Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-01-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang....tetapi manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh...
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 56
Ahli: 0
Jumlah: 56




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 9 hari yang lalu
Jaafar072286: 21 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Pengorbanan Seorang Isteri.....sedihnya Nak Baca


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Pengorbanan Seorang Isteri.....sedihnya Nak Baca

Please Mendaftar To Post


Oleh Pengorbanan Seorang Isteri.....sedihnya Nak Baca

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 07-04-07 16:49


sedih gila lah,,,,,


Pengorbanan Seorang Isteri


Nura memerhatikan jam didinding, sudah dekat pukul 12.00 malam,argh.. dia lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam ini. 2.00 pagi. "Nura, Nura bangun sayang". Hilmi mengejutkan isterinya.

"Eh! abang dah balik, maaf Nura tertidur, abang nak makan?" tanya Nura. "Tak apa lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur di atas". Jawapan yang cukup mengecewakan Nura.

"Arrggh rindunya Nura pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang, abang tak nak tengok ke apa Nura masak hari ni, ikan cencaru sumbat kesukaan abang," luah Nura dalam hati.

"Abang naiklah dulu Nura nak simpan lauk dalam peti ais dulu", pinta Nura sambil menuju ke dapur. Gugur air mata isterinya menyimpan kembali lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami tercinta kecil hatinya sedih perasaannya. Nura ambil dua keping roti sapu jem dan makan untuk alas perut kerana diasememangnya lapar, tapi selera makannya terbunuh dengan situasi itu. Nura menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan
akhirnya masuk bilik air gosok gigi dan terus menuju ke bilik tidur. Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya telah terlelap.

"Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa kucupan mesra, tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada Nura", bisik hati kecilnya.

"Aargghh rindunya Nura pada abang. "Nura rindu nak peluk abang, Nura nak kucup abang, Nura rindu abang".

Selesai solat subuh, Nura panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh bahagia, dipanjangkan jodohnya dengan Hilmi tercinta, diberi kesihatan yang baik dan paling panjang dan kusyuk dia berdoa semoga Allah berikan kekuatan untuk menempuh segala badai. Selesai menjalankan amanat itu, Nura kejutkan Hilmi, manakala dia bingkas menuju ke dapur menyediakan sarapan buat suami tersayang. Nura keluarkan ayam dan sayur dan mula menumis bawang untuk menggoreng mee.

"Assalamualaikum", sapa Hilmi yang sudah siap berpakaian untuk ke pejabat.

"Waalaikumsalam, sayang". Nura cuba bermanja sambil
menambah, "abang nak kopi atau teh?"

Nura tetap kecewa apabila Hilmi hanya meminta air sejuk sahaja, dia ada 'presentation' dan hendak cepat, mee goreng pun hanya dijamah sekadar menjaga hati Nura dan tergesa-gesa keluar dari rumah. Nura menghantar pemergian suami hingga ke muka pintu

"Abang, Nura belum cium tangan abang, abang belum kucup dahi Nura", kata Nura selepas kereta itu meluncur pergi. "Arrghh rindunya Nura pada abang....... ."

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

"Mi, semalam pukul berapa kau balik?" tanya Zikri.

"Dekat pukul 2.00 pagi". Jawab Hilmi acuh tak acuh. "Wow dasyat kau, kalah kami yang bujang ni, woi semalam malam Jumaat lah, kasihan bini kau". Zikri bergurau nakal.

"Apa nak buat, lepas aku siapkan plan tu. Aku ikut Saiful dan Nazim pergi makan dan borak-borak, sedar-sedar dah pukul 2.00", aku balik pun bini aku dah tidur. "Balas Hilmi.

"Sorrylah aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja saja cari alasan balik lewat, hujung minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing, kau ada masalah dengan Nura ke?". Zikri cuba bertanya sahabat yang cukup dikenali sejak dari sekolah menengah, sampai ke universiti malah sekarang bekerja sebumbung.

"Entahlah Zek. Aku tak tahu Kenapa sejak akhir-akhir aku rasa malas nak balik rumah, bukan aku bencikan Nura, kami tak bergaduh tapi entahlah", terang Hilmi.


"Well. Aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau. Aku nak dengar semuanya, tapi bukan sekarang. Lepas kerja jom kita keluar ok?". Usul Zikri. "Ok." Ringkas jawapan Hilmi sambil menyambung kembali merenung plan bangunan yang sedang direkanya.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

Nura membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihatkan saat manis dia diijab kabulkan dengan Hilmi. Majlis ringkas, hanya dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat. Maklumlah yatim piatu, kenduri ini pun mujur sangat kakak sulungnya sudi mengendalikan. Saat-saat sebegini Nura teringat
kembali alangkah indahnya sekiranya ibunya masih ada, akan diluahkan segalanya pada ibu tetapi sekarang, dia tidak punya sesiapa. Nura menangis sepuas hatinya.

5 tahun menjadi suri Hilmi, bukan satu tempoh yang pendek. Nura bahagia sangat dengan Hilmi, cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaan itu makin menjauh.Nura sedar perubahan itu, dan dia tidak salahkan Hilmi. Makin laju air matanya mengalir.

"Abang sanggup menerima Nura, abang tidak menyesal?". tanya Nura 5 tahun yang lepas.

"Abang cintakan Nura setulus hati abang, abang sanggup dan Insya-Allah abang akan bahagiakan Nura dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih sayang buat Nura,"janji Hilmi.

"Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?". Tanya Nura lagi.

"Syyy... doktor pun manusia macam kita, yang menentukan Allah, Insya-Allah abang yakin sangat kita akan ada zuriat sendiri", Hilmi meyakinkan Nura.

Nura masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Hilmi dia mungkin tidak boleh mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana ada ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20 peratus sahaja. Tapi Hilmi yakin Nura mampu memberikannya zuriat.

Tapi, itu suatu masa dahulu, selepas 5 tahun, Nura tidak salahkan Hilmi sekiranya dia sudah mengalah danterkilan kerana Nura masih belum mampu memberikannya zuriat. Walaupun Nura sudah selesai menjalani pembedahan untuk membetulkan kembali kedudukan rahimnya dan mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional. Arrghh rindunya Nura pada abang.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

"Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak salahkan Nura, dia tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yang tidak mahu mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal, tapi..." ayat Hilmi terhenti disitu.

"Tetapi Kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up?", Celah Zikri.

"Bukan macam tu. Aku kasihan dengan dia sebenarnya,duduk rumah saja, sunyi, tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah. Aku rasa simpati pada dia, tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar sebaliknya", terang Hilmi.

"Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia?", tingkas
Zikri.

"Entahlah Zek. Aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia. Aku tahu perkara ni akan berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap, dan akhirnya aku kecewa sendiri. Dan aku tidak mahu menyalahkan Nura sebab itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini, dan elakkan bersama-samanya macam dulu kerana aku akan simpati aku pada dia akan bertukar menjadi
perbalahan", Jelas Hilmi.


"Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia?", kata Zikri tidak berpuas hati dan menambah, "apa kata anda ambil saja anak angkat?"


"Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku harapkan zuriat sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu, ibu dan kakak-kakak aku pun dah bising, mereka suruh aku kawin lagi, tapi aku tak sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak sanggup", Ujar Hilmi.


------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- -----

Nura masih menanti, selalunya hujung minggu mereka akan terisi dengan pergi berjalan-jalan, membeli belah, atau setidak-tidaknya mengunjungi rumah saudara mara ataumenjenguk orang tua Hilmi dikampung. Kini dah hampir 5 bulan mereka tidak menjenguk mertua dia. Dia sayangkan mertua dan iparnya yang lain macam saudara sendiri. Dia tidak punya ibu, maka dengan itu seluruh kasih sayang seorang anak dicurahkan kepada kedua
mertuanya. Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya dia akan bawakan buah tangan untuk mereka, biasanya dia akan menjahit baju untuk mereka, itulah yang selalu dibuat untuk menggembirakan hati mertuanya, maklumlah dia punya masa yang cukup banyak untuk menjahit. Selalunya juga dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa pulang ke kampung suami tersayangnya. Dan mereka akan gembira sekali untuk pulang ke kampung, tapi kini... aarghh rindunya Nura pada abang.


Nura tahu Hilmi pergi memancing sebab dia bawa bersama
segala peralatan memancing, dan hari ini sekali lagi Nura menjadi penghuni setia rumah ini bersama setianya kasihnya kepada Hilmi. Nura masih tidak menaruh syak pada Hilmi, dia masih cuba memasak sesuatu yang istemewa untuk Hilmi bila dia pulang malam nanti, tapi Nura takut dia kecewa lagi. Arghh tak apalah,demi suami tercinta. Aaarggh Rindunya Nura pada abang.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

"So you dah tahu i dah kawin, tapi you masih sudi berkawan dengan I Kenapa? Adakah kerana simpati atau ikhlas?" tanya Hilmi pada Zati yang dikenali dua minggu lepas semasa mengikut teman-teman pergi memancing.

Sejak itu Zati menjadi teman makan tengaharinya, malah kadang teman makan malamnya.

"I ikhlas Hilmi, dan I tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah mula sayangkan you". Zati berterus terang. Lega hati Hilmi, tapi Nura?

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

"Abang Nura tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja," adu Nura pagi tu, sebelum Hilmi ke pejabat.

"Ye ke? Ambil duit ni, nanti Nura call teksi dan pergilah klinik ye, abang tak boleh hantar Nura ni." jawapan Hilmi yang betul-betul membuatkan Nura mengalirkan air mata. Tidak seperti dulu-dulu, kalau Nura sakit demam Hilmi sanggup mengambil cuti, bersama-sama menemani Nura. Arrgg rindunya Nura pada abang.


Disebabkan Nura terlalu sedih dan kecewa, dia mengambil keputusan tidak mahu ke klinik selepas makan dua bijik panadol, dia terus berbaring.

Sehingga ke petang, badan dia semakin panas dan kadang
terasa amat sejuk, kepalanya berdenyut-denyut. Nura
menangis lagi.

Malam tu, seperti biasa Hilmi pulang lewat setelah menemani Zati ke majlis harijadi kawannya. Nura masih setia menunggu dan dia rasa kali ini dia ingin luahkan segala perasaan rindu dan sayangnya pada Hilmi. Tak sanggup lagi dia menanggung rindu yang amat sarat ini, rindu pada manusia yang ada didepan mata setiap hari. Aargh rindunya Nura pada abang.

Apabila Hilmi selesai mandi dan tukar pakaian, Nura bersedia untuk membuka mulut, ingin diluahkan segalanya rasa rindu itu, dia rasa sakit demam yang dia tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasa rindu yang amat sarat.

"Abang, Nura nak cakap sikit boleh?" Nura memohon keizinan seperti kelazimannya.

"Nura, dah lewat sangat esok sajalah, abang letih," bantah Hilmi.

"Tapi esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang akan balik lambat, Nura tak berpeluang abang". ujar Nura dengan lembut.

"Eh.. dah pandai menjawab,"perli Hilmi.

Meleleh air mata Nura, dan Hilmi rasa bersalah dan bertanya apa yang Nura nak bincangkan.

"Kenapa abang terlalu dingin dengan Nura sejak akhir-akhir ni? Tanya Nura.


"Nura, abang sibuk kerja cari duit, dengan duit tu, dapatlah kita bayar duit rumah, duit kereta, belanja rumah dan sebagainya faham?" Hilmi beralasan.

Nura agak terkejut, selama ini Hilmi tak pernah bercakap kasar dengan dia, dan dia terus bertanya,

"dulu Abang tak macam ni, masih ada masa untuk Nura, tapi sekarang?" Ujar Nura.

"Sudahlah Nura abang dah bosan, pening, jangan tambahkan perkara yang menyesakkan dada", bantah Hilmi lagi.

"Sampai hati abang, abaikan Nura, Nura sedar siapa Nura, Nura tak mampu berikan zuriat untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong, tiada suara tangis anak-anak bukan? Dan Nura terus bercakap dengan sedu sedan.

"Sudahlah Nura abang dah bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang tak suka. Bosan betul..."

Pagi tu, Hilmi keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Nura dan tanpa suara pun. Nura makin rindu pada suaminya, demamnya pula kian menjadi-jadi.

Malam tu Hilmi terus tidak pulang ke rumah, Nura menjadi risau, telefon bimbit dimatikan, Nura risau, dia tahu dia bersalah, akan dia memohon ampun dan maaf dari Hilmi bila dia kembali. Nura masih menanti, namun hanya hari ketiga baru Hilmi muncul dan Nura terus memohon ampun dan maaf dan hulurkan tangan tetapi Hilmi hanya hulurkan acuh tak acuh sahaja. Nura kecil
hati dan meminta Hilmi pulang malam nanti kerana dia ingin makan bersama Hilmi. Hilmi sekadar mengangguk.

Tetapi malam tu Nura kecewa lagi. Hilmi pulang lewat malam. demam Nura pulak makin teruk, dan esoknya tanpa ditemani Hilmi dia ke klinik, sebab sudah tidak tahan lagi.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

Abang pulanglah abang, pulanglah Nura ingin beritahu
perkhabaran ini, pulang abang, doa Nura. Nura kecewa tapi masih menanti, bila masuk hari ketiga dia sudah tidak sabar lagi, dia menelefon ke pejabat. Dan telefon itu disambut oleh Zikri.

"Syukurlah Nura kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni, boleh aku jumpa kau?", tanya Zikri

"Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang, mana boleh jumpa kau tanpa izin suami aku,berdosa tau", tolak Nura.

Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan Nura itu.Setianya kau perempuan, bisik hatinya.

"Oklah kalau macam tu. Aku pergi rumah kau. Aku pergi dengan mak aku, boleh?" pinta Zikri

"Ok, kalau macam tu tak apalah. Aku pun dah lama tak jumpa mak kau, last sekali masa konvo kita 6 tahun lepas kan ?" setuju Nura.


------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- ------


"Eh Kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti. Nura hanya tersenyum penuh makna, dan membisik, "Allah makbulkan doa saya mak cik". Pilu hati Mak Siti dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia lakukan. Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan berita itu. Zikri serba salah.

"Nura. Aku anggap kau macam saudara aku. Aku tak tahu macam mana nak mulakan. Aku harap kau tabah dan tenang, sebenarnya Hilmi dalam proses untuk berkahwin lagi satu, dan aku sayangkan anda macam saudara sendiri, dan aku tak sanggup rumah tangga anda musnah macam ni, kau tanyalah dengan Hilmi dan bincanglah, cubalah selamatkan rumah tangga
anda." terang Zikri.

Nura menangis semahunya dibahu Mak Siti, rasa hampir luruh jantung mendengarkan penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna. Nura menantikan Hilmi sehingga ke pagi, namun dia masih gagal.

Dua hari kemudian Hilmi pulang dan sibuk mengambil beberapa pakaian penting, dan masa ini Nura bertekad untuk bertanya.

"Ya betul apa yang Nura dengar tu, dan kami akan langsungkan jugak, dan abang takkan lepaskan Nura, itu janji abang, mak ayah pun dah tahu dan mereka tak kisah asalkan abang tidak lepaskan Nura, kerana mereka juga sayangkan Nura, dan Nura kena faham abang inginkan zuriat sendiri, walau apa pun persiapan sedang dibuat, abang janji takkan abaikan Nura."
Janji Hilmi.

Nura sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dan segala perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. Nura terlalu kecewa.


------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- ------

Hilmi masih menanti diluar, rasa amat bersalah bersarang dikepala, sejak dihubungi Zikri, dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkan Nura pengsan dan mengalami pendarahan. Doktor dan jururawat keluar masuk. Dia masih resah.

"Insya-Allah En. Hilmi, dua-dua selamat". terang doktor pada Hilmi.

"Dua-dua apa maksud doktor? tanya Hilmi

"Dua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu, tapi dia kena banyak berehat kerana rahimnya tidak begitu kukuh, saya takut banyak bergerak akan menyebabkan berlaku keguguran, tapi kami dah mulakan injection untuk kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim dia dan bersedia untuk early delivery dalam kes macam ni," terang doktor.

"Ya Allah Nura mengandung, Ya Allah berdosanya aku pada Nura", kesal Hilmi.

Malu rasanya untuk menatap muka Nura.

"Kenapa Nura tak bagi tahu abang yang Nura mengandung?
kesal Hilmi.

"Nura memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang sudah bertunang dan akan berkahwin dengan perempuan Nura tak sampai hati bang, Nura tak sanggup abang malu dan keluarga abang malu." Jelas Nura.

"Nura sebenarnya, abang belum bertunang dengan budak tu, abang cuma sekadar berkawan sahaja. Belum pernah abang bincangkan soal kawin lagi, dan abang tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan jadi ayah tidak lama lagi." janji Hilmi.

Kesal kerana mengabaikan Nura yang mengandung itu, membuatkan Nura risau dan akhirnya pitam dihalaman rumah, mujurlah ada jiran nampak dan membawa kehopital, dan mujur jugak Nura pengsan dihalaman, dapat dilihat orang.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- ------

"Mama Kenapa mama buat tu, biarlah mak yang buat,"marah Hilmi bila melihatkan Nura cuba menyapu lantai. Sejak keluar hospital hari tu, mertua dia meminta supaya Nura tinggal saja dirumah sehingga bersalin kerana dia memang tidak dibenarkan doktor
melakukan sebarang kerja, bimbang keguguran kerana
rahimnya tidak kuat.

"Ala Papa ni, biarlah mama buat sikit sajalah."balas Nura. Itulah panggilan manja mereka sekarang ni.

Dengan pengawasan rapi doktor, yang setiap dua tiga sekali akan melakukan pemeriksaan, dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan, doktor mengarahkan supaya Nura hanya berehat dihospital, supaya senang mengawasi Nura dan andainya apa-apa berlaku Nura akan terus dibedah untuk menyelamatkan nyawanya dan bayi yang dikandung. Setiap hari Nura akan dilawati oleh Hilmi. Nura amat bahagia, ternyata bayi yang dikandung membawa sinar, amat berharga kehadiran dia nanti, sebab itulah Nura sanggup tinggal di hospital, sanggup menelan berjenis ubat, sanggup disuntik apa saja semuanya demi bayi
itu.

Kandungan sudah di penghujung 7 bulan, Nura amat bahagia merasakan gerakan-gerakan manja bayi yang dikandungnya. Setaip tendangan bayi dirasakan amat membahagiakan. Doktor makin teliti menjaga Nura, kerana bimbang berlaku pertumpahan darah, dan akhirnya apa yang dibimbangi para doktor menjadi nyata apabila Nura mengalami pertumpahan darah yang serius, lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah dalam masa beberapa minit sahaja. Hilmi tiba bersama ibu dan ayahnya, dia panik sekali, namun cuba ditenangkan oleh kedua orang tuanya. Hampir 1 jam berlalu, apakah khabarnya Nura di dalam sana . Hilmi makin risau, setengah jam kemudian doktor keluar.

Hilmi meluru "doktor bagaimana isteri saya ?", Hilmi terus bertanya.


"Sabar, kami telah cuba sedaya upaya, tahniah anak encik selamat, encik dapat anak perempuan, seberat 2.1 kilogram, dan kini kami cuba sedaya upaya untuk selamatkan Puan Nura Ain." terang doktor.

"Apa maksud doktor? Tanya Hilmi yang sudah tidak sabar.

"Begini, dia kehilangan banyak darah, kami cuba sedaya
upaya menggantikan darahnya yang keluar itu, dan masih
berusaha, namun rahimnya terus berdarah dan kami mohon
kebenaran untuk membuang terus rahimnya demi menyelamatkan nyawanya." jelas doktor.

"Buatlah doktor, saya izinkan asalkan isteri saya selamat."

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- ------

Errrmmm... lekanya dia sampai terlena." tegur Hilmi sambil membelai dan mengusap kepala Nur Syuhadah yang terlena akibat kenyang selepas menyusu dengan Nura. Nura hanya tersenyum. Hari ni genap seminggu usia Syuhadah. Nura Ain masih lemah akibat kehilangan banyak darah. Namun dikuatkan semangat demi Nur Syuhadah buah hatinya. Dia mencium sepenuh kasih sayang pipi comel anaknya itu. Dia membelai sayu wajah comel itu. Entah Kenapa dia rasa seperti terlalu sayu hari itu, hatinya terlalu sepi, semalam dia mimpikan arwah ibunya,
datang menjenguk dia dan Syuhadah, tanpa suara, ibunya
hanya tersenyum. Dan akhirnya berlalu begitu sahaja. Hari ini Nura menjadi seorang perindu, ia rindukan ibunya, dan diceritakan perkara itu pada Hilmi.

"Mungkin mak Nura datang tengok cucu dia, dan dia amat
gembira", pujuk Hilmi menenangkan Nura.

"Abang... tolong Nura bang!!" laung Nura dari bilik air.

"Ya Allah Nura Kenapa ni? Hilmi ketakutan.

"Mak... tolong mak... makkkkkkkkkkk" Hilmi menjerit memanggil emaknya didapur.

"Cepat, bawa pergi hospital, cepat Hilmi" perintah Mak Zaharah.


------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- ------


"Maaf dia tidak dapat kami selamatkan, terlalu banyak darah yang keluar, dan kami tak sempat berbuat apa-apa, dia terlalu lemah dan akhirnya dia 'dijemputNya", terang doktor. Terduduk Hilmi mendengarkan hal itu.

Jenazah selamat dikebumikan. Syuhadah seakan mengerti
yang dia sudah tidak akan menikmati titisan-titisan susu Nura Ain lagi. Syuhadah menangis seolah-olah ingin memberitahu dunia yang dia perlukan seorang ibu, seorang ibu yang bersusah payah, bersabung nyawa demi untuk melihat kelahirannya. Demi membahagiakan papanya, demi membahagiakan neneknya. Syuhadah terus menangis seolah-olah tidak rela dia dipisahkan
dengan ibunya hanya bersamanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadir kelihatan mengesat mata, tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil itu. Semua terpaku dan terharu, Hilmi mendukung Syuhadah dan memujuk bayi kecil itu, akhirnya dia terlelap didakapan papanya.


------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- ------


Abang yang Nura rindui,

Abang maafkan Nura kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yang terbaik buat abang. Saat abang membaca surat ini, mungkin Nura sudah jauh meninggalkan abang, Nura tak arapkan Nura akan selamat melahirkan anak ini, tapi Nura harap bayi akan
selamat walau apa yang terjadi pada Nura. Itu harapan Nura bang. Nura masih ingat, rumah tangga kita hampir runtuh kerana Nura tidak mampu memberikan zuriat buat abang, tapi bang, kali ni doa Nura dimakbulkan, dan untuk itu, biarlah Nura menanggung segala kapayahan demi zuriat ini bang. Saat Nura menulis surat ini, Nura masih lagi menjadi penghuni setia katil hospital ini. Baby kita makin nakal bergerak bang, tapi Nura bahagia merasa tiap tendangan dia abang, Nura bahagia, cukuplah saat manis ini Nura dan dia. Nura rasakan setiap pergerakannya amat bermakna, dan andainya ditakdirkan Nura hanya ditakdirkan untuk bahagia bersama dia hanya dalam kandungan sahaja Nura redha bang. siapalah Nura untuk menolak ketentuanNya. Nura tak mampu abang. Cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa Nura untuk
mengandungkan zuriat dari benih abang yang Nura cintai dan kasihi selamanya. Nura redha sekiranya selepas ini walau apa terjadi, Nura redha, kerana Allah telah memberikan Nura sesuatu yang cukup istemewa, dan andainya maut memisahkan kita Nura harap abang redha sebagaimana Nura redha. Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Nura untuk merasai nikmatnya menjadi seorang ibu walau cuma seketika. Andai apa yang Nura takutkan terjadi, dan bayi ini dapat diselamatkan Nura harap abang akan jaganya dengan penuh kasih sayang. Nura harap abang jangan biarkan hidupnya tanpa seorang ibu. Cuma
satu Nura harapkan dia akan mendapat seorang ibu yang mampu menjaga seorang anak yatim dengan baik dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Seumur hayat Nura, Nura tak pernah meminta sesuatu dari abang, dan kini inilah permintaan Nura, janjilah anak ini akan mendapat seorang ibu yang penyayang.

Abang yang Nura rindui...

Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai, Nura ingin sangat ucapkan kata-kata ini pada abang, tapi Nura tak berkesempatan, dan walaupun kini Nura tiada lagi, tapi Nura nak abang tahu yang...

Nura rindukan abang...... Nura rindu sangat dengan abang..... rindu bang... rindu sangat....

Sekian,

Ikhlas dari nurani isterimu

Nura Ain buat. Abdullah


Hilmi melipat kembali surat itu, yang telah dibaca berulang kali dan kini dia amat rindukan Nura Ain... dan kini barulah dia sedar betapa berharga sebuah kerinduan itu..... Nura.... abang juga rindukanmu sayang.. bisik hati Hilmi.

:-( :-( :-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Linn
WARGA SETIA
Menyertai: 14.04.2004
Ahli No: 8388
Posting: 447
Dari: Serdang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-04-07 17:30


isk... isk.. :-( :-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For LinnProfil   Hantar PM kepada Linn   Quote dan BalasQuote

Annursyam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.08.2004
Ahli No: 10824
Posting: 317
Dari: Jelapang padi

Kedah  


posticon Posting pada: 07-04-07 18:13


kita akan menghargai seseorang setelah kita merasai kehilangannya............

Bookmark and Share

    


  Member Information For AnnursyamProfil   Hantar PM kepada Annursyam   Pergi ke Annursyam's Website   Quote dan BalasQuote

lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA
Menyertai: 02.02.2006
Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 07-04-07 18:57


assalamualaikum
jalan cerita macam ni da banyak kali jumpa..tapi walau da banyak kali baca cerita macam ni..hati tetap tersentuh..mutiara jernih tetap gugur..
wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For lamyanunalif_mursyidahProfil   Hantar PM kepada lamyanunalif_mursyidah   Pergi ke lamyanunalif_mursyidah's Website   Quote dan BalasQuote

syuhada_islamic
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.11.2005
Ahli No: 20310
Posting: 93
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 07-04-07 19:02


ya Allah..sedihnya...:(
syukran untuk rimbabara....
cukup menyentuh hati...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syuhada_islamicProfil   Hantar PM kepada syuhada_islamic   Quote dan BalasQuote

mechelmine
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2006
Ahli No: 26702
Posting: 897
Dari: KeLaNtAn Ke KeDaH

Kelantan  


posticon Posting pada: 07-04-07 19:32


Kenapalah manusia ni..............

Bookmark and Share

    


  Member Information For mechelmineProfil   Hantar PM kepada mechelmine   Pergi ke mechelmine's Website   Quote dan BalasQuote

sumaiyahbachok
Warga 1 Bintang
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 574
Posting: 32
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 07-04-07 19:58


adeh..sedihnya.. :-( :-( isk..


-----------------
[email protected]


Bookmark and Share

    


  Member Information For sumaiyahbachokProfil   Hantar PM kepada sumaiyahbachok   Quote dan BalasQuote

bayti_jannati
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2006
Ahli No: 26228
Posting: 220
Dari: selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 07-04-07 20:59


sedeh ye.....
besar nya pengorbanan seorang isteri...

Bookmark and Share

    


  Member Information For bayti_jannatiProfil   Hantar PM kepada bayti_jannati   Quote dan BalasQuote

ctnurbebo
WARGA SETIA
Menyertai: 12.03.2007
Ahli No: 29142
Posting: 880
Dari: seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 07-04-07 22:13


salam..
eemmmmmmmm...sedihnya...besar sggh pengorbanan seorang isteri...hargailah insan yang ada disekeliling anda sementara dia ada,jangan tangisi dan disesali pemergiannya bila tiba waktunya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ctnurbeboProfil   Hantar PM kepada ctnurbebo   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 07-04-07 23:12


minta dijauhkan..
Allah kurniakan isteri bukan dia nak jaga & pegorbanan isteri bukan dia nak hargai, kekurangan itu bukan manusia yang pinta. Cuba Kalau lelaki dibertgjwb yang melahirkan zuriat tapi tak mampu...tentu menagisi juga ingin menyatakan bukan kita yang pinta kekuragn itu & sebolehnya cuba sedaya untuk bahagiakan psgnnya. Spatutnya bila dah suami isteri susah senang bersama, sama-sama tenangkan psgan masing-masing.

memang patut Allah ambil isteri dia, Allah bagi isteri sebagai amanah & untuk disayangi, tapi jk dia hanya untuk suka-suka isi masa lapang & untuk dizalimi, lebih baik Allah tarik balik sebab Allah lagi sayangkan isteri dia. Mjur Allah tak tarik anak sekali sebagai pengajaran.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

nisaulfadhilah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.10.2006
Ahli No: 27084
Posting: 207
Dari: irbid

jordan  


posticon Posting pada: 01-05-07 23:06


sedihnya cerita ni..menangis ana di buatnye..
hargailah apa yang kita ada sekarang..pemergiannya pasti akan menimbulkan kerinduan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nisaulfadhilahProfil   Hantar PM kepada nisaulfadhilah   Quote dan BalasQuote

diella
Warga 4 Bintang
Menyertai: 25.12.2006
Ahli No: 27880
Posting: 219
Dari: alor star

Kedah  


posticon Posting pada: 01-05-07 23:39


isk..isk..
sedihnyee..
huhuu..
cukup mnyentuh hati..

Bookmark and Share

    


  Member Information For diellaProfil   Hantar PM kepada diella   Pergi ke diella's Website   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 01-05-07 23:40


hargaila sesiapa sahaja ddalam dunia ini....yang pergi akan meninggalkan seribu satu kenangan yang pasti kita takkan lupakannya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

syabab_mujahid
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.12.2006
Ahli No: 27656
Posting: 291
Dari: Egypt

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-05-07 00:14


sedih ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syabab_mujahidProfil   Hantar PM kepada syabab_mujahid   Pergi ke syabab_mujahid's Website   Quote dan BalasQuote

aishgurlz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.02.2007
Ahli No: 28659
Posting: 99
Dari: skudai

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-05-07 02:04


sangat mnyntuh hti..pilu rasanya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aishgurlzProfil   Hantar PM kepada aishgurlz   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 11-05-07 15:20


wa...sedihnya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

Putri_Cahaya
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.06.2006
Ahli No: 24825
Posting: 335

malaysia  


posticon Posting pada: 11-05-07 16:40


betul-betul menyentuh perasaan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Putri_CahayaProfil   Hantar PM kepada Putri_Cahaya   Quote dan BalasQuote

ika2410
WARGA SETIA
Menyertai: 26.02.2004
Ahli No: 7572
Posting: 970
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 11-05-07 16:47


assalamualaikum..

actually ana dah baca novel ni...boleh tahan sedihnya

Bookmark and Share

    


  Member Information For ika2410Profil   Hantar PM kepada ika2410   Pergi ke ika2410's Website   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 11-05-07 17:02


huhuhu.......menyentuh hati dan perasaam ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

raihan2004
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.01.2004
Ahli No: 6388
Posting: 375
Dari: kedah

egypt   avatar


posticon Posting pada: 01-06-07 02:52


Pada 07-04-07 23:12 , muslimah_jun posting:

!!! QUOTE !!!

minta dijauhkan..
Allah kurniakan isteri bukan dia nak jaga & pegorbanan isteri bukan dia nak hargai, kekurangan itu bukan manusia yang pinta. Cuba Kalau lelaki dibertgjwb yang melahirkan zuriat tapi tak mampu...tentu menagisi juga ingin menyatakan bukan kita yang pinta kekuragn itu & sebolehnya cuba sedaya untuk bahagiakan psgnnya. Spatutnya bila dah suami isteri susah senang bersama, sama-sama tenangkan psgan masing-masing.

memang patut Allah ambil isteri dia, Allah bagi isteri sebagai amanah & untuk disayangi, tapi jk dia hanya untuk suka-suka isi masa lapang & untuk dizalimi, lebih baik Allah tarik balik sebab Allah lagi sayangkan isteri dia. Mjur Allah tak tarik anak sekali sebagai pengajaran.


setuju sangat dengan muslimah_jun....
selalunya manusia tak reti nak menghargai insan yang ada di depan mata dia...
bila dah tak ada,baru lah bak meratap.....
masa 2 dah tak guna lagi dah....
memang patut pun suami macam ini Allah bagi ujian macam ini.....
baru dia boleh rasa apa yang isteri dia rasa......
hargailah insan tersayang selagi dia masih ada...........
:-o :-o :-o

Bookmark and Share

    


  Member Information For raihan2004Profil   Hantar PM kepada raihan2004   Quote dan BalasQuote

asroal
Warga 5 Bintang
Menyertai: 22.04.2006
Ahli No: 24359
Posting: 352
Dari: bumi ALLAH

france   avatar


posticon Posting pada: 01-06-07 03:12


padan dengan muka....
sapa suruh tak reti nak setia and menghargai isteri dia......
ini lah lelaki jenis tak reti nak rasa syukur dengan kurniaan Allah.....
Ya Allah,jauhkanlah diriku dari menjadi lelaki seperti ini............AMIN....
:-) :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For asroalProfil   Hantar PM kepada asroal   Quote dan BalasQuote

Nadiena
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.05.2007
Ahli No: 29973
Posting: 69
Dari: KL

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 01-06-07 09:25


sedihnyerr cerita ini...:(



Bookmark and Share

    


  Member Information For NadienaProfil   Hantar PM kepada Nadiena   Quote dan BalasQuote

anmahar
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14615
Posting: 703
Dari: Kedah Darul Aman

Kedah  


posticon Posting pada: 01-06-07 10:10


Allahuakbar..... betapa besarnya kekuasaan Allah.... :-)
Pengorbanan..... suatu yang amat2 bermakna jika kita tahu menghargainya insyaAllah.... Ia sukar untuk kita nampak dengan mata kasar kita kerana ia tidak memerlukan kata-kata... lihatlah dengan mata hati untuk mengetahui besar mana pengorbanan yang telah ditaburkan org-org yang tersayang.... kerana pengorbanan itu perlukan hati yang ikhlas dan perlakuan yang mana ianya amat perit untuk ditempuhi dan dipenuhi..... tetapi ianya amat bermakna... kerana ia adalah untuk seseorang yang begitu bermakna insyaAllah.... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For anmaharProfil   Hantar PM kepada anmahar   Quote dan BalasQuote

FIENDA
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.11.2006
Ahli No: 27433
Posting: 224
Dari: NS

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 01-06-07 10:48


sedih juga cerita ini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For FIENDAProfil   Hantar PM kepada FIENDA   Quote dan BalasQuote

cintamadinah_82
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2005
Ahli No: 16646
Posting: 265
Dari: pulau pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 02-07-07 12:46


Pada 01-06-07 10:10 , anmahar posting:

!!! QUOTE !!!

Allahuakbar..... betapa besarnya kekuasaan Allah.... :-)
Pengorbanan..... suatu yang amat2 bermakna jika kita tahu menghargainya insyaAllah.... Ia sukar untuk kita nampak dengan mata kasar kita kerana ia tidak memerlukan kata-kata... lihatlah dengan mata hati untuk mengetahui besar mana pengorbanan yang telah ditaburkan org-org yang tersayang.... kerana pengorbanan itu perlukan hati yang ikhlas dan perlakuan yang mana ianya amat perit untuk ditempuhi dan dipenuhi..... tetapi ianya amat bermakna... kerana ia adalah untuk seseorang yang begitu bermakna insyaAllah.... :-)


setuju dengan anmahar

sedih sangat masa baca cerita ni, gugur jua air jernih dari kolam mata ini. terasa macam saya pulak dalam situasi tu..


-----------------
'Tidak kamu akan berperasaan gundah walaupun sekali.. jika kamu tahu apa yang dicari...'


Bookmark and Share

    


  Member Information For cintamadinah_82Profil   Hantar PM kepada cintamadinah_82   Pergi ke cintamadinah_82's Website   Quote dan BalasQuote

Qaisar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.11.2006
Ahli No: 27543
Posting: 266
Dari: Darul Aman

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-07-07 13:08


huuu.. best!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For QaisarProfil   Hantar PM kepada Qaisar   Quote dan BalasQuote

eyla05
WARGA SETIA
Menyertai: 17.10.2005
Ahli No: 19884
Posting: 546
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-07-07 13:49


bertapa besarnya pengorbanan isteri.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For eyla05Profil   Hantar PM kepada eyla05   Quote dan BalasQuote

syira_qistina
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2003
Ahli No: 4102
Posting: 777
Dari: tempat yang paling jem

Selangor  


posticon Posting pada: 02-07-07 14:18


Assalamualaikum..

sedih baca cerita ni. walaupun dah selalu sangat baca jalan cerita macam gini...tapi still meleleh air mata juga...tak tahan sedih... 8-)
appreciatelah orang2 yang kita
sayang...ibu,ayah,isteri,suami,anak2,sedara,sahabat2...sesiapa sajalah... jangan bila dah kehilangan... baru nak sedar... menyesal tak sudah kelak...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syira_qistinaProfil   Hantar PM kepada syira_qistina   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 02-07-07 14:26


Assalamualaikum..
Macam pernah baca tapi di mana ye...?

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

suka-suka
Warga Rasmi
Menyertai: 13.06.2007
Ahli No: 30244
Posting: 11
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-07-07 16:45


aduh,sedihnya...sebak,terharu dan sbgnyer..
meleleh air mata ku ini..
:-( :-( :-|
MasyaAllah..besarnyer pengorbanan seorang isteri..Ya Allah,jadikanlah aku isteri yang solehah.Amin Ya Rabbal 'Alamin..

Bookmark and Share

    


  Member Information For suka-sukaProfil   Hantar PM kepada suka-suka   Quote dan BalasQuote

zakia_natasya
Warga 2 Bintang
Menyertai: 25.07.2007
Ahli No: 30446
Posting: 50
Dari: Balakong

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 07-08-07 11:04


wawawa.. sedihnya.. ana nangis baca cerita ni.. kenapa buat cerita yang sedey2 ni... huhu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For zakia_natasyaProfil   Hantar PM kepada zakia_natasya   Quote dan BalasQuote

nurul_huda3110
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.05.2005
Ahli No: 16604
Posting: 171
Dari: klang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-08-07 14:55


Pada 07-04-07 18:13 , Annursyam posting:

!!! QUOTE !!!

kita akan menghargai seseorang setelah kita merasai kehilangannya............


betul tu..
setia seorang wanita..

************************************************

:-D :-) pRoud To bE muSLim :-D :-D :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurul_huda3110Profil   Hantar PM kepada nurul_huda3110   Quote dan BalasQuote

sitishairah
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2007
Ahli No: 29948
Posting: 513
Dari: Gombak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-08-07 15:00


Assalamualaikum

ish2...ish2....cedehnya....mampukah aku bersabar dan setabah wanita itu....mulianya sifat amat terpuji....semoga dijadikan contoh teladan buat kita semua....

Wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For sitishairahProfil   Hantar PM kepada sitishairah   Quote dan BalasQuote

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  


posticon Posting pada: 07-08-07 20:25


lelaki pun sedih juga ke... :-) ..hihi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

mie_shaz
Warga 1 Bintang
Menyertai: 07.04.2007
Ahli No: 29490
Posting: 30
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 08-08-07 09:04


sedih pabila membaca cerpen ini....
hukhuk......:( :(

Bookmark and Share

    


  Member Information For mie_shazProfil   Hantar PM kepada mie_shaz   Quote dan BalasQuote

imannoraina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.08.2004
Ahli No: 10752
Posting: 226
Dari: Bumi ALLAH

Kedah  


posticon Posting pada: 08-08-07 09:06


sedih sangat..pilu saja rasa.. :-(


-----------------
Tiada yang lebih bahagia dan bernilai selain mendapat keberkatan dan keredhaan ALLAH S.W.T


Bookmark and Share

    


  Member Information For imannorainaProfil   Hantar PM kepada imannoraina   Quote dan BalasQuote

umairah86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.03.2006
Ahli No: 23270
Posting: 158
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-08-07 11:45


Sedih..

Bookmark and Share

    


  Member Information For umairah86Profil   Hantar PM kepada umairah86   Quote dan BalasQuote

uswatun_mawaddah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.04.2007
Ahli No: 29534
Posting: 142
Dari: Bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-08-07 11:51


biasa lah lelaki..kerja dan tugas tu dianggap lebih penting dr segala-galanya. Ada yang berpendapat, hilang isteri boleh diganti.hilang kerja susah nak cari. Alahai...

Bookmark and Share

    


  Member Information For uswatun_mawaddahProfil   Hantar PM kepada uswatun_mawaddah   Quote dan BalasQuote

islamic_gil
WARGA SETIA
Menyertai: 24.02.2005
Ahli No: 14692
Posting: 427
Dari: SATU KAWASAN DI SATU MASA

Selangor  


posticon Posting pada: 22-10-07 13:37


:cry:

:oops: :-) sedih walau baca banyak kali


-----------------
don't forget to say THANK YOU ALLAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For islamic_gilProfil   Hantar PM kepada islamic_gil   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.128615 saat. Lajunya....