Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-07-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Selalunya, bila kita berusaha menenggelamkan kapal orang lain, kita lupa untuk mengawal kapal kita sendiri. Kapal kita tenggelam terlebih dahulu.

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 84
Ahli: 0
Jumlah: 84




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 8 hari yang lalu
the_brOtherz: 36 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Awas aurat anda diperhatikan!


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Awas aurat anda diperhatikan!

Please Mendaftar To Post


Oleh Awas aurat anda diperhatikan!

abid_19
WARGA SETIA
Menyertai: 16.06.2007
Ahli No: 30283
Posting: 578
Dari: gombak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 20-06-07 17:46


Rasanya semua sahabat2 dah sedia maklum tentang batas-batas aurat bagi muslimin dan juga muslimat. Cuma,secara kita tidak sedar,secara tidak sengaja kita telah mendedahkan aurat kita kepada khalayak ramai tanpa disengajakan. Yang ana dapat lihat ialah dalam situasi berikut:

1.Tudung muslimat akan terselak ditiup angin apabila muslimat tersebut menaiki motosikal. Even yang pakai tudung labuh pun boleh mengalami situasi ini. Langkah terbaik,pakailah sweater untuk mengelakkan tudung
terangkat.

2.Aurat muslimin akan terdedah apabila memakai kali pelikat ketika menunggang motosikal. Situasi ini biasa dilihat ketika ingin menunaikan Solat Jumaat di kawasan kampung.

3.Muslimat mendedahkan aurat (kaki) dengan tidak memakai stoking kaki ketika berada di majlis2 kenduri especially apabila membuat kerja-kerja dapur dengan alasan kawasan dapur selalunya basah.

4.Tangan muslimat mudah terselak apabila tidak memakai baju bercekak di tangan atau stoking tangan. Situasi biasa: Apabila pelajar muslimat diminta menulis sesuatu di papan hitam/whiteboard di depan kelas,anda tidak menyedari banyak mata2 yang melihat aurat anda.

5.Muslimin yang tidak memakai baju ketika menunaikan solat. Secara dasarnya, memang aurat ditutup,tetapi boleh jadi ketika rukuk atau sujud,kain yang anda pakai terjatuh di bawah pusat (Biasa berlaku bagi orang yang gemuk)

6.Tudung muslimat yang terlalu nipis dan ringan. Apabila berjalan,mudah ditiup angin. Langkah terbaik,pakai tudung yang agak tebal dan galas beg ketika berjalan.

7.Ketika berada di kawasan peranginan bersama keluarga especially di kawasan air terjun serta tepi laut. Muslimat biasanya akan mencelupkan kaki di khalayak ramai. Aurat tetap terdedah walaupun hanya kaki yang anda buka. Muslimin pula biasanya akan mandi tanpa memakai baju. Berhati2lah ye,sebab aurat anda mungkin terdedah apabila seluar yang dipakai berada di bawah pusat. Langkah terbaik,pakailah baju ketika mandi.

8.Satu lagi perkara yang kita selalu ambik ringan ialah aurat kita dengan Non Muslim. Actually,aurat kita dengan Non Muslim sama macam aurat kita dengan bukan mahram kita. Tapi biasa yang ana nampak,rata-rata muslimat buat tak kisah dengan perkara ni. Situasi biasa: Mahasiswi buka aurat apabila berada di kawasan blok asrama kampus yang juga dihuni oleh mahasiswi non muslim.



---------------
Sekali kaki melangkah di jalan Allah..Jangan undur..Biar masa berganti aqidah jangan mati..Biar zaman berubah Keyakinan pada ALLAH jangan goyah..

:: laman ana ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For abid_19Profil   Hantar PM kepada abid_19   Pergi ke abid_19's Website   Quote dan BalasQuote

abid_19
WARGA SETIA
Menyertai: 16.06.2007
Ahli No: 30283
Posting: 578
Dari: gombak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 20-06-07 17:51


sedikit petikan dr us Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil peluang bertanya kepada kumpulan wanita ini soalan mudah berikut :-


"Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"


Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila saya meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin.


" Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu.


Saya bertanya pula : "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?"


"Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga.." sambungnya.


"Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?" Tanya saya menguji.


" Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment' (gangguan seksual) tu ustaz" dengan yakin sekali hujjahnya kali ini.


"Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?" Tambah saya.


" Erm, macam mana tu ustaz?" Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi.


"Ye lah, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal" .."Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya"


"Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh' yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga" Tambah saya lagi memberi keyakinan.


"Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar saja, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar"


"Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, sama ada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan" Terang saya dengan panjang lebar, mereka mengganguk dengan wajah serius kali ini.


Lebih terangnya, sama-sama fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin sesoerang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja. Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mugkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?.


---------------
Sekali kaki melangkah di jalan Allah..Jangan undur..Biar masa berganti aqidah jangan mati..Biar zaman berubah Keyakinan pada ALLAH jangan goyah..

:: laman ana ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For abid_19Profil   Hantar PM kepada abid_19   Pergi ke abid_19's Website   Quote dan BalasQuote

abid_19
WARGA SETIA
Menyertai: 16.06.2007
Ahli No: 30283
Posting: 578
Dari: gombak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-06-07 16:34


Menutup aurat bukan sekadar pakai tudung

SATU ketika dulu, ramai mengatakan memakai tudung itu hanyalah sunat muakad atau tidak wajib. Kalau tidak memakai tudung, hanya berdosa kecil. Kononnya sebaik saja mengambil wuduk untuk bersolat lima waktu, secara automatik dosa kita dibasuh dan terhapus.


Apabila bergaul dengan pelbagai bangsa dan agama, kita banyak mendengar dan membaca bagaimana media barat memomokkan kod pakaian wanita Islam yang dikaitkan dengan maruah dan harga diri.

Di satu sudut lain, ada wanita Islam yang bertudung dan menyangkakan mereka sudah menutup aurat, tetapi masih mengenakan seluar jeans yang ketat, kemeja T menampakkan pakaian dalam atau yang hanya layak dipakai oleh adiknya berumur 10 tahun.

Ada juga yang mengenakan tudung, tetapi memakai kain terbelah sehingga menampakkan peha, pakaian terbelah di dada, kemeja T berlengan pendek dan ada kalanya memakai skirt separas betis. Persoalannya apakah ciri pakaian menutup aurat bagi wanita Islam?

Aurat berasal daripada bahasa Arab, ‘Aurah’ yang bererti kurang. Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579)

Walaupun ulama berkompromi mengenai had aurat yang perlu ditutup oleh wanita, namun mereka bersepakat mengatakan hukum menutup aurat bagi setiap wanita Muslim yang baligh adalah wajib. Untuk memenuhi syarat menutup aurat, pakaian seseorang wanita mestilah memenuhi syarat berikut:

# Menutupi had aurat yang sudah ditetapkan.

Jumhur ulama bersepakat mengatakan aurat bagi wanita baligh ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu, mereka wajib menutup aurat daripada dilihat oleh lelaki ajnabi (bukan mahram).

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.” (Surah al-Nur, ayat 31)

Firman Allah lagi yang bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59).

Ayat itu Allah memerintahkan supaya Nabi Muhammad SAW menyuruh isteri Baginda mengenakan pakaian yang menutup aurat. Suruhan itu juga ditujukan kepada semua wanita beriman.

# Pakaian yang longgar.

Tujuan utama wanita diwajibkan menutup aurat ialah untuk mengelakkan daripada lelaki ajnabi melihat tubuh badannya dan mengelakkan daripada berlakunya fitnah. Oleh itu, pakaian yang ketat walaupun tebal sudah pasti akan menampakkan bentuk tubuh badan. Wanita yang memakai pakaian ketat walaupun menutupi seluruh tubuh masih belum memenuhi tuntutan menutup aurat seperti dikehendaki syarak.

Syarat ini berdasarkan kepada kata Dahiyyah bin Khalifah al-Kalbi yang bermaksud: “Rasulullah SAW didatangi dengan beberapa helai kain ‘qubtiyyah’ (sejenis kain yang nipis buatan Mesir), lalu Baginda berkata: “Bahagikan kain ini kepada dua, satu daripadanya dibuat baju dan bakinya berikan kepada isterimu.” Apabila aku berpaling untuk beredar Baginda berkata: “Dan suruhlah isterimu meletakkan kain lain di bawahnya (supaya tidak nampak bentuk tubuhnya).”

Menurut Ibn Rusyd, ‘qubtiyyah’ ialah pakaian yang tebal tetapi melekat pada badan kerana ianya ketat dan menampakkan bentuk tubuh pemakainya. Oleh itu, Rasulullah SAW menyuruh Dahiyyah menyuruh isterinya melapik pakaian itu dengan kain lain supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya.

# Pakaian yang tidak jarang.

Syarak menetapkan pakaian wanita mestilah tidak jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh atau warna kulitnya. Aisyah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asma, pernah masuk ke rumah Rasulullah SAW dengan berpakaian tipis sehingga nampak kulitnya. Rasulullah SAW berpaling dan mengatakan: “Hai Asma, sesungguhnya seorang perempuan bila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini sambil ia menunjuk muka dan kedua telapak tangannya.”

Teguran Rasulullah SAW terhadap Asma jelas menunjukkan bahawa pakaian yang jarang tidak memenuhi syarat menutup aurat bagi wanita baligh.

# Bukan pakaian yang menarik perhatian (pakaian syuhrah).

Apa yang dimaksudkan pakaian untuk bermegah ialah pakaian yang berlainan daripada pakaian orang lain sama ada dari segi warna, fesyen atau potongan sehinggakan menarik perhatian orang lain serta menimbulkan rasa bongkak pada pemakainya.

Ibn Umar meriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang memakai pakaian bermegah-megah maka Allah Taala akan memakaikannya dengan pakaian yang serupa pada hari kiamat kelak kemudian ia akan dijilat api neraka.”

# Tidak menyerupai pakaian lelaki atau pakaian orang kafir.

Pakaian yang menutup tubuh badan tidak dikira sebagai memenuhi ciri pakaian Islam jika menyerupai pakaian orang kafir. Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW seperti diriwayatkan Ibn Abbas: “Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.”

Larangan menyerupai pakaian orang bukan Islam ini atas alasan ia boleh menjatuhkan martabat Islam dan penganutnya.

# Tidak bertabarruj.

Tabarruj dalam bahasa mudah boleh diertikan sebagai bersolek. Ada juga yang mengatakan tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatkannya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. Kesimpulannya tabarruj ialah memperlihatkan keelokan, kecantikannya yang sepatutnya wajib ditutup.

Larangan ini berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang jahiliah dulu (pertama).” (Surah al-Ahzab, ayat 33)

Ayat itu petunjuk kepada isteri Nabi SAW supaya tetap di rumah dan tidak bertabarruj seperti orang jahiliah dulu. Konsep tabarruj jika dilihat dalam kerangka lebih luas meliputi perbuatan wanita mendedahkan aurat, memakai wangian apabila keluar rumah, cara berjalan atau tingkah laku yang menarik perhatian lelaki ajnabi.

Pakaian wanita menutup aurat mestilah memenuhi ciri disebutkan walau di mana mereka berada. Berdasarkan syarat itu juga dapat kita ukur sejauh mana wanita Muslimah sudah menutup aurat atau hanya bertudung saja seperti fenomena di Malaysia apabila ramai bertudung tetapi memakai pakaian tidak menepati syariat. Ia adalah fenomena pemakaian tudung kerana fesyen, ikut-ikutan, paksaan ataupun berdasarkan kejahilan dan bukannya ilmu Islam sebenar.


--------------
Sekali kaki melangkah di jalan Allah..Jangan undur..Biar masa berganti aqidah jangan mati..Biar zaman berubah Keyakinan pada ALLAH jangan goyah..

:: laman ana ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For abid_19Profil   Hantar PM kepada abid_19   Pergi ke abid_19's Website   Quote dan BalasQuote

nawzah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.12.2006
Ahli No: 27687
Posting: 219
Dari: BUMI ALLAH S.W.T.

jordan  


posticon Posting pada: 23-06-07 16:43


Syukran jazilan ya abid_19

Bookmark and Share

    


  Member Information For nawzahProfil   Hantar PM kepada nawzah   Quote dan BalasQuote

abid_19
WARGA SETIA
Menyertai: 16.06.2007
Ahli No: 30283
Posting: 578
Dari: gombak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-06-07 17:22


afwan..
ana sekadar berkongsi

--------------
Sekali kaki melangkah di jalan Allah..Jangan undur..Biar masa berganti aqidah jangan mati..Biar zaman berubah Keyakinan pada ALLAH jangan goyah..

:: laman ana ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For abid_19Profil   Hantar PM kepada abid_19   Pergi ke abid_19's Website   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 23-06-07 18:13


Pada 20-06-07 17:51 , abid_19 posting:

!!! QUOTE !!!

"Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya"


Tak hairan lah sekarang ni semakin banyak kes rogol...Terlampau banyak gangguan seksual terhadap lelaki...Keluar saja dari rumah mesti ada punya gangguan seksual...Boleh dikatakan setiap hari gangguan seksual berlaku terhadap lelaki...Lain lah kalau lelaki tu jenis yang duduk kat rumah 24 jam...Ataupun lelaki tu berjalan pandang bawah dari keluar rumah sampai lah balik semula...Kalau bawa moto/kereta pun pandang bawah...Tak pandang depan...huhu...

Mungkin perlu ada undang-undang untuk melindungi lelaki daripada ganguan seksual ni...Kalau ada perempuan yang pakai seksi, lelaki boleh bawa ke mahkamah atas tuduhan melakukan gangguan seksual...Biar padan muka perempuan tu...

8-)


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

lightarrowss
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.03.2006
Ahli No: 23586
Posting: 167
Dari: KELANTAN

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-06-07 18:59


syukran jazilan

Bookmark and Share

    


  Member Information For lightarrowssProfil   Hantar PM kepada lightarrowss   Quote dan BalasQuote

ummusafiyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.03.2006
Ahli No: 23742
Posting: 98
Dari: bumi Allah S.W.T. yang tercinta

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 23-06-07 19:17


syukran jazilan abid_19

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiyahProfil   Hantar PM kepada ummusafiyah   Quote dan BalasQuote

fathurrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2006
Ahli No: 23783
Posting: 580
Dari: -

jordan   avatar


posticon Posting pada: 23-06-07 19:25


Pada 20-06-07 17:46 , abid_19 posting:

!!! QUOTE !!!

Satu lagi perkara yang kita selalu ambik ringan ialah aurat kita dengan Non Muslim. Actually,aurat kita dengan Non Muslim sama macam aurat kita dengan bukan mahram kita. Tapi biasa yang ana nampak,rata-rata muslimat buat tak kisah dengan perkara ni. Situasi biasa: Mahasiswi buka aurat apabila berada di kawasan blok asrama kampus yang juga dihuni oleh mahasiswi non muslim

hal ini telah dibincangkan beberapa kali.... terdapat khilaf dalam masalah aurat Muslimat kepada wanita non-Muslim

pendapat yang rajih - adalah dibenarkan wanita Islam membuka apa yang dibolehkan di hadapan mahram, seperti membuka tudung kepala, kawasan tengkok, lengan dan tapak kaki. Sama ada wanita dan mahram tersebut Islam atau bukan Islam tidak ada beza hukumnya.

Apa yang diarang ialah Wanita Islam tidak dibenarkan memakai pakaian yang pendek, yang nipis (see-through) atau pakaian yang sempit yang mempamirkan auratnya. - Fatwa al-Lajnah ad-Daaimah KSA

Islam bukan agama yang menyusahkan.... kalau dah pagi petang siang malam tinggal sebilik dengan non-Muslim, takkan nak pakai tudung 24 jam, 7 hari seminggu?

bacaan lanjut: Wanita Islam tinggal sebilik dgn wanita non-Muslim


-----------------
"Intellectuals solve problems; geniuses prevent them.." -Einstein
[ Telah diedit oleh: fathurrahman pada 23-06-07 19:27 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For fathurrahmanProfil   Hantar PM kepada fathurrahman   Pergi ke fathurrahman's Website   Quote dan BalasQuote

mujahidah_muslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 693
Posting: 678
Dari: Bumi Allah

pakistan   avatar


posticon Posting pada: 23-06-07 20:07


ana setuju dengan fatturrahman.. memang isu ini khilaf dan pendapat yang kuat mengatakan ada kelonggaran setakat yang dibolehkan apabila bersama non muslim, benar islam bukan agama yang membebankan.

waallahua'alam


-----------------
I'm glad to be me..
Jaga diri, jaga iman, Jaga hati. Tebarkan salam
[email protected]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahidah_muslimahProfil   Hantar PM kepada mujahidah_muslimah   Quote dan BalasQuote

azreenfasya
Warga 1 Bintang
Menyertai: 27.11.2006
Ahli No: 27509
Posting: 37
Dari: Kuching.

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 23-06-07 20:45


Terima kasih atas info-info tu. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For azreenfasyaProfil   Hantar PM kepada azreenfasya   Quote dan BalasQuote

abid_19
WARGA SETIA
Menyertai: 16.06.2007
Ahli No: 30283
Posting: 578
Dari: gombak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-06-07 21:13


Pada 23-06-07 19:17 , ummusafiyah posting:

!!! QUOTE !!!

syukran jazilan abid_19

afwan...sekadar berkongsi apa yang perlu..

---------------
Sekali kaki melangkah di jalan Allah..Jangan undur..Biar masa berganti aqidah jangan mati..Biar zaman berubah Keyakinan pada ALLAH jangan goyah..

:: laman ana ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For abid_19Profil   Hantar PM kepada abid_19   Pergi ke abid_19's Website   Quote dan BalasQuote

abid_19
WARGA SETIA
Menyertai: 16.06.2007
Ahli No: 30283
Posting: 578
Dari: gombak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-06-07 21:15


Pada 23-06-07 19:25 , fathurrahman posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 20-06-07 17:46 , abid_19 posting:

!!! QUOTE !!!

Satu lagi perkara yang kita selalu ambik ringan ialah aurat kita dengan Non Muslim. Actually,aurat kita dengan Non Muslim sama macam aurat kita dengan bukan mahram kita. Tapi biasa yang ana nampak,rata-rata muslimat buat tak kisah dengan perkara ni. Situasi biasa: Mahasiswi buka aurat apabila berada di kawasan blok asrama kampus yang juga dihuni oleh mahasiswi non muslim

hal ini telah dibincangkan beberapa kali.... terdapat khilaf dalam masalah aurat Muslimat kepada wanita non-Muslim

pendapat yang rajih - adalah dibenarkan wanita Islam membuka apa yang dibolehkan di hadapan mahram, seperti membuka tudung kepala, kawasan tengkok, lengan dan tapak kaki. Sama ada wanita dan mahram tersebut Islam atau bukan Islam tidak ada beza hukumnya.

Apa yang diarang ialah Wanita Islam tidak dibenarkan memakai pakaian yang pendek, yang nipis (see-through) atau pakaian yang sempit yang mempamirkan auratnya. - Fatwa al-Lajnah ad-Daaimah KSA

Islam bukan agama yang menyusahkan.... kalau dah pagi petang siang malam tinggal sebilik dengan non-Muslim, takkan nak pakai tudung 24 jam, 7 hari seminggu?

bacaan lanjut: Wanita Islam tinggal sebilik dgn wanita non-Muslim



syukran atas pembetulan..maafkan ana atas kenyataan tersebut

---------------
Sekali kaki melangkah di jalan Allah..Jangan undur..Biar masa berganti aqidah jangan mati..Biar zaman berubah Keyakinan pada ALLAH jangan goyah..

:: laman ana ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For abid_19Profil   Hantar PM kepada abid_19   Pergi ke abid_19's Website   Quote dan BalasQuote

ain_sakinah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.03.2007
Ahli No: 29263
Posting: 67
Dari: Atas kerusi..Depan k0mputer...(~,-)

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-10-07 12:24


Syukran atas info di atas...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ain_sakinahProfil   Hantar PM kepada ain_sakinah   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 09-10-07 12:43


Assalamualaikum...
info yang sangat berguna...
tapi, macam pernah ku baca....di mana ye....???
nak minta copy eh....untuk kebaikan umat bursama....



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

kunciair
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.09.2007
Ahli No: 30929
Posting: 184
Dari: perak

malaysia  


posticon Posting pada: 09-10-07 14:18


terima kasih bagi pringatan.... :-) :-)


-----------------
wanita hiasan dunia..adalah permata yang paling berharga bagi lelaki


Bookmark and Share

    


  Member Information For kunciairProfil   Hantar PM kepada kunciair   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-10-07 14:42


Pada 23-06-07 18:13 , sailormoon posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 20-06-07 17:51 , abid_19 posting:

!!! QUOTE !!!

"Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya"


Tak hairan lah sekarang ni semakin banyak kes rogol...Terlampau banyak gangguan seksual terhadap lelaki...Keluar saja dari rumah mesti ada punya gangguan seksual...Boleh dikatakan setiap hari gangguan seksual berlaku terhadap lelaki...Lain lah kalau lelaki tu jenis yang duduk kat rumah 24 jam...Ataupun lelaki tu berjalan pandang bawah dari keluar rumah sampai lah balik semula...Kalau bawa moto/kereta pun pandang bawah...Tak pandang depan...huhu...

Mungkin perlu ada undang-undang untuk melindungi lelaki daripada ganguan seksual ni...Kalau ada perempuan yang pakai seksi, lelaki boleh bawa ke mahkamah atas tuduhan melakukan gangguan seksual...Biar padan muka perempuan tu...

8-)





jauhi dari kemungkinan-kemungkinan dan punca-punca yang menaikkan syhawat seboleh mungkin ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

eyla05
WARGA SETIA
Menyertai: 17.10.2005
Ahli No: 19884
Posting: 546
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-10-07 15:03


terima kasih....baik untuk saya dan semua......



Bookmark and Share

    


  Member Information For eyla05Profil   Hantar PM kepada eyla05   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.11578 saat. Lajunya....