Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Semua masalah boleh diselesaikan dengan cemerlang, asalkan kita menumpukan pada penyelesaian, bukan pada masalah. Allah SWT menyertakan penyelesaian untuk setiap masalah.
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 243
Ahli: 0
Jumlah: 243




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 9 jam, 13 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: bagaimana menyintai seseorang kerana ALLAH??


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» bagaimana menyintai seseorang kerana ALLAH??

Please Mendaftar To Post


Oleh bagaimana menyintai seseorang kerana ALLAH??

abgchik
Warga 1 Bintang
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1294
Posting: 23
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-09-03 10:31


assalamualaikum wbr wbt.. harap kawan2 dapat memberi komen tentang ini.. ingin ana belajar bab2 ini.. ana serahkan topik ini kepada yg lebih arif.. wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For abgchikProfil   Hantar PM kepada abgchik   Quote dan BalasQuote

ainul_najda
Warga Rasmi
Menyertai: 04.09.2003
Ahli No: 3280
Posting: 3

Kedah  


posticon Posting pada: 16-09-03 11:02


bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum..
Bgaimana untuk menyintai manusia kerana allah...
soalan ini nampak mudah tp susah untuk mencari jawapan yg terbaik...aptah lagi untuk mempraktikalkannya...tp sbagai insan yg sentiasa mencari jln untuk mencapai keredhaan Allah..walaupun susah kita jgn berputus asa untuk mencuba...
Pada pandangan saya...titik awal satu perkara adalah niat,samalah dgn bila kita menyintai seseorang,kita perlu lihat dulu apakah niat dan tujuan kita menyintai insan tersebut.
Jika kita lihat sekarang couple dikalangan pelajar merupakan satu trend semasa.....org lain bercouple kita jugak nak bercouple tanpa kita pikir apa tujuan bercouple.sekadar suka2...adakah itu dikatakan kita menyintai manusia kerana Allah.....
dlm Al-quran jugak Allah dah letakkn syarat bg kaum lelaki utk memilih seorang isteri...yg paling utama adalah agama...apabila menyintai seseorang kerana agamanya bkn kerana kecantikan,harta, dan perkara dunia semata2 insyaAllah kita dpt membentuk rasa cinta kerana ilahi.Percayalah...bila kita menyintai seseorg kerana agamanya..kita akan dpt perkara2 lain...kecantikan dirinya bukan sekadar rupa malah akhlak dan adabnya.skarang mudah untuk mencari ratu cantik...tapi amat sukar untuk mencari ratu syahadah dan akhlak.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ainul_najdaProfil   Hantar PM kepada ainul_najda   Quote dan BalasQuote

abgchik
Warga 1 Bintang
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1294
Posting: 23
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-09-03 11:11


waalaikummussalam.. alhamdulillah.. kerana apa yg anti ceritakan ada kaitan dengan ana.. apa yg ana inginkan adalah agamanya.. tidak terletak pada wajah sama sekali.. dia pernah menyatakan kepada ana juga bahawa dia juga menyintai ana kerana agama dan bukan kerana paras rupa.. apa yg penting adalah agama, akhlak, budi.. ini semua tidak semestinya telah ditanam dalam diri oleh masyarakat kini.. ini yg perlu kita pupuk dari satu masa ke suatu masa.. apa yg dianggap penting sekarang adalah kerjaya ,harta dan paras rupa.. apa yg dikejar ini tidak akan dinikmati pada hari qiamat.. itu saja daripada ana buat masa ini, kalau ada tersalah taip atau terkasar bahasa.. ana minta ampun kerana kebaikan datangnya dari ALLAH, dan keburukannya datang dari saya sendiri.. wassalam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For abgchikProfil   Hantar PM kepada abgchik   Quote dan BalasQuote

kemboja
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.09.2003
Ahli No: 3596
Posting: 65
Dari: k trg

Terengganu  


posticon Posting pada: 16-09-03 15:14


abg chick,
ingin kemboja tanya..
bagaimanakah abg chick menjaga batas pergaulan abg chick dgnnya..
krn kemboja juga alami keadaan yg sama mcm abg chick..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kembojaProfil   Hantar PM kepada kemboja   Quote dan BalasQuote

abgchik
Warga 1 Bintang
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1294
Posting: 23
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-09-03 15:44


saya menjaga batas pergaulan dengan cara yg cukup cermat agar tidak terjerumus ke lembah maksiat.. jadi.. untuk ini.. saya berhubung dengannya hanya melalui email.. tidak pernah bercakap sama sekali walaupun masing2 ada perasaan.. dalam keadaan apa yg kemboja rasa? wassalam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For abgchikProfil   Hantar PM kepada abgchik   Quote dan BalasQuote

idea_31
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.08.2003
Ahli No: 3206
Posting: 182
Dari: kuantan,pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 16-09-03 16:11


tak pernah berbual melalui telefon?? saya jrg berbual dgn telefon hanya 1,2 kali 1 bulan shj.jumpa pun 3,4,5 bulan sekali...salahkah kami menjalinkan hubungan ini?
alhamdulullah kami tak lakukan maksiat......saya selau pesan,cintailah Penciptamu sebelum kamu menyintai insan lain..
masing masing busy...dier akan aabil stpm thn ni, saya pula di university.kami jarang jumpa.sebab jarak memisahkan kami....
insyaAllah cinta&kasih sayang antara kami hanyalah kerana Allah..wallahualam...amin
doakan lah kebahagiaan kita semua...insyaAllah

-----------------
nur kasih
"it will take a minute to like someone,only an hour to have a crush on someone,and only a day to love someone,but IT WILL TAKE A LIFE TIME TO FORGET SOMEONE"

kasih sayang ku hanyalah kerana ALLAH....amin

Bookmark and Share

    


  Member Information For idea_31Profil   Hantar PM kepada idea_31   Quote dan BalasQuote

idea_31
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.08.2003
Ahli No: 3206
Posting: 182
Dari: kuantan,pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 17-09-03 14:23


harap kawan2 boleh bg komen tentang situasi saya....semoga Allah merahmati kamu semua...amin

-----------------
nur kasih
"it will take a minute to like someone,only an hour to have a crush on someone,and only a day to love someone,but IT WILL TAKE A LIFE TIME TO FORGET SOMEONE"

kasih sayang ku hanyalah kerana ALLAH....amin

Bookmark and Share

    


  Member Information For idea_31Profil   Hantar PM kepada idea_31   Quote dan BalasQuote

aDiB_SaaT
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 21.07.2003
Ahli No: 2513
Posting: 137
Dari: MaiN CaMPuS UIA, GomBaK.

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 27-09-03 20:45


Nak menyintai seseorang kerana Allah, kita boleh refer pada hadis ...

...wa an yuhibbal mar a la yuhibbuhu illa lillah...

Mafhum hadith, selagi orang yang kita sayang tu berbuat kebenaran, kita sayangilah dia, kita dampingi dia dan bermacam2 lagi... tapi kalau nasihat kita dah tak diterima oleh dia dan banyak kemungkaran yang dia buat yang boleh membuatkan kita terkesan dan meniru cara perwatakan dia... maka eloklah kita tinggalkannya kerana Allah....

Itulah pendapat ana yang hina ini...

Wallahu a'lam

-----------------
ORaNGg YaNg TeRBaIk Di KaLaNgaN KaMu IaLaH OraNg YaNg BeLaJaR aL-QuRaN daN MeNgaJaRkaNNya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aDiB_SaaTProfil   Hantar PM kepada aDiB_SaaT   Quote dan BalasQuote

aidilshah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 760
Posting: 642
Dari: New Castle

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-09-03 22:11


IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL

akhie soalan enta memang kena pada ana, sebagai sedikit nasihat kepada ana dan untuk akhie sendiri, sila jawab soalan ini dengan ikhlas:

i. Apabila ingat padanya hati kita akan ingat Allah.
ii. Apabila ingat pada dia amalan kita kpd ilahi semakin bertambah.
iii. Apabila hendak melakukan kemungkaran pasti teringat akan pesanan dia.
iv. sentiasa berlumba-lumba melakukan kebaikan dengan dia.
v. hati ini mula ikhlas melakukan sesuatu perkara yang baik setelah mengenalinya kerana Allah.

so akhie jawablah sendiri dan ana rasa ada lagi perkara-perkara yang menyebabkan cinta kita untuk dia kerana Allah yang belum ana catitkan di sini.

selamat menjawab?!!! ila liqa'

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For aidilshahProfil   Hantar PM kepada aidilshah   Pergi ke aidilshah's Website   Quote dan BalasQuote

ainul_nabila
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 55
Posting: 394
Dari: Serikembangan/putrajaya

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-10-03 11:00


ooo..barula ana paham..hmm..ini amat berguna..terima kasih untuk semua..

-----------------
HidUp Ini InDah Jika
segaLAnYa kErAnA ALLAH!!!

http://img75.photobucket.com/albums/v229/irda82/ainul3.jpg

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainul_nabilaProfil   Hantar PM kepada ainul_nabila   Quote dan BalasQuote

mawar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.10.2003
Ahli No: 4592
Posting: 119
Dari: k.lumpur

Pahang  


posticon Posting pada: 26-10-03 15:05


bagusnye abg chik.....kan bagus kalau semua yg bercouple praktikkan mcm abg chik..ape pun bagi mawar utk mengelakkan kelalaian hati elakkan drpd berbual mel telefon...sebabnye bile dpt berckp dgn org yg disayangi kadang kala kite terlepas ckp....fhm2lah.kdg2 sampai seminggu terbayang2 ape si die ckp...dan solat pun susah nak khusyuk..maaflah kalau pend mawar salah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawarProfil   Hantar PM kepada mawar   Quote dan BalasQuote

Am
Warga 1 Bintang
Menyertai: 02.08.2003
Ahli No: 2742
Posting: 21
Dari: DaERaH pErJuAnGaN

Pahang  


posticon Posting pada: 28-10-03 11:25


asslamualaikum...

ALHAMDULILAH.. bagus abg chik nie ... boleh mempraktikkan unsur unsur islami dalam percintaan .. tak pernah berjumpa... dan tak pernah bercakap... whatever topic nie dan komen yang antum seme bagi banyak memberi ana panduan untuk menyayangi seseorang itu kerana ALLAH ...
bagi ana apa yang ana selalu pegang hubungan ana ngan insan yang lain adalah ukhwah fillah ...
menyayangi kerana sifatnya dan membenci kerana sifatnya dan bukanlah orangnya

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmProfil   Hantar PM kepada Am   Quote dan BalasQuote

SyAhEeDa
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 207
Posting: 571
Dari: Kelate

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 09-11-03 13:16


Quote:

On 2003-09-27 20:45, aDiB_SaaT wrote:
Nak menyintai seseorang kerana Allah, kita boleh refer pada hadis ...

...wa an yuhibbal mar a la yuhibbuhu illa lillah...



hadis tu.. ana belajar bwh halawatul Iman... bagaimana mencapai kemanisan iman.. dan ia adalah salah satu cara² t'sebut... hurm..
abgchik? oo sudah ada rupanya ...
persoalan abgchik ni sering ana utarakan pada naqibah ana.. sbb ana sampai sekarang tak paham² bagaimana cinta kerana ALLAH.. bukanlah tak tahu, tp caranya sukar utk difahami.. krn kadang² perasaan kita sering ada bisikan² syaitan yg mengganggu... betul tak? tp alhamdulillah anta jaga bebetul.. semoga p'hubungan kalian mendapat keredhaan Allah...
cara abgchik ni samala ngan ana.. tak pernah berckp n berjumpa <-- ermm tp ana kawan biasa jer .. anyway ana rasa dlm umur 15 ni masih awal utk b'perasaan tak gitu?

n thanks 2 aidilsyah 4 the question.. camtu ye cinta kerana Allah? syukran..

-----------------
++ 'Aish 'Azeezan au Mut Syaheedan ++ Live a glory life, or die a noble death ++

Bookmark and Share

    


  Member Information For SyAhEeDaProfil   Hantar PM kepada SyAhEeDa   Quote dan BalasQuote

aina
Warga 1 Bintang
Menyertai: 06.06.2003
Ahli No: 1092
Posting: 25
Dari: sg buloh

Selangor  


posticon Posting pada: 14-11-03 15:04


aina berharap sangat agar Allah temukan aina dengan lelaki yg menyintai aina kerana Allah. sebelum ni, aina tak nampak lg lelaki mcm tu. semuanya sekadar main2 dan nak kecewakan aina. tp Alhamdulillah, aina tak ambil serius tentang tu, sbb aina tau jodoh tu ditangan Allah... cuma aina tak pasti bila aina akan bersua dgn lelaki cm tu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainaProfil   Hantar PM kepada aina   Quote dan BalasQuote

deanna
Warga Rasmi
Menyertai: 30.11.2003
Ahli No: 5395
Posting: 4
Dari: negeri sembilan

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 03-12-03 10:32


......

sebagai manusia yang berperasaan, perasaan ingin menyayangi dan di sayangi adalh lumrah setiap insan.

sayangilah seseorang ihklas kerana Allah, kerana nanti kita akan tahu apa yang dikatakan cinta hakiki.

cinta sajati, ialah cinta yang membawa kita dekt dengan Pencipta. bila kita melihat wajahnya, ia menginagtkan kita kepada Allah, kata-kata yang di lafazkan......berhikmah.
insya Allah, jika kita mencintai seseorang kerana agamanya, kita akan temui jalan bahagia yang sebenar.

wassalam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For deannaProfil   Hantar PM kepada deanna   Quote dan BalasQuote

i_shahdamaii
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.06.2003
Ahli No: 931
Posting: 243
Dari: iium,gombak

egypt  


posticon Posting pada: 03-12-03 11:22


...

Saya pun sama keadaan dengan abgchik,ada seseorang di hati tapi tak pernah terlintas nak lebihkan emosi.Kami hanya berhubung dengan email dan jarang sangat dia call saya,mungkin sebab kami tinggal jauh,saya di sini dia di timur tengah.Alhamdulillah sepanjang perkenalan kami banyak perkara positif yang dia berjaya terapkan dalam siri saya,syukur kerana ditemukan dengan dia.Dia banyak ingatkan saya supaya mendekati Allah dan redha atas segala yang sedang, telah dan bakal berlaku.Dia juga tak memilih rupa,katanya juga yang penting iman dan Islam saya yang diutamakan.
saya tak letakkan harapan yang terlalu tinggi tapi cukuplah saya katakan mmg orang ini yang saya cari...doakan saya ye!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For i_shahdamaiiProfil   Hantar PM kepada i_shahdamaii   Quote dan BalasQuote

muslimahsejati
WARGA SETIA
Menyertai: 06.06.2003
Ahli No: 1091
Posting: 1009
Dari: kota tinggi,johor

Johor  


posticon Posting pada: 03-12-03 12:24


Cara menyintai seseorang kerana Allah...

Setiap insan kat dunia nie inginkan pasangan hidup yang soleh dan solehah.jika ingin menyintai seseorang itu haruslah di iringi dengan doa dan jangan lupa batas-batas yang harus di ikuti.Jangan ingin bercinta tapi tak tahu memilih cinta nya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimahsejatiProfil   Hantar PM kepada muslimahsejati   Quote dan BalasQuote

Fairuzfirdausi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5074
Posting: 304

japan  


posticon Posting pada: 07-12-03 12:23


'innal 'a malubinniat',saya tak ingat ini ayat alquran ataupun hadis..tapi kesimpulannya di sini..niat kita meyayangi dia tu kena betul hanya kerana ALLAH bkn sebab org cakap sayang kerana ALLAH so kita pun ikut jer tapi hati kite tak sepenuhnya tulus mulus kerana ALLAH,ikhlaskan hati kite kerana ALLAH dulu baru kite boleh mengaku kite sayang kerana ALLAH
saya juga nak berkongsi kata-kat dr mohd fadzilah kamsah walaupun rasanya ramai dah tahu..
jika kite rase si dia tu betul menepati pilihan hati,rase serasi dgnnya maka doalah pada ALLAH semoga hati dia dekat dengan kita..
wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For FairuzfirdausiProfil   Hantar PM kepada Fairuzfirdausi   Quote dan BalasQuote

Ms_Nik
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1455
Posting: 105
Dari: Malaysia Bumi Bertuah

Kelantan  


posticon Posting pada: 07-12-03 14:29




sekiranya seseorg itu diciptakan utk kita, doakanlah agar Allah satukan 2 hati ini...sebaliknya, pohonlah agar Allah lupakan dia dr ingatan kita dan ingatan dia jika ianya hanyalah melalaikan....

Cinta itu dibolehkan sekiranya matlamatnya adalah perkahwinan dan menjuruskan kpd kebaikan...klu "cinta monyet" atau sekadar main2, lupakan saja krn itu hanyalah sia2...

namun,cintailah si dia kerana Allah semata2.


Bookmark and Share

    


  Member Information For Ms_NikProfil   Hantar PM kepada Ms_Nik   Quote dan BalasQuote

Fairuzfirdausi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5074
Posting: 304

japan  


posticon Posting pada: 09-12-03 20:42


saya ada satu kisah yang boleh kita jadikan pengajaran,ni citer betul.gini,citernye bermula apabila seorang lelaki ni tertarik pada seorang perempuan (mmg nak dijadikan sbg isteri),diorang ni belajar kat timur tengah tapi saya tak berapa sure negeri mana...so,one day lelaki ni approach ler kakak ni,introduce himself (nama,asal mana...) and sekaligus melahirkan hasrat hati nak amik kakak ni jadi isteri dia,lepas tu lelaki ni tak jumpa dah ngan kakak ni..apalagi menggelabah kakak ni jadinya..dah la tak kenal.and she straight away tepon ayah dia kat malaysia minta pendapat..ayah akak ni diplomat arab saudi and dikenali sbg org alim kat negeri saya..so,he just advised her daughter to calm down while he investigated family lelaki ni yang kebetulan dari negeri yang sama...

siasat punya siasat,rupanya lelaki ni anak kepada bekas pengetua sekolah saya and boleh kata famous gakla kat sini sebab ibu dia ni selalu bagi ceramah tiap2 minggu kat masjid negeri..kira golongan warakla..i'm not very sure what happened after that,tapi lepas tu saya menghadiri majlis perkahwinan diorang ni..

sebenarnya kedua2 family ni saling tak mengenali antara satu sama lain walaupun tinggal di negeri yang sama,tetapi amat dihormati oleh penduduk di sini kerana kewarakan mereka..saya tau pasal citer ni pun sebab saya pernah belajar agama di sekolah yang dibuka oleh ayah kakak ni and nama saya ni sempena nama kakak tu..so,kira rapat gak ngan family kakak ni..

semua ni kuasa ALLAh..kedua2 family yang diredhai -NYA digabungkan dengan cara yang paling halus sekali..sorry kalau citer saya ni tunggang langgang sket tapi moralnya di sini lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik..

wallahu'alam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For FairuzfirdausiProfil   Hantar PM kepada Fairuzfirdausi   Quote dan BalasQuote

wirdatul_hanani
Warga 1 Bintang
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7349
Posting: 25
Dari: Paka

Terengganu  


posticon Posting pada: 11-03-04 15:52



wirda ucapkan terima kasih....
banyak juga yang wirda dapat dalam topik nie...
boleh dijadikan panduan...
abg cik wirda pun dalam situasi yang sama...
ada menyimpan perasaan namun kami tak pernah berbual,berjumpa malah kami kenal pun sebab abgnya satu kolej dgn wirda....
wirda akan jadikan panduan topik ini bagaimana cara untuk menyanyangi insan lain kerna ALLAH....
SYUKRAN....

Bookmark and Share

    


  Member Information For wirdatul_hananiProfil   Hantar PM kepada wirdatul_hanani   Pergi ke wirdatul_hanani's Website   Quote dan BalasQuote

sinar_islamiah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.12.2003
Ahli No: 5550
Posting: 110
Dari: mesia

Perak   avatar


posticon Posting pada: 12-03-04 14:25




Macammana pulak kalau berbual di telefon tapi tak pernah jumpa dan tak pernah kenal orgnya macammana....kenal pun melalui org tgh...bila nak jumpa ada je halangannya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sinar_islamiahProfil   Hantar PM kepada sinar_islamiah   Pergi ke sinar_islamiah's Website   Quote dan BalasQuote

farah_hanan
WARGA SETIA
Menyertai: 17.02.2006
Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 29-03-06 15:03


teruskan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For farah_hananProfil   Hantar PM kepada farah_hanan   Quote dan BalasQuote

Hamas_Ayasy
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.03.2006
Ahli No: 23542
Posting: 128
Dari: Al-Ardhu

Perak  


posticon Posting pada: 29-03-06 15:59


kalau begitu bagus la sinar_islamiah..enti pnye kes same macam kawan saya,cuma beza nya,dia dah tak telefon dan jarang sms dsbb kan ksdaran yang dberi oleh psyarah nya..
bsmuke memang tak pernah..kalau 1 hari mereka bjmpe mesti kaku ha ha..
kalau sms pun hal yang terlalu penting saja,lepas tu terus stop..hbngan mereka dr lepas SPM 2003 sampai sekarang,alhmdlillah
oleh tu,enti jangan la bjmpe.bukan elok pun

Bookmark and Share

    


  Member Information For Hamas_AyasyProfil   Hantar PM kepada Hamas_Ayasy   Quote dan BalasQuote

nurirshad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23047
Posting: 214
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-03-06 17:59


ana tak reti sangat bab ni...
tapi bagi ana, kalau kita cintakan seseorang bukan kerana paras rupa/
kekayaan/keturunan....tapi kerana agama....insyaallah kita sebenarnya mencintai orang itu kerana Allah...

cinta yang sejati,hanya cintakan Illahi...
cinta ayah bonda,tulus suci selamanya...
cintakan saudara,masa berada hanya sementara...
cinta sesama insan,suburkan dengan ketaqwaan...

pilihlah keempat-empat ciri2 yang rasulullah gariskan tapi, lebihkan dari sudut agama...nescaya, siapa untung...anda jugak!!!
semoga bahagia.....wassalam....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurirshadProfil   Hantar PM kepada nurirshad   Quote dan BalasQuote

shinobi
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17265
Posting: 425
Dari: bangi,gombak...

blank  


posticon Posting pada: 29-03-06 18:58


Pada 12-03-04 14:25 , sinar_islamiah posting:

!!! QUOTE !!!


Macammana pulak kalau berbual di telefon tapi tak pernah jumpa dan tak pernah kenal orgnya macammana....kenal pun melalui orang tengah...bila nak jumpa ada saja halangannya..


waalaikumussalam warahmatullah

rasa eloklah enti berjumpe kurang2 sekali, tapi seelok2nya dan yang seharusnya lelaki itu pergi berjumpa enti yang ditemani ibu bapa enti.

Camnerpun teruskan buat solat istikarah. Moga Allah pilihkan calon yang paling sesuai untuk enti :)


-----------------
Telah ditanya kepada seorang soleh ,apakah yang paling menghairankan kamu?
Dia berkata: "Hati yang telah kenal Allah kemudian dia menderhakai-Nya."


Bookmark and Share

    


  Member Information For shinobiProfil   Hantar PM kepada shinobi   Pergi ke shinobi's Website   Quote dan BalasQuote

blueberry_strawberry
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.02.2006
Ahli No: 22980
Posting: 119
Dari: bangi

blank   avatar


posticon Posting pada: 29-03-06 19:09


Pada 29-03-06 18:58 , shinobi posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 12-03-04 14:25 , sinar_islamiah posting:

!!! QUOTE !!!


Macammana pulak kalau berbual di telefon tapi tak pernah jumpa dan tak pernah kenal orgnya macammana....kenal pun melalui orang tengah...bila nak jumpa ada saja halangannya..


waalaikumussalam warahmatullah

rasa eloklah enti berjumpe kurang2 sekali, tapi seelok2nya dan yang seharusnya lelaki itu pergi berjumpa enti yang ditemani ibu bapa enti.

Camnerpun teruskan buat solat istikarah. Moga Allah pilihkan calon yang paling sesuai untuk enti :)


setuju :)


-----------------
Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan Selain Dia, hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia memilki arasy yang agung. At-Taubah:129


Bookmark and Share

    


  Member Information For blueberry_strawberryProfil   Hantar PM kepada blueberry_strawberry   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-04-06 15:19


salam...

pada pendapat ana, kalau enti bebetul yakin dengan pilihan enti, enti perlu berjumpa dengan dia tapi bukan berdua... lagi elok andai lelaki tu sudi bertemu saja di rumah, bersama keluarga..

sekadar pendapat...

wallahu'alam..
salam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

jutawanmuslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2005
Ahli No: 20900
Posting: 1561
Dari: UPM

Selangor  


posticon Posting pada: 12-04-06 15:23


Pada 16-09-03 15:44 , abgchik posting:

!!! QUOTE !!!

saya menjaga batas pergaulan dengan cara yang cukup cermat agar tidak terjerumus ke lembah maksiat.. jadi.. untuk ini.. saya berhubung dengannya hanya melalui email.. tidak pernah bercakap sama sekali walaupun masing2 ada perasaan.. dalam keadaan apa yang kemboja rasa? wassalam..


wow...bagusnya...moga kekal..


-----------------
Irhamni Ya Allah, kekalkan rasa kehambaan ini agar tidak ku berpaut pada dahan yang rapuh, agar tidak ku mengharap pada purnama…


Bookmark and Share

    


  Member Information For jutawanmuslimahProfil   Hantar PM kepada jutawanmuslimah   Quote dan BalasQuote

ubaidillah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 22.11.2004
Ahli No: 12489
Posting: 361
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 12-04-06 16:10


nampak macam sama saja yang posting topik ni..

bagi saya kebanyakan kita sekarang ni memang tak berapa mengerti cintakan seseorang kerana ALLAH..
betul ke kita cintakan seseorang yang berlainan jantina kerana ALLAH.!!!.
kalau la saudara semua baca kitab 'TALBISu IBLIS" maka rasanya persoalan ni tak timbul..

dalam Islam ,cintakan seseorang kerana ALLAH hanya pada kawan sama jantina.(secara umumnya)..lelaki dengan lelaki,wanita dengan wanita..

memang kalau berlainan jantina ada, tapi bukan bagi mereka yang tiada ikatan yang sah..

Harap semua warga ukhwah ni tidak terikut dengan arus remaja yang tidak mengerti batasan Islam

Bookmark and Share

    


  Member Information For ubaidillahProfil   Hantar PM kepada ubaidillah   Pergi ke ubaidillah's Website   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 12-04-06 16:21


boleh ke?ada ke macam tu....hai ni yang membuatkan ana makin confius ni..."saya jrg berbual dengan telefon hanya 1,2 kali 1 bulan sahaja.jumpa pun 3,4,5 bulan sekali..."jumpa?boleh ke?boleh tolong jawab...ana tanya saja

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

ubaidillah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 22.11.2004
Ahli No: 12489
Posting: 361
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 12-04-06 16:30


pelajarila ilmu islam dengan mendalam..belajarlah dg guru yang 'benar dan ikhlas ' dalam memperkatakan batasan agama..

kalau saudara semua belajar di tempat yang dikawal batasan pergaulan..saudara semua akan faham..
belajarlah...

bacalah sirah dan sejarah para salaf yang memperjuangkan agama ALLAH..

adakah wujud di kalangan mereka seseorang yang kasihkan seseorang yang berlainan jantina kerana ALLAH.!!!

"YA ALLAH TUNJUKKANLAH KAMI JALAN YANG LURUS..JALAN MEREKA YANG TELAH ENGKAU KURNIAKAN NIKMAT KEPADA MEREKA "

Bookmark and Share

    


  Member Information For ubaidillahProfil   Hantar PM kepada ubaidillah   Pergi ke ubaidillah's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 12-04-06 16:33


susah nak jelas sebab kita orang mudo,nafsu ada serba sedikit mempengaruhi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 12-04-06 16:40


aah betul-betul....ni yang membuatkan ana makin confius ni.setahu ana macam tu la..macam ubaidillah cakap...entah lew.

pepun cintailah Allah pasti suatu hari akan bertemu Insan yang terbaik...insyaAllah

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 12-04-06 16:49


pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang...
jika cinta satu pasti bertemu yang tidak ternilai..
kerana antara hati kita tiada antaranya lagi yang ada hanya cinta kasih Ilahi...
kita berpisah hanya sementara kerna pertemuan bukan milik kita...
jasad dan suara berjauhan sentiasa...
namun cinta abadi..
biar terpisah selalu menderita...
kerana syurga menagih ujian..
sedang neraka dipagari oleh nikmat..
bertemu tidak jemu berpisah tak gelisah..
bicara kita adalah bicara sufi...
tanpa suara dan kata-kata...
kerana penghubung kita hanyalah suara hati...
bertemu berpisah kerana Allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 12-04-06 16:54


hai payah betul hati ni ye....bedah hati buang la.hehe just kidding

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 12-04-06 16:55


tak perlu buang beri lah hati awak kepada saya..hanis

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

ubaidillah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 22.11.2004
Ahli No: 12489
Posting: 361
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 12-04-06 16:59


Pada 12-04-06 16:33 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

susah nak jelas sebab kita orang mudo,nafsu ada serba sedikit mempengaruhi...


"Tujuh golongan yang akan bernaung di bawah bayangan(naungan-Nya.........pemuda yang membesar dalam keadaan sentiasa beribadat kepada ALLAH"maksud hadis , riwayat muslim

janji kepada orang muda yang berjaya kawal nafsu

Bookmark and Share

    


  Member Information For ubaidillahProfil   Hantar PM kepada ubaidillah   Pergi ke ubaidillah's Website   Quote dan BalasQuote

hanis_syuhada
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah

oman   avatar


posticon Posting pada: 12-04-06 17:06


FITRAH YANG MENJADI FITNAH


Hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? rasa cinta
memang tidak salah. Ia adalah fitrah semulajadi (instinct) yang
ALLAH swt kurniakan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan
dicintai adalah instinct. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti
jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka
tentulah tidak salah merasainya. Namun ALLAH tidak kurniakan cinta
secara polos begitu saja. Dia juga pencipta peraturan cinta demi
menjaga kemurniaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar.
rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu
menjalin hubungan cinta. Di sinilah selalunya remaja terjebak.
Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah
ditetapkan oleh ALLAH swt. Ketika itulah FITRAH telah menjadi
FITNAH. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi
mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

Mengapakah perlu ada peraturan cinta? Jawabnya kerana ALLAH swt
mencintai manusia hambaNYA. Allah inginkan keselamatan dan
kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah
semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak
kemusnahan. Begitulah hubungan cinta hubungan cinta yang terlarang
akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman
sudah pun mengajar kita bahawa jangan sesekali bermain cinta, nanti
terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan
cinta yang membelakangkan Tuhan!

Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi
syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah
risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kuat tertipu dengan
pesona cinta yang dihiasi dengan pelbagai janji dan sumpah setia.
Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan
melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya
akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah
cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala
sehingga seseorang aka menjadi hamba kepada sesiapa yang
dicintainya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa
yang dicintainya. Lupalah diri pada pencipta cinta kerana terlalu
asyik dengan cinta yang dikurniakaNya. Bagaimanakah pula perasaan
kita agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang
diberikan hingga terlupa bersalaman dan berterima kasih dengan
pemberinya?

Allah swt kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang. Seolah-
olah cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan antaranya.
Hukum ALLAH dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan
rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas ALLAH
mengharamkan sentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan
muhrim. Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah
diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan itu syaitan adalah pihak
ketiga. Lebih dari itu pun banyak berlaku. Semuanyanya seolah-olah
halal kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta
telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun
berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul
dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan - zina, sumbang
mahram,bohsia, bohjan, buang bayi dll lagi. Ketika itu indahkah
cinta?

Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di
atas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak
tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan
kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah
cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan
kawalan. Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta? Hendaklah
cinta kita itu didasarkan kepada cinta ALLAH. Ertinya cinta yang kita
berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan ALLAH.

ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu
boleh menghampirkan diri kita kepada ALLAH swt. Cintailah sesiapa
pun, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai
ALLAH. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan
mestilah diniatkan untuk ALLAH!. Soalnya bagaimana?

Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih
memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan
agamanya.

Sabda Rasulullah saw,

"Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh
agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya" .

Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana ALLAH, dengan
tujuan untuk membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan soleh
dan solehah, keluarga yang sanggup memikul amanah & dapat
melaksanakan segala hukum dan perintah ALLAH swt. Semoga dengan
perkahwinan itu juga akan dapat menjaga pandangannya, kehormatan
dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya sentiasa tunduk dan
takut pada ALLAH swt, di samping dapat beribadat dan bertaqwa
kepada ALLAH SWT.

Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk
lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sekadar
untuk bersuka-suka.Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang
jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau
bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah
pasti bukan kerana ALLAH. Hakikatnya cinta itu adalah cinta
terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau
kedua-duanya sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya - Cinta
Monyet!

Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta
tidak ada hukum ALLAH yang dilanggar. Antaranya, tidak
ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak
ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan
sembahyang, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta jangan
sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan
merugikan. Maka, remaja tidak seharusnya mengeluh,"
Cinta apa namanya ini jika tiada dating, tiada
perbualan telefon maraton..atau bahasa remajanya
'bergayut', tiada surat cinta, tiada sentuhan tangan,
tanpa kerlingan dan senyuman?

Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar
peraturan Tuhan. Putus cinta dan kecewa bercinta yang
begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah
disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini.
Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam
perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa sempat
menempuh perkahwinan.

Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala
peraturanNya buat
dengan rasa cinta terhadap hambaNYA. Cinta suci mampu
tumbuh tanpa semua itu.Dan cinta itu pasti akan
membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi
dengan seribu keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh
takdirNya, cinta itu akan terus bersambung ke alam
akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan
bercinta lagi di syurga-empat pertama yang melahirkan
cinta! Ketika itulah FITRAH akan menjadi ANUGERAH!

Wallahu'alam.
ye la tu...Daeng_Jati.
jangan kecik hati ana bagitahu apa yang ana tahu...sebab bab cnta banyak yang diperbncangkan.salah sila betulkan....thank you

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanis_syuhadaProfil   Hantar PM kepada hanis_syuhada   Quote dan BalasQuote

zaie
Warga Rasmi
Menyertai: 09.01.2004
Ahli No: 6343
Posting: 2
Dari: kuching,sarawak

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 14-04-06 14:32


Assalamualaikum...
Bagaimana menyintai seseorang kerana Allah? berdasarkan pengalaman saya yang tak seberapa ni bolehlah ditafsirkan..apabila seseorang itu menyintai pasangannya kerana Allah yakni berserah kepada Allah jodoh, pertemuan, kematian segala-galanya di tangan Allah. biar apa pun yang berlaku misalnya berpisah dengan pasangan, kita tidak cepat menggelabah sebaliknya cool...saja walaupun hati parah ditahap kena "Blender". tak mengapa...kita tak tahu satu hari nanti mungkin kita akan bertemu dengan orang yang lebih baik lagi...
    nak jadi cerita..pernah saya frust kerana orang yang saya cintai...pengalaman kami unik(bagi saya)...kami dah berkawan dan kenal lima tahun sebab satu sekolah..bila habis saja spm masing-masing membawa haluan sendiri..dia ambik STAM sya pulak sambung ambik diploma.waktu kat sekolah tak pernah nak meluah perasaan masing2 sebab masih Kanak-kanak ribena :> lagipun waktu tu dia dah ada couple tapi tak kekal putus ditengah jalan.. sebelum dia berjaya masuk IPTA hubungan kami macam biasa tak pernah call just mesej sampai ke hari ni. dan hari ni...dia telah menghancurlumatkan hati ini..namun alhamdulillah berkat berserah kepada Allah..saya berjaya mengatasi masalah tersebut. kini, saya tak pernah mengharap apa-apa dari dia. biar masa menentukan segalanya...
Kesimpulannya, cintailah sesama insan dengan hati yang tulus ikhlas namun berserah kepada ketentuan Allah jua. Allah S.W.T. penentuan takdir kita. kita hanya merancang....

Bookmark and Share

    


  Member Information For zaieProfil   Hantar PM kepada zaie   Pergi ke zaie's Website   Quote dan BalasQuote

jutawanmuslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2005
Ahli No: 20900
Posting: 1561
Dari: UPM

Selangor  


posticon Posting pada: 14-04-06 14:34


sila baca buku 'tentang cinta'

Bookmark and Share

    


  Member Information For jutawanmuslimahProfil   Hantar PM kepada jutawanmuslimah   Quote dan BalasQuote

nurul09
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.03.2006
Ahli No: 23223
Posting: 91
Dari: shah alam

PulauPinang  


posticon Posting pada: 14-04-06 15:48


Pada 12-04-06 16:49 , hanis_syuhada posting:

!!! QUOTE !!!

pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang...
jika cinta satu pasti bertemu yang tidak ternilai..
kerana antara hati kita tiada antaranya lagi yang ada hanya cinta kasih Ilahi...
kita berpisah hanya sementara kerna pertemuan bukan milik kita...
jasad dan suara berjauhan sentiasa...
namun cinta abadi..
biar terpisah selalu menderita...
kerana syurga menagih ujian..
sedang neraka dipagari oleh nikmat..
bertemu tidak jemu berpisah tak gelisah..
bicara kita adalah bicara sufi...
tanpa suara dan kata-kata...
kerana penghubung kita hanyalah suara hati...
bertemu berpisah kerana Allah...


syahdunya....huhuhuhu...

bercinta kerana Allah...erm,niat nak berkawan tu yang penting agaknya...entahla....
Kalau salah tolong betulkan ek...


-----------------
Demi masa.... Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman serta beramal soleh dan berwasiat (ingat-mengingatkan) dengan kebenaran.


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurul09Profil   Hantar PM kepada nurul09   Quote dan BalasQuote

sutera_puteh
Warga 2 Bintang
Menyertai: 05.04.2006
Ahli No: 23993
Posting: 61
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 14-04-06 15:50


Pada 14-04-06 14:34 , jutawanmuslimah posting:

!!! QUOTE !!!

sila baca buku 'tentang cinta'


siapa penulis nya


-----------------
Jangan cari alasan; carilah penyelesaian
[ Telah diedit oleh: sutera_puteh pada 14-04-06 15:51 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_putehProfil   Hantar PM kepada sutera_puteh   Quote dan BalasQuote

majidah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.08.2004
Ahli No: 10691
Posting: 492
Dari: Macquarie University Village

Kedah  


posticon Posting pada: 14-04-06 17:38


Buat abangchik,
Kalau nak tambah input dan belajar tentang kes ni, boleh rujuk majalah i keluaran Mei atau Jun 2005. Maaf kurang ingat keluaran mana. Ada artikel tulisan Ustaz Pahrol Juoi.

Artikel yang sangat moving. Membacanya, saya membuat kesimpulan konsep menyintai seseorang kerana Allah ini hanya boleh berlaku sesudah perkahwinan mengambil tempat.

Tanpa perkahwinan, konsep cintai seseorang kerana Allah ini agak kurang relevan.

Selamat membaca 8-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For majidahProfil   Hantar PM kepada majidah   Pergi ke majidah's Website   Quote dan BalasQuote

jutawanmuslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2005
Ahli No: 20900
Posting: 1561
Dari: UPM

Selangor  


posticon Posting pada: 14-04-06 17:41


Pada 14-04-06 15:50 , sutera_puteh posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 14-04-06 14:34 , jutawanmuslimah posting:

!!! QUOTE !!!

sila baca buku 'tentang cinta'


siapa penulis nya



pahrol juoi...


-----------------
Irhamni Ya Allah, kekalkan rasa kehambaan ini agar tidak ku berpaut pada dahan yang rapuh, agar tidak ku mengharap pada purnama…


Bookmark and Share

    


  Member Information For jutawanmuslimahProfil   Hantar PM kepada jutawanmuslimah   Quote dan BalasQuote

mieIKIM
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.04.2006
Ahli No: 23916
Posting: 318
Dari: Anyway UnAvailable

italy   avatar


posticon Posting pada: 21-04-06 23:56


Pada 27-09-03 22:11 , aidilshah posting:

!!! QUOTE !!!

IN THE NAME OF ALLAH THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL
akhie soalan enta memang kena pada ana, sebagai sedikit nasihat kepada ana dan untuk akhie sendiri, sila jawab soalan ini dengan ikhlas:

i. Apabila ingat padanya hati kita akan ingat Allah.
ii. Apabila ingat pada dia amalan kita kepada ilahi semakin bertambah.
iii. Apabila hendak melakukan kemungkaran pasti teringat akan pesanan dia.
iv. sentiasa berlumba-lumba melakukan kebaikan dengan dia.
v. hati ini mula ikhlas melakukan sesuatu perkara yang baik setelah mengenalinya kerana Allah.

so akhie jawablah sendiri dan ana rasa ada lagi perkara-perkara yang menyebabkan cinta kita untuk dia kerana Allah yang belum ana catitkan di sini.

selamat menjawab?!!! ila liqa'


inilah yang terjadi,tapi tiada apa-apa.:-di(tersengih shaja)
:-di


-----------------
I'm Pupus Just Now and Now


Bookmark and Share

    


  Member Information For mieIKIMProfil   Hantar PM kepada mieIKIM   Pergi ke mieIKIM's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.154772 saat. Lajunya....