Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Betapa banyak lukisan tiruan Mona Lisa, tetapi orang ramai masih lagi berusaha nak melihat lukisan Mona Lisa yang asli.
-- Louis Amstrong

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 233
Ahli: 0
Jumlah: 233




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 6 jam, 39 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: GERAKAN BIADAP !


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» GERAKAN BIADAP !

Please Mendaftar To Post


Oleh GERAKAN BIADAP !

maruz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2005
Ahli No: 16590
Posting: 282
Dari: Selangor Darul Ehsan

lebanon   avatar


posticon Posting pada: 03-04-07 10:17


Ini adalah kebiadapan GERAKAN yang menghina Islam dan sultan serta Mufti Perak.

GERAKAN jelas adalah sebuah parti yang ANTI ISLAM...

kalau ikut hukum Fiqh, nampaknya sudah WAJIB berPERANG atas mereka !
kerana ANTI ISLAM dan ANTI SULTAN !

Gerakan: Set up Constitutional Court for religious issues

KUALA LUMPUR: Gerakan has called for the setting up of a special Constitutional Court to deal with “various grey issues.”

It said this was in view of the increasing number of cases affecting the religious, family and basic human rights of non-Muslims.

This was one the resolutions passed by the Federal Territory Gerakan convention yesterday.

FT Gerakan chairman Datuk Dr Tan Kee Kwong, who also heads the party’s religious bureau at the national level, said many non-Muslims now felt that their rights were gradually being eroded, “so something must be done to correct this.”

“The problem exists. Everybody knows that,” he said.

Dr Tan, who is the Segambut MP, said non-Muslims should never be subjected to the Syariah Court, adding that this was never the original intention of the Islamic court.

He said the special Constitutional Court could be a way to finding a permanent solution to inter-religious problems which were bound to crop up from time to time.

“The Government must be brave enough to tackle this problem now before things get worse,” he said.

There was also a resolution calling for the removal of Datuk Seri Harussani Zakaria as the Perak Mufti over the spreading a baseless SMS (alleging that Datuk Azhar Mansor had converted out of Islam) some months ago.

Gerakan secretary-general Datuk Seri Chia Kwang Chye, who was also at the press conference, said that there should be understanding by all parties when dealing with religious issues.

He noted that while the country was not on the brink of a crisis on inter-religious issues, “we should resolve them before they do.”

The proposed special Constitutional Court, he said, could be an institutional solution in dealing with such problems.

In any case, such a court would take a year or two to set up, he said, adding that it was good for any Government with forward planning to consider any suggestion.

Bookmark and Share

    


  Member Information For maruzProfil   Hantar PM kepada maruz   Quote dan BalasQuote

pauhfc
Warga 1 Bintang
Menyertai: 07.12.2006
Ahli No: 27639
Posting: 34
Dari: negara Bush

usa  


posticon Posting pada: 03-04-07 10:30


memang biadap...kalau dah pimpinan atasan lemah..cakap apa pun mereka tak takut.

member ukhwah lain apa komen??ke duduk sibuk layan topik jiwang saja..



-----------------------------------------------------------
http://pauhfc.wordpress.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For pauhfcProfil   Hantar PM kepada pauhfc   Pergi ke pauhfc's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-04-07 11:08


Pecat Mufti Perak: PAS beri amaran pada Gerakan

KUALA LUMPUR, 2 April (Hrkh) - 'Jangan bermain api!', itulah kenyataan keras yang disampaikan oleh beberapa tokoh apabila ditanya mengenai kenyataan biadap parti Gerakan.

Gesaan Gerakan untuk memecat Mufti Perak, Dato' Seri Harussaini Zakaria dilihat sebagai isu yang amat sensitif dan mencabar kewibawaan umat Islam.

"Gerakan diingatkan agar lebih cermat dalam membuat sesuatu usul demi menjaga perpaduan nasional kerana umat Islam tidak boleh menerima apabila Islam dicabar," ujar Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Taib Azamuddin kepada Harakahdaily pagi tadi.

Beliau yang merupakan bekas Imam Besar Masjid Negara berkata persoalan Mufti bukanlah perkara yang bersifat peribadi tetapi ia merupakan suatu jawatan yang menyentuh kewibawaan Islam itu sendiri.



Perdana Menteri perlu sensitif



Pada masa yang sama, Taib berkata jawatan Mufti ditauliahkan oleh Sultan di negeri-negeri dan Yang di-Pertuan Agong; jika sekiranya timbul masalah atau tidak puas hati terhadap mereka maka ia hendaklah ia disalurkan melalui saluran yang betul dengan kaedah yang tertentu.

"Memandangkan Gerakan adalah satu parti komponen Barisan Nasional, maka ia hendaklah melalui Pengerusi BN iaitu Perdana Menteri," ujarnya lagi.

Beliau juga mengingatkan kepada Umno agar lebih prihatin dalam perkara-perkara seperti ini, kerana apabila mereka sendiri yang longgar dalam urusan agama ini, ia sekaligus menjadi peluang untuk mencemarkan perkara yang berkaitan dengan agama di masa akan datang.

Tambah beliau, bahkan ada menteri-menteri Umno yang memperlekeh dan merendahkan kenyataan Mufti Perak berhubung isu yang berkaitan dengan kedudukan Islam sebelum ini.

"Isu mengenai kedudukan dan hal ehwal agama ini perlu ditangani oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga urusan agama Islam," katanya.

Beliau berharap agar Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden Umno mengkaji semula hal ini dan prihatin serta sensitif untuk mengambil tindakan supaya ia tidak dibangkitkan kerana ia bersabit dengan sensitiviti umat Islam.

Ini kerana menurut beliau, mufti bercakap bukan di atas kapasiti parti yang disokong tetapi ia berkaitan dengan polisi yang telah ditetapkan oleh kerajaan.



Amaran tercetusnya peristiwa 13 Mei



Dalam pada itu, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Ridhuan Mohd Nor ketika dihubungi berkata, "Pemuda juga memberi amaran tegas kepada pemimpin Gerakan supaya tidak campurtangan dalam urusan agama Islam kerana ia cukup sensitif."

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Menangani Isu Murtad (FORKAD) juga mengharapkan Gerakan menghormati perkara 3, Perlembagaan Persekutuan dan kedudukan orang Melayu sebagai penduduk pribumi Malaysia.

Menurutnya, pada tahun 1950 orang Melayu telah berkompromi dengan kaum lain dan memperakukan mereka sebagai penduduk imigran dan mereka menerima hak istimewa orang Melayu dan Islam sebagai elemen yang didominasi oleh orang Melayu.

Tegas beliau, Forkad memberi amaran tegas kepada mana-mana pemimpin negara dan NGO supaya tidak bermain api kerana bimbang akan berulang kembali peristiwa 13 Mei 1969.

Ridhuan berkata, menurut satu kajian yang telah dijalankan sebelum ini, dari tahun 1511 hingga 1945, seramai 178 orang dilaporkan murtad.

"Ini merupakan suatu implikasi positif yang menunjukkan orang Melayu sangat sayang akan akidah Islam yang dianuti ketika itu," jelasnya

Menurut beliau sepanjang sejarah Tanah Melayu dijajah oleh Portugis,Belanda,Inggeris dan Jepun, mereka tidak pernah campurtangan dalam urusan berkaitan dengan Islam dan adat resam orang Melayu, seperti contoh Perjanjian Pangkor 1874 antara pihak Inggeris dengan pembesar Melayu ketika itu.

Ridhuan turut mengesyorkan agar Gerakan sepatutnya lebih fokus kepada isu rasuah dan kroni-kapitalisme yang semakin berleluasa dalam negara dan bukannya dalam urusan agama yang akan menyentuh sensitiviti umat Islam.



Tindakan Gerakan akan menaikkan kemarahan umat Islam



Dalam masa yang sama, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud ketika dihubungi meminta agar pihak berkuasa dapat "handle with care" dalam menangani isu ini dengan teliti dan berhati-hati.

Menurut beliau jika sekiranya Dato' Seri Harussaini bersalah, maka yang berhak dan berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap beliau adalah Sultan Perak.

Dr Mariah berkata menurut perlembagaan Malaysia, hal berkenaan bidang kuasa ini sangat jelas termaktub dan beliau yakin pihak berkuasa mempunyai maklumat tentang perkara ini.

Beliau menegaskan bahawa ini adalah isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam secara kolektif dan tidak harus dipolitikkan.

"Jika ada pihak-pihak tertentu yang mencampuri perkara ini maka ia akan menaikkan kemarahan umat Islam, termasuklah usaha untuk menggubal perlembagaan," katanya dalam nada yang bimbang.



Gerakan jahil perlembagaan dan undang-undang



Sementara itu, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Abdul Aziz Bari dalam kenyataannya kepada Harakahdaily berkata, "dalam masa yang sama isu ini telah menyentuh sensitiviti umat Islam dalam situasi Gerakan tidak faham apa yang berlaku dalam kes Azhar Mansor itu sebenarnya mereka perlu selidik dan jangan bergantung kepada akhbar perdana sahaja."

Katanya , mufti adalah hak Sultan dan tiada siapa pun berhak untuk membuat kenyataan seperti itu hatta Perdana Menteri dan Umno sendiri tidak pernah membuat kenyataan terbuka seperti yang dilakukan oleh Gerakan.

"Gerakan jelas jahil kedudukan perlembagaan dan undang-undang (malah ini boleh dianggap sebagai hasutan di bawah Akta Hasutan 1948) dan sebagai parti komponen Barisan Nasional kejahilan ini amat memalukan dan Kheng Yeik kena ambil perhatian yang serius dalam hal ini," katanya tegas.

Jelas beliau lagi, mereka tidak berpuas hati dengan kedudukan Mahkamah Syariah di bawah Perkara 121(1A), tetapi itu diputuskan mengikut undang-undang yang ada sedangkan tuntutan Gerakan Segambut itu adalah sesuatu yang melanggar undang-undang.

Kuasa pelantikan itu adalah prerogatif (hak istimewa) mutlak Sultan sejak sebelum merdeka yang dikekalkan oleh perlembagaan bahkan Menteri Besar dan Perdana Menteri pun secara rasminya tiada kuasa apa-apa dalam hal ini, tambahnya dengan panjang lebar.

"Gerakan has already crossed the line; AG should consider taking action so that this will be a lesson to others.(Gerakan telah melampaui batas yang sepatutnya; pihak peguam negara seharusnya mengambil tindakan supaya ia akan memberi pengajaran kepada yang lain pada masa yang akan datang)," saran Profesor Aziz.

Resolusi berhubung gesaan agar Mufti Perak dipecat itu dicapai dalam Konvensyen Parti Gerakan Wilayah Persekutuan semalam dan disiarkan oleh akhbar The Star hari ini.

Dalam konvensyen semalam, Gerakan telah mengusulkan Mahkamah Perlembagaan Khas untuk menangani isu yang berkaitan dengan agama.

Antara usul konvensyen semalam ialah memecat Mufti Perak, Dato' Seri Harussaini berikutan dakwaan terhadap kes penyebaran SMS yang mengaitkan Dato' Azhar Mansor yang memurtadkan sebilangan orang Islam di Perak sebelum ini.

Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan, Dato' Dr Tan Kee Kwong merangkap ketua Biro Agama Pusat berkata kebanyakan rakyat 'nonmuslim' berasa tidak senang dengan keadaan ini bahawa hak mereka telah dicabuli dengan sesuatu perlu dilakukan bagi membetulkan keadaan ini. - mks


http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7090&Itemid=85

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

aye
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2006
Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-04-07 11:18


Gerakan jangan tunjuk samseng
Johari Jaafar
itu | Apr 03, 07 | 08:06:26 AM
IPOH, 3 April (Hrkh) – Pemuda PAS Perak memberi amaran kepada Parti Gerakan jangan cuba untuk mengguris perasaan dan mempermainkan institusi aganma Islam dan Mufti kerana tindakan itu boleh mengeruhkan suasana yang sedia ada antara orang-orang Islam dan bukan Islam di negeri ini khususnya.



Demikian ditegaskan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Nur Azli Musa, ketika mengulas resolusi yang diluluskan oleh Parti Gerakan Wilayah Persekutuan.

“Pemuda PAS Perak mendesak Parti Gerakan Wilayah Persekutuan supaya menarik balik resolusi yang diluluskan dalam konvensyen parti itu yang menggesa Mufti Perak dipecat kerana kononnya beliau terbabit dalam penyebaran SMS berhubung isu murtad pelayar solo, Dato' Azhar Mansor beberapa bulan yang lalu,” katanya.

“Gerakan jangan tunjung `samseng’, apa hak Gerakan untuk turut campur urusan agama Islam, jangan cuba mencemarkan nama baik Mufti Perak,” tegasnya.

“Banyak perkara lain boleh dibincangkan dalam konvensyen Gerakan, mengapa pula mahu menyentuh kedudukan Mufti dan institusi agama Islam, sudah tak ada kerja lain ke,” ujar beliau.

Bagi umat Islam jawatan Mufti adalah kedudukan yang tinggi dan dihormati kerana Mufti adalah orang yang berkelayakan memberikan fatwa, kerana itu apabila Gerakan bertindak `kurang ajar’ dengan mendesaknya dipecat, umat Islam di negeri ini tidak boleh menerima usul berkenaan.

“Gerakan tidak ada kena mengena dengan institusi Mufti, Kenapa sibuk sangat mahu Mufti Perak dipecat,” ujarnya.

Beliau mengingatkan Gerakan agar lebih berhati-hati agar ianya tidak menyentuh soal agama Islam dan institusi Mufti kerana negara ini mempunyai perlembagaan.

“Kedudukan agama Islam dan institusi telah ditetapkan di bawah kuasa negeri dan dilindungi oleh Raja-Raja Melayu, termasuklah kuasa melantik Mufti adalah di bawah bidang kuasa Sultan.

“Apabila Gerakan sibuk mencampuri hal agama Islam dan mendesak Mufti Perak dipecat, secara tak langsung Gerakan mencampuri kuasa Sultan dan boleh dianggap `menghina` Sultan,” tegasnya. - mks.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayeProfil   Hantar PM kepada aye   Pergi ke aye's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 03-04-07 11:19


erm...

Bio teman tunggu dan lihat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

imtihan_insyirah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-04-07 11:22


salam alaik
amboi, melampau dah mereka ni, makin naik tocang nampaknya. ini semua disebabkan kerajaan malaysia suka sangat memanjakan depa...tak tegas dan bermudah-mudah dalam hal agama.

Bookmark and Share

    


  Member Information For imtihan_insyirahProfil   Hantar PM kepada imtihan_insyirah   Pergi ke imtihan_insyirah's Website   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-04-07 11:25


:-o mereka memang suka bermain api, selalu mempersenda2 kan Islam.......
/


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 03-04-07 11:34


Mereka nak test power saja tu.. tapi kita pula jangan cepat melenting dan melatah.. mereka guna saluran bercakap.. kita bidas dengan kata-kata.. kalau guna kekerasan.. maka yang setimpal mereka akan terima..

Majoriti yang masuk politik atas dasar menjaga kepentingan sendiri dan kaum sendiri sahaja.. sebab tu berlaku pertikaian.. sebab semua pakat nak cari peluang jadi jagoan bangsa sendiri..

Sama-sama berdoa supaya Islam terus dipelihara.. insyaAllah.. tak ada siapa yang dapat gugat kedudukan S.S. Datuk Seri Hj Harussani Zakaria.. umum semua tahu bahawa ramai masyarakat Islam Malaysia berdiri di belakang Datuk Seri Mufti ini.. Kata-kata Gerakan tu umpama cabaran kerjaya sebagai da'ie bagi S.S. Datuk Seri Mufti sahaja..


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

syabab_mujahid
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.12.2006
Ahli No: 27656
Posting: 291
Dari: Egypt

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 03-04-07 11:55


sungguh biadap mereka ini...kalau kerajaan tak bersuara dalam kes ni memang dayus kerajaan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syabab_mujahidProfil   Hantar PM kepada syabab_mujahid   Pergi ke syabab_mujahid's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 03-04-07 12:01


nak berjihad ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

nur_ashikin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.11.2006
Ahli No: 27359
Posting: 256
Dari: shah alam

malaysia  


posticon Posting pada: 03-04-07 12:19


mana tak org non muslim makin berani..dah dia tengok pemimpin atasan senang digule2kan..org islam pulak lemah...lembik..xtegas..sekadar memandang sesuatu isu tanpa menangani..ha..naik tocanglah org bukan islam tu..fikrkan balik..apa sumbangan kita terhadap islam selama ini?sekarang..bukan kita perlu berlawan denagn mata pedang..tapi akal fikiran.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_ashikinProfil   Hantar PM kepada nur_ashikin   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 03-04-07 14:36


present day...."saya tak tahu" kata PM Malaysia pak lah.

a week later....."kena tanya depa sendiri apa niat sebenar mereka buat kenyataan macam itu" kata pak lah.

p/s: Islam Had-hari membenarkan org kafir hina/cemuh/maki hamun Islam dan ulama'2 Islam.

pengajaran: pandai2lah guna otak fikir-fikirkan sendiri.....kalau tak reti guna otak, sila sedekahkan otak yang Allah SWT beri itu kat kambing dan lembu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 03-04-07 15:38


!!! QUOTE !!!

sungguh biadap mereka ini...kalau kerajaan tak bersuara dalam kes ni memang dayus kerajaan...


kenapa takmau jaga hati gerakan pula.mana nak tau kang nanti gerakan kecil hati pasal kita tegor mereka.semua orang layak diberi layanan yang adil.tak begitu?kang nanti payah pula kalau gerakan ni kecil hati.mereka pun berhak ditegur dengan lemah lembut.tak boleh kekasar sangat :roll:

em...................................................jawapan dah diberi pun oleh naruto-san.so what are we expecting oleh PM melainkan tidur time meeting , pergi bercuti di ostrolia ataupun nanti akan ada orang lain yang jawabkan......yang dia tau sengih saja manjang dalam tv dengan tak habis-habis canang RMK 9 tu.jom kasi pengajaran sikit time pilihanraya ni....


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

syeikh
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.07.2005
Ahli No: 17559
Posting: 115
Dari: terengganu darul iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 03-04-07 16:23


salam...kita boleh jangka bagaimana reaksi perdana menteri sebagaimana beliau respond kepada isu-isu berkaitan umat islam sebelum ini...apa pandangan sahabat sekalian.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syeikhProfil   Hantar PM kepada syeikh   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-04-07 01:03


mereka memberi peringatan...
supaya kita tak terus leka..
tahu apa sebenarna yang terjadi...
bersedia dengan rancangan dan strategi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 04-04-07 01:08


Dia orang ni tak boleh bagi muka sangat...Nanti pijak kepala kita pulak... 8-) 8-) 8-)


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 04-04-07 08:43


Sapa yang pilih depa, nanti jawab lah bila Allah tanya. Man Imamuka?

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 04-04-07 11:26


Teman tunggu dan lihat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

nni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.04.2005
Ahli No: 15868
Posting: 107
Dari: kiri ada meja study, kanan ada katil, depan ada PC, belakang..??

Perak   avatar


posticon Posting pada: 05-04-07 00:41


Pada 03-04-07 14:36 , naruto-san posting:

!!! QUOTE !!!



pengajaran: pandai2lah guna otak fikir-fikirkan sendiri.....kalau tak reti guna otak, sila sedekahkan otak yang Allah SWT beri itu kat kambing dan lembu.



:-D :-D :-D very nice one... :lol:


-----------------
~dakwah lah saya yang jahil ini~


Bookmark and Share

    


  Member Information For nniProfil   Hantar PM kepada nni   Pergi ke nni's Website   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 05-04-07 00:51


Pada 03-04-07 12:01 , sya_ryn posting:

!!! QUOTE !!!

nak berjihad ke?

kalau dah sampai masanya, insyaALLAH....JIHAD!!!!


-----------------
Janganlah berlalu satu haripun tanpa kita memikirkan tentang masalah umat islam....


Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.122637 saat. Lajunya....