Oleh |
Kontroversi Syarifah Amani |
aye
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2006 Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak
|
Posting pada: 19-06-07 15:00
WANITA MEMBOTAKKAN KEPALA Untuk Berlakon : Satu Kemungkaran Antara produk Islam Hadhari sejak sekian lama ia dilancarkan sebagai satu konsep dan prinsip hidup masyarakat Negara ini ialah lahirnya pelakon yang sanggup melakukan apa sahaja seperti Syarifah Amani Syed Zainal Rashid . Sebelum ini beliau telah banyak kali membuat penampilan yang kontraversi termasuklah kenyataannya yang dianggap menghina bahasa dan bangsa sendiri . ("I sound stupid if I speak Malay" ) Juga beliau tergamak untuk tampil melakukan aksi yang pastinya menjolok mata seperti apa yang lakukannya dalam filem Gubra . Kali ini , beliau sekali lagi menggemparkan Negara dengan kesanggupan membotakkan kepala untuk tampil dalam filem terbaru lakonannya yang berjudul Muallaf . Nasib beliau sangat baik di bawah kepimpinan Pak Lah yang berkonsepkan Islam Hadhari berbanding ustaz dan penceramah agama di masjid dan surau yang sering dihimpit kerisauan . Bukan sahaja penceramah agama ini akan di gam kerana tiada tauliah tetapi tidak kurang juga yang ditangkap dan didenda . Dewan Pemuda PAS Pusat melahirkan rasa kesal terhadap fenomena ini . Inikah bentuk tamaddun yang mahu dilahirkan oleh Islam Hadhari ? Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah swt . Satu rasa simpati diberikan kepada mereka seperti Syarifah Amani yang rosak mindanya akibat terperangkap dalam system yang tidak mendidiknya menjadi wanita muslimah yang solehah . UMNO dan BN bertanggungjawab dalam hal yang seperti ini. Keengganan mereka melaksanakan syariat dan system hidup berlandaskan keluhuran agama dan ketulusan akhlak akhirnya melahirkan individu seperti Syarifah Amani dan lainnya. Program reality tv seperti Akademi Fantasia juga dilihat satu aktiviti dalam system yang terpisah jauh dari wahyu Ilahi ini dan akhirnya melahirkan individu yang sangat janggal dan ganjil di mata Islam . Akademi fantasia melahirkan penyanyi wanita yang bertudung dengan aksi rock dan tarian yang meliuk lintuk di hadapan khalayak . Tanpa malu dan tanpa segan sebaliknya bangga tanpa pula rasa bersalah terhadap agama. Sekali lagi Dewan Pemuda PAS Pusat mempersoalkan bagaimanakah UMNO dan BN mahu melahirkan masyarakat yang menepati rukun atau prinsip pertama Islam Hadhari iaitu manusia beriman dan bertaqwa ? Apakah aktiviti seperti ini dianggap mampu melahirkan insan beriman dan bertaqwa menurut acuan Islam Hadhari ? Hari ini lahir pula Anugerah Ikon Malaysia sebagai satu lagi aktiviti atau produk Islam Hadhari selain dari program Gang Starz yang kian rancak di kaca tv. Hukum Membotakkan Kepala bagi kaum Wanita . 1. Dari Ibnu Abbas Rhma berkata : نهى النبي أن تحلق المرأة رأسها . Rasulullah saw. telah melarang perempuan mencukur ( membotakkan ) kepalanya . Dikeluarkan oleh An Nasaa'I Kitabuz Ziinah , bab Larangan Perempuan mencukur kepalanya 2. Abi Musa Al Asya'ri .a. Berkata : برئ رسول الله من الصالقة و الحالقة Rasulullah saw. berlepas diri dari perempuan yang meninggikan suara tangisan ketika meratap dan membotakkan kepala ketika musibah . Dikeluarkan oleh Imam Bukhari Ulasan : Membotakkan kepala bagi wanita dalam keadaan mereka menerima musibah dilarangkan oleh Rasulullah saw. sehingga baginda melafazkan bahawa baginda akan berlepas diri darinya , inikan pula membotakkan kepala dalam keadaan aman tanpa sebarang musibah .Pastinya ia lebih dimurkai oleh Nabi saw. 3. Dari Ibnu Abbas Rhma : قال رسول الله ليس على النساء حلق و إنما على النساء التقصير Rasulullah saw. telah bersabda : dilarang ke atas perempuan bercukur ( membotakkan ) tetapi dibenarkan bagi perempuan memotong sedikit dari rambutnya . Riwayat Abu Daud di dalam sunannya Bab al Manaasik al Hajj Walaupun asbab wurud ( sebab datang ) nya hadis ini berkait dengan tahallul dalam ibadah haji , maka jelas hukumnya. Betapa dalam masaalah ibadah seperti tahallul dari ihram haji atau umrah , seorang wanita dilarang mencukurkan kepalanya , inikan pula dalam keadaan di luar ibadah , tentu sahaja terlebih aula dilarang . Al Imam an Nawawi dalam kitabnya Syarah Sohih Muslim jilid keempat jelas menghuraikan persoalan ini . أما قصر الشعر و تقصيره من أجل الزينة و التجمل فهو جائز إذا كان بإذن زوج بشرط ألاّ يصل إلى حد تشبه بالرجال Maksudnya : Adapun menggunting rambut dan memendekkannya ( bagi seorang perempuan ) untuk berhias dan kelihatan cantik , maka ia adalah harus jika mendapat izin dari suami dengan syarat tidak sampai kepada had menyerupai kaum lelaki . Dalam huraian yang menyerupai masaalah di atas , Dr. Wahbah az Zuhaili menambah syaratnya : و ألاّ يكون ذلك بأيدي رجال الأجانب Bahawa tidaklah yang sedemikian itu ( merujuk kepada menggunting dan memendek rambut ) dengan tangan lelaki ajnabi ( lelaki bukan mahram sebagai tukang gunting ) Kalau dilihat dalam kitab Fathul Baari , Jilid ke 10 muka surat 375 : lebih jelas membahaskan betapa Allah menghiasi perempuan dengan rambut yang cantik dan unik . Maka Islam mengharamkan perempuan menyambung rambutnya atau memakai rambut palsu . Pengharaman tersebut kerana merubah anugerah Ilahi . Maka , betapa pula dicukur dan dibotakkan kepala ? Kalau menyambung rambut hukumnya haram , inikan pula membotakkannya bagi seorang wanita , hukumnya adalah juga tetap haram . Kerajaan Mesti Peka Kerajaan digesa agar lebih peka dalam soal yang berkait dengan agama dan hukum . Garis panduan berasaskan syara' mesti dikeluarkan untuk industri perfileman Negara begitu juga untuk industri hiburan agar ianya tidak menyeleweng dari syariat dan merosakkan akhlak serta minda masyarakat. ----------------- "Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com
|
aye
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2006 Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak
|
Posting pada: 19-06-07 15:12
Zaman Islam Hadhari: Ada peraturan tetapi tiada kuatkuasa Baru semalam kita dengar PM menyebut berkenaan gandingan ulama dan umara dalam pentadbiran kerajaan, dan hari ini kita mahu melihat apakah agaknya reaksi kerajaan ulama dan umarak ini terhadap isu yang kebetulan timbul yang membabitkan kelangsungan keputusan kedua pihak. Ianya mungkin isu kecil bagi sesetengah pihak, tetapi ia telah mendiorong dua orang mufti untuk memberikan reaksi, lalu pasti ianya bukan perkara yang seharusnya dipandangan kecil. Pelakon terkenal Sharifah Amani Syed Zainal Rashid yang gemerlapan bintangnya melalui filem-filem Sepet, Gubra dan Muhsin arahan Yasmin Ahmad, kini dihantui kontroversi apabila bertindak membotakkan kepalanya bagi menghayati watak lakonan terbarunya sebagai Rohani dalam filem Yasmin juga berjudul Muallaf. Dalam filem tersebut, Amani melakonkan watak perempuan liar yang berkenalan dengan rakan sekolah bukan Muslim, Brian (lakonan pelakon baru Brian Yap). Dan Amani dikatakan menerima hampir RM40,000 bayaran untuk watak ini. Dalam NST hari ini Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes menegaskan adalah haram hukumnya bagi wanita Muslim untuk mencukur botak kepalanya sebagaimana dilakukan oleh Amani itu. Manakala Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria pula menyebut bahawa sebagai seorang Muslim kita tidak seharus mengorbankan agama kita semata-mata kerana mahu mengejar populariti. Saya secara peribadi melihat Amani memang seorang pelakon yang berbakat dan mempunyai potensi untuk berjaya, tetapi saya yakin beliau kurang mendapat bimbingan dan nasihat agama. Saya yakin kiranya beliau menerima pendedahan dan asuhan sebenar khususnya berkenaan adab dan akhlak Islam, mungkin beliau boleh berubah. Soalnya siapakah yang mampu mendekati dan menawarkan beliau khidmat itu? Dalam NST hari ini juga Ketua Pengarah JAKIM menyatakan bahwa JAKIM telah pun menyediakan garis-panduan untuk para artis Muslim di Malaysia. Tetapi tambah beliau JAKIM tidak mempunyai kuasa untuk menguatkuasakannya. Ini bermakna garis-panduan tadi cuma tinggal garis-poanduan sahaja. Mungkin kumpulan Islam dan NGO boleh mengambil insiatif dalam hal ini. Jangan sampai kita didahului oleh kumpulan yang keliru dan songsang yang akan lebih mengeruhkan lagi suasana.
|
syahidatul
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 19-06-07 15:20
Pada 19-06-07 15:00 , aye posting:!!! QUOTE !!! Adapun menggunting rambut dan memendekkannya ( bagi seorang perempuan ) untuk berhias dan kelihatan cantik , maka ia adalah harus jika mendapat izin dari suami dengan syarat tidak sampai kepada had menyerupai kaum lelaki .
Isteri yang nak potong rambutnya kena minta izin suaminya ke? -----------------  [ Telah diedit oleh: syahidatul pada 19-06-07 15:20 ]
|
aye
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2006 Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak
|
Posting pada: 19-06-07 15:54
habis tu??? dia kan isteri.... agaknya nak minta izin dengan ayah???  kan syurga isteri dbawah tapak kaki suami yang soleh...
|
trouver_99
WARGA SETIA Menyertai: 01.02.2004 Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang
|
Posting pada: 19-06-07 17:47
|
darkeye_mania
Warga 4 Bintang Menyertai: 31.12.2006 Ahli No: 27963
Posting: 157
|
Posting pada: 19-06-07 22:42
tak tau pulak sekecik-kecik benda macam nak potong rambut pun nak minta izin suami.... habis tu kalau rimas rambut panjang sangat tapi suami tak kasi potong, tak boleh potong lah??? kita lah yang tanggung rimas... huhuuuuu
|
IlyaFarhan
Warga 3 Bintang Menyertai: 07.10.2004 Ahli No: 11686
Posting: 149
Dari: Penang
|
Posting pada: 19-06-07 23:28
ana cukup geram betul dengan artis2 kita sampai sanggup buat apa saja kerana WANG..yang paling teruk inilah syarifah Amani yang tak tahu langsung adab dan syariat Islam..Dia buat bodoh saja tentang hal macam ni..Buat macam tidak ada apa-apa saja...Meluat ana tengok.Dia ingat lawa dah agaknya botak kepala macam tu....lepas itu pula ada orang kata artis kita sekarang dah sama taraf dengan artis Hollywood.kenapa kita nak macam artis Barat ke???Depa xpala dah KAFIR nak buat apa pun tidak ada yang larang,Inikan pula orang Islam sendiri nak buat macam tu,fikir masak2 lah.Kita ada syariat yang dituntut oleh ISLAM.Sebab wang kita sanggup buat apa saja tak ingat dah syariat Islam.Lepas ni kalau ada tawaran berlakon filem panas dan lucah,ana rasa mesti ada punya yang nak berlakon tapi fulusnya mesti tinggi lah...Baru sedap sikit....Ana tak tahulah apa dah nak jadi dengan kita sekarang...Mungkin ini tanda-tanda kiamat dah dekat...Yang artis dengan artis..Yang peminat dengan peminatnya,sanggup berhabis wang menyokong artis pujaan mereka..Bukan dapat apa pun..Fikir2la wahai peminat2 sekalian...jangan terlalu memuja sangat artis,kita perlu utamakan para Ulama dan Umara..Fikirkan lahhh....
|
IlyaFarhan
Warga 3 Bintang Menyertai: 07.10.2004 Ahli No: 11686
Posting: 149
Dari: Penang
|
Posting pada: 19-06-07 23:30
ana cukup geram betul dengan artis2 kita sampai sanggup buat apa saja kerana WANG..yang paling teruk inilah syarifah Amani yang tak tahu langsung adab dan syariat Islam..Dia buat bodoh saja tentang hal macam ni..Buat macam tidak ada apa-apa saja...Meluat ana tengok.Dia ingat lawa dah agaknya botak kepala macam tu....lepas itu pula ada orang kata artis kita sekarang dah sama taraf dengan artis Hollywood.kenapa kita nak macam artis Barat ke???Depa xpala dah KAFIR nak buat apa pun tidak ada yang larang,Inikan pula orang Islam sendiri nak buat macam tu,fikir masak2 lah.Kita ada syariat yang dituntut oleh ISLAM.Sebab wang kita sanggup buat apa saja tak ingat dah syariat Islam.Lepas ni kalau ada tawaran berlakon filem panas dan lucah,ana rasa mesti ada punya yang nak berlakon tapi fulusnya mesti tinggi lah...Baru sedap sikit....Ana tak tahulah apa dah nak jadi dengan kita sekarang...Mungkin ini tanda-tanda kiamat dah dekat...Yang artis dengan artis..Yang peminat dengan peminatnya,sanggup berhabis wang menyokong artis pujaan mereka..Bukan dapat apa pun..Fikir2la wahai peminat2 sekalian...jangan terlalu memuja sangat artis,kita perlu utamakan para Ulama dan Umara..Fikirkan lahhh....
|
syahidatul
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 19-06-07 23:55
Pada 19-06-07 15:54 , aye posting:!!! QUOTE !!! habis tu??? dia kan isteri.... agaknya nak minta izin dengan ayah???  kan syurga isteri dbawah tapak kaki suami yang soleh... saya dengan rendah dirinya mengaku tak tahu pun kena minta izin suami if isteri nak potong rambutnya... ni pengetahuan baru... ingatkan takat nak keluar rumah, puasa sunat, nak keluar belajar ilmu tu saja... maknanya yang perkara besar dan penting2 sahaja.. tapi bab rambut, huhu.. ok.. -----------------
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 20-06-07 01:09
Pada 19-06-07 15:20 , syahidatul posting:!!! QUOTE !!!
Isteri yang nak potong rambutnya kena minta izin suaminya ke?
setahu naruto-san (based pada ilmu yang sedikit ini)....isteri kena jugak minta izin suami jika ingin potong rambut.....isteri adalah hak suami, termasuklah rambut si isteri.... rambut perempuan pulak adalah umpama mahkota....betapa hebatnya rambut ini sehingga ianya turut termasuk dalam bahagian aurat yang perlu ditutup.....that means rambut adalah suatu yang amat istimewa....so....better minta izin suami kalau nak potong....kot2 suami tak suka isteri rambut pendek ke.....well....bukan semua lelaki sama....ada yang suka isteri rambut pendek...ada yang suka isteri rambut tocang...ada yang suka rambut curly and so on.
|
azree_mh
Warga 3 Bintang Menyertai: 30.04.2007 Ahli No: 29809
Posting: 92
Dari: Dari mandala kesumat
|
Posting pada: 20-06-07 01:26
"Saya berasa bodoh jika masih berambut di Malaysia" -Syarifah Amani- Hehe. Dulu kes bodoh Bahasa Melayu. Sekarang rasa tak bertamadun pula kalau berambut.
|
najah85
Warga 4 Bintang Menyertai: 01.10.2006 Ahli No: 26692
Posting: 338
Dari: kuantan
|
Posting pada: 20-06-07 01:32
Pada 19-06-07 15:12 , aye posting:!!! QUOTE !!! Dalam NST hari ini juga Ketua Pengarah JAKIM menyatakan bahwa JAKIM telah pun menyediakan garis-panduan untuk para artis Muslim di Malaysia. Tetapi tambah beliau JAKIM tidak mempunyai kuasa untuk menguatkuasakannya. Ini bermakna garis-panduan tadi cuma tinggal garis-poanduan sahaja.
Mungkin kumpulan Islam dan NGO boleh mengambil insiatif dalam hal ini. Jangan sampai kita didahului oleh kumpulan yang keliru dan songsang yang akan lebih mengeruhkan lagi suasana.
siapa yang salah...???
|
mohdnurhakimin
WARGA SETIA Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse
|
Posting pada: 20-06-07 01:42
Bahaya! Pemikiran sebegini sangat bahaya. Menolak hukum ALLAH dan RASUL dan mementingkan logik akal. Bertopengkan demokrasi, kebebasan bersuara dan beramal, serta kesaksamaan jantina dan bangsa tanpa demokrasi. Kerana bagi mereka, mereka inginkan 'keadilan'-jika lelaki boleh buat, tentu wanita pun boleh. Ingin melakukan apa sahaja, termasuk menjadi imam dan bercukur kepala. Pemikiran sebegini sangat membahayakan kesihatan. Perlu dibanteras; ulama' perlu bersuara dan pemimpin tidak boleh terus menerus menjadi bangang dalam bab agama. p/s: malang sekali apabila seorang yang punya nama syarifah binti syed yang 'dianggap' berketurunan bagus menjadi sebegini. Inilah fahaman baru yang mula menular di Malaysia.
|
HakimiE
Warga Rasmi Menyertai: 06.06.2007 Ahli No: 30177
Posting: 6
Dari: Kelate
|
Posting pada: 20-06-07 08:44
Comel betul amani itu.... macam apa tah... kadang tu rasa malu nak ngaku dia ini rakyat malaysia... pergi hantar holliwood boleh tak??
|
aye
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2006 Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak
|
Posting pada: 20-06-07 09:04
isteri nabi ayuib yang satu-satunya taat tpaksa potong dan jual rambutnya untuk dapatkan 2 buku roti sebab terlalu kasihkan nabi ayuib yang dalam tenat pun, nabi ayuib marah dan hukum...... (betulkan ana kalau salah) sama-sama kita ambil plajaran...
|
hypox
Warga 3 Bintang Menyertai: 06.09.2006 Ahli No: 26214
Posting: 97
Dari: Simpang Empat ke Manchester
|
Posting pada: 20-06-07 10:21
Kuliah maghrib tak ada lagi Dikir Barat sampai ke pagi Sureheboh tiap negeri Mufti menegur terus dimaki Kes bunuh hari-hari Rompak dan ragut makin menjadi Aurat dah tak ambik peduli Termasuklah bini para menteri Hukum hudud selalu dicaci Perlembagaan penjajah dijunjung tinggi Pejuang Islam ditangkap digari Bapa rasuah pula dipuji Inilah dia 'Islam Hadari' Islam tajaan Paklah Badawi Al-Ghazali yang dicari rupanya MAWI yang ditemui
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 20-06-07 21:45
Pada 20-06-07 09:04 , aye posting:!!! QUOTE !!! isteri nabi ayuib yang satu-satunya taat tpaksa potong dan jual rambutnya untuk dapatkan 2 buku roti sebab terlalu kasihkan nabi ayuib yang dalam tenat pun, nabi ayuib marah dan hukum...... (betulkan ana kalau salah) sama-sama kita ambil plajaran... salam... kalau ana tak salah, rahmah bukan dihukum kerana memotong rambutnya... nabi ayub a.s merasa terharu kerana isterinya sanggup berkorban untuk dirinya. tapi kerana termakan hasutan syaitan laknatullah.. p/s: betulkan ana andai ana juga tersalah cerita... -----------------
|
ilhammusafir
Warga 5 Bintang Menyertai: 05.11.2005 Ahli No: 20222
Posting: 361
Dari: SeGaMat_JoHoR
|
Posting pada: 21-06-07 04:12
kelahiran toyol betina kat malaysia.........
|
aye
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2006 Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak
|
Posting pada: 21-06-07 08:33
Kuliah maghrib tak ada lagi Dikir Barat sampai ke pagi Sureheboh tiap negeri Mufti menegur terus dimaki p/s..... tak pernah pula dengar dikir barat sampai ke pagi??? kalau bkaroke, bjoget atau apa-apa di club sampai ke pagi adalaaa....
|
solskjaer
WARGA SETIA Menyertai: 25.08.2004 Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united
|
Posting pada: 21-06-07 08:54
perempuan yang bodoh..meluat aku..
|
aye
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2006 Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak
|
Posting pada: 21-06-07 09:56
Gambar : Amani semakin melampau !!! http://www.drfikrah.blogspot.com/Tengoklah sendiri, apa dah jadi pada Amani. Di manakah kehidupannya yang sebenar? Di manakah nilai-nilai murni di dalam jiwanya, Di manakah nilai kewanitaannya? Apakah puncanya? Di manakah Etika Artis? Siapakah yang patut dipersalahkan? Tak serik lagikah dengan kes Lina Joy yang semakin memberi kesan parah? Dunia, Ku tahu dirimu menjangkau usia, Ku tahu dirimu digilai manusia, Ku tahu dirimu membayangi Malaysia, Ku tahu dirimu sia-sia, Dunia, Kau dihiasi hilai tawa, Kau dipenuhi jutaan pria, Kau menghantui jiwa-jiwa, Kau tutupi mata manusia, Dunia hari ini, Hari ini manusia berbangga dengan dosa maksiat yang dilakukan tanpa menghiraukan sebarang amaran dan larangan Allah SWT. Lihatlah di kaca televisyen, internet, akhbar dan sebagainya, masing-masing memaparkan kebobrokan masyarakat hari ini. Sudahlah mereka melakukan maksiat, ditambah pula dengan kebanggaan dengan kelakuannya tersebut. Orang-orang ini berbangga dengan dosanya, contohnya seorang yang berzina yang mengheboh-hebohkan kepada manusia lain bahawa dia sudah dengan berzina dengan lelaki sekian-sekian. Bukankah ia seperti memanaskan air sehingga mendidih di dalam periuk besar, kemudian sengaja selamkan muka di dalamnya. Tak malukah dengan perbuatannya? Dunia hari ini, Kalau dahulu, apabila dituduh sebagai pelacur, beriya-ia si pelacur menafikan perbuatan tersebut, tetapi hari ini, dengan selambanya dia berkata “memang aku pelacurâ€. Bertambah dahsyat, apabila terdapat pula orang yang ketiga mengatakan “biarkanlah dia melacurkan dirinya, Kenapa perlu sibuk hal orang lain?â€. Hari ini, orang yang ingin menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran, ditentang habis-habisan oleh mereka yang seagama tetapi tidak sehati. Imbas kembali Kes Zouk, mereka yang membuat maksiat dibela dengan memaparkan slogan “Hak Asasi Kemanusiaanâ€. Tidak bodohkah mereka yang mengaitkan maksiat mereka dengan Hak Asasi Manusia? Kalau hendak dibesar-besarkan Hak Asasi Manusia, mengapa pengedar dadah ditangkap, pencuri diberkas dan penjenayah dihukum? Bukankah itu hak individu? Inilah pemikiran “bodoh†yang tidak pernah berfikir secara betul. Bayangkanlah, bukankah arak dan lacur juga membawa keburukan seperti mencuri, merompak dan membunuh? Tetapi, mengapa golongan ini sahaja yang ditahan sedangkan arak dan lacur tersebar dengan meluas dan mereka yang cuba menghalang akan didakwa. Dunia hari ini, Hari ini kita menyaksikan dunia artis semakin diseleweng dan terpengaruh dengan budaya-budaya barat, walaupun adakalanya ia hanya direka-reka sendiri oleh anak-anak Melayu. Contohnya pengamalan seluar londeh sehingga menampakkan alur punggung, yang menjadi kebanyakan pengamalan muda mudi. Louisiana, selatan Amerika Syarikat telah menetapkan undang-undang bahawa mereka yang berkelakuan demikian dianggap sebagai salah satu jenayah dan akan dikenakan hukuman. (1) Malangnya hari ini, inilah yang dikatakan oleh muda mudi Melayu sebagai trend zaman maju. Tak pelikkah? Apa yang dikatakan dengan kemajuan kalau seluar pun dipakai londeh? Inilah peniruan yang tidak sepatutnya menjadi pengamalan dan adakalanya dijadikan budaya yang mesti diikuti, walaupun ia sendiri menggambarkan lahâ€bodohâ€an pengamalnya. Dunia hari ini, Amani yang telah dirobotkan dan diperkudakan oleh Yasmin Ahmad sehingga dia sanggup membotakkan kepalanya dan menjual maruahnya. Hilang kelembutan wanita di dalam dirinya. Hilang kesopanan gadis Melayu di dalam jiwanya. Hilang adab-adab murni di dalam hatinya. Cukup dia seorang yang dijadikan “duta†untuk memburuk-burukkan Islam dan menjatuhkan imej wanita di mata dunia. Untuk mereka yang mempunyai akal, “Fikirlah dengan sentuhan naluri hati, anda akan mendapat kebenaran yang hakiki, jauhilah keinginan nafsu yang membuta, anda akan sesat di dalam kegelapannyaâ€
|
Al-Qarni
Warga 4 Bintang Menyertai: 23.01.2004 Ahli No: 6699
Posting: 296
Dari: fakulti ekonomi
|
Posting pada: 21-06-07 10:06
Pada 21-06-07 08:54 , solskjaer posting:!!! QUOTE !!! perempuan yang bodoh..meluat aku.. ilekla...si amani tu minat stone cold steve austin,tu pasal lah botakkan kepala... ----------------- Jihad Dijalan ALLAH SWT....cita-cita mati sebagai JUNDULLAH!
|
uswatun_mawaddah
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.04.2007 Ahli No: 29534
Posting: 142
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 21-06-07 10:21
dah..dah..tak baik mengutuk macam begitu. Kita doakan lah dia diberi petunjuk dan hidayah Allah.
|
ainul_tapah
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.04.2007 Ahli No: 29441
Posting: 145
Dari: Nilai_Butterworth
|
Posting pada: 22-06-07 09:17
tindakan drastik kerana lakonan..huhu...dah lah 2 minit saja pun.... maybe dia tak tau...atau tak ada orang peringat kat dia..... moga diberi petunjuk...
|
solskjaer
WARGA SETIA Menyertai: 25.08.2004 Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united
|
Posting pada: 22-06-07 10:29
Pada 19-06-07 23:28 , IlyaFarhan posting:!!! QUOTE !!! ana cukup geram betul dengan artis2 kita sampai sanggup buat apa saja kerana WANG..yang paling teruk inilah syarifah Amani yang tak tahu langsung adab dan syariat Islam..Dia buat bodoh saja tentang hal macam ni..Buat macam tidak ada apa-apa saja...Meluat ana tengok.Dia ingat lawa dah agaknya botak kepala macam tu....lepas itu pula ada orang kata artis kita sekarang dah sama taraf dengan artis Hollywood.Kenapa kita nak macam artis Barat ke???Depa xpala dah KAFIR nak buat apa pun tidak ada yang larang,Inikan pula orang Islam sendiri nak buat macam tu,fikir masak2 lah.Kita ada syariat yang dituntut oleh ISLAM.Sebab wang kita sanggup buat apa saja tak ingat dah syariat Islam.Lepas ni kalau ada tawaran berlakon filem panas dan lucah,ana rasa mesti ada punya yang nak berlakon tapi fulusnya mesti tinggi lah...Baru sedap sikit....Ana tak tahulah apa dah nak jadi dengan kita sekarang...Mungkin ini tanda-tanda kiamat dah dekat...Yang artis dengan artis..Yang peminat dengan peminatnya,sanggup berhabis wang menyokong artis pujaan mereka..Bukan dapat apa pun..Fikir2la wahai peminat2 sekalian...jangan terlalu memuja sangat artis,kita perlu utamakan para Ulama dan Umara..Fikirkan lahhh.... Hidup SANG HIE!!!!
|
solskjaer
WARGA SETIA Menyertai: 25.08.2004 Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united
|
Posting pada: 22-06-07 10:31
Pada 21-06-07 10:06 , Al-Qarni posting:!!! QUOTE !!! Pada 21-06-07 08:54 , solskjaer posting:!!! QUOTE !!! perempuan yang bodoh..meluat aku..
ilekla...si amani tu minat stone cold steve austin,tu pasal lah botakkan kepala...
minat stone cold?aku rasa dia ni kurang pandai...bodoh...takkan tak pernah belajar ilmu agama agaknya masa sekolah dulu...benda asas macam tu pun sampai tak tau...pelik-pelik...
|
sitishairah
WARGA SETIA Menyertai: 16.05.2007 Ahli No: 29948
Posting: 513
Dari: Gombak
|
Posting pada: 22-06-07 10:43
"Jika kamu mengikut sesuatu kaum itu, akhirat nanti kamu akan dibangkitkan bersama kaum tersebut" Riwayat At-Tibrani
|
atomant
Warga Rasmi Menyertai: 09.12.2004 Ahli No: 12936
Posting: 14
|
Posting pada: 22-06-07 13:54
assalamualaikum... alhamdulillah, warga ukhwah skln sdi memberi pendapat masing-masing terhadap perkara ini. tapi, jangan lah komen anda sampai mengutuk seseorang. bukankah mengutuk itu satu perbuatan yang dilaknat Allah juga? jangan lah memberi komen sesuka hati sampai ayat dtulis bermaksud untuk mengutuk. kan ke kita nak memperbetulkan perkara yang salah...
|
anis_zulaikha
 Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 22-06-07 14:03
Pada 19-06-07 22:42 , darkeye_mania posting:!!! QUOTE !!! tak tau pulak sekecik-kecik benda macam nak potong rambut pun nak minta izin suami.... habis tu kalau rimas rambut panjang sangat tapi suami tak kasi potong, tak boleh potong lah??? kita lah yang tanggung rimas... huhuuuuu kecantikan isteri kan untuk suami, bila suami suka tiada alasan untuk kita kata rimas2 ni...menggembirakan suami, sangat besar pahalanye ....
|
saifuddin_92
Warga 4 Bintang Menyertai: 03.08.2006 Ahli No: 25600
Posting: 271
Dari: batu pahat
|
Posting pada: 22-06-07 15:12
Pada 22-06-07 13:54 , atomant posting:!!! QUOTE !!! assalamualaikum...
alhamdulillah, warga ukhwah skln sdi memberi pendapat masing-masing terhadap perkara ini. tapi, jangan lah komen anda sampai mengutuk seseorang. bukankah mengutuk itu satu perbuatan yang dilaknat Allah juga? jangan lah memberi komen sesuka hati sampai ayat dtulis bermaksud untuk mengutuk. kan ke kita nak memperbetulkan perkara yang salah... ana setuju sesangat......lagipun kalau kita kutuk pun tetap tak mampu untuk kita beritahu dia yang kita tak setuju dengan dia.
|
saifuddin_92
Warga 4 Bintang Menyertai: 03.08.2006 Ahli No: 25600
Posting: 271
Dari: batu pahat
|
Posting pada: 22-06-07 15:12
Pada 22-06-07 13:54 , atomant posting:!!! QUOTE !!! assalamualaikum...
alhamdulillah, warga ukhwah skln sdi memberi pendapat masing-masing terhadap perkara ini. tapi, jangan lah komen anda sampai mengutuk seseorang. bukankah mengutuk itu satu perbuatan yang dilaknat Allah juga? jangan lah memberi komen sesuka hati sampai ayat dtulis bermaksud untuk mengutuk. kan ke kita nak memperbetulkan perkara yang salah... ana setuju sesangat......lagipun kalau kita kutuk pun tetap tak mampu untuk kita beritahu dia yang kita tak setuju dengan dia. ----------------- www.mujahidin07.blogspot.com
|
ashabul_mukminin
Warga 2 Bintang Menyertai: 17.07.2003 Ahli No: 2403
Posting: 43
Dari: Pahang
|
Posting pada: 25-06-07 18:08
Pada 22-06-07 14:03 , anis_zulaikha posting:!!! QUOTE !!! Pada 19-06-07 22:42 , darkeye_mania posting:!!! QUOTE !!! tak tau pulak sekecik-kecik benda macam nak potong rambut pun nak minta izin suami.... habis tu kalau rimas rambut panjang sangat tapi suami tak kasi potong, tak boleh potong lah??? kita lah yang tanggung rimas... huhuuuuu
kecantikan isteri kan untuk suami, bila suami suka tiada alasan untuk kita kata rimas2 ni...menggembirakan suami, sangat besar pahalanye .... 
Bismillahirrahmanirrahim.. bagi isteri2 yang rambutnya dah panjang.. mula rimas2.. mintalah keizinan secara hikmah dan lemah lembut dr suami untuk memotong rambut. lebih2 lagi, rambut yang dipotong kemas itu juga adalah untuk tatapan suami.. insyaAllah, suami akan mengizinkan. masakan suami nak tengok isterinya serabai.. alternatif lain.. gunakanlah kesempatan ni sebaik mungkin. inilah ruang dan peluang untuk lebih manja dan mesra dengan suami. dr apa yang ana lalui.. isteri ana minta ana guntingkan rambutnya. seram tak? bagi si suami, tentulah seram.. awak dah lah pertama kali menggunting rambut org.. buruk nanti.. bagaimana. namun, bagi isteri terlebih lagilah seramnya.. huhuh, mempertaruhkan mahkota pada tangan kekok lagi keras si suami. wuhuhuhu.. tapi hikmahnya memang terasa, kasih sayang suami isteri tu, alhamdulillah.. insyaAllah lebih utuh..  walau pun rambut si isteri yang dipotong suami tahan hanya seminggu (last2 alter semula kat kedai). ahaks.. yang pasti.. rasa rimas isteri tu boleh diatasi asal sahaja hikmah dalam menyuarakannya. wallahua'lam ----------------- "Ya Allah, jdknlh aku mcintaiMu&mencintai org yang mcintaiMu srta mencintai amalan2 yang myampaikn daku kepada mcintaiMu."
|
solskjaer
WARGA SETIA Menyertai: 25.08.2004 Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united
|
Posting pada: 25-06-07 22:30
|
anis_zulaikha
 Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 26-06-07 18:48
Pada 25-06-07 18:08 , ashabul_mukminin posting:!!! QUOTE !!!
dr apa yang ana lalui.. isteri ana minta ana guntingkan rambutnya. seram tak? bagi si suami, tentulah seram.. awak dah lah pertama kali menggunting rambut org.. buruk nanti.. bagaimana. namun, bagi isteri terlebih lagilah seramnya.. huhuh, mempertaruhkan mahkota pada tangan kekok lagi keras si suami. wuhuhuhu..
wallahua'lam
huhu, same lah...
|
aye
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2006 Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak
|
Posting pada: 27-06-07 17:03
tak apa lah.... mungkin dia nak rasa macam mana 'feel' kepala slepas buat kimotrapi agaknya........ ----------------- "Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com
|
aye
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2006 Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak
|
Posting pada: 29-06-07 14:51
Berita Harian Bersekongkol Dengan pemBOTAKkan Amani!!! Hari ini saya agak terlewat membuka akhbar Berita Harian kerana mempunyai tugasan di luar, tetapi tanganku tersentak kerana terbaca artikel tulisan Serimah Mohd Sallehuddin, di ruangan Hip. Benarkah apa yang aku baca ini? Saya betul-betul kesal dengan berita yang dipaparkan tersebut, seolah-olah mempertahankan ke“botakâ€an Amani yang sudah menjadi isu. Berita tersebut bertajuk “Zip Mulut!†yang menceritakan seolah-olah kebenaran berada di pihak Amani Si Botak dan kesalahan terpalit kepada mufti dan pengkritik-pengkritiknya. Sebelum ini, saya kerap menyatakan bahawa Malaysia hari ini sudah memiliki “tentera-tentera Yahudi†yang terdiri dari kalangan masyarakat Malaysia sendiri. Tugas tentera-tentera ini ialah melindungi segala maksiat yang dilakukan oleh orang Islam. Mereka hanyalah bertopengkan Islam. Apabila mufti sendiri mengeluarkan fatwa bahawa hukum botak bagi perempuan adalah HARAM, mereka bangun menentang mufti sendiri! termasuk apa yang saya baca di dalam akhbar ini!! Lihatlah keratan ini Biarpun usianya baru melewati 21 tahun, jiwa gadis ini cukup kental. Dia tahu dirinya dikecam namun dia malas untuk ambil pusing. Baginya dia melakukan semua itu demi kerjaya dan cinta yang tidak ternilai terhadap seni. Siapa kata botak membataskan dirinya untuk bergaya. Ketika menghadiri majlis itu dia kelihatan cukup eksotik dan unik dengan kepala botak sambil mengenakan gaun. …………. Biarpun usianya baru melewati 21 tahun, jiwa gadis ini cukup kental. Dia tahu dirinya dikecam namun dia malas untuk ambil pusing. Baginya dia melakukan semua itu demi kerjaya dan cinta yang tidak ternilai terhadap seni. Siapa kata botak membataskan dirinya untuk bergaya. Ketika menghadiri majlis itu dia kelihatan cukup eksotik dan unik dengan kepala botak sambil mengenakan gaun. Lihatlah sendiri, suara lantang Amani Si Botak menjadi sebaran am di dalam akhbar ini, apakah tujuannya? Mengapa MUFTI yang berautoriti di dalam masalah ini ditolak mentah-mentah, dan yang lebih parah lagi, suara-suara mereka menentang ke“botakâ€an Amani ditenggelamkan dan tidak disiarkan secara meluas di Malaysia!! Saya agak kesal dengan kebanyakan media massa hari ini yang bersekongkol dengan maksiat, anda boleh lihat sendiri, tak perlu saya datangkan fakta-fakta yang terlalu banyak. Mengapakah perkara yang haram diperbesar-besarkan sehingga menjadikannya seolah-olah “kebiasaanâ€? adakah BOTAK merupakan seni? TERUKNYA!! Bodohlah bagi mereka yang mengatakan bahawa perempuan yang botak adalah seni!! Suara-suara penentang ke“botakâ€an Amani terus dilenyapkan dan tidak disebarkan sebagai menandakan kesalahan dan kesilapan Amani. Kesal sungguh dengan tindakan media massa yang menjadi ALAT yang diperobotkan untuk mempublisitikan MAKSIAT!! Tidak tahu apa lagi yang mampu saya luahkan. Mungkin saya hanya mampu membangkitkan kebencian terhadap maksiat ini, namun andalah yang perlu menggembleng kekuatan untuk membasmi gejala ini. Sekiranya kita sanggup melihat masyarakat kita hari ini sudah rosak seperti ini, bermakna kita sanggup melihat generasi Melayu semuanya “anak haram†satu hari nanti. Inilah rancangan Yahudi sepertimana yang telah saya luahkan sebelum ini. Mengapa Amani pula yang dilindungi? Sedangkan dia sendiri telah mencabul maruah semua perempuan secara terang-terangan!! Mengapa tindakan bodohnya mendapat sambutan? “Banyak kata-kata sokongan yang saya terima terutama apabila saya berjalan di depan orang awam. Ada di antara mereka yang menjerit ‘Adik salutelah, bestlah, adik pelakon hebat’ dan bermacam-macam lagi. …… Ning Baizura yang turut membintangi filem Muallaf juga memuji keberanian Amani. Dia tidak mahu menyentuh isu teguran mufti itu, tetapi baginya Amani adalah seorang pelakon hebat kerana dia adalah pelakon pertama di Malaysia yang berani membotakkan kepalanya. Media massa di Malaysia telah dirobotkan oleh Yahudi untuk menjadikan umat Islam membenci umat Islam yang lain. Banyak perkara yang telah saya sentuh di dalam perkara ini, namun tiada sebarang tindakan daripada “mereka yang berkuasaâ€. Adakah orang-orang ini juga telah dirobotkan oleh Yahudi? Fikirlah sendiri. Pada mulanya saya ingin meletakkan gambar Amani Si Botak yang bergaun hitam, sepertimana yang terpampang di dalam akhbar Berita Harian, namun kebencian saya terhadap dosa yang dilakukannya takkan terpadam. Gambar di dalam akhbar tersebut seolah-olah memaparkan bahawa ke“botakâ€annya merupakan satu seni, sedangkan inilah kelakuan hodoh dan bodoh yang dilakukan secara terang terangan. SAYA BENCI DENGAN DOSA YANG DILAKUKAN OLEH AMANI!!! Sekiranya anda sendiri tidak bersetuju dengan kata-kata saya, saya tetap takkan redha walaupun hanya diri ini sahaja yang tinggal untuk memperjuangkan Islam. Sedarlah wahai pimpinan-pimpinanku, amanah berada di bahumu, sedangkan dosa berada di hadapan matamu. Pilihlah, adakah kamu hendak melaksanakan amanah atau merebut dosa. http://www.drfikrah.blogspot.com/
|
aye
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2006 Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak
|
Posting pada: 02-07-07 13:07
KLANG: Tindakan pelakon filem Muallaf, Sharifah Amani Syed Zainal Rashid yang sanggup membotakkan kepala demi filem itu, tidak seharusnya dibanggakan. Ini kerana, tindakan itu hukumnya haram di sisi Islam kerana menyamai lelaki dan pada masa sama, ia boleh memberi kesan buruk kepada wanita Islam. Exco Hal Ehwal Agama dan Mesra Rakyat Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil, berkata tindakan Sharifah Amani itu tidak wajar dilakukan kerana walaupun untuk memenuhi tuntutan lakonan, ia bertentangan dengan perlakuan wanita Islam sebenar. "Semua tindakan yang tidak bersesuaian atau bertentangan dengan ajaran Islam tidak sepatutnya dibanggakan walaupun sekadar mahu memenuhi tuntutan watak dalam filem. "Saya tidak layak dan tidak boleh menghukumnya, tetapi saya bimbang perlakuan ini akan menjadi ikutan wanita Islam lain," katanya selepas merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas peringkat negeri di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Klang Utama, di sini, semalam. Menurut Rahman, yang haram tetap haram dan perkara itu tidak boleh dikompromi atau bertolak ansur. Dalam masa sama, beliau turut meminta pelakon lain berhati-hati selain sentiasa mengambil berat pelbagai faktor, terutama membabitkan agama bagi mengelakkan berlaku perkara tidak diingini. "Jangan jadikan tuntutan lakonan atau apa saja sebagai alasan untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan agama. Tidak kira artis atau sesiapapun, kita perlu tegas jika ia membabitkan hal agama," katanya. Kelmarin, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyis Abdul Majid, dipetik berkata artis beragama Islam tidak sepatutnya membelakangkan hukum agama selain merendahkan diri sendiri dengan melakukan perkara bertentangan dengan agama semata-mata untuk popular. Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Idris pula mengingatkan artis beragama Islam supaya tidak terpengaruh dengan artis Barat yang sanggup mengorbankan agama semata-mata mahu menjadi popular dan dikenali ramai.
|
houri
WARGA SETIA Menyertai: 18.09.2004 Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 03-07-07 17:04
khabarnya pelakon wanita ini mengorbankan rambutnya untuk satu scene yang akan disiarkan dalam filem terbarunya Mualaf yang mengambil masa lebih kurang 2 minit. BOTAK untuk mendalami dan memahami watak yang diberikan? nonsense!
|
fauzy_fx86
Warga 4 Bintang Menyertai: 23.07.2006 Ahli No: 25359
Posting: 327
Dari: Di pinggiran Batu Caves
|
Posting pada: 03-07-07 17:57
Itula kalau hidup tak disemai dengan keindahan ISLAM.. ISLAM itu indah, lain-lain tu sampah Semoga diberikan hidayah kepada hambaMU ini ya Allah.
|
nurhaziqah
WARGA SETIA Menyertai: 09.04.2005 Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm
|
Posting pada: 18-08-07 23:14
|
ummi_aisyah
Warga 3 Bintang Menyertai: 19.02.2007 Ahli No: 28798
Posting: 103
Dari: Tawau
|
Posting pada: 19-08-07 03:33
kasihan kat amani tu...tak ada yang tegur agaknya...
|
MencariSinar
WARGA SETIA Menyertai: 19.05.2003 Ahli No: 532
Posting: 672
Dari: Seky. 9 Shah Alam
|
Posting pada: 29-08-07 13:05
assalamualaikum.. entahlah..akhir zaman..yang jelas dosa nya di bangga yang ke arah mencari keredhaan Allah..malu plaks di rasanya... yang baik semakin malu untuk di laksanakan.. yang buruk semakin bangga di tayang... ntalah..yang penting biar lah apa orang kata.. yang penting apa yang kita buat di redhai oleh Allah.... bagi sinar...jikalau sinar tak mampu untuk menegur kesilapan seseorang cukup ar kita berdoa agar dia berubah...jangan di maki-maki dia. mungkin dia boleh menjadi solehah suatu hari nanti... P/s: iman boleh berubah- berubah...jika di topup..atas ar dia...jika tidak..menjunam lah dia...iman dan amal perlu seiring...biar org lain kata...asal apa yang kita buat tuhan suka... ilaliqa...masaalama.... salam...
|
searchforguidance
WARGA SETIA Menyertai: 04.09.2007 Ahli No: 30916
Posting: 403
Dari: johore
|
Posting pada: 06-09-07 08:33
Pada 25-06-07 22:30 , solskjaer posting:!!! QUOTE !!! perempuan benggong... Kenapa awak cakap macam ni??? sungguh tak baik sekali. -----------------
|
fatin3
WARGA SETIA Menyertai: 11.07.2003 Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra
|
Posting pada: 06-09-07 10:27
besar hikmahnya disebalik kebotakan amani.. di sinilah ruangnya untuk kita muhasabah diri.. melontarkan rasa marah dan benci pada tindakan2 yang mencemarkan maruah islam.. inilah waktunya untuk kita muhasabah diri kita sebagai daie, sejauh mana tindakan kita membanteras tindakan2 maksiat yang semakin hari semakin berleluasa.. sejauh mana kasihsayang kita sesama muslim sehingga tidak sanggup melihat saudara seislam terjerumus ke lembah kemaksiatan.. sama-samalah kita tangisi kelemahan kita yang tidak cukup kuat menentang kemungkaran yang semakin hari semakin dibanggakan. berdoalah agar kita sama-sama diberi kekuatan yang teguh untuk mencegah sebanyak mungkin kemungkaran disekeling kita.. walaupon usaha kita tak banyak, sekurang2nya kita berusaha untuk mencegah.. kelak, semua itu kitelah yang akan ditanya..
|