Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 26-03-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Elakkanlah dirimu dari berhutang kerana hutang itu akan menjadikan dirimu hina pada waktu siang dan gelisah pada waktu malam
-- Luqman Al-Hakim

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 26
Ahli: 0
Jumlah: 26




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 16 hari yang lalu
al-biruni03: 45 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: parti lesbian di KL.......??@#??


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» parti lesbian di KL.......??@#??

Please Mendaftar To Post


Oleh parti lesbian di KL.......??@#??

anti_alasan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.09.2006
Ahli No: 26307
Posting: 300

blank   avatar


posticon Posting pada: 28-04-07 21:36


Gelas arak celah payu dara
Oleh Wan Noriza Meor Idris

KUALA LUMPUR: Golongan wanita yang mengamalkan cinta sejenis atau lebih dikenali sebagai lesbian mempunyai cara tersendiri menghiburkan diri dengan pasangan masing-masing walaupun mengetahui perbuatan itu dilaknat Tuhan.


Golongan songsang membabitkan gadis remaja, wanita dewasa termasuk bertaraf orang kenamaan (VIP) dikesan menjadikan bilik hotel di Jalan Imbi di sini, sebagai ‘sarang’ untuk menganjurkan parti liar sambil meneguk arak.

Wartawan Harian Metro yang menyusup ke parti itu mendapati antara aksi ghairah yang dilakukan ketika berpesta ialah meletakkan gelas berisi arak yang didinginkan di lurah payu dara untuk dikepit.

Pasangan lesbian lain pula bertaruh menari secara ‘ghairah’ sebelum pemenangnya berpeluang meneguk arak melalui gelas yang diletakkan di celah payu dara wanita itu.

Selain itu, mereka yang mempamerkan tarian paling seksi dihadiahkan sekuntum bunga ros.

Difahamkan, parti pasangan lesbian dari sekitar ibu kota itu dianjurkan untuk berkumpul dan berpesta sesama mereka.

Komuniti lesbian terbabit dipercayai bergerak melalui laman sembang di Internet serta mempunyai laman web sendiri untuk berbincang perihal aktiviti harian atau malam minggu.

Seorang lesbian yang hanya mahu dikenali sebagai Ika, lingkungan 20-an, berkata parti setiap malam minggu bermula jam 11.30 malam hingga 3 pagi itu hanya dikenakan RM30 sekali masuk di kelab terkemuka dan bilik hotel.

“Parti ini untuk kaum sejenis berhibur, menari, minum arak serta melayan nafsu pasangan masing-masing secara terbuka.

“Dalam parti itu, kami bebas buat apa saja,” katanya ketika ditemui Harian Metro selepas menghadiri parti terbabit.

Ika berkata, lokasi parti berkenaan sentiasa ‘disembunyikan’ daripada pihak luar.

“Parti itu hanya untuk perempuan, lelaki diharamkan masuk. Biasanya setiap minggu sekurang-kurangnya 100 lesbian hadir untuk berhibur.

“Golongan pengkid (tomboy) bersama pasangan mereka turut hadir untuk berhibur dengan kami,” katanya.

Ketika ditanya mengenai perbezaan bercinta dengan pengkid dan pasangan lesbian, Ika berkata, dia tidak pernah bercinta dengan pengkid, sebaliknya hanya dengan wanita yang mengamalkan lesbian.

“Lesbian suka perempuan sejenis dengannya iaitu berpakaian serta berwatak perempuan, manakala pengkid perempuan yang menyerupai lelaki serta berpakaian dan berwatak lelaki.

“Kami yang bernafsu dengan kaum sejenis digelar lesbian dan tak berminat pada lelaki. Tapi ada juga antara kami turut sukakan lelaki serta ada teman lelaki. Mereka digelar bi-sex.

“Bi-sex adalah perempuan atau lelaki yang minat pada kedua-dua jantina, tidak kira lelaki atau perempuan cuma menagih cinta sejati daripada kedua-dua jantina,” katanya.

Ika berkata, lesbian tidak hanya mempunyai tempat untuk berparti, malah ada ‘port’ untuk bersembang dan lepak pada masa terluang.

“Pada hari biasa atau selepas berparti, kami akan ke ‘port’ iaitu kedai mamak atau restoran di sekitar Pandan Indah untuk makan dan minum selain ‘markas’ tersendiri untuk bermain snuker,” katanya.

Ika berkata, dia tidak pasti hala tuju dalam hubungan lesbiannya dan tidak pernah memikirkan sama ada kehidupan sedemikian akan diteruskan.

“Saya tidak tahu Kenapa saya bernafsu dengan kaum sejenis dan tak pasti sama ada akan terus begini sehingga akhir hayat.

“Agama memang melarang, tapi saya tak sukakan lelaki. Jadi, mungkin buat masa ini saya akan terus begini dan hanya masa menentukan sama ada saya akan berubah atau tidak,” katanya.

Ika mendedahkan, ada juga lesbian yang meningkat usia, berkahwin dan mempunyai anak sukar berubah serta dalam diam masih terjebak dalam dunia cinta sejenis.

“Kami memang dah begini serta mempunyai naluri sukakan kaum sejenis sampai bila-bila.

“Yang sudah berkahwin, malah mempunyai anak pun dalam diam masih bersama kami, berparti serta mempunyai pasangan lesbian dan itu menjelaskan naluri kami sukar untuk diubah,” katanya.

sumber:http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Saturday/BeritaUtama/20070428110206/Article/indexm_html

Bookmark and Share

    


  Member Information For anti_alasanProfil   Hantar PM kepada anti_alasan   Quote dan BalasQuote

syafiq_mmt
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.02.2007
Ahli No: 28754
Posting: 42
Dari: dalam rumah

Kelantan  


posticon Posting pada: 28-04-07 21:57


masyaallah...dunia hampir kiamat!!!! semoga mereka segera bertaubat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syafiq_mmtProfil   Hantar PM kepada syafiq_mmt   Pergi ke syafiq_mmt's Website   Quote dan BalasQuote

castello_gurl
Warga Rasmi
Menyertai: 10.12.2006
Ahli No: 27703
Posting: 13
Dari: dimana kakiku melangkah,disitulah lokasiku

france  


posticon Posting pada: 28-04-07 22:12


ish..subhanallah... aihh...nak kena puk mereka ini..

Bookmark and Share

    


  Member Information For castello_gurlProfil   Hantar PM kepada castello_gurl   Pergi ke castello_gurl's Website   Quote dan BalasQuote

itqaan_muslim
Warga 5 Bintang
Menyertai: 02.08.2006
Ahli No: 25573
Posting: 353
Dari: tronoh

Kelantan  


posticon Posting pada: 28-04-07 22:51


bagaimana bsls Allah s.w.t tsk datang

Bookmark and Share

    


  Member Information For itqaan_muslimProfil   Hantar PM kepada itqaan_muslim   Pergi ke itqaan_muslim's Website   Quote dan BalasQuote

ilhammusafir
Warga 5 Bintang
Menyertai: 05.11.2005
Ahli No: 20222
Posting: 361
Dari: SeGaMat_JoHoR

Johor  


posticon Posting pada: 29-04-07 00:33


semua ni ujian yang Allah turunkan bagi orang yang
melihat,
orang yang mengetahui,
menyaksikan,
orang yang menyertai,
pemimpin yang memimpin,
apa yang mereka akan buat.........tegah??hapuskan??sokong??join sekali??

nauzubillahiminzalik.................

Bookmark and Share

    


  Member Information For ilhammusafirProfil   Hantar PM kepada ilhammusafir   Quote dan BalasQuote

syabab_mujahid
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.12.2006
Ahli No: 27656
Posting: 291
Dari: Egypt

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-04-07 02:13


ini sebab tak ada nahi mungkar...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syabab_mujahidProfil   Hantar PM kepada syabab_mujahid   Pergi ke syabab_mujahid's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 29-04-07 04:09


apa pandangan dr. 'fitnah akhir zaman' tentang gejala ni???...

haram satu pandangan pun tak ada....pasal apa?.... :-o :-o :-o

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

izad
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 66
Posting: 429
Dari: Wakaf Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-04-07 05:16


ketandusan akidah dan ketandusan akhlak,,,

yang ada hanya keuntuhan akhlak......


redha syaitan mengiringi kelompok ini....


-----------------
AL-FIRQATU AN NAAJIAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For izadProfil   Hantar PM kepada izad   Pergi ke izad's Website   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 29-04-07 07:20


berlaku dinegara islam hadhari ni..hmmm

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

imtihan_insyirah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-04-07 09:04


astaghfirullahalazim.

Allah tidak akan sekali-kali menzalimi hamba2Nya, tetapi manusia itu sendiri yang menzalimi diri mereka sendiri

Bookmark and Share

    


  Member Information For imtihan_insyirahProfil   Hantar PM kepada imtihan_insyirah   Pergi ke imtihan_insyirah's Website   Quote dan BalasQuote

imtihan_insyirah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-04-07 09:06


apa peranan kita? hanya memberi komen sambil mengeleng2kan kepala? cerita2 begini sekadar menjadi halwa telinga kita sajakah?

Bookmark and Share

    


  Member Information For imtihan_insyirahProfil   Hantar PM kepada imtihan_insyirah   Pergi ke imtihan_insyirah's Website   Quote dan BalasQuote

sof_wan88
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.01.2007
Ahli No: 28277
Posting: 127
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 29-04-07 09:17


hehehehe...

kena tanya pak lah nii....

akhlak remaja makin teruk dari hari ke hari.
masyaallah

huhuhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For sof_wan88Profil   Hantar PM kepada sof_wan88   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 29-04-07 09:42


Allah kurniakan akal tak hendak guna. Apala yang diperolehi dr cinta sejenis. bukankah Allah dah jadikan terbaik untuk hambNya dengan mengikut fitrah yang saling melengkapi. Apa sangat yang diperoleh, hanya sengsara hidup dalam kegelapan bila jauh dr rahmat & balasan di akhirat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

itqaan_muslim
Warga 5 Bintang
Menyertai: 02.08.2006
Ahli No: 25573
Posting: 353
Dari: tronoh

Kelantan  


posticon Posting pada: 29-04-07 09:48


yang dilarang yang tu lah nak sangat di buat
yang disuruh yang tu lah yang selalu di elak

pelik kan sifat manusia ni

Bookmark and Share

    


  Member Information For itqaan_muslimProfil   Hantar PM kepada itqaan_muslim   Pergi ke itqaan_muslim's Website   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 29-04-07 11:46


astaghfirullahalazim...

akhir zaman...

macam-macam dah berlaku...



**minta jauh diri,keluarga dan sahabat handai....

***semoga ALLAH s.w.t. memberikan mereka hidayah. amin.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 29-04-07 14:17


30 ringgit... Mahalnye....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

anti_alasan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.09.2006
Ahli No: 26307
Posting: 300

blank   avatar


posticon Posting pada: 29-04-07 18:10


sumbangkan peranan masing-masing untuk menjalankan dakwah.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For anti_alasanProfil   Hantar PM kepada anti_alasan   Quote dan BalasQuote

tou_aii
WARGA SETIA
Menyertai: 21.04.2007
Ahli No: 29677
Posting: 550
Dari: harajuku

japan   avatar


posticon Posting pada: 29-04-07 19:21


rm 30 tu... mahal nya... kalau kumpul boleh hantar family pergi kerjakn haji kat makkah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For tou_aiiProfil   Hantar PM kepada tou_aii   Quote dan BalasQuote

redgirl
WARGA SETIA
Menyertai: 31.01.2007
Ahli No: 28476
Posting: 871
Dari: bumi tuhan

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 29-04-07 22:01


!!! QUOTE !!!


astaghfirullahalazim...


Bookmark and Share

    


  Member Information For redgirlProfil   Hantar PM kepada redgirl   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-04-07 22:11


dah tak ada kerja lain agaknya.....masyaAllah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

zaLzaLah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 24.01.2006
Ahli No: 22169
Posting: 69
Dari: BuMi AnBiYa' Me$iR

singapore  


posticon Posting pada: 29-04-07 23:09


berita tentang tu pun ana baru baca juga baru-baru ni..dahsyatkan mnusia akhir zaman ini..dah ada pengajaran & musibah pad zaman nabi luth tapi buat dek saja..ingat cerita dongeng ke??!!mdh2an ALLAH turunkan taufiq &hidayah pada mereka2..ALLAHUMA AMIIN..

Bookmark and Share

    


  Member Information For zaLzaLahProfil   Hantar PM kepada zaLzaLah   Quote dan BalasQuote

graduanislam22
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.01.2007
Ahli No: 28041
Posting: 343
Dari: selayang

egypt  


posticon Posting pada: 30-04-07 04:54


ASTAGHFIRULLAHAL 'AZIM

Bookmark and Share

    


  Member Information For graduanislam22Profil   Hantar PM kepada graduanislam22   Pergi ke graduanislam22's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 13-05-07 08:18


hm...semoga dijadikan iktibar untuk kita semua...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

dibaa
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.07.2006
Ahli No: 25256
Posting: 181
Dari: perak

Perak  


posticon Posting pada: 13-05-07 08:40


astaghfirullah.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For dibaaProfil   Hantar PM kepada dibaa   Quote dan BalasQuote

carrot_syaima
Warga 1 Bintang
Menyertai: 04.04.2007
Ahli No: 29449
Posting: 23
Dari: selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 18-05-07 01:42


salam~
saya nak perbetulkan lah sikit...
kan kat atikel tu ada sebut pasal pengkid(tomboy)
sebenarnya tomboy tak semestinya pengkid.
tomboy more to the way they dress, jiwa tetapi perempuan.
pengkid ni memang anti guys...
tomboy ni masih boleh dibimbing dan agak lembut hati bbanding pengkid.

pasal parti ni, sebenarnya kat KL tu bukan parti lesbian saja..parti Apon pun ada, gay ada, pelacuran bersepah...
saya pernah jugak pagi usha2 nyah2 lacur ni...
mereka berdiri tepi jalan, terbuka, tapi tak ada tindakan pun..
sebab mereka ada org jaga aka bapa ayam...

bukan di KL saja, rasanya bahang lacur ni da merebak even ke kawasan hulu...seperti da satu norm gayanya.
langkah pertama merubah dunia adalah dengan mengubah diri sendiri. barulah boleh mengubah kaum keluarga..
dengan ada nya support dari keluarga, kita boleh merubah jiran tetangga, dan seterusnya komuniti sekeliling kita..
kalau komuniti majoriti berdiri di jalan Allah, komuniti minoriti yang membuat maksiat dapat dibanteras...
insyaAllah...dalam dunia tak ada benda yang mudah...
tetapi semua nya bermula dengan langkah pertama.

semoga Allah lindungi kita semua dr kepincangan dunia...

Bookmark and Share

    


  Member Information For carrot_syaimaProfil   Hantar PM kepada carrot_syaima   Quote dan BalasQuote

FIENDA
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.11.2006
Ahli No: 27433
Posting: 224
Dari: NS

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 18-05-07 09:20


tahla...

Bookmark and Share

    


  Member Information For FIENDAProfil   Hantar PM kepada FIENDA   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-05-07 09:27


"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).(ar-Rum:41)


"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir".

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-05-07 09:35


Alhamdulillah..... dewan pemuda Pas wilayah persekutaan telah membuat pembincangan.... semoga usaha yang di usulkan berjaya...insya'allah..

ZIARAH RAKYAT BERSAMA PAS

PAS Wilayah Persekutuan akan menganjurkan program Ziarah Rakyat di sekitar Jalan Haji Taib dan Jalan Chow kit bersama Dewan Pemuda PAS Pusat. Program ini akan diadakan pada:

Tarikh : 19 Mei 2007 (Sabtu)

Masa : 4.30petang

(Solat Asar Berjamaah di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut)

Program ini akan dipimpin oleh YB. Salahuddin Ayub (Ketua Pemuda PAS Pusat) bersama Hj. Mohamad Nor Mohamad (Pesuruhjaya Wilayah Persekutuan) dan Sdr. Kamaruzaman Mohamad (Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan).


Matlamat utama program ini adalah untuk beramah mesra bersama rakyat dan para peniaga disekitar Jalan Haji Taib dan Chow kit yang. Disamping itu, edaran risalah makluman tentang perpindahan Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut juga akan diadakan sekali.

Para pemimpin, ahli dan penyokong PAS dijemput bagi menyertai program ini.


Para wartawan juga dijemput bagi membuat liputan. Satu sidang akhbar berhubung isu-isu terkini seperti Isu Kenaikan Harga Barang dan Bantahan bagi Cadangan Harga Tol SMART akan diadakan.

Sekian. Terima Kasih.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-05-07 10:07


Sajak Istimewa dari Hj Akhil Hayy Rawa

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat,
kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan saja lah minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.
Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat,
bohsia bohjan lagi hebat.

Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.

Apabila perut kempis dah jadi bulat,
maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat,
jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa?
Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.

Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat!
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mahu ingat.
Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat
dan memperbanyakkan ibadat.

(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

icah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 215
Posting: 120
Dari: batu caves

Selangor  


posticon Posting pada: 18-05-07 17:56


nauzubillah min zalik

Bookmark and Share

    


  Member Information For icahProfil   Hantar PM kepada icah   Quote dan BalasQuote

carrot_syaima
Warga 1 Bintang
Menyertai: 04.04.2007
Ahli No: 29449
Posting: 23
Dari: selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-05-07 13:55


salam~
bagus lah sajak ni...
mengungkapkan segalanya..
padat!!!
semoga dijadikan peringatan~~

Bookmark and Share

    


  Member Information For carrot_syaimaProfil   Hantar PM kepada carrot_syaima   Quote dan BalasQuote

sahlon
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.03.2005
Ahli No: 15287
Posting: 281
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-08-08 16:28


ni kerana terlalu ikutkan nafsu + tak ada rasa berTuhan

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahlonProfil   Hantar PM kepada sahlon   Quote dan BalasQuote

nisaulfadhilah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.10.2006
Ahli No: 27084
Posting: 207
Dari: irbid

jordan  


posticon Posting pada: 17-08-08 22:42


astaghfirullah..ni lah tanda dunia akhir zaman..
yang peliknya..boleh pula cakap,

"Agama memang melarang, tapi saya tak sukakan lelaki. Jadi, mungkin buat masa ini saya akan terus begini dan hanya masa menentukan sama ada saya akan berubah atau tidak,” katanya.

sedar tu agama melarang..tapi nak buat juga..kalau nak ikut masa yang menentukan..sampai bila-bila masih di takuk yang same..melainkan mereka dapat hidayah daripada allah..

mudah-mudahan allah melimpahkan hidayah petunjuk kepada mereka agar kembali bertaubat..amin..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nisaulfadhilahProfil   Hantar PM kepada nisaulfadhilah   Quote dan BalasQuote

lailasuhaila
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.09.2008
Ahli No: 35134
Posting: 351
Dari: my heart...

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 06-11-08 18:05


ya rabbi..teruk betul malaysia sekarang ni..inikah malaysia di bawah naungan islam hadhari?

Bookmark and Share

    


  Member Information For lailasuhailaProfil   Hantar PM kepada lailasuhaila   Quote dan BalasQuote

wafa_mawaddah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2003
Ahli No: 4175
Posting: 845
Dari: mardhatillah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-11-08 22:17


astaghfirullahal'azim
itu yang dimasukkan dalam berita..
mesti ada banyak lagi di luar sana tanpa pengetahuan kita kan???

ya Allah....selamatkanlah kami semua ini daripada laknat dan azab drMU.....
selamatkanlah mereka yang sesat itu untuk kembali ke jalanMU...
amin Ya Rabbal alamin...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wafa_mawaddahProfil   Hantar PM kepada wafa_mawaddah   Pergi ke wafa_mawaddah's Website   Quote dan BalasQuote

lemochi_adachi
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2008
Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-11-08 19:20


nauzubillah......ya allah kembalikan mereka ini kepangkal jalan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For lemochi_adachiProfil   Hantar PM kepada lemochi_adachi   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 24-11-08 21:03


astaghfirullahalazim.
hanya itu yang mampu saya katakan

Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.131519 saat. Lajunya....