Oleh |
perlukah bertunang?? |
nurrul85
Warga 3 Bintang Menyertai: 19.08.2005 Ahli No: 18245
Posting: 85
Dari: gombak
|
Posting pada: 05-04-07 11:42
salam pendapat ana: ~berkahwin lebih elok dari bertunang. ~tapi adakah bertunang lebih elok dari bercinta tanpa ada apa-apa ikatan, macam just declare boyfriend girlfriend(tak suka)? sila2... ----------------- CINTA ITU INDAH ANDAI DINILAI dengan KESANTUNAN BUDI DAN KEIKHLASAN HATI.....................
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 05-04-07 11:44
Kita bangsa melayu, bangsa berdaulat, Adat bersendikan syara', syara' bersendikan kitabullah. Eloklah bertunang tu. tapi yang penting kena ikut adat dan adab bergaul. sebab pertunangan bukan halal bagi lelaki dan wanita itu bersifat suami dan isteri.
|
AzwaAqilah
Warga 3 Bintang Menyertai: 02.03.2007 Ahli No: 28986
Posting: 73
Dari: kubang kerian
|
Posting pada: 05-04-07 11:48
salam.. ada jugak orang kata bertunang itu lebih elok daripada just couple sahaja..bagi saya,jangan guna ikatan 'tunang' itu buat pasangan itu dapat buat apa sahaja seperti suami isteri yang sah.. semoga kita semua mendapat keredhaanNya..
|
nurrul85
Warga 3 Bintang Menyertai: 19.08.2005 Ahli No: 18245
Posting: 85
Dari: gombak
|
Posting pada: 05-04-07 11:55
betul..walaupun bertunang tapi still ada batasan sama macam tak ada apa-apa ikatan. cuma bezanya lebih selamat dari tak ada ikatan lngsng bagi ana tunang tu maybe boleh buat pasangan tu lebih sedar dan serius.. kalau rasa tak mampu tu elok sjlah kahwin..kan
|
eyla05
WARGA SETIA Menyertai: 17.10.2005 Ahli No: 19884
Posting: 546
Dari: perak
|
Posting pada: 05-04-07 11:55
salam bertunang ini ikut adat....kalau boleh jangan tunang lama2....
|
eyla05
WARGA SETIA Menyertai: 17.10.2005 Ahli No: 19884
Posting: 546
Dari: perak
|
Posting pada: 05-04-07 11:57
salam bertunang ini ikut adat....kalau boleh jangan tunang lama2....
|
ctnurbebo
WARGA SETIA Menyertai: 12.03.2007 Ahli No: 29142
Posting: 880
Dari: seremban
|
Posting pada: 05-04-07 15:52
salam... bertunang itu boleh,tapi jangan jadikan tunang itu sebagai alasan untuk bebas melakukan perkara-perkara yang diharamkan...jgla batas-batas antara lelaki dan wanita...sekarang ini ramai yang jadikan status tunang sebagai lesen untuk mereka bermesra dan melangkaui btsn yang telah ditetapkan oleh agama....masa bertunang nila juga kita dapat tengok pasangan kita itu betul-betul sesuai untuk memimpin kita atau tidak... =)
|
Meow
 Menyertai: 09.12.2004 Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam
|
Posting pada: 05-04-07 17:00
Pada 05-04-07 11:57 , eyla05 posting:!!! QUOTE !!! salam bertunang ini ikut adat....kalau boleh jangan tunang lama2.... Mungkin saya tsalah faham dari statement eyla05 ni.. saya faham dari statement eyla05 ini adalah bertunang itu adat.. bermakna bukan ibadah.. saya cuma nak betulkan statement ini sahaja kalau benar apa yang saya faham seperti di atas adalah sama seperti yang eyla05 maksudkan.. Hukum bertunang adalah harus, bahkan dalam Mazhab Shafie berpendapat hukumnya sunat. Jadi, bertunang adalah ibadah, bukan adat.. ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~
|
irfaz_87
Warga 3 Bintang Menyertai: 08.01.2006 Ahli No: 21780
Posting: 146
Dari: banting
|
Posting pada: 05-04-07 17:00
Pada 05-04-07 15:52 , ctnurbebo posting:!!! QUOTE !!! salam... bertunang itu boleh,tapi jangan jadikan tunang itu sebagai alasan untuk bebas melakukan perkara-perkara yang diharamkan...jgla batas-batas antara lelaki dan wanita...sekarang ini ramai yang jadikan status tunang sebagai lesen untuk mereka bermesra dan melangkaui btsn yang telah ditetapkan oleh agama....masa bertunang nila juga kita dapat tengok pasangan kita itu betul-betul sesuai untuk memimpin kita atau tidak... =) ana setuju dengan ctnurbebo
|
ShahrulZaman
WARGA SETIA Menyertai: 01.02.2007 Ahli No: 28499
Posting: 1138
Dari: Walidain
|
Posting pada: 05-04-07 17:04
tunang ni elok jangan lama sangat dengan tempoh pernikahan...
|
kasih_kekasih
 Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 415
Posting: 1813
Dari: ....PeRMaTaNg PaUH.......
|
Posting pada: 05-04-07 17:09
Setiap manusia lain pendapatnya. Bagi akak lebih baik bertunang dulu seperti ikut adat melayu. Tapi masa yang di ambil untuk melalui alam pertunangan itu janganlah terlalu lama. Alam pertunangan ini indah sebenarnya. Kita dapat mengenali hati budi pasangan kita dengan lebih dekat tapi perlulah ingat akan batasan dalam tempoh pertunangan itu. kalau kita terus berkahwin tanpa melalui proses pertunangan ini bukan kah sedikit ganjil rasanya. terus berkahwin tanpa mengenali hati budi pasangan kita terlebih dahulu. kalau di kurniakan pasangan yang baik alhamdulillah tapi kalau sebaliknya hidup kita juga yang akan susah. Pilih Pasangan Untuk Elak Penyesalan BAGI yang belum pernah menempuhinya, melayari alam perkahwinan atau rumah tangga mungkin dianggap mudah. Hakikatnya, terdapat banyak ranjau dan duri yang harus ditempuhi.
Bagi mereka yang tidak sabar dan kurang persediaan, rumah tangga mudah bergoncang apabila dilanda badai, sehingga membawa kepada perceraian.
Begitupun, jangan pula ia dijadikan alasan untuk menidakkan keperluan berumah-tangga kerana kerana, masih banyak pasangan yang berjaya dalam perkahwinan.
Rumah tangga mereka dipenuhi dengan keharmonian dan kasih sayang. Mereka kekal sebagai pasangan suami isteri yang bahagia sehingga akhir hayat.
Walaupun perkahwinan anda berada dalam keadaan baik, seharusnya sentiasalah beringat.
Segera atasi sebarang masalah yang timbul dan jangan ditunggu ia menjadi semakin parah. Di saat itu segala-galanya mungkin sudah terlambat.
Menurut penceramah bebas, Shafie Jali, seseorang yang telah mengambil keputusan untuk mengakhiri zaman bujang, seharusnya bersedia memberikan perhatian sepenuhnya kepada perkahwinan, juga kepada pasangan masing-masing.
Ini bermakna katanya, jika perkahwinan mula bergoyang, jangan segera mengaku kalah atau menyalahkan antara satu sama lain.
``Sepatutnya, mereka sama-sama berusaha mencari jalan penyelesaian bagi menjernihkan keadaan,'' katanya pada bengkel Mencari Calon Idaman anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Shafie tidak menolak, dalam zaman yang penuh mencabar, melayari kehidupan berumah tangga bukan sesuatu yang mudah.
Katanya, jika tidak berhati-hati bererti sepanjang hayat akan menanggung rasa penyesalan yang tidak terhingga.
Beliau berkata, sikap berhati-hati dalam menentukan pasangan adalah ciri penting bagi lelaki dan wanita sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga.
Islam sendiri katanya, meletakkan beberapa garis panduan yang diberikan dalam mencari calon isteri atau suami yang baik.
Menurut Shafie, masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu diberi perhatian diawal perkenalan dengan pasangan masing -masing.
Beliau berkata, di dalam Islam bersifat selektif atau memilih sememangnya digalakkan.
``Sebab itu disunatkan diadakan pertunangan terlebih dahulu supaya terdapat jangka masa yang cukup untuk mengenali pasangan,'' ujarnya.
Mengenali pasangan kata Shafie, bukanlah bermakna boleh keluar dan berjalan-jalan tanpa batasan.
Sebaliknya, ia lebih mengikut konsep lima `K' yang diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu `Kenal', `Kelas', `Kufu', `Kasih' dan akhir sekali `Kahwin'.
Menurut Shafie, seseorang itu disuruh mengenali pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran atau melihat fizikal semata-mata.
Menerangkan maksudnya, beliau berkata, ia termasuklah mengenali hati budi dan pegangan hidupnya.
``Sebaik-baiknya untuk mengenali orangnya, boleh meminta bantuan orang yang dipercayai dan merisik corak hidup, perangai serta keluarganya,'' ujarnya.
Keadaan ini bertujuan memastikan sama ada pasangan tersebut sesuai atau sebaliknya.
Shafie berkata, pada dasarnya, seseorang itu boleh dikenali dari corak kelakuan sahabat-sahabat yang akrab dengannya.
Seseorang itu kata beliau berhak untuk memilih supaya terjamin akhlak dan agamanya.
Menerangkan apa yang dimaksudkan dengan kelas, Shafie berkata, ia bukan hanya merujuk kepada golongan yang berpengetahuan agama sahaja tetapi juga mengamalkannya.
Ini kerana, mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan sentiasa memegang perkara asas dalam Islam.
``Mereka akan sentiasa peka, sanggup menerima dan memberi teguran dan saling bersifat membina untuk menjaga akhlak dalam Islam,'' ujarnya.
Menerangkan pula makna sekufu, Shafie berkata ia antara ciri yang amat diberatkan.
Ini termasuklah dari segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan juga perlu diseimbang.
``Jika terdapat keturunan golongan atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam.
``Ini kerana seseorang yang datang dari keluarga miskin, susah untuk seiring dengan keturunan kaya,'' ujarnya.
Sementara itu menurut Shafie, kasih yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang ditekankan ialah di antara kedua-dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur-unsur kasih sebelum berkahwin.
Merujuk kepada sebuah hadis;
``Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan perkahwinan.''
Shafie berkata, istilah sekufu banyak di tekankan dalam Surah AnNur ayat 26; ``Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik''.
Istilah sekufu katanya, sangat di tekankan kerana jika isteri dianggap kelas kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh diterima.
``Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada kufu, dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami.
``Tetapi kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat diwujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan semakin renggang,'' tegasnya.
Misalnya, kata Shafie seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu memantapkannya selepas berkahwin.
Sikap kurang mahu ini menurutnya, akan mengundang masalah sekiranya si isteri sememangnya seorang yang suka menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari masa ke semasa.
``Begitu juga sebaliknya masalah akan timbul jika ada sesetengah lelaki yang menyatakan dia akan dapat mengubah perangai isterinya apabila berkahwin.
``Tetapi anda perlu ingat, bukan semua perempuan mempunyai hati yang lembut dan mudah di bentuk,'' katanya.
Justeru katanya, keimanan dan kekuatan sikap merealisasikan Islam perlu ada pada lelaki.
Perempuan yang beriman mesti mencari lelaki yang lebih kuat imannya daripadanya kerana lelaki yang menjadi ketua keluarga. -----------------
|
fiza_fizi
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.03.2005 Ahli No: 15184
Posting: 126
Dari: ~~negeri tercinta
|
Posting pada: 05-04-07 17:43
bertunang tu macam kenal mengenal antara bakal pengantin dengan keluarga mentua masing-masing....jangan tersalah tafsir....nak terus kawin takut tersalah org.lagi merana.kenali hati budi bukan pasangan saja tapi termasuk keluarga mentua.....islam dah tetap...ikut saja lah...tak perlu sangsi...
|
muslimin23
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~
|
Posting pada: 05-04-07 18:18
hehehe...ada jygakyer topik macam ini...
|
anis_zulaikha
 Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 05-04-07 18:51
kalau anis mengajar student anis, anis suka buat peumpamaan orang nak beli kereta... memula nak beli kereta kita tinjau2 (merisik) kemdian kita booking dulu, tanda tu dah nak jadi hak kita.. tapi belum boleh drive lagi (tunang) kemdian, bila dah beli barulah boleh drive dan buat sesuka hati....(tu da nikah)  [ Telah diedit oleh: anis_zulaikha pada 05-04-07 18:53 ]
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 05-04-07 19:03
ana nak rasa menjadi tunangan org... tapi paling lama 24jam.. paling kejap 1 jam.. harap-harap dipersetujui... uhuk uhuk uhuk..
|
attuffah_humairah
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.04.2006 Ahli No: 24196
Posting: 217
Dari: Johor
|
Posting pada: 05-04-07 19:10
agak2 bertunang setahun setengah kategori yang cepat ke sederhana ke lama..?
|
bintubahariyah
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.08.2006 Ahli No: 25924
Posting: 242
Dari: usm
|
Posting pada: 05-04-07 20:51
erm, bertunang untuk kenal sp calon isteri or suami dengan cara yang telah digariskan..bertunanglah sebagai satu ibadah...
|
syahirahsoid
WARGA SETIA Menyertai: 06.03.2007 Ahli No: 29040
Posting: 496
Dari: mana hendak ke mana
|
Posting pada: 05-04-07 20:51
tah.. tapi tunang 2 adat..
|
muslimah_jun
WARGA SETIA Menyertai: 23.01.2007 Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah
|
Posting pada: 05-04-07 21:57
dalam family (adkberadik)setakad ni tak ada lagi yang bertunang, merisik untuk tentukan tarikh & terus kawin. tapi mana-mana pun tak apa tak kisah, asal jangan lama2 takut juga jk dalam tempoh kenal-mengenal tanpa sedar jadi bercinta. Jk boleh biarlah bercinta lepas kawin lagi manis. Manis juga buat keturunan bakal lahir, bersih dr noda, moga jk parents dia menjaga kesucian berpangkalkan hati yang mengawal seluruh anggota dihrp ank2nya lagi suci kerana zaman mereka lagi mencabar.  moga Allah pelihara iman kami semua. org kata tunang ni saat dugaan juga tak taula Kenapa.
|
darkeye_mania
Warga 4 Bintang Menyertai: 31.12.2006 Ahli No: 27963
Posting: 157
|
Posting pada: 06-04-07 02:32
kawin terus kan lagi bagus.. lagi cepat untuk halang dari makin banyak dosa dan tak membazir nak keluar spending untuk bertunang....
|
srikandi_86
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.02.2007 Ahli No: 28923
Posting: 188
Dari: united kingdom
|
Posting pada: 06-04-07 07:13
Pada 06-04-07 02:32 , darkeye_mania posting:!!! QUOTE !!! kawin terus kan lagi bagus.. lagi cepat untuk halang dari makin banyak dosa dan tak membazir nak keluar spending untuk bertunang.... ana sokong 100%..
|
nur_anis
Warga 5 Bintang Menyertai: 18.06.2003 Ahli No: 1496
Posting: 395
Dari: kelantan
|
Posting pada: 06-04-07 07:19
rasanya tunang kejap tak mengapa,jangan lama2 dahlah...tapi rasa lebih baik kalau majlis tunang dan kawin dibuat pada waktu ya sama.dapat save budget dan masa lagi.
|
graduanislam22
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.01.2007 Ahli No: 28041
Posting: 343
Dari: selayang
|
Posting pada: 06-04-07 07:39
banyak kelebihan bertunang...bukak buku baca..
|
hanafirazali
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.09.2006 Ahli No: 26499
Posting: 327
Dari: negeri sembilan dan perak
|
Posting pada: 06-04-07 07:43
bertunang tu kan ada dalam ajaran islam... rasanya perlu jugak... cuma buat sekadar kemampuan sudahlah...
|
insyirah_hr
WARGA SETIA Menyertai: 08.08.2006 Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah
|
Posting pada: 06-04-07 09:14
Pada 05-04-07 17:43 , fiza_fizi posting:!!! QUOTE !!! bertunang tu macam kenal mengenal antara bakal pengantin dengan keluarga mentua masing-masing....jangan tersalah tafsir....nak terus kawin takut tersalah org.lagi merana.kenali hati budi bukan pasangan saja tapi termasuk keluarga mentua.....islam dah tetap...ikut saja lah...tak perlu sangsi... betul tu...lagi satu dalam tempoh bertunang merupakan persediaan kita sebelum nak tempuh alam rumahtangga....kiranya kena tuntut ilmu rumah tangga sebelum nak kawin ni....  ----------------- "Jadilah manusia luar biasa,gah jiwanya,kental imannya,tertib solatnya & al-Quran juadah....."
|
miledi
WARGA SETIA Menyertai: 28.07.2006 Ahli No: 25473
Posting: 531
Dari: peneng
|
Posting pada: 06-04-07 09:53
Pada 05-04-07 19:10 , attuffah_humairah posting:!!! QUOTE !!! agak2 bertunang setahun setengah kategori yang cepat ke sederhana ke lama..? eh..lama itu..tak elok...
|
swordofdeen
WARGA SETIA Menyertai: 11.06.2003 Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth
|
Posting pada: 06-04-07 10:40
nak tunang atau kahwin terus? macam makan nasi..boleh saja makan nasi terus. tak payah letak ulam atau garam..biar saja macam itu..
|
IlyaFarhan
Warga 3 Bintang Menyertai: 07.10.2004 Ahli No: 11686
Posting: 149
Dari: Penang
|
Posting pada: 06-04-07 10:42
Meminang bermaksud seorang lelaki menyatakan keinginan untuk berkahwin kepada wanita yang ingin dikahwininya...Diantara perkara Sunat yang digalakkan oleh Islam ialah seorang lelaki melihat seorang perempuan yang ingin dikahwininya sebelum meminang.Ini diSunatkan jika lelaki itu benar-benar berniat untuk mengahwini perempuan itu.Sabda Nabi SAW kepada Mughirah bin Syu'bah sewaktu dia berazam untuk meminang seorang wanita :"Lihatlah perempuan itu semoga ia akan mengekalkan kasih sayang di antara kamu berdua"...Tujuan kita bertunang adalah untuk melihat bakal isteri kita dari segi kesihatan dan lain2....wallahu a'alam
|
nurrul85
Warga 3 Bintang Menyertai: 19.08.2005 Ahli No: 18245
Posting: 85
Dari: gombak
|
Posting pada: 07-04-07 00:15
salam kalau tunang time study, lepas tu dah grade baru kahwin bagaimana? lama ke..hu boleh ditrima tak
|
syahirahsoid
WARGA SETIA Menyertai: 06.03.2007 Ahli No: 29040
Posting: 496
Dari: mana hendak ke mana
|
Posting pada: 07-04-07 01:22
takot lah nak tunang lama-lama.. Kalau putus orang keliling takkan cakap paper pada pihak laki.. tapi fi perempuan..em..macam-macam kena kutuk.. lagi 1 Selalunya lah kan pumpuan 2 da susah dapat psgan.. dan org len takot nak tunang nagn dia.. kasihan kan??
|
simpLe_sHida
 Menyertai: 13.10.2003 Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....
|
Posting pada: 08-04-07 15:05
salam alaik.. sebelum ni dah ada topik bertunang ni.. berulang lagi.. tajuk tertera... perlukah BErtunang..?? terpulang pada pasangan tersebut. kena faham konsep bertunang ni.. waktu pertunangan ni.. masa untuk kenal hati budi.. latar belakang.. dan sebagainya.. namun.. jangan bertunang terlalu lama.. kita hanya merancang.. tuhan jua yang menentukan.. so.. jaga adab pergaulan.. batasan.. moga hubungan dalam bertunang akan kekal hingga ke jinjang pelamin... insyaallah... wallahua'alam...  -----------------  ::prAy hArd+wOrk sMarT:: bAraKalLahu Lakum..
|
solskjaer
WARGA SETIA Menyertai: 25.08.2004 Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united
|
Posting pada: 08-04-07 15:17
|