Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika kita berasa diri kita tinggi, pandanglah ke atas; jika kita berasa diri kita rendah, pandanglah ke bawah
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 201
Ahli: 0
Jumlah: 201




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Rahsia Celcom


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Rahsia Celcom

Please Mendaftar To Post


Oleh Rahsia Celcom

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 12-06-07 00:59


"Saya nak tukar Celcom esok."Gadis berkacamata itu memecahkan sunyi setelah kami sama-sama diam tak bercakap apa-apa.

"Mengapa?"tanyaku.

"Senang.Mak ayah guna Celcom.."jelasnya.

"Tiba-tiba sahaja?"Aku bertanya kerana selama ini tak pernah dia gaduh mahu memakai nombor Celcom melainkan nombor Maxis itu jugalah yang dipakainya sejak mengenali aku bahkan sebelum itu lagi.

"Saja."Dia menjawab pendek.

Dan aku diam.Percaya pada katanya.Ya,mungkin aku juga harus tukar kepada Celcom.Memandangkan pelbagai cerita yang tidak enak tentang Maxis akhir-akhir ini dan kerana dia mahu menukar nombor.Aku pulang ke rumah terus tanpa singgah ke mana-mana.Dan petang itu aku ke padang bola beriadhah bersama teman-teman sekuliah.

Agin petang yang menyamankan mengelus-elus pada anak telingaku.Rambutku yang semakin ku biar panjang dan berekor itu melayah dan mesra dibelai angin.

Dan persoalan itu datang lagi.
Menagapa dia mahu menukar Celcom?
Dan Kenapa dia tak mengajak aku?
Dulu kami pernah guna Celcom sekali,dan akhirnya tergantung saja nombor itu kerana teman-teman ramai yang menggunakan Maxis.Maka tentulah mahal pula kami mahu menghantar SMS dan membuat panggilan kepada mereka.Dan waktu itu dia juga yang menyarankan.Dia mengajak aku bertuka nombor.kali ini dia tak mengajak aku.Langsung.

Mengapa?

Peluh yang mengalir pada tubuhku tak mengalir bersama persoalan itu.Ia terus bersarang beranak dalam kepala dan otakku yang tak bijaksana ini.Mengapa ia tak membawa sekali resah dan persoalan remah yang bercambah dalam kepalaku?Dan persoalan ini pula makin merayap sampai ke hatiku.
Sebakkah aku?
Sedihkah aku?
Kerana dia tak mengajak aku menukar nombor sekali.

Mengapa?

Persoalan ini remeh.Aku tau itu.tapi ia masih mahu menghuni dalam kepalaku.Motorsikal YAMAHA SRX biruku yang meluncur perlahan keluar dari perkarangan kampus menderum-derum dipulas minyaknya.Dan angin petang kian deras dan laju mencanggah dadaku,mengusik ekor rambutku yang terjulur di belakang topi keledar.Apa pun keadaannya,persoalan remeh itu masih mahu menghantui fikiranku.

Mengapa?

Malam itu sesudah mengulangkaji nota kuliah untuk hari esok,aku terlentang menghadap kipas yang terkapuk pada dinding kamar.Teman-teman sebilikku,Fendi dan Padil belum pulang lagi.Keluar dengan buah hati masing-masing.Aku membelek telefon bimbitku.Aku mencuba dail nombornya.

012317****

Gagal.
Dia sudah menukar nombor.

Pun aku tidak diberitahu.

Mengapa?

Selama setahun lebih kami mengikat rasa dan kata cinta,perlakuannya kali ini betul-betul menghairankan.

Mengapa?

Dan aku terlelap dalam persoalan yang berkubang pada fikiranku.Mujur ia tak membawa ke dalam mimpi kerana persoalan itu betul-betul menghantui masa jagaku.Janganlah pula ia timbul pada masa lenaku.Aku letih.

**************************************************

Tengahari itu aku ke perpustakaan.Tadi aku solat Jumaat di masjid tanjung Malim saja.Dan kebetulan sekali aku bertemunya di tingkat dua,sedang membelek majalah-majalah koleksi perpustakaan Za`ba.
Aku meluru kepadanya.Mengajak dia duduk bersamaku.Dan persoalan itu,aku terlalu mahu mengetahui alasannya.Ia mendamaikan aku yang sedang celaru.

Maka tentulah hasilnya sama.
Kerana mak dan ayah guna Celcom.
Itu saja.
Titik.

Tapi aku masih tak faham.Dan aku tak pantas percaya.Minggu sudah dia minta aku keluarkan semua duit simpanannya yang disalurkan ke akaun kami.Sebenarnya akaun itu atas namaku.Aku dan dia sama-sama mengumpukkan duit simpanan ke situ.Akaun bersama.Akaun impian.Akaun untuk masa depan.Aaun perkahwinan.
Selepas itu dia dingin padaku.Padahal sebelum duitnya yang kira-kira RM 700 itu ku serahkan,dia giat menelefonku.Dan mendesak mahukan duit itu.Tak cukup belanja katanya.Maka aku dengan percaya mengembalikan wang yang dia satukan ke dalam akaun itu.

Mengapa?

Dan sekarang dia mahu menukar nombor?

Kami turun ke tingkat bawah perpustakaan.Dia ke kaunter peminjaman buku.Bekas pensilnya diletakkan di atas kerusi panjang yang betul-betul bertentang dengan kaunter pinjaman itu.

Ini masanya!

Dia leka beratur tanpa menoleh padaku.
Aku mencapai bekas pensilnya yang aku tahu telefon bimbitnya pasti tersimpan di situ.Dan benarlah ia tersimpan di situ.

NOKIA berwarna kelabu itu ku tekan punatnya.

MESSAGE
INBOX

Dan..Nah!!

Abang
Abang 012

Nama penghantar SMS dalam inboxnya.

Abang?Atasnya ada seorang kakak.Dan dia anak kedua.Abang mana pula?

Ku baca mesej yang tertulis..

"Nanti salah peluk nanti.."

"Abang tak tidur lagi.Teringat pada Imah.."

Cukup!Kedua-dua Abang dan Abang(012) adalah orang yang sama.

Ku buka yang lain pula.

SENT ITEM

"Imah tak tidur lagi.Abang buat apa?"

"Abang dah makan?Imah dah makan.."

Cukup!

Aku bangkit dari kerusi menunggu itu.Ku tunjukkan kepadanya telefon bimbit yang tergenggam dalam tanganku.Dia terkaku berdiri dalam barisan peminjam itu.Aku meletakkan kembali telefon bimbit itu ke dalam bekas pensilnya.Aku melangkah terus,panjang-panjang dan tak menoleh lagi.Makcik yang menjadi pengawal pada pintu masuk perpustakaan itu pun tidak ku sapa seperti biasa.

Aku tak marah.Tapi aku terkejut.Benar-benar terkejut.Aku percayakan dia.Aku menganggap dia yang terbaik dari segala gadis yang kutemui.Dan sikapnya yang `innocent` itu tak pernah aku terfikir akan tergamak melukakan hati dan jiwaku dengan diam-diam.Orang yang tidak mengenalinya rapat pun tak akan pernah terlintas pada fikiran bahawa gadis itu mampu menjahanamkan sebuah hati yang mencintainya separuh nyawa.

Jahanam!
Selepas ini akan berlaku perpisahan!
Tamat!

Dan aku pasti orang akan menyalahkan aku.Kerana dia gadis berwajah dan berkelakuan `innocent`!Kelakuan itu bukanlah dibuat-buat,tetapi dia memang 'innocent' pada wajahnya,cara cakapnya,lakunya.Kerana itu aku sendiri tak menyangka dia mampu menghancurkan hatiku!Menduakan aku!Mengkhianati janji dan sumpahnya untuk setia padaku!

Aku mencari-cari pen dalam kocek baju.Dalam kocek sweater.Dalam kocek beg laptop.Tak ada sebatang pun yang aku bawa.

Jahanam!

Aku mencapai kunci motor yang tersumbat pada tengkuk YAMAHA SRX biruku.Aku menuju pada pondok telefon di tempat parkir motorsikal itu.Penghadang yang memisahkan sebuah telefon dengan telefon lain di sebelahnya itu diperbuat daripada kayu yang disapu cat minyak.Dan aku hanya sempat menghafal satu sahaja dari dua nombor telefon lelaki yang sedang dilanda asmara dengan gadis 'innocent' itu.

0194******

Aku guriskan nombor jahanam itu pada penghadang telefon yang paling tepi sekali dengan hujung kunci motorsikalku.

Celcom!
Jahanam!

Beberapa pasang mata yang memerhatikan perlakuanku ku pandang kosong.Jiwaku sepi.Sayu dan pedih.Tak punya apa-apa rasa.Sebal dan kalau ia diperbuat dari plastik atau besi,sudah tentu ia akan berbunyi kalau diketuk.

Bangsat!

Aku menghidupkan enjin motorsikalku.
Persoalanku terjawab.


-----------------
"Semoga sedikit kataku ini,ada menyembah sekuntum bakti.."


Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-06-07 01:23


erkkk...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

awan_biru85
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2006
Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-06-07 02:24


Pada 12-06-07 00:59 , kojez_sensei83 posting:

!!! QUOTE !!!

"menjahanamkan sebuah hati yang mencintainya separuh nyawa.


mujurlah dia menyintai perempuan tu separuh saja nyawa, kalau sepenuh nya jadi macam mana ye?...isk.isk... :-)


-----------------
Photobucket

MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia


Bookmark and Share

    


  Member Information For awan_biru85Profil   Hantar PM kepada awan_biru85   Pergi ke awan_biru85's Website   Quote dan BalasQuote

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 12-06-07 07:13


Macamana?Kalau sepenuh hati maksudnya dah kawin lah tu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 12-06-07 07:24


play girl!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Bila dah laki lain yang caring2 dan pandai menggoda...seringkali perempuan tertewas... Last2 menyesal...carik balik pakwa asal...

p/s : Laki yang pandai mengayat ni 'biasanya' dalam kategori buaya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 12-06-07 07:25


Pada 12-06-07 07:13 , kojez_sensei83 posting:

!!! QUOTE !!!

Macamana?Kalau sepenuh hati maksudnya dah kawin lah tu..


Kisah benar ke rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati??


-----------------
"Subhanaka lah 'ilma lana illa ma'allamtana innaka antal 'alimul hakim...Ilaahi Anta Maqsudi wa Ridhaka Matlubi...


Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

FIENDA
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.11.2006
Ahli No: 27433
Posting: 224
Dari: NS

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 12-06-07 08:25


no komen...

Bookmark and Share

    


  Member Information For FIENDAProfil   Hantar PM kepada FIENDA   Quote dan BalasQuote

are_peace82
WARGA SETIA
Menyertai: 06.10.2006
Ahli No: 26802
Posting: 412
Dari: Kelantan & Kajang

Kelantan  


posticon Posting pada: 12-06-07 08:49


So apa kaitan dengan celcom? Adakah celcom perlu dipersalahkan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For are_peace82Profil   Hantar PM kepada are_peace82   Quote dan BalasQuote

destinasi_abadi
WARGA SETIA
Menyertai: 31.12.2004
Ahli No: 13423
Posting: 496
Dari: Pulau Pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 12-06-07 09:50


kaitannya dengan celcom..sebab si perempuan tu tukar celcom nak sama no dengan kawan baru dia tu...agaknya lah...
en. kojez...tak ada sambungan ke cerpen ini...buatlah sambungannya...mesti best...

Bookmark and Share

    


  Member Information For destinasi_abadiProfil   Hantar PM kepada destinasi_abadi   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA SETIA
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-06-07 10:19


Aduh lah...masalah2....
Ni lah bila cinta pada insani...
Elergik lah pula ana...


-----------------

cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku


Bookmark and Share

    


  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Pergi ke niza_ati's Website   Quote dan BalasQuote

rose_itam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 19.05.2007
Ahli No: 29976
Posting: 371
Dari: Temerloh

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 12-06-07 10:22


hanya yang pernah mengalami akan mengerti dan dapat menghasilkan coretan yang berkesan...

rasanya macam cerita sebenar dan ada kaitan dengan si penulis..

Bookmark and Share

    


  Member Information For rose_itamProfil   Hantar PM kepada rose_itam   Quote dan BalasQuote

rose_itam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 19.05.2007
Ahli No: 29976
Posting: 371
Dari: Temerloh

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 12-06-07 10:22


hanya yang pernah mengalami akan mengerti dan dapat menghasilkan coretan yang berkesan...

rasanya macam cerita sebenar dan ada kaitan dengan si penulis..

Bookmark and Share

    


  Member Information For rose_itamProfil   Hantar PM kepada rose_itam   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 12-06-07 12:08


hm...apa jadi lepas itu?

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 12-06-07 12:33


aik guna celcom pun boleh buat cerita?!!!!!!
ngatkan celcom guna untuk kontek orang saja...
ada lagi tak????

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 12-06-07 13:42


Pada 12-06-07 10:22 , rose_itam posting:

!!! QUOTE !!!

hanya yang pernah mengalami akan mengerti dan dapat menghasilkan coretan yang berkesan...

rasanya macam cerita sebenar dan ada kaitan dengan si penulis..


hish..ada-ada saja ros_itam ni..
wallahua`lam..


-----------------
"Semoga sedikit kataku ini,ada menyembah sekuntum bakti.."


Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

nur_ashikin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.11.2006
Ahli No: 27359
Posting: 256
Dari: shah alam

malaysia  


posticon Posting pada: 12-06-07 13:43


mm...apa pulak celcom jadi mgse...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_ashikinProfil   Hantar PM kepada nur_ashikin   Quote dan BalasQuote

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 12-06-07 13:44


Pada 12-06-07 10:19 , niza_ati posting:

!!! QUOTE !!!

Aduh lah...masalah2....
Ni lah bila cinta pada insani...
Elergik lah pula ana...



jangan cakap..nanti terbikin pula..:)


-----------------
"Semoga sedikit kataku ini,ada menyembah sekuntum bakti.."


Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

Al-Qarni
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.01.2004
Ahli No: 6699
Posting: 296
Dari: fakulti ekonomi

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 12-06-07 14:46


maxis=ananda krishnan (tokey berhala aramugam kat batu caves,terbesar di asia)

digi=tokey dia cina(ana xigtla nama dia)

celcom=org kita punya

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-QarniProfil   Hantar PM kepada Al-Qarni   Pergi ke Al-Qarni's Website   Quote dan BalasQuote

mujahidah_solehah04
Warga Rasmi
Menyertai: 06.06.2007
Ahli No: 30176
Posting: 10
Dari: bilik rehat....

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 12-06-07 16:57


...menarik....akan jadi lebih menarik andai ada kesudahannya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahidah_solehah04Profil   Hantar PM kepada mujahidah_solehah04   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 12-06-07 17:41


best cerpen ni....:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

naulofar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.05.2007
Ahli No: 30116
Posting: 79
Dari: muar

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 12-06-07 18:05


tak pasal2 celcom jadi mangse.....
ini cerita betulkah rekaan........
pada remaja tak payah lah nak cintan-cinton ini habiskan duit saja
kalau dah putuskan nak bcinta cubalah stia kalau tak suka brterus-terang sajalah
tkyah lah main kayu 3 ke 4 ke sat lagi org main kayu 10 kat hang baru tau..........
kita hidupkan macam roda skjp kat atas skjp kat bawah pcylah lm2 mesti dapat balasn

Bookmark and Share

    


  Member Information For naulofarProfil   Hantar PM kepada naulofar   Quote dan BalasQuote

annafira
Warga 4 Bintang
Menyertai: 11.06.2004
Ahli No: 9407
Posting: 204
Dari: Indera Kayangan

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 12-06-07 19:12


rindunye nak guna celcom =)

Bookmark and Share

    


  Member Information For annafiraProfil   Hantar PM kepada annafira   Pergi ke annafira's Website   Quote dan BalasQuote

saussan_saffanah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.08.2006
Ahli No: 25827
Posting: 353
Dari: sumwhere~

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-06-07 19:32


Pada 12-06-07 17:41 , insyirah_hr posting:

!!! QUOTE !!!

best cerpen ni....:)


insyirah ni...suka puji memuji :P


-----------------
hamba sehambanya


Bookmark and Share

    


  Member Information For saussan_saffanahProfil   Hantar PM kepada saussan_saffanah   Quote dan BalasQuote

Wuddah
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2007
Ahli No: 29021
Posting: 508
Dari: Chenderong Balai

Perak  


posticon Posting pada: 12-06-07 21:53


No komen..

Bookmark and Share

    


  Member Information For WuddahProfil   Hantar PM kepada Wuddah   Quote dan BalasQuote

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 12-06-07 23:36


tenang kawan-kawan..tenang teman2..

zaman muda yang indah
jangan cepat melatah bila diagah
sahut cabaran dengan gagah
pedulikan cemuhan
abaikan kritikan
junjung persahabatan atas kepala
benamkan cinta jauh dalam hati

dan pada segalanya ini akan ada sempadannya nanti..:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

rose_itam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 19.05.2007
Ahli No: 29976
Posting: 371
Dari: Temerloh

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 13-06-07 09:41


Pada 12-06-07 13:42 , kojez_sensei83 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 12-06-07 10:22 , rose_itam posting:

!!! QUOTE !!!

hanya yang pernah mengalami akan mengerti dan dapat menghasilkan coretan yang berkesan...

rasanya macam cerita sebenar dan ada kaitan dengan si penulis..


hish..ada-ada saja ros_itam ni..
wallahua`lam..



saya hanya meneka..dan hanya yang termakan lada akan terasa pedasnya.. ;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For rose_itamProfil   Hantar PM kepada rose_itam   Quote dan BalasQuote

Qaisar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.11.2006
Ahli No: 27543
Posting: 266
Dari: Darul Aman

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 13-06-07 13:38


haha.. celcom.. okey okey okey
tapi slalunya, orang-orang yang becinta ni mereka lagi suka pakai dengan..
sebab murah agaknya.. entah, tak tau lah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For QaisarProfil   Hantar PM kepada Qaisar   Quote dan BalasQuote

intan_farisya
Warga 1 Bintang
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 573
Posting: 26
Dari: perlis

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 13-06-07 13:50


mmm..

best cerita dia..
macam ada terkena btg hidung saya sikit-sikit..

heheh

Bookmark and Share

    


  Member Information For intan_farisyaProfil   Hantar PM kepada intan_farisya   Pergi ke intan_farisya's Website   Quote dan BalasQuote

intan_farisya
Warga 1 Bintang
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 573
Posting: 26
Dari: perlis

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 13-06-07 13:50


mmm..

best cerita dia..
macam ada terkena btg hidung saya sikit-sikit..

heheh

Bookmark and Share

    


  Member Information For intan_farisyaProfil   Hantar PM kepada intan_farisya   Pergi ke intan_farisya's Website   Quote dan BalasQuote

naabihah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 07.06.2007
Ahli No: 30194
Posting: 25
Dari: bangi

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-06-07 15:28


tinggal saja perempuan macam tu..xsetia..

Bookmark and Share

    


  Member Information For naabihahProfil   Hantar PM kepada naabihah   Quote dan BalasQuote

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 13-06-07 15:28


Pada 13-06-07 13:38 , Qaisar posting:

!!! QUOTE !!!

haha.. celcom.. ok ok ok
tapi slalunya, orang-orang yang becinta ni mereka lagi suka pakai dengan..
sebab murah agaknya.. entah, tak tau lah...


nak jawab..DIGI!kan??kan??kan??:p


-----------------
"Semoga sedikit kataku ini,ada menyembah sekuntum bakti.."


Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 13-06-07 15:29


Pada 13-06-07 09:41 , rose_itam posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 12-06-07 13:42 , kojez_sensei83 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 12-06-07 10:22 , rose_itam posting:

!!! QUOTE !!!

hanya yang pernah mengalami akan mengerti dan dapat menghasilkan coretan yang berkesan...

rasanya macam cerita sebenar dan ada kaitan dengan si penulis..


hish..ada-ada saja ros_itam ni..
wallahua`lam..



saya hanya meneka..dan hanya yang termakan lada akan terasa pedasnya.. ;-)


amboi..ada juga org makan cili xpedas tau..:p


-----------------
"Semoga sedikit kataku ini,ada menyembah sekuntum bakti.."


Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

rose_itam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 19.05.2007
Ahli No: 29976
Posting: 371
Dari: Temerloh

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 13-06-07 17:10


Pada 13-06-07 15:28 , kojez_sensei83 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 13-06-07 13:38 , Qaisar posting:

!!! QUOTE !!!

haha.. celcom.. ok ok ok
tapi slalunya, orang-orang yang becinta ni mereka lagi suka pakai dengan..
sebab murah agaknya.. entah, tak tau lah...


nak jawab..DIGI!kan??kan??kan??:p




haaaaaaaaa tepat sekali..bijak..bijak..

Bookmark and Share

    


  Member Information For rose_itamProfil   Hantar PM kepada rose_itam   Quote dan BalasQuote

rose_itam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 19.05.2007
Ahli No: 29976
Posting: 371
Dari: Temerloh

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 13-06-07 17:11


Pada 13-06-07 15:29 , kojez_sensei83 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 13-06-07 09:41 , rose_itam posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 12-06-07 13:42 , kojez_sensei83 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 12-06-07 10:22 , rose_itam posting:

!!! QUOTE !!!

hanya yang pernah mengalami akan mengerti dan dapat menghasilkan coretan yang berkesan...

rasanya macam cerita sebenar dan ada kaitan dengan si penulis..


hish..ada-ada saja ros_itam ni..
wallahua`lam..



saya hanya meneka..dan hanya yang termakan lada akan terasa pedasnya.. ;-)


amboi..ada juga org makan cili xpedas tau..:p



cili apa? hilang deria rasa agaknya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For rose_itamProfil   Hantar PM kepada rose_itam   Quote dan BalasQuote

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 13-06-07 22:02


hilang deria ye jugak..kira ada lah jugak kan

Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 13-06-07 22:09


best juga cerita ni. Rasanya tak ada masalah tajuk dia dengan celcom, sebab apa saya nampak bukan nak burukkan celcom tapi kisah anatara wanita dengan lelaki tersebut yang kebetulan perempuan tu guna no celcom. mM.. :) macam kisah bnar, tapi wallahua'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 13-06-07 22:46


mm,cuba celcom tukar kepada maxis...blehkan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

nawzah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.12.2006
Ahli No: 27687
Posting: 219
Dari: BUMI ALLAH S.W.T.

jordan  


posticon Posting pada: 13-06-07 23:11


.......:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nawzahProfil   Hantar PM kepada nawzah   Quote dan BalasQuote

Qaisar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.11.2006
Ahli No: 27543
Posting: 266
Dari: Darul Aman

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 14-06-07 00:34


Pada 13-06-07 13:50 , intan_farisya posting:

!!! QUOTE !!!

mmm..

best cerita dia..
macam ada terkena btg hidung saya sikit-sikit..

heheh

kena batang idung ye? hehe
nasib baik tak masuk lobang idung.. hehe gurau2 saja..


-----------------
Assubhubada'


Bookmark and Share

    


  Member Information For QaisarProfil   Hantar PM kepada Qaisar   Quote dan BalasQuote

rose_itam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 19.05.2007
Ahli No: 29976
Posting: 371
Dari: Temerloh

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 14-06-07 09:27


Pada 13-06-07 22:09 , muslimah_jun posting:

!!! QUOTE !!!

best juga cerita ni. Rasanya tak ada masalah tajuk dia dengan celcom, sebab apa saya nampak bukan nak burukkan celcom tapi kisah anatara wanita dengan lelaki tersebut yang kebetulan perempuan tu guna no celcom. mM.. :) macam kisah bnar, tapi wallahua'lam.


memang kisah benar pun.. kalau xpcaya tanya tuan punya cerita ni..
kalau dia xmengaku..maknanya memang betul lah tu ehehe :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For rose_itamProfil   Hantar PM kepada rose_itam   Quote dan BalasQuote

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 14-06-07 20:45


ye lah..mengaku2..(ambil hati rose_itam)


-----------------
"Semoga sedikit kataku ini,ada menyembah sekuntum bakti.."


Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

rose_itam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 19.05.2007
Ahli No: 29976
Posting: 371
Dari: Temerloh

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 15-06-07 09:51


huhu apela..bagi lah cerpen lagi kojez

Bookmark and Share

    


  Member Information For rose_itamProfil   Hantar PM kepada rose_itam   Quote dan BalasQuote

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 15-06-07 15:06


insyaAllah..tukar sikit tema penulisan..destinasi_abadi request cerpen berunsur Islamik pulak lah..ada saja..Riak tajuknya..xbace lah tu.hehe..


-----------------
"Semoga sedikit kataku ini,ada menyembah sekuntum bakti.."


Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

aku_hambamu
Warga 5 Bintang
Menyertai: 13.05.2007
Ahli No: 29921
Posting: 393

PulauPinang  


posticon Posting pada: 15-06-07 15:19


sambungannya..kojez_sensei83...
biar ana sambung sikit lagi... sebab ana ada kat situ masa dia menggores penghadang telefon itu...

"lantas ana pun mengeluarkan syiling dan mendail no tersebut..."
rupa-rupanya perempuan yang bercakap...
dia kata "no yang anda dail tidak terdapat dalam perkhidmatan"

_adakah dia silap gores?_

Bookmark and Share

    


  Member Information For aku_hambamuProfil   Hantar PM kepada aku_hambamu   Quote dan BalasQuote

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 15-06-07 23:52


awak yang silap dail tu..:)


-----------------
"Semoga sedikit kataku ini,ada menyembah sekuntum bakti.."


Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 16-06-07 10:12


Celcom

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Farishah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2005
Ahli No: 16036
Posting: 808
Dari: depan komputer

somalia  


posticon Posting pada: 19-06-07 04:41


cerita ni macam ada kena mngene dengan cerita "ajarkan saya jadi lelaki cool" tu sambungan dia ke?


-----------------
strong minds talk about ideas, weak minds talk about people.


Bookmark and Share

    


  Member Information For FarishahProfil   Hantar PM kepada Farishah   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-06-07 11:21


Pada 12-06-07 23:36 , kojez_sensei83 posting:

!!! QUOTE !!!

tenang kawan-kawan..tenang teman2..

zaman muda yang indah
jangan cepat melatah bila diagah
sahut cabaran dengan gagah
pedulikan cemuhan
abaikan kritikan
junjung persahabatan atas kepala
benamkan cinta jauh dalam hati

dan pada segalanya ini akan ada sempadannya nanti..:)


mendalam nya... :-)


-----------------
hidup ini indah
namun...keindahannya hilang
dek kerakusan kita.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 20-06-07 20:37


terima kasih lubaina..memahami..;)

Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 20-06-07 22:00


no komen...

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

affenry
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.08.2006
Ahli No: 25617
Posting: 130
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 20-06-07 23:01


ya tuhan kami, jauh kan lah kami dr dugaan yang xtmampu kami tanggung.......................

Bookmark and Share

    


  Member Information For affenryProfil   Hantar PM kepada affenry   Quote dan BalasQuote

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 29-06-07 12:52


aminn....

Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

qhusairi
Warga Rasmi
Menyertai: 01.12.2005
Ahli No: 20603
Posting: 9
Dari: PERAK

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-08-07 12:40


fdfggfhdsadffgfdgfdgfdvfvfdgbbh

Bookmark and Share

    


  Member Information For qhusairiProfil   Hantar PM kepada qhusairi   Quote dan BalasQuote

nisaulfadhilah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.10.2006
Ahli No: 27084
Posting: 207
Dari: irbid

jordan  


posticon Posting pada: 06-08-07 18:04


teruk tol perempuan begini..tak pandai mengahargai apa yang dia da ada depan mata..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nisaulfadhilahProfil   Hantar PM kepada nisaulfadhilah   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 06-08-07 18:24


huhu..macam-macam ye

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

mukmin0904
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.12.2005
Ahli No: 21142
Posting: 298
Dari: petaling jaya

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-08-07 18:24


susah2 tukar sajalah digi.bersama3x...mu

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukmin0904Profil   Hantar PM kepada mukmin0904   Quote dan BalasQuote

abah-we-ma
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26484
Posting: 108
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 01-09-07 15:09


ada juga perempuan macam tu..
tak ada sambungan ke???
ni mesti kisah benar ni...hehehe..

Bookmark and Share

    


  Member Information For abah-we-maProfil   Hantar PM kepada abah-we-ma   Quote dan BalasQuote

ctnurbebo
WARGA SETIA
Menyertai: 12.03.2007
Ahli No: 29142
Posting: 880
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 01-09-07 16:08


iskh3...xpsl2 celcom yang jadi tajuk utama..kenapa tak guna tajuk no misteri ke...no telefon beralih arah ke.....xpn aku,dia dan celcom...hik3....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ctnurbeboProfil   Hantar PM kepada ctnurbebo   Quote dan BalasQuote

azaha85
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.07.2007
Ahli No: 30484
Posting: 92
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-09-07 17:09


name celcom pun boleh buat tajuk,pelikkan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For azaha85Profil   Hantar PM kepada azaha85   Quote dan BalasQuote

firdaus_9
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2005
Ahli No: 16983
Posting: 703
Dari: Bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-09-07 21:32


huh!? :O ni cerita apa ni eh? huh!? :O
ana sedikit pun tak faham huh!? :O "_?

p/s: tapi ana pakai Maxis heh! :D :P sejak dari dulu, kini dan selamanya heh! :D

Bookmark and Share

    


  Member Information For firdaus_9Profil   Hantar PM kepada firdaus_9   Pergi ke firdaus_9's Website   Quote dan BalasQuote

syahadaiman86
Warga 1 Bintang
Menyertai: 25.03.2007
Ahli No: 29321
Posting: 31
Dari: Johor - Selangor

Johor  


posticon Posting pada: 02-09-07 12:06


apa pula lah celcom yang disalahkan.... confius. tapi cerita ni boleh bagi pengajaran sebab org yang bercinta dengan manusia bila kecewa macam tu lah jadinya. Nauzubillah

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahadaiman86Profil   Hantar PM kepada syahadaiman86   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 02-09-07 14:09


Asalamualaikum...
Walaubagaimanapun, celcom tetap tak bersalah... :lol:

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

NurArisha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.03.2005
Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 25-09-07 10:33


nice story..

ada pengajaran..

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurArishaProfil   Hantar PM kepada NurArisha   Pergi ke NurArisha's Website   Quote dan BalasQuote

islamic_gil
WARGA SETIA
Menyertai: 24.02.2005
Ahli No: 14692
Posting: 427
Dari: SATU KAWASAN DI SATU MASA

Selangor  


posticon Posting pada: 27-10-07 21:01


nak sambungannnn
takkan berakhir denagn perpisahan jee..emmm kalau tak laki plyboy, perempuan pulak. macam22

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamic_gilProfil   Hantar PM kepada islamic_gil   Quote dan BalasQuote

smile_roses
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2003
Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 27-10-07 21:05


erkkkk.. sabar2

Bookmark and Share

    


  Member Information For smile_rosesProfil   Hantar PM kepada smile_roses   Pergi ke smile_roses's Website   Quote dan BalasQuote

kahfi8
WARGA SETIA
Menyertai: 19.09.2007
Ahli No: 31129
Posting: 517
Dari: Damansara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-11-07 16:01


celcom lah coverage baguss...
maxis mengayakan ananda,bantu dia 'derma' buat patung lagi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For kahfi8Profil   Hantar PM kepada kahfi8   Pergi ke kahfi8's Website   Quote dan BalasQuote

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 18-12-07 20:48


Pada 02-09-07 12:06 , syahadaiman86 posting:

!!! QUOTE !!!

apa pula lah celcom yang disalahkan.... confius. tapi cerita ni boleh bagi pengajaran sebab org yang bercinta dengan manusia bila kecewa macam tu lah jadinya. Nauzubillah


alahai...mana ada org salahkan celcom..ni baca ke xbace ni..baca laju2 eh??kemampuan menganalisa belum tajam lagi ni..=)


-----------------
"Semoga sedikit kataku ini,ada menyembah sekuntum bakti.."


Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

adibahazrah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 13.10.2006
Ahli No: 26948
Posting: 167
Dari: selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 18-12-07 23:00


Pada 12-06-07 08:49 , are_peace82 posting:

!!! QUOTE !!!

So apa kaitan dengan celcom? Adakah celcom perlu dipersalahkan.


suppose tak ada kena mengena dengan celcom

Bookmark and Share

    


  Member Information For adibahazrahProfil   Hantar PM kepada adibahazrah   Quote dan BalasQuote

kojez_sensei83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21570
Posting: 163
Dari: Kolej MARA Banting

malaysia  


posticon Posting pada: 20-12-07 21:23


Pada 18-12-07 23:00 , adibahazrah posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 12-06-07 08:49 , are_peace82 posting:

!!! QUOTE !!!

So apa kaitan dengan celcom? Adakah celcom perlu dipersalahkan.


suppose tak ada kena mengena dengan celcom


kena mengene juga..cuma tak ada salah2..hehe


-----------------
"Semoga sedikit kataku ini,ada menyembah sekuntum bakti.."


Bookmark and Share

    


  Member Information For kojez_sensei83Profil   Hantar PM kepada kojez_sensei83   Quote dan BalasQuote

sanada_yukimura
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2004
Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )

japan  


posticon Posting pada: 11-12-08 23:05


Ada ke simpan duit datu akaun... apa .a..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sanada_yukimuraProfil   Hantar PM kepada sanada_yukimura   Pergi ke sanada_yukimura's Website   Quote dan BalasQuote

ewanz
Warga 1 Bintang
Menyertai: 16.05.2007
Ahli No: 29954
Posting: 30
Dari: taiping

malaysia  


posticon Posting pada: 12-12-08 01:52


tahniah kojez_sensei83
bagi ana tak salah letak tajuk rahsia celcom
sebab tajuk tu lah ana tertarik untuk baca cerpen ni
ingatkan pasal celcom
rupanya tak
itu yang menarik tu
not literal
hmm
good attempt

Bookmark and Share

    


  Member Information For ewanzProfil   Hantar PM kepada ewanz   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-12-08 07:53


ingatkan betul-betul rahsia tentang celcom,apeda :-P :berfikir:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 12-12-08 08:44


kebanyakannya macam ni lah bila da ada orang baru....kalau tak tukar nombor, mesti pakai 2 handphone.....
tapi kadang-kadang nak tukar nombor bukannya sebab apa tapi ada orang selalu kacau kita.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

imni_1612
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34904
Posting: 336
Dari: Kuala Lumpur

Perak   avatar


posticon Posting pada: 12-12-08 11:08


alamak..imni ni lampi lah..:-(
imni tak faham pun ap sudahnya cerita ni..:-?

Bookmark and Share

    


  Member Information For imni_1612Profil   Hantar PM kepada imni_1612   Quote dan BalasQuote

sikinshaharudin
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.11.2008
Ahli No: 36109
Posting: 87
Dari: zi ji l0ng p0

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 12-12-08 13:28


uiksss..... :-(
macam ponah jadi ....................... :oops: :oops: :oops:


-----------------
senYum s0km0 =)


Bookmark and Share

    


  Member Information For sikinshaharudinProfil   Hantar PM kepada sikinshaharudin   Quote dan BalasQuote

aqil
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.08.2005
Ahli No: 17966
Posting: 162
Dari: PAHANG

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 09-10-09 01:15


Pada 12-06-07 08:49 , are_peace82 posting:

!!! QUOTE !!!

So apa kaitan dengan celcom? Adakah celcom perlu dipersalahkan.


ahak ahak ahak
betol3
:lucu: :lucu:

Bookmark and Share

    


  Member Information For aqilProfil   Hantar PM kepada aqil   Quote dan BalasQuote

kumpulansenyum
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2006
Ahli No: 24414
Posting: 305
Dari: UKM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-10-09 10:05


macam ada sambungn saja..
tunggu2...
tapi jangn lewat2..
karang dah basi tak best..


-----------------
Jom masuk syurga...


Bookmark and Share

    


  Member Information For kumpulansenyumProfil   Hantar PM kepada kumpulansenyum   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 09-10-09 15:59


ada smbungan lagi ke??? tapi janganlah buat org begitu...pedih hati kalau di lukai...minta cara leklok,lepaskan cara leklok...jangan mengelak dan buat perangai dalam diam-diam....erm...


-----------------
BERTEMU DAN BERPISAH ADALAH KETENTUAN ALLAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

amirahni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.06.2006
Ahli No: 24839
Posting: 134
Dari: SHAH ALAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-03-10 16:33


sampai sekarang xhabis lagi ke?
mana kojez_sensei83?


-----------------
BUAT YANG BETUL, BUAT DENGAN BETUL, BUAT BETUL-BETUL


Bookmark and Share

    


  Member Information For amirahniProfil   Hantar PM kepada amirahni   Pergi ke amirahni's Website   Quote dan BalasQuote

sakinah283
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.10.2006
Ahli No: 26864
Posting: 260
Dari: Ampang-Bangi

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 09-03-10 19:27


bila terpandang tajuk ni, rasanya dah boleh agak kisah sebaliknya....
em, actually pernah dengar kisah benar seperti ni....
kira lebih kuranglah....huhu
sedih bila dikhianati dalam diam kan....
lebih baik berterus terang daripada disakiti macam ni...
jujurlah walaupun ianya pahit....huhu....


-----------------
"The way to love anything is to realize that it might be lost"


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinah283Profil   Hantar PM kepada sakinah283   Pergi ke sakinah283's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.168349 saat. Lajunya....