Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 26-03-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika orang lain boleh melakukan, kita boleh belajar melakukan
-- Prinsip NLP

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 34
Ahli: 0
Jumlah: 34




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 16 hari yang lalu
al-biruni03: 45 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: selebriti seksi..apa tindakan kita???


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» selebriti seksi..apa tindakan kita???

Please Mendaftar To Post


Oleh selebriti seksi..apa tindakan kita???

qardhawi_jr
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.07.2005
Ahli No: 17517
Posting: 365

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-06-07 10:20


Pakaian seksi selebriti datangkan kesan negatif
Oleh Halina Mohd Noor


Artis wanita tempatan gemar pakai gaun berkemban cara Barat semakin menjadi ikutan remaja

SEKITAR 1992, hangat diperkatakan mengenai Garis Panduan mengenai peri laku artis. Malah garis panduan ini turut diperbincangkan pada peringkat kabinet bagi memastikan selebriti di negara ini mengamalkan cara berpakaian dan penampilan sesuai budaya di negara ini.






Perkara utama yang diberi perhatian ialah dari segi wajah dan pakaian ketika muncul di kaca televisyen, filem dan pentas, tingkah laku, pertuturan bersopan dan berperibadi yang tinggi. Dari segi pakaian pula, mereka perlu mematuhi cara dan budaya ketimuran iaitu sama sekali tidak menjolok mata.

Hasilnya terjadilah kes artis kena gam dan lebih teruk digunting rambut oleh Menteri Penerangan ketika itu. Ramai juga artis yang semakin berhati-hati dengan penampilan mereka kerana tidak mahu ‘periuk nasi’ mereka ditutup.

Bagaimanapun, usaha ini sudah boleh dikatakan tinggal hangat-hangat tahi ayam. ‘Baunya’ saja pun sudah tidak sekeras dulu, malah terus tenggelam. Selepas 15 tahun, boleh dikatakan garis panduan ini sudah terus lenyap begitu saja.

Jika dulu artis berpakaian nampak ketiak dan lurah dada menjadi topik hangat diperkatakan, tetapi hari ini seakan tiada sesiapa yang peduli lagi apabila kebanyakan artis wanita dilihat lebih gemar tampil mengenakan gaun berkemban atau baju bertali halus seperti yang lazim digayakan artis Barat.

Ada kalanya, lebih seksi gaya ditampilkan lebih mendapat pujian terutama perekanya. Apabila ada artis yang berpakaian sopan menutup tubuh, dia dikatakan artis kampung yang tidak pandai bergaya.

Apa yang membimbangkan, mahu atau tidak mahu kita terpaksa menerima hakikat bahawa gaya artis ini turut menjadi ikutan remaja masa kini. Jika diteliti, 90 peratus penggemar dan pengikut dunia hiburan adalah remaja yang baru hendak mengenal adat dan budaya bangsa.

Persoalannya, bagaimana remaja boleh diharapkan untuk meneruskan adat dan budaya bangsa pada masa depan sedangkan mereka terus ‘disogok’ dengan gaya hidup Barat yang berlawanan dengan agama, malah budaya Timur?

Banyak kajian yang dijalankan ke atas remaja terbabit dengan masalah sosial juga jenayah juvana memberikan alasan terpengaruh dengan apa yang mereka tonton dan bahan yang dibaca berkaitan program dan acara hiburan.

Beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan wanita yang sempat ditemui turut menyuarakan kegusaran mereka terhadap budaya negatif ini dan menggesa agar pihak berwajib segera memastikan agar garis panduan etika artis yang ada dilaksanakan dengan tegas.

Presiden Pertubuhan Wanita Antarabangsa Malaysia dan juga Pakar Motivasi, Dr Robiah Kulop Hamzah, berkata garis panduan dan etika berpakaian penting bagi golongan ini kerana mereka biasanya menjadi ikutan remaja masa kini.

“Kita sangat bimbang apabila artis bebas berpakaian sehingga tidak mengambil kira lagi adab budaya di negara ini. Tidak kira dia itu artis beragama Islam atau tidak, adab Timur mesti dipatuhi kerana tidak mahu kehilangan identiti kita sendiri,†katanya.

Beliau berkata, apa yang berlaku hari ini amat menyedihkan apatah lagi artis yang di bawah persatuan sedia ada seperti tidak melakukan sebarang usaha membendung gejala yang sudah pun menular ini.

“Kita jangan marah remaja apabila mereka berpakaian tidak senonoh kerana hari ini golongan artis sudah seperti diberikan lesen untuk tampil dengan pakaian meruntun jiwa penonton. Kalau ada pakaian berciri Melayu pula sudah diubah suai seperti korset yang dipakai di luar dengan dada serta bahu terdedah,†katanya.

Beliau berkata, artis yang mendedahkan tubuh hakikatnya belum mempunyai kekuatan untuk bergelar artis dan berdepan dengan masyarakat. Mereka seharusnya sedar, sebagai artis, mereka mendapat perhatian berbilang masyarakat tidak kira tua, muda mahupun remaja.

“Apa yang perlu dibangunkan adalah dunia seni yang membantu memajukan masyarakat dan bukannya seni tubuh dengan perjuangan kebebasan berpakaian. Tidak salah berfesyen asal ia tidak merosakkan budaya apatah lagi bertentangan agama.

“Jika mahukan nama dan hasil karya terus meniti di bibir peminat, mereka harus menitik beratkan perjuangan seni dengan identiti serta mesej jelas bukannya hanya glamor semata-mata dengan budaya cedokan Barat,†katanya.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Wanita Jemaah Islah Malaysia (JIM), Prof Dr Harlina Haliza Siraj, berkata melihat kepada keruncingan cara berpakaian artis hari ini, sudah sampai masanya garis panduan etika berpakaian di kalangan mereka dikuatkuasakan segera.

“Ini selaras dengan 50 tahun negara mencapai kemerdekaan yang memerlukan masyarakat memiliki identiti tersendiri. Apa yang penting, peraturan dalam perkara ini perlu jelas. Mungkin sudah ada, tetapi tidak dikuatkuasakan. Dulu sudah ada peraturan yang ditetapkan Kementerian Penerangan, artis yang tampil di kaca televisyen atau khalayak perlu tampil tanpa menjolok mata,†katanya.

Beliau berkata, artis dan selebriti di negara ini tidak kira apa bangsa perlu menghormati budaya Timur yang mementingkan adab dalam berpakaian.

“Walau bagaimana glamor sekalipun, golongan ini perlu berpegang kepada falsafah, di mana bumi di pijak, di situ langit di junjung. Kalau tidak hormat atau segan pada agama, hormatilah budaya. Jangan kerana mengejar glamor dan ingin mendapatkan perhatian, semua perkara ini dipandang remeh.

“Mahu atau tidak, mereka harus sedar bahawa mereka juga menjadi contoh remaja hari ini. Mereka yang tampil berpakaian seksi hakikatnya memiliki keyakinan diri yang rendah dan cuba menutupi kelemahan itu dengan menarik perhatian dengan cara lain,†katanya.

Lihat saja penampilan artis wanita Malaysia pada Anugerah Planet Muzik (APM) yang diadakan di Singapura, baru-baru ini. Boleh dikatakan 90 peratus mengenakan baju ala kemban yang mendedahkan bahagian dada dan bahu.

Malah, dalam kebanyakan majlis membabitkan artis, boleh dikatakan kebanyakannya memilih baju moden yang seksi. Berbanding artis negara jiran, khususnya Indonesia yang dilihat lebih bijak bergaya apabila sering mengutamakan baju tradisional mereka seperti kebaya sekali gus mencerminkan identiti bangsa.

Dalam hubungan ini, kita bangga dengan penampilan pengacara nombor satu negara, Aznil Nawawi yang mengenakan baju Melayu, batik dan juga etnik Sarawak pada APM itu. Bukan saja beliau bijak bergaya, bahkan dapat memperkenalkan budaya Malaysia di luar negara.

INFO
Etika artis


1 November 1992-Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan secara langsung majlis simbolik pemotongan rambut penyanyi kumpulan Search, Amy dan penyanyi kumpulan Wings, Awie oleh Menteri Penerangan ketika itu, Datuk Mohamed Rahmat.


1993- Kod Etika Perilaku Artis diedarkan kepada artis dan persatuan yang terbabit di dalam dunia hiburan, merangkumi empat aspek penting:

1. Menjaga dan mengekalkan disiplin dan maruah diri ketika mengadakan persembahan di khalayak ramai atau ketika muncul di kaca televisyen.

2. Menjaga nama baik artis daripada sebarang gosip liar yang menjejaskan imej diri dan industri hiburan keseluruhannya.

3. Mengutamakan kesopanan dari segi berpakaian dan tutur kata ketika berhadapan dengan orang ramai di dalam sesuatu pertunjukan atau berlakon di dalam filem dan drama.

4. Berpegang teguh terhadap tatasusila ketimuran, bangsa, negara dan agama.


1 Ogos 2004 RTM mula memberi kelonggaran untuk artis berambut panjang dan berpakaian agak seksi kerana khuatir RTM akan ketinggalan dalam arus persaingan industri penyiaran negara.

Bookmark and Share

    


  Member Information For qardhawi_jrProfil   Hantar PM kepada qardhawi_jr   Quote dan BalasQuote

aki_-_halu
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.06.2006
Ahli No: 25005
Posting: 22
Dari: selatan tanah air... atas ada langit bawah ada bumi.

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 12-06-07 17:42


kalau setakat ada undang-undang, tapi tak ada penguatkuasaan dan tutup mata saja, baik tak payah buat undang2.

senang cerita, boikot saja artis tu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aki_-_haluProfil   Hantar PM kepada aki_-_halu   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 14-06-07 23:51


Macam mana ek nak hapuskan perosak masyarakat ni...Kalau serangga perosak senang saja nak hapuskan...Sembur saja dengan racun bagi mati...

Hari ni muka depan sebuah akhbar berbahasa english ada cerita pasal artis Malaysia bercium... 8-)


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

samirah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.11.2003
Ahli No: 5227
Posting: 384
Dari: depan PC

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 15-06-07 00:22


:-| :-|

Bookmark and Share

    


  Member Information For samirahProfil   Hantar PM kepada samirah   Pergi ke samirah's Website   Quote dan BalasQuote

kembara_girl
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2006
Ahli No: 25715
Posting: 408
Dari: jengka,Pahang

malaysia  


posticon Posting pada: 15-06-07 00:56


mereka ni ar yang jadi ikutan muda-mudi zaman sekarang...
pakai baju tapi macam tak pakai bju..
kdang2 berfesyen lebih teruk dari nn-muslim...
bila d tnyer,"anda rasa bju yang anda pakai xseksi ke?"
jawab mereka"tak ada lah bju yang saya pakai ni biasa sajeseksi ni subjektif...Kalau sayapkai bju kurung pun peminat cakap seksi jugak...ANTAA jawapan sesetengah ARTIS KITA...
kelakar TL..HEHEHEH

Bookmark and Share

    


  Member Information For kembara_girlProfil   Hantar PM kepada kembara_girl   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 15-06-07 07:14


Artis bodoh dan bakat cukup makan saja pakai seksi-seksa ni sebagai elemen penambah perasa untuk popular. Kita tengok pun Siti Nurhaliza tu, walau tak pakai tudung juga, tapi pemakaian dia dalam kategori bersederhana dan bukan dalam kategori seksi...Album pun laku, kahwin pun masih lagi aman...

mari pakat ramai-ramai hantar surat terbuka kepada artis2 ni suruh depa sedar sedikit sebanyak.

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 15-06-07 08:33


ingat bila jadi artis maka sudah jadi dunia yang lain agaknya.bila cakap seksi ni subjektif lah apa lah tu hanyalah sekadar penyedap hati sahaja.tak mahu rasa bersalah.untuk mengatakan apa yang mereka buat tu betul.tak semestinya artis sahaja.

agaknya,malaikat berhenti mencatat bila cakap macam tu

Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

Al-Qarni
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.01.2004
Ahli No: 6699
Posting: 296
Dari: fakulti ekonomi

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 15-06-07 10:30


seksi sangat pergi saja azan kat telinga

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-QarniProfil   Hantar PM kepada Al-Qarni   Pergi ke Al-Qarni's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 15-06-07 17:23


tak cukup kain agaknya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 15-06-07 21:37


tak cukup duit nak beli kain...huhuhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

Firdaus15
WARGA SETIA
Menyertai: 26.12.2003
Ahli No: 5978
Posting: 805
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-06-07 22:36


tindakan kita??? tak payah pedulikan mereka... teruskan mendengar majlis2 ilmu

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus15Profil   Hantar PM kepada Firdaus15   Pergi ke Firdaus15's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.112025 saat. Lajunya....