agama! Jenis ini mudah untuk akur dengan agama sekalipun dunia sekelilingnya menolak. Dia sanggup mengambil risiko rugi keduniaan dalam mencari agama.
Bukankah jenis ini yang kita cari? Bukankah jenis ini yang kita impikan sebagai penghulu-penghulu bidadari kita di syurga nanti?
Apabila kita mula berserban, automatik wujud satu TENAGA PENAPIS YANG HEBAT, yang menapis dan menolak keluar wanita-wanita yang tidak ada hati untuk hidup dalam suasana keagamaan daripada mendekati kita. Dengan rela hati mereka meenjauhkan diri. HASILNYA, yang masih menunjukkan minat terhadap kita semuanya jenis yang sanggup akur dengan agama ataupun yang mahu berubah ke arah hidup keagamaan sahaja. Apa macam? Untung tak? : )

Kita kiaskan dengan wanita pula. Sebahagian wanita menyangkakan dengan menyimpan aurat seperti bertudung, bertudung labuh, berjubah, berpurdah, berbicara sopan-santun ataupun memakai pakaian yang kurang warna dan corak akan menipiskan peluang mereka mendapat pasangan. Sebab itu ada pelajar aliran agama sendiri yang pakaiannya terikut-ikut pakaian wanita-wanita di jalanan. Berpakaian menyimpan aurat dianggap menutup terus perhatian para lelaki.

Keluar dari isu utama sebentar… ahli-ahli ilmu hakikat memang kecewa benar dengan perlakuan di atas. Hal ini menunjukkan betapa lemahnya pemahaman kebanyakan manusia hari ini kerana menyangkakan kuasa untuk menarik dan mendapat pilihan pasangan terbaik ada pada diri mereka. Padahal kuasa untuk menarik dan mendapat pasangan terbaik ada pada Allah sahaja.
‘Siapa yang berkuasa untuk menarik perhatian lelaki ataupun keluarga lelaki kepada anda? Anda ataupun Tuhan?”

Sambung semula…semua wanita mahukan pasangan terbaik. Wanita-wanita yang berfahaman agama ataupun yang mahu mengubah diri ke arah berfahaman agama tentulah lebih lagi mahukan pasangan yang terbaik buat mereka dari sudut agamanya. Sekiranya anda menyimpan aurat sebagaimana yang disebutkan tadi, secara automatik anda telahpun menapis keluar lelaki-lelaki yang tidak anda harapkan untuk menjadi suami anda. Yang melepasi tapisan tentu saja mereka yang memang berfahaman agama ataupun sekurang-kurangnya yang mahu ke arah agama. Akhirnya walau siapapun yang anda pilih daripada mereka yang masih tertinggal ini, risiko anda untuk mendapat suami yang tidak diharapkan menjadi lebih rendah. Peluang anda untuk mendapat suami yang menghampiri ciri-ciri ‘suami impian’ semakin cerah.

Ketika memakai serban putih, saya rasa terdorong untuk mengekal bahkan menambahkan kesucian jasmani, rohani dan roh. Ketika mengenakan serban hitam pula saya rasa terdorong untuk berasa berani dan gagah seolah-olah seorang pahlawan. Serban biru saya pula mendorong saya untuk berkelakuan lebih lemah-lembut, bertolak-ansur, sabar dan tenang. Serban-serban lain kurang saya rasa apa-apa seperti serban putih, hitam dan biru. Memakai serban ketika berhadapan dengan jin-jin yang mengganggu memang memberikan kekuatan dan keyakinan bonus kepada saya. Berdasarkan pengalaman saya juga, jin-jin yang mengganggu cukup benci dengan orang berserban. Kebencian dan penghinaannya dinyatakan secara terang-terangan melalui mulut orang yang sedang mereka rasuki. Jadi, janganlah kita ikut perangai jin ye. Kalau tak teringin hendak memakai pun, janganlah dikata kepada yang yang memakai, raikan saja. : )

Wallahualam.

30-31 OGOS 2007

‘PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT’
‘BERTUHANKAN ALLAH, BERSYARIATKAN SYARIAT MUHAMMAD’
Bersama Dakwah Tajdid Segar…

Ops... tertinggal sesuatu!

Tips 'MENAPIS CALON' dalam tulisan ini hanya relevan dalam suasana Malaysia sahaja. Jika anda berserban di tempat lain seperti di beberapa bahagian negara Afghanistan, tapisan tersebut tidak akan berfungsi kerana semua orang di sana berserban termasuklah penyamun dan para penjenayah lain. Jadi sementara masih relevan ni, bolehlah dipraktikkan. : )

SUMBER
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=220&mode=&order=0&thold=0

Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderwathernProfil   Hantar PM kepada alexanderwathern   Quote dan BalasQuote

mujahidah_muslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 693
Posting: 678
Dari: Bumi Allah

pakistan   avatar


posticon Posting pada: 08-09-07 19:13


pemakaian serban memang menjadi sunnah rasulullah dan menjadi pakaian kegemaran rasulullah. betapa mulianya serban rasulullah sehingga dikurniakan untuk menyelsesaikan permasalahan hajar aswad..

memang manis mereka yang berserban


-----------------
I'm glad to be me..
Jaga diri, jaga iman, Jaga hati. Tebarkan salam
[email protected]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahidah_muslimahProfil   Hantar PM kepada mujahidah_muslimah   Quote dan BalasQuote

syarqiyyah_gharbiyyah83
Warga 1 Bintang
Menyertai: 27.01.2007
Ahli No: 28402
Posting: 26
Dari: dari buaian hingga liang lahad

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 08-09-07 20:17


bila kita mengamalkan salah satu sunnah Rasulullah SAW maka kita akan beroleh pahala yang besar disisi Allah swt. Dalam pada itu juga orang yang menghidupkan sunnah nabi SAW akan mendapat syafaat dpd Rasulillah SAW. Saya alhamdulillah sudah mempraktikkan pemakaian serban,niat saya nak ikut sunnah,InsyaAllah moga beroleh pahala dan syafaat Rasulillah SAW. "Jom pakai serban"

Bookmark and Share

    


  Member Information For syarqiyyah_gharbiyyah83Profil   Hantar PM kepada syarqiyyah_gharbiyyah83   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 19-09-07 22:33


hadis dhaif yang berkaitan dengan serban.....



1. SEMBAHYANG DENGAN MEMAKAI SERBAN






Ertinya : Sembahyang dengan memakai serban itu ( ganjarannya ) sama dengan 25 sembahyang yang tidak memakai serban dan sekali sembahyang Jumaat dengan memakai serban itu ( ganjarannya ) sama dengan 70 kali sembahyang Jumaat dengan tidak memakai serban . Dan sembahyang dengan memakai serban itu ganjarannya sama dengan melakukan 10,000 kebaikan

Penjelasan : Hadis ini Palsu

Syihabuddin Ahmad bin Muhamamd Abdis Salaam Al-Manafi ( murid kepada Al-Hafiz As-Sakhaawi ) telah mengatakan bahawa semua riwayat yang berhubung dengan masalah ini adalah Maudhu atau Palsu , bukan termasuk hadis dari Nabi s.a.w.

Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 29


2. SEMBAHYANG DENGAN MEMAKAI SERBAN PUTIH



Ertinya : Sesungguhnya bagi Allah ada beberapa malaikat yang ditugaskan untuk menjaga pintu - pintu ( masjid ) jamik pada hari Jumaat . Mereka akan memohon maghfirah kepada Allah untuk orang - orang yang suka memakai serban putih .

Penjelasan : Hadis ini Palsu

Diriwayatkan oleh Khatiib tetapi dalam sanadnya ada rawi yang bernama Yahya bin Al-Yamani , dia adalah seorang yang suka meriwayatkan hadis - hadis yang 'bathil'

Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 31



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

raihanninie
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.06.2007
Ahli No: 30313
Posting: 49
Dari: Kota Bharu, KLate

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-09-07 08:24


Pada 07-09-07 17:12 , alexanderwathern posting:

!!! QUOTE !!!

SERBAN menurut USTAZ NASRUDDIN TANTAWI

Dalam akhbar Harakah bilangan 1342 keluaran 1-15 September 2007, terdapat satu wawancara dengan Ustaz Nasruddin Tantawi (Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat). Antara perkara yang diperkatakan ialah tentang pemakaian serban. Kita ikuti petikan daripada temuramah tersebut.


@ Ustaz selalu dilihat memakai serban, bila bermulanya memakai serban dan bagaimana serban itu sinonim dengan ustaz?

# Saya mula memakai serban sejak saya menuntut di Pondok Pasir Tumboh Kelantan. Saya melihat IANYA ADALAH SEBAHAGIAN DARI PAKAIAN RASULULLAH SAW.

Maka saya cuba praktiskan pemakaian serban ini dalam kehidupan saya kerana IA MENGINGATKAN SAYA dan MENIMBULKAN rasa KASIH YANG MENDALAM KEPADA RASULULLAH SAW selain dari MENGAMALKAN SUNAH BAGINDA yang lain.

Warna serban kegemaran saya ialah PUTIH dan HITAM. Di kala saya memakai SERBAN BERWARNA PUTIH, saya rasa diri saya sebagai seorang ustaz atau guru yang perlu menjaga kehormatan diri dan sahsiah. Ini cukup bermakna bagi saya agar konsisten dalam pembentukan peribadi yang mulia.

Apabila saya memakai SERBAN HITAM pula, saya rasa gagah dan perkasa untuk meneruskan kelangsungan perjuangan tanpa gentar lagi berhadapan musuh biar siapa pun mereka.
Laksana memakai pakaian perang dan ini penting untuk saya tabah dan sabar mengenderai perjuangan yang getir ini.
TAMAT.

ULASAN ALEX

Petikan ini bagaikan magnet menarik perhatian saya kerana apa yang diperkatakan oleh Ustaz Nasruddin umumnya sama dengan pandangan saya. Saya membiasakan memakai serban (bukan sentiasa berserban) jika ada kesempatan dan sesuai dengan keadaan. Ada ketika saya berkopiah sahaja, ada ketika saya bertopi dan ada ketika tidak menutup kepala dengan apa-apa.
(Sila baca tulisan saya bertajuk CERAMA: SERBAN ABANG bahagian 1-5 untuk memahami tentang serban di http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/topic7.html )
Saya mula berserban pada usia dua puluh empat tahun. Sebelum itu saya memang sudah terdedah dengan jemaah Darul Arqam, jemaah Tabligh dan pelajar-pelajar pondok tetapi hati tidak terbuka untuk berserban lagi. Ketika itu baru bekerja dan tinggal di tempat orang. Di kampung itu memang tidak ada orang yang berserban kecuali seorang pakcik tua. Orangnya warak dan mulutnya boleh dikatakan tidak berhenti-henti berzikir jika tidak makan minum, tidur ataupun bercakap. Kenderaannya sebuah basikal tua. Kurus tinggi orangnya dan berkulit putih. Setahu saya dia tidaklah bergiat dengan apa-apa jemaah, wallahualam. Saya pula seorang yang berat mulut, lebih suka berfikir daripada bersembang. Sebab itulah saya tidak berkesempatan kenal lebih rapat dengan si pakcik hinggalah ke akhir hayatnya.

Secara tiba-tiba saya terasa teringin sangat hendak berserban dan berjubah. Sehelai demi sehelai jubah dan kemudiannya serban dibeli. Saya tidak kisah apa kata masyarakat sekeliling. Yang pasti pemakaian begitu mempercepatkan proses mentarbiah hati nurani saya. Biarlah ia menjadi bahan cakapan orang ramai.

Serban pertama berwarna putih, kain licin dan panjangnya tujuh hasta. Khabarnya serban Rasulullah yang terpanjang ialah tujuh hasta dan yang terpendek dua hasta- hendak ikut sunnahlah kononnya. Serban kedua berwarna hitam, kain licin sepanjang lima hasta. Seterusnya serban biasa bercorak warna merah tua, serban al-Maunah (merah putih), serban coklat, serban corak berwarna coklat putih, serban biru dan serban hitam kain kasar (sebenarnya selendang perempuan)- entah yang mana dulu saya pun sudah lupa.

Saya sangat meminati serban Darul Arqam ketika itu tetapi gagal mendapatkannya di mana-mana berikutan pengharaman Darul Arqam sedang di kemuncaknya. Khabarnya hanya jemaah Darul Arqam yang menjual serban jenis itu yang dibawa dari luar negara, kalau tidak salah dari Syria ataupun Jordan. Ketika itu saya melihat corak yang ada pada serban Darul Arqam seolah-olah melambangkan nilai-nilai kemelayuan.

Mengapa saya mula berserban?

Pertamanya kerana gerak daripada Allah hasil istikharah yang saya lakukan.

Keduanya kerana saya rasa yakin ‘membiasakan’ memakai serban itu satu sunnah. Mempertahankan satu sunnah di kala orang lain tidak berminat mempertahankannya akan mendapat ganjaran seratus pahala syahid. Ewahhh!
Ketiganya (sepatutnya yang ini kedua) apabila berserban saya terasa sangat rapatnya kasih sayang saya dengan Rasulullah, entahlah mengapa. Seandainyalah memakai serban ini tidak mendapat apa-apa ganjaran daripada Allah pun, pasti akan saya selalu memakainya juga kerana ia membuatkan saya berasa sentimental dengan kekasih saya- Rasulullah SAW. Saya juga akan terasa betapa besarnya kerja-kerja Rasulullah dulu yang diwariskan kepada kita dan kini menghempap di atas kepala saya. Pahala bukanlah matlamat utama kerana rasa sedap berserban mencontohi Rasulullah adalah lebih sedap daripada berserban kerana mendapat seratus pahala syahid. Itu yang saya rasa.

Yang keempatnya tentulah untuk lebih memelihara diri dan melonjakkan proses mentajdid roh saya yang memang banyak rosak.

Sungguhpun jemaah terakhir yang saya anggotai (hingga kini dan mungkin hingga ke akhirnya) tidak menjadikan serban sebagai salah satu perjuangan mereka, itu tidak menjadi masalah. Ketika melibatkan diri dengan program jemaah, saya berkopiah sahaja. Jika ada urusan sendiri, saya berserban kalau mahu. Amal jemai’e mesti dijaga dan pimpinan mesti diakur- itu prinsip saya. Lagipun, akan nampak peliklah sekiranya saya seorang saja yang berserban. Apatah lagi majoriti mereka merupakan lulusan dari Timur Tengah sedangkan saya orang biasa saja. Nampak lebih-lebih pulak orang biasa berbanding lulusan Timur Tengah. : )

Anda takut berserban? Takut berserban kerana khuatir tidak akan mendapat jodoh? Khuatir orang perempuan tak mahu? Khuatir kerana wanita-wanita cantik yang ada hari ini majoritinya tidak minat lelaki muda berserban? Takut bakal pak mertua ibu mertua tak terima pinangan?

Jika itu pandangan anda, terpulanglah. Boleh jadi anda betul. Tapi berdasarkan pengalaman saya, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ye lah… lain orang lain rezekinya, kan? : )

Ketika mula berserban, saya pun beranggapan begitu. Oleh kerana saya bukan jenis ‘berpasangan’ seperti muda-mudi lain, maka tidaklah saya kisahkan hal tersebut. ‘No women no cry’ kononnya saya zaman itu… hi hi. Kebetulan semangat untuk pergi berjihad http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=216&mode=&order=0&thold=0 mula naik sedikit demi sedikit, ketika itu saya kuranglah fikir sangat ‘takut tak dapat jodoh dan tak sempat kahwin’. Tak ada jodoh pun tak kisah. Jadi kepercayaan yang diperkatakan tadi tidaklah menjadi penghalang kepada saya untuk selalu berserban.

Namun kuasa Allah siapa yang dapat menduga. Wanita-wanita yang pernah tertarik dengan saya menjadi lebih terpaut hati mereka apabila mereka terjumpa saya berserban. Yang belum terpikat pun ada yang jadi terpikat. Pakcik makcik di sekeliling pun ada yang membuat tawaran untuk anak-anak buah mereka walaupun mereka bukan jenis yang minat dengan serban dan tidak kea rah keagamaan pun. Pelik betul. Aku ingat apabila aku mula pakai serban orang akan cabut lari, rupa-rupanya makin dok rapat pulak! Besarnya kuasa Tuhan…!

Dan yang paling penting… ini yang aku nak kongsi sangat dengan sahabat-sahabat yang belum berumahtangga.
Wanita-wanita yang jauh dari agama boleh dikatakan hampir kesemuanya (99%) tidak terfikir untuk mengambil lelaki berserban sebagai suami mereka. Betul tak? Betul! Ini kenyataan! Mereka mengimpikan lelaki yang secorak dengan mereka juga.

Jadi, siapa yang sanggup mengambil lelaki berserban sebagai pasangan hidup? Siapa menurut pandangan anda? …
Tidak lain hanyalah mereka yang sanggup mengikut telunjuk agama! Jenis ini mudah untuk akur dengan agama sekalipun dunia sekelilingnya menolak. Dia sanggup mengambil risiko rugi keduniaan dalam mencari agama.
Bukankah jenis ini yang kita cari? Bukankah jenis ini yang kita impikan sebagai penghulu-penghulu bidadari kita di syurga nanti?
Apabila kita mula berserban, automatik wujud satu TENAGA PENAPIS YANG HEBAT, yang menapis dan menolak keluar wanita-wanita yang tidak ada hati untuk hidup dalam suasana keagamaan daripada mendekati kita. Dengan rela hati mereka meenjauhkan diri. HASILNYA, yang masih menunjukkan minat terhadap kita semuanya jenis yang sanggup akur dengan agama ataupun yang mahu berubah ke arah hidup keagamaan sahaja. Apa macam? Untung tak? : )

Kita kiaskan dengan wanita pula. Sebahagian wanita menyangkakan dengan menyimpan aurat seperti bertudung, bertudung labuh, berjubah, berpurdah, berbicara sopan-santun ataupun memakai pakaian yang kurang warna dan corak akan menipiskan peluang mereka mendapat pasangan. Sebab itu ada pelajar aliran agama sendiri yang pakaiannya terikut-ikut pakaian wanita-wanita di jalanan. Berpakaian menyimpan aurat dianggap menutup terus perhatian para lelaki.

Keluar dari isu utama sebentar… ahli-ahli ilmu hakikat memang kecewa benar dengan perlakuan di atas. Hal ini menunjukkan betapa lemahnya pemahaman kebanyakan manusia hari ini kerana menyangkakan kuasa untuk menarik dan mendapat pilihan pasangan terbaik ada pada diri mereka. Padahal kuasa untuk menarik dan mendapat pasangan terbaik ada pada Allah sahaja.
‘Siapa yang berkuasa untuk menarik perhatian lelaki ataupun keluarga lelaki kepada anda? Anda ataupun Tuhan?”

Sambung semula…semua wanita mahukan pasangan terbaik. Wanita-wanita yang berfahaman agama ataupun yang mahu mengubah diri ke arah berfahaman agama tentulah lebih lagi mahukan pasangan yang terbaik buat mereka dari sudut agamanya. Sekiranya anda menyimpan aurat sebagaimana yang disebutkan tadi, secara automatik anda telahpun menapis keluar lelaki-lelaki yang tidak anda harapkan untuk menjadi suami anda. Yang melepasi tapisan tentu saja mereka yang memang berfahaman agama ataupun sekurang-kurangnya yang mahu ke arah agama. Akhirnya walau siapapun yang anda pilih daripada mereka yang masih tertinggal ini, risiko anda untuk mendapat suami yang tidak diharapkan menjadi lebih rendah. Peluang anda untuk mendapat suami yang menghampiri ciri-ciri ‘suami impian’ semakin cerah.

Ketika memakai serban putih, saya rasa terdorong untuk mengekal bahkan menambahkan kesucian jasmani, rohani dan roh. Ketika mengenakan serban hitam pula saya rasa terdorong untuk berasa berani dan gagah seolah-olah seorang pahlawan. Serban biru saya pula mendorong saya untuk berkelakuan lebih lemah-lembut, bertolak-ansur, sabar dan tenang. Serban-serban lain kurang saya rasa apa-apa seperti serban putih, hitam dan biru. Memakai serban ketika berhadapan dengan jin-jin yang mengganggu memang memberikan kekuatan dan keyakinan bonus kepada saya. Berdasarkan pengalaman saya juga, jin-jin yang mengganggu cukup benci dengan orang berserban. Kebencian dan penghinaannya dinyatakan secara terang-terangan melalui mulut orang yang sedang mereka rasuki. Jadi, janganlah kita ikut perangai jin ye. Kalau tak teringin hendak memakai pun, janganlah dikata kepada yang yang memakai, raikan saja. : )

Wallahualam.

30-31 OGOS 2007

‘PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT’
‘BERTUHANKAN ALLAH, BERSYARIATKAN SYARIAT MUHAMMAD’
Bersama Dakwah Tajdid Segar…

Ops... tertinggal sesuatu!

Tips 'MENAPIS CALON' dalam tulisan ini hanya relevan dalam suasana Malaysia sahaja. Jika anda berserban di tempat lain seperti di beberapa bahagian negara Afghanistan, tapisan tersebut tidak akan berfungsi kerana semua orang di sana berserban termasuklah penyamun dan para penjenayah lain. Jadi sementara masih relevan ni, bolehlah dipraktikkan. : )

SUMBER
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=220&mode=&order=0&thold=0






sya suka sangat artikel ini... dan saya bersetuju apa yang dibicarakan dalam artikel ni... insyaAllah moga-moga kita semua mendapat jodoh yang terbaik untuk diri kita semua...amin... :-)


-----------------
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket<



    


  Member Information For raihanninieProfil   Hantar PM kepada raihanninie   Quote dan BalasQuote

mdzahran
Warga 2 Bintang
Menyertai: 15.08.2007
Ahli No: 30684
Posting: 50
Dari: Jepun

japan   avatar


posticon Posting pada: 20-09-07 08:30


kat malaysia budak-budak sekolah pakai serban pun kena buang sekolah........

Bookmark and Share

    


  Member Information For mdzahranProfil   Hantar PM kepada mdzahran   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 20-09-07 08:37


fatasyabbahu in am takun mithlahum..inna tasyabbuha bilkiraami falaahun..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-09-07 09:39


Oleh Munira Yusoff


Mahkamah Persekutuan putuskan kes 3 pelajar Islam tak langgar Perlembagaan

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini semalam memutuskan, peraturan sekolah yang melarang pelajar Islam memakai serban tidak melanggar Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan berhubung kebebasan beragama.

Keputusan itu dibuat panel tiga hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abdul Malek Ahmad.

Dalam penghakiman bertulisnya, Hakim Datuk Abdul Hamid Mohamed berkata daripada pandangan Islam, amalan memakai serban bukannya perkara besar, lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak bawah umur.

“Islam bukan semata-mata mengenai serban dan janggut. Masyarakat Arab Jahiliah juga memakai serban dan berjanggut,” kata Abdul Hamid ketika menolak rayuan tiga murid yang dibuang sekolah kerana memakai serban, sembilan tahun lalu.




Penghakiman 24 muka surat itu dipersetujui sebulat suara. Rayuan itu didengar Abdul Malek, Abdul Hamid serta Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.

Dalam rayuan itu, Meor Atiqulrahman Ishak serta dua beradik, Syed Abdullah Khaliq Aslamy dan Syed Ahmad Syakur Dihya Syed Ahmad Johari, memohon pengisytiharan bahawa penyingkiran mereka tidak sah dan batal.

Ketika itu mereka berusia antara 8 dan 11 tahun serta belajar di Sekolah Kebangsaan Felda Serting Hilir, Jempol, Negeri Sembilan. Dua daripada tiga pelajar itu kini sudah menamatkan pengajian di sekolah pondok sebagai hafiz.

Mahkamah Tinggi pada 6 Ogos 1999 mengisytiharkan penyingkiran itu tidak sah dan batal, tetapi diketepikan Mahkamah Rayuan pada 22 November 2004 kerana mendapati tiada keterangan yang membuktikan pemakaian serban adalah mandatori dan menjadi amalan penting dalam Islam.

Semua responden diwakili Peguam Kanan Persekutuan Datuk Umi Kalthum Abdul Majid dan Azizah Nawawi.

Dalam penghakimannya, yang dibacakan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Kamaruddin Kamsun, Abdul Hamid berkata, daripada apa yang dapat dipastikannya, al-Quran tidak menyebut mengenai pemakaian serban.

“Saya tahu Rasulullah memakai serban. Tetapi Baginda juga menunggang unta, membina rumahnya dan masjid daripada tanah liat dan berbumbungkan daun kurma dan menggosok gigi menggunakan sugi.

“Adakah itu bermakna menunggang unta itu satu amalan lebih alim daripada bergerak menaiki kapal terbang? Wajarkah dipilih bahan dan cara serupa yang digunakan oleh Rasulullah untuk membina rumah dan masjid seperti di zaman Baginda?” katanya.

Abdul Hamid berkata, persoalan yang dibangkitkan dalam kes itu ialah sama ada pemakaian serban oleh kanak-kanak lelaki sebaya usia perayu menjadi satu amalan dalam agama Islam.

Abdul Hamid berkata, amalan memakai serban hanya perbuatan sunat dan tidak boleh disamakan dengan amalan rukun, seperti solat dan menunaikan haji.

Beliau juga berkata, mahkamah sebulat suara memutuskan peraturan larangan memakai serban tidak melanggar Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan kerana ia bukan satu halangan penuh terhadap tiga pelajar itu.

Sebaliknya, mereka mempunyai pilihan lain seperti belajar di sekolah pondok sekiranya ingin terus memakai serban.

Abdul Hamid juga berkata, pemakaian serban bukan terhad kepada orang Islam, sebaliknya menjadi pakaian seharian bagi mereka yang hidup di gurun bagi melindungi daripada persekitaran yang panas dan berpasir.

“Malah, sesiapa saja yang pergi ke Makkah akan dapati bahawa sekeping kain, biar atas nama apa sekalipun untuk menutup kepala dan muka daripada panas matahari, cuaca kering dan debu, amat berguna.

“Sekarang ini, berdasarkan reka bentuk dan cara memakainya, serban melambangkan bangsa pemakainya, umpamanya sama ada mereka orang Arab Saudi, Afghan, Sudan atau Oman. Serban telah menjadi sebahagian pakaian rasmi negara-negara ini.

“Apa yang turut menarik ialah sehingga sekarang ini pun tidak ramai daripada mufti kita dan hampir tiada hakim Mahkamah Syariah memakai serban,” katanya.

Beliau berkata, amalan wajib dalam Islam juga berbeza apabila membabitkan kanak-kanak lelaki yang belum baligh, berbanding kewajipan terhadap lelaki dewasa.

“Lihatlah tiga perayu ini. Ketika mereka sepatutnya menghadiri sekolah, belajar dan bermain dengan rakan sebaya, mematuhi disiplin sekolah dan guru, sebaliknya terpaksa menjadi ‘berbeza’ daripada kanak-kanak lain.

“Mereka melanggar peraturan sekolah dan guru serta memberontak terhadap pihak berkuasa semata-mata disebabkan Syed Ahmad, yang pernah digelar ‘angkuh’ oleh hakim perbicaraan, mahu anaknya memakai serban sebagai lambang kekeluargaan mereka.

“Larangan berserban itu hanya ketika waktu sekolah. Tetapi mereka tidak dilarang memakainya pada beberapa keadaan, contohnya ketika bersolat. Bagaimanapun jika menyertai pengakap atau bermain bola sepak sudah pasti mereka tidak boleh memakai serban. Setiap benda ada tempat dan waktunya yang bersesuaian.

“Jika saya menerima hujah yang dikemukakan peguam, bererti sesiapa saja mempunyai hak untuk melakukan apa saja yang dikehendakinya, tidak kira masa atau tempat, semata-mata atas dasar agama,” katanya.

Syed Ahmad yang juga seorang guru, ketika ditemui di luar mahkamah, berkata anak-anaknya tetap akan memakai serban dan beliau akan mendapat pandangan peguam untuk tindakan lanjut termasuk kemungkinan membawa kes itu ke Mahkamah Syariah.

“Kami menghormati keputusan mahkamah tetapi terkilan dan sedih kerana peraturan sekolah itu timbul selepas anak kami mula memakai serban,” katanya yang juga terpaksa berpindah 12 kali kerana memakai serban dan jubah.

----

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Mukadepan/20060712234000/Article/

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-09-07 09:53


PANDANGAN AL-USTAZ MOHD KHAIRUDDIN BIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Salah seorang pembaca mengirimkan kepada saya email tentang pandangan Dr. Asri berhubung isu serban di mahkamah persekutuan baru-baru ini

Berikut adalah kenyataan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Pensyarah USM) di dalam isu serban tiga pelajar:

"Kenyataan Hakim Mahkamah dalam isu serban tiga bekas pelajar berkenaan adalah bertepatan dengan ruh Islam. Ini menunjukkan hakim berkenaan memahami Islam dan sunnah Nabi dalam topik berkenaan secara ilmiah.Cumanya, alangkah baiknya jika dia tidak mengaitkan dengan janggut. Ini kerana bagi janggut itu ada hadith khusus untuknya. Adapun serban bukan tuntutan agama. Tidak wajar mengorbankan masa depan para pelajar tersebut dalam isu yang remeh dan tidak disuruh oleh Islam. Bapa para pelajar berkenaan telah memahami dan mempraktikkan Islam secara salah. Dia tidak memahami keutamaan agama. Jika hakim sifatkannya 'angkuh', ia mungkin benar. Islam pada akidah, ibadah dan sistem hidup yang bertunjangkan akidah. Serban adalah budaya Arab yang dipraktik oleh Nabi s.a.w bersesuaian dengan kearaban baginda. Dinamakan dengan 'al-sunnah al-jibiliyyah'. Seperti mana baginda suka memakan labu, bahagian bahu kambing dan seumpamanya. Maka seseorang tidak wajar berbalah ke mahkamah untuk mempertahankan sunnah makan kambing di sebuah tempat yang tidak mengizinkan daging tersebut dimakan di situ. Ini adalah lambang kedangkalan. Namun jika tempat tersebut menghalang pengamalan wajib Islam,maka patut ditentang. Jika sekolah menyuruh membuka aurat, kita akan tentang. Tiga pelajar ini terinaya dalam kesilapan kefahaman mereka. Islam seperti ini patut dibaiki"


posted by Ibn Hussin at 11:10 AM |






PANDANGAN AL-USTAZ MOHD KHAIRUDDIN BIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI..


Berlaku perbezaan pendapat di kalangan sarjana Islam dewasa ini dalam menentukan status serban. Adakah ia merupakan sunnah tasyri`iyyah atau sunnah jibiliyyah.


Sunnah Tasyri`yyah bermaksud pemakaian serban nabi adalah suatu yang dituntut dari sudut syara`.


Sunnah Jibiliyyah bermaksud pemakaian serban nabi itu adalah kerana adat pemakaian orang Arab.


Pandangan kedua ini nampaknya dipersetujui oleh sahabat saya Dr. Asri dan mereka yang bersama dengan beliau. Dr Asri bertegas bahawa berserban bukan tuntutan agama.


Bagi saya, isu serban sama ada sunnah tasyri`yyah atau jibiliyyah berlaku kerana perbezaan pendapat dalam memahami petunjuk dilalat al-alfaz (apa yang ditunjukkan oleh lafaz )daripada hadis sahih tentang pemakaian serban nabi; “ adakah ia menunjukkan kepada sunnah tasyri`iyyah atau sunnah jibiliyyah”.


Begitu juga perbezaan pendapat berlaku kerana perbezaan pendapat dalam menentukan status hadis tentang fadhilat(kelebihan) serban. Adakah semua hadis tentang fadhilat serban lemah atau ada yang sahih. Sekiranya ianya lemah adakah status lemah itu masih boleh diperkuatkan dengan jalan-jalan riwayat yang pelbagai atau tidak?!


Bagi golongan yang bertegas bahawa jalan-jalan riwayat hadis-hadis fadhilat serban adalah tersangat lemah dan tak dapat diperkuatkan, mereka berpendapat bahawa amalan berserban adalah sunnah jibiliyyah.


Dalam berhadapan dengan senario perbezaan pendapat di kalangan ulama ini, bagaimanakah sikap masyarakat awam?





Sekiranya ada yang memilih pendapat bahawa ia merupakan sunnah tasyri`yyah sebagaimana pendapat majority sarjana-sarjana Islam hari ini, adakah wajar untuk kita memperlekehkan pemakainya yang memakai kerana keyakinan ia adalah sunnah yang digalakkan. Keyakinan itu pula berasaskan kepada pendapat ilmuwan Islam setelah mengkaji petunjuk makna hadis yang sahih.





Adakah berpegang dengan salah satu pendapat yang mungkin dirasakan lemah oleh pihak lain tetapi dianggap kuat oleh satu pihak yang lain merupakan satu alasan untuk kita memperkecilkan keyakinannya?!





Bagi saya, keyakinannya itu perlu diraikan. Kita tidak berhak untuk menuduhnya bongkak semata-mata kerana kesungguhannya untuk berpegang dengan keyakinannya. Bagi saya, dia juga berhak mempertahankan keyakinannya walaupun terpaksa membawanya ke mahkamah. Itulah jihad untuk mempertahankan keyakinannya. Berbeza sekiranya keyakinannya itu bersandarkan hakikat yang salah dan disepakati oleh ulama ia adalah iktikad(pegangan) yang salah. Tapi hakikatnya, ia merupakan perkara yang masih lagi menjadi khilaf(perbezaan pendapan dikalangan ulama’). Kaedah Fekah menyatakan “jangan diingkari perkara yang menjadi khilaf(perbezaan pendapat), tetapi diingkari perkara yang telah disepakati”.





Atau mungkin ada di kalangan kita beranggapan bahawa perkara serban bukan persoalan khilaf? Ataupun beranggapan Ia adalah pandangan yang disepakati (ijma`) oleh ilmuan-ilmuan islam sebagai perkara yang sunnah jibiliyyah?






Kalau itulah pandangan kita, maka tidak peliklah kita mungkin menyokong pandangan hakim bahawa “pemakai serban dalam isu mahkamah tadi adalah bongkak”!!!!





Apatah lagi sekiranya kita memahami senario kes serban yang dibawa ke mahkamah ini. Pelajar yang memakai serban dipecat dengan alasan menyalahi peraturan sekolah. Tidakkah perkara itu boleh ditolak ansur memandangkan ada penganut agama lain dibenarkan memakai serban mereka??!!. Adakah kita memakai dua peraturan yang berbeza untuk dua penganut agama??!!


Bagi saya guru besar yang memecat pelajar kerana memakai serban tanpa mahu bertolak ansur itulah yang bongkak. Orang yang bongkak inilah yang perlu dididik dengan membawa kesnya ke mahkamah untuk dihakimi oleh masyarakat. Meskipun beliau kalah dalam kes tersebut kerana hakim memutuskan tindakan pemecatan pelajar tersebut tidak bercanggah dengan perlembagaan, namun sekurang-kurangnya dia menang di mahkamah rakyat yang melihat ada ketidakadilan berlaku terhadap penganut Islam dalam kehidupan seharian.





Menteri Pelajaran pernah menyebut dalam satu ucapan yang disiarkan dalam televisyen bahawa pelajar sikh dibenarkan berserban kerana persefahaman antara kaum yang telah dibuat. Kalau itulah alasannya bererti hak pelajar Islam untuk memakai serban di sekolah masih mempunyai ruang untuk dibincangkan.






Tetapi, Kenapa pemecatan adalah keputusannya. Senario inilah yang menjadikan masyarakat tergerak hari untuk bersimpati dengan si pemakai serban yang cuba mempertahankan keyakinannya. Dan senario inilah yang mengajak kita sama-sama mempertahankan pelajar yang dipecat. Namun amat malang sekali apabila ada di kalangan ilmuwan Islam yang menyokong kenyataan hakim bahawa pelajar ini bongkak!!






Seterusnya adakah kita hanya perlu mempertahankan hak beramal dengan yang wajib sahaja? Atau kita juga berhak untuk mempertahankan amalan sunat? Adakah amalan sunnah jibiliyyah tidak boleh dan tidak wajar dipertahankan? Saya rasa persoalan-persoalan ini juga membuka ruang perdebatan.





Akhirnya saya memetik kata-kata Syeikh al-Albani setelah mana beliau menjelaskan tentang kedudukan hadis fadhilat serban yang tersangat lemah bagi beliau:






“Seterusnya saya tatkala mana memutuskan bahawa hadis-hadis tersebut adalah lemah, tidak lupa untuk menyebut bahawa pemakaian serban Nabi sepertimana adat orang Arab yang telah diketahui umum sebelumnya merupoakan perkara yang sabit dalam hadis-hadis yang sahih yang tidak dapat dinafikan lagi. Sekiranya digabungkan dengan apa yang disebut oleh Syeikh hamid bahawa Islam menyukai penganut-penganutnya dibentuk dengan pembentukan yang khusus yang boleh memelihara mereka daripada bergaul dengan orang lain dengan penampilan zahir hinggalah ke penghujung ucapan syeikh yang baik….maka sesungguhnya saya bersatu pendapat dengan fadhilat Syeikh Hamid dalam memberi galakkan untuk berserban. Cuma saya tidak melihatnya sebagai satu perintah yang pasti seperti pastinya berjanggut yang sabit dengan hadis-hadis yang sahih.”

(rujuk http://www.alalbany.net/misc/misc028.php)

http://www.darulfuqaha.com/index.php?option=com_content&task=view&id=77&Itemid=30

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

annahs
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.09.2007
Ahli No: 31014
Posting: 47
Dari: Selangor

blank   avatar


posticon Posting pada: 20-09-07 10:02


Asslmkm...

terima kisah aye... panjang penerangan tu... Alhamdlh, ada pertambahan ilmu dalam dada ini...

p/s: suka tengok ayah saya pakai serban. nampak.... tah! tak ada kata yang sesuai untuk diimaginekan... huhuhuhuhu....


-----------------
Masih Teguh di Landasan Allah, Insya Allah!!


Bookmark and Share

    


  Member Information For annahsProfil   Hantar PM kepada annahs   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.108628 saat. Lajunya....