Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 24-03-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Kebahagiaan yang sebenar lagi utama terletak pada kemenangan dalam memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak-kehendak yang berlebih-lebihan."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 9
Ahli: 0
Jumlah: 9




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 14 hari yang lalu
al-biruni03: 43 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Imam-imam Masjidil Haram


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Imam-imam Masjidil Haram

Please Mendaftar To Post


Oleh Imam-imam Masjidil Haram

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-04-07 23:41


Kita selalu tengok dekat TV especially bulan Ramadhan dan Hari Raya siaran langung solat sunat Taraweeh dan juga solat sunat hari raya yang dibawakan khas dari Masjidil haram, Makkah al-Mukarramah. Antara Imam-imam yang selalu kita lihat mengimamkan solat di sana adalah Sheikh Dr Abdurrahman Ibn Abdulazeez as-Sudais, Sheikh Dr Saud Ibn Ibraheem as-Shuraim, Sheikh Awad al-Juhany, Sheikh Salih 'Ali at-Talib dan dari Masjid Nabawi pula Sheikh Salah Ibn Muhammad al-Budair, Sheikh al-Huzaify dan Sheikh Saad Said al-Ghamidy. Pada tahun ini kita dapat lihat Sheikh Salah Ibn Muhammad al-Budair dibawa dari Madinah untuk menjadi imam Taraweeh dan solat Qiyam membantu Sheikh as-Sudais dan Sheikh as-Shuraim. Saya kongsikan di sini biodata Imam Besar dan Khatib Masjidilharam.




Sheikh Abdurrahman as-Sudais

Beliau adalah Abu Abdulazeez Abdurrahman Ibn Abdulazeez Ibn Abdullah Ibn Abdulazeez Ibn Muhammad Ibn Abdullah as-Sudais. Dilahirkan pada tahun 1382H (1961M) di Riyadh, Arab Saudi. Beliau adalah dari keturunan Bani Anzah (Kabilah yang terkenal di Arab Saudi) dari Wilayah al-Bakirya di dalam daerah al-Qusaim.

Menghafaz al-Quran semenjak kecil lagi ketika berumur 12 tahun. Bapanya menghantar beliau belajar di dalam Pertubuhan Menghafaz al-Quran di Riyadh yang dikelolakan dan dipantau oleh Sheikh Abdurrahman Ibn Abdullah al-Faryan (Guru Quran yang masyhur di sana) dan kemudian belajar dengan Qari Sheikh Muhammad Abdulmajeed dan beberapa orang guru yang lain dan guru terakhir beliau adalah Sheikh Mohammad Ali Hassan.

Kehidupan Awal

Membesar di Riyadh dan bersekolah di Sekolah Rendah al-Muthana Bin Harith dan kemudian di Institut Saintifik Riyadh. Gurunya di sana antaranya adalah Sheikh Abdullah Almunif dan Sheikh Abdullah Ibn Abdurrahman al-Twaijiri. Beliau mendapat kejayaan Mumtaz (Cemerlang) semasa bergraduat dari institut tersebut pada tahun 1399H.

Kemudian, beliau menyambung pengajian di Koleh Syariah Riyadh dan bergraduat pada tahun 1403H. Antara gurunya yang mengajar beliau di sana adalah:

(1) Almarhum Sheikh Saleh Al Ali Naser
(2) Sheikh Abdulaziz Bin Abdullah Al Sheikh (Mufti Besar Arab Saudi)
(3) Dr. Sheikh Saleh Bin Abdurrahman Alatram
(4) Sheikh Abdullah Bin Abdurrahman Ibn Jibrin
(5) Sheikh Abdulaziz Aldawood
(6) Sheikh Fahd Alhemin
(7) Sheikh Dr. Saleh Bin Ghanem Al Sadlan
(8 ) Sheikh Dr. Abdurrahman Bin Abdullah Aldarwish
(9) Sheikh Dr. Abdullah Bin Ali Alrakban
(10) Sheikh Dr. Abdulaziz Bin Abdurrahman Alrabia
(11) Sheikh Dr. Ahmad Bin Ali Almubaraki
(12) Sheikh Dr. Abdurrahman Alsadhan


Kegiatan lain

Beliau dilantik sebagai pensyarah di Kolej Syariah Riyadh selepas berjaya dengan pangkat Mumtaz di dalam bidang perundangan di sana. Beliau juga bekerja sebagai Imam dan Khatib di beberapa buah masjid di sekitar Riyadh dan terakhir sekali bertugas sebagai Imam Besar di Masjid Sheikh Abdurrazaq Alafifi.

Selain itu, beliau juga belajar secara tidak rasmi dengan beberapa orang Sheikh di masjid-masjid. Antaranya:

(1) Almarhum Sheikh Abdulaziz Ibn Baz (Mantan Mufti Besar Arab Saudi)
(2) Almarhum Sheikh Abdurrazaq Afifi
(3) Sheikh Dr. Saleh Alfawzan
(4) Sheikh Abdurrahman Bin Naser Albarrak
(5) Sheikh Abdulaziz Bin Abdullah Alrajihi,

Beliau bertugas sebagai guru di Institut Saintifik Imam Aldawa.

Pada tahun 1404H, Perutusan Rasmi dihantar kepada beliau daripada Pemerintah Arab Saudi melantik beliau sebagai Imam Besar dan Khatib di Masjidilharam. Beliau memulakan tugasnya di sana pada hari Ahad 22 Sya'aban 1404H apabila beliau mengimamkan solat fardhu Asar di masjid tersebut. Khutbah pertama beliau di Masjidilharam disampaikannya pada 15 Ramadhan 1404H.

Empat tahun kemudian 1408H, beliau memperolehi Ijazah Sarjana dari Universiti Imam Mohammad Bin Masood dalam bidang perundangan. Beliau mendapat kepujian di dalam thesis akhirnya berkenaan isu-isu berkaitan persaksian di dalam perundangan Syariah. Kemudian beliau bertugas sebagai pensyarah di Universiti Umm al-Qura di dalam Kolej Syariah.

Beliau mendapat Ijazah Kedoktoran dengan Mumtaz dari Universiti Umm al-Qura. Thesis beliau bertajuk "The Clear in the Jurisprudence Principles by Abi Alwafa Bin Oqail Alhanbali: study and inspection". Thesis beliau dipantau oleh Sheikh Dr. Ahmad Fahmi Abu Sunnah, dan dibentangkan kepada Sheikh Dr. Abdullah Bin Abdulmuhsen Alturki (Setiausaha Liga Muslim Sedunia) dan Dr. Ali Bin Abbas Al Hakami (Pengerusi Pengajian Tinggi Syariah, Universiti Umm al-Qura). Selepas itu, beliau dilantik sebagai Profesor Madya di universiti yang sama. Selain itu beliau juga mengajar di Masjidilharam.



p/s: InsyaAllah.. lain kali saya kongsikan biodata Imam-imam yang lain.. :-)

Selain itu let's look at a few of other Imams and Khateebs of Masjidilharam..




Sheikh Dr Saud Ibn Ibrahim as-Shuraim




Almarhum Sheikh Ali Ibn Abdullah Ibn Salih Ibn Ali Jaber


And.. these are the Imams and Khateebs of Masjid Nabawi..




Sheikh Salah Ibn Muhammad al-Budair



Sheikh Saad Ibn Said al-Ghamidy



Sheikh Ahmad al-Ajamy


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

nawzah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.12.2006
Ahli No: 27687
Posting: 219
Dari: BUMI ALLAH S.W.T.

jordan  


posticon Posting pada: 20-04-07 23:45


Ana suka dengar bacaan mereka...especially Sheikh Saad Ibn Said al-Ghamidy..menusuk kalbu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nawzahProfil   Hantar PM kepada nawzah   Quote dan BalasQuote

Subuhku
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.04.2004
Ahli No: 8613
Posting: 209

Johor   avatar


posticon Posting pada: 20-04-07 23:47


Bagus infi ini selain kita dengar bacaan mereka kena juga tau asal usul dan biodata mereka semoga dapat menjadi inspirasi kepada yang membaca info ini

Bookmark and Share

    


  Member Information For SubuhkuProfil   Hantar PM kepada Subuhku   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 20-04-07 23:49


baru saya tahu..alhamdulillah..:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-04-07 23:50


Saya dengar bacaan Sheikh Meshary Ibn Rashid al-Affasy dan Sheikh Fahd al-Kandry dari Kuwait.. Sheikh Fahd mengimamkan solat Tahajjud di Masjid Besar Kuwait.. beliau membaca surah al-Hajj ayat 66 sampai akhir surah.. MasyaAllah.. menitis airmata.. especially bila kita faham makna ayat-ayat yang dibaca tu..

Cuba hayati bacaan Sheikh Fahd al-Kandery di alamat ni.. kalau nak betul-betul faham.. rujuk tafsir al-Quran sambil dengar bacaan beliau..

http://www.youtube.com/watch?v=_VOqU9fntQ4


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~
[ Telah diedit oleh: Meow pada 20-04-07 23:53 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

aL-azyM
WARGA SETIA
Menyertai: 01.10.2006
Ahli No: 26685
Posting: 675
Dari: DuLu:GeRiK,PeRaK + SeKarNG:nEgERi 9

Perak   avatar


posticon Posting pada: 20-04-07 23:53


Waa..info yang bagus!!!
Mencari juga..mekaseh ye Meow!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For aL-azyMProfil   Hantar PM kepada aL-azyM   Pergi ke aL-azyM's Website   Quote dan BalasQuote

LinCikedot
WARGA SETIA
Menyertai: 03.09.2006
Ahli No: 26163
Posting: 811
Dari: Atap Rumbia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-04-07 23:53


ni first time tengok wajah mereka...selalu dengar suara saja

Bookmark and Share

    


  Member Information For LinCikedotProfil   Hantar PM kepada LinCikedot   Quote dan BalasQuote

nawzah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.12.2006
Ahli No: 27687
Posting: 219
Dari: BUMI ALLAH S.W.T.

jordan  


posticon Posting pada: 21-04-07 00:23


Pada 20-04-07 23:50 , Meow posting:

!!! QUOTE !!!

Saya dengar bacaan Sheikh Meshary Ibn Rashid al-Affasy dan Sheikh Fahd al-Kandry dari Kuwait.. Sheikh Fahd mengimamkan solat Tahajjud di Masjid Besar Kuwait.. beliau membaca surah al-Hajj ayat 66 sampai akhir surah.. MasyaAllah.. menitis airmata.. especially bila kita faham makna ayat-ayat yang dibaca tu..

Cuba hayati bacaan Sheikh Fahd al-Kandery di alamat ni.. kalau nak betul-betul faham.. rujuk tafsir al-Quran sambil dengar bacaan beliau..

http://www.youtube.com/watch?v=_VOqU9fntQ4




Subhanallah....


-----------------
-BERJUANGLAH KERANA ALLAH S.W.T.-


Bookmark and Share

    


  Member Information For nawzahProfil   Hantar PM kepada nawzah   Quote dan BalasQuote

yusof88
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2007
Ahli No: 28247
Posting: 249
Dari: pahang

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 21-04-07 00:39


sama lah kita nawzah......

Bookmark and Share

    


  Member Information For yusof88Profil   Hantar PM kepada yusof88   Quote dan BalasQuote

mas2ra
WARGA SETIA
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12017
Posting: 668
Dari: bumi ALLAH Jalla Jalaluh

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 21-04-07 02:48


bismillah walhamdulillah,
waSholatu waSalamu `ala Habibika Sayyidina Muhammadin
wa `ala Alihi wa Shohbihi ajma`in...

alhamdulillah,
info yang berguna moga perolehi manfaat bersama,
jazakALLAH khair akhi... :-)

antum yang punyai info dan sebagainya,
tafadhdhol au tafadhdholi,
jazakALLAH khair... :-)

_____________________________


alhamdulillah,
jika diizinkan, ana ingin kongsi bersama
Qari/Imam/Khatib kegemaran ana...


Sheikh Mishary Rashid Al-Efasy

mishary

Lelaman -> disini
Video bacaan Surah Al-Mu`minuun -> disini

_____________________________


Sheikh As-Sa`ud Al-Shuraim

shuraim

Lelaman -> disini
Video bacaan Surah Al-Haaqqah -> disini

_____________________________


Sheikh Muhammad Ayoub

ayub

Video Surah Al-Ahzab -> disini

_____________________________


Sheikh Fahd Salim Al-Kanderi

kanderi

Lelaman -> disini
Video bacaan Surah Al-Munaafiqun -> disini

dan juga...

_____________________________


Sheikh Muhammad Jebril

jebril

Lelaman -> disini
Video bacaan Surah An-Naml -> disini

_____________________________


Sheikh Abdul Basit 'Abd us-Samad

basit

Lelaman -> disini
Video bacaan Surah Infithaar -> disini


ALLAHu a`lam bisawab :-)


-----------------
wahai orang-orang yang berIMAN, ucapkanlah...


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas2raProfil   Hantar PM kepada mas2ra   Pergi ke mas2ra's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 21-04-07 10:43


Let's look at biography of another Imam and Khatib of Masjidilharam..



Sheikh Dr Saud Ibn Ibraheem as-Shuraim an-Najdi


Nama sebenar beliau adalah Saud Ibn Ibraheem Ibn Muhammad Ibn Ibraheem Ibn Nasir Ibn Ibraheem Ibn Muhammad Ibn Shuraim an-Najdi. Datuk beliau, Muhammad Ibn Ibraheem as-Shuraim adalah merupakan bekas Emir di Syaqra di Arab Saudi. Beliau berketurunan Bani Zaid yang sangat terkenal di daerah Najd dan sekitar Hijaz. Salah seorang ahli keluarga beliau adalah penyair arab terkenal bernama Sulaiman Ibn Shuraim.

Dilahirkan di Riyadh, Arab saudi pada tahun 1386H. Menjalani pendidikan awal di Sekolah Rendah al-Aryn dan kemudian di Sekolah an-Namuzjiyah dan menuntut pula di Kolej Utara al-Yarmouk dan tamat pada 1404H (1983). Beliau kemudian menyambung pengajian di Fakulti Usuluddin, Universiti Imam Muhammad Ibn Saud di Riyadh dalam bidang Akidah dan Mazhab Moden. Beliau bergraduat pada tahun 1409H. Pada tahun 1410H, beliau menyambung pengajian Master di Kolej Tinggi Kehakiman (Maahad al-Aali Lilqadha') dan bergraduat pada tahun 1413H.

Beliau mendapat pendidikan dari beberapa orang Sheikh dan guru terkenal di Arab Saudi termasuklah:

1) Almarhum Sheikh Abdulazeez Ibn Baz (Mufti Besar Arab Saudi) - Beliau belajar secara talaqqi di dalam Kuliah Subuh di Masjid Besar di Riyadh

2) Sheikh Abdullah Ibn Abdurrahman Ibn Jibreen dalam bidang Fiqh

3) Sheikh Abdullah Ibn Abdulazeez Ibn Aqil (Ahli Majlis Tertinggi Kehakiman) dalam bidang Fiqh Mazhab Hanbali dan Tafsir Ibnu Kathir

4) Sheikh Abdurrahman al-Barraak

5) Sheikh Abdulazeez ar-Rajhi

6) Sheikh Fahd al-Humayn

7) Sheikh Abdullah al-Ghadyan

8 ) Sheikh Salih Ibn Fawzan al-Fawzan


Lain-lain biodata

1410H - Dilantik sebagai Professor di Kolej Tertinggi Kehakiman
1412H - Dilantik menjadi Imam dan Khatib di Masjidilharam
1413H - Dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi di Makkah al-Mukarramah
1414H - Dilantik menjadi guru mengajar di Masjidilharam
1416H - Menyambung pengajian Kedoktoran di Universiti Umm al-Qura


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

redgirl
WARGA SETIA
Menyertai: 31.01.2007
Ahli No: 28476
Posting: 871
Dari: bumi tuhan

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 24-04-07 23:33


Pada 20-04-07 23:49 , solskjaer posting:

!!! QUOTE !!!

baru saya tahu..alhamdulillah..:-)



-----------------
[email protected]


Bookmark and Share

    


  Member Information For redgirlProfil   Hantar PM kepada redgirl   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-04-07 19:02


Wassalamu'alaikum wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah masa umi pergi haji baru-baru ini umi sekeluarga telah berpeluang untuk melihat rumah Sheikh Abdur Rahman As Sudais. Beliau mempunyai empat orang isteri yang tinggal di sebuah kawasan tetapi berlainan rumah. Rumahnya bagaikan istana dikepung dengan pagar batu yang tinggi.

Dan umi juga dapat menatap wajah seorang Imam Masjidilharam. Umi tak tahu namanya tetapi umi tahu dia adalah Imam kerana dia diiringi dan dikawal oleh ramai pegawai. MasyaAllah wajahnya bersinar putih bersih dan senyum selalu. Beliau lalu depan umi dan seorang rakan yang nak pulang ke hotel. Umi sempat senyum dan beliau balas balik senyuman. Bagi umi walau sesaat tapi itulah satu taaruf yang amat indah buat umi dan rakan umi.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 07-05-07 00:20


Ada lagi sambungannya ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 07-05-07 00:28


Syukran ye Dr. Meow

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 10-05-07 14:57


oww...baru kenal..selalu dengar suara saja even ke mekah dulu..huhuhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

hosni_mubarak
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.11.2005
Ahli No: 20411
Posting: 104
Dari: kelana jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-05-07 16:10


bagus2...
baru saya dapat tahu...
terima kasih kepada yang memberi info...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hosni_mubarakProfil   Hantar PM kepada hosni_mubarak   Quote dan BalasQuote

pulu
WARGA SETIA
Menyertai: 27.01.2005
Ahli No: 13934
Posting: 697
Dari: Gorontalo

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 10-05-07 22:07


Alhamdulillah... terima kasih semua.

Bookmark and Share

    


  Member Information For puluProfil   Hantar PM kepada pulu   Pergi ke pulu's Website   Quote dan BalasQuote

abu_muaz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.05.2004
Ahli No: 9096
Posting: 224
Dari: Riau - Indonesia

indonesia  


posticon Posting pada: 11-05-07 07:20


Pada 07-05-07 00:20 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!

Ada lagi sambungannya ke?

Ada lah...

Just info saja....tidak sama orang yang yang memakmurkan mesjidil haram dengan orang yang berperang dijalan Allah...jadi tak perlukan terlalu sympati dengan imam imam tu...

apa lagi imam imam itu mesti dapat restu raja saudi terlebih dahulu untuk menjadi imam...kita tahulah kredibilitas pemerintahan saudi saat ini....
-------------------------------------------

Diriwayatkan oleh al-hafizh Ibn 'Asakir dalam riwayat hidup Abdullah bin al-Mubarak, dari Muhammad bin Ibrahim bin Abu Sukainah yang berkata, "Abdullah bin al-Mubarak mendiktekan kepadaku bait-bait syair ini di Tarsus, ketika itu aku meminta izin kepadanya untuk keluar.

Dia memperdengarkan bait-bait syair itu bersamaku kepada al-Fudhail bin 'Iyadh pada tahun seratus tujuh puluh." Dalam riwayat yang lain disebutkan pada tahun seratus tujuh puluh tujuh.

Wahai para ahli ibadah di al-Haramain, kalau kamu
menyaksikan kami, maka kamu akan mengetahui bahwa
sesungguhnya kamu bermain-main dalam ibadah. Kalau
orang-orang membasahi pipinya dengan air mata yang
mengucur deras, maka dengan pengorbanan kami, kami
mengucurkan darah yang lebih deras.

Kalau kuda orang-orang kepenatan dalam perkara yang batil, maka
sesungguhnya kuda-kuda kami penat dalam melakukan
penyerbuan dan peperangan di pagi hari. Bau wewangian
menjadi milikmu, sedangkan bau wewangian kami, adalah
debu-debu jalanan dan debu-debu itu lebih wangi.

Telah datang kepada kami sabda Nabi kami. Sabda yang benar,
jujur dan tidak bohong. Tidak sama debu kuda-kuda Allah
di hidung seseorang dan asap api yang menyala-nyala;
Inilah kitab Allah yang berbicara kepada kami, Bahwa
orang yang mati syahid tidak diragukan lagi tidak sama
dengan orang yang mati biasa.


Ibrahim berkata, "Kemudian. Aku pernah berjumpa dengan
al-Fudhail bin 'Iyadh yang membawa tulisan itu di masjid
al-Haram. Ketika membacanya, kedua matanya mengucurkan air mata sambil berkata, 'Abu Abdurrahman benar ketika dia
memberikan nasihat kepadaku.'",

Ibrahim berkata lagi: "Apakah
kamu termasuk salah seorang yang menulis riwayat ini?" Dia
menjawab, "Ya." Ibrahim berkata kepadanya, "Tulislah riwayat
tersebut sebagai orang yang pernah melihat peristiwa itu dan
yang membawa tulisan dari Abu Abdurrahman kepada kami.
--------------------------------------

Kemudian al-Fudhail mendiktekan kepada kami: Manshur bin
al-Mu'tamir meriwayatkan kepada kami, dari Abu Shalih, dari
Abu Hurairah .a. bahwasanya ada seorang lelaki berkata kepada
Rasulullah saw, 'Wahai Rasulullah, ajarkan kepadaku suatu
amalan yang. Aku dapat memperoleh pahala orang-orang yang
berjihad di jalan Allah.'

Maka Rasulullah saw menjawab,
'Apakah engkau dapat melakukan shalat dan puasa secara
terus-menerus?' Lelaki itu menjawab, 'Wahai Rasulullah, aku
terlalu lemah untuk melakukan hal itu.'

Maka Nabi saw
bersabda, 'Demi yang diriku berada di tangan-Nya, kalau kamu
mampu melakukan hal itu maka kamu tidak dapat mencapai
angkatan orang-orang yang berjihad di jalan Allah. Atau kamu
tidak mengetahui bahwa sesungguhnya kuda yang berperang akan mendapatkan pahala, sehingga berbagai kebaikan dituliskan untuknya."


[ Telah diedit oleh: abu_muaz pada 11-05-07 07:25 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For abu_muazProfil   Hantar PM kepada abu_muaz   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-05-07 09:47


Sebagai org yang memulakan posting ini, saya sekadar nak memberikan pendapat juga tentang komen abu_muaz.. bukan tujuan saya mahu kita banggakan imam-imam ni.. tapi apa salahnya berkenalan dengan biografi mereka.. mereka adalah golongan ulama juga.. sayugia kita hormati mereka.. bahkan mereka amat dekat dengan Baitullah dan dekat pula dengan Rasulullah.. tak perlu pertikaikan kredibiliti pemerintah Arab Saudi di sini.. kita tidak sepenuhnya kenal hati Raja Arab Saudi.. tindakan zahir sahaja tidak cukup untuk menilai diri org lain.. apakah kerana imam-imam ini dilantik oleh Raja Arab Saudi, maka mereka dianggap tidak layak? Jadi siapa yang sebenarnya layak untuk mengimamkan solat di al-Haramain? Kita kah?


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-05-07 10:25


syukran kepada akhi meow dan sahabat2 yang myumbang...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

abu_muaz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.05.2004
Ahli No: 9096
Posting: 224
Dari: Riau - Indonesia

indonesia  


posticon Posting pada: 11-05-07 19:28


!!! QUOTE !!!

sayugia kita hormati mereka.. bahkan mereka amat dekat dengan Baitullah dan dekat pula dengan Rasulullah.. tak perlu pertikaikan kredibiliti pemerintah Arab Saudi di sini.. kita tidak sepenuhnya kenal hati Raja Arab Saudi.. tindakan zahir sahaja tidak cukup untuk menilai diri org lain.. apakah kerana imam-imam ini dilantik oleh Raja Arab Saudi, maka mereka dianggap tidak layak? Jadi siapa yang sebenarnya layak untuk mengimamkan solat di al-Haramain? Kita kah?

Sememangnya kita harus menghormati ulama..asal jangan berlebih lebihan...

Dulu semasa mekkah / madinah dibawah otonomi khusus utsmaniyyah...banyak imam imam non jazirah arab yang menjadi imam disana.... termasuk juga dari asia tenggara...namun setelah dibawah system kerajaan assobiyyah suudi semua imam diambil hanya dari kalangan mereka.

Mekah / madinah bukan milik kerajaan saudi tapi milik umat islam sedunia...sebaiknyalah imam imam diambil dari umat islam sedunia.

Dan kita masih ingat ketika seorang imam masjidil haram yang mendoakan kehancuran amerika dalam qunut langsung ditangkap pemerintah...

Dan sekedar anta tahu bahwa kolusi juga terjadi disisi kaabah..dimana nak cium hajar aswad kena bayar... kemudian baru dibantu oleh orang pendatang.. mukimin ....termasuk orang indonesia juga...yang berkerjasama dengan polis saudi arabia....

Mekkah / Madinah suci "tanahnya" tapi tidak mesti orangnya suci...

Siapa yang sudah pernah menunaikan ibadah haji..akan tahu bagaimana kehidupan orang dimekkah dan madinah..hanya saja madinah jauh lebih tertib dan lebih baik dari mekkah....mungkin karena Rasul membina akhlak manusia disana...

Bukan nak rendahkan darjah imam masjidil haram....

Tapi kita tidak harus menutup mata terhadap kebijakan buruk pemerintah saudi....

Dan kini....Hotel hotel kepunyaan kafir juga sedih banyak berdiri ditanah suci tersebut....

wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For abu_muazProfil   Hantar PM kepada abu_muaz   Quote dan BalasQuote

icah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 215
Posting: 120
Dari: batu caves

Selangor  


posticon Posting pada: 19-05-07 00:07


assalamualaikum...

info yang bagus...
tak salah untuk mengenali mereka..
asalkan tidak taksub...

wallahu a'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For icahProfil   Hantar PM kepada icah   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 06-08-07 17:24


Pada 20-04-07 23:53 , LinCikedot posting:

!!! QUOTE !!!

ni first time tengok wajah mereka...selalu dengar suara saja




ye ke?kan mereka selalu ada boleh bulan rmadhan kalau anda tengok secara lngsng solat trawih dr masjidil haram.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

ilhammusafir
Warga 5 Bintang
Menyertai: 05.11.2005
Ahli No: 20222
Posting: 361
Dari: SeGaMat_JoHoR

Johor  


posticon Posting pada: 06-08-07 19:45


bacaan yang menusuk kalbu...........:D

Bookmark and Share

    


  Member Information For ilhammusafirProfil   Hantar PM kepada ilhammusafir   Quote dan BalasQuote

alornk
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.10.2007
Ahli No: 31510
Posting: 133
Dari: atas bukit bawah angin

madagascar  


posticon Posting pada: 26-10-07 22:48


betul tu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For alornkProfil   Hantar PM kepada alornk   Quote dan BalasQuote

Nuranys
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26619
Posting: 1710
Dari: Kota Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-10-07 10:31


suka dengar bacaan Sheikh Saad Ibn Said al-Ghamidy...
menenangkan...
syukran untuk posting ini.. =)

Bookmark and Share

    


  Member Information For NuranysProfil   Hantar PM kepada Nuranys   Pergi ke Nuranys's Website   Quote dan BalasQuote

mama_iman
WARGA SETIA
Menyertai: 24.09.2007
Ahli No: 31188
Posting: 1558
Dari: Pantai Remis

Perak   avatar


posticon Posting pada: 29-10-07 10:38


subhanallah..
thanks..org pun suka sama macam kak nuranys..=)Sheikh Saad Ibn Said al-Ghamidy

Bookmark and Share

    


  Member Information For mama_imanProfil   Hantar PM kepada mama_iman   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-10-07 10:40


benar, bahkan mekah dan madinah dahulunya memang terdapat Imam 4 mazhab. Kini?

p/s : apapun terima kasih di atas info untuk pengetahuan :)


-----------------
.:Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna:.
http://jarumemas.blogspot.com

http://jomfaham.blogspot.com
[ Telah diedit oleh: Anak_Pejuang pada 29-10-07 10:57 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

nurul_huda3110
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.05.2005
Ahli No: 16604
Posting: 171
Dari: klang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-10-07 10:53


Pada 20-04-07 23:45 , nawzah posting:

!!! QUOTE !!!

Ana suka dengar bacaan mereka...especially Sheikh Saad Ibn Said al-Ghamidy..menusuk kalbu...


setuju..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurul_huda3110Profil   Hantar PM kepada nurul_huda3110   Quote dan BalasQuote

atie82
WARGA SETIA
Menyertai: 15.12.2004
Ahli No: 13074
Posting: 1080
Dari: Papar,Sabah@Seremban

Sabah  


posticon Posting pada: 29-10-07 10:58


Assalamualaikum wwt...

Baru ana tau...

Selama ini dengar saja alunan bacaan Al-Quran oleh imam Sheikh Saad Ibn Said al-Ghamidy..
wajah imam2 ini berseri..
nampak cahaya iman menghiasi... :kelip:

Wassalam


-----------------
The Light of ALLAH surround Me, The Love of ALLAH Enfolds Me, The presence of ALLAH watches over Me, Whatever I am...ALLAH iS..


Bookmark and Share

    


  Member Information For atie82Profil   Hantar PM kepada atie82   Pergi ke atie82's Website   Quote dan BalasQuote

dziaulhaq
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2004
Ahli No: 12403
Posting: 563
Dari: perut IBU

singapore   avatar


posticon Posting pada: 22-12-07 23:44


:: syahdunya kalau dengar bacaan mereka :kelip: :sopan:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For dziaulhaqProfil   Hantar PM kepada dziaulhaq   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 22-12-07 23:55


syukran kerana berkongsi info dan links...
menangis imam ni ketika membaca Al-Quran...
betapa gentarnya hati mereka ketika membaca ayat-ayat Allah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.135595 saat. Lajunya....