Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 14-01-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Laut yang tenang tidak menghasilkan nelayan berani

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 44
Ahli: 0
Jumlah: 44




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 4 hari yang lalu
Jaafar072286: 17 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: istiqamah..bagaimana caranya??


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» istiqamah..bagaimana caranya??

Please Mendaftar To Post


Oleh istiqamah..bagaimana caranya??

mslina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.08.2005
Ahli No: 17798
Posting: 174
Dari: klang

Selangor  


posticon Posting pada: 03-05-07 23:40


minta kongsi cara anda untuk terus istiqamah bagi mnjdkn Islam sebagai cara hidup..
bukan suatu yang mudah
tetapi perlu diusahakan
walaupun pasti ada ujian..
kongsikannya untuk amalan semua..


-----------------
seindah hiasan adalah wanita solehah


Bookmark and Share

    


  Member Information For mslinaProfil   Hantar PM kepada mslina   Quote dan BalasQuote

nur_takwa88
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.02.2007
Ahli No: 28942
Posting: 92
Dari: bumi anbiya'

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-05-07 04:01


SALAMUN ALAIKUM emh,,istiqamah.bermaksud tetap dan berterusan dalam melakukn sstu perkara.nak istiqamah dalam melkukn kebaikkan apatah lagi ibadh memang susah.hanya org yang benr2 teguh imannya mmpu u terus beristiqamah dalam setiap ibdh jua urusnnya.

bagi ana ,kalau kita nak istiqamah dalam apa jua perkara,inadah,kebajikkan jua dalam urusan seharian kita satu saja,DISIPLIN.bila ada disiplin dalam diri,tiap apa jua urusan kita akan tetp berterusn.dalam hal-hal ibadah dan ajrn2 islam ini,apa yang dapat ana sarankn hnylah tetpkn niatkn kita,mulakn dengan ibdh dan amaln yang sedikit tetapi berterusn.dan sentiasalh berdoa agar dittpkn hati dan iman pada agama Allah yang haq ni.

kita manusia biasa biasa yang tergolong dalam tahap iman yang sentiasa bertambah dan berkurang.kadang kala pasti kita akan terleka dan terlalai.fitrah manusia tak pernah lepas dr lupa,leka dan silap.dan apabila kita tersedar,cepat-cepat bertaubat dan kembali semula ke lndsn yang betul.untuk menjadi seorang muslim jua muslimah yang sempurna dalam mengamalkn ajarn islam,agak mustahil.cukuplah kita menjadi seorang muslim yang sentiasa patuh kepada ajrn islam.biar kesempurnaan tidak kita temui tetapi kemanisan iman inshaAllah akan kita rasai.semoga kita ditetpkn iman.inshaAllah.wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_takwa88Profil   Hantar PM kepada nur_takwa88   Quote dan BalasQuote

ika2410
WARGA SETIA
Menyertai: 26.02.2004
Ahli No: 7572
Posting: 970
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 04-05-07 09:03


assalamualaikum...

memang untuk istiqamah tu kadang-kadang memerlukan kekuatan..kita kadang-kadang sering alpa dalam melayari kehidupan seharian kita..apa yang penting setiap amal yang baik tu pastikan ianya berterusan dan sentiasa meningkatkannya dari sehari ke sehari...tuntutlah ilmu walau di mana jua kerana ilmu yang bermanfaat itu adalah bekalan untuk kita...usia muda janganlah sia-siakan manfaatkan ia dengan perkara2 yang berguna..tetapkan hati moga sentiasa berada di landasan yang betul dan istiqamah dalam melakukan setiap amal kebajikan di dunia ini


-----------------
'mencari impian, menanti harapan, segunung kesungguhan, arah tujuan mardhatillah'
[ Telah diedit oleh: ika2410 pada 04-05-07 09:04 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ika2410Profil   Hantar PM kepada ika2410   Pergi ke ika2410's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 04-05-07 09:04


pernah dengar org kata jk buat selama 40 hari berturut2 insyaAllah yang payah akan jadi amalan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

mslina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.08.2005
Ahli No: 17798
Posting: 174
Dari: klang

Selangor  


posticon Posting pada: 07-05-07 15:32


thank you..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mslinaProfil   Hantar PM kepada mslina   Quote dan BalasQuote

raudhah84
WARGA SETIA
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 07-05-07 21:52


istiqamah dengan sepenuh hati..
niatkan hati kerana Allah..
jika tak kuat untuk istiqamah, fikir2kanlah bila lagi kita hendak berubah..
jika nak berubah untuk tak istiqamah lagi, fikir2lah malu dengan Allah..
manusia selalu fikir malu dengan manusia lain, tapi tak pernah fikir malu dengan Allah..
teguhkan hati..
insyaAllah..kemanisan iman akan diperolehi..
;-)


-----------------
sekali kaki melangkah di jalan ALLAH..jangan undur..biar masa berganti..aqidah jangan mati..biar zaman berubah..keyakinan pada ALLAH jangan goyah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhah84Profil   Hantar PM kepada raudhah84   Pergi ke raudhah84's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 08-05-07 00:37


buat sikit asal istiqamah - moto ana tahun 1992 dulu :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 08-05-07 00:50


Islam ini luas.. sangat luas.. untuk istiqamah dengan Islam mesti faham mana satu keutamaan.. yang utama diuasahakan untuk beristiqamah dulu.. tak perlu paksa diri buat banyak perkara.. tapi buat sikit-sikit.. macam moto Abg_Imam tu... buat dulu yang utama.. sikit-sikit.. dan jangan tinggalkan walau sehari.. insyaAllah.. akan jadi rutin.. kebanyakan yang buat sekejap2 tu pasal tamak nak buat banyak benda.. lastly badan jadi letih.. terus tinggal semuanya..


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

ilhammusafir
Warga 5 Bintang
Menyertai: 05.11.2005
Ahli No: 20222
Posting: 361
Dari: SeGaMat_JoHoR

Johor  


posticon Posting pada: 08-05-07 02:31


sebaik baik amalan ialah yang dilaksanakan secara istiqamah walaupun sedikit.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For ilhammusafirProfil   Hantar PM kepada ilhammusafir   Quote dan BalasQuote

doktor_kampung
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 505
Posting: 436
Dari: jelapang, ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-05-07 02:44


fastaqim kama umirta....

tu moto kita dulu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For doktor_kampungProfil   Hantar PM kepada doktor_kampung   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 14-09-07 11:16


1. keep in mind nikmat yang paling berharga ialah nikmat iman dan nikmat Islam..

2. Syukur dilahirkan sebagai Islam..kita Islam dari kecil dan lahir dalam keluarga Islam...dah pandai mengaji Quran dan terdedah dengan Islam dari kecil..ada yang dah besar baru belajar qiraati

3. hargai hidayah Allah..takut tiba-tiba hidayah ditarikbalik...ramai di luar sana yang hidup terumbang-ambing sebab mencari kebenaran..

4. sebagai anak yang sayang ibubapa, boleh motivasi diri untuk istiqamah hidup cara Islam (anak soleh/solehah) supaya kita boleh mendoakan mereka yang "pergi" dahulu...ramai orang di luar sana hanya boleh medoakan ibubapa mereka agar diberi hidayah...

5. motivasi diri, apa yang kita buat semua kerna Allah...untuk mendapat cinta dan keredhaanNYA...dan untuk mensyukuri segala nikmatNYA yang tidak terhitung

tu yang dapat saya kongsi...memang susah nak istiqamah tapi cuba sebaik yang boleh..iman manusia kan ada turun dan naik..mesti semua orang pernah rasa suatu ketika rasa dekat dengan Allah dan ada suatu ketika rasa terlalu jauh dari Allah...dan Allah maha mengetahui kelemahan hamba-hambaNya..apapun teruskan mohon hidayah dan kekuatan dari Allah...tiada daya dan upaya melainkan kekuatan Allah

:-)

cuma nak kongsi...maaf kalau ada salah bahasa


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-09-07 15:08


Istiqomah - adalah berpegang teguh, atau berpendirian teguh di atas jalan yang betul dan lurus.

JIka ingin beristiqomah maka ada tiga elemen yang perlu diperhatikan di dalam diri manusia - iaitu hati, lisan dan perbuatan - ketiga-tiga ini perlulah seia dan sekata. BUkan hati cakap lain, lidah cakap lain, dan perbuatan pulak berlainan.

Unsur di dalam istiqomah :

1.Berpegang teguh dengan aqidah ahlussunnah wal jama'ah

2. Melaksanakan tuntutan syariat Islam

3. Mempunyai prinsip yang kuat dan tidak mudah goyah

4. tidak terpengaruh dengan godaan dan hawa nafsu syaitan.

5. tidak tunduk pada tekanan demi melaksanakan tanggungjawab dan mempertahankan kebenaran.

Allah telah berfirman di surah al fussilat ayat 6 yang bererti :

Katakanlah (wahai Muhammad) sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu, maka hendaklah kamu tetap teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredhaanNya).

Untuk membentuk istiqomah ?

mempunyai matlamat

semangat juang yang tinggi

ilmu dan maklumat yang cukup

strategi yang kemas

usaha yang berterusan

yaqin kepada taqdir dan janji Allah

berdoa dan bertawakal

bersyukur dan redha

WaLlahua'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

dr_nik
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.09.2007
Ahli No: 31081
Posting: 206
Dari: KL

blank   avatar


posticon Posting pada: 16-09-07 15:39


Pada 08-05-07 02:31 , ilhammusafir posting:

!!! QUOTE !!!

sebaik baik amalan ialah yang dilaksanakan secara istiqamah walaupun sedikit.......


Setuju dengan enta, buat sikit pun tak mengapa, janji kita tak tinggal...sama seperti amalan di bulan ramadhan, contoh sedekah, kita boleh bagi sedekah walaupun RM0.50 setiap kali kita pergi surau/masjid tunaikan terawih...insyaALLAH walaupun sedikit, di akhirat nanti ALLAH akan bagi ganjaran yang lagi besar :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For dr_nikProfil   Hantar PM kepada dr_nik   Quote dan BalasQuote

Nurizmi
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20156
Posting: 539
Dari: utara...

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-09-07 16:03


assalamualaikum wbt..

istiqamah sebenarnya betul-betul sukar untuk kita lakukan..semuanya memerlukan kekuatan hati untuk terus berada dalam apa yang kita niatkan..Sabda Rasulullah saw "amalan yang disukai Allah adalah amalan yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit".

ana sendiri tengah berusaha untuk terus mengamalkan amalan-amalan yang yang menjurus kepada muslim sejati.kadangkadang faktor utama yang yang menyebabkan kita putus asa adalah disebabkan persekitaran sekarang yang menganggap amalan baik yang kita lakukan adalah asing dan tidak sesuai dengan zaman.

ana bawakan contoh apabila seorang muslimah yang ingin memakai tudung labuh. sukar baginya untuk istiqamah. seperti ana sendiri pernah mengalaminya. berhadapan dengan persepsi kawan-kawan dan pandangan masyarakat membuatkan kita hampir putus asa. namun apabila adanya kekuatan hati dan tawakkal pada Allah, insyAllah semuanya Allah permudahkan. yang penting niat untuk terus berubah demi redha Allah sentiasa kita pegang. ana akui bukan senang nak berhadapan dengan keadaan tersebut.

Sabda Nabi Muhammad saw " islam bermula dalam keadaan asing. dan ia kembali menjadi sesuatu yang asing. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu..-HADIST RIWAYAT MUSLIM " telah Nabi jelaskan betapa beruntungnya orang yang berada dalam landasan yang sentiasa inginkan kebaikan pada dirinya menjadikan islam sebagai cara hidup.

selain itu untuk terus istiqamah, sokongan kawan-kawan serta orang terdekat juga mampu membantu. carilah kawan-kawan yang sama-sama inginkan kebaikan serta dapat memberi sokongan untuk terus berusaha mengamalkan cara hidup islam..

wallahu'alam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurizmiProfil   Hantar PM kepada Nurizmi   Pergi ke Nurizmi's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.11223 saat. Lajunya....