Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 26-07-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
5,000 tahun dulu Confusius berkata, "Belajar!"; 1,500 tahun dahulu ayat Quran pertama ialah, "Baca!"
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 80
Ahli: 0
Jumlah: 80




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 5 hari yang lalu
the_brOtherz: 32 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: salahkah berkawan rapat?


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» salahkah berkawan rapat?

Please Mendaftar To Post


Oleh salahkah berkawan rapat?

aishgurlz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.02.2007
Ahli No: 28659
Posting: 99
Dari: skudai

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-02-07 02:40


salahkah seorang perempuan untuk berkawan rapat dengan lelaki walaupun tanpa perasaan cinta...?

bagaimana cara untuk kita menolak cinta lelaki?

Bookmark and Share

    


  Member Information For aishgurlzProfil   Hantar PM kepada aishgurlz   Quote dan BalasQuote

attuffah_humairah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.04.2006
Ahli No: 24196
Posting: 217
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-02-07 06:08


hehe..tak ada istilah kawan antara lelaki dan perempuan...kalau tak cukup kuat,usahlah anti merapati atau berkawan rapat yang terlalu rapat...cinta?perasaan yang halus tu memang sukar untuk dibuang tapi ianya ana yakin boleh kawal dan tahan.tempoh kita study ni adalah waktu bersedia..musliman yang bijak akan datang pada waktu yang mana dia rasa dia ready disamping kita juga ready...tak salah luah kalau rasa dah istikhorah dia untuk kita tapi bincglah balik bila keduanye dah ready..jangan pupuk perasaan yang dah berputik waktu balaja sekarg.ana tetap tak nampak baiknya melayan perasaan waktu belajar macam ni...wallahua'alam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For attuffah_humairahProfil   Hantar PM kepada attuffah_humairah   Quote dan BalasQuote

aL-azyM
WARGA SETIA
Menyertai: 01.10.2006
Ahli No: 26685
Posting: 675
Dari: DuLu:GeRiK,PeRaK + SeKarNG:nEgERi 9

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-02-07 07:47


Tak salah..cuma jaga adab pergaulan antara kita & dia..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aL-azyMProfil   Hantar PM kepada aL-azyM   Pergi ke aL-azyM's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 10-02-07 10:29


Salam.. betul kata attuffah_humairah. Setahu saya memang tak boleh. hanya seorang sahaja lelaki ajnabi layak mendapat gelaran kawan rapat, iaitu seetelah sah menjadi SUAMI. Jk Allah berfirman jangan kamu hampiri perkara ke arah zina & syaitan pula bekerja keras menghasut untuk menyesatkan anak adam, sejauh & sekuat mana kita mampu menangkis. Kenapa Allah berfirman demikian, sebab DIa yang menjadikan kita & dia lebih tahu kelemahan makhluk2nya & perkara ghaib di muka bumi ini.

Lagipun pada kita banyak yang menjadi aurat pada lelaki, termasuk suara. Aishgulz mungkin boleh menafikan timbul perasaan, tapi bagaimana pula dengan si dia & bgmn pula dengan perasaan aishgulz lama-kelamaan.

Mari kita sama-sama fikir Kenapa terjadi kes suami curang @ isteri curang, saya percaya salah 1 punca adalah kerana pernah berkawan rapat & mempunyai perasaan tapi tiada jodoh. saya juga percaya lelaki mana yang suka isterinya berkawan rapat dengan lelaki lain & begitu juga perempuan.

Mm..Aishgulz pun dialu-alukan ingatkan saya juga tau! Mana yang ada yang baik kita kosi bersama. Wallahua'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 10-02-07 10:44


Pada 10-02-07 07:47 , aL-azyM posting:

!!! QUOTE !!!

Tak salah..cuma jaga adab pergaulan antara kita & dia..


yup...saya setuju...sebab saya pun ada kawan rapat lelaki...


-----------------
"Jadilah manusia luar biasa,gah jiwanya,kental imannya,tertib solatnya & al-Quran juadah....."


Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

fidzislah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.08.2003
Ahli No: 2906
Posting: 91
Dari: ipoh:skudai:gombak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-02-07 13:33


Assalamualaikum...

rapat tanpa perasaan cinta? berkawan rapat pasti terselit perasaan sayang akan sahabat.. rindu pabila berjauhan, sedih bila berpisah.. perasaan tersebut juga dikatakan cinta... pandangan ana, pasti terselit sedikit perasaan, dan jika kita terlalu rapat/karib, pasti timbul perasaan kasih, sayang, cinta +++. jadi, jangan terlalu rapat dan sentiasa jaga pergaulan untuk mengelakkan kekeliruan di kemudian hari...

cara menolak cinta lelaki ana tak tahu nak komen... yang pasti jika kita dah yakin dengan jawapan hati dan dengan bantuan Allah, bagi tahu terus terang dan berhemah supaya tiada hati yang terluka... cuba elakkan perkara yang boleh membuatkan si lelaki makin tertarik dan menyayangi diri kita...

maaf jika tersalah, sekadar pandangan...

Wallahualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For fidzislahProfil   Hantar PM kepada fidzislah   Quote dan BalasQuote

fitriey
Warga 2 Bintang
Menyertai: 15.11.2006
Ahli No: 27349
Posting: 49
Dari: kb+Pahang+perlis+penang+jepun

Kelantan  


posticon Posting pada: 10-02-07 13:45


ada org rapat tanpa perassan cinta jika salah seorang daripada kawan rapat itu sudah ada yang punya.bagi saya tak salah bila berkawan rapat tetapi kena lah sentiasa jaga maruah diri lebih2 lagi time belajar.tapi tak bererti time belajar tak boleh bercinta.
nak tolak cinta lelaki??cakap baik2 dengan dia dan bagitahu kita hanya kawan dan tidak lebih dari itu.....itu lah yang saya lakukan dan ia berkesan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For fitrieyProfil   Hantar PM kepada fitriey   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 10-02-07 13:57


Kata orang tua-tua, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai... kalau takut consequence nya, lebih baik jangan dijolok sarang tebuan... Mula-mula berkawan memang kita nafi ada rasa cinta, tapi bila lama-lama, kita akan jadi serasi dengan dia.. atau dalam bahasa mudah jadi satu kepala dengan dia... lepas tu timbul rasa sayang sebagai sahabat... bila ada rasa sayang, timbul pula rasa tanggungjawab pada kawan... bila ada rasa tanggungjawab, akan datang pula rasa ambil berat pada dia... kemudian datanglah rasa rindu... bila semuanya digabung sekali iaitu serasi + tanggungjawab + sayang + ambil berat dan rindu; itulah sebenarnya cinta... dari sayang sebagai sahabat bertukar menjadi cinta kekasih...

Selama mana kita mampu nak nafikan rasa dalam hati? Jangan tipu diri sendiri... sebab berapa ramai yang mengaku ada kawan rapat berlainan jantina tapi katanya bukan bercinta... tapi bila berpisah menangis macam putus cinta, bila berjauhan rindunya lebih dari org bercinta... bila bersama gembira bukan kepalang... itu semua tandanya cinta sudah berputik... jangan cuba katakan itu cinta sahabat saja, kerana cinta sahabat takkan sehebat itu...

Nasihat saya, selagi boleh dielakkan, eloklah dielakkan.. pesan ibu saya "Tak ada lelaki dah ke dalam dunia ini untuk jadi kawan rapat? Kenapa mesti perempuan ajnabi jadi kawan rapat??".. Persoalan yang tak dapat nak saya jawab sampai hari ni... Jadi, berkawan lah beribu, berkasihlah dengan satu... hiduplah dan matilah atas jalan yang satu iaitu Islam dan kembalilah kepada Yang maha Esa... Selangkah kita dekat dengan Allah, seribu langkah Dia dekati kita, selangkah kita tinggalkan cinta manusia, seribu langkah Dia hantarkan cintaNya pada kita... :-)


p/s: Pandangan peribadi sahaja..


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

nOraLiA
Warga Rasmi
Menyertai: 16.01.2007
Ahli No: 28200
Posting: 3
Dari: TnJg mALiM

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-02-07 14:22


erm ana disini nak bagi pandangan saja...nak berkawan rapat boleh slagi kita jaga adab berkawan....yang penting niat...kalau kita niat hanya berkawan rapat perasaaan cinta itu tidak akan timbul dalam perasaan kita...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nOraLiAProfil   Hantar PM kepada nOraLiA   Quote dan BalasQuote

darkeye_mania
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.12.2006
Ahli No: 27963
Posting: 157

blank   avatar


posticon Posting pada: 10-02-07 14:38


satu yang sangat typical bila org kata 'kawan rapat dengan lelaki mesti ada perasaan cinta'....

sedangkan kita tahu apa beza kawan karib dan perasaan cinta.. kita tetap boleh berkawan rapat tanpa perasaan cinta.. kalau diikutkan statemnt kat atas, kalau kita ada 3 kawan rapat lelaki, takkan kita cintakan tiga-tiga org tu semua? pengalaman saya lah, saya lebih senang berkawan dengan lelaki daripada berkawan dengan perempuan... berkawan dengan perempuan ni lebih banyak menyakitkan hati dari menyenangkan. tak kisah lah yang tak bertudung ke, bertudung kecik ke, bertudung labuh ke.... mostly menyakitkan hati!!!!!

tapi since kita guna istilah berkawan, biarlah kita cuma jadi kawan kepada lelaki2 diluar sana.. jangan disalah guna hubungan yang akrab.. kena pandai bawa diri.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For darkeye_maniaProfil   Hantar PM kepada darkeye_mania   Quote dan BalasQuote

kapten06
WARGA SETIA
Menyertai: 04.01.2007
Ahli No: 28008
Posting: 1266
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 10-02-07 15:33


tiada istilah putus asa dalam kamus hidup syaitan untuk menyesatkan kaum manusia...untuk ke neraka ALLAH... jadi berwaspa padalah..... apa yang dimaksudkan dengan kawan rapat itu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For kapten06Profil   Hantar PM kepada kapten06   Pergi ke kapten06's Website   Quote dan BalasQuote

ainul_mardhiah86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.10.2005
Ahli No: 19847
Posting: 207
Dari: tHe gArDen KnoWlEDge AnD ViRtUe

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-02-07 21:40


asalkan jaga adab pergaulan...tak salah rasanya...
saya pun ada kawan rapt lelaki...senang bercerita masalah dengan dia...seorang yang memahami...selalu bagi saya semangat...yang penting,niat tak lari...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainul_mardhiah86Profil   Hantar PM kepada ainul_mardhiah86   Quote dan BalasQuote

sitizubaidah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13162
Posting: 51
Dari: ipoh

Perak  


posticon Posting pada: 10-02-07 21:44


tak salah rapat tapi juga bats pergaulan yang di syariatkan oleh islam.....
jangan lah rapat sampai semua nya nak pegang2, sentuh2. tu yang salah dalam berkawan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sitizubaidahProfil   Hantar PM kepada sitizubaidah   Quote dan BalasQuote

SITIHAMIZAH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.12.2004
Ahli No: 13091
Posting: 192
Dari: the garden of knowledge and virtue

Johor  


posticon Posting pada: 10-02-07 21:55


Pada 10-02-07 21:44 , sitizubaidah posting:

!!! QUOTE !!!

tak salah rapat tapi juga bats pergaulan yang di syariatkan oleh islam.....
jangan lah rapat sampai semua nya nak pegang2, sentuh2. tu yang salah dalam berkawan...


betul tu...mana boleh nak sentuh2...ish..ish...


-----------------
hidup tidak selalunya indah...
langit tak selalu cerah...
hidup kita bagaimana???


Bookmark and Share

    


  Member Information For SITIHAMIZAHProfil   Hantar PM kepada SITIHAMIZAH   Quote dan BalasQuote

putra_muslim
Warga Rasmi
Menyertai: 03.02.2007
Ahli No: 28546
Posting: 8
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-02-07 22:30


Pada 10-02-07 13:33 , fidzislah posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum...

rapat tanpa perasaan cinta? berkawan rapat pasti terselit perasaan sayang akan sahabat.. rindu pabila berjauhan, sedih bila berpisah.. perasaan tersebut juga dikatakan cinta... pandangan ana, pasti terselit sedikit perasaan, dan jika kita terlalu rapat/karib, pasti timbul perasaan kasih, sayang, cinta +++. jadi, jangan terlalu rapat dan sentiasa jaga pergaulan untuk mengelakkan kekeliruan di kemudian hari...

cara menolak cinta lelaki ana tak tahu nak komen... yang pasti jika kita dah yakin dengan jawapan hati dan dengan bantuan Allah, bagi tahu terus terang dan berhemah supaya tiada hati yang terluka... cuba elakkan perkara yang boleh membuatkan si lelaki makin tertarik dan menyayangi diri kita...

maaf jika tersalah, sekadar pandangan...

Wallahualam


asalamualaikum. saya setuju dengan pendapat ni.. kalau lelaki dan perempuan dah rapat, sememangnya akan berputik rasa sayang dan kelak membawa kepada cinta. kalau aishgurlz tak bersedia untuk bercinta, cuba jangan terlalu rapat dengan lelaki tu.. setiap manusia, sememangnya ada perasaan cinta... jodoh pertemuan di tangan Allah...wasalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For putra_muslimProfil   Hantar PM kepada putra_muslim   Quote dan BalasQuote

futurama
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2334
Posting: 324
Dari: muar, johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-02-07 22:58


setuju dengan putra_muslim dan fidzislah

Bookmark and Share

    


  Member Information For futuramaProfil   Hantar PM kepada futurama   Quote dan BalasQuote

Nilam_sejati
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.10.2005
Ahli No: 19480
Posting: 205
Dari: Tg Karang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-02-07 01:32


Pada 10-02-07 13:33 , fidzislah posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum...

rapat tanpa perasaan cinta? berkawan rapat pasti terselit perasaan sayang akan sahabat.. rindu pabila berjauhan, sedih bila berpisah.. perasaan tersebut juga dikatakan cinta... pandangan ana, pasti terselit sedikit perasaan, dan jika kita terlalu rapat/karib, pasti timbul perasaan kasih, sayang, cinta +++. jadi, jangan terlalu rapat dan sentiasa jaga pergaulan untuk mengelakkan kekeliruan di kemudian hari...

cara menolak cinta lelaki ana tak tahu nak komen... yang pasti jika kita dah yakin dengan jawapan hati dan dengan bantuan Allah, bagi tahu terus terang dan berhemah supaya tiada hati yang terluka... cuba elakkan perkara yang boleh membuatkan si lelaki makin tertarik dan menyayangi diri kita...

maaf jika tersalah, sekadar pandangan...

Wallahualam


erm..ana ada beberapa kawan lelaki yang rapat dan memang antara kami tak ada perasaan sayang atau cinta. sekadar bercerita tentang kehidupan, berkongsi pendapat dan kadangkala berkongsi maklumat atau berdebat tentang gender, kongsi kisah hidup, saling bantu membantu. rapat disini bukan selalu hang out atau berkawan yang bertepuk bertampar tu. dan ana rasa kalau niat kita ikhlas dan jujur untuk cuma sekadar kawan, kita akan dapat sesuatu daripadanya. sekurang2nya kita dapat lebih memahami misscommunication yang selalu terjadi antara lelaki dan perempuan.

sekadar pandangan atas pengalaman. terpulang bagaimana cara anda bawa diri. andai kebaikan yang dicari, insyaAllah kebaikan yang kita akan perolehi..begitu juga sebaliknya.

:)


-----------------
*Ukhwah itu Indah..*


Bookmark and Share

    


  Member Information For Nilam_sejatiProfil   Hantar PM kepada Nilam_sejati   Pergi ke Nilam_sejati's Website   Quote dan BalasQuote

nur_anis
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.06.2003
Ahli No: 1496
Posting: 395
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 16-03-07 08:57


tak salah,tapi pandai2lah kita jaga batas pergaulan ketika berkawan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_anisProfil   Hantar PM kepada nur_anis   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 16-03-07 09:09


salam...

hhmm...topik panas ni.
bagi ana, memang susah seorang muslimin nak akrab dengan seorang muslimah.
akan ada sedikit perasaan cinta(ataupun ingin berbual lagi) yang lahir dari keakraban ini.
betulkah boleh tahan??...ana musykil kalau orang kata boleh tahan.

wallahualam....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

nurun
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.02.2005
Ahli No: 14200
Posting: 97
Dari: jb

Johor  


posticon Posting pada: 16-03-07 09:52


bagi ana memang akan timbul perasaan suka walaupun kita menidakkan dengan mengatakan 'kawan' saja dengan muslimin tersebut...sebab ana pernah merasakan.....so ana hindari nya

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurunProfil   Hantar PM kepada nurun   Quote dan BalasQuote

eme86
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-03-07 10:50


:roll: tak tahu nak cakap apa, susah sikit.....


-----------------
Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...


Bookmark and Share

    


  Member Information For eme86Profil   Hantar PM kepada eme86   Quote dan BalasQuote

zahratunnur
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.12.2006
Ahli No: 27966
Posting: 85
Dari: perak

Perak  


posticon Posting pada: 16-03-07 11:51


hmm..Kenapa kita nak juga kawan rapat yang bukan sama gender dengan kita?
saya sendiri pernah mengalami nya..
mula-mula memang lah niat nak berkawan..
tapi,,ingatlah janji syaitan yang berusaha meyesatkan anak adam..
bila dah rapat..mesti lah kita sayang kan kwan kita tu kan..
semua masalah nak cerita..
hari2 nak mesej..
tapi takkan lah kita tak ada kwan perempuan yang lain untuk cerita masalah kita..
kalau nak berkwan rapat..ingatlah ada batsnya..
malah kita perlu adil dekat semua sahabat kita..
jangan sikap pilih kasih..
jadi kalau nak berkawan rapat ..rapatlah dengan semua kwan kita
lagi bagus kalau kita saling menasihati ke arah kebenaran dan berpesan-pesan antara satu sama lain..

p/s; sekadar pendapat..

Bookmark and Share

    


  Member Information For zahratunnurProfil   Hantar PM kepada zahratunnur   Quote dan BalasQuote

bintubahariyah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.08.2006
Ahli No: 25924
Posting: 242
Dari: usm

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 16-03-07 12:49


salam. antara lelaki dan perempuan boleh bergaul jika perlu dan benar-benar perlu..insyaAllah..selagi ada keperluan untuk berhubung..kalau ada perempuan untuk diuruskan hal tu, tak perlula dengan kehadiran lelaki. tapi kalau nak rapat2 tu bahaya. memang mula-mula tidak ada perasaaan, tapi jangan lupa peranan syaitan sebagai makhluk perosak iman kita..dia boleh suntik ubat pelali agar kita rasa macam tersuka pulak kat dia atas sebab selalu berhubung (rapat). kan ka bahaya tu..
elakkanlah ya..fitnah sangat hebat...


papapun kawan sama gender jauh lebih nikmat kalau kita betul-betul hargai persahabatan tu..


tak percaya?? tryla dulu...=)

Bookmark and Share

    


  Member Information For bintubahariyahProfil   Hantar PM kepada bintubahariyah   Pergi ke bintubahariyah's Website   Quote dan BalasQuote

raudhah84
WARGA SETIA
Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-03-07 14:29


jangan menghampiri zina walau sekecil2 perbuatan..
berkawan rapat sesama bukan muhrim tanpa sebarang perasaan adalah mustahil kerana hakikatnya fitrah lelaki dan wanita saling memerlukan..
jika sebagai kawan biasa pun, tetap akan terdetik di dalam hati perkara2 yang tak diduga..
jadi, seboleh2nya elakkanlah..


-----------------
sekali kaki melangkah di jalan ALLAH..jangan undur..biar masa berganti..aqidah jangan mati..biar zaman berubah..keyakinan pada ALLAH jangan goyah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For raudhah84Profil   Hantar PM kepada raudhah84   Pergi ke raudhah84's Website   Quote dan BalasQuote

lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA
Menyertai: 02.02.2006
Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-03-07 14:39


salam~
jujur saya cakap..tak tahu nak komen apa pasal hal ni..
wassalam~

Bookmark and Share

    


  Member Information For lamyanunalif_mursyidahProfil   Hantar PM kepada lamyanunalif_mursyidah   Pergi ke lamyanunalif_mursyidah's Website   Quote dan BalasQuote

skater
WARGA SETIA
Menyertai: 24.04.2004
Ahli No: 8611
Posting: 541
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-03-07 14:42


no comment


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For skaterProfil   Hantar PM kepada skater   Pergi ke skater's Website   Quote dan BalasQuote

arsyie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.11.2003
Ahli No: 5226
Posting: 230
Dari: mauritus

mauritius   avatar


posticon Posting pada: 16-03-07 15:06


tak salah....

berkawanlah..tapi jangan melampaui batas...

ada satu ayat dalam drama jepun ..bunyi dia macam ni..

"tak ada istilah kawan baik di antara lelaki dan perempuan,kalau ada itu adalah salah seorang bertepuk sebelah tangan atau salah seorang kecewa bercinta "

mm,betul jugak

Bookmark and Share

    


  Member Information For arsyieProfil   Hantar PM kepada arsyie   Quote dan BalasQuote

munawarah07
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.03.2007
Ahli No: 29253
Posting: 24
Dari: penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 22-03-07 18:11


fitrah manusia ingin disayangi dan menyayangi...
tak salah berkawan rapat..tapi biarlah berlandaskan syariat islam...:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For munawarah07Profil   Hantar PM kepada munawarah07   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-03-07 23:09


Pada 16-03-07 15:06 , arsyie posting:

!!! QUOTE !!!

tak salah....

berkawanlah..tapi jangan melampaui batas...

ada satu ayat dalam drama jepun ..bunyi dia macam ni..

"tak ada istilah kawan baik di antara lelaki dan perempuan,kalau ada itu adalah salah seorang bertepuk sebelah tangan atau salah seorang kecewa bercinta "

mm,betul jugak


betul....


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 27-04-07 14:38


Ada sesiapa nak baca posting ni, saya utarakan... :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 28-04-07 00:32


Pergaulan yang rapat antara lelaki dan perempuan akan memberi kesan yang tak berapa elok kepada perhubungan suami isteri...


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 29-04-07 00:39


Mari kita lihat apa kata Dr Abdullah Nasih Ulwan di dalam bukunya Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam tentang pergaulan rapat antara lelaki dan perempuan:-

Dan kalau pula percampur-gaulan itu menjadi kebiasaan dari sejak kecil, dan berlaku pada semua peringkat umur; umpamanya melihat kepada wanita itu sebagai satu hal yang terbiasa dan adat yang berjalan, sehingga tiada tergerak nafsu berahi di dalam diri kedua-dua lelaki dan perempuan..... niscaya sifat kemesraan yang ada di antara suami-isteri itu menjadi permusuhan, sifat belas kasihan menjadi penganiayaan, dan perhubungan kelamin antara keduanya tinggal sejuk dan dingin saja. Dalam hal ini tentu sekali salah satu antara keduanya akan bosan kekal di bawah lindungan persuami-isterian itu. Ini adalah bertentangan dengan apa yang patut berlaku.


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

ilhammusafir
Warga 5 Bintang
Menyertai: 05.11.2005
Ahli No: 20222
Posting: 361
Dari: SeGaMat_JoHoR

Johor  


posticon Posting pada: 29-04-07 03:41


kawan rapat????.......lelaki&perempuan....lepas itu tak ada perasaan apa-apa......ada ke macamtu budak-budak sekarang ni.......ajaib...:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ilhammusafirProfil   Hantar PM kepada ilhammusafir   Quote dan BalasQuote

wardiah_alwani
Warga 5 Bintang
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 8299
Posting: 363
Dari: kena bagitau juga ke??huhu

iceland  


posticon Posting pada: 29-04-07 04:03


assalamualaikum...

tak salah asalkan jaga batas-batas islam,dengan org bukan muhrim....

cara nak tolak cin ta...buat don't know sajalah dengan dia...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wardiah_alwaniProfil   Hantar PM kepada wardiah_alwani   Quote dan BalasQuote

sof_wan88
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.01.2007
Ahli No: 28277
Posting: 127
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 29-04-07 09:12


tak salah Kalau nak kawan rapat.
tapi kena pandai jaga batas-batas pergaulan...

huhuhu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sof_wan88Profil   Hantar PM kepada sof_wan88   Quote dan BalasQuote

itqaan_muslim
Warga 5 Bintang
Menyertai: 02.08.2006
Ahli No: 25573
Posting: 353
Dari: tronoh

Kelantan  


posticon Posting pada: 29-04-07 10:26


lumrah manusia
lelaki tertarik kat perempuan
perempuan tertarik kat lelaki

ana rasa lah tak salah
selagi tahu batas pergaulan dalam islam

tapi kalau boleh tak payah lah

sekuat manapun lelaki akan tewas kepada selemah -lemah wanita

wallahu'alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For itqaan_muslimProfil   Hantar PM kepada itqaan_muslim   Pergi ke itqaan_muslim's Website   Quote dan BalasQuote

teratai_putih
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.12.2006
Ahli No: 27690
Posting: 77
Dari: J0hor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-04-07 10:27


entah..tapi memang dari dulu saya ambil pendekatan
tak bape rapat dengan kawan lelaki ni
lagilah kalau tau org tu suka kita..cepat-cepat lari

bak kata emak doc meow

Pada 10-02-07 13:57 , Meow posting:

!!! QUOTE !!!


"Tak ada lelaki dah ke dalam dunia ini untuk jadi kawan rapat? Kenapa mesti perempuan ajnabi jadi kawan rapat??"..:-)



hehe

tapi tak lah saya menafikn ada saja kawan-kawan yang berjaya ada kawan rapat lelaki ni,+ ada juga kekasih hati..

kawan lelaki lebih memahami hati perempuan?
(sedeynya saya sebagai perempuan sebab gagal fahami hati kawan-kawan segender)
tak tau lah sejauh mana kebenaran kata-kata tu :-(


-----------------
.....meNaNtI TeDuH duLu~.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For teratai_putihProfil   Hantar PM kepada teratai_putih   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 29-04-07 11:24


Pada 28-04-07 00:32 , sailormoon posting:

!!! QUOTE !!!

Pergaulan yang rapat antara lelaki dan perempuan akan memberi kesan yang tak berapa elok kepada perhubungan suami isteri...


salam...

ana setuju.

***bagi yang kata tak salah tu, ana musykil sikit.

kalau atas nama "kerja" tu, ana boleh terima lagi.


-----------------
Janganlah berlalu satu haripun tanpa kita memikirkan tentang masalah umat islam....


Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 03-05-07 03:52


Cuba download dan dengar kuliah dekat bawah ni :-)

Surah Al-Kahfi - Siri 4.mp3


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

annynatasha88
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17875
Posting: 177
Dari: johor bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-06-07 01:38


memang tak salah..kerana saya ada juga berkawan rapat dengan kawan lelaki..saling menghormati antara satu sama lain amat penting...

salah juga jika dikata berputik cinta..tiada pula saya cintakan kawan rapat saya tu..kerana saya sudah tanam dalam hati bahawa dia kawan sahaja,jadi tidak timbul soal cinta..

Bookmark and Share

    


  Member Information For annynatasha88Profil   Hantar PM kepada annynatasha88   Quote dan BalasQuote

nur_anis
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.06.2003
Ahli No: 1496
Posting: 395
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 13-06-07 08:21


tak salah kalau kita jaga batas pergaulan..walau kita cuba elakkan perasaan cinta yang hadir itu,tapi kalau dah ditakdirkan oleh Allah swt yang kawan rapat lelaki kita tu jodoh kita,terimalah dia seadanya kerna Allah swt maha mengetahui...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_anisProfil   Hantar PM kepada nur_anis   Quote dan BalasQuote

nur_anis
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.06.2003
Ahli No: 1496
Posting: 395
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 13-06-07 08:21


tak salah kalau kita jaga batas pergaulan..walau kita cuba elakkan perasaan cinta yang hadir itu,tapi kalau dah ditakdirkan oleh Allah swt yang kawan rapat lelaki kita tu jodoh kita,terimalah dia seadanya kerna Allah swt maha mengetahui...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_anisProfil   Hantar PM kepada nur_anis   Quote dan BalasQuote

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  


posticon Posting pada: 13-06-07 08:45


Hukum asal pergaulan Lelaki dan Perempuan adalah HARAM tetapi diberi kelonggaran dalam beberapa situasi, antaranya sewaktu belajar, bermuamalat, program yang punyai tujuan kebaikan dan keperluan2 yang TIDAK MELANGGAR SYARA' seperti perempuan yang memanjakan suara, tidak menutup aurat dll..


-----------------




Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 24-06-07 06:04


Adapun dalil-dalil yang sabit daripada Nabi s.a.w tentang larangan percampur-gaulan antara lelaki dan perempuan, ialah seperti berikut:

Allah telah berfirman:

"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya...Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya..." (An-Nur: 30-31)

Bagaimana boleh menahan penglihatan bagi lelaki dan perempuan, apabila mereka berjumpa muka di suatu tempat. Jelaslah, bahawa ayat tadi menjadi bukti yang kuat tentang larangan percampur-gaulan bebas dan pengharaman hukumnya.

Dalam firman Allah yang lain lagi:

"Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri- isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir. Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka." Al-Ahzab: 53)

At-Termidzi telah meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w, bahawasanya baginda telah bersabda:

"Tiada yang akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan, melainkan syaitan akan menjadi orang ketiganya."

Tersebut di dalam Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim, sebuah Hadis daripada Rasulullah s.a.w berbunyi:

"Waspadalah kamu dari mendatangani kaum wanita! Berkata seorang: Wahai Rasulullah! Bagaimana menemui mertua? Sabda Rasulullah: Mertua itu maut."

Tersebut di dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim juga sebuah Hadis daripada Ibnu Abbas .a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda:


"Jangan seseorang kamu duduk sendirian dengan seorang wanita, kecuali ada bersama kamu kaum kerabat."

Adapun dalil-dalil tentang pengharaman kepada wanita asing ialah seperti berikut:

Allah telah berfirman:

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya.” (An-Nur: 30)


FirmanNya lagi:


“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.” (Al-Isra’: 36)

Muslim telah meriwayatkan daripada Jarir .a katanya:

"Aku bertanya Rasulullah s.a.w tentang penglihatan terserempak, maka jawab baginda: Alihkan penglihatanmu!"

Abu Daud dan At-Termidzi telah meriwayatkan daripada Ummi Salamah .a. katanya:

"Saya berada di sisi Rasulullah s.a.w dan Maimunah ada di sisi kami, maka datanglah Ibnu Ummi Maktun; iaitu setelah turun perintah menyuruh kami berhijab. Maka berkata Nabi s.a.w.: Tutuplah muka kamu kedua (Ummi Salamah dan Maimunah) daripadanya.Kami pun menjawab: Wahai Rasulullah! Bukankah dia itu (Ibnu Ummi Maktun) orang buta, tidak dapat melihat kami, dan tidak boleh mengenali kami?! Bersabda lah Rasulullah s.a.w.: Apakah kamu kedua juga buta, tidakkah kamu melihatnya?!"

Al-Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan daripada Abu Said .a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

“Waspadalah kamu dengan duduk-duduk di perjalanan orang ramai! Jawab para sahabat: Wahai Rasulullah! Kami tidak dapat mengelakkan diri dari duduk-duduk di situ, kami bercakap-cakap di situ. Maka berkata Rasulullah s.a.w: Jika kamu tidak dapat lepaskandiri kamu duduk-duduk di situ, maka hendaklah kamu berikan jalan itu haknya! Mereka bertanya: Apa dia hak jalan itu, wahai Rasulullah?! Jawab baginda: Menahan penglihatan, memberhentikan pengacauan, menjawab salam, menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran.”

Memang dimaklumi secara spontan, bahawasanya perhimpunan manusia seluruhnya, dan umat manusia sekaliannya, yang tua dan muda, yang lelaki dan perempuan, pemerintahnya dan rakyat umumnya, apabila menganut prinsip yang kukuh ini, lalu melaksanakan kefahaman-kefahaman yang bernilai ini, menjahui segala yang mencacat kehormatan dan akhlak daripada pendedahan diri, percampuran liar, penglihatan kepada yang diharamkan, tiada syak lagi masyarakat ini dan umat ini akan merasakan nikmat hidup dalam syurga-syurga kebersihan dan kehormatan, dan akan berbahagia di bawah lindungan keamanan dan ketenteraman, yang akan membawa mereka ke kemuncak kemuliaan dan kebahagiaan. Sebab mereka telah mengikuti jalan yang telah digariskan oleh Allah Ta’ala bagi mereka, dan telah melaksanakan dasar yang diwajibkan oleh Islam ke atas diri mereka. Memang benar sekali Allah telah berfirman :

“dan bahwa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertakwa.” (Al-An’am: 153)

Cara beginilah yang telah dilaksanakan bagi umat Islam pada semua zaman-zaman sejarah pada abad-abad yan lalu. Yang demikian itu tidak akan tercapai, melainkan dengan berkat pengajaran dan petunjuk dari Al-Quran Al-Karim, yang diturunkan oleh Allah sebagai penggembira dan pengancam kepada alam semesta, dan juga sebagai petunjuk dan cahaya bagi generasi-generasi yang dating sesudah mereka.

Allah Maha Agung adalah benar, apabila Dia berfirman di dalam Al-Quran:

“Sesungguhnya Al Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mu'min yang mengerjakan amal saleh bahwa bagi mereka ada pahala yang besar.” (Al-Isra’: 9)

Sumber : Buku Pendidikan Anak-anak Dalam Islam karangan Abdullah Nasih Ulwan terjemahan Syed Ahmad Semait


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

me_muslimin
Warga 1 Bintang
Menyertai: 02.07.2007
Ahli No: 30425
Posting: 23
Dari: bumi kita...

Terengganu  


posticon Posting pada: 02-07-07 15:50


lelaki + perempuan = kawan rapat???
mustahil agaknya...!!!
setuju dengan siapa kata tak boleh ...
betul lah kena jaga batasnya tapi, bukan semua boleh jaga..
so,
elak2 kan.
thank you.. :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For me_musliminProfil   Hantar PM kepada me_muslimin   Quote dan BalasQuote

muslimah_johor
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2003
Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-07-07 16:29


berkawan dan berkawan rapat dua perkara yang berbeza pada saya. berkawan ni bermaksud kita tak ada masalah dengan seseorang, boleh berurusan atas perkara rasmi seperti belajar, kerja. tau lah latar belakang orang tu sikit.

berkawan rapat ni tak boleh lah, nama pun dah rapat, kalau nak rapat ramai lagi kawan sejantina, istilah rapat ni...akan masuk atau sinonim dengan selalu berhubung, bercakap, ber... ber... perkara yang tidak rasmi dan perlu. jadi memang tak ada alasan. memang seseorang kadang-kadang ada rasa selesa dengan jantina bertentang,haaa tu tanda bahaya lah tu, memang naluri macam tu tapi islam suruh berjaga2 dan ada sebab. tak perlu hurai pun dah ramai hurai. makhluk nama syaitan suka lah bab nak membuatkan manusia lagi selesa dalam hal ni. jadi tugas kita dan ujian kita lawan keselesaan yang bahaya ni.

soalan ke dua macam mana nak tolak cinta lelaki? hmmp masukkan cinta tu dalam kereta sorong lepas itu tolak lah. hehehe gurau saja, jangan marah.

berterus terang itu lebih mudah untuk semua perkara. kalau takut lelaki tu kecewa sangat (hilang pertimbangan) gunakn hujah islam. kalau takut lelaki tu pengsan, guna bahasa yang 'lembut' bukan bersuara lembut menggoda. jangan mengutuk atau maki hamun. dan jarakkan hubungan sedia ada.

----------------
http://irtiyah.blogspot.com

[ Telah diedit oleh: muslimah_johor pada 02-07-07 16:33 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_johorProfil   Hantar PM kepada muslimah_johor   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.136829 saat. Lajunya....