Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 12-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Never explain yourself to anyone, the one who likes you don't need it, the one who hates you won't believe it
-- -- Snickers (warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 50
Ahli: 0
Jumlah: 50




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 6 hari yang lalu
lidah-penghunus: 8 hari yang lalu
muslimin23: 16 hari yang lalu


Al-Quran dan Hadis
Topik: TSA’LABAH : AHLI BADAR YANG TERANIAYA


Carian Forum

Moderator: Administrator, ABg_IMaM, ibnu_musa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» TSA’LABAH : AHLI BADAR YANG TERANIAYA

Please Mendaftar To Post


Oleh TSA’LABAH : AHLI BADAR YANG TERANIAYA

AzmilMustapha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.06.2006
Ahli No: 24880
Posting: 238
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 30-03-07 20:27


Cerita tentang Tsa’labah seringkali kita dengar terutamanya bila isu tentang zakat dibincang. Kisah ini diceritakan dalam kelas-kelas pengajian, ceramah ugama malah juga di mimbar-mimbar khutbah Jumaat.

Ceritanya begini:

Tsa’labah ialah seorang muslim yang taat di mana beliau tidak pernah meninggalkan sembahyang jemaah lima waktu bersama nabi s.a.w. Beliau amat miskin sehingga terpaksa balik ke rumah lebih awal untuk berkongsi kain dengan isterinya. Lantaran kemiskinan yang melampau, beliau meminta supaya nabi s.a.w. mendoakannya supaya diberi kekayaan. Nabi s.a.w. pada mulanya enggan mendoakan Tsa’labah atas alasan kekayaan akan mejadi fitnah kepadanya , tetapi setelah didesak, baginda s.a.w. pun mendoakannya. Berkat doa nabi s.a.w., kambing yang dipelihara Tsa’labah membiak dengan banyak dan cepat.

Kesibukan menguruskan ternakannya menyebabkan beliau mulai cuai dalam ibadatnya. Pada mulanya beliau tertinggal satu dua sembahyang jemaah tetapi akhirnya beliau lansung tidak berjemaah. Untuk mengembangkan ternakannya beliau berpindah ke kawasan pendalaman dan hubungannya dengan muslimin yang lain terputus.

Nabi s.a.w. menghantar utusan untuk mengutip zakat tetapi beliau enggan mengeluarkan zakat malah memperlekehkan kewajipan itu. Sebelum kewafatan nabi s.a.w. beliau merasa insaf dan bertaubat serta ingin mengeluarkan zakat kepada nabi s.a.w. tetapi ditolak. Selepas kewafatan nabi s.a.w. beliau berjumpa dengan Khalifah Abu Bakar .a. untuk mengeluarkan zakat tetapi ditolak oleh Abu Bakar atas alasan beliau tidak dapat menerima zakat itu kerana Rasulullah s.a.w. tidak menerima zakat sa’labah semasa hidup baginda.. Begitu juga di zaman permeritahan Sayyidina Umar al-Khattab .a.

Akhirnya beliau mati dalam keadaan kufur!

Persoalannya :
Siapakah Tsa’labah ini?
Mengapa seseorang yang menyesali perbuatannya dan ingin bertaubat tidak diterima taubatnya?

Tsa’labah yang diceritakan di sini sebenarnya adalah salah seorang dari mereka yang menyertai peperangan Badar. Sebagaimana dimaklumi, ahli Badar telah dijamin syurga oleh Rasulullah s.a.w. Dengan kenyataan ini tidak timbul soal keingkaran dan seterusnya mati dalam kekufuran. Riwayat ini adalah bermotif jahat untuk memburukkan sahabat .a. Bila diteliti, di antara mereka yang mengaitkan Tsa’labah dengan perbuatan derhaka ini ialah Ali bin Zaid. Seorang yang dituduh sebagai penganut Syiah oleh majoriti ulama’ rijal. Sesuai dengan fahaman Syiah yang sentiasa mencari peluang untuk memburukkan sahabat .a. ( yang sebenarnya untuk menyerang peribadi Rasulullah s.a.w. juga) , cerita ini adalah salah satu senjata yang nampaknya tepat pada sasaran dan kini , ulama-ulama ahli Sunnah pula mengambil tempat mempopularkan hikayat karut ini.

Persoalan kedua, mengapakah Rasulullah s.a.w. menolak taubat dari seorang mukmin yang telah menyesali kesalahannya. Bukankah Rasulullah s.a.w. bekerja tanpa henti untuk menarik manusia kepada Islam dan mengingatkan mereka supaya sentiasa bertaubat. Dan adalah tidak masuk akal untuk mengatakan Rasulullah s.a.w. merajuk kerana tidak ditaati bila baginda memerintahkan untuk dipungut zakat pada pertama kalinya.

Penyebaran riwayat ini perlu dihentikan . Kepada sesiapa yang terlanjur meriwayatkannya sama ada melalui tulisan, ceramah atau lain-lain diharap dapat membetulkan fakta ini kepada audien masing-masing.


Sesungguhnya kepercayaan dan kecintaan kepada sahabat .a. adalah di antara paksi tertegaknya agama ini kerana melalui merekalah al-Quran dan sunnah kita dapati hari ini.

www.darulkauthar.com
( Maulana Asri Mohd Yusuf )


-----------------
http://naunganalquran.blogspot.com




Bookmark and Share

    


  Member Information For AzmilMustaphaProfil   Hantar PM kepada AzmilMustapha   Pergi ke AzmilMustapha's Website   Quote dan BalasQuote

Abu_Ruqayyah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.03.2006
Ahli No: 23449
Posting: 590
Dari: Manchester

Selangor  


posticon Posting pada: 30-03-07 20:37


Tolong bagitau pada ustaz2 dan penceramah2 di masjid2 dan surau2 jangan sebarkan cerita ini, sudah tentu puak Syiah Imamiah yang Zindiq dan Munafiq itu akan akan mengambil kesempatan untuk mengutuk, menfasiq dan mengkafirkan Abu Bakar .a yang memerangi golongan yang enggan membayar zakat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Abu_RuqayyahProfil   Hantar PM kepada Abu_Ruqayyah   Pergi ke Abu_Ruqayyah's Website   Quote dan BalasQuote

AzmilMustapha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.06.2006
Ahli No: 24880
Posting: 238
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-04-07 13:28


minta sahabat-sahabiah dapat cetak risalah ini dan tampal di masjid di kariah masing-masing.

Bookmark and Share

    


  Member Information For AzmilMustaphaProfil   Hantar PM kepada AzmilMustapha   Pergi ke AzmilMustapha's Website   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 14-04-07 00:43


Ulama bodoh manalah yang dok buat kerja-kerja tu...."ulama-ulama ahli Sunnah pula mengambil tempat mempopularkan hikayat karut ini". mujurlah ada Maulana yang cerdik pandai seorang ni!

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.093656 saat. Lajunya....