Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 01-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kami disuruh oleh Rasulullah agar menaburkan debu tanah ke muka orang yang memuji-muji dan mengampu-ngampu.
-- -- Hadis riwayat Imam Ibnu Majah

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 31
Ahli: 0
Jumlah: 31




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 4 hari yang lalu


Awas!
Topik: koleksi debunk forwarded emails


Carian Forum

Moderator: Administrator, izdham
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Awas!
    »» koleksi debunk forwarded emails

Please Mendaftar To Post


Oleh koleksi debunk forwarded emails

Howling_wolf
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.12.2003
Ahli No: 5759
Posting: 294
Dari: Irbid, Jordan

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 22-05-07 18:28


TOpik: MASJID
Mesej: DIMOHON AGAR MENYEBUT DENGAN TEPAT,
TEMPAT IBADAT KITA DENGAN "MASJID"!
Bukan "MOSQUE"!!!

Sila baca tulisan ini dan sebarkan ke beberapa muslim sebanyak yang anda bisa. Ini adalah informasi yang sangat amat penting.

Muslim seharusnya tidak lagi menggunakan kata "Mosque".

Suatu hari, saya membaca buku berjudul "THE COMPLETE IDIOT'S GUIDE TO UNDERSTANDING ISLAM" ("PETUNJUK KEPADA IDIOT (SI JAHIL) YANG LENGKAP UNTUK MENGERTI ISLAM)

Dan buku itu berisi fakta-fakta yang lucu.Salah satunya adalah mengenai kata "Mosque."

Banyak dari kita yang berfikir bahawa ini adalah terjemahan bahasa Inggris untuk Masjid. Saya yakin tak ada seorang pun dari kita yang Mengetahui dengan tepat bagaimana kata ini ada dan kemudian mempunyai kemiripan bunyi dengan
'Masjid'. Kita masih sangat muda ketika kita berfikir bahawa ini
hanyalah sebuah kata dalam Bahasa Inggeris. Saat itu kita belum berfikir kritis dan analitis, jadi tak ada keberanian untuk menanyakan sesungguhnya asal usul perkataan itu kepada guru, benar kan ?

Bagaimanapun, buku ini menunjukkan kata 'Mosque' diperoleh dari kata dalam bahasa Spanyol, iaitu "Mosquito" ("Nyamuk").

Dinamakan seperti itu kerana saat Perang Salib terjadi, Raja Ferdinand berkata bahawa mereka akan berangkat dan membasmi Muslim "like mosquitoes"( "seperti nyamuk-nyamuk"). Dia merujuk kepada kata-kata itu kerana di mana lagi Mereka dapat temukan muslim dalam jumlah yang cukup besar untuk dibasmi jika bukan di Masjid?. Muslim itu
umpama nyamuk dan menemukan mereka di sarangnya.
Lalu tanpa rasa ragu mereka menyebut "Masjid" sebagai "Mosque".

Jadi saudara-saudaraku seiman, hindarilah penggunaan kata yang dengan jelas menunjukkan tamparan ke muka ke wajah umat Islam. Beritahukanlah saudara-saudara kita yang lain tentang sejarah dan etimologi (ilmu asal kata) tentang kata yang nista ini. Dan marilah kita ganti kata itu dengan kata
yang memiliki makna yang seharusnya :

Masjid = Tempat untuk Bersujud!!
Bukan Mosque = Tempat Pembasmian!

Jika ada diantara saudara-saudara yang masih ragu tentang hal ini,silahkan mencari buku tersebut dan kemudian membacanya. Saudara-saudara juga boleh bertanya kepada
ustaz-ustaz kita.

wasallam...

!!! QUOTE !!!


Bagaimanapun, buku ini menunjukkan kata 'Mosque' diperoleh dari kata dalam bahasa Spanyol, iaitu "Mosquito" ("Nyamuk").


Perkataan 'mosque' bukan berasal dari perkataan Sepanyol 'mosquito' sebaliknya 'mezquita'.

"The pre-cursors of the word "mosque" appeared during the 15th, 16th, and 17th centuries and "Moseak", "muskey", "moschy", and "mos'ok" were just some of the variations that came into use until it was decided that "mosquee", imitating Middle French, Italian, and Old Spanish, would become the standard. In the early 18th century, the modern spelling became the most popular and standard spelling of the word."

http://en.wikipedia.org/wiki/Mosque#Etymology

Word `mosque' diilhamkan daripada The Mezquita of Cordoba (dibina 784-987). european tertarik dengan Mezquita itu, lalu menterjemahkan masjid (arabic) sebagai mosque (english)
http://en.wikipedia.org/wiki/Mezquita


Akhir kata, Islam takkan tertegak dengan cara pembohongan!

Bookmark and Share

    


  Member Information For Howling_wolfProfil   Hantar PM kepada Howling_wolf   Pergi ke Howling_wolf's Website   Quote dan BalasQuote

Howling_wolf
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.12.2003
Ahli No: 5759
Posting: 294
Dari: Irbid, Jordan

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 22-05-07 18:38


"Dear friends....for your info most of us use the spelling MAKKAH as MECCA. Actually, the word MECCA means SHARAB KHANNA or PROSTITUTE CENTRE. This has been modified by ISLAM' enemies.....It is a huge plan so be careful whenever you want to write MAKKAH ..don't write MECCA please! Please forward this by every means of communication to each and every Muslim"

Macam mana perkataan Mecca boleh jadi Sharab Khanna (شرب حانة ) lepas itu entah macam mana sharab khanna jadi prostitute centre. Tak ke pelik?. Sharab khanna tu dalam bahasa Parsi maksudnya 'wine shop' dan dalam bahasa Arab pulak sharab maknanya 'minum'. Kalau prostitute dalam bahasa Arab ialah SHARMUTOH atau 3AHIRAH. Ada disebut dalam novel Ayat-ayat Cinta.

lepas itu cuba bukak kamus cari maksud mecca. Kalau dalam Dewan Eja dia kata

    * dan 1. holy city of Islam, Mekah, Makkah; 2. sometimes mecca, place that many people visit, tempat tumpuan: Paris is a ~ for art lovers, Paris ialah tempat tumpuan pencinta seni; the Tower of London, the ~ of tourists in Britain, Tower of London, tempat tumpuan pelancong di Britain.

Kesimpulannya, mecca dalam erti kata lain ialah TEMPAT BERKUMPUL, bukan SARANG PELACUR!

Akhir kata, Islam takkan tertegak dengan cara pembohongan!

Bookmark and Share

    


  Member Information For Howling_wolfProfil   Hantar PM kepada Howling_wolf   Pergi ke Howling_wolf's Website   Quote dan BalasQuote

Howling_wolf
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.12.2003
Ahli No: 5759
Posting: 294
Dari: Irbid, Jordan

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 22-05-07 18:43


Beware of the following websites:

1. answering-islam

2. aboutislam

3. thequran

4. allahassurance

These sites have been developed by the Jews

THEY Intentionally spread wrong information about QURAN , HADITH and Islam !!! So beware of these sites!!!!

Seperti yang dinyatakan, website2 tersebut sebenarnya bukanlah dibangunkan oleh Yahudi atau Zionis sebaliknya oleh orang Kristian sendiri. Satu perkara yang agak pelik jika Zionis yang menganggap orang lain selain Yahudi adalah 'ghoyim' (najis) dalam ajaran Talmud tiba-tiba saja membangunkan website tentang "kebenaran" Bible dan "ketuhanan" Jesus.

Fatwa berkenaan website ini juga telah dikeluarkan yang mana umat Islam TIDAK DIBENARKAN UNTUK MELAWAT, MEMBERITAHU ORANG LAIN ATAU MEMFORWARD WEBSITE INI. Hakikatnya inilah yang musuh2 Islam mahu kita lakukan. Sebenarnya, apabila kita menyebarkan website2 ni, secara tidak langsung kita telah membantu website ni meningkatkan 'hits' dalam search engine. Sesetengah search engine menggunakan direct link untuk menentukan posisi ranking sesebuah laman. Sekiranya banyak direct link, maka lebih tinggilah rankingnya dalam search engine. Sesetengah search engine pula menggunakan kadar "hits". Maka apabila semakin ramai yang melawat website2 ini, maka semakin tinggilah rankingnya dalam search engine.

Maka tidak hairan sekiranya kita menaip 'Islam' dalam search engine, dalam page pertama dah terpapar website2 seperti ini. Bayangkan 9,670,000 website yang disearch dengan perkataan 'Islam' adalah website yang sesat dan memberi ajaran yang salah tentang Islam akan tetapi website ni menduduki tempat teratas dalam ranking search engine. Mengapa ini berlaku? Kerana kesilapan umat Islam sendiri yang memforward website2 ini dan secara tidak langsung membantu mereka meningkatkan ranking. Cukuplah sekadar tahu dan tidak menggatal tangan untuk klik website tersebut kerana setiap klik anda itu membantu mereka untuk menjatuhkan Islam.

Rujukan :

http://www.islamtomorrow.com/articles/bad_websites.html

Bookmark and Share

    


  Member Information For Howling_wolfProfil   Hantar PM kepada Howling_wolf   Pergi ke Howling_wolf's Website   Quote dan BalasQuote

Howling_wolf
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.12.2003
Ahli No: 5759
Posting: 294
Dari: Irbid, Jordan

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 22-05-07 18:56


Sampaikanlah mesej ini kepada kawan-kawan muslim kita yang lain kerana Allah itu amat suka akan orang yang menyampaikan benda-benda yang baik.Untuk pengetahuan semua, umat Islam di Malaysia kini dikejutkan dengan penemuan "Holy Water" di dalam air mineral yang diedarkan dipasaran ketika ini.Seperti yang kita umat Islam ketahui,Holy Water jika diminum oleh umat Islam akan menyebabkan lidah menjadi keras untuk menyebut nama Allah dan hati menjadi beku atas segala ajaran Islam. Sebelum terkena lebih baik kita
berhati-hati.

Disini disenaraikan nama-nama air mineral tersebut:
1) Al-Mansur
2) Al-Mubarakah
3) Al-Barakah
4) Bestari

Ingat wahai sahabat,orang-orang kafir selalu ingin menjatuhkan agama Islam.Mereka boleh berselindung dengan nama-nama orang Islam tetapi Allah maha mengetahui dan dibukanya minda kita agar tetap dengan keimanan di
hati. Untuk pengetahuan , buktinya memang dah ada dan sekarang ini jenama air mineral tersebut boleh didapati disekitar PKNS dan Bukit Jalil dan beberapa tempat sekitar Petaling Jaya, Selangor. Di tempat lain tidak pula diketahui.

________________________________________________

Dalam Kristian, sememangnya holy water wujud akan tetapi tujuannya bukanlah untuk menyebabkan orang masuk Kristian atau tidak dapat mengucap. Holy water cuma air biasa yang telah didoakan oleh paderi dan digunakan untuk upacara pembaptisan. Memang tidak dinafikan bahawa terdapat kes-kes muslim yang tidak dapat mengucap setelah minum air yang dikatakan telah bercampur dengan holy water. Namun begitu, seorang bekas paderi yang telah memeluk Islam menafikan kewujudan holy water yang menyebabkan perkara sebaliknya mengatakan itu semua adalah sihir semata.

Di sini juga terdapat beberapa perkara yang logik berkenaan isu holy water. Sekiranya wujud holy water seperti yang dikatakan, sememangnya boleh dijadikan senjata utama untuk menghadapi umat Islam. Dengan hanya memasukkan holy water dalam tangki-tangki air, dalam sekelip mata beribu-ribu akan masuk Kristian. Bukan begitu?

Menjadi tanda tanya pada diri kita bagaimana ada orang kristian dan paderi yang telah berpuluh-puluh tahun minum holy water boleh terbuka hatinya untuk memeluk Islam. Bukankah holy water menyebabkan mereka tidak boleh mengucap?

Di sini bukanlah aku nak membacking Kristian. Tapi perlu kita ingat dalam pada kita nak menjalankan usaha dakwah, jangan sampai kita sanggup menipu dan menabur fitnah semata-mata untuk membuat dakwah mendapat sambutan. Walaupun jelas sekali mereka itu musuh umat Islam tapi ini bukanlah alasan untuk kita menabur fitnah.

Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan katakanlah perkataan yang tepat (benar dalam segala perkara).

Sebenarnya yang tergamak berdusta itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah dan mereka itu ialah orang-orang yang bertabiat berdusta.

Bukankah kita dituntut agar berdakwah secara berhikmah dan sekiranya ianya melibatkan agama lain, kita tidak dibenarkan untuk menghina atau mencaci agama lain.

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.

Dan janganlah kamu memaki benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan memaki Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.

Pendustaan ke atas agama lain hanyalah membawa keburukan terhadap Islam sendiri. Di sebabkan kisah ini, telah ramai penganut Christian mempunyai tanggapan buruk terhadap Islam. Seperti menganggap muslim kebanyakkannya adalah pendusta, suka bersangka-sangka, menggunakan tektik kotor untuk menghalang umat Islam daripada mendapat "kebenaran" Jesus dan lain-lain lagi. Kesannya, lebih banyak salah tanggapan terhadap Islam, dan semakin susah untuk kita menarik hati dan berdakwah kepada mereka.

Kesannya bukan sahaja kepada penganut Christian, malah juga kepada orang Islam, terutamanya yang jauh daripada Islam. Apabila mereka mengkaji kebenaran berkenaan Holy Water ini dan mendapatinya adalah palsu, akan timbul salah tanggapan di fikiran mereka terhadap Islam. Dan jika mereka bertanya kepada penganut Christian, dan kemudia penganut Christian menjawabnya dengan sangat berhikmah, ada kemungkinan untuk mereka tertarik kepada agama Christian.

Selain itu, dengan kisah ini, akan timbul suatu perasaan takut dan yakin bahawa Holy Water ini mempunyai kuasa luar biasa yang dapat mendorong seseorang kepada syirik kepada Allah. Di mana dosa syirik adalah dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah , kecuali bertaubat.

http://en.wikipedia.org/wiki/Holy_water

Bookmark and Share

    


  Member Information For Howling_wolfProfil   Hantar PM kepada Howling_wolf   Pergi ke Howling_wolf's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.098839 saat. Lajunya....