Oleh |
Rahsia jadi isteri solehah |
alwalid
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2004 Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar
|
Posting pada: 20-04-07 16:59
Rahsia jadi isteri solehah ADA yang bertanya, bagaimana saya mahu menjadi wanita atau isteri solehah. Adakah perlu warak (kuat beribadat), memakai purdah atau pandai membaca al-Quran? Wanita solehah ialah mereka yang pandai menghibur dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah walaupun sekejap. Bukan perkara yang susah mahu menjadi wanita solehah. Hanya dengan senyuman yang manis dan menambat hati suami, mereka boleh menduduki carta itu. Ada yang berkata senyuman isteri yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata untuk suami lebih baik daripada menggunakan produk alat solek jenama mahal yang berharga ratusan ringgit. Pandangan yang mesra dan lembut ibarat celak yang paling indah menghiasai sepasang matanya. Kelembutan dan kehalusannya berbicara seperti pakaian yang paling cantik dipakainya. Suami mana akan memandang ke belakang apabila isterinya sentiasa harum dan bersih. Malah, aroma itu pasti memikat selera suami untuk sentiasa berada di samping isteri daripada berborak bersama rakan di kedai kopi. Berapa ramai isteri yang memberikan senyuman manis, pandangan yang mesra dan lembut serta wajah yang berseri-seri ketika mengiringi suami keluar rumah atau menyambut kepulangannya di muka pintu. Rasululullah s.a.w pernah bersabda bahawa isteri solehah ialah yang menggembirakan suaminya apabila suami melihat kepadanya. Bayangkan suami yang pulang dalam keadaan letih kerana beban tugas di pejabat ditambah kesesakan jalan raya, isteri yang menyambut di muka pintu menguntum senyuman, wajah yang dihiasi cantik, menolong membawa beg, membuka sarung kaki dan menyediakan minuman untuk menghilangkan dahaga. Memang sukar mencari ciri-ciri wanita sedemikian kerana kebanyakan isteri terutama yang bekerja terlalu terbawa-bawa perangai mereka di pejabat sehingga suami tidak diberi perhatian. Akhirnya, suami jemu dan sengaja balik lewat ke rumah. Kadangkala kita tertanya-tanya mengapa sesetengah lelaki suka mencari pelacur untuk memuaskan nafsu. Tidakkah mereka takut dengan hukum Allah dan risiko jangkitan penyakit yang boleh mereka dapat. Sebenarnya, sesetengah lelaki gemar mencari perempuan lacur kerana mereka mendapat layanan kelas satu ketika bersama wanita berkenaan. Mereka tidak mendapatnya ketika di rumah apatah lagi isteri yang terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabai nafkah batin kepada suami. Mungkin ada yang berkata, wanita lacur memberi layanan kelas satu kerana mereka dibayar atau mendapat tip. Adakah isteri juga mahu suami memberi bayaran kepada mereka semata-mata untuk mendapatkan layanan kelas satu? Jika isteri mempunyai pandangan sedemikian, jangan melenting jika dikatakan mereka juga sama dengan pelacur. Layanan isteri kepada suami tidak perlu kepada unsur kewangan. Sebagai ketua rumah tangga, suami perlu menyediakan keperluan kepada isteri termasuk makan minum, pakaian, perhiasan dan belanja isteri. Jika perkara ini dilaksanakan, apa alasan isteri untuk tidak memberi layanan kelas satu kepada suami. Beruntung isteri yang tahu melayan dan menghiburkan suami kerana selain mendapat kenikmatan, mereka juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah. Isteri yang sengaja enggan melayan nafsu suami akan dilaknat malaikat kerana tidak menunaikan tanggungjawab sebagai suri rumah tangga. Kajian mendapati suami yang mendapat belaian dan kasih sayang isterinya akan cemerlang di tempat kerja dan masyarakat. Mereka tidak memerlukan apa-apa lagi melainkan isteri di sisi. Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa semangat suami lebih tinggi jika mendapat kasih sayang isteri. Suami manusia biasa, walaupun segagah atau segarang mana mereka, jika dimanja atau dibelai, mereka ibarat harimau jinak. Justeru, isteri perlu mempunyai teknik atau kaedah untuk memikat suami, bukan semata-mata wajah yang jelita atau harta yang banyak. Bayangkan ketika kecil, anak mendapat perhatian dan kemanjaan ibu bapa, tentu anak membesar menjadi manusia yang baik. Tetapi jika tiada kasih sayang ibu bapa, anak pasti membesar sebagai manusia yang tidak terkawal. Oleh itu, isteri perlu faham, walau setinggi mana pangkat, kedudukan, harta dan darjat mereka, jangan lupa memberi kasih sayang dan kemanjaan kepada suami. Senyuman, kemanjaan, pakaian dan haruman adalah senjata untuk memancing manusia bernama lelaki.
|
azzahrah
WARGA SETIA Menyertai: 12.02.2004 Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu
|
Posting pada: 20-04-07 17:03
Isteri Solehah Milik Suami Soleh Janji Allah itu benar sebagaimana Nabi Muhammad SAW bersabda; "Apabila seorang perempuan mencuci pakaian suaminya, maka Allah mencatat baginya seribu kebaikan dan mengampuni dua ribu kesalahan dosanya, bahkan segala sesuatu yang disinari oleh matahari memohon ampun baginya serta Allah mengangkat seribu darjat baginya." "Wahai Fatimah, setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membina tujuh parit antara dirinya dengan api neraka. Jarak antara parit itu ialah sejauh bumi dangan langit." "Wahai Fatimah, setiap wanita yang berair matanya ketika memotong bawang untuk menyediakan makanan keluarganya, Allah akan mencatat untuknya pemberian sebanyak yang diberi kepada mereka yang menangis kerana takutkan Allah." " Seorang wanita yang solehah itu lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh dan seorang perempuan yang berkhidmat melayani suaminya selama seminggu maka ditutuplah daripadanya tujuh pintu neraka dan dibukakan lapang pintu syurga dan dia bebas masuk dari pintu mana yang disukainya tanpa hisab." "Wanita yang taatkan suaminya semua burung-burung di udara, ikan- ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana ia (isteri) masih taat pada suaminya dan diredhai (serta menjaga sembahyang dan puasanya)."
|
ika2410
WARGA SETIA Menyertai: 26.02.2004 Ahli No: 7572
Posting: 970
Dari: Perak
|
Posting pada: 20-04-07 17:20
assalamualaikum.. syukran atas info tu..untuk dikongsi bersama..
|
sailormoon
WARGA SETIA Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^
|
Posting pada: 20-04-07 18:29
Kadang-kadang isteri ni bukannya tak cantik...Cantik, tapi selekeh ataupun comot bila depan suami...Kalau isteri dia macam bidadari dekat rumah buat apa lah dia lepak dekat kedai kopi ataupun cari perempuan lain... Orang perempuan kena ingat...Lelaki ni mudah tertarik dengan apa yang di lihatnya...Jadi jangan pelik lah kalau dia main kayu tiga sebab isterinya dekat rumah tak pandai jaga penampilan diri dan tak pandai layan suami... ----------------- DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...
|
bayti_jannati
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.09.2006 Ahli No: 26228
Posting: 220
Dari: selangor
|
Posting pada: 20-04-07 18:57
emmm...boleh dijadikan panduan..
|
aL-azyM
WARGA SETIA Menyertai: 01.10.2006 Ahli No: 26685
Posting: 675
Dari: DuLu:GeRiK,PeRaK + SeKarNG:nEgERi 9
|
Posting pada: 20-04-07 20:35
Layak ke diri ni??? Wallahualam..
|
lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA Menyertai: 02.02.2006 Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor
|
Posting pada: 01-05-07 21:53
assalamualaikum.. tips berguna ini... terima kasih ye.. wassalam
|
redgirl
WARGA SETIA Menyertai: 31.01.2007 Ahli No: 28476
Posting: 871
Dari: bumi tuhan
|
Posting pada: 01-05-07 22:08
Pada 20-04-07 18:29 , sailormoon posting:!!! QUOTE !!! Kadang-kadang isteri ni bukannya tak cantik...Cantik, tapi selekeh ataupun comot bila depan suami...Kalau isteri dia macam bidadari dekat rumah buat apa lah dia lepak dekat kedai kopi ataupun cari perempuan lain...
pernah dibincangkan dalam 'wanita hari ini'..kes isteri comot dipepan suami..dan jawapanya.. ''pulus'' ada faham.. ----------------- [email protected]
|
khaulahazwa
Warga Rasmi Menyertai: 17.03.2007 Ahli No: 29208
Posting: 13
|
Posting pada: 05-05-07 08:28
moga kita muslimat tergolong dari kalangan mereka yang dirindui pejuang Agama Allah... jom kita sama² berubah ke arah yang lebih baik dan sesempurna mungkin..insyaAllah..bittaufiq muslimah solehah. kebaikan sentiasa tersedia buatmu bila hati dibungai keikhlasan. wassalamu alaikum...
|
izzul_islam
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2003 Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut
|
Posting pada: 05-05-07 09:21
|
syahidatul
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 05-05-07 15:17
Pada 20-04-07 16:59 , alwalid posting:!!! QUOTE !!! Rahsia jadi isteri solehah
Wanita solehah ialah mereka yang pandai menghibur dan melayan suami dengan mempersembahkan segala kemesraan, kemanjaan dan cinta sepenuh hati sehingga suami sentiasa rindukan dirinya malah tidak mahu berpisah walaupun sekejap.
Artikel ni memang baik. Tapi maaf lah nak kata, perenggan ni saya kurang setuju. Memang sepatutnya seorang isteri melayani suaminya sedemikian, namun bagaimanakah apabila seorang suami itu sentiasa merindukan isterinya dan malah tidak mahu berpisah dengan isterinya walaupun sekejap? Ayat 'tidak mahu berpisah dengan isterinya walaupun sekejap' itu tidak kena. Mahukah suami itu dilaknat Allah kerana enggan menunaikan solat fardhu tepat pada awal waktu? Pergi berjihad memperjuangkan agama Allah tatkala tiba panggilan? Pergi mencari rezeki buat keluarga? Atau pun ketika ibu dan ayahnya memohon suatu pertolongan daripadanya? Sekiranya isterinya telah bertindak melalaikan suaminya daripada melaksanakan tanggungjawabnya seperti tanggungjawab2 yang di atas, ya Allah... solehah apakah itu? Menyebabkan suami rindu ada baiknya. Malah banyak kebaikannya. Tetapi sekiranya tersalah atau tidak terjaga, ia boleh mendatangkan kemurkaan Allah. Sekadar untuk direnungi. ----------------- [ Telah diedit oleh: syahidatul pada 05-05-07 15:18 ]
|
sailormoon
WARGA SETIA Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^
|
Posting pada: 05-05-07 15:28
Pada 05-05-07 15:17 , syahidatul posting:!!! QUOTE !!!
Ayat 'tidak mahu berpisah dengan isterinya walaupun sekejap' itu tidak kena. Mahukah suami itu dilaknat Allah kerana enggan menunaikan solat fardhu tepat pada awal waktu? Pergi berjihad memperjuangkan agama Allah tatkala tiba panggilan? Pergi mencari rezeki buat keluarga? Atau pun ketika ibu dan ayahnya memohon suatu pertolongan daripadanya?
Kalau macam tu isteri kena lah mainkan peranan...Gunakan lah kelebihan sebagai seorang perempuan untuk memujuk dan memberi semangat kepada suami...Seperti kisah Siti Khadijah yang menenangkan Rasullulah ketika balik dari gua Hira... ----------------- DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...
|
syahidatul
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 08-05-07 23:02
yang itu baru betul...
|
sailormoon
WARGA SETIA Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^
|
Posting pada: 02-06-07 02:26
Dalam hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki) perempuan (isteri) yang solehah, rumah yang bagus (luas), jiran yang baik, dan kenderaan yang bagus." (Hadis riwayat Ibnu Hibban). Rasulullah meletakkan isteri yang baik pada urutan pertama sebagai faktor kebahagiaan seseorang. Isteri yang solehah akan memberikan ketenangan kepada suami. Rumah ibarat syurga jika memiliki isteri yang solehah. Antara sifat isteri solehah ialah hormat dan patuh kepada suami sepanjang suami mengikuti jalan kebenaran, melayan suami dengan baik dan penuh sopan, sentiasa menutup aurat, memasak dan menghidangkan makan minum untuk suami, mendidik anak-anak agar anak juga terselamat daripada godaan duniawi, bersikap mesra dalam berhubungan dengan kaum keluarga, menjaga rahsia rumah tangga, tidak keluar rumah tanpa izin suami dan banyak lagi sifat lain. Allah melukiskan menerusi al-Quran mengenai sifat isteri yang solehah, menerusi firman-Nya yang bermaksud: "Maka perempuan-perempuan yang baik (solehah) itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharanya) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya."(Surah an-Nisaa' ayat 34). Ibnu Abbas mengemukakan dua ciri khas mengenai pengertian as-solehah (isteri yang soleh) iaitu mempunyai perilaku baik (berakhlak/sopan) terhadap suami, dan mengerjakan perbuatan kebajikan. Makna isteri setia dalam ayat itu ialah patuh dan jujur terhadap suami kerana Allah. Seterusnya, Nabi Muhammad memperincikan tiga sifat isteri solehah, menerusi sabda yang bermaksud: "Sebaik-baik perempuan (isteri) ialah yang menggembirakan engkau sewaktu engkau melihatnya; yang patuh apabila kamu perintahkan dia (dalam hal kebaikan); yang menjaga dirinya dan harta milikmu semasa ketiadaanmu di rumah." ----------------- DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...
|
aL-azyM
WARGA SETIA Menyertai: 01.10.2006 Ahli No: 26685
Posting: 675
Dari: DuLu:GeRiK,PeRaK + SeKarNG:nEgERi 9
|
Posting pada: 02-06-07 02:44
Pada 20-04-07 16:59 , alwalid posting:!!! QUOTE !!! Rahsia jadi isteri solehah Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa semangat suami lebih tinggi jika mendapat kasih sayang isteri. Suami manusia biasa, walaupun segagah atau segarang mana mereka, jika dimanja atau dibelai, mereka ibarat harimau jinak. Hehehe..betul tu.. Kadang-kadang macam budak-budak.. Manja betul..hehe.. ----------------- http://azymechanical.blogspot.com
|
raihan2004
Warga 5 Bintang Menyertai: 11.01.2004 Ahli No: 6388
Posting: 375
Dari: kedah
|
Posting pada: 02-06-07 02:48
Pada 02-06-07 02:44 , aL-azyM posting:!!! QUOTE !!! Pada 20-04-07 16:59 , alwalid posting:!!! QUOTE !!! Rahsia jadi isteri solehah Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa semangat suami lebih tinggi jika mendapat kasih sayang isteri. Suami manusia biasa, walaupun segagah atau segarang mana mereka, jika dimanja atau dibelai, mereka ibarat harimau jinak.
Hehehe..betul tu.. Kadang-kadang macam budak-budak.. Manja betul..hehe..
aikkk...ada pengalaman ke aL-azyM... hehehe macam tau2 saja...
|
aL-azyM
WARGA SETIA Menyertai: 01.10.2006 Ahli No: 26685
Posting: 675
Dari: DuLu:GeRiK,PeRaK + SeKarNG:nEgERi 9
|
Posting pada: 02-06-07 02:51
alamak..hehe... Pengaruh televisyen..
|
lubaina
WARGA SETIA Menyertai: 15.02.2005 Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....
|
Posting pada: 02-06-07 09:16
salam 'alaik.... insyaAllah...akan berusaha untuk menjadi seperti itu... wassalam... ----------------- hidup ini indah namun...keindahannya hilang dek kerakusan kita.....
|
lightarrowss
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.03.2006 Ahli No: 23586
Posting: 167
Dari: KELANTAN
|
Posting pada: 02-06-07 09:53
assalamualaikum....emm info yang bagus..untuk semua kaum muslimah..untuk menjadi wanita solehah banyak sangat ciri-ciri dia...so untuk dengan lebih detail lagi cubala baca 111 wasiat Rasulullah untuk wanita solehah-rds kamsuri selamt terbitan jsmin..lengkap,seng,dan padat buku tu...insyallah we will be as good muslimah.....
|
muslimah_87
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.01.2004 Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM
|
Posting pada: 02-06-07 12:58
terima kasih 4 d info...banyak beri pengetahuan...
|
raihan2004
Warga 5 Bintang Menyertai: 11.01.2004 Ahli No: 6388
Posting: 375
Dari: kedah
|
Posting pada: 02-06-07 16:58
Pada 02-06-07 02:51 , aL-azyM posting:!!! QUOTE !!! alamak..hehe... Pengaruh televisyen.. nakal ye kanak-kanak zaman sekarang...
|
saffaa
Warga 3 Bintang Menyertai: 08.03.2005 Ahli No: 14994
Posting: 120
Dari: atas tanah
|
Posting pada: 02-06-07 22:39
terdapat khilaf dalam pentafsiran ayat al-tayyibin li al-tayyibat.. pendapat 1: mengatakan bahawa perkataan yang baik berasal daripad penutur yang baik. pendapat 2: mengatakan bahawa lelaki yang baik untuk perempuan yang baik serta sebaliknya. pendapat paling kuat PENDAPAT 1 berdasarkan kisah dari al-quran. isteri nabi nuh tidak semestinya lelaki yang baik untuk perempuan yang baik...dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.kerana mungkin menguji kesabaran dan keimanan seorang hamba Alllah.. ~wallahualam~
|
dhamiraqistina
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.12.2004 Ahli No: 13287
Posting: 271
|
Posting pada: 03-06-07 07:29
thank you..info yang berguna..nanti senang nak praktik....hehe..semoga kita terolong dalam golongan isteri solehah....amin..
|