Oleh |
SURI RUMAH-->SUAMI-->WAJARKAH??? |
aku_hambamu
Warga 5 Bintang Menyertai: 13.05.2007 Ahli No: 29921
Posting: 393
|
Posting pada: 23-08-07 09:39
antara SHAHRIZAT dan Dr. Lo’Lo’... ![:-)](./images/forum/smilies/icon_smile.gif) berlaku khilaf pendapat... shahrizat----Lelaki ke dapur adalah satu fenomena yang sihat kerana ia mewujudkan perkongsian dan tanggungjawab dalam membesarkan anak serta mengurus rumah tangga--- Dr. Lo’Lo’---Keluarga akan menjadi pincang jika lelaki dibiarkan menjadi suri rumah sepenuh masa kerana ia amat bertentangan dengan agama dan fitrah kehidupan manusia--- anda pula---bagaimana??? ----------------- _TerUsKan MenCaRi ReDha AllaH deNgAn MeneNtanG GoV yang ZaLiM_
|
eyla05
WARGA SETIA Menyertai: 17.10.2005 Ahli No: 19884
Posting: 546
Dari: perak
|
Posting pada: 23-08-07 10:35
hidup dalam berumahtangga perlu ada sifat tolong menolong....
|
Al-Qarni
Warga 4 Bintang Menyertai: 23.01.2004 Ahli No: 6699
Posting: 296
Dari: fakulti ekonomi
|
Posting pada: 23-08-07 10:44
suami memang tak perlu sepenuh masa buat kerja rumah...tetapi bab2 basuh baju serta keje2 berat adalah tggjwb suami...isteri cuma sidai pakaian saja...tolong menolong dalam rmhtgga kan meningkatkan perasaan sayang antara suami isteri....bukannya suami yang mengikut kata-kata isteri dan menjadi suri rmh sepenuh masa...tu yang shahrizat maksudkan,dia kan anti poligami...ahli2 geng sister in islam
|
gsrturbo
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.07.2005 Ahli No: 17654
Posting: 251
Dari: Kedah
|
Posting pada: 23-08-07 11:02
suami ke dapur bukan bermakna 100 peratus dia yang buat kerja dapur sampaikan si isteri macam raja pulak kat rumah tak buat apa-apa...it's ok kalau si suami yang volunteer nak masak atau atas alasan yang munasabah..tapi kalau si suami suruh isteri masak tapi si isteri enggan berbuat demikian malah tak buat apa-apa, i think its opposite..
|
asroal
Warga 5 Bintang Menyertai: 22.04.2006 Ahli No: 24359
Posting: 352
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 23-08-07 11:24
alam rumahtangga perlukan sikap tolak ansur dan tolong menolong... apa salahnya suami tolong isteri kat dapur,buat kerja rumah sama-sama...boleh eratkan hubungan and kasih sayang antara suami isteri lagi tau... rasulullah pun tolong isteri baginda buat kerja rumah... tapi jangan lah sampai suami jadi 'house-husband'...hehe..wife pulak keluar cari nafkah... 2 dah terbalik...tugas cari nafkah adalah tugas suami,bukan isteri...
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 23-08-07 11:29
apa yang dikatakan oleh shahrizat dan dr. lo' lo' adalah betul....tak nampak pun apa-apa khilaf. selebihnya....antum bacalah posting sahabat2 kat atas....semuanya pun betul jugak.
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 23-08-07 12:26
hmm...dalam rumahtangga mesti tolong-menolonglah...suami yang baik akan tolong istrinya buat kerja-kerja rumah dan jaga anak...contohilah nabi SAW..jangan sibuk kata poligami sebab ikut sunnah tapi perkara-perkara yang lebih senang pun tak ikut, macamana ni..sibuk kata ikut sunnah poligami tapi tak ikut sunnah nabi dalam hal rumahtangga..macamana ni... istri pula tetap kena hormat suami walaupun pangkat kerja atau gaji dia lebih tinggi..syurga istri kan terletak pada keredhaan suami..lagipun dah fitrah suami ketua keluarga dan perlu membimbing istri..sebagai wanita, tak sukalah lelaki yang tunduk pada wanita..rosak keindahan rumahtangga.. suami dan istri kena tolong menolong tapi janganlah terbalikkan keadaan istri cari nafkah, suami jadi surirumah...rosak keindahan rumahtangga...sebagai wanita kalau boleh kami nak jadi surirumah sepenuh masa...jaga suami dan anak-anak :p tapi sebenarnya tak semua wanita macam tu, ada juga yang nak kerja walaupun gaji suami dah cukup tampung keluarga....terpulang pada individulah...
|
mmas_forever1991
WARGA SETIA Menyertai: 28.05.2007 Ahli No: 30088
Posting: 741
Dari: AS
|
Posting pada: 23-08-07 13:05
tolong menolong amalan mulia
|
muslimah83
WARGA SETIA Menyertai: 05.02.2004 Ahli No: 7015
Posting: 1001
Dari: Tawau
|
Posting pada: 23-08-07 14:55
bagi saya wanita perlu kembali pada fitrahnya...asal kejadiannya..tujuannya... walau tinggi mana dia belajar....saya tidak setuju suami jadi suri rumah... ----------------- "InDaHnYa IsLAm" [ Telah diedit oleh: muslimah83 pada 23-08-07 15:03 ]
|
mohamad
![](/images/m.gif) Menyertai: 04.09.2006 Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor
|
Posting pada: 23-08-07 15:02
salam.... hhmm... kalau Suami jadi suri rumah, ana tak setuju. tapi... kalau suami bekerja, bila balik....dia tolong isteri dirumah... kat MANIS begitu... mengeratkan lagi hubungan suami-isteri...
|
muslimah83
WARGA SETIA Menyertai: 05.02.2004 Ahli No: 7015
Posting: 1001
Dari: Tawau
|
Posting pada: 23-08-07 15:04
Pada 23-08-07 15:02 , mohamad posting:ini saya setuju...... ----------------- "InDaHnYa IsLAm"
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 23-08-07 15:41
Pada 23-08-07 15:02 , mohamad posting:!!! QUOTE !!!
kalau suami bekerja, bila balik....dia tolong isteri dirumah...
macam tu lah..suami tolong isteri buat kerja di rumah..kalau semua suami macam tu kan indah rumahtangga...tapi....ada ke suami macam tu?? kalau ada mungkin 1 dalam 100
----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
hubbud_jariah
Warga 1 Bintang Menyertai: 05.11.2006 Ahli No: 27212
Posting: 32
Dari: jepang
|
Posting pada: 23-08-07 15:56
Persoalan di atas timbul rentetan daripada kenyataan mengenai kemungkinan ramai lelaki terpaksa menjadi suri rumah pada masa depan jika fenomena pelajar perempuan menguasai institusi pengajian tinggi (IPT) dibiarkan berlarutan. Jadi pada pendapat saya, fenomena lelaki menjadi surirumah memang amat bertentangan dengan fitrah agama dan kehidupan kita. Ia bukan satu fenomena yang sihat, malah satu fenomena yang membimbangkan. Tugas lelaki adalah mencari nafkah sedangkan isteri cuma membantu. Takut-takut kalau dibiarkan para suami ini akan naik lemak dan mengabaikan tugas dan tanggungjawab sebenar mereka. Dan banyak juga masalah dan fitnahnya jika perempuan dibiarkan sewenang-wenangnya bekerja di luar ini sebenarnya.Melainkan jika betul-betul pandai menjaga diri dan adab. Wallahu 'alam. ----------------- ....kembara mencari ilmu dan cintaNya.... [ Telah diedit oleh: hubbud_jariah pada 23-08-07 15:59 ]
|
azemi
WARGA SETIA Menyertai: 16.01.2004 Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban
|
Posting pada: 23-08-07 17:25
Kalau lelaki menjadi suri rumah sepenuh masa memang terbalik lah dengan fitrah penciptaan. Tolong membuat kerja rumah lah yang terbaik. kadang-kadang boleh ganti masak2, basuh baju, kemas rumah boleh juga..hehe (cakap senangla, cuba buat..hehe)..ana setuju dengan mohamad..tolong tu biar ikhlas, jangan disuruh baru nak buat..kwang3x
|
wardiah_alwani
Warga 5 Bintang Menyertai: 09.04.2004 Ahli No: 8299
Posting: 363
Dari: kena bagitau juga ke??huhu
|
Posting pada: 23-08-07 17:42
bukankah kalau ikut islam,itu sememangnya tugas lelaki(suami)...tugas isteri adalah melahirkan anak untuk suami..tapi sekarang ni wanita lebih sinonim di dapur...tak salah kalau sisuami membantu...tugas seorang suri rumah bukanlah mudah...seorang pakar motivasi, Raja Shamri bin Raja Husin pernah memberitahu jawatan suri rumah ada namanya yang tersendiri, iaitu "DOMESTIC ENGINEER"....
|
raihan2004
Warga 5 Bintang Menyertai: 11.01.2004 Ahli No: 6388
Posting: 375
Dari: kedah
|
Posting pada: 23-08-07 18:36
setuju dengan wardiah_alwani... suri rumah memang domestic engeneer...berat and sangat banyak kerja dia... abah saya selalu cakap...hehe
|
songkok_aji02
WARGA SETIA Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB
|
Posting pada: 23-08-07 22:26
term suri rumah tak sesuai untuk suami, tapi kalau suami membantu kerja dirumah okla...lagipun, suami boleh bekerja dari rumah, no bid geal.... cuma kalau sampai tak ada income hingga membebankan isteri tak patut....sokong Dr.Lo' Lo'
|
muslimah_johor
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2003 Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor
|
Posting pada: 23-08-07 23:45
Pada 23-08-07 09:39 , aku_hambamu posting:!!! QUOTE !!! antara SHAHRIZAT dan Dr. Lo’Lo’...![:-)](./images/forum/smilies/icon_smile.gif)
berlaku khilaf pendapat... saya tak rasa ni khilaf... mereka bercakap tentang 2 perkara yang berbeza. Ya! "Lelaki ke dapur" Vs "Lelaki dibiarkan menjadi suri rumah sepenuh masa" adalah 2 situasi yang berbeza. Pada 23-08-07 09:39 , aku_hambamu posting:!!! QUOTE !!! shahrizat----Lelaki ke dapur adalah satu fenomena yang sihat kerana ia mewujudkan perkongsian dan tanggungjawab dalam membesarkan anak serta mengurus rumah tangga---
Rasulullah juga membantu isteri-isterinya Pada 23-08-07 09:39 , aku_hambamu posting:!!! QUOTE !!! Dr. Lo’Lo’---Keluarga akan menjadi pincang jika lelaki dibiarkan menjadi suri rumah sepenuh masa kerana ia amat bertentangan dengan agama dan fitrah kehidupan manusia---
jadi lelaki kena bekerja juga walaupun berpangkat SPM dan gaji kecil dan isteri PHD bergaji besar dan kena tetap mengamalkan suami sebagai ketua keluarga dalam semua perkara. Pada 23-08-07 09:39 , aku_hambamu posting:!!! QUOTE !!! anda pula---bagaimana???
saya rasa ini bukan khilaf... dan kedua2 pendapat tersebut betul. yang bercanggah ialah : saudara/ri mengadili 2 statement yang berbeza asasnya.
|
muslimah_johor
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2003 Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor
|
Posting pada: 23-08-07 23:46
UTUSAN MALAYSIA Wajarkah suami jadi suri rumah? -- Fenomena sihat – Shahrizat KUALA LUMPUR 22 Ogos - Lelaki ke dapur adalah satu fenomena yang sihat kerana ia mewujudkan perkongsian dan tanggungjawab dalam membesarkan anak serta mengurus rumah tangga, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Beliau berkata, jika dahulu lelaki ke dapur dianggap tidak ‘macho’, tetapi sekarang ukuran tersebut telah berubah apabila semakin ramai golongan lelaki termasuk yang berpendidikan tinggi berbuat demikian. ‘‘Bagi saya, sama ada wanita atau lelaki ke dapur bukan isunya. Yang mustahak ialah hormat yang diberi kepada pasangan kita. ‘‘Kalau wanita duduk di rumah dan ke dapur pun, kalau kaum bapa yang bekerja tetapi tidak beri hormat, tidak patut. Samalah juga kaum bapa dia sendiri nak duduk di rumah, boleh, tetapi kita mesti hormat dia,’’ kata kepada pemberita di sini, hari ini. Shahrizat berkata, demikian ketika diminta mengulas laporan muka hadapan Utusan Malaysia mengenai kemungkinan ramai lelaki terpaksa menjadi suri rumah pada masa depan jika fenomena pelajar perempuan menguasai institusi pengajian tinggi (IPT) dibiarkan berlarutan. Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Seri Profesor Ibrahim Abu Shah berkata, secara umumnya setiap universiti di negara ini memiliki jumlah pelajara perempuan yang jauh lebih ramai berbanding lelaki. Disebabkan masalah itu, katanya, UiTM sudah lama memikirkan cara untuk menambah jumlah pelajar lelaki bagi memperbaiki komposisi pelajar mengi- kut jantina. Menurut Shahrizat, ramai lelaki di kalangan pasangan muda sekarang ke dapur dengan sukarela dan bersama-sama mendidik anak serta menguruskan rumah tangga. Fenomena itu sebaliknya kata beliau, tidak boleh dilihat pada zaman beliau dengan tiada lelaki hendak ke dapur. ‘‘Saya tengok sekarang, banyak pasangan muda yang ke dapur, dia tolong jaga anak, bantu membuat susu anak dan mencuci lampin. ‘‘Bukan ada polisi (menyuruh mereka berbuat demikian) tetapi mereka sendiri mahu mengecapi nikmat menjadi seorang ayah. Ini termasuklah menjadi sebahagian daripada proses pembesaran anak- anak. ‘‘Mereka tidak melihat itu sebagai satu perkara yang merendahkan martabat mereka tetapi mereka hendak menjadi sebahagian daripada proses tersebut,’’ katanya. Shahrizat menjelaskan, secara tradisi wanita merupakan orang yang bertanggungjawab untuk ke dapur, mengurus rumah tangga dan membesarkan anak. ‘‘Tetapi kaum bapa sekarang sedang merasai nikmat menjadi seorang ayah. Jadi, mereka tidak mahu melepaskannya,’’ katanya. Mengenai kekurangan pelajar lelaki di IPT, beliau yang turut bimbang dengan perkembangan itu bagaimanapun menegaskan, peluang pelajar perempuan tidak patut dikorbankan hanya kerana peratusan pelajar lelaki telah merudum. Sebaliknya, Shahrizat yang menggesa semua pihak mengambil serius perkara itu, mahu satu jalan penyelesaian terbaik dicari tetapi tanpa menyekat peluang pelajar wanita. ‘‘Zaman ini, kita tidak boleh lagi berbicara hendak meningkatkan standard wanita supaya mereka susah nak masuk (IPT) dan mengurangkan peratusannya. ‘‘Kita tidak boleh ada diskriminasi di negara ini. Sebaliknya, kita kena ada satu perancangan supaya pelajar lelaki boleh bersaing bersama pelajar perempuan. ‘‘Saya tidak rela melihat anak generasi muda daripada kaum lelaki terbiar, tetapi jangan sekali-kali mengorbankan kaum wanita hanya kerana hendak memastikan bilangan seimbang,’’ tegasnya.
|
muslimah_johor
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2003 Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor
|
Posting pada: 23-08-07 23:47
UTUSAN MALAYSIA Wajarkah suami jadi suri rumah? -- Keluarga jadi pincang – Dr. Lo’Lo’ KUALA LUMPUR 22 Ogos – Keluarga akan menjadi pincang jika lelaki dibiarkan menjadi suri rumah sepenuh masa kerana ia amat bertentangan dengan agama dan fitrah kehidupan manusia kata Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Lo’ Lo’ Mohd. Ghazali. Menurutnya, Islam sendiri telah menetapkan bahawa tugas utama suami ialah mencari nafkah serta menyediakan keperluan asas mengikut kemampuan masing-masing. Kata beliau, golongan isteri hanya bersifat sebagai pembantu kepada suami dan mereka tidak seharusnya dibebankan dengan tugas menyara keluarga walaupun pendapatan yang diperoleh lebih tinggi. “Perkara ini ada disebut dalam al-Quran dan oleh itu ia wajib dipatuhi. Fitrah ini tidak boleh diubah dan jika ia benar-benar berlaku pada masa depan kehidupan keluarga terlibat boleh menjadi pincang. “Bagi saya bilangan wanita atau isteri profesional lebih ramai bukan satu masalah kerana dalam apa jua keadaan suami wajib menjalankan tanggungjawab mencari nafkah kerana ia merupakan tuntutan agama. “Jenis pekerjaan tidak harus menjadi isu asalkan pekerjaan itu halal dan tidak bertentangan dengan Islam,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini. Beliau mengulas kenyataan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah bahawa ramai lelaki mungkin terpaksa menjadi suri rumah pada masa depan jika fenomena pelajar perempuan menguasai institusi pengajian tinggi (IPT) dibiarkan berlarutan. Ibrahim berkata, secara umumnya setiap universiti di negara ini memiliki jumlah pelajar perempuan yang jauh lebih ramai berbanding lelaki. Dr. Lo’ Lo’ berkata, semua pihak harus sedar bahawa setiap peraturan dalam Islam ada hikmahnya dan jika ia diingkari boleh mendatangkan musibah. Beliau sendiri, jelasnya, mempunyai kenalan wanita yang berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) dan berkahwin dengan lelaki berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). “Saya lihat keluarga mereka cukup bahagia walaupun pendapatan isteri lebih tinggi daripada suami. Dalam keadaan seperti ini apa yang lebih penting ialah persefahaman. “Walaupun pendapatan suami tidak setinggi mana, suami tetap menjadi ketua keluarga dan kedudukan ini tidak akan berubah sampai bila-bila,” katanya. Beliau berkata, apa yang berlaku dalam keluarga kenalannya itu ialah suami tetap bekerja walaupun pendapatan isterinya besar. “Saya tidak boleh terima suami duduk di rumah menjadi suri rumah. Mereka perlu bekerja walaupun pendapatannya tidak seberapa. Suami tetap kena bekerja. “Kedudukan isteri yang lebih tinggi dari segi kewangan tidak boleh dijadikan alasan tanggungjawab serta tugas menyara keluarga diserahkan kepada isteri. “Bagi isteri pula kita wajib patuh kepada suami walaupun kita ini golongan profesional. Saya sendiri masuk ke dapur walaupun saya seorang doktor kerana ia adalah tugas saya ketika berada di rumah,” katanya.
|
najah_musla
Warga 4 Bintang Menyertai: 05.09.2006 Ahli No: 26198
Posting: 319
Dari: Gunung Semanggol
|
Posting pada: 24-08-07 10:09
dalam islam dah dinyatakan tanggungjawab suami cari nafkah dan beri nafkah pada keluarga.kalau suami jadi surirumah tangga,macam mana suami nak cari nafkah buat keluarga....hidup berkeluarga ni berpu ada tanggungjawab,toleransi,tolong menolong dll.tak salah kalau suami menolong isteri,ana sangat bersetuju kalau duami membantu isteri apa yang patut...sebab isteri,ada yang berkerja,balik rumah kena uruskan rumahtangga,sebab itu dah tugas isteri,jadi suami bila tengok isteri penat tak salah membantu kan....isteri pula jangan malas pula sampai hal rumah tangga terpaksa suami bereskan lepas balik dari kerja.yang penting adanya sifat tanggungjawab dalam diri suami dan isteri
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 24-08-07 12:15
Pada 23-08-07 23:47 , muslimah_johor posting:!!! QUOTE !!! UTUSAN MALAYSIA
Wajarkah suami jadi suri rumah? -- Keluarga jadi pincang – Dr. Lo’Lo’
KUALA LUMPUR 22 Ogos – Keluarga akan menjadi pincang jika lelaki dibiarkan menjadi suri rumah sepenuh masa kerana ia amat bertentangan dengan agama dan fitrah kehidupan manusia kata Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Lo’ Lo’ Mohd. Ghazali.
![Assalamualaikum](./images/forum/smilies/icon_salam.gif) ... Inilah pendapat terbaik...Allah telah membahagikan tugas mengikut kesesuaian fitrah insani...jadi, jika boleh, lelaki mestilah bekerja walaupun hanya sekadar menjadi tukang sapu...
|
Strawberry_Ungu
WARGA SETIA Menyertai: 13.05.2007 Ahli No: 29927
Posting: 1053
Dari: Johor
|
Posting pada: 25-08-07 23:30
hmm..macam tak sesuai saja..perempuan lagi sesuai..suami tolong sikit-sikit ok lah..
|
aku_hambamu
Warga 5 Bintang Menyertai: 13.05.2007 Ahli No: 29921
Posting: 393
|
Posting pada: 28-08-07 18:13
Pada 23-08-07 09:39 , aku_hambamu posting:!!! QUOTE !!! anda pula---bagaimana???
saya rasa ini bukan khilaf... dan kedua2 pendapat tersebut betul. yang bercanggah ialah : saudara/ri mengadili 2 statement yang berbeza asasnya. _______________________________________________________ oOo begitu ke...ana sembang2 dengan kawan ana yang study kat jordan, dia kata itu khilaf tapi khilaf di peringkat orang biasa,,bukan khilaf ulama'...khilaf tu maksudnya-:-perbezaan pendapat kan... tegur ana kalau ana silap ye...wallah hua'lam ----------------- _TerUsKan MenCaRi ReDha AllaH deNgAn MeneNtanG GoV yang ZaLiM_ [ Telah diedit oleh: aku_hambamu pada 28-08-07 18:14 ]
|
dmz
WARGA SETIA Menyertai: 28.09.2006 Ahli No: 26613
Posting: 442
Dari: selangor
|
Posting pada: 28-08-07 19:03
Pada 23-08-07 09:39 , aku_hambamu posting:!!! QUOTE !!! antara SHAHRIZAT dan Dr. Lo’Lo’...![:-)](./images/forum/smilies/icon_smile.gif)
berlaku khilaf pendapat...
shahrizat----Lelaki ke dapur adalah satu fenomena yang sihat kerana ia mewujudkan perkongsian dan tanggungjawab dalam membesarkan anak serta mengurus rumah tangga---
Dr. Lo’Lo’---Keluarga akan menjadi pincang jika lelaki dibiarkan menjadi suri rumah sepenuh masa kerana ia amat bertentangan dengan agama dan fitrah kehidupan manusia---
anda pula---bagaimana???
KALAU HUKUM MENGATAKAN SALAH, USAH DIBUAT, TAPI KALAU HUKUMNYA HARUS, ELOKLAH DICUBA DULU, BUKAN???? ----------------- http://studiouniversiti.blogspot.com/
|
mihar123
WARGA SETIA Menyertai: 20.11.2005 Ahli No: 20396
Posting: 551
Dari: ::. Negeri Che Siti Wan Kembang .::
|
Posting pada: 24-09-07 16:20
Saya tak setuju seratus peratus..... Kalau jadi suri rumah jadi siapa akan memimpin rumah tangga itu... Tolong isteri masak dan buat kerja rumah tiada salahnya.... Yang saya tak setuju apabila suami 100% jadi suri rumah..... ----------------- ~~~Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian~~~ My blog::: http://mihar.blogs.friendster.com/:::
|
naz07
Warga Rasmi Menyertai: 15.09.2007 Ahli No: 31076
Posting: 10
Dari: alor star
|
Posting pada: 24-09-07 16:31
Wajarkah suami jadi suri rumah? -- Keluarga jadi pincang – Dr. Lo’Lo’ KUALA LUMPUR 22 Ogos – Keluarga akan menjadi pincang jika lelaki dibiarkan menjadi suri rumah sepenuh masa kerana ia amat bertentangan dengan agama dan fitrah kehidupan manusia kata Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Lo’ Lo’ Mohd. Ghazali. ![Assalamualaikum](./images/forum/smilies/icon_salam.gif) ... Inilah pendapat terbaik...Allah telah membahagikan tugas mengikut kesesuaian fitrah insani...jadi, jika boleh, lelaki mestilah bekerja walaupun hanya sekadar menjadi tukang sapu... Ini pendapat yang ana sokong...
|
ani_putrihijjaz
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.06.2003 Ahli No: 1520
Posting: 159
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 24-09-07 16:36
Pada 23-08-07 15:04 , muslimah83 posting:!!! QUOTE !!! Pada 23-08-07 15:02 , mohamad posting:
ini saya setuju......
hah..betul tu.. memang tak sesuai suami jadi suri rumah sepenuh masa... ----------------- "kejayaan tanpa pengorbanan adalah mustahil..namun kegagalan setelah berusaha adalah suratan takdir..."
|