Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 01-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika tak dapat menjadi paus gagah di lautan, jadilah keli lincah di sungai

-- Dari Buku Revolusi Mental

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 48
Ahli: 0
Jumlah: 48




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 4 hari yang lalu


Rawatan Alternatif
Topik: Kurangkan kolesterol untuk jantung sihat


Carian Forum

Moderator: Administrator, Prof_Muslim
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Rawatan Alternatif
    »» Kurangkan kolesterol untuk jantung sihat

Please Mendaftar To Post


Oleh Kurangkan kolesterol untuk jantung sihat

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 15-04-07 15:28


JIKA anda di antara ribuan rakyat Malaysia yang didiagnosis mempunyai paras kolesterol darah yang tinggi, anda tentunya telah banyak mengetahui tentang kolesterol.

Tetapi, jika anda menganggap bahawa paras kolesterol hanya akan melambung tinggi setelah memakan terlalu banyak daging kambing, maka anda sebenarnya hanya mendapat sebahagian sahaja kebenarannya.

Kolesterol adalah suatu bahan lembut serta melekit yang terdapat secara semula jadi dalam aliran darah serta semua sel tubuh anda. Ia sangat penting kepada tubuh untuk menghasilkan sel-sel membran, hempedu, sesetengah hormon dan juga vitamin D.

Hati anda menghasilkan sebahagian besar kolesterol dalam bilangan yang berbeza. Sumber-sumber luar kolesterol adalah makanan, terutama sekali yang berasaskan haiwan.

Sesetengah jenis makanan yang tidak berasaskan haiwan juga mungkin mengandungi lemak trans yang akan menyebabkan badan anda menghasilkan lebih banyak kolesterol. Makanan yang mengandungi lemak-lemak tepu juga akan meningkatkan kolesterol anda.

Kolesterol dan lemak-lemak lain (juga dikenali sebagai lipid) tidak larut dalam darah dan oleh yang demikian, terpaksa dihantar dari satu sel ke sel-sel yang lain menerusi pengangkut istimewa yang dipanggil lipoprotein.

Berikut merupakan beberapa jenis lipoprotein, tetapi terdapat dua jenis yang utama iaitu:

* Lipoprotein berketumpatan rendah/LDL: Turut dikenali sebagai kolesterol “jahat”, reputasi buruk LDL timbul kerana ia boleh mengenapkan kolesterol pada dinding-dinding saluran darah anda, menyumbat arteri-arteri serta meningkatkan risiko serangan jantung atau strok.

* Lipoprotein berketumpatan tinggi/HDL: HDL yang turut dikenali sebagai kolesterol “baik” akan membawa kolesterol dalam darah kembali ke hati dan kemudiannya akan memproses kolesterol serta mengeluarkannya dari tubuh.

Jenis lemak ketiga adalah trigliserida yang dihasilkan oleh badan anda dan juga yang datang dari makanan. Di samping menyimpan tenaga, trigliserida juga akan bertukar menjadi LDL dan VLDL (lipoprotein berketumpatan sangat rendah).

Kini, paras trigliserida yang tinggi telah diterima sebagai faktor risiko berasingan bagi penyakit arteri koronari. Mereka yang mempunyai paras trigliserida yang tinggi selalunya mempunyai jumlah kolesterol keseluruhan yang tinggi, paras LDL yang tinggi serta paras HDL yang rendah.

Justeru, adalah sangat penting untuk mengekalkan keseimbangan lipid yang sihat. Anda perlu mengekalkan kolesterol LDL pada paras yang rendah (kurang daripada 3.3 mmol/L), HDL yang tinggi (lebih daripada 1.02 mmol/L bagi lelaki dan lebih tinggi daripada 1.3 mmol/L bagi wanita) serta trigliserida yang kurang daripada 1.7 mmol/L.

Kaitan antara kolesterol dan penyakit jantung

Istilah untuk paras kolesterol darah yang tinggi adalah hiperkolesterolemia. Apabila anda mempunyai paras kolesterol yang terlampau tinggi, pula (enapan lemak) akan terbentuk di dalam dinding arteri-arteri.

Enapan ini akan menyempitkan arteri serta menyekat bekalan darah. Proses ini dikenali sebagai aterosklerosis.

Apabila pula-pula ini pecah, mereka akan mengakibatkan pembentukan darah-darah beku yang boleh menyekat pengaliran darah ke jantung lantas menyebabkan anda mendapat serangan jantung.

Jika darah-darah beku menyekat arteri-arteri dalam otak anda yang mungkin telah pun menjadi sempit akibat aterosklerosis, maka anda mungkin akan mendapat strok.

Faktor-faktor risiko

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kolesterol anda melambung naik seperti tabiat makan tidak sihat, kurang bersenam, darah tinggi, berat badan berlebihan, sejarah keluarga dan merokok.

Diabetes juga merupakan satu faktor risiko kerana paras gula dalam darah yang tinggi akan menyumbang kepada paras trigliserida yang tinggi serta paras HDL yang rendah.

Turunkan paras kolesterol!

Jika anda mempunyai paras kolesterol darah yang tinggi, maka anda boleh menurunkan paras kolesterol anda dengan mengamalkan diet yang sihat untuk jantung. Anda juga perlu lebih kerap bersenam sekurang-kurangnya 45 minit, tiga kali seminggu.

Kekalkan berat badan dalam lingkungan yang sihat serta Indeks Jisim Tubuh (BMI) yang lebih kurang 18 hingga 23kg/m2. Jika anda merokok, tolong hentikannya sekarang. Merokok menurunkan paras kolesterol HDL dan juga akan meningkatkan serta menyebabkan aterosklerosis bertambah teruk.

Adalah penting untuk anda kerap berjumpa doktor anda. Minta doktor untuk memeriksa profil lipid anda sekurang-kurangnya sekali setahun.

Tip-tip diet untuk mengekalkan jantung sihat

* Elakkan pengambilan lemak trans

Barangan bakar yang disediakan secara komersial, marjerin separa terhidrogen, makanan snek dan makanan proses merupakan makanan yang paling lazim mengandungi asid lemak trans. Kentang goreng dan onion ring sememangnya lazat, tetapi mengandungi asid lemak trans yang sangat tinggi.

Lemak-lemak trans tidak baik untuk paras kolesterol. Perhatikan juga kandungan lemak trans yang terdapat pada label-label makanan di mana ia selalunya akan disenaraikan di bawah lemak-lemak tepu.

* Mengehadkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak tepu dan kolesterol tinggi

Lemak-lemak tepu paling banyak terdapat dalam haiwan atau makanan yang berasaskan haiwan. Ini termasuk produk tenusu lemak penuh seperti susu segar, mentega, susu penuh krim, keju dan mayones dan juga lemak daging (minyak sapi, lemak khinzir, lemak daripada daging lembu dan ayam). Sesetengah makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan (minyak kelapa, santan) turut mengandungi lemak tepu yang tinggi.

Sebenarnya, anda juga perlu mengurangkan pengambilan semua daging dan produk haiwan kerana ia akan meningkatkan paras kolesterol LDL dalam tubuh anda. Makanan lain yang mempunyai paras kolesterol tinggi adalah seperti udang, ketam, tiram dan sotong.

Walaupun demikian, organ dalaman (hati, otak, buah pinggang dan usus) dan kuning telur merupakan sumber-sumber kolesterol yang lebih tinggi. Anda masih boleh memakan dua hingga tiga biji telur seminggu, tetapi pastikan anda mengurangkan pengambilan lemak haiwan dalam diet harian.

* Gunakan lebih banyak lemak mono tak tepu (MUFA) dan lemak poli tak tepu (PUFA)

Lemak tak tepu terdapat dalam produk yang berasal daripada sumber tumbuh-tumbuhan seperti buah kekeras, biji benih dan minyak sayur-sayuran. Terdapat dua jenis lemak tak tepu: mono-tak tepu dan poli-tak tepu.

Kedua-dua jenis ini adalah berguna kerana mereka membantu menurunkan kolesterol LDL. Anda boleh mendapati lemak mono-tak tepu di dalam minyak tumbuh-tumbuhan seperti kanola, zaitun dan kacang tanah.

Sumber-sumber untuk lemak poli-tak tepu termasuk minyak tumbuh-tumbuhan (jagung, bunga matahari, kacang soya) dan kekeras (badam, kacang hazel). Satu lagi jenis lemak poli-tak tepu yang baik untuk kesihatan adalah asid lemak omega-3 yang terdapat dalam ikan salmon dan tuna.

* Meningkatkan pengambilan serat

Terdapat dua jenis serat: larut dan tidak larut. Kebanyakan serat larut (seperti beta glucan, pektin dan sebagainya) boleh didapati dalam jumlah yang besar di dalam oat, barli, legum dan sesetengah buah-buahan seperti epal.

Serat tidak larut boleh didapati dalam buah-buahan, sayur-sayuran, biji benih dan bijirin penuh yang terdapat dalam jumlah yang banyak dalam roti bijirin penuh dan roti mil penuh serta sesetengah bijirin sarapan.

Anda perlu mengambil kombinasi kedua-dua jenis serat ini dengan menambah makanan berserat tinggi dalam diet harian anda. Jumlah pengambilan serat yang disyorkan adalah 20 hingga 30gm sehari, di mana sekurang-kurangnya 6gm daripada jumlah tersebut harus terdiri daripada serat larut.

* Mengurangkan kolesterol dengan serat larut

Cubalah menambah lebih banyak serat larut dalam diet harian anda. Kajian mendapati, serat larut terutama sekali beta glucan dapat membantu menurunkan kolesterol dalam darah. Beta glucan akan membantu memerangkap asid hempedu yang mengandungi kolesterol dan kolesterol daripada makanan dalam saluran pencernaan anda.

Asid hempedu ini kemudiannya akan dibuang dari sistem anda dan ini bermakna badan anda akan menyerap kolesterol yang lebih sedikit.

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 15-04-07 16:40


Amalkan makan sayuran2 untuk lesskan kolestrol LDL(Low Density Lipoprotein). Sayuran ada banyak HDL (High Density Lipoprotein). Jom makan sayuran2...nak jadi vegiterian eh....

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 25-04-07 14:44


Pada 15-04-07 16:40 , izzul_islam posting:

!!! QUOTE !!!

Amalkan makan sayuran2 untuk lesskan kolestrol LDL(Low Density Lipoprotein). Sayuran ada banyak HDL (High Density Lipoprotein). Jom makan sayuran2...nak jadi vegiterian eh....
wah ni engineer ke apa ni siap tahu LDL & HDL? :)


-----------------
~TeGuRlAh Aku.. AjAklAh Aku.. PimPinLaH aKu.. kE JaLaN yang menDeKaTkan HaTiku pada-NYA..~


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

Huzaimi
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29691
Posting: 55
Dari: Bandar Baru Bangi, Skudai

Selangor  


posticon Posting pada: 03-03-08 10:54


cara-cara untuk kurangkn kolestrol

1. Minum jus timun

Timun adalah fiber yang sangat lembut dan merupakan agen penghadaman yang sangat baik. Pengambilan timun dalam bentuk jus adalah sangat digalakkan.

cara-cara penyediaan jus timun:-
Potong timun secara kecil-kecil seperti penyediaan rojak buah.
Kemudian masukkan ke dalam pengisar.
Masukkan air kira-kira suku tabung pengisar tersebut.
Kisar hingga hancur.
Salin kisaran tersebut ke dalam jug dengan menggunakan penapis.

Anda boleh menguji kuasa penguraian timun dengan cara mencelupkan satu batang cili yang telah dibelah 4. Tunggu hingga 30 minit, kemudian cuma kunyak cili tersebut, didapati rasa pedas telah hilang.

Ujian kedua ialah dengan menuangkan jus timun (tanpa gula) ke atas pinggan kotor berminyak. Didapati pinggan lebih cepat bersih dan tanggal dengan mudah kerana timun telah menguraikan kolestrol dan minyak di atas pinggan.

2. Makan daging kambing

Protein dalam kambing wujud dalam bentuk kolestrol lembut yang boleh mengurai kolestrol daripada sumber yang lain.
Penguraian kolestrol kambing berlaku dengan amat pantas secara pemecahan berdua-dua. Bagi mereka yang menghidap penyakit darah tinggi, pengambilan daging kambing akan menyebabkan kolestol di dalam darah akan diuraikan. Ia akan mengakibatkan isipadu darah dan seseorang akan mengalami kesakitan di bahagian kepala selama beberapa jam. Setelah itu, paras kolestrol dalam darah jatuh dengan mendadak.

Bookmark and Share

    


  Member Information For HuzaimiProfil   Hantar PM kepada Huzaimi   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-12-08 08:38


Topik yang bagus tetapi kurang yang cakna tentangnya. Rimbara telah bukakannya setahun lebih yang lalu. Ini fakta penting wahai sahabatku semua.

P/s: Prof tidak nafikan yangkurang cakna bukan orang lain juga dan ianya prof juga sendiri.


-----------------


::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama


Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-12-08 17:07


Sekarang kita baru kepas sambut raya Korban. Jadi bab makan daging memang banyakla.

Lagipun ramai sibuk nak buat majlis makan terutama set hidangan yang membuat terliur. Contoh sate...gulai daging,,,,sup tulang

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.082615 saat. Lajunya....