Oleh |
apa dah jadi dengan MPP |
aye
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2006 Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak
|
Posting pada: 19-04-07 13:30
Satu kajian telah dibuat bagi membandingkan kesatuan pelajar universiti luar negara dengan universiti di Malaysia. Universiti terbabit Cambridge University di Eropah (A), Hong Kong University di Asia (B) dan universiti tempatan (UPM/ UM/ USM/ UTM dan sebagainya (C). * Nama sebenar A: Cambridge University Students' Union B: The Hong Kong University Students' Union C: Majlis Perwakilan Pelajar/ Mahasiswa Universiti Tempatan (UPM/ UM/ USM/ UTM dan sebagainya) * Sifat sebenar A: Kesatuan Pelajar B: Kesatuan Pelajar C: Hairannya tiada kesatuan pelajar. Hanya terdapat 'majlis perwakilan'. * Dipilih oleh siapa A: Pelajar/ Mahasiswa-mahasiswi B: Pelajar/ Mahasiswa-mahasiswi C: Kononnya MPP/MPM dilantik oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar/ Mahasiswa (BHEP/BHEM). * Kesatuan Mahasiswa-mahasiswi / Pelajar yang bebas dan berdikari A: Ya B: Ya C: Tidak * Kuasa A: Mempunyai kuasa sendiri B: Mempunyai kuasa sendiri C: Kuasa sebenar dipegang oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar/ Mahasiswa (BHEP/BHEM) * Fungsi kesatuan A: Menjaga kepentingan, kebajikan dan hak asasi pelajar B: Menjaga kepentingan, kebajikan dan hak asasi pelajar C: Tidak mempunyai fungsi sebagai kesatuan. Fungsi sebenar kesatuan telah dimansuhkan oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). * Anjuran Program A: Sendiri membuat keputusan. B: Sendiri membuat keputusan. C: Anjuran program mesti mendapatkan kebenaran daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP). * Pendaftaran persatuan A: Pendaftaran persatuan di bawah Cambridge University Students' Union. B: Pendaftaran persatuan di bawah Hong Kong University Students' Union. C: Persatuan yang berdaftar di bawahnya melebihi 100 buah. Semua persatuan didaftar di bawah BHEP. * Pengurusan kewangan A: Mempunyai syarikat sendiri. A: Sendiri uruskan. Yuran ahli dikutip. B: Semua hal kewangan di tangan BHEP. Aktiviti-aktiviti/ kempen A Program sangat manfaatkan pelajar: Fight Against Increased Rents Funding and Access Campaign Team B Aktiviti yang pernah dianjurkan: Film Screening: The Road to Guantanamo tahun 2003-2005, kesatuan pelajar mengetuai pelajar melibatkan diri dalam kempen pengarakan mempertahankan demokrasi Hong Kong. C Semua diaturkan oleh BHEP atau semua program perlu mendapatkan persetujuan BHEP. * Keluar 'Press Statement' A: Bebas mengeluarkan sebarang 'Press Statement'. B: Bebas mengeluarkan sebarang 'Press Statement'. Pernah mengeluarkan hujah akhbar yang mempertahankan hak pelajar suatu fakulti. C: Perlu mendapatkan kebenaran Naib Canselor (NC). * Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus A: Mempunyai Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus tersendiri- 'Elections Committee'. B: Mempunyai Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus tersendiri. C: Tidak mempunyai Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus tersendiri. Suruhanjaya Pilihan Raya Kampus terdiri daripada BHEP. * Akhbar sendiri A: Mempunyai akhbar sendiri yang cukup bebas dan bernama 'The Cambridge Student newspaper' (TCS). B: Boleh memiliki akhbar sendiri. C: Tidak dibenarkan mengeluarkan akhbar tersendiri dan langsung sangat tidak bebas. * Website sendiri A:www.cusu.macam. ac.uk B:www.hkusu.org/ C:Tidak dibenarkan * Kesan A  elajar adalah sangat kuat dalam semua bidang. B: Pelajar semakin kuat dan sedang mengejar kekuatan pelajar Eropah. Kekuatan pelajar dalam semua bidang dapat bertanding dengan pelajar negara Eropah. C: Pelajar semakin hilang daya membuat keputusan. Kreativiti pelajar telah dihancurkan oleh BHEP dan AUKU. Mereka hanya tahu mengambil peperiksaan sahaja. Pelajar semakin menjauhkan diri daripada mempertahankan hak sendiri. Pada kesimpulannya, universiti dibina untuk pelajar dan pensyarah untuk membuat penyelidikan dan aktiviti. Oleh itu, pelajar dan pensyarah adalah tuan kepada universiti. Akan tetapi hak-hak pelajar dan pensyarah tersebut telah dirampas oleh golongan pemerintah negara kita dengan menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Akibatnya, impak negatif yang besar telah ternampak atas universiti kita. Perbezaan yang paling besar dan ketara antara universiti tempatan kita dan universiti negara lain ialah kewujudan dan fungsi kesatuan pelajar (students' union). Semakin lemah kesatuan pelajar sesebuah negara, semakin mundurlah negara tersebut pada masa yang akan datang. Nampaknya begitu jelas sekali, keadaan kebajikan dan hak-hak asasi di universiti tempatan adalah amat teruk dan serius, dan menyebabkan keruntuhan keyakinan dan daya membuat keputusan pelajar-pelajar universiti tempatan. Sejurusnya akan membawa kesan buruk kepada kreativiti pelajar-pelajar dan kecemerlangan universiti akan menurun dengan begitu ngeri. Selain itu, pelajar-pelajar kami telah hilang keyakinan dan keinginan dalam mempertahankan hak-hak asasi sendiri dan semakin menjauhkan sendiri daripada politik. Akibatnya, pelajar-pelajar menjadi lemah dan secara langsungnya kadar pengangguran pelajar akan terus meningkat dan menjadi semakin serius. Malang sungguh apabila universiti menjadi rebutan politik...tempat yang menjana daya keintelektualan kini menjadi lesu dek pentadbiran universiti dok sibuk nak lemahkan aktivisme mahasiswa... tak ada maknanya semua ini...mahasiswa perlu bangkit daripada lena. - lanh ----------------- "Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com
|
aye
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2006 Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak
|
Posting pada: 19-04-07 13:33
diatas ni bukan tulisan ana...
|
Iman_Hayati
WARGA SETIA Menyertai: 24.10.2003 Ahli No: 4642
Posting: 940
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 19-04-07 15:01
Em..betul tu.. sekarang MPP kat universiti kita banyak dibwh pengaruh HEP.. masa zaman ana joint MPP dulu.. program kami banyak tergendala disebabkan tak ada link yang baik dengan HEP.. tak tahu apa yang ditakutkan sangat oleh HEP.. MPP sekadar menjalankan aktiviti untuk student..itu zaman asa belajar dulu.. tapi sekarang..MPP banyak dibwh pengaruh HEP..
|
izzul_islam
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2003 Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut
|
Posting pada: 19-04-07 16:46
ana ssetuju sangat-sangat denagn artikal di atas..dalam 98% betul lah. Ramai yang jadi MPP tapi puppet master ada kat belakang.
|
qardhawi_jr
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.07.2005 Ahli No: 17517
Posting: 365
|
Posting pada: 19-04-07 17:12
itulah yang terjadi apabila undang-undang sekolah rendah diperkenalkan di universiti...............
|
aye
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2006 Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak
|
Posting pada: 20-04-07 16:52
hahaa.... ana bukan budak U...... tak tau sangat....
|
swordofdeen
WARGA SETIA Menyertai: 11.06.2003 Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth
|
Posting pada: 20-04-07 17:32
"apa dah jadi dengan MPP" mungkin boleh ditukar menjadi "apa dah TAK jadi dengan MPP"
|
Iman_Hayati
WARGA SETIA Menyertai: 24.10.2003 Ahli No: 4642
Posting: 940
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 20-04-07 17:44
lah..ingatkan aye tau sebab dia yang utarakan isu ni.. tapi apapun..jika ada diantara ahli ukhwah kita ni yang sekarang pegang MPP..utamakan kepentingan sahabat2 kita dalam universiti, banyakkan axtiviti kemasyarakatan seperti operasi khidmat masyarakat @ bakti siswa..dan banyakkan seminar @ ceramah berbentuk akademik.. just pengalaman dari yang lepas..
|
najah85
Warga 4 Bintang Menyertai: 01.10.2006 Ahli No: 26692
Posting: 338
Dari: kuantan
|
Posting pada: 20-04-07 18:00
mpp pak turut hep...betul sangat dah tu...
|
ustazfirdauss
Warga 2 Bintang Menyertai: 18.04.2007 Ahli No: 29635
Posting: 55
Dari: Kuantan
|
Posting pada: 20-04-07 18:24
|
qudwah
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2005 Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU
|
Posting pada: 20-04-07 22:09
Sokong sangat-sangat - 100%
|
Naqeeb
Warga 3 Bintang Menyertai: 28.03.2007 Ahli No: 29367
Posting: 82
Dari: Nusantara
|
Posting pada: 20-04-07 22:13
Rupanya itu yang berlaku di Universiti zaman sekarang ye...
|
aL-azyM
WARGA SETIA Menyertai: 01.10.2006 Ahli No: 26685
Posting: 675
Dari: DuLu:GeRiK,PeRaK + SeKarNG:nEgERi 9
|
Posting pada: 20-04-07 22:44
MPP sekarang sudah seperti nyawa2 ikan.. Lebih2 lagi kat kolej2 swasta.. Macam biskut..masa bertanding,macam-macam berjanji..dah menang..janji hanya tinggal janji..tak ditunaikan pun atas sebab tekanan oleh pihak2 atasan..
|
aL-azyM
WARGA SETIA Menyertai: 01.10.2006 Ahli No: 26685
Posting: 675
Dari: DuLu:GeRiK,PeRaK + SeKarNG:nEgERi 9
|
Posting pada: 20-04-07 22:50
MPP & HEP sepatutnya diasingkan.. HEP jangan lah mengkongkong sangat mahasiswa..macam mana nak wujudkan mahasiswa yang berdaya saing kalau MPP asyik duduk di bawah ketiak HEP saja..
|
Naqeeb
Warga 3 Bintang Menyertai: 28.03.2007 Ahli No: 29367
Posting: 82
Dari: Nusantara
|
Posting pada: 20-04-07 22:50
tak sepatutnya macam tu... Sebagai seorang pemimpin sejati kita tisak sepatutnya memberikan janji kosong.. Cakap saja kebenarannya.. DAn paling penting mesti bertanggungjawab.. Jangan biarkan rakyat kita merana...
|
aL-azyM
WARGA SETIA Menyertai: 01.10.2006 Ahli No: 26685
Posting: 675
Dari: DuLu:GeRiK,PeRaK + SeKarNG:nEgERi 9
|
Posting pada: 20-04-07 22:53
apa yang dapat diperhatikan di tempat saya belajar(kolej), wakil2 MPP tidak mendapat sebarang keistimewaan seperti di universiti2..
|
aL-azyM
WARGA SETIA Menyertai: 01.10.2006 Ahli No: 26685
Posting: 675
Dari: DuLu:GeRiK,PeRaK + SeKarNG:nEgERi 9
|
Posting pada: 20-04-07 22:58
Pada 20-04-07 22:50 , Naqeeb posting:!!! QUOTE !!! tak sepatutnya macam tu... Sebagai seorang pemimpin sejati kita tisak sepatutnya memberikan janji kosong.. Cakap saja kebenarannya.. DAn paling penting mesti bertanggungjawab.. Jangan biarkan rakyat kita merana... Betul..jangan pergi ke medan peperangan kalau belum bersedia menghadapi musuh.. ----------------- http://azymechanical.blogspot.com
|
nawzah
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.12.2006 Ahli No: 27687
Posting: 219
Dari: BUMI ALLAH S.W.T.
|
Posting pada: 20-04-07 23:36
|
simpLe_sHida
 Menyertai: 13.10.2003 Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....
|
Posting pada: 22-04-07 14:39
erm.. zaman kampus ana dah berlalu.. bila teringt nama HEP huh... memang geram..hehe.. tapi.. itulah hakikat di mana-mana IPT.. ana sure 90% semua yang terlibat dengan program di kampus.. mesti ada rasa tak puas hati dan sekaum dengannya.. susah betul nak buat program yang berunsurkan islamik..ada saja halangan menimpa dan tertimpa..huhu.. itulah lumrah duniawi.. bila mana disebut tentang ISLAM..ada saja yang mengaitkan dengan politik dan sealiran dengannya.. !!! QUOTE !!! apa yang dapat diperhatikan di tempat saya belajar(kolej), wakil2 MPP tidak mendapat sebarang keistimewaan seperti di universiti2..
erm..ana lihat di butl masih mandum program dan pergerakan MPP.. masih banyak perlu ditingkatkan.. contoh azim bagi di bumi mantin.. ni contoh kak nak nyatakan di bumi sintoks... MPP bukan main lagi ditatang seperti anak emas... yuran pengajian ditanggung bagi yang melanjutkan ke sem 7.. ada juga MPP yang tak layak (pointer bawah dari 3.00) terpilih.. dan macam-macam lagi.. program berunsur kebudayaan..senang diberi lampu hijau.. walhal.. bila masuk program untuk santapan rohani.. kesusahan dibuatnya... hehe.. malas nak berhujah topik ni.. cukuplaa sekadar menjadi pemerhati... kita tunggu komen sahabat lain. wallahu'alam...  -----------------  ::prAy hArd+wOrk sMarT:: bAraKalLahu Lakum..
|
tou_aii
WARGA SETIA Menyertai: 21.04.2007 Ahli No: 29677
Posting: 550
Dari: harajuku
|
Posting pada: 22-04-07 14:47
1 perkara nak saya utarakn... tolong lah jangan tabur janji kosong... apa perasaan anda menanti bulan jatuh ke riba??? alamat kena tunggu kiamat lah..... tau tak apa mungkir janji itu kurang elok???
|
izzul_islam
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2003 Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut
|
Posting pada: 22-04-07 14:49
Pada 20-04-07 22:53 , aL-azyM posting:!!! QUOTE !!! apa yang dapat diperhatikan di tempat saya belajar(kolej), wakil2 MPP tidak mendapat sebarang keistimewaan seperti di universiti2.. Banyak sanagt ke keisttimewaan MPP kat Universiti2? Dah buat kajian ke? rasa depa ni ramai yang terseksa juga...Sampai ada kecundang dari segi akademik...Hmm.. ----------------- "Subhanaka lah 'ilma lana illa ma'allamtana innaka antal 'alimul hakim...Ilaahi Anta Maqsudi wa Ridhaka Matlubi...
|
hanis_syuhada
WARGA SETIA Menyertai: 28.10.2005 Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah
|
Posting pada: 23-04-07 19:46
Universiti malaysia perlis sekali..mpp jadi anak suruhan hep saja.pilihanraya pun tertutup...bukannya pelajar yang pilih..
|
mzaidi
Warga 1 Bintang Menyertai: 30.12.2005 Ahli No: 21549
Posting: 28
Dari: kedah
|
Posting pada: 24-04-07 12:36
HEP adalah dalang,MPP hanya patung wayang kulit
|
are_peace82
WARGA SETIA Menyertai: 06.10.2006 Ahli No: 26802
Posting: 412
Dari: Kelantan & Kajang
|
Posting pada: 24-04-07 14:19
 , Ana hampir dibuang Universiti gara-gara MPP. Memang bengang dengan MPP. Nasib baik backup ramai dan tak ada bukti. Alhamdulillah dapat grad dengan cemerlang dan cepat dapat kerja. ----------------- http://prepaid4u.net/?id=are_peace
Sekadar duit tambahan.
|
ctnurbebo
WARGA SETIA Menyertai: 12.03.2007 Ahli No: 29142
Posting: 880
Dari: seremban
|
Posting pada: 24-04-07 22:27
salam.. setuju sangat dengan artikel ini...mpp itu sekadar puppet saja...bila nak buat aktiviti saja kena refer HEp..kalau tengok aktiviti yang xselari dengan misi mereka mesti kena cantas...
|
mohamad
 Menyertai: 04.09.2006 Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor
|
Posting pada: 24-04-07 23:55
Pada 20-04-07 22:50 , aL-azyM posting:!!! QUOTE !!! MPP & HEP sepatutnya diasingkan.. HEP jangan lah mengkongkong sangat mahasiswa..macam mana nak wujudkan mahasiswa yang berdaya saing kalau MPP asyik duduk di bawah ketiak HEP saja.. salam... ana setuju dengan akhi azym. nasib baiklah dikolej ni ada ahli HEP yang "ada sensitivity islam" sikit. kalau tak susah juga nak dapat (sponser) dari kolej untuk aktiviti2 islam. kalau aktiviti "Lara", senang saja nak dapat (sponser) dari kolej. hhmm.... fenin...fenin... ----------------- Janganlah berlalu satu haripun tanpa kita memikirkan tentang masalah umat islam....
|
mohamad
 Menyertai: 04.09.2006 Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor
|
Posting pada: 24-04-07 23:58
Pada 22-04-07 14:47 , tou_aii posting:!!! QUOTE !!! 1 perkara nak saya utarakn... tolong lah jangan tabur janji kosong... apa perasaan anda menanti bulan jatuh ke riba??? alamat kena tunggu kiamat lah..... tau tak apa mungkir janji itu kurang elok??? salam.. kadang-kadang, bukan MPP yang menjadi puncanya. HEP yang banyak mengawal aktiviti2 MPP. sebab tu, tak semua yang di janjikan boleh tercapai. **masa bagi manifesto memang lah semuanya boleh. bila dah pegang jawatan, baru tau langit tu tinggi ke rendah. ----------------- Janganlah berlalu satu haripun tanpa kita memikirkan tentang masalah umat islam....
|
aye
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2006 Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak
|
Posting pada: 10-05-07 16:09
MPP sekarang dah tak sama dengan MPP time mula-mula ana masuk U dulu...tahun 2001...
|
qibtiyah
WARGA SETIA Menyertai: 10.07.2005 Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish
|
Posting pada: 10-05-07 21:03
|
pasrah
Warga Rasmi Menyertai: 02.05.2007 Ahli No: 29829
Posting: 17
Dari: My PC
|
Posting pada: 10-05-07 22:52
..betul tu ..setuju sangat..pernah sakit hati juga dengan MPP..kalau program keagamaan susah betul nak sutuju,tapi kalau bab2 menari cepat saja approve..hampas kelapa betul!..nasib baik tak jadi ahli MPP IPTA saya
|
paan
Warga Rasmi Menyertai: 12.09.2004 Ahli No: 11095
Posting: 1
Dari: KELANTAN
|
Posting pada: 10-05-07 23:23
MPP memang lah dah jadi pak turut HEP.. MPP dah tak ada kuasa macam dulu...
|