Oleh |
muslimah mesti keras hati! |
imtihan_insyirah
WARGA SETIA Menyertai: 07.04.2006 Ahli No: 24051
Posting: 732
Dari: Darul Ehsan
|
Posting pada: 13-02-07 16:46
Wanita Mesti 'Keras Hati' Oleh: lah Abwa “Saya memang tidak gemar melihat wanita yang terlampau mengada-ngada atau istilah kasarnya ‘gedik’,’getik’, ‘geletis’ dan ‘gelenyar’. Bukan kerana jiwa saya keras tetapi saya sukakan wanita yang kuat pendirian dan cekal berpedoman. Maksudnya wanita yang ingin mendampingi saya mestilah seorang yang tidak marah-marah jika hubungan yang terjalin ‘dingin’ dan tidak dihujani panggilan telefon setiap hari yang sekadar untuk bertanya ‘sudah makan atau belum?†dan “sihat atau tidak†- begitulah pandangan seorang penulis lelaki dalam sebuah majalah wanita. Saya tertarik dengan pandangan ini kerana fenomena berkomunikasi secara lunak manja ini semakin menjadi trend wanita hari ini terutama yang berkerjaya khususnya dalam bidang perniagaan. Bukan sahaja sebagai pelaris perniagaan bahkan sebagai pelaris diri. Kebiasaannya, hati lelaki lebih terpikat kepada wanita lemah lembut, mudah ketawa manja dan yang pandai mengoda dengan jelingan penuh bermakna. Jarang kita temui lelaki yang tak sukakan wanita jenis ini seperti yang ditulis oleh penulis di atas. Tentu sebahagian besar dari kita pernah dan biasa melihat iklan Hotlink terbaharu yang menampilkan dialoq lucu seorang jurujual wanita mempromosi hotlink plan berganda dengan nada suara lunak menggoda. Tapi yang mengada ngada bukan di jurujual wanita tu tetapi si pembeli lelaki itu. Lucu dialoqnya “tadi kanda sekarang sayang...â€, satu dialoq ala pekak badak. Walaupun ianya hanya sebuah iklan untuk menarik perhatian penonton dan melariskan produk, tetapi trend mengoda semakin menjadi jadi dalam iklan produk tempatan. Lihatlah iklan syampu ‘sunsilk’. Model wanitanya walaupun bertudung tapi tetap digambarkan meliuk lintuk , menjeling manja dan berbalas senyum dengan si jejaka. Salah satu slot iklan syampu ini memaparkan adegan seorang wanita terserempak dan terjatuh buku kuliah, lalu bertentang mata. Tak tahu apa kaitan dengan rambut yang telah disyampu dan terselindung disebalik tudung. Sekali imbas paparan lemah lembut ini sangat serasi dengan budaya melayu atau budaya Malaysia. Kerana umat melayu terkenal dengan lemah lembutnya. Cinta mudah bertaut dengan gaya lemah lembut. Saling bertanya khabar dianggap satu pernyataan bukti saling mengingati dan saling mengambil berat. Bila talian hotlink tidak lagi sibuk dengan SMS dan panggilan sayang, aduhai terasa dunia gelap, sunyi dan sepi. Kemana kah akan di bawa hati nan lara? SMS ON CINTA hantar ke 32728 (Dapat)! Syarikat telekomunikasi juga yang untung. Paparan di akhbar akhbar perdana cukup membimbangkan saya. Saban hari ada ada sahaja cerita derita wanita akibat korban cinta tak bermaruah. Setiap hari ada kisah gadis di rogol teman lelaki yang baru dikenali. Ada kisah wanita meratap meminta simpati akibat diceraikan oleh suami yang lari mengikut wanita lain yang lebih menggoda. Dalam majalah wanita, akhbar tabloid mahupun akhbar terkemuka, ruangan soal jawab masalah remaja sering menjadi kolum yang diminati. Masalahnya hampir sama , seperti membaca novel, temanya tetap sama. Tema cinta terlara, kisah hati yang tak bahagia. Kerbanyakkan pengadu dalam kisah cinta terlara ialah wanita. Bukan maknanya lelaki tak pernah jadi korban cinta terlara tetapi mereka kurang menuliskanya. Mungkin untuk untuk menjaga status .Sebagai manusia yang punya agama, saya lebih memikirkan Kenapa manusia begitu mendambakan bahagia cinta terlarang? Kenapa saya kata ianya cinta terlarang? Apakah agama menghalang manusia bercinta ? Tidak, bukan itu maksud saya. Malah Islam adalah agama kasih sayang. Islam itu sendiri datang dari perkataan salam. Iaitu kesejateraan Kasih sayang tidak terbatas antara manusia berlainan jantina sahaja malah merangkumi kasih saya sejagat, sayang kepada sesama manusia,haiwan dan alam sekeliling. Allah s.w.t menjamin kasih sayang sesama manusia jika manusia mengikuti peraturan yang telah ditetapkannya. Kasih sayang antara lelaki dan wanita yang masih belum terikat dengan akad, wajib dibatasi dengan beberapa hukum yang telah ditetapkan. Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32 yang bermaksud, "Maka seseorang wanita itu janganlah melembutkan suaranya kerana menyebabkan hati orang lelaki yang ada penyakit akan menaruh harapan. Seseorang wanita hendaklah mengucapkan perkataan yang sopan." Penyakit syahwat adalah dianggap sebagai zina yang boleh berlaku dalam hati ketika seseorang wanita melembutkan atau merendahkan suaranya secara berlebih-lebihan dan bertujuan goda. Berdasarkan kepada permasalahan ini, seseorang wanita sewajarnya bersikap sederhana bila berbicara dengan lelaki yang bukan suaminya. Sikap sederhana ini bukanlah satu larangan yang bertujuan menyekat naluri cinta tapi sebaliknya adalah larangan untuk menjaga kehormatan wanita dari diperkotak-katikkan oleh lelaki durjana yang sentiasa mencari peluang berfoya-foya dengan wanita wanita penggoda. Sebenarnya bukan lelaki durjana sahaja yang mencari-cari peluang, malah hakikatnya syaitan lah yang sentiasa mencari peluang menyesatkan anak adam. Wanita adalah mahluk yang lemah fizikalnya, jika tidak dikuatkan iman wanita dengan mentaati suruhan dan menjauhi larangan Allah s.buat maka tewaslah wanita itu menjadi umpan syaitan. Wanita terpedaya lelaki pula tergoda. Kedua duanya saling terfana dan akhirnya merana. Wanita mesti ‘keras hati ‘ untuk mentaati perintah Allah. Hanya dengan cara itu sahaja bahagia yang hakiki akan dapat dirasa. Permainan cinta dengan tanda sayang dan belai kasih yang diucapkan saban hari , saban waktu terluang hanyalah satu ‘interface’ yang melekakan. Bila sudah kecundang dan jadi hamba cinta, masa itulah peranan syaitan menjana nafsu syahwat tak dapat lagi disekat. Masa itu kehormatan diri mudah jadi galang ganti. Siapakah yang akan menghormati wanita yang sudah hilang harga diri? Pepatah melayu kata “kesal dahulu pendapatan kesal kemudian tiada berguna†Fikirkan. http://ummahonline. com/index/ modules.php? name=News&file=article&sid=483 ----------------- ALLAH IS ENOUGH FOR ME
|
ulfah_widad
Warga 4 Bintang Menyertai: 20.07.2006 Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor
|
Posting pada: 13-02-07 17:27
.. Ana setuju dengan artikel ni..ana sendiri dah buat...alhamdulillah itulah kekuatan tuhan bagi untuk menghadapi ujian hati dan perasaan pada kita...keraskan hati pada pegangan kita..jangan di biar hati dan perasaan srta perlakuan yang mengundang murka tuhan menghinggap diri kita..di khuatiri kita terjebak dalam maksiat hati..masa tu hati dan perasaan pun tak tenang..bolehkah kita hidup jauh dari rahmat tuhan???Tepuk dada tanyalah iman... ------------------------- Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).
|
sailormoon
WARGA SETIA Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^
|
Posting pada: 13-02-07 20:56
Muslimah memang kena " keras hati"...Jangan jadi seperti anak patung yang boleh di buat apa saja... ----------------- DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 14-02-07 01:08
wanita sering dieksploitasi.. tak kira di mana dan bagaimana... mangsanya tetap wanita... hanya kerana nipisnya iman di dada, 'wanita' rela dieksploitasi... hanya kerana mengejar kedudukan ternama, wanita rel diperguna walau mulutnya mengatakan terpaksa.. sekadar pandangan ana..
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 14-02-07 01:39
benar perlu keraskan hati, tapi jangan butakan mata.. jangan tulikan telinga... jangan sempitkan pandangan kita..
|
akwa
WARGA SETIA Menyertai: 23.11.2005 Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu
|
Posting pada: 14-02-07 07:43
keraskan hati kepada maksiat.. lembutkan hati utuk kebaikkan..
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 14-02-07 09:37
Pada 14-02-07 07:43 , akwa posting:!!! QUOTE !!! keraskan hati kepada maksiat.. lembutkan hati utuk kebaikkan.. betul tu akwa -----------------
|
miledi
WARGA SETIA Menyertai: 28.07.2006 Ahli No: 25473
Posting: 531
Dari: peneng
|
Posting pada: 14-02-07 10:54
keraskan hati pada godaan yang mendatang..lembutkna hati untuk mendekatkan diri kepada NYA..
|
SHAMR
WARGA SETIA Menyertai: 05.10.2004 Ahli No: 11639
Posting: 777
Dari: Dari ALLAH kita datang, kepadaNya kita kembali...
|
Posting pada: 14-02-07 11:10
Salam. Saya setuju muslimah kena keras hati. Kita kan benteng agama. Kalau muslimah keras hati dan tak bukak peluang, memang lelaki tak boleh nak exploit. Jadi sayangi diri, demi agama dan maruah. ----------------- "Jangan gugur sebelum syahid!"
|
zulman
Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 14-02-07 13:46
Pada 13-02-07 17:27 , ulfah_widad posting:!!! QUOTE !!! ..
Ana setuju dengan artikel ni..ana sendiri dah buat...alhamdulillah itulah kekuatan tuhan bagi untuk menghadapi ujian hati dan perasaan pada kita...keraskan hati pada pegangan kita..jangan di biar hati dan perasaan srta perlakuan yang mengundang murka tuhan menghinggap diri kita..di khuatiri kita terjebak dalam maksiat hati..masa tu hati dan perasaan pun tak tenang..bolehkah kita hidup jauh dari rahmat tuhan???Tepuk dada tanyalah iman...
------------------------- Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka). bukan "keras hati" tapi "keraskan hati" terhadap perkara maksiat dan dosa.. keraskan hati untuk capai cita-cita. keraskan hati untuk berjaya.
|
starfish
Warga 3 Bintang Menyertai: 31.01.2005 Ahli No: 14030
Posting: 76
Dari: Seremban
|
Posting pada: 14-02-07 13:47
salam..saya jugak amat setuju...pokok pangkal jika hati dah ditetapkan pendirian ..InsyaAllah tak mudah goyah dengan cubaan dari sang buaya2 ini
|
FIENDA
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.11.2006 Ahli No: 27433
Posting: 224
Dari: NS
|
Posting pada: 14-02-07 14:13
Salam, kita setuju. wanita sekarang ini semuanya lmbut sngat hati. jika kita keras hati takkan tak jadi pkare yang kita tak suka terjadi.
|
sahihnor
Warga 4 Bintang Menyertai: 23.07.2005 Ahli No: 17515
Posting: 182
Dari: Ranau,Sabah
|
Posting pada: 14-02-07 18:08
setuju sangat dengan pendapat ni... muslimah sekarang mesti kuatkan semangat dan hati untuk menghadapi segala cabaran.
|
Nilam_sejati
Warga 4 Bintang Menyertai: 01.10.2005 Ahli No: 19480
Posting: 205
Dari: Tg Karang
|
Posting pada: 14-02-07 19:54
ana pun setuju!! muslimah wajar mengambil langkah awal untuk lebih keras hati.. sayangilah diri sebelum sayangkan orang lain. teringat signature Rindu_Rahayu "biar manja tapi tegas"
|
eme86
WARGA SETIA Menyertai: 13.07.2005 Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.
|
Posting pada: 14-02-07 20:03
Tapi bukan semua nya wanita itu gedik....sesetengah sahaja.... ----------------- Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...
|
sofea_84
Warga Rasmi Menyertai: 23.01.2007 Ahli No: 28309
Posting: 9
Dari: darul iman
|
Posting pada: 14-02-07 22:10
:-| tak suka kalau org cakap "perempuan... keras2 kerak nasi..." lebih suka kalau org anggap " jinak2 merpati"
|
putericahaya
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.12.2006 Ahli No: 27888
Posting: 89
Dari: melaka
|
Posting pada: 15-02-07 12:40
pentarbiyahan hati adalah amat perlu..moga hidayah-NYA akan bersama kita...
|
wan_andmawaddah
Warga 5 Bintang Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22771
Posting: 361
Dari: tanah permaisuri
|
Posting pada: 15-02-07 12:48
ana bersetuju dengan artikel ini... terime kasih kerana mengutarakan artikel yang insyaAllah dapat membuka mata dan telinga wanita-wanita di luar sana....
|
LinCikedot
WARGA SETIA Menyertai: 03.09.2006 Ahli No: 26163
Posting: 811
Dari: Atap Rumbia
|
Posting pada: 15-02-07 15:21
saya sokong artikel ni...hidup wanita..hehe
|
ummimq
Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 15-02-07 15:25
Wassalamu'alaikum wrt wbt Assalamu'alaikum wrt wbt Alhamdulillah rasanya istilah 'keras hati' tidak berapa tepat bagi wanita muslimah. Sepatutnya perkataan yang digunakan ialah 'cekal dengan berhemah dan berhikmah'. Maksud umi wanita hendaklah serius dalam berinteraksi iaitu mesti ada pendirian dan tidak mudah goyah namun berhemah serta berhikmah dalam bicara dan tindak tanduk. Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - verily every action comes from intention - sahih Bukhari
|
sutera_kasih85
WARGA SETIA Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari:
|
Posting pada: 15-02-07 15:30
Pada 14-02-07 22:10 , sofea_84 posting:!!! QUOTE !!! :-| tak suka kalau org cakap "perempuan... keras2 kerak nasi..." lebih suka kalau org anggap " jinak2 merpati" kena berhemah dan tegas... ----------------- SeErat SimpulaN SeinteAm ukHwaH [ Telah diedit oleh: sutera_kasih85 pada 13-06-07 23:43 ]
|
zc
WARGA SETIA Menyertai: 23.01.2007 Ahli No: 28322
Posting: 666
Dari: somewhere
|
Posting pada: 01-04-07 12:40
|
raudhah84
WARGA SETIA Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 01-04-07 13:20
Pada 15-02-07 15:25 , ummimq posting:!!! QUOTE !!! Wassalamu'alaikum wrt wbt Assalamu'alaikum wrt wbt
Alhamdulillah rasanya istilah 'keras hati' tidak berapa tepat bagi wanita muslimah. Sepatutnya perkataan yang digunakan ialah 'cekal dengan berhemah dan berhikmah'. Maksud umi wanita hendaklah serius dalam berinteraksi iaitu mesti ada pendirian dan tidak mudah goyah namun berhemah serta berhikmah dalam bicara dan tindak tanduk.
Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - verily every action comes from intention - sahih Bukhari syukran ummimq... ----------------- sekali kaki melangkah di jalan ALLAH..jangan undur..biar masa berganti..aqidah jangan mati..biar zaman berubah..keyakinan pada ALLAH jangan goyah..
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 01-04-07 14:07
"keras hati"???....rasanya kena ubah istilah itu... sepatutnya..... "tegas pendirian"...ini baru betul.
|
samirah
Warga 5 Bintang Menyertai: 18.11.2003 Ahli No: 5227
Posting: 384
Dari: depan PC
|
Posting pada: 13-06-07 23:52
Pada 13-02-07 16:46 , imtihan_insyirah posting:!!! QUOTE !!! Wanita mesti ‘keras hati ‘ untuk mentaati perintah Allah. Hanya dengan cara itu sahaja bahagia yang hakiki akan dapat dirasa. Permainan cinta dengan tanda sayang dan belai kasih yang diucapkan saban hari , saban waktu terluang hanyalah satu ‘interface’ yang melekakan. Bila sudah kecundang dan jadi hamba cinta, masa itulah peranan syaitan menjana nafsu syahwat tak dapat lagi disekat. Masa itu kehormatan diri mudah jadi galang ganti. Siapakah yang akan menghormati wanita yang sudah hilang harga diri? Pepatah melayu kata “kesal dahulu pendapatan kesal kemudian tiada berguna†Fikirkan.
wanita..perempuan memang buruan syaitan...sentiasalah kita sama-sama meningkatkan lagi usaha untuk memantapkan iman kita ...wallahualam.
|
jubah_hijau
WARGA SETIA Menyertai: 30.06.2006 Ahli No: 25035
Posting: 514
Dari: UTM SKUDAI
|
Posting pada: 14-06-07 00:00
maksud keras hati tu....tak layan dan tak lena dengan pujuk rayu si lelaki ni....cakap pun mesti keras...jangan lah lemah lembut
|
nawzah
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.12.2006 Ahli No: 27687
Posting: 219
Dari: BUMI ALLAH S.W.T.
|
Posting pada: 14-06-07 00:26
Pada 14-02-07 07:43 , akwa posting:!!! QUOTE !!! keraskan hati kepada maksiat.. lembutkan hati utuk kebaikkan.. ........... .............. ----------------- -BERJUANGLAH KERANA ALLAH S.W.T.-
|
ziyah
WARGA SETIA Menyertai: 22.09.2006 Ahli No: 26503
Posting: 477
Dari: negeri beradat
|
Posting pada: 26-10-09 09:10
Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32 yang bermaksud, "Maka seseorang wanita itu janganlah melembutkan suaranya kerana menyebabkan hati orang lelaki yang ada penyakit akan menaruh harapan. Seseorang wanita hendaklah mengucapkan perkataan yang sopan." "Itu lah kelebihan perempuan dan kelemahan lelaki" habis lelaki, kalau perempuan gunakan kelebihan tu... "keraskan hati elak maksiat" "lembutkan hati terima kebaikan"
|
myway
Warga 4 Bintang Menyertai: 20.07.2006 Ahli No: 25327
Posting: 291
|
Posting pada: 26-10-09 21:18
keraskn hati.tegas pendirian. yang penting akhlak kena cantik. contohilah nabi kita.
|
adeq3101
Warga 2 Bintang Menyertai: 28.07.2008 Ahli No: 34183
Posting: 45
Dari: S.T.P
|
Posting pada: 27-10-09 07:56
setuju2 Pada 01-04-07 14:07 , naruto-san posting:!!! QUOTE !!! "keras hati"???....rasanya kena ubah istilah itu...
sepatutnya....."tegas pendirian"...ini baru betul.
|
shimaku
WARGA SETIA Menyertai: 11.07.2008 Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~
|
Posting pada: 27-10-09 09:02
Pada 13-02-07 20:56 , sailormoon posting:!!! QUOTE !!! Muslimah memang kena "keras hati"...Jangan jadi seperti anak patung yang boleh di buat apa saja...
memang benar bagai di kata...kekerasan hati kemantapan akhlak..wah terlebih sudah ----------------- ** Keep your friends close, And your enemies closer**
|
SiNaRaBaDi
WARGA SETIA Menyertai: 07.02.2010 Ahli No: 39229
Posting: 621
|
Posting pada: 19-04-10 15:10
Pada 26-10-09 09:10 , ziyah posting:!!! QUOTE !!! Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32 yang bermaksud, "Maka seseorang wanita itu janganlah melembutkan suaranya kerana menyebabkan hati orang lelaki yang ada penyakit akan menaruh harapan. Seseorang wanita hendaklah mengucapkan perkataan yang sopan."
"Itu lah kelebihan perempuan dan kelemahan lelaki" habis lelaki, kalau perempuan gunakan kelebihan tu...
"keraskan hati elak maksiat" "lembutkan hati terima kebaikan" Inilah yang digariskan dalam Al-Quraan, Lebih baik & terjaga peribadi seorang wanita jika "tegas pendirian, berhemah dalam berbicara"
|
Awani
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.10.2009 Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind
|
Posting pada: 01-05-10 16:46
Pada 15-02-07 15:25 , ummimq posting:!!! QUOTE !!! Wassalamu'alaikum wrt wbt Assalamu'alaikum wrt wbt
Alhamdulillah rasanya istilah 'keras hati' tidak berapa tepat bagi wanita muslimah. Sepatutnya perkataan yang digunakan ialah 'cekal dengan berhemah dan berhikmah'. Maksud umi wanita hendaklah serius dalam berinteraksi iaitu mesti ada pendirian dan tidak mudah goyah namun berhemah serta berhikmah dalam bicara dan tindak tanduk.
Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - verily every action comes from intention - sahih Bukhari SETUJU -----------------
|
masz
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.07.2005 Ahli No: 17165
Posting: 96
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 01-05-10 19:41
Salam, saya setuju dengan pandangan yang dikemukan..nowadays dengan gejala sosial yang melampau, kaum wanita kena keraskan hati, kuatkan semangat agar sentiasa dipelihara dalam iman dan Islam
|
hidayattullah
Warga 1 Bintang Menyertai: 22.12.2009 Ahli No: 38772
Posting: 33
|
Posting pada: 02-05-10 18:48
Bagaimana agaknya keadaan generasi akan datang...? jika wanita pada masa sekarang ni begitu.... Na'uzubillahi min dzalik....
|
ibtisam_nisa
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.03.2010 Ahli No: 39573
Posting: 87
Dari: dunia pinjaman allah
|
Posting pada: 03-05-10 00:12
Pada 15-02-07 15:25 , ummimq posting:!!! QUOTE !!! Wassalamu'alaikum wrt wbt Assalamu'alaikum wrt wbt
Alhamdulillah rasanya istilah 'keras hati' tidak berapa tepat bagi wanita muslimah. Sepatutnya perkataan yang digunakan ialah 'cekal dengan berhemah dan berhikmah'. Maksud umi wanita hendaklah serius dalam berinteraksi iaitu mesti ada pendirian dan tidak mudah goyah namun berhemah serta berhikmah dalam bicara dan tindak tanduk.
Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq ps - verily every action comes from intention - sahih Bukhari syukran ummi..
|
nadia_khalit
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.06.2008 Ahli No: 33692
Posting: 163
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 03-05-10 21:11
ana setuju ... thankz alot for this article... tegas pendirian, berhemah dalam berbicara ----------------- Setiap yang berlaku ada hikmahnyer..Fikirkanlah..
|