"AWAK KELUAR BOLEH TAK?SAYA TAK NAK JUMPA AWAK LAGI."
Kata-kata itu betul-betul membuat Izzer tergamam.Dia menoleh ke arah Andy,temannya yang sama-sama datang ke hospital tadi.Andy menunduk,dan Izzer memandang kosong kepada gadis yang terbaring di atas katil di wad ICU itu.
"Awak bencikan saya lebih teruk dari binatang..benci sangat awak pada saya,ya?"
Gadis itu hanya tunduk.Tidak ambil pusing langsung apa yang diperkatakan Izzer.
Izzer lantas menoleh kepada Andy,
"Jom,orang dah tak suka.."
Andy lantas mengikut Izzer keluar dari wad tersebut.Tanpa sebarang kata,mereka berlalu.Dan di tengah perjalanan keluar itu mereka bertembung dengan teman-teman gadis itu tadi.
Mayah dan Azie hanya memandang biasa pada mereka.Tapi Eja yang tua dua tahun dari Izzer dan Andy itu menjeling penuh benci pada mereka.
Izzer dan Andy berjalan terus tanpa mempedulikan jelingan itu.Sampai di luar,mereka bersalam dengan pakcik Sahar,ayah Haidar,gadis yang terbaring di atas katil ICU tadi.
Mereka terus berlalu kerana kelihatan ayah Haidar sudah tak semesra pagi tadi,sewaktu Izzer mula-mula melawat Haidar.Ketika itu hanya ayahnya sahaja yang menanti di sisi Haidar.Dan Izzer meninggalkan kuliahnya untuk berkejar menemui Haidar seawal 7 pagi.Berita Haidar diserang apendiks hanya diterimanya semalam,ketika jam sudah satu setengah pagi.Kalau diikutkan rasa membara dalam hati,digagahkan jua menuju ke hospital semalam lagi.Namun teman-teman serumah menasihatinya biar dia rasional semula.Dan dia membatalkan hasrat menuruti Haidar ke hospital semalam.Hatinya betul-betul melonjak-lonjak semalam.Betul-betul tersiksa menanti pagi.Dan sebenarnya dia tidak tidur,kerana takut terlepas waktu melawat Haidar di hospital.
Pagi tadi sebenarnya dia sendiri tidak tahu apa yang harus dilakukan,dan ke mana harus dituju.Kerana dia sendiri tak tahu di mana wad Haidar ditempatkan,dan tak pernah datang ke hospital tersebut.Maka berbekalkan sedikit senyuman,dan ayat pertanyaan yang tersusun,dia berhasil mengetahui wad Haidar ditempatkan.Meskipun di luar waktu melawat,Izzer tegar mahu melawat Haidar,dan jururawat yang mulanya berkeras tidak membenarkannya menemui Haidar akhirnya mengalah pada ketekalan Izzer menentang.
Dan pagi itu berlangsung dengan baik sekali.Haidar melayannya dengan baik,Izzer menutup selimut Haidar yang terselak menampakkan betis,dan Izzer juga mengambilkan tudung untuk dipakai Haidar.Izzer juga yang membantu Haidar memakai tudung tersebut.Izzer berbual sedikit dengan Haidar sebelum meninggalkannya bersama sebuah pemberian dengan kad ucapan yang berbunyi,
"SEMOGA LEKAS SEMBUH DAN TERUS MEKAR INDAH SELALU..-yang mencintaimu,IZZER"
Beberapa hari lalu Izzer bersua dengan Haidar di perpustakaan,dan mereka sempat berbual.Haidar betul-betul tegar menunjukkan dia membenci Izzer,dan Izzer terus tenang,lembut memujuk Haidar yang nampaknya betul-betul mahu mengeraskan hati.
Izzer arif benar,Haidar masih menyayanginya,namun terhalang oleh sesuatu.
Dan semakin jelas tatkala Haidar melafazkan,
"Kak Eja cakap,kalau saya balik semula pada awak,dia tak akan kawan dengan saya lagi.."
Izzer melihat Haidar berlalu dari tempat letak kenderaan perpustakaan bersama skuternya.Dan dia lantas menggunakan kunci motorsikalnya mencoret sesuatu pada penghadang telefon yang diperbuat dari kayu itu.
0194******
abang
Beberapa pasang mata yang melihatnya itu dibiarkan saja.Pedulikan apa fikir mereka.Dia tidak membawa pen dan kertas buat mencatat nombor telefon itu.Nombor telefon ini,diambilnya dari telefon bimbit Haidar tadi.Dia sempat membaca sent items dan inbox Haidar sekali.Ketika itu Haidar di kaunter peminjaman buku dan meninggalkan bekas pensilnya bersama telefon bimbit di atas bangku menunggu.Haidar memang akan begitu.Izzer arif betul tabiat Haidar.Dan kesempatan ini segera diambil Izzer.Mesej-mesej berbau sayang tertera dan dibacanya dengan hati yang betul-betul terguris dalam.Haidar berbohong kepadanya mengatakan dia tidak melayan mana-mana lelaki,dan nombor telefonnya yang baru ini tidak diketahui sesiapa walaupun teman serumah.Kalau benar Haidar nekad meninggalkannya kerana punya teman baru,mengapa tidak terus terang saja?
Namun Izzer menyembunyikan resahnya.Dia masih rasional.Dia tau kedudukannya kini,bukan lagi istimewa di mata Haidar.Dia tidak berhak bersuara.Dan dari teman-teman yang boleh diharapka juga,Izzer tahu bahawa lelaki yang dipanggil abang oleh Haidar itu sudah bekerja.Senegeri pula dengan Haidar.Kena dengan ciri-ciri idamannya.Dan menyakitkan hati lagi,apabila mengetahui lelaki itu diperkenalkan oleh Bibi,teman serumah Haidar yang pandai bermuka-muka itu.
"Bibi belajar kaunseling.Bibi tak boleh sebelahkan mana-mana pihak.Bibi kena dengar dari kedua-dua belah pihak.."Demikian Bibi pernah berkata kepada Izzer.Dan ternyata,manis mulut sahaja.
Dan setiap hari selepas peristiwa itu Izzer menghantar bunga kepada Haidar.Dikepilkannya sekeping nota untuk setiap kuntum bunga.Dan pemberian ini hanya sekadar diselitkannya pada pemegang skuter Haidar kerana dia mengerti,Haidar tidak ingin menemuinya,dan teman-temannya juga tidak membenarkan Haidar menemuinya.Dan ini juga berpunca,dan puncanya itu bertunas lama dulu.Sedari awal perkenalan lagi.Izzer tidak peduli siapa yang salah.Izzer tak mahu menuding sesiapa.Izzer hanya mahu damai.Namun Haidar mahu putus.tetap dengan keputusannya.Dan Izzer sedar,ada yang menyucuk dan mengapikan Haidar supa membenci dan meninggalkan Izzer.
Hal ini jelas apabila suatu petang,Izzer menerima pesanan ringkas pada telefon bimbitnya berbunyi,
"AWAK TAK PAYAHLAH HANTAR BUNGA LAGI.SAYA TAKKAN TERMAKAN KATA MANIS AWAK LAGI.HUBUNGAN KITA DAH TAMAT.TOLONG lah JANGAN MALUKAN DIRI AWAK.TAMAT.FAHAM?"
Dan tadi dia sendiri bertanya kepada Haidar tentang siapa sebenarnya yang menghantar pesanan ringkas tersebut kerana nombor penhantar tidak tertera.Pesanan itu dihantar menggunakan jaringan internet,Mobik.com.
Jawapannya sudah ada dalam kepala Izzer,dan tepat seperti yang dijawab Haidar.
"Bukan saya,tapi Bibi."
Izzer hanya tersenyum.Bibi yang badannya betul-betul gedempol dan berkulit putih itu memang pandai bermuka-muka.Bibi ini lebih kurang perangainya dengan Eja,bermulut celupar,hobinya memburukkan orang,dan berDISKUSI tentang hal kehidupan orang lain.Dan Izzer tahu ini.Tapi dia tidak menyerang sesiapa.Dia redha dengan apa yang berlaku atas dirinya.
Semasa dalam perjalanan pulang,Izzer membonceng motorsikal Andy.Telefon bimbitnya berbunyi lagi.
1 NEW MESSAGE
Punat biru ditekan.
"IZZER,KAMI minta TOLONG SANGAT LEPAS NI JANGAN GANGGU,JANGAN LAWAT HAIDAR LAGI.SEBAB IZZER MELAWAT DIA,DENYUTAN JANTUNG DIA BERTAMBAH KENCANG.KAMI SATU RUMAH TAK BOLEH BUAT APA SEBAB RISAUKAN DIA.KAMI UCAP TERIMA KASIH KERANA TAK GANGGU DIA LAGI."
Dan Izzer lantas membalas,
"SAYA JANJI TAK AKAN GANGGU DIA LAGI.SAYA REDHA ATAS SEGALA YANG BERLAKU.SAYA TAK PEDULI SIAPA YANG SALAH DAN SIAPA YANG BENAR.DAN SAYA SEDIA TANGGUNG SEGALA KESALAHAN INI ATAS PUNDAK SAYA.KALAU INI PERKARA TERAKHIR DAPAT SAYA LAKUKAN UNTUK DIA,SAYA REDHA.ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALA YANG BERLAKU.."
Dan beberapa hari selepas itu,seorang teman Izzer yang pergi ke rumah Haidar untuk mengambil tugasan mereka,menyampaikan pada Izzer,
"Budak rumah Haidar cakap,dia dah warning kau supaya jangan datang lawat Haidar lagi."
Izzer diam.Jauh sekali apa yang disampaikan itu dengan realiti yang berlaku.Izzer akur.Ini ujian.Dan Allah tak akan pernah menguji hambaNya dengan ujian yang tak tertahan oleh hambaNya.
Bukan sekali dia mendengar khabar yang menyimpang dari kebenaran dilempar terhadap dirinya.Pernah dia dituduh selalu pergi ke perpustakaan dengan perempuan lain sewaktu dia dan Haidar masih berpasangan.Sedangkan baru dua kali dia bersama perempuan selain Haidar ke perpustakaan.Kedua-duanya kerana tugasan yang dibuat tak sampai sejam.Izzer sabar lagi.Tabah lagi.
Namun sebagai insan,Izzer tertekan juga.Mencari teman yang selalu memberinya kekuatan untuk jalan terus tanpa mengendahkan kata-kata orang.
"Kita adalah kita.Biar apa pun orang cakap,kalau kita yakin pada apa yang kita buat,teruskan.Jangan berhenti.Pedulikan orang.Nanti kalau mereka lihat kita bukan seperti yang orang cakap,mereka akan ubah pandangan sendiri.Tak usah kita melatah nak menjawab segala kata orang.."Liza menasihatinya.
Liza selalu ada sewaktu Izzer memerlukan.Dan Liza ikhlas menyampaikan pendapatnya sebagai teman yang ingin melihat Izzer bahagia.Ya,memang Liza pernah meluahkan rasa hatinya terhadap Izzer.Namun Liza tak peduli siapa pun yang dipilih Izzer,asalkan Izzer selalu dipeluk senyuman.Liza tak marah atau berdendam walaupn Izzer tidak memilih dirinya sebagai kekasih hati.Liza tetap setia menemani Izzer.Liza juga pernah menyatakan bahawa Izzer tampak serasi dengan Haidar,walaupun ketika melafazkan kata-kata itu,Liza sebenarnya terluka.Tapi Liza tabah.Liza gagah.Liza tak cepat melatah.Dan kecekalan jiwanya itu,semangat kentalnya itu disampaikan pula kepada Izzer sebagai tongkat untuk terus berjalan.
"Sampai bila orang nak bercakap?Nanti kalau mereka dah penat menyalak,mereka akan berhenti juga.."kata Andy membakar semangatnya semula.Liza dan Andy,dua orang teman yang memberi harapan dan semangat untuk Izzer terus menghadapi kenyataan.Haidar yang dulunya berjanji walau apapun terjadi tak akan meninggalkannya,bersumpah tak akan pernah berhenti mencintainya,kini diam terus.Terkubur dalam dendangan dan syair olok-olok ciptaan teman-teman rapat `sehidup matinya'.Barangkali syair itu berbunyi,"IZZER SETAN PLAYBOY"
Dan Izzer cuba bernafas seperti biasa.Berjalan seperti biasa.Tersenyum seperti biasa.Namun setiap pasang mata yang menelitinya,tahu bahawa jiwanya berkecamuk.Penampilannya longlai dan kusut masai.Keadaan ini berterusan hari demi hari.Dan setelah sebulan lebih peristiwa itu berlalu,ketika dia sedang makan di sebuah restoran bersama Liza,teman pembakar semangatnya itu,datang lagi pesanan ringkas,
“TADI BIBI MAKAN DENGAN KAWAN kat RESTORAN FAZ TU.BIBI NAMPAK AWAK DENGAN perempuan LAIN.BETULLAH APA ORANG CAKAP SELAMA NI.SELAMA NI DENGAR ORANG CAKAP saja.HARI NI NAMPAK DENGAN MATA KEPALA SENDIRI.BETULLAH KEPUTUSAN KAK HAIDAR BERPISAH DENGAN AWAK.JANGAN RISAU,BIBI TAK BERITAHU KAK HAIDAR.SEMOGA AWAK BAHAGIAâ€
Izzer diam.Liza bagai mengerti,menahan Izzer membalas SMS tersebut.
"Biarkan.Ingat,jangan cepat melatah.COOL.."Liza tersenyum manis.
Izzer tersenyum kembali.
Izzer betul-betul tak faham.Bila waktunya Bibi datang ke situ dengan teman-temannya?Kerana Izzer tentu akan lekas perasan kalau Bibi ke situ.Jarak antara restoran Faz dengan kolej kediaman juga jauh.Bibi tak punya kenderaan.Selamanya meminjam skuter Haidar saja.Namun skuter Haidar tak terpacak pun bayangnya di depan kedai.Mungkin teman-teman yang Bibi sebarkan cerita itu yang ternampak,lalu menyampaikan pada Bibi.Dan Bibi dengan rasa setiakawan yang menjulang,mengaku dia sendiri yang terserempak.Melindungi identiti pemberi maklumat,barangkali.Mulianya hati Bibi.
Dan kalau benar-benar Bibi membeli juadah di situ,masakan Izzer tak melihatnya kerana badan sebesar Bibi itu,kalau tak ternampak,maka sesuailah kata pepatah,
"Kuman diseberang laut nampak.Gajah Di depan mata tak nampak."
Cuma dalam hal ini,kuman itu mungkin pembuat air yang kurus ceding di hujung belakang kedai.Dan gajahnya pula,namakanlah sendiri apa yang difikirkan sesuai.Kerana Izzer yakin,dia belum buta,dan dia memakai kaca matanya.
Liza tersenyum lagi.
Izzer membalas senyumnya.
"Ajarkan saya untuk jadi lelaki COOL.."
Liza mengangguk.Dan mereka sama-sama makan..