Array
Create An Account | Home · Topik · Statistik · Your Account · Hantar Artikel · Top 10 | 13-01-2025 |
|
Cerpen
|
Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN |
Please Mendaftar To Post |
Oleh | Zina Hati ::>> |
---|---|
Ibnu_muaz |
Posting pada: 29-07-07 12:00
assalamualaikum..wbt..
warga amalku yang dikasihi fillah, cerpen (cerita pendek) di bawah adalah sebahgian dari kisah benar yang dilalui oleh pengarang cerita. Tidak disangkal, kebanyakan remaja dewasa ini juga terlibat juga terbabit dengan masalah hubungan (lelaki & wanita) ini. Ketahuilah bahwa, ma'ruf dan mungkar itu tidak bercampur. Satunya membawa ke kesejahteraan dan satu lagi membawa kepada kehinaan. Perhatikan juga penegasan Allah dalam surah As-Soff:2-3. Hati tempat jatuhnya pandangan Allah, jika piala hati itu telah dikotori dengan lagak "zina hati" (terfikir akan teman lelaki/wanita) maka apakah kan terpandang hati itu oleh Allah lagi? sama-sama kita renungkan dan menyusun taubat. whlm. p/s:"Jagalah hati, jangan kau kotori" Maaf http://www.iluvisla m.com/v1/ readarticle. php?article_ id=550 "Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya… All the best in everything you do… Jaga diri & iman baik-baik ya~… -Amin, UK-" Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun. Aku masih tertanya-tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah lah pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni… Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku. Adakah dia sudah ….? Argh, tak mungkinlah! Dia dah kata takkan …. Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung sama ada melalui telefon, SMS, email, YM dan juga friendster. Dan ketika itu. Aku mendapat cuti seminggu dan telah bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara, dan sambil-sambil itu bolehlah juga berjumpa dengan si Amin. Setahun sekali tak salah rasanya. Melepas rindu lah sedikit. 'Boring' juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja. Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2 dah. Ulang-alik setiap hari pun boleh. Di KL. Aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa. Dia menolak ajakan aku untuk keluar berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh berjumpa dengan ku seketika sahaja pada petang hari. Walaupun dia beralasan sibuk, tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak. Aku terpaksalah menerima sahaja cadangannya. Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagi aku. Dan petang itu kami taklah ke mana-mana sangat. Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu. Selepas ber-Asar di Masjid Wilayah, Amin membawa aku ke sebuah restoran dan kami makan 'early dinner' di situ. Kemudian, satu detik yang agak 'mengingatkan' bagi aku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke rumah saudaraku… Dia ada bertanya "Apa beza kita dengan mereka kat situ tu ye?" Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang 'couple' yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga, tapi 'simple' saja. "Ala, kita ni baik sikit. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm… Islamik sikit lah pendek cerita!." "Hmm.." Amin hanya mengangguk-angguk. "Dalam Islam ada ke macam ni?" Amin menduga lagi. Erk… Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia 'counter' lagi. Huh. Diam sahaja lah! "Erh, abaikan saja lah. Saja saja saya tanya…" Amin cuba menyedapkan hati. Tidak lama selepas Amin terbang pulang semula ke UK untuk menyambung sesi pelajarannya yang baru, dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan dia bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak 'rasmi' ini. Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung menelefon aku. SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja. Itu pun boleh dibilang dengan jari. Namun. Aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli. Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah. Dia juga ada berpesan - 'Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. Insya Allah, kemudian Dia akan jaga hubungan kita.' Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu. Macam-macam sangkaan buruk bermain-main dalam hati yang mula busuk ini. Aku masih setia menanti kepulangannya. Dan aku yakin dia juga setia pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki-lelaki lain selain dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain. Dia taklah seperti kebanyakan lelaki yang 'playboy' pada masa kini. Ops! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian. 'Tuuut. Tuuut...' Nada dering SMS berbunyi. Nombor Amin yang terpapar. "Esok free tak? Boleh kita chatting?" "Boleh... Saya free saja." jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat 'surprise.' Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk 'wish birthday. Aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku. "Ok.thank you..." balasnya pula. Keesokannya. Aku menanti awal dia online. 'untuk. untuk. untuk..' Amin has signed in. Oh, tepat sungguh waktunya... Amin: assalamualaikum wbt. Wani: wsalam… Amin: apa khabar? sihat? iman baik? Wani: alhamdulillah. .. sihat2..=) awak? Amin: alhamdulilah… baik2 juga… iman selalu turun naik sejak kebelakagn ni… tapi tak mengapa, ok saja semua Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks for the birthday wish last week... Amin: welcome… tak balik. banyak kerja sikit tahun ni… lagi pun saya nak try bekerja… cari duit... Wani: wah, rajinnya... baguslah! Amin: hurm... Amin: study macam mana? Wani: ok saja... new sem ni berat sikit.. Jadual pack. Amin: oic... Amin: tak mengapa, study rajin2 ye.. Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya… Amin: hurm… Wani: apa dia? tanya lah… sila2.. Amin: 1st of all sorry dulu ye… hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang? Wani: erh… macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan 'kawan'… tak lebih daripada tu… tapi, special sikit… tiada couple-couple macam org lain… declare pun tak kan? Wani: so, statusnya kawan saja lah… Amin: hurm… ….. Wani: erh, tak betul ke? Amin: hurm.. ni opinion saja lah - antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri sahaja… yang lain-lain.. atas alasan apa sekali pun ia tak patut diterima.. Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya… Wani: jadi… Amin: saya rasa kita harus stop… stop untuk berpisah… Amin: sebab…… Amin: sebab saya sedar yang semua ini adalah salah dan juga keliru… Amin: benda ni akan buatkan hati ternodai… zina hati akan banyak berlaku… Amin: walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber'zina'… Amin: huh… Amin: saya bercakap itu dan ini pada org ramai… tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat… Amin: kononya Islamik… Amin: saya rasa cara ni tak betul… kita sebenarnya yang dah menyarungkan benda yang tak baik ni dengan Islam… then, org nampak Islamik… Amin: saya rasa tak ada beza pun kita dengan org lain yang duduk ber'couple2' ini.. Amin: hurm….. Amin: jadi, saya rasa kita harus berpisah… Amin: demi menjaga diri…& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi… Amin: sorry… sorry banyak-banyak untuk segala apa yang telah kita buat… Amin: dan sorry juga sebab telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya… Amin: andai ada jodoh, moga dipertemukan… Astaghfirullahalazi m. Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi… Air mata jahiliyah ku deras menitis membahasi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi… Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu. Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini. Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan biskan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa… Cinta hakiki hanyalah pada Allah… Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu. Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini. Aku terus menjawab ringkas…. Wani: thanks & sorry too… saya terima… Alhamdulillah… Wani: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. doakan saya juga. Wani: wassalam. Signed out Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah, saling mengejut Qiamulali, saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya. Aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi… Astaghfirullah. . Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu. "Sayang… Cepat turun ni. Nurul dah nak sampai." Ops! Tersedar daripada lamunan kisah 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku, Muhammad Aqil untuk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Nurul dan Amin. "Ya bang, Wani turun…" Alhamdulillah… Siap semuanya. Aku menutup lid laptopku dan bergegas turun ke bawah. Aku sudah bersedia untuk membentangkan 'presentation' kepada beliawan-beliawanis negara mengenai Cinta Remaja dalam program 'Belia Negara 2057' esok. Aku sangat bersyukur menjadi siapa diri aku sekarang ini dan aku mengharapkan belia-belia harapan negara dapat kembali kepada cara fitrah yang sebenar dalam menguruskan soal cinta. ----------------- [ Telah diedit oleh: Ibnu_muaz pada 31-08-07 00:39 ] |
mujahidah_muslimah |
Posting pada: 29-07-07 12:48
Alhamdulillah, syukran atas posting ni..
----------------- I'm glad to be me.. Jaga diri, jaga iman, Jaga hati. Tebarkan salam [email protected] |
kestari |
Posting pada: 29-07-07 13:54 |
insan85 |
Posting pada: 29-07-07 14:36 |
nurul_gts46 |
Posting pada: 29-07-07 14:56 |
najah85 |
Posting pada: 29-07-07 14:58
hmm...message yang hendak disampaikan cukup realistik..
kadang-kadang kita rasa apa yang kita buat dah betul... asal saja ada nama islam,dah kira boleh.. thanks atas posting ni... |
syahadaiman86 |
Posting pada: 29-07-07 15:58
kadang-kadang boleh kita berada disituasi yang begitu kat memang tau itu salah tapi kekuatan untuk tgglkan terus tu yang tak ada. sebagai remaja, ujian cinta sesama manusia tu antara ujian yang paling mencabar ditambah pula majorty orang-orang disekeliling kita menganggap bercinta tanpa ikatan yang sah itu dibolehkan. bagi yang memperjuangkan jangan bercouple pula tentu dipandang sinis.
Syukran untuk artikel semoga ia mampu menyentuh hati-hati yang sedang diuji. |
Aezza |
Posting pada: 29-07-07 22:04 |
Qasih_Ilahi |
Posting pada: 29-07-07 22:54
syukran..
erm..tapi nak tanya sikit pendapat sahabat... how about hubungan selepas pertunangan...is it boleh sms..ye lah org itu kat sesi pertunangan ni macam tempoh prkenalan...qasih faham yang hubungan tu masih belum halal...tapi is it ada sikit kelonggaran untuk memulakan hubungan -macam introduksi diri or feeling... kakak qasih baru btunang jumaat baru ni...permulaan'yang amat baik..moga berkekalan dalam perhatian Allah |
ShahrulZaman |
Posting pada: 29-07-07 23:28 Saya sangat tertarik...ini lah dia yang perlu kita sedar. Jangan mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi |
saffaa |
Posting pada: 30-07-07 04:03
alhamdulillah..bagus..artikel ni..but..macam mana caranya untuk kita sebarkan bend ni semua..sebab saya memang tau bend ni..tapi tak tahu macam mana nak xplain kat kawan-kawan yang ad kat Malaysia tu..sedih juga tengok mereka tertipu dengan diri sendiri..tertipu dengan title 'islamik' tu..
|
Ibnu_muaz |
Posting pada: 30-07-07 08:19 |
mohamad |
Posting pada: 30-07-07 09:03
assalamualaikumwarahmatullah...
syukran ya akhi. inilah yang banyak berlaku sekarang... syukran sekali lagi... ana copy ye??? |
destinasi_abadi |
Posting pada: 30-07-07 09:24 |
trouver_99 |
Posting pada: 30-07-07 09:58
salam.
saya ingin bertanya,betul ke ada zina hati?kerana saya kurang arif dalam perkara ini.bagi saya,ianya adalah perasaan dan tidak melakukan perbuatan.harap ada orang yang lebih tahu dapat jelaskan.terima kasih |
imtiyaz_lail86 |
Posting pada: 30-07-07 13:02
SALAM ALAIK..
barokallahufik.. MGA kita sama-sama dapat ambil PNGJRAN DRINYE...bukan sahaja AMIIK PENGAJARN tapi AMALKN sekali dalam KHIDUPN..INSYAALLAH.. |
imtiyaz_lail86 |
Posting pada: 30-07-07 13:15
tiada rasa ingat akan ALLAH SWT tanpa ujian...tiada rasa kehambaan tanpa kepasrahan..tiada rasa penggantungn tanpa kpayahan..sesungguhnya ALLAH SWT mmbri kmudhn dalam kpahitan..
"kita sering mahukn hari yang CERAH,tetapi ALLAH SWT lebih mngetahui hakikatnya HUJAN perlu dturunkn..kita sering inginkn KSERONOKAN,jauh sekali ksusahn,ttapi ALLAH SWT lebih mngtahui kesusahn itulah yang mngjar erti khidupn..kita sering inginkn KETENANGAN,hakikatnya dari ini penuh dengan DOSA dan KEJAHATAN..tetapi mnusia tak dapat lari dr KESILAPAN..semua itu bknlh 1 HUKUMAN..tetapi sebagai tanda KASIH dan sayang agar kita lebih brsbr dan dkat pdaNYA.. BAROKALLAHUFIK |
sayatetapsaya |
Posting pada: 30-07-07 16:11 |
sahabat2hidayah |
Posting pada: 30-07-07 16:29
wrbt..
Semoga kita semua sama-sama mengambil pengajaran daripadanya.. Kisah sebegini memang dekat dan terlalu hampir dengan diri kita.. Ya Allah, jauhilah hambaMu ini daripada kelalaian. |
ummusafiah |
Posting pada: 30-07-07 17:59 |
maira_insyirah |
Posting pada: 30-07-07 18:07
alhamdulillah
saya pernah juga..seorang sahabat karib yang melanjutkan pelajaran ke luar negara memutuskan untuk tidak berhubung lagi, dengan cara sedemikian..pada mulanya, memang rasa sedih dan tak berapa faham mengapa perlu dia bertindak seperti itu, sedangkan kami hanya kawan biasa, jarang berbual, jarang bersms..dalam setahun adalah sekali sahaja bertanya kabar,, memang pada mulanya ada rasa sedih dan terkilan, kerana sayangkan ukhwah persahabatan tu. namun, hati ini tetap pasrah dan percaya, setiap perbuatan yang dilakukan ikhlas untuk memelihara hubungan dengan ALLAH, pasti akan mendatangkan kemanisan dalam hati kita.so, kami pun terputus hubungan selama 4 tahun lebih. Alhamdulilah, sekarang ni saya dah pun dapat menerima hakikat dan faham mengapa dia berbuat demikian.semuanya untuk menjaga hati kami dari terjerumus ke dalam hal-hal seperti mukaddimah zina hati.. Apa yang penting adalah kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan sahabat saya kita...saya percaya, keakraban sesuatu persahabatan itu tidak boleh diukur berdasarkan aspek fizikal atau lahiriiah semata-mata, namun apa yang penting adalah doa yang kita panjatkan untuk kesejahteraan dan kebahagiaan dia . |
ika2410 |
Posting pada: 03-08-07 09:17
Pada 30-07-07 09:58 , trouver_99 posting:
!!! QUOTE !!! salam. salam... Jangan sampai terperangkap di dalam zina hati! Jangan terpedaya oleh nafsu kerana ingatlah akan sabda Rasulullah saw ini.... "Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ia menjadikan hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa (ajaran islam)" (hari. Hakim). berubahlah untuk menjadi yang lebih baik.. peliharalah hubungan dengan Allah.. ingatan jua buat diriku ini.. moga Allah beri kekuatan kerana inilah yang ana cuba tegakkan.. untuk mendapat kemanisan iman.. lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan begitulah jua sebaliknya.. ----------------- 'mencari impian, menanti harapan, segunung kesungguhan, arah tujuan mardhatillah' |
aku_hambamu |
Posting pada: 03-08-07 09:45 |
fizal86_anakpadi |
Posting pada: 03-08-07 11:46 |
Kaisi |
Posting pada: 03-08-07 12:08
Pada 29-07-07 12:00 , Ibnu_muaz posting:
!!! QUOTE !!! asm wbt.. |
immad |
Posting pada: 03-08-07 13:07 |
aishgurlz |
Posting pada: 03-08-07 17:35
salam...moga kita dapat menjaga diri agar tidak terjebak dalam zina hati..marilah sama-sama kita renung2kan kembali dan bermuhasabah diri masing-masing..wallahualam..
|
firdaus_9 |
Posting pada: 03-08-07 20:12 |
insyirah_hr |
Posting pada: 06-08-07 11:01 |
sitishairah |
Posting pada: 07-08-07 13:25 |
nurul_huda3110 |
Posting pada: 07-08-07 13:53
syukran ya akhi..
cerita ni betul-betul memberi pengajaran yang berguna buat ana.terharu...masih ada hamba ALLAH yang betul-betul menjaga hubungan dengan ALLAH dan hubungan sesama manusia.gembira...diberi kesedaran lebih awal sebelum terjadi sesuatu yang lebih buruk. adakalanya kita tak sedar apa yang kitalakukan sebenarnya salah. kita rasa betul tapi hakikatnya? apapun yang berlaku, ingatlah janji ALLAH yang pasti buat hamba2Nya: "lelaki yang soleh untuk wanita yang solehah dan begitulah sebaliknya.." *ana nak copy artikel ni boleh?nak tampal kat kolej..moga dapat dmanfaatkan. ********************************************** ProUd To bE MusLim |
qudwah |
Posting pada: 07-08-07 15:53 |
Ibnu_muaz |
Posting pada: 07-08-07 19:32
Ana betul-betul tak sangka.. dalam diam.. rupanya masalah zina hati ini sanat kronik dan membarah dalam diri remaja2 islamik.. Ya Allah.. Lindungilah umat ini dari fitnah ini...
----------------- |
aL-azyM |
Posting pada: 08-08-07 09:59 |
munawirah |
Posting pada: 08-08-07 11:55
sedih sangat tatkala membaca artikel ni...
sebak..kecewa..dan malu sangat-sangat dengan ALLAH... dah terlalu banyak dosa yang d lakukan... YA ALLAH AMPULAH DOSA HAMBA2 MU... AMIN..... |
zulman |
Posting pada: 08-08-07 14:03
Pada 29-07-07 12:00 , Ibnu_muaz posting:
!!! QUOTE !!! assalamualaikum..wbt.. Bagus cerita ini ..merenung sejenak. kesilapan lalu...moga diampunkan...cawan mesti bersih..baru air akan jernih.. |
destinasi_abadi |
Posting pada: 08-08-07 15:16
cuba baca ini pula...baca tau walaupun panjang...memang best dan berguna...ni saya dapat dari email...
---------------------------- Pernah seketika dulu saya rasa saya xberguna.. duduk dalam kelas kawan-kawan semua tak suka.. Saya nak join org mereka kata saya nyibuk..ada juga yang kata saya kuat emo..sikit-sikit nak marah..Pdhal sbnanye saya nak tgo mereka buat salah.. Pstu saya cuba buat lawak konon nak tarik perhatian org len ,saya punya gembira bila ada org glk dengan lawak saya espcially dak2 perempuan..Dk2 laki semua kata saya mat capap.. tapi saya xkesah.. asalkan ada yang terhibur.. Tapi saya tetap merasakan kekosongan..memang lumrah manusia..seorang lelaki akan tertarik kepada wanita..Cmtulah yang saya rasa..Saya tengok kawan-kawan dah ada yang couple..kat hostel sms2 awek sampai pagi..ada yang call awek sampai 1 mlm boleh habis 10 rggit.. Saya mula fikir.. Adakah aku perlu BERCINTA? dengan mnggunakan akal seorang pelajar Universitiitu..saya pun mula mnanam tekad untuk bercouple..dan masa tu lah saya tackle awak.. saya rasa saya dah jumpa org yang paling penting dalam hidup saya.. mula-mula awak jual mhl..tapi saya xkesah..nak beli juga..huhu..lst2 pendek cerita..saya pun mulalah BERCINTA.. masa brcinta,memang saya sangat-sangat bersemangat apa org minang kata..ALL OUT lah..huhu~~Saya salu call awak,awak pun salu call saya..gayut malam-malam..kadang-kadang saya pun habis rm10 1 mlm..Tapi sgala PENGORBANAN yang dilakukan masa tu.. Xtrase pun kehilangannye.. masa bercinta memang indah..semuanya indah..sikit-sikit guro2 dan glak2 kalau merajuk men pujuk2..kalau birthday men wish2.. untuk diri ni,terasa amat bhagia..sebab masa tu lah terasa diri ni dihargai..Saya pernah fikir.. Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya smcm dan kata saya macam-macam..Aslkan awak memahami saya.. Satu hari saya dengar ceramah..Alhamdulillah.. dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa dan saya kena brubah..Hidup saya mesti selari dengan islam..Saya kena jadi baik..sebab memang tu fitrah manusia..Ignkn kebaikan..semua org nak masuk syurga kan? Sejak dr tu saya mula rapatkn diri dengan masjid..Rapatkan diri dengan Al-Quran..Salu smyg jemaah..Salu dengar tazkirah.. Saya tak nak jadi baik seorang-seorang..so saya ajak awak sekali..Saya ajk awak baca quran..saya ajk kjut awak bangun subuh..(calling) saya ajk awak bg2 tazkirah.. mula-mula mungkin awak terkejut dengan perubahan saya..awak ingat saya dah nak jadi alim, nak berhenti couple.Saya kata,kita bukan buat salah..bercinta kerana Allah..kita couple tak macam org len..org len couple jiwang2 saja..ada yang siap buat mksiat lagi..pgg2 tangan dan so on..Tapi kita couple baik2..juga batas-batas syaaro'.. tak nak guna ayat jiwang2 janji tak nak jumpa dah,takut berlaku mksiat.. Dan awak terima perubahan saya tu..Saya pun banyak nasihat awak..awak pun terima.. Walopn kadang-kadang awak merajuk sebab tguran saya tu awak tak dapat nak adapt.. tapi saya faham,prubahan memerlukan masa..Dan akhirnya saya rasa..Hubungan kita semakin diredhai.. Saya salu doa supeya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan.. dalam proses prubahan saya, Saya mula sedar Dakwah itu wajib.. Kita kena mnyampaikan pada org tentang kebenaran.kalau tak..kita akan dipertanggungjwbkn oleh Allah di akhirat kelak.sesuai dengan firmanNya dalam surah Al-A'raf, surah ke 7,ayat ke 164: "Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,dan supaya mereka bertakwa". Pstu saya mulala bagi tzkirah pada kawan-kawan..adek2..Tgo mereka apa-apa saja yang mereka buat silap.. Saya tak boleh tahun bila tengok org buat salah/dose.. Saya mesti nak tgo. Selemah2 iman tgo dengan hati, oleh sebab saya nak jadi org kuat iman..apa lagi..tgo saja lah direct..huhu~~ Pstu satu masa.. saya trbace pasal couple.. "COUPLE HARAM" Saya xcye.. tapi bila baca detail2 yang dia bagi.. macam betul pula.. huhu~~ tapi biasa lah kan.. kalau kita suka satu mnde tu.. kita ttapi akan cari alsn untuk mneguhkn pendapat kita.. Saya pun buat tatau pasal mnde tu.. dan truskn saja hubungan kita.. kita tak buat mksiat.. Kita tak jalan-jalan pgg tangan.. tak jiwang2.. hanya saling ambil berat.. tanya kaba.. Borak2.. Siap bagi tzkirah2 lagi.. apa yang haramnye dengan mnde begini kan? huhu~~ Xkesahlah.. masa terus berlalu... masa ni dah nak dekat mid term lagi 3mggu agaknya.. entah..lupa lah.. xctat dalam diary.. sebab saya tak ada diari pun.. huhu.. dalam masa tu, saya memang rajin aja2 kawan.. pada masa yang semua bagi tzkirah kat mereka.. ada yang respek.. ada yang prospek..(pandang slack) kadang-kadang bila tegur.. saya kena marah balik.. macam-macam lah ada kata tegur tak berhikmah.. ada yang kata saya poyo saja.. Tapi tak apa.. saya ada tempat ngadu.. huhu~~ Suatu masa.. ktika sedang mntadabbur Al-Quran seorang diri.. saya trtjmpe ayat ni.. Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berpikir? (Al-Baqarah, ayat 44) Saya pun trfikir.. "selama ni aku dok tgo org saja. Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan, cepat marah, suka buang masa, ada juga dose2 kecil yang masih dilakukan.. bagaimana ye?" Pstu trjmpe pula ayat ni.. Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui. (Al-Baqarah ayat 42) tetiba saya trfikir satu kritikan kawan.. "Ala anda tu..cakap brasap..gaye alim,tapi couple juga..semua saja anda dengan kami..tgo org konon.." Berfikir sejenak.. Sbnanye brcouple ni boleh ke tak? Adakah slame ni saya hnye mnganggap ia boleh? dah tu, npe saya rasa malu bila mak dan ayah tau saya selalu contact perempuan? Dan terkadang rasa serbe salah? macam-macam yang saya fikir.. Dipendekkan cerita lagi sekali.. saya ke penang untuk mngikuti satu seminar dkwh.. Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mngenai dakwah akan lebih mntapi.. sebelum pergi sminar tu.. saya stil sms2 lagi dengan awak.. tanya khabar.. sempit lagi psn2 spye jangan lupa baca quran hari ini.. dalam pikiran saya.. "Ni kira dkwh juga ni..saling ingat-mngingati.." ****** majlis malam tu berakhir dengan sesi ta'aruf, pukul 10 semua org dah bebas nak buat apa-apa.. lagipun kami pnt.. takkan nak pnjg2kn program sampai tengah mlm.. pihak penganjur pun faham.. Ttbe saya trgerak hati untuk berkongsi masalah dengan fasilitator yang ada kat situ.. Saya rasa ni lah masa trbaik nak tanya pendapat dia pasal couple. Tapi saya tragak2.. "kalau betullah couple tu salah..habis tu,nak buat bagaimana. Aku kena clash ke? Aaah,watapie fikir begitu..tanya saja lah. kalau tak buat salah nak watapie takut.." Lalu saya mnghampiri Brother fasilitator tu.. masa tu dia tengah belek2 trjemahan quran dia seorang-seorang.. ", bang, saya nak tanya sikit boleh?" "Em,boleh..duduklah. anta nak tanya apa?" "Er..begini,saya nak tanya sikit. sebelum saya terlibat dengan dkwh ni, saya ada lah kenal seorang kawan ni, perempuan lah. Tapi bknla setakat kawan biasa..rapat juga lah. bukan rapat biasa,tapi rapatla.." "Bercinta ke?" Saya malu nak tckp yang saya couple. Kg apa lk brother tu kata..mesti dia pandang slack nanti. Saya angguk saja lah. Pstu saya tanya.. "Sbnanye..couple ni boleh ke tak bang?" "Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan trtarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan trtarik kepada lelaki. Tapi dalam islam, perasaan tu perlu ada batasnya. Pergaulan perlu dijga. kan Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yang ke 32: Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." "Tapi bang,saya tak nampak pun mnghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mngawal perhubungan kami. SMS2 pun tak adalah jiwang2,selalu bagi tzkirah. Kami selang2 bagi, harini saya, esok dia. kan ke baik tu?" Saya tak nak mengalah. "memang betul niat anta baik. Tapi ingat, niat tak pernah mnghalalkan cara. yang batil ttapi batil, yang haq ttapi haq. cuba tengok ayat ni." sambil brother tu buka quran dia, dan tnjuk kat saya ayat ni: Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam. (Surah Al-Ankabut,Surah 29, ayat 3 "Akhi, kalau anta tengok ayat ni, setan telah buat anta pandang indah mnde buruk yang anta lakukan. Walopun anta brpandangan tajam,mksdunye anta berilmu tinggi. memanglah pada mulanya niat anta baik, tapi ingat, setan licik. Dia akan sedaya upaya buat anta trjerumus ke dalam kemaksiatan.." Saya pun cakaplah.. "Tapi bang, saya dah janji dengan dia tak nak jumpa lagi. sebab saya tau kalau brjumpe nanti banyak bhyenye. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama mnjge diri. takkan ia boleh mmbawa kepada zina jugak bang?" "Em,betul,anta dah janji tak nak jumpa dengan dia lagi. anta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau anta janji tak nak call dia selalu, anta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang ttapi anta tak dapat elak bila bercouple.." "Zina hati?" Saya mncelah. "Betul, zina hati. Semua ni lah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya bagaimana menghampiri zina tu. anta boleh check dalam Riyadhus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah sabda, mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan kata-kata, tangan boleh brzina dengan brpgangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat mksiat. Hati pula boleh berzina dengan merindui, mngingati, mmbayangi si dia. Hakikatnye, bagaimana pun anta buat, anta ttapi tak dapat lari daripada zina hati." Saya terdiam..kelu. tak tahu nak kata apa-apa. semua yang brother tu kata tak nampak apa yang salahnya. Pstu dia smbung.. "Ana dulu pun couple juga. lagi lme daripada anta. sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar pasal ni, ana terus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak2 ana. kalau nak ikutkan lagi besar masalah ana daripada anta." "Saya riso lah bang. nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rpt dengan dia. Sure nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi kat dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. sebab kami dah rapat sangat-sangat" masa tu saya dah mula sebak dah. Malu tol. Nangis depan brother tu cerita pasal mnde ni. entah apa-apa. sebab baik tak ada org len tengok masa tu. Brother tu jawab.. "kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka nak watapie? Paling teruk pun,mereka akan mengata di belakang anta. anta tak kurang sikit pun. lagi pun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah org nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. kalau Allah xredha, semuanya dah xbrmkne lagi." Saya trdiam lagi. "pasal dia pula, cuba anta fikir dr sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan anta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin,dia takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau dia buat sekali pun, tu bukan tggungjwb anta, apa yang anta nak buat tu betul, meninggalkan mksiat. Semua org akan tggung balasan atas perbuatannya sendiri." Saya dah tak dapat tahun lagi. masa tu saya nangis, saya dah sedar gy saya kena berhenti couple. dah jelas sekarang, Couple tu haram. "jadi bagaimana nak buat bang?" "Ana dulu, hantar 1 sms saja kat dia. Ana terangkan dia hubungan yang dibina tu salah. minta maaf, kita berakhir di sini. tolong jangan cari saya lagi. Pstu ana terus tukar no. dia xcontact ana lgsung dah pstu." "Mksudnye, saya tak boleh cntct dia lagi ke? Tapi bang, saya ada juga kawan perempuan lain, boleh lk saya cntct mereka?" "dengan dia ni lain. anta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan anta satu universiti dengan dia, satu kuliah, pstu kena lk buat group discussion, masa tu anta hnye lyn dia hanya sebagai group discussion partner." Ttbe saya trfikir.. "dia ni nak suruh aku clash mlm ni juga ke? sekarang juga? Xknla awal sangat?" Saya cakap.. "Saya rasa saya belum ada kekuatan lah bang. boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan baru saya tgglkn mnde ni?" Saya bajet nak lari lah. sekali dia jawab.. "Akh, anta kena ingat. Kekuatan tu tak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah takkan ubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mngubah keadaan dirinya sendiri,boleh rujuk surah Ar-ra'du,surah ke-13,ayat 11. lagipun,anta nak tunggu sampai bila baru nak tgglkn couple ni..abang-abang kat sini pun ramai yang pernah couple, bila masuk dkwh, mereka tgglkn." Alamak...tak boleh lari lgla nampaknya..saya rasa macam brother ni pkse saya clash masa tu juga. "semuanya dah jelas rasanya..nampaknya saya kena tgglknla mnde ni juga ye. macam xlrt rasanya nak tkn button telefon ni. rasa xsggup." "kalau xsanggup mari ana tolong tekankan." "Eh, tak apa lah bang. Biar saya taip sendiri." Tragak2 saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri.. "Semuanya dah jelas..buat apa aku tgguh2 lagi. takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tgglkn. kan aku salu doa supaya dijauhkn dr mksiat..jadi rasanya, inilah msenye.." Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu.. Berat betul nak hantar mesej tu kat awak. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tinggal. sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. lepas beberapa ketika..saya tkn juga button . Pstu tertera kat skrin.. masa tu saya rasa macam sparuh hidup saya dah hilang. macam xcaye saja..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak.. "Terima kasih bang.." "tak mengapa, dah tggungjwb.." Mlm tu saya saya tidur dengan linangan air mata.. tak sangka..memang tak disangka.. Saya memang tak pernah trpikir untuk clsh, tapi tu lah yang terbaik untuk kita sebenarnya.. Teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah, ayat 216.. Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ******* Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan keje2 lain.. dalam usaha nak lupakan awak.. bukan senang.. tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tzkirah..igtkn org.. Saya bagi taklim kat masjid, cerita kat org, couple haram, tunjuk sgala dalil.. macam-macam yang berlaku... ada kritikan.. ada juga yang setuju.. tapi xkesahlah semua tu.. Saya rasa awak stil tak boleh lupakan saya.. Saya pun fikir..kena tgskn rasanya.. Pstu saya hntrlah sms ni.. Dan rasanya itulah yang terakhir.. "Tiada yang lebih indah daripada mndapat keredhaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, slagi xmndpt keredhaanNya, ttapi xbrguna.. ..saya tau dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insayaa-Allah akan bertemu juga. Tapi saya tak nak awak tunggu. lupakan saya. Biar Allah yang menentukan.. lagi 1, jangan cari cinta manusia, ia penuh dengan pnipuan, kekecewaan, dan xkekal.. Tapi carilah cinta Allah.. tiada penipuan, tidakkan pernah mengecewakan itulah cinta abadi.. Cinta yang diredhai.. -Yang Terakhir- " Saya dah buat keputusan. Saya psti apa yang saya buat ni betul. Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaiku untuk saya.Saya takkan berpatah balik..takkan..buat selama-lamanya. ikuutilah saya, inilah jalan terbaik bagi kita.. saudara2 ku |
immad |
Posting pada: 08-08-07 15:37
ya allah.sayu ana baace,huhu...ya allah baagi lah kekuatan padaa diriku,,,,,allah tidak akan mengubah naasib sesuatu kaum sehingga seseorang itu mengubah dirinyaa sendiri
|
ctnurbebo |
Posting pada: 08-08-07 18:32
salam...
iktibar dan panduan yang bagus untuk kita semua...moga-moga dilindungi dan dijauhkan dr perkara2 yang xelok...amin.. |
Hibatullah |
Posting pada: 08-08-07 19:49 |
Rashdin |
Posting pada: 08-08-07 21:26
sebagai prigtn---->bdoala selalu kepada Dia skranye sebagai tanda ingatan kita kepada org yang dsyngi kerana i2la yang trbaik sekali dan salah 1 usaha yang trbaik..
|
snawan |
Posting pada: 08-08-07 23:52 |
salsyafiqah |
Posting pada: 09-08-07 09:32
assalamualaikum..............
terharu dan terasa macam cerita diri sendiri pula, ana pun pernah rasa yang macam cerita dalam topik zina hati ni..cuma masa itu ana yang terasa hubungan lelaki perempuan before marriage memang salah dan ana decided yang nak putus....masa itu memang rasa sayu dan agak kecewa tapi sekarang alhamdulillah lepas baca cerita tadi hati makin yakin dengan kuasa tuhan dan dapat mengelakkan dari zina hati yang selama ni ana tak sedar... sukran....dan terima kasih TUHANKU... |
cahaya_airterjun |
Posting pada: 09-08-07 11:13
salam...
memang betul² tersentuh hati ana membaca cerita neh.. terima kasih diatas peringatan ni.. semoga cerita ini memberikan iktibar kepada kita semua.. |
Strawberry_Ungu |
Posting pada: 10-09-07 23:56 |
uswatun_mawaddah |
Posting pada: 11-09-07 07:05 |
ummi_aisyah |
Posting pada: 17-09-07 18:04
cerita ni menjadi satu kekuatan bagi saya untuk menjaga batas pergaulan...meninggalkan apa yang patut...memotivasikan diri saya...saya bermakna...terima kasih...
|
qudwah_mardihah |
Posting pada: 17-09-07 22:11 |
khalifah_85 |
Posting pada: 18-09-07 06:17
salam...
syukran kepada yang berkongsi artikel tersebut... Dalam islam waktu perkenalan adalah ketika mana selepas khitab (bertunang)... namun bukan bererti dengan sudah bertunang itu kita boleh keluar berdua-duaan... dan sebagainya.. sebaiknya pertemuan antara kita dan tunang kita dilakukan di rumah pihak wanita atau pihak lelaki.. dengan cara ini akan mengelakkan daripada melakukan maksiat diluar sana.. selepas khitab dan setelah kita mengenali antara satu sama lain.. percepatkanlah pernikahan kita.. kerana hanya dengan menikah sahajalah hubungan antara si teruna dan dara menjadi suci... dan saitan akan menangis kerana dia sudah tidak dapat menggoda lagi mereka untuk melakukan maksiat... namun sekarang ini kebanyakan remaja kita lebih cenderung kepada perkara yang dilarang daripada mendirikan bait muslim (rumah tangga) yang baik dan diredhai oleh Allah.. andai anda menjumpai seseorang yang menawan hati anda,yang baik dari sudut akhlak dan agamanya.. Kenapa tidka terus meminang sahaja.. kemudian dalam tempoh pertunagan tu boleh lah berkenalan namun yang terbatas dengan syarak... dah nikah esok buat lah apa-apa pun yang ingin dilakukan.. insya Allah anda akan mendapat keredhaan daripada Allah... sekadar nak berkongsi sahaja.. salah silap sila beri tunjuk ajar ye... wassalam... |
im_koyube |
Posting pada: 18-09-07 08:12 |
hanif |
Posting pada: 18-09-07 12:22
tu juga kira alat perhubungan.. so ada perantaraannya...
sama lah juga kalau kirim surat.. saya rasa tak lah salah... selagi ianya tak menlanggar batas-batas agama.. |
muslimin88 |
Posting pada: 26-09-07 01:11
zina hati???tak berapa faham.kalau kita tengok gambar perempuan lepas itu rasa semacam, asyik teringat.tu ke zina hati??? jadi apa hukum nya kalau posing gambar(tambah2 lagi dia tu cantik)??
|
ismi_atikah |
Posting pada: 04-10-07 07:41 |
RaudhatuL_Muttaqin |
Posting pada: 04-10-07 07:47
Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera hidup ini Jagalah hati jangan kau nodai Jagalah hati cahaya Illahi Bila hati kian bersih pikiranpun akan jernih Semangat hidup nan gigih Prestasi mudah diraih Namun bila hati keruh Batin selalu gemuruh Seakan di kejar musuh Dengan Allah kian jauh Bila hati kian suci tak ada yang tersakiti Pribadi menawan hati ciri mu'min sejati Namun bila hati busuk Pikiran jahat merasuk Akhlak kian terpuruk Jadi makhluk terkutuk Bila hati kian lapang Hidup sempit terasa senang Walau kesulitan datang Dihadapi dengan tenang Tapi bila hati sempit Segalanya jadi rumit Seakan terus menghimpit Lahir batin terasa sakit Jagalah hati jangan kau kotori Jagalah hati lentera hidup ini Jagalah hati jangan kau nodai Jagalah hati cahaya Illahi |
irfaz_87 |
Posting pada: 04-10-07 10:08 |
mie05 |
Posting pada: 04-10-07 11:21
titislah air mata di dunia, jangan menitiskan air mata kekesalan diakhrit nanti...
ps: pesanan pada diri sendiri.. |
Nuranys |
Posting pada: 16-10-07 14:52
alhamdulillah...terima kasih...ana sedar sekarang...memang kisahnya ada kaitan sedikit dengan hidup ana..em..ana copy ya...
syukran jazakallahu khairan kasiraa... moga DIA tetapkan hati kita dalam agamaNYA... "buat 'mu' zauj impianku, ku tahu kau mampu untuk membimbingku menuju jalan dan cintaNYA... moga kita akan disatukan dengan lafaz pernikahan yang mulia kelak...amin ya Rabb..." ----------------- |
Nuranys |
Posting pada: 16-10-07 15:14 |
kahfi8 |
Posting pada: 01-11-07 16:17 |
mas_ayu |
Posting pada: 04-12-07 11:59 |
kakisamun |
Posting pada: 04-12-07 12:08
Pada 08-08-07 14:03 , zulman posting:
!!! QUOTE !!! Bagus cerita ini ..merenung sejenak. kesilapan lalu...moga diampunkan...cawan mesti bersih..baru air akan jernih.. .. Tuan Penasihat.. 25%.. |
zulman |
Posting pada: 04-12-07 12:29
Pada 04-12-07 12:08 , kakisamun posting:
!!! QUOTE !!! Pada 08-08-07 14:03 , zulman posting: saya ada kat sini.....cawan mesti bersih ...baru air akan jernih.. |
kakisamun |
Posting pada: 04-12-07 12:32 |
broshahir |
Posting pada: 04-12-07 12:38
Pada 04-12-07 12:32 , kakisamun posting:
!!! QUOTE !!! .. cawan dah lah kurang bersih.. sumbing pula cawan tu.. tukaq cawan, pakai gelas pulak ----------------- Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya. |
kakisamun |
Posting pada: 04-12-07 12:39
Pada 04-12-07 12:38 , broshahir posting:
!!! QUOTE !!! Pada 04-12-07 12:32 , kakisamun posting: .. adehh.. kalau macam tu.. saya pakai cawan plastik lah.. tak sumbing2 dah.. |
wardiah_alwani |
Posting pada: 19-01-08 04:17 |
nadia_khalit |
Posting pada: 25-12-08 20:22
ALAHMDULILLAH segala puji hanya bagi ALLAH..
YA allah ya tuhanku.. sesungguhnyer KAU amat memahami Hati ini.. tatkala jiwa ini gundah gelana.. KAU kurniAkan hidayahMU padaKU.. KAU tunjukkan aku dengan memebaca artikel ini.. YA ALLAH ya tuhanku.. KAU kukuhkanlah keimananku sebagai mana kukuhnya keimanan para nabi dan auliya MU yang soleh..AAAMIIN |
randz |
Posting pada: 28-12-08 23:40 |
lailasuhaila |
Posting pada: 11-01-09 17:27 |
miss_pedusi |
Posting pada: 26-02-09 12:43
terketuk betul pintu hati bila baca posting mana..
memang betul, bcinta lepas kwen tu, knonya ala islamic, xpgg tangan, tatp berlaku zina hati.. tapi saya teringin nak tau, berapa banyak kes tu kalau dah brpisah atas dasar ksedaran, akan bertemu kembali?? (hanya one simple question.... dan saja nak tau..) aku tersedar dari landasan bahawa selama ini aku telah tersasar dari laluanMu ya Allah ampunilah aku janganlah kau kecualikan aku dari hujan rahmatMu janganlah kau sisihkan aku dari kasih sayangMu ampunkan aku ya Tuhan kurniakanlah aku hidayah dan petunjukMu T_T |
Member Messages |
Forum Search & Navigation |
---|---|
Log in to check your private messages |