Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Layang-layang naik ke udara kerana menentang angin bukan kerana mengikut arah angin

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 158
Ahli: 0
Jumlah: 158




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 11 jam, 5 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Lintas Langsung Semasa
Topik: AKTIVITI SAMBUTAN PDRM 200 Tahun


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafiz_along_83
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Lintas Langsung Semasa
    »» AKTIVITI SAMBUTAN PDRM 200 Tahun

Please Mendaftar To Post


Oleh AKTIVITI SAMBUTAN PDRM 200 Tahun

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 17-03-07 14:21


15 Mac 2007
( Khamis )
6.45 petang Majlis Tahlil / Bacaan Yasin / Doa Selamat
Penglibatan: Pegawai Polis / Anggota / Kakitangan PDRM    Masjid Bukit Aman

17 Mac 2007
( Sabtu ) 8.30 malam Pra Pelancaran Sambutan 200 Tahun Pasukan Polis
Penglibatan: Orang ramai di jemput hadir Padang Kota Lama, Pulau Pinang

24 Mac 2007
( Sabtu ) 7.00 pagi Pertandingan Golf
Penglibatan: Pegawai Polis / Dif-dif Jemputan Mines Resort & Club, Seri Kembangan

25 Mac 2007
( Ahad ) 7.30 pagi Perbarisan Sambutan 200 Tahun Pasukan Polis
Penglibatan : Orang ramai di jemput hadir
ACARA / AKTIVITI SAMBUTAN... Dataran Merdeka

25 Mac 2007
( Ahad ) 8.00 pagi Pameran 2 Abad PDRM ( Sepanjang Tahun )
Penglibatan: Orang ramai di jemput hadir Muzium PDRM

26 Mac 2007
( Isnin ) 8.00 malam Malam Mess PDRM
Penglibatan : Pegawai Polis / Tetamu-tetamu Kenamaan Banquet Hall, KLCC

29 Mac 2007
( Khamis ) 8.00 pagi Majlis Derma Darah
Penglibatan : Pegawai Polis / Anggota / Kakitangan PDRM Dewan Pengaman, PULAPOL
Kuala Lumpur

1 April 2007
( Ahad ) 7.00 pagi Acara Keagamaan Sikh
Penglibatan : Pegawai Polis / Anggota / Kakitangan PDRM    Gurdwara, PULAPOL Kuala Lumpur

6 April 2007
( Jumaat ) 9.00 pagi Acara Keagamaan Buddha
Penglibatan : Pegawai Polis / Anggota / Kakitangan PDRM Kuil Buddha Mahavehara, Brickfields

7 April 2007
( Sabtu ) 8.00 pagi Ujian Kemahiran Menembak
Penglibatan : Pegawai Polis / Dif-dif Jemputan Kompleks Lapang Sasar,
Briged Tengah PGA, Cheras

12 April 2007
( Khamis ) 9.00 pagi Lawatan Kebajikan ke Hospital
Penglibatan : Pegawai Polis / Dif-dif Jemputan / PERKEP Pusat Perubatan Universiti Malaya

13 April 2007
( Jumaat ) 10.00 pagi Acara Keagamaan Kristian
Penglibatan : Pegawai Polis / Anggota / Kakitangan PDRM Church of satu. Francis of Assasi, 7th
Mile, Cheras, Kuala Lumpur

14 April 2007
( Sabtu ) 1.00 petang Acara Keagamaan Hindu
Penglibatan : Pegawai Polis / Anggota / Kakitangan PDRM Kuil Sri Subramaniam, Batu Caves

22 - 30 April 2007
( Ahad - Isnin ) 3.00 petang Pertandingan Payung Terjun
Penglibatan: Orang ramai di jemput hadir Kompleks Sukan, Langkawi

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Putra_Aiman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.11.2003
Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani

Kedah  


posticon Posting pada: 18-03-07 14:18


polis sedia berkhidmat

kepada negeri dan rakyat

hidup berbahagia

aman sentosa

polis sedia berkhidmat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Putra_AimanProfil   Hantar PM kepada Putra_Aiman   Pergi ke Putra_Aiman's Website   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 24-03-07 16:08


POLIS Diraja Malaysia (PDRM), sebuah organisasi penguatkuasaan undang- undang tertua di negara ini menyambut ulang tahun penubuhan pasukan polis ke-200 esok.

Pasukan polis negara ditubuhkan selepas Piagam Keadilan diperkenalkan King George III pada 25 Mac 1807 di Fort Corwallis, Pulau Pinang.

Pada 11 Ogos 1786, Francis Light mendarat di Pulau Pinang dan tiga tahun selepas kedatangannya penduduk pulau itu meningkat kepada 10,000 termasuk pendatang asing.

Light berpendapat satu badan polis perlu untuk menjaga keselamatan penduduk Pulau Pinang, lalu mengemukakan cadangan itu kepada Syarikat Hindia Timur (EIC) di India tetapi tidak dilayan.

Beliau kemudian diberi pangkat Supritendan dan diarah menjalankan tugas itu sendirian. Beliau terpaksa menggunakan Sepoi (panggilan asal bagi anggota polis) dari India, namun Light bermasalah kerana mereka tidak berdisiplin.

Pada tahun 1787, rusuhan telah berlaku di Pulau Pinang dan beberapa kelasi Eropah terlibat manakala dua orang Siam terbunuh. Sekali lagi Light menulis surat kepada Jeneral Gabenor EIC, Lord Corwallis untuk mengadakan undang-undang serta menubuhkan pasukan polis tetapi sekali lagi ditolak.

Light melantik ketua kaum dinamakan Kapitan (Captain) bagi tiap- tiap kaum Melayu, Cina dan Chulia (India) pada 1792 yang bertindak sebagai majistret kes-kes kecil.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 21 Oktober 1794, Light berterusan menghantar permohonan kepada Lembaga Pengarah EIC untuk menubuhkan pasukan polis yang rasmi tetapi gagal.

Beberapa tahun kemudian, Kolonel Arthur Wellesley singgah di Pulau Pinang dalam perjalanan ke Manila membuat catatan mengenai soal keselamatan dan menggesa EIC supaya melantik seorang majistret berbangsa Eropah.

Pada 19 April 1800, Sir George Leith tiba di Pulau Pinang untuk memegang jawatan leftenan jeneral dan empat bulan kemudian John Dicken sebagai hakim dan majistret pertama di Pulau Pinang.

Pada awal 1804, . T. Farquhar tiba di pulau itu menggantikan Sir George Leith dan polis ketika itu masih lemah dan pelbagai kesalahan dilakukan tanpa diambil tindakan dan dihukum.

Seluruh pentadbiran kemudiannya dirombak dan taraf pulau dipertingkatkan. Seorang gabenor dilantik serta dewan majlis yang bertanggungjawab kepada kerajaan India ditubuhkan sekitar 1805 dan pada 25 Mac 1807, pasukan polis ditubuhkan dengan rasminya selepas Piagam Keadilan diterima.

James Carnegy merupakan sheriff pertama Pulau Pinang.

Sebahagian catatan dan kronologi penting dalam sejarah kepolisan di negara ini selepas ditubuhkan secara rasmi pada 25 Mac 1807:

* Tahun 1825 - Sistem 'Burgher Guard' diperkenalkan untuk memenuhi tugas polis di Melaka dan W.T Lewis dilantik sebagai Ketua Polis negeri itu yang pertama.

* Tahun 1871 - Polis Pulau Pinang, Melaka dan Singapura dikenali Pasukan Polis Negeri-negeri Selat.

* 1 Julai 1896 - Polis Negeri-negeri Melayu Bersekutu terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang ditubuhkan. Di Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu pula dikenali sebagai Pasukan Polis Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.

* 1 April 1946 - Polis Negeri-negeri Selat, Polis Negeri Melayu Bersekutu dan Polis Negeri Melayu tidak Bersekutu disatukan dan dikenali sebagai Polis Malayan Union.

* 1 September 1947 - Penubuhan Pasukan Polis Marin.

* 1 Februari 1948 - Polis Persekutuan Tanah Melayu (PPTM) ditubuhkan berpusat di Kuala Lumpur.

* 16 Jun 1948 - Kerajaan mengisytiharkan darurat ekoran Parti Komunis Malaya (PKM) melancarkan pemberontakan bersenjata.

* 15 Disember 1952 - Pesuruhjaya Polis Malaya, Kolonel Arthur E. Young memperkenal konsep Bersedia Berkhidmat dan lencana tangan bersalaman.

* Ogos 1953 - 'Jungle Company' dirombak dan dikenali sebagai Pasukan Polis Hutan (PPH).

* Ogos 1955 - Pasukan Polis Wanita ditubuhkan.

* 28 hingga 29 November 1955 - Rundingan Baling antara kerajaan Malaysia dan PKM- gagal.

* 5 Disember 1955 - Penubuhan Pasukan Simpanan Persekutuan.

* Mei 1956 - Pasukan Polis Orang Asli atau dikenali sebagai Polis Senoi Praaq ditubuhkan.

* 24 Julai 1958 - Yang di-Pertuan Agong menganugerahkan gelaran 'Diraja'.

* 31 Julai 1960 - Darurat diisytiharkan tamat. Sepanjang 12 tahun menentang komunis, 1,246 pegawai dan anggota terkorban.Seramai 6,711 pengganas terbunuh dan 1,289 orang telah ditawan.

* 11 November 1961 - Yang di-Pertuan Agong menganugerahkan Panji-panji Diraja.

* 16 September 1963 - PPTM, Polis Sabah dan Sarawak disatukan sebagai PDRM.

* Tahun 1968 - PKM melancarkan semula pemberontakan dan membunuh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman Hashim; Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong dan ramai pegawai dan anggota polis Cawangan Khas dan PPH.

* 25 Oktober 1969 - Kebangkitan semula PKM ditentang hebat PDRM sehingga membawa kepada penubuhan sebuah pasukan elit polis hutan dikenali sebagai Komando 69.

* 24 Julai 1971 - Yang di-Pertuan Agong mengurniakan panji-panji kepada PPH, Pasukan Simpanan Persekutuan dan Polis Marin.

* 25 Mac 1975 - Buat pertama kali sambutan Hari Polis diadakan dengan slogan 'Bersatu Bertanggungjawab' dan Bluff Road Hill digantikan dengan Bukit Aman.

* 19 Disember 1979 - Penubuhan Unit Udara PDRM.

* 2 Disember 1989 - PKM mengadakan perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia dan Thailand di Hatyai, Thailand - PKM telah meletakkan senjata.

* 17 Oktober 1990 - Perjanjian damai Kerajaan Malaysia dengan Biro Ke-2 Parti Komunis Kalimantan Utara di Kuching, Sarawak bagi menamatkan semua kegiatan bersenjata parti komunis di negeri itu.


Polis terbilang

mesra, cepat dan betul

Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 24-03-07 16:35


Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) patut ditubuhkan bagi memperbaiki disiplin dan imej pasukan polis yang dah rosak....dek kerana terlalu banyak sangat anggota2nya melakukan keganasan, mengamalkan rasuah, salahgunakuasa, jadi boneka orang-orang besar.

unit agama PDRM patut ditubuhkan....bagi mengislah anggota2 polis....pegawai polis kena diislahkan....dari serendah2 pangkat hinggalah kepada pemegang jawatan ketua polis negara.

polis kena kembali kepada objective berbakti/menjaga keselamatan rakyat....bukannya menjaga keselamatan orang-orang besar...bukannnya memastikan/menjaga survival politik UMNO.

wallahua'lam
[ Telah diedit oleh: naruto-san pada 24-03-07 16:50 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.086848 saat. Lajunya....