Oleh |
Fatwa Best Bin/Binti. |
ShahrulZaman
WARGA SETIA Menyertai: 01.02.2007 Ahli No: 28499
Posting: 1138
Dari: Walidain
|
Posting pada: 13-03-07 21:16
Majlis Fatwa Negeri Perlis Sabtu menetapkan bahawa orang bukan Islam yang memeluk agama Islam wajib mengekalkan nama bapa atau keturunannya tanpa perlu menukar nama asal dengan bin atau binti Abdullah. Mufti Negeri Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata fatwa itu bertujuan menangani rungutan daripada orang bukan Islam yang menyatakan bahawa hak mereka untuk mengekalkan nama bapa atau keturunan apabila memeluk agama Islam telah dinafikan. "Apabila orang bukan Islam memeluk agama Islam, nama mereka dibinkan atau dibintikan dengan Abdullah. Ini tidak boleh kerana mereka sebenarnya dinafikan sifat keadilan dan hak selain menjejaskan apa yang dipertahankan oleh Islam iaitu nasab (keturunan). "Menukarkan kepada bin Abdullah adalah pelik dan tidak berlaku dalam sejarah Islam. Pada zaman Nabi, mereka yang memeluk agama Islam tidak mengubah nama bapa atau keturunan mereka dan berkaitan dengan nasab. "Dengan itu, Majlis Fatwa Negeri Perlis sebulat suara setuju dengan keputusan tidak membenarkan mereka mengubah nama bapa atau keturunan mereka apabila memeluk agama Islam," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan perbincangan khusus mengenai perkara itu bersama 13 anggota Majlis Fatwa Negeri Perlis di Kangar. Bernama melaporkan Dr Asri berkata mengubah nama asal dan meletakknya dengan bin atau binti Abdullah apabila seseorang memeluk agama Islam hanyalah tradisi dan ia bukan syariat Islam serta tidak pula diwajibkan dalam Islam. "Ini juga untuk menghormati keturunan seseorang itu. Banyak hadis yang melarang kita menipu keturunan. Oleh sebab itu, Majlis Fatwa Negeri Perlis membuat keputusan mengubah nama seperti itu adalah dilarang dan dalam erti kata lain, ia adalah sesuatu yang haram," katanya. Sambil memberi contoh, beliau berkata jika seseorang itu bernama Sami anak lelaki Raju, apabila memeluk Islam dia hendaklah mengekalkan namanya sebagai Sami bin Raju dan bukan Sami bin Abdullah. "Sebab yang lain, adalah untuk mengelakkan salah sangka di kalangan orang bukan Islam. Dengan adanya fatwa ini, dapat menjelaskan bahawa Islam adalah agama yang adil," katanya. Dr Asri berkata bagi mereka yang telah memeluk agama Islam dan menukar nama asal dengan bin atau binti Abdullah, mereka mesti menukar semula nama bapa atau keturunan mereka sekiranya tidak melibatkan halangan dalam unsur perundangan seperti kad pengenalan atau dokumen diri. Beliau berkata fatwa itu yang berkuatkuasa di Perlis akan dibawa dan dibincangkan pada Majlis Agama Islam dan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk diputuskan. Satu kertas kerja sedang dibuat untuk dibentangkan kepada Majlis Agama Islam yang akan bersidang pada 1 April di Selangor. - 10/3/2007 BEST KE??? ----------------- sama-sama mencari kebenaran, HATI dikawal oleh AKAL, AKAL dikawal oleh IMAN, Jika HATI selalu kotor, selalulah tingkatkan kualiti IMAN [ Telah diedit oleh: ShahrulZaman pada 14-03-07 01:12 ]
|
Wuddah
WARGA SETIA Menyertai: 04.03.2007 Ahli No: 29021
Posting: 508
Dari: Chenderong Balai
|
Posting pada: 13-03-07 22:08
 ..saya setuju tapi biarlah namanya ditukar kepada nama islamic sikit. bayangkan kalau dia ada anak nanti, aishah buat raju, kan tak cantik...kalau aishah buat ahmad raju...mungkin sesuai sikit..susah nanti nak bezakan dengan yang beragama lain...akan timbul permasalahan lain..contohnya nama dalam masyarakat org asli pun dah banyak mengikut nama masyarakat melayu, kdng2 tak tahu dia muslim @ bukan muslim...ada seorang mualaf memberi komen yang tidak setuju dengan pendapat ini...seingt saya, ada sebuah hadis mengatakan nama pun penting dalam perhitungan di padang masyar contohnya, yang bernama muhammad akan dihitung dahulu...saya minta maaf kalau pendapat ini mengguris mana-mana pihak..ilmu agama saya pun tak setinggi mana jika dibandingkan dengan mufti tersebut...harap keputusan di buat dengan memikirkan kesannya di masa akan datang..
|
zinniratunnajua
Warga 4 Bintang Menyertai: 06.12.2004 Ahli No: 12834
Posting: 271
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 13-03-07 22:13
baru-baru ni sahabat ana dr fakulti yang sama peluk Islam...huhuhuu...alhamdulillah..terharu sungguh tengok dia nangis waktu lafaz syahadah.... nama dia Nur Maisarah binti Chang.. ustaz muallaf dr PERKIM tu kata sama lah macam apa yang Ustaz Asri cakap kat atas ni... bin Abdullah tu masy Malaysia saja yang buat...tak salah nak ikut, xikut pun tak salah...
|
ridz07
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.10.2004 Ahli No: 11876
Posting: 102
Dari: Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato' Razali Ismail (IPGM-KDRI), Kuala Terengganu...
|
Posting pada: 13-03-07 22:40
Sebenarnya haram hukumnya menasabkan nama bukan kepada keturunan asalnya.... Jadi biarkan nama asal bapanya....
|
izzul_islam
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2003 Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut
|
Posting pada: 14-03-07 01:01
Pada 13-03-07 22:40 , ridz07 posting:!!! QUOTE !!! Sebenarnya haram hukumnya menasabkan nama bukan kepada keturunan asalnya.... Jadi biarkan nama asal bapanya.... memang haram...sebab tu kita letak bin Abdullah - (hamba allah) atau nama2 Allah yang lain....kalau letak nama orang lain ( kasim ke..mamat ke) memang haram....kena paham konteksnya.... pesanan untuk semua ; hati-hati dalam memahami sesuatu perkara dalam agama....islam bukan agama logik semata2...kena blajaq tentang dalil naqli dan juga aqli..okes... [ Telah diedit oleh: izzul_islam pada 14-03-07 01:02 ]
|
masri2
WARGA SETIA Menyertai: 21.02.2005 Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin
|
Posting pada: 14-03-07 12:04
http://www.islam-qa.com/index.php?ref=284&lain=engQuestion: I was given the name Tyrone Anthony Parker at birth by my non-muslims parents. After taking shahada, I changed my name to Bilaal Faaruwq Abdus-Salaam. I have recently found out that I shouldn't have left my family name and I plan on returning to it. If my parents tell me to return to my given name (Tyrone-has pagan origins ; Anthony-means flourishing) do I have to do it? Answer: Praise be to Allaah. For the one whom Allaah has guided to Islam, it is sufficient for him to choose an Islamic first name for himself and to keep his father’s name or surname, because the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) did not command the Sahaabah to change their fathers’ and grandfathers’ names when they embraced Islam. However, he did change the first names of those who had names with forbidden or undesirable meanings. Because your first name has pagan origins, your changing it to another name, such as Bilaal, is proper and correct. But you should keep the rest of your name and surname as it is; this will please your parents. May Allah guide them, and may He give us and you strength. May Allaah bless our Prophet Muhammad. Islam Q&A Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid
|
eme86
WARGA SETIA Menyertai: 13.07.2005 Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.
|
Posting pada: 14-03-07 14:19
 Bagus juga....nanti tak ada lah orang bukan Islam menyangka bahawa Islam cuba menghapuskan asal usul mereka yang memeluk Islam serta cuba mewujudkan asal usul yang baru...... ----------------- Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...
|
hanis_syuhada
WARGA SETIA Menyertai: 28.10.2005 Ahli No: 20157
Posting: 444
Dari: kedah
|
Posting pada: 15-03-07 11:47
memang haram...sebab tu kita letak bin Abdullah - (hamba allah) atau nama2 Allah yang lain....kalau letak nama orang lain ( kasim ke..mamat ke) memang haram....kena paham konteksnya.... pesanan untuk semua ; hati-hati dalam memahami sesuatu perkara dalam agama....islam bukan agama logik semata2...kena blajaq tentang dalil naqli dan juga aqli..okes... setuju...jangan ikut membuta tuli.
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 15-03-07 16:19
‘Tiada paksaan tukar nama’Oleh Hasnira Hassan dan Adha Ghazali Mualaf dibenar kekal nama keluarga: Jakim KUALA LUMPUR: Saudara baru tidak dikenakan sebarang paksaan menukar nama atau keturunan selepas memeluk agama Islam, malah mereka diberi pilihan untuk mengekalkan penggunaan nama keluarga masing-masing. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mustapa Abdul Rahman, berkata Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) tidak pernah membincangkan isu penggunaan istilah ‘bin Abdullah’ terhadap saudara baru. Sebaliknya, saudara baru hanya disyaratkan mendahulukan nama Islam pada nama asalnya, seperti Ahmad Chong Ah Kau. Keputusan itu dibuat dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (JFK) pada 28 Januari 1981. Fatwa lain yang turut dibuat ketika itu ialah penggunaan istilah ‘bin Abdullah’ atau sebarang nama di dalam Asma Al Husna yang dimestikan terhadap anak tidak sah taraf. “Mereka (Perlis) boleh pakai (keputusan pengharaman ‘bin Abdullah’ dalam nama saudara baru). Kita, MFK tidak pernah memutuskannya (pengharaman ‘bin Abdullah’). “Sebelum ini, bagi saudara baru, kita (MFK) hanya putuskan nama awal perlu ada nama Islam, tetapi bin atau binti, tidak kisah. Sama ada mereka hendak kekalkan nama keturunan atau tidak, tidak mengapa,†katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Beliau berkata demikian mengulas keputusan Majlis Fatwa Perlis, untuk tidak menggunakan istilah ‘bin Abdullah’ bagi saudara baru, kerana menyifatkannya bukan syariat Islam dan penukaran nama atau keturunan keluarga itu sebagai haram. Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata golongan itu harus mengekalkan nama dan keturunan asal yang menentukan nasab (keturunan) masing-masing. Mufti Perak, Datuk Dr Harussani Zakaria, berkata pihaknya akan tetap menggunakan kaedah sedia ada dan terpulang kepada Perlis untuk membuat keputusan sendiri. Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar, berkata sebarang keputusan seumpama itu perlu dibincang pada peringkat kebangsaan, supaya pelaksanaannya dapat diseragamkan, selain mengelakkan peraturan Islam diperlekeh. Pegawai Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Perlis, Abd Rahim Abdullah, pula menggesa Majlis Fatwa Perlis mengkaji semula keputusannya itu bagi memelihara kesucian Islam, selain mengelak timbulnya percanggahan akidah. “Majlis Fatwa Perlis tidak seharusnya memutuskan penggunaannya sebagai haram semata-mata kerana ia tidak diamalkan pada zaman nabi, kerana keadaannya berbeza. “Setiap kaum di Malaysia menggunakan bahasa masing-masing dan nama yang diberikan juga mempunyai maksud yang pelbagai. Malah, ada antaranya mempunyai maksud yang bercanggah dengan akidah dan sudah pasti tidak sesuai diguna pakai,†katanya. http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Nasional/20070311224048/Article/----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
aye
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2006 Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak
|
Posting pada: 12-04-07 15:30
hmmmm...........pelik-pelik... Imam Nawawi berkata di dalam Syarah Sahih Muslim, "tidak boleh bagi seseorang mufti atau kadi mewajibkan menggunakan pendapatnya ke atas seseorang yang berlainan pendapat dengannya selama mana pendapat itu tidak bercanggah dengan Nas, Ijmak dan Qias yang sahih dan kuat"
|
Saifuddin
WARGA SETIA Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3878
Posting: 1421
|
Posting pada: 12-04-07 17:00
Hadis sahih Muslim jilid 4 no 2297 Dari Abdullah bin Amru bin Al‘Ash, katanya dia mendengar Rasulullah saw. Bersabda “ Allah tidak menghapuskan ilmu (Addin) dengan cara mencabutnya dari dada seluruh manusia tetapi dengan jalan mewafatkan para Ulama’. Apabila Ulama’ sudah habis, umat manusia mengangkat orang bodoh menjadi pemimpin mereka. Lalu mereka bertanya kepada para pemimpin yang bodoh. Si pemimpin memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan orang banyak maka sesatlah mereka semuanyaâ€
|
niza_ati
WARGA SETIA Menyertai: 17.12.2004 Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor
|
Posting pada: 12-04-07 17:26
kan elok pakai saja yang lama...huhu...tak ada masalah pun..teruskan saja lah..lau macam ni..susah nak beza org islam..sebab org iban pun pakai buat/bin lepas itu name bapak depa -----------------  cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku
|
nni
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.04.2005 Ahli No: 15868
Posting: 107
Dari: kiri ada meja study, kanan ada katil, depan ada PC, belakang..??
|
Posting pada: 12-04-07 17:44
|
qibtiyah
WARGA SETIA Menyertai: 10.07.2005 Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish
|
Posting pada: 12-04-07 18:35
|
Saifuddin
WARGA SETIA Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3878
Posting: 1421
|
Posting pada: 16-04-07 17:11
better guna bin Abdullah.
|
pukau
WARGA SETIA Menyertai: 09.06.2004 Ahli No: 9369
Posting: 643
Dari: KL
|
Posting pada: 16-04-07 17:57
Senangnya main hukum halal haram.
|
graduanislam22
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.01.2007 Ahli No: 28041
Posting: 343
Dari: selayang
|
Posting pada: 16-04-07 18:44
Pada 12-04-07 15:30 , aye posting:!!! QUOTE !!! hmmmm...........pelik-pelik...
Imam Nawawi berkata di dalam Syarah Sahih Muslim, "tidak boleh bagi seseorang mufti atau kadi mewajibkan menggunakan pendapatnya ke atas seseorang yang berlainan pendapat dengannya selama mana pendapat itu tidak bercanggah dengan Nas, Ijmak dan Qias yang sahih dan kuat" Terpulang kepada mua'allaf nak guna nama ayahnya yang asal atau tukar kepada yang lebih baik. Kalau tidak ada nas atau dalil yang kuat, tak perlu nak mengharamkan sesuatu. memang ada golongan yang suka bincang perkara furu' dalam fiqh. Lebih baik kita teruskan usaha untuk kembalikan Daulah Islamiyyah.. ----------------- "..::peliharalah mata, kata dan hati kerana semuanya kan ditanya::.."
|
syahirahsoid
WARGA SETIA Menyertai: 06.03.2007 Ahli No: 29040
Posting: 496
Dari: mana hendak ke mana
|
Posting pada: 16-04-07 20:14
ei...Boleh ke?? len macam saja bunyi kalau xtukar name ayah downg..
|
ainul_tapah
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.04.2007 Ahli No: 29441
Posting: 145
Dari: Nilai_Butterworth
|
Posting pada: 17-04-07 09:12
emm..kalau dalam buku syariah thing.4,Allah ada tegur nabi sebab menasabkan Zaid bin Harithah jadi Zaid bin Muhammad...lepas itu nabi pun tukar balik kepada bapa Zaid....tapi yang tu anak angkat...hehehe... kalau mualaf tak tau pula..
|
bintubahariyah
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.08.2006 Ahli No: 25924
Posting: 242
Dari: usm
|
Posting pada: 17-04-07 09:30
Pada 16-04-07 18:44 , graduanislam22 posting:!!! QUOTE !!! Pada 12-04-07 15:30 , aye posting:!!! QUOTE !!! hmmmm...........pelik-pelik...
Imam Nawawi berkata di dalam Syarah Sahih Muslim, "tidak boleh bagi seseorang mufti atau kadi mewajibkan menggunakan pendapatnya ke atas seseorang yang berlainan pendapat dengannya selama mana pendapat itu tidak bercanggah dengan Nas, Ijmak dan Qias yang sahih dan kuat"
Terpulang kepada mua'allaf nak guna nama ayahnya yang asal atau tukar kepada yang lebih baik. Kalau tidak ada nas atau dalil yang kuat, tak perlu nak mengharamkan sesuatu. memang ada golongan yang suka bincang perkara furu' dalam fiqh.
Lebih baik kita teruskan usaha untuk kembalikan Daulah Islamiyyah..
itulah..cabang saja. awat tak tumpu saja pada pentarbiyyahan saudara2 baru kita. fokus pada masalah yang depa hadapi, tentangan dan sebagainya. benda kecik gini pun dah jadi besaq. sebut haram2 ni, menakutkan saja. suka hati depala nak ubah ka tak. asalkan bermaksud baik.. erm, kenapa rasa macam dah pernah diforumkan topik ni ya??
|
Saifuddin
WARGA SETIA Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3878
Posting: 1421
|
Posting pada: 17-04-07 17:13
pukau tulis Senangnya main hukum halal haram. HALAL apa jika guna BIN Abdullah
|
swordofdeen
WARGA SETIA Menyertai: 11.06.2003 Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth
|
Posting pada: 17-04-07 17:29
|
LinCikedot
WARGA SETIA Menyertai: 03.09.2006 Ahli No: 26163
Posting: 811
Dari: Atap Rumbia
|
Posting pada: 17-04-07 17:59
ooo...seperti itu rupanya
|
ShahrulZaman
WARGA SETIA Menyertai: 01.02.2007 Ahli No: 28499
Posting: 1138
Dari: Walidain
|
Posting pada: 17-04-07 18:00
mari kita sama-sama ngaji lebih dalam lagi.
|
fiza_fizi
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.03.2005 Ahli No: 15184
Posting: 126
Dari: ~~negeri tercinta
|
Posting pada: 18-04-07 10:16
guna nama asal bapa lagi elok...tapi terpulang lah....kalau guna nama bapak dia mungkin mereka pun lama2 boleh terima islam....tapi apa pun biar niat tu betul.
|