Oleh |
tolonglah bantu saya!! |
zaLzaLah
Warga 2 Bintang Menyertai: 24.01.2006 Ahli No: 22169
Posting: 69
Dari: BuMi AnBiYa' Me$iR
|
Posting pada: 29-04-07 18:52
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... salam sejahtera buat sahabat2 sekalian, ana di sini ingin minta bantuan,pandapat&pandangan dr antum semua tentang masalah yang sedang ana hadapi sekarang... ana mempunyai teman lelaki yang paling ana sayang..kami jarang bertemu atas sebab faktor kami duduk berjauhn tambahan lagi ana sekarang masih belajar di bumi anbia mesir...dia berasal dr pahang,ana pula dr singapura..ana memang berminat pada lelaki warganegara mlaysia,sebab ana nak duduk malaysia suatu hari nanti.. pada awalnya,hubungan kami akrab,kami selalu bermesej brtanya khabar..sekarang ni hubungan kmi dah masuk setahun 5buln..kami pernah bertemu tapi hanya sekali sahaja waktu ana pulang ke tanah air tahun lepas bulan 6..kami diperkenalkan oleh sahabat ana dr malaysia.. tahun ni insya-allah ana pulang lagi tapi tak tahula sama ada dapat bertemu dia lagi @ tidak... sekarang ni perangai dia sedikit2 berubah,ana tahu dia sekarang sibuk mengjr di sebuah sekolah menengah pda masa yang sama dia jadi warden..mungkin sebab tu dia dah jarang hubungi ana..tapi ana selalu call dia tapi hmp tak pernah berjawab... ana selalu masing-masing dengan maknye,tanya khabar dia tapi ana takut lama kelama2an mknye kan bosan dengan ana... ana sedih...tak lama lagi ana dah nak menghadpi imtihan faslu thani pada mei ini..ana memerlukan sokongan&dorongan daripada dia..mak dia selalu pesan suruh ana bersabar.. mak dia cakap jangan risau..dia tu seorang yang setia,dia sayang kat ana cuma dia sibuk saja...(boleh percaya ke?) tapi kawan-kawan ana cakap..ibu tak pernah berkata bohong... pada pandangan antum semua apa patut ana lakukan sekarang??adakah ana kena berdiam diri makan hati berulam kan jntung..kadng ana su'zhan mungkin dia dah ada org lain agaknya.. tak baikkan su'zhan..ana sekarang sedang mengamalkan sift husnuzhan..doakan ana kuat semangat yee..lagi2 imtihan dah qoribb awi2.. adkah percintaan jarak jauh boleh kekal lama??ana percayakan dia tapi pada masa yang sama ana was2... wahai sahabat2ku bntulah ana..ana mmerlukan pandangan antum semua...dan doakan kebhgaian&kejayaan ana di sini... ana akhirul kalam dengan lafaz wabiilahi taufiq wal hidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... ----------------- ~KiTa takkan berasa kesunyian selagi Allah&Rasul sentiasa bersama kita,lah TaHzaN iNNaLLaHa Ma'aNa..~
|
tou_aii
WARGA SETIA Menyertai: 21.04.2007 Ahli No: 29677
Posting: 550
Dari: harajuku
|
Posting pada: 29-04-07 19:13
salam...jalan cerita tu hampir same dengan saya...cinta jarak jauh memang sangat berisiko tinggi... kalau takut di rampas org lain, kahwin saja lah... kalau ada jodoh tak ke mana... jangan lah risau sampai terganggu urusan seharian awak.. ingat lah allah swt... kerana kita mampu merancang tapi yang menentukan hanya allah yang maha besar... wassalam...
|
syabab_mujahid
Warga 4 Bintang Menyertai: 08.12.2006 Ahli No: 27656
Posting: 291
Dari: Egypt
|
Posting pada: 29-04-07 19:28
ingatlah,,kita merancang Allah juga merancang,,ingatlah rancangan Allah itu lebih baik dari segalanya,,kalau dah jodoh tak kemana..wallahua'lam..
|
Farishah
WARGA SETIA Menyertai: 24.04.2005 Ahli No: 16036
Posting: 808
Dari: depan komputer
|
Posting pada: 29-04-07 19:31
salam zalzalah.... sekarang ni imtihan pun da dekat...jadi kita kena utama kan yang penting dahulu...awak datang ke sana dengan niat untuk menimba ilmu...jadi sentiasa tajdid kan niat awak berada di sana...sesungguhgnye Allah akan sentiasa menguji hamba2 nya yang bertaqwa...dan ini mungkin salah satu ujian yang Allah berikan kepada awak... sentiasa lah berpikirian postive...pada pendapat saya...dikala sedang di medan ilmu apa tah lagi imtihan dah qorib awi2 ni...lupakan lah apa-apa yang dapat menghalang diri awak dr mengulang kaji pelajaran...sentiasa focus pada exam ok.... pada org jauh....usah lah diingati selalu...bukan tkleh ingat,boleh tapi jangan ingat sangat...huhu...sentiasa ingat ayat ini "kalau jodoh tak kemana" kemana jauh pun burung itu terbang, kalau burung itu milik awak dia akan kembali kepada awak jua....okie...stay sweet....dont make urself stress....saya paham...kat sana jauh dr family,frens dan orang-orang yang rapat dr kita...memang kita akan cepat rasa sensetif... ps: asal jauh nah carik org pahang....lelaki spore tak ada yang berkenan ke? just joking...cheer up urself k.... ----------------- strong minds talk about ideas, weak minds talk about people.
|
zaLzaLah
Warga 2 Bintang Menyertai: 24.01.2006 Ahli No: 22169
Posting: 69
Dari: BuMi AnBiYa' Me$iR
|
Posting pada: 29-04-07 21:58
salam alaik... syukran kasir pada shabat2 yang telah pun bagi pendapat pada ana..insya-allah lepas ni ana kena sentiasa ingat hadaf mnuntut ilmu..doakan ana moga diberikn&dibekalkan kekuatan&azam yang kuat... kadang-kadang tu ana try nak lupakan tapi tak boleh still datang jugak..jahatkan syaitan!suka nak mengoda..kadang-kadang boleh watkan ana hilang keceriaan.. pada farishah pula..ntahlahh tak thu knplh berkenan dengan org phng,mungkin dkt2 dengan ct nurhaliza agaknya..hehehe gurau saja..(^^,)
|
ABg_IMaM
Menyertai: 10.09.2003 Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban
|
Posting pada: 29-04-07 22:24
insya-Allah kalau ada jodoh tak ke mana...
|
LinCikedot
WARGA SETIA Menyertai: 03.09.2006 Ahli No: 26163
Posting: 811
Dari: Atap Rumbia
|
Posting pada: 29-04-07 22:58
yup..betul kata Abg_IMaM tu.
|
syahidatul
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 30-04-07 00:14
Adatlah orang bercinta dan berjauhan. tambah pula jika kurang atau tak mendapat khabar berita. Takpe2.... kawan-kawan dari ukhwah.com boleh beri semangat... hehehe Be strong! ----------------- [ Telah diedit oleh: syahidatul pada 30-04-07 00:15 ]
|
miledi
WARGA SETIA Menyertai: 28.07.2006 Ahli No: 25473
Posting: 531
Dari: peneng
|
Posting pada: 30-04-07 00:18
apa kata nikah khitbah duluu?
|
sara_mujahidah
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.11.2006 Ahli No: 27322
Posting: 88
Dari: mesir
|
Posting pada: 30-04-07 00:24
.... salam sayang zalzalah.... awak kena byakkan BERSABAR....ingat mati,jodoh,rezeki semuanya ditentukan NYA.....jadi kita harap kat DIA saja....awak tak perlu yakin pada ustz tu.....tapi awak MESTI YAKIN SEPENUHNYA pada DIA.....INSYAALLAH biiznillah ad jodoh xkemana kan.....pisah macam mana pun..xmsg pun,xcall pun,seandainya ad jodoh xkemana... awak nak tau tak saya pun macam awak jugak...sekarang sedang bercinta...erm kadang-kadang sedih..tertya2 dia jujur ke kat kita..betul ke ni jodoh kita..tapi bila fikir balik...tak perlu tya semua tu.. serahkan segalanya pada ALLAH...biar DIA tentukan..yang penting husnu zan..lapang dada,banyak berdoa....sekarang kita tumpu exam..hah an pun nak dekat exam dah ni...insyaALLAH moga DIA permudahkan segala urusan kita...AMIN....doa lah kat an jugak.....an perlukan kekuatan...
|
Meow
Menyertai: 09.12.2004 Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam
|
Posting pada: 30-04-07 00:25
Pada 30-04-07 00:18 , miledi posting:!!! QUOTE !!! apa kata nikah khitbah duluu? Hmm menarik jugak cadangan miledi tu.. tapi masalahnya kan zalzalah cakap bf dia tu menyepi diri.. cemana nak nikah khitbah.. kalau seorang nak seorang lagi senyap.. Apakata zalzalah study dulu untuk exam.. then bila bercuti nanti, balik sini, datang Malaysia pergi bersemuka dengan bf zalzalah.. selesaikan secara org dewasa.. tak payah berselindung lari sana sini.. ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~
|
miledi
WARGA SETIA Menyertai: 28.07.2006 Ahli No: 25473
Posting: 531
Dari: peneng
|
Posting pada: 30-04-07 00:32
iya..ajak berbncang face 2 face...berbiacara dr hati ke hati...selesaikan segala kesulitan yang ada..minta berterus terang...jangan kusutkn keadaan..kalau kedua-duanya setuju..kahwin saja dulu...cuba kontek dia balik if dia sedang menyepi..mugkin juga terlalu sibukk...
|
nur_anis
Warga 5 Bintang Menyertai: 18.06.2003 Ahli No: 1496
Posting: 395
Dari: kelantan
|
Posting pada: 30-04-07 07:29
betul tu..sekarang ni cuba lupakan seketika si dia tu,tumpukan pada exam lu...lepas selesaikan hal ni elok-elok dengan sidia..insyaallah,macam yang member2 lain cakap..kalau dah jodoh tak ke mana kan...banyakkan berdoa..
|
sof_wan88
Warga 3 Bintang Menyertai: 21.01.2007 Ahli No: 28277
Posting: 127
Dari: Melaka
|
Posting pada: 30-04-07 07:39
soal jodoh pertemuan dan perpisahan hanya terletak di tangan Allah... maka kita berserah sajalah pada nya... yang penting dalam satu-satu jalinan percintaan adalah kejujuran dan keikhlasan kedua2 belah pihak... yang penting kejar cita-cita dahulu dan lepas itu baru kejar CINTA cintakan bunga, bunga akan layu, cintakan manusia, manusia akan mati, ccintakan Allah yang kekal abadii...
|
srikandi_86
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.02.2007 Ahli No: 28923
Posting: 188
Dari: united kingdom
|
Posting pada: 30-04-07 08:29
Pada 30-04-07 00:25 , Meow posting:!!! QUOTE !!! Pada 30-04-07 00:18 , miledi posting:!!! QUOTE !!! apa kata nikah khitbah duluu?
Hmm menarik jugak cadangan miledi tu.. tapi masalahnya kan zalzalah cakap bf dia tu menyepi diri.. cemana nak nikah khitbah.. kalau seorang nak seorang lagi senyap..
Apakata zalzalah study dulu untuk exam.. then bila bercuti nanti, balik sini, datang Malaysia pergi bersemuka dengan bf zalzalah.. selesaikan secara org dewasa.. tak payah berselindung lari sana sini..
ana sokong kata-kata dr meow..tya lah pada yang pakar..hehe.. p/s: ana pun nak exam ni..sahabat-sahabat doakan kejayaan ana ye..nak berjaya macam dr meow..ameen..
|
izzul_islam
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2003 Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut
|
Posting pada: 30-04-07 08:58
take your time..focus exam itu...exam lagi penting dari bf..hehe...
|
anti_alasan
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.09.2006 Ahli No: 26307
Posting: 300
|
Posting pada: 30-04-07 09:07
sebagai seorang islam... ana ingin mengingatkan anti bahawa apa yang anti lakukan ini ana takut sudah lari dari jalan islam & iman...... ana takut ukhti sedang melakukan satu kesilapan yang biasa dilakukan oleh orang-orang lain.... ya ukhti,jika anti pernah mendengar satu hadith...bahawa zina itu bukan setakat zina kemaluan semata,tetapi ada juga zina mata,zina tangan dll...& zina HATI..(tak INGAT MATAN HADITH & RIWAYATNYA).... ana rasa anti lebih tahu text penuh hadith tersebut daripada ana.... jika anti baca ayat quran surah an-nur ..ayat 31..."katakanlah kepada wanita yang beriman: "hendaklah mereka MENAHAN PANDANGANNYA dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya.....(ila akhir ayat)....sungguh menggetarkan hati kita apabila kita membacanya...betapa itulah kata PERINTAH dari Allah spy kita menahan pandangan kita... BERLINANG AIR MATA kita mengingatkan maksiat2 yang kita buat..bahawa selama ini kita banyak melanggar PERINTAH allah ini,kita banyak berbuat dosa kepada dia walhal dia sentiasa memberi nikmat yang tidak putus2 kepada kita,memberi peluang kepada kita untuk bertaubat tapi kita langsung tak menghargai nikmat ini....ya allah....hambamu ini selalu menzalimi diri sendiri... ya ukhti,jika anti membaca surah al-israa'..ayat 32..."dan janganlah kamu mendekati zina;sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk"...... kita mendapati ia juga adalah PERINTAH allah yang Maha Penyayang kepada kita spy jangan mendekati zina...dikuatkan lagi pernyataan bahawa zina itu suatu perbuatan yang keji & suatu jalan yang buruk...betapa hina-dinya nya zina ini ya ukhti...bergetar badan kita mendengar arahan allah ini...bagai nak putus jantung kita apabila mengingatkan diri kita yang dhoif ini selalu mengabaikan perintahNya....sesak dada kita megenangkan dosa2 kita..menangis kita semahu-mahunya di hadapan allah.....kita hamba lemah ya ukhti..justeru mohonlah dari PEMILIK KEKUATAN spy memberi kekuatan kepada kita untuk menghadapi ujian2 seperti ini...bahawasanya allah akan menguji pada titik kelemahan kita....
|
imtihan_insyirah
WARGA SETIA Menyertai: 07.04.2006 Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan
|
Posting pada: 30-04-07 09:28
salam alaik Allah akan bagi ujian, nak lihat pada siapa kita akan letak pergantungan . sesungguhnya selayaknya pergantungan hanyalah pada Allah. lihat pada positif side untuk ujian ini, saudari patut rasa bersyukur, dengan ujian sebegini, maka kuranglah maksiat yang dilakukan. bayangkan jika kedua-duanya ada perasaan yang kuat antara satu sama lain...jadinya kebarangkalian kerap telefon, kerap bermesej, YM dll akan terjadi. bila masing-masing dah syok.. semakin galak jadinya. lama kelamaan apa yang berlaku ialah masa yang sepatutnya digunakan untuk menuntut ilmu, beribadah akan terbazir dengan sia-sia melayan call dan mesej saja.lelaki itu pula belum tentu akan jadi milik saudari yang sah, sebab jodoh pertemuan di tangan Allah kan. bayangkan kalau jadi apa-apa dalam perhubungan, tak ke perit rasanya setelah berhabis2an , akhirnya tiada jodoh... alhamdulillah, saudari menuntut ilmu agama, itu satu kurniaan yang sangat besar. kerana saudari bakal menjadi ustazah yang akan menjadi org penting memimpin masyarakat kepada agama, kerana itulah Allah melindungi saudari dan teman saudari dr perkara2 yang tidak sepatutnya dilakukan seorang yang belajar agama. apa yang saudari boleh buat, sekarang ini salah satu usaha yang terbaik, perbanyakkan berdoa dan solat hajat supaya teman saudari itu ditetapkan hatinya dan impian saudari untuk diijabkabulkan dengan dia tercapai.. dan moga Allah menjadikan pilihan saudari itu insan yang terbaik untuk keseluruhan hidup dan urusan agama saudari. segalanya tidak mustahil dengan izin Allah. dan yakin dengan pertolongan Allah pada hamba2Nya yang bertaqwa, dan akhirnya serah saja pada Allah (tawakkal).. kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba2Nya. jangan berharap pada manusia, kerana manusia sifatnya berubah2 dan lemah.. tetapi berharaplah pada Allah yang memegang hati-hati manusia. jangan risau dan bersangka baiklah selalu
|
budak_melaka
WARGA SETIA Menyertai: 21.02.2005 Ahli No: 14578
Posting: 450
Dari: melaka
|
Posting pada: 30-04-07 09:38
itu senang saja..minta PadANya...MINTA YANG TERBAIK...dan semoga anti menang dalam ;ujian ini',,,,
|
zaLzaLah
Warga 2 Bintang Menyertai: 24.01.2006 Ahli No: 22169
Posting: 69
Dari: BuMi AnBiYa' Me$iR
|
Posting pada: 02-05-07 19:29
salam alaik... syukran lillah pada sahabat2 kalian yang banyak bagi pandangan pada ana..alhamdulillah,sebenrnya dr sudut positif ana fikir mungkin Allah nak lindungi ana dr sgala macam mksiat,sekarang ni ana lebih banyak muamalat dengan mak,adik perempuan dia &kakak dia yang sama belajar di mesir tapi tempat berlainan.. mknenya di sini ana lebih banyak muamalat dengan org yang terdekat dengan dia iaitu adik beradik&ibunya..kan tu lebih baik..apa-apa msalah kami ana selalu luahkan pada ibunya,tu yang buat ana rasa beban yang ana tangguh berkurngan..alhamdulillah,banyak kata-kata nasihat yang ibunya berikan..sebab kalau boleh ibunya nak ana saja yang kan jadi menantu dia,dia taknak org lain begitu jugak dengan kakak dia..ana & kakak dia rapat sangat dah macam kakak sendiri.. baru-baru ni ana dapat contact dia,tapi cara layanan dia lain dr dulu..tu tkpelahh mungkin tekanan kerja,lagi satu dia ada ceritakan kat ana pasal perempuan,ada ustazah minat kat dia,tapi dia cakap dengan ana..waallahi dia tak layan,dia buat bodoh saja dengan perempuan tu,walaupun sikit lebih kurang hati ana lega tapi ana was2 tak tahu Kenapa..biaselah setan..tapi ana cuba tepis dr perasaan buruk sgka.. pasal nikah yang sahabat utarakan,prinsip ana belajar tetap belajar taknak campur adukkan takut tak boleh bawa tanggungjawab sebagai pelajar,isteri&mungkin kan jadi seorang ibu.. tahun depan insya-allah dia datang mesir untuk lanjutkan pelajarannya,kepada sahabt2 semua ana ucapkan terima kisah banyak-banyak atas sokongan yang di berikan.. kalau boleh bagilah lagi sokongan ada ana.. kepada sahabat2 yang sama-sama kan menhadai imtihan..bitaufiq wanajah..doa sama-sama agar kita semua beroleh kejayaan di dunya mahupun di akhirat..allahuma aminn... wassalam ----------------- ~KiTa takkan berasa kesunyian selagi Allah&Rasul sentiasa bersama kita,lah TaHzaN iNNaLLaHa Ma'aNa..~
|
zaLzaLah
Warga 2 Bintang Menyertai: 24.01.2006 Ahli No: 22169
Posting: 69
Dari: BuMi AnBiYa' Me$iR
|
Posting pada: 02-05-07 19:33
agak2 dia setia tak?org cakap kalau tak setia mungkin dia takkan ceritakan apa-apa yang berlaku pada dia lagi2 pasal perempuan..tai ni cerita pada ana.maknenya???? waallahu'alam bisawab...
|
zaLzaLah
Warga 2 Bintang Menyertai: 24.01.2006 Ahli No: 22169
Posting: 69
Dari: BuMi AnBiYa' Me$iR
|
Posting pada: 03-05-07 18:44
please..bagi pendapat pada ana...
|
mujahidah_muslimah
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 693
Posting: 678
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 03-05-07 19:02
Ya ukhti, anda tak perlu layan perasaaan tu sebab kalau Allah dah takdirkan dia untuk ukhti pasti tetap akan jadi. Insya Allah. yakinlah dan teruskan perjuangan dalam pengajian ukhti. ----------------- I'm glad to be me.. Jaga diri, jaga iman, Jaga hati. Tebarkan salam [email protected]
|
ummimq
Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 04-05-07 19:20
Wassalamu'alaikum wrt wbt Assalamu'alaikum wrt wbt Alhamdulillah jodoh itu ketentuan Illahi. Jadi anakanda teruskan istikhorah dan usahlah mengharap pada yang tak sudi. Walau apa alasan sekalipun kalau jodoh tak ke mana tetapi lumrah lelaki ialah jauh di mata jauh di hati sebenarnya kecuali sekiranya sudah jodohnya. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - Bercintalah selepas Bernikah akan dapat menghayati ayat walaa taqrobuzzina (janganlah kamu dekati zina).
|
samirah
Warga 5 Bintang Menyertai: 18.11.2003 Ahli No: 5227
Posting: 384
Dari: depan PC
|
Posting pada: 04-05-07 20:48
assalamualaikum.. saya ingin berkongsi nasihat yang telah diberikan oleh seorang sahabat kepada saya : Cekal dan tabahkan hati, bertenang dengan sedikit zikir2 yang dibaca berulang2. it is a form of positive reinforcement~doa dan harapan kepada Allah yang kita ucap untuk menggantikan negative thinking. say to yourself doa dan zikir in times of kerumitan dan kesusahan InsyaAllah dibukakan pintu hati untuk solve problems yakinlah dengan taqwa allah akan bukakan pintu pertolongan istighfar~ the way to maqbulkan doa think of yourself as hamba yang lemah,dhoif, kerdil, hina, serba memerlukan and ALLAH itu maha gagah ,berkuasa,kaya. mintalah sedikit kekuatan ALLAH dengan zikir lah hawla wala quwwata ilaa billaah, hil 'aliyyil 'azhiim ( tiada kuasa dan kekuatan melainkan kuasa dan kekuatan Allah) lah ilaaha illa anta,subha naka inni kuntu minazhalimin (tiada tuhan selain Engkau maha suci Engkau sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim) zikirlah if negative thinkings comes in2 your mind saya minta maaf if ada salah taip atau ada salah silap taip -peringatan untuk diri sendiri jua wassalam
|
zaLzaLah
Warga 2 Bintang Menyertai: 24.01.2006 Ahli No: 22169
Posting: 69
Dari: BuMi AnBiYa' Me$iR
|
Posting pada: 05-05-07 06:25
salam... syukran ummi..doakan saya ye moga jodoh saya kuat dengan dia.. setiap kali saya berdoa,saya rasa hati saya makin dekat dengan dia.. kadang-kadang saya cuba untuk jauhkan diri tapi tak boleh.. mungkin ini sbahagian ujian saya..doakan saya kuat yee.. syukran pada mujahidah_muslimah&samirah..atas nasihat yang antunna berikan..
|
ALFARABI
Warga 2 Bintang Menyertai: 05.08.2004 Ahli No: 10497
Posting: 70
Dari: SG PeTa NI --Waa...so great aa.
|
Posting pada: 20-08-08 07:14
Kena kawin cepat-cepat ini.. aduh2..bagaimana ni.. -----------------
|
cahaya_hatiku
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.09.2007 Ahli No: 31094
Posting: 217
Dari: serambi mekah...
|
Posting pada: 25-08-08 22:27
ingatlah sekirannye dia telah di ciptakan untuk kita maka kat akan tetap bersamanye satu hari nanti walaupun apa pun rintangan yang datang menduga... berserah pada yang Esa semoga jodoh kat dengannya... ana telah berkawan dengan bakal tunang ana hampir 10 tahun,jika sebelum ini kami hanya sekadar kawan rapat dan ana tak pernah pun terpikir akan jatuh cinta dengannya tapi takdir allah penentu segalanye... walau jauh ana lari dari dia tapi makn hampir dirinye kepada ana... akhirnya ana bersetuju untuk menerima dia seadanye... insya allah kami akan bertunag pada tahun hdapan.. semoga perhubungan kami di redhai allah selalu...amin...
|
lelaki_5585
Warga 1 Bintang Menyertai: 11.09.2008 Ahli No: 34924
Posting: 35
|
Posting pada: 12-09-08 16:11
, maaf berdasar tarikh terakhir posting tu dah setahun lebih. Apapun semuga Allah Memberikan Zalzalah kekuatan didalam menghadapi apa jua ujian serta rintangan yang mendatang. serta memberikan zalzalah kebahagiaan dan kejayaan dalam apa jua urusan, baik pelajaran ataupun kehidupan. dan mencapai hakikat kebahagiaan yang sebenar2nya BAIK didunia apatah lagi di akhirat. amin.. daripada HambaNya yang kerdil ( Ya Allah Jadikanlah Hamba2mu ini seorang yang benar-benar bersyukur diatas segala malah setiap pengkurniaan dariMu sama ada yang ku sedari atau tidak ku sedari. Amin..)
|
najah_musla
Warga 4 Bintang Menyertai: 05.09.2006 Ahli No: 26198
Posting: 319
Dari: Gunung Semanggol
|
Posting pada: 15-09-08 13:04
insyaAllah...yang penting mesti yakin dengan ketentuan Allah....
|
areyien
Warga 4 Bintang Menyertai: 11.07.2008 Ahli No: 34006
Posting: 168
Dari: Johor
|
Posting pada: 15-09-08 14:02
Erm berdoa lah kepada Allah semoga di beri petunjuk oleh-Nya.. Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Ya Tuhanku..Kekasih hatiku.. Terima kasih ku ucapkan buatMU kerana telah... Menciptakan dirinya dan mempertemukanku dengannya... Terima kasih untuk saat-saat indah.. Yang telah kami lalui bersama.. Terima kasih untuk setiap malam-malam yang lalu.. Kau berikan ku kesempatan.. Untuk datang bersujud dihadapanMu.. Sucikan hatiku Ya Allah.. Sehingga dapat melaksanakan kehendak dan.. RencanaMu dalam kehidupan seharianku... Tuhanku yang Agung.. Duhai cinta hatiku.. Jika diriku bukan pemilik tulang rusuknya.. Janganlah biarkanku merindukan kehadirannya.. Janganlah biarkanku melabuhkan hatiku dihatinya.. Kikislah pesonanya dari kelopak mataku dan.. Usirlah dia dari relung hatiku.. Gantilah damba kerinduan dan cinta yang.. Bersemayam di hati ini dengan.. Kasih daripadaMu yang tulus dan murni.. Tolonglah diriku agar dapat mengasihinya.. Hanya Sebagai sahabat… Tetapi jika Kau ciptakan dirinya untuk diriku.. Ya Allah….tolong satukan hati kami.. Bantulah diriku untuk mencintai,mengerti dan.. Menerima dia seutuhnya... Berikanku kesabaran, ketekunan, dan.. Kesungguhan untuk memenangkan hatinya. Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan Mahu menerima diriku dengan segala kelebihan dan kekurangan.. Sebagaimana diriku telah Kau ciptakan... Yakinkanlah dirinya bahawa diriku amat.. Mencintai dan rela membahagi.. rasa suka dan duka diantara kami berdua… Tuhanku Yang Maha Pengasih.. Dengarlah doa hambaMU ini... Lepaskanlah diriku dari keraguan ini.. Menurut kasih dan kehendakMu... Tuhanku pastinya Engkau senantiasa.. Memberikan yang terbaik buat diriku.. Luka dan keraguan yang kualami pasti ada hikmahnya... Pertemuan dan perpisahan ini mengajarku untuk hidup makin dekat padaMu.. Untuk lebih peka terhadap suaraMu yang membimbingku.. Menuju ke jalan yang diredhaiMu. Bimbinglah diriku untuk tetap setia dan sabar menanti.. Tibanya waktu yang telah Engkau tentukan dalam hidupku.. Andai benar dia ditakdirkan untuk bersamaku.. Satukanlah hati kami…Dalam restuMu.. Sebelum aku serahkan cinta ini yang bagiku cukup sejati dan sepenuh hati keranaMu Ya Allah, telah ku pohon petunjuk dan jalan dariMU...kerana aku tak mampu untuk memutuskannya sendiri atas kejahilan dan kekeliruan nafsu dan keduniaan...Segala yang kulakukan kerana ketentuan Mu Ya Allah... Berkali-kali ku ingatkan diri, cinta ini kepadanya hanyalah kerana Allah, tidak akan ku serah cinta ini kepadanya andai dia bukan pencinta Allah jua. Dan aku juga tidak lupa mengingatkan diri, manusia hanya merancang dan mengharap, tapi penentuannya di tanganMU duhai cinta hatiku..Walau apa yang berlaku di kemudian hari aku perlu bersedia dan berserah..Usaha sudah dilakukan dengan doa dan tawakal.. Ya Rahman Ya Rahim..Bantulah hambaMU..Hanya padaMU hambaMU ini berserah segala...Ku tahu perencanaanMU adalah yang terbaik untuk hambaMU ini, maka redhakanlah hati ini dengan setiap ketentuanMU..Amin Ya Rabbal A’lamin... ----------------- Insan yang mulia ialah insan yang selalu mengakui kelemahannya.
|
ladylolida_aina
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.08.2008 Ahli No: 34562
Posting: 162
Dari: Johor
|
Posting pada: 15-09-08 14:09
salam... apa cerita zaLzaLah sekarang... tercapai ke hajat nak bernikah dengan jejaka pilihan hati...
|
suhaimi_sr
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2004 Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada
|
Posting pada: 15-09-08 15:41
kalau dah suka jangan tunggu2 lagi. Bertunang cepat-cepat nanti dikebash org pulak.
|
rimbabara
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 03.03.2006 Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh
|
Posting pada: 20-09-08 12:55
Pada 15-09-08 13:04 , najah_musla posting:!!! QUOTE !!! insyaAllah...yang penting mesti yakin dengan ketentuan Allah.... Emmm... Saudari Najah Musla mesti ada pengalaman cinta jarak jauhkan... Boleh kongsi pengalaman dan tips-tips untuk kekal bahagia dengan cinta jarak jauh ni... -----------------
|
ika2410
WARGA SETIA Menyertai: 26.02.2004 Ahli No: 7572
Posting: 970
Dari: Perak
|
Posting pada: 20-09-08 17:35
assalamualaikum... janganlah saudari risau sangat.. andai memang dia sudah ditentukan untuk saudari.. insyaAllah takkan ke mana... banyakkan doa.. doa tu kan senjata orang mukmin.. concentrate in your study..
|
amilyn
WARGA SETIA Menyertai: 02.10.2003 Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor
|
Posting pada: 20-09-08 20:59
salam mengenai perasaan lagi....entahlah bagi saya Allah itu Adil dan kita serahkan segalanya padaNya...kalau jodoh tak kemana,berdoa semoga di permudahkan and jangan fikir sangat kerana ia akan menjejaskan pemikiran saudari...memburukkan keadaan saudari...serahkan segalaNya kepada Allah..
|
Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3883
Posting: 349
|
Posting pada: 20-09-08 22:26
ana mempunyai teman lelaki yang paling ana sayang..?? kamu tak layak ber"ana" "anti".. -----------------
|
ToK_iMaM
Warga 4 Bintang Menyertai: 05.06.2003 Ahli No: 1071
Posting: 183
Dari: ...NeGeRi $eRaMbI MeK@H... ®..::iSLaM iS Da WaY oF LiFe ::..©..:: IIUM ::..
|
Posting pada: 20-09-08 22:40
cerita 2007ini...tapi rasa tergerak pula nak posting, lama pula tak posting dalam UC ini.. hmm...kisah cinta dua benua. kalau bercinta jarak jauh ini bahaya ni kata orang. tak kisah lah guna "ana" atau "anti" ke. semua tu Allah tak tengok. yang penting akhlak kena jaga. lepas tu, cinta berhenpum-henpun ni bahaya juga. suara wanita yang bercinta ni bahaya untuk bakal suaminya tanpa ada perkara penting.. Macam mana Allah nak jaga kalau kita sendiri tak hindarkan dari apa yang Allah larang..maka akan di timpa lah akibatnya..tanpa ada penjagaan dalam agama.. sama-sama kita berpesan-pesan pada diri kita dan sahabat-sahabat kita..wallahu allam... p/s: sekadar berkongsi pendapat
|
nur_kamila
Warga 2 Bintang Menyertai: 06.10.2008 Ahli No: 35250
Posting: 62
Dari: kemaman
|
Posting pada: 12-10-08 13:46
emmm...Kalau anda betul-betul sayang kat dia...ana tak perlu was....yang penting dia iklas...hehehe..semoga bahagia ok hehehehe
|
muslimahkusza
Warga 3 Bintang Menyertai: 08.11.2004 Ahli No: 12373
Posting: 119
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 13-10-08 11:52
InsyaAllah sekadar berkongsi pendapat... Ana pun berkawan dengan muslimin yang sekarang belajar dimesir.. ana berkawan dekat 2tahun dah...bulan tiga 2007.. bulan 9 2007 dia p mesir,sepanjang berkawan sekali baru bercakap ditalefon masa mula -mula dia sampai mesir..lepas itu kami berbincang dan bersetuju tak payah call sebab nak jaga lah kan,bahaya dengar2 suara ini... mesej pun boleh kira dalam 2kali sebulan bertanya khabar dan mengirim khabar itu saja...InsyaAllah niat ana nak bentuk baitulmuslim jadi kita kena jaga lah supaya Allah tak murka dengan Ukuwwah yang kita bina tuee... kadang-kadang riso juga duduk jauh2 ini tapi itu semua mainan perasaan saja andai Allah dah takdirkan dia milik kita InsyaAllah Dia akan menjaga hubungan kita...banyak2kan berdoa...doakan ana juga...aameeen...
|
lailasuhaila
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.09.2008 Ahli No: 35134
Posting: 351
Dari: my heart...
|
Posting pada: 13-10-08 12:00
tabahkan lah hati, utamakan yang penting dahulu..
|