Oleh |
Artis hina Keluarga Nabi (HANGAT di AKHBAR) |
gezerg
Warga 5 Bintang Menyertai: 21.09.2006 Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak
|
Posting pada: 03-02-07 20:20
Ana sangat sangat marah atas mana-mana isu hina Nabi ataupun hina dan menyentuh dan menyindir mana-mana bentuk peribadi/perwatakan Keluarga Baginda mahupun Para Sahabat Baginda yang dijanjikan SYURGA oleh ALLAHU RABBI. Hari dulu, kita terkejut dengan majalah dan akhbar DENMARK. Hari ini kita dikejutkan dengan berita yang sama. Malulah sikit ya wahai artis-artis ya....(macammana nak sampaikan hal ini kepada mereka??). Andai pandai ugama (mesti tidak hina Nabi dll), boleh jadi idola sikit.... ini dah lah tak pandai hal Agama..... senang senang berani nak kritik Nabi dan Keluarga Baginda??? Mengucaplah kalian dan bukan sekadar mohon maaf. Sama-sama insya-ALLAH diri penulis dan diri pembaca memperbaharui SYAHADAH dan berdo'a perlindungan daripada ALLAH Subhanahu Wata'ala (SWT). Untuk maklumat lanjut: Buka mukasurat 5 Utusan Malaysia (manual) SABTU 3 Feb 2007 tertera tajuk: KONTROVERSI PELAKON ROSNAH MAT ARIS Sinopsis: Ianya berkenaan diri artis yang membuat kenyataan dalam program bernama SENSASI yang secara berseloroh menyebut tentang usia Saiyadanita Khadijah (r.a). Hal inilah yang kita tidak mahu. Artis tidak semuanya berpelajaran dan mereka ini tidak perlu diberi peluang untuk memberi pendapat sangat pun. Sebab andai mereka benar-benar nak motivasi dan memberi nasihat kepada orang ramai...conothilah Dr Fadzly. Adalah harapan nak bagi nasihat. Ini rata-ratanya setakat belajar form 5. Kita tak menghina..tetapi hal ini andai tak diwar-warkan...ternyata akan berulang lagi lah perkara sama. Nota: Walaupun ana tak saksi rancangan itu pun, ana tetap mahu menyebarkan berita ini kepada kalian semua, sebab ana sedar kalian pun ramai yang tidak membeli utusan (manual) hari ini. Maka mungkin tidak akan berpeluang membacanya. Sesedar analah.... di dalam bentuk online tidak ada (Tidak tahulah andaikata berita ini sudah disiarkan hari sebelumnya). Alhamdulillah JAKIM cepat mengambil tindakan. 1. Agar mengambil ikhtibar. 2. Agar kalian tak lupa kepada Nabi ya. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi MUHAMMAD Sallallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga Baginda, Para Sahabat Baginda dan Para Pejuang ISLAM seluruh zaman. ----------------- Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga, Para Sahabat Baginda dan Umat Islam seluruhnya
|
solskjaer
WARGA SETIA Menyertai: 25.08.2004 Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united
|
Posting pada: 03-02-07 22:12
mesti ke rosnah mat aris ni..memang tak sedar diri orang tua tu..
|
LinCikedot
WARGA SETIA Menyertai: 03.09.2006 Ahli No: 26163
Posting: 811
Dari: Atap Rumbia
|
Posting pada: 03-02-07 22:18
terkejut ana bila baca cerita ni..
|
lya_1408
Warga Rasmi Menyertai: 18.01.2007 Ahli No: 28242
Posting: 1
|
Posting pada: 03-02-07 22:31
bnyakkanlah bertaubat wahai artis2 yang tak sedar diri sebelum ajal tiba... mahukah kita lihat allah turunkan bala kepada kita????????
|
Farishah
WARGA SETIA Menyertai: 24.04.2005 Ahli No: 16036
Posting: 808
Dari: depan komputer
|
Posting pada: 03-02-07 22:36
rosnah tu dia berseloroh tentang umur saidatina khadijah berapa..?boleh letak kan article dia kat sini...saya kurang jelas dengan posting ni...
|
LinCikedot
WARGA SETIA Menyertai: 03.09.2006 Ahli No: 26163
Posting: 811
Dari: Atap Rumbia
|
Posting pada: 03-02-07 22:55
*l Maafkan saya – Rosnah KUALA LUMPUR 2 Feb. – “Saya benar-benar minta maaf jika masih ada pihak yang tersinggung,” kata pelakon Rosnah Mat Aris yang mengeluarkan kenyataan kontroversi mengenai status usia isteri Rasulullah s.a.w., Siti Khadijah baru-baru ini. Menurutnya, dia kini mengambil pengajaran dari kesilapan, malah sering memohon ampun kepada Allah dan RasulNya setiap kali teringat kesilapan itu. “Saya benar-benar mengambil pengajaran daripada peribahasa ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata beginilah rasanya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini. Rosnah berkata demikian mengenai kenyataannya dalam rancangan Sensasi di TV3 yang menyentuh secara sensitif usia isteri Rasulullah, Saidatina Siti Khadijah sehingga menimbulkan pelbagai reaksi tidak puas hati dari umat Islam. Katanya, menyedari telah terlepas cakap, dia terus membuat maaf secara terbuka dengan sebuah akhbar tabloid (KOSMO!) dengan kerelaan hati. “Saya sebenarnya sudah dihubungi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sendiri dan tanpa segan silu juga saya meminta maaf dan menerima secara hati terbuka akan segala teguran. “Semua ini membuatkan saya begitu mengambil pengajaran dan menyesali perbuatan terlepas cakap itu,” katanya. Menurutnya, dia menyedari bahawa perkahwinan dan alam rumah tangga yang dimiliki oleh Rasulullah dan Siti Khadijah merupakan cinta yang paling suci dan agung di muka bumi ini. “Ia sama sekali tidak boleh dicemari apatah lagi dengan kata-kata, tetapi sama-samalah kita mengambil pengajaran dari sirah Rasulullah itu untuk dijadikan panduan,” katanya. Dia juga berharap agar seluruh umat Islam sedia menerima permohonan maafnya itu dan berjanji akan berhati-hati mengeluarkan kata-kata pada masa hadapan. “Saya harap tidak dipanjangkan lagi isu ini kerana saya perlukan peluang agar kesilapan ini dapat diperbaiki, maafkan saya,” katanya.
|
LinCikedot
WARGA SETIA Menyertai: 03.09.2006 Ahli No: 26163
Posting: 811
Dari: Atap Rumbia
|
Posting pada: 03-02-07 22:56
Kontroversi pelakon Rosnah Mat Aris * Tarik balik kenyataan – Jakim PUTRAJAYA 2 Feb. – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mahu aktres, Rosnah Mat Aris menarik balik kenyataannya mengenai status usia isteri Rasulullah, Siti Khadijah yang dianggap telah mencela ahli keluarga Nabi Muhammad s.a.w. Ketua Pengarahnya, Datuk Mustafa Abdul Rahman berkata, ucapan sedemikian tidak sewajarnya dikeluarkan kerana Islam amat melarang sebarang celaan ke atas Rasulullah, ahli keluarganya dan para sahabat. “Ini perkara sensitif, jadi kita nasihatkan beliau supaya menarik balik kenyataan itu jika benar telah terlanjur cakap. “Kalau minta maaf pun nak minta maaf kepada siapa, Khadijah sudah wafat dan Rasulullah juga sudah wafat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas kenyataan Rosnah yang menyentuh secara sensitif usia isteri Rasulullah itu dalam rancangan Sensasi di TV3, Selasa lalu. Ruangan Forum Utusan Malaysia hari ini menyiarkan beberapa surat pembaca yang memberikan reaksi dan bantahan atas kenyataan Rosnah kerana ia dianggap menghina Rasulullah dan ahli keluarganya. Pelakon berusia 52 tahun itu dalam jawapannya kepada pengacara program berkenaan, Awaluddin Shaari mengaku terlepas cakap ketika ditanya mengenai kecenderungannya bercinta dengan lelaki muda yang tidak sepadan dengan usianya. Bagaimanapun laporan akhbar Rabu lalu menyebut Rosnah telah meminta maaf atas kenyataan tersebut. Mustafa berkata, pihaknya boleh mempertimbangkan sebarang tindakan atas kenyataan tersebut sekiranya terdapat laporan daripada orang ramai. “Kita boleh tengok peruntukan undang-undang yang ada, kalau macam kenyataan yang diterbitkan melalui buku, itu senang kita haramkan saja buku itu, ini masalahnya kenyataan itu disiarkan secara langsung, mungkin terlajak cakap dan secara spontan,” katanya. Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai Islam agar tidak menyentuh soal-soal yang sensitif. Beliau menjelaskan, kedudukan isteri Rasulullah amat tinggi di sisi Islam dan umat Islam perlu mempunyai etika ketika memperkatakan mengenai mereka bagi menjaga kehormatan dan kesucian ahli keluarga Nabi Muhammad. “Kerana itulah isteri Nabi dilarang untuk dikahwini dan dalam solat kita hanya ada kata-kata memuji Rasulullah dan ahli keluarga baginda,” katanya.
|
anis_zulaikha
Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 04-02-07 00:27
tu lah bila yang jahil diangkat martabat... hairan rakyat malaysia ni, ulamak dicemuh, artis disanjung... mana bala tak menimpa... banyak tol rancangan tv yang tak berpekdah sekarang.... tak sunyi dari menggalakkan dosa... tak cukup melodi, di tambah sensasi. tak cukup dengan af, tambah dengan oiam. tak cukup dengan raja lawak, tambah pula glamer gila... dah jadi taksub dengan hiburan, buta...tak sedar tu semua agenda yahudi laknatullah dah berjaya meracuni umat kita ini...
|
acok_86
WARGA SETIA Menyertai: 29.06.2006 Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH
|
Posting pada: 04-02-07 03:05
itu lah..artis ni bukanya tidak tahu betul ataupun salah, cuma mereka ni hanya memikirkan semua benda boleh dijadikan hiburan..setiap benda nak dijadikan hiburan hingga terlalai,inilah kesan dan akibat daripada hiburan melampau..moga Allah menjaukan diriku serta diri kita semua dari bencana ini.
|
syabab_mujahid
Warga 4 Bintang Menyertai: 08.12.2006 Ahli No: 27656
Posting: 291
Dari: Egypt
|
Posting pada: 04-02-07 03:46
semoga kita dan mereka semua mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah.....
|
umi_iium
Warga 3 Bintang Menyertai: 08.11.2006 Ahli No: 27261
Posting: 133
Dari: pulau pinang
|
Posting pada: 04-02-07 07:19
sama sama kita ambil pengajaran..tak guna salah menyalah satu sama lain...wallahu'alam..selawat dan salam ke atas junjungan besar rasulullah s.w.a
|
ulfah_widad
Warga 4 Bintang Menyertai: 20.07.2006 Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor
|
Posting pada: 04-02-07 09:11
Pada 03-02-07 22:36 , Farishah posting:!!! QUOTE !!! rosnah tu dia berseloroh tentang umur saidatina khadijah berapa..?boleh letak kan article dia kat sini...saya kurang jelas dengan posting ni... samalah..ana pun tak jelas juga...kalau boleh sesiapa quote semula kata-kata Rosnah mlm tu ok juga nak faham apa yang berlaku...article kat sini banyak tentang permohonan maaf dan teguran JAKIM tapi statement yang dikeluarkan tu tak diberitahu..ada sesiapa menyaksikan rancangan tersebut...
|
nisaulfadhilah
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.10.2006 Ahli No: 27084
Posting: 207
Dari: irbid
|
Posting pada: 04-02-07 10:03
ini lah padahnya bila artis disanjung2.. mudah2an mereka semua diberikan hidayah oleh allah..insyaallah..
|
kulidakwah
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.01.2007 Ahli No: 28113
Posting: 109
Dari: raub
|
Posting pada: 04-02-07 11:50
artis-artis ni memang nak kena makan penyepak ini......!!! da lah ajak orang buat maksiat!! pantang betul aku orang hina nabi ini
|
hidayah_grasio
Warga 3 Bintang Menyertai: 20.03.2006 Ahli No: 23571
Posting: 146
Dari: Pasir Ris
|
Posting pada: 04-02-07 11:58
Isu artis hina kaum kerabat Nabi, juga hangat di perkatakan di singapura pada hari ini.. Malah saya sendiri menonton kata kat yang di ucapkan oleh artis itu sendiri di rancangan yang diudarakan siaran langsung SENSASI... saya amat marah dan sedih dengan kejadian tersebut... Harap kita tidak contohi perkara tersebut.. Sama sama kita berdoa agar mereka di ampunkan oleh ALLAH SWT...
|
Penama
Deleted User
|
Posting pada: 04-02-07 12:25
Pada 04-02-07 09:11 , ulfah_widad posting:!!! QUOTE !!! Pada 03-02-07 22:36 , Farishah posting:!!! QUOTE !!! rosnah tu dia berseloroh tentang umur saidatina khadijah berapa..?boleh letak kan article dia kat sini...saya kurang jelas dengan posting ni...
samalah..ana pun tak jelas juga...kalau boleh sesiapa quote semula kata-kata Rosnah mlm tu ok juga nak faham apa yang berlaku...article kat sini banyak tentang permohonan maaf dan teguran JAKIM tapi statement yang dikeluarkan tu tak diberitahu..ada sesiapa menyaksikan rancangan tersebut... saya tengok rancangan tu...mulanya saya tak ambil kisah sebab saya sebenarnya tengah baca novel time tu.kemudian bila artis ni dijemput dan soalan2 agak pedas ditanya,tertarik pulak nak tengok. yang menjadi kontroversi ni,bila pengacara tu tanya (lebih kurang macam ni lah soalan nya) "tak rasa apa-apa ke bila org kata bercinta dengan anak2 ikan ni yang jauh lebih muda dari akak?" artis ni pulak jawab, (saya nak taip pun rasa tak sedap) lebih kurang macam inilah bunyinya ye.. alaa...sekarang ni kan cuba tengok,Nabi Muhammad dengan Khadijah,sapa lagi tua? Khadijah tu tua kan? tua nak mampus kan? yang perkataan "tua nak mampus" inilah yang menjadi isu. tapi kalau nak dikira banyak lagi benda-benda lain yang pedih telinga ni dengar.salah satunya bila disoal tentang imej artis tu walau pun dah pergi umrah.susah nak tulis jawapan yang dia bagi,nanti kalau silap dah jatuh fitnah.tapi memang mennyakitkan hati lah dengar jawapan dari artis2 tu. banyak lagi sebenarnya tapi tak sesuai untuk diperkatakan,cuma doa, harap ayat2 macam tu tak keluar lagi dari mulut artis ni.
Quote
|
ulfah_widad
Warga 4 Bintang Menyertai: 20.07.2006 Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor
|
Posting pada: 04-02-07 12:40
Terima kasih eniliana...tak mengapa..cukuplah rasa dah terhiris dengar ayat2 macam tu sekali pun....astaghfirullahal'azim...kenapa sampai macam tu sekali dia bercakap...memang patut pun dia di hentam...bagi pengajaran kat semua artis2 atau pun sesiapa saja yang tak tahu nak bercakap hal agama lebih baik berdiam diri...
|
zahratunnur
Warga 3 Bintang Menyertai: 31.12.2006 Ahli No: 27966
Posting: 85
Dari: perak
|
Posting pada: 04-02-07 13:09
ishhh..teruk betul...dah lah menghina isteri nabi, banyak artis macam ni sebenarnya.. pergi haji..tapi sama saja dah 2 suka hati saja buat statement..
|
Meow
Menyertai: 09.12.2004 Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam
|
Posting pada: 04-02-07 14:04
Astaghfirullah... berasap telinga dengar hinaan macam tu... sampai hati dia tergamak hina Ummul Mu'minin kita macam tu sekali... Semoga Allah jadikan semua ini pengajaran bagi kita semua dan semoga dia mendapat keampunan dariNya... p/s: Tak takutkah kalau kita sahaja mengaku umat Muhammad tapi Baginda menafikannya di akhirat kelak??? ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~
|
milanfman
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.07.2005 Ahli No: 17311
Posting: 73
Dari: kedah
|
Posting pada: 04-02-07 14:26
masyaAllah....xsangka artis di negara kita ni macam ni ek....terkejut gila baca cerita ni
|
LinCikedot
WARGA SETIA Menyertai: 03.09.2006 Ahli No: 26163
Posting: 811
Dari: Atap Rumbia
|
Posting pada: 04-02-07 14:51
rasa sebak saja baca..astaghfirullah..nauzubillah, harap benda macam ni tak berulang lagi.
|
gezerg
Warga 5 Bintang Menyertai: 21.09.2006 Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak
|
Posting pada: 04-02-07 16:53
Jom sama-sama memperbaharui SYAHADAH... Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga Baginda yang Mulia, Para Sahabat Baginda yang Setia dan Para Pejuang ISLAM seluruh zaman. Do'a kan ana penulis dan sahabat pembaca kekal di jalan ISLAM ----------- Terlebih dahulu, bagaimana caranya untuk kita juga luahkan rasa tidak berpuashati ini kepada artis lain? Apakah artis lupa akan tanggungjawabnya untuk memartabatkan Agama dan Bangsa. Jika perkara begini sudahpun terjadi, tidak mustahil berlaku lagi pada masa akan datang. Peri penting JAKIM menjalankan tanggungjawabnya di dalam memahamkan semua umat manusia tentang ISLAM. Jangan ikutkan saranan kerajaan sangat. Kerajaan pun punya kesilapan. Jadilah sebuah jabatan yang berfungsi bukan yang mulfunction. tunggu masa untuk tukar jentera baru? Salah satu contoh terbaik...Lihatlah betapa 'jahil' nya (maaf sebut) jawapan dpd JAKIM bila timbul isu MURTAD tidak lama dahulu. Apa mereka kurang percaya dengan fakta2 Dato Sri Mufti Perak? Apa perlu bawa bukti 'hidup' baru hendak jalankan tanggungjawab. Kelemahan JAKIM adalah juga faktor penentu kepada rakyat mudah terjebak kepada perkara serong dan sesat. Namun, JAKIM masih menjalankan tanggungjwabnya. Alhamdulillah. Cuma belum perkasa. Buat artis-artis tolonglah bertaubat. Insaf mulai saat ini. insya-ALLAH.. sama-sama kita di sini berTAUBAT. ALLAHU AKHBAR!!! Jangan Lupa: Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga Baginda yang Mulia, Para Sahabat Baginda yang Setia dan Para Pejuang ISLAM seluruh zaman.
|
anis_zulaikha
Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 04-02-07 17:09
dunia akhir zaman... takutnye tengok cuaca sekarang yang amat tidak menentu..Kenapa lah tak sedar2 algi, mengapa ALLAH binasakan umat terdahulu, kerana ingkar dan tak mensyukuri nikmat ALLAH... terlalu banyak kejadian seperti umat terdahulu sekarang.... [ Telah diedit oleh: anis_zulaikha pada 04-02-07 17:11 ]
|
rie_boyz
Warga 3 Bintang Menyertai: 02.10.2006 Ahli No: 26704
Posting: 133
Dari: upm bintulu,sarawak
|
Posting pada: 04-02-07 17:22
astaghfirullah....apa nak jadila artis sekarang dah sampai menghina isteri nabi lagi...lepas ni artis mana pula lah nanti kita tengokla.Ni akibat terlalu mengejar materislitik semata-mata soal agama dipandang sebelah mata lepas itu mulalah buat benda-benda yang seumpama begitu......Semoga yang empunya badan dapat ambil pengajaran dan jangan ulangi lagi.. nasib baik Allah nak tunjukkan kepada kita semua bahawa dunia sekarang dah semakin teruk....Kesimpulannya Apa yang diluahkan bermula dari otak dan mesej dari otak bermula dari hati...fikir-fikirkanlah.....
|
anis_zulaikha
Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 04-02-07 17:24
dipetik dari satu laman web : Dalam perbualan mengenai 'tidak sedar diri' yang di bicarakan bersama AWAL dan WATIE Elite, AWAL telah bertanya mengenai 'anak-anak ikan' yang di bela oleh si Rosnah. Dengan selamba si Rosnah bertanya pada penonton studio tentang pernikahan Nabi dengan Siti Khadijah. Dailog nya begini: Rosnah: Berapa umor Nabi masa tu? Penonton Studio: 25 Rosnah: Berapa umor Siti Khadijah? Penonton: 40 Rosnah: bukankah dah tua nak mampus tu!!?? Penonton: Clap..clap..clap... Dengan bersorak penonton bertepuk tangan mengiyakan. Siapa yang patut di persalahkan? a. Rosnah Mat Aris b. TV 3 c. Penonton d. Kerajaan e. Semua di atas [ Telah diedit oleh: anis_zulaikha pada 04-02-07 17:26 ]
|
gezerg
Warga 5 Bintang Menyertai: 21.09.2006 Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak
|
Posting pada: 04-02-07 18:00
Ana baru ada idea. Bacalah dan komen. Terima kasih. Jangan Lupa: Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga Baginda yang Mulia, Para Sahabat Baginda yang Setia dan Para Pejuang ISLAM seluruh zaman. Ana tidak pasti nak salah sesiapa seperti yang disoal oleh anis. Bagi ana: Siapa yang pergi tengok rancangan itu dan bertepuk tangan ni harap-harap dan di DO'A kan sempat bertaubat. insya-ALLAH. Alhamdulillah kita di sini sedar dan rata-rata 1000% tidak sokong artis dan rancangan hiburan realiti yang memberi peluang kepada artis berkata-kata. Sepatutnya, berilah kepada pembangkang berucap LIVE dengan lebih banyak. Ini untuk kepentingan negara. namun, malangnya negara diperintah oleh golongan yang tidak menyelami ISLAM sepenuhnya. ALLAHU RABBI kembalilah ISLAM dalam hati kami dan negara kami Ya ALLAH. Siti Khadijah (r.a) dijanjikan syurga malah sangat disayangi Nabi. Siti Khadijah (r.a) banyak menghabiskan harta untuk perjuangan Nabi Muhammad Sallallahu'alaihi Wassalam (SAW). Semua yang dilakukan adalah perkara mulia yang mendapat tempat di sisi ALLA Subhanahu Wata'ala (SWT) dan Nabi Sallallahu'alaihi WassalM (SAW). Tetapi artis???? Harta belum tentu halal haramnya (ikuti sisipan forum ana tentang FENOMENA seni). So, andai buat kerja kebajikan banyak mana pun... tapi belum diketahui diberkati ALLAHU RABBI atau tidak. MAKA, artis..tolong jaga mulut. baik diam saja daripada banyak berucap. Sokong Islam Hadhari apa andai macam ini punya style??? Sekadar nak sedapkan hati pemerintah, tidak perlu lah nak masuk TV dan kata sokong ISLAM HADHARi. Inilah..bila ALLAH suruh buat ISLAM ALLAH kita tidak mahu, ikut sedap hati. Perpaduan..perpaduan. memang perpaduan penting. Siapa kata kita tidak mahu pada perpaduan? Tetapi perpaduan yang macam mana? Kerajaan tidak pula jelaskan!!! Adakah sehingga ISLAM di hina (contohnya) pun masih kata: Ehh Tidak apa lah begitu, terbaiknya jaga perpaduan!!! So, mahu atau tidak. Kita kena balik kepada ISLAM secara menyeluruh. Lalu perlahan-lahan fahamkan orang tentang HUDUD. Sudah tentu HUDUD yang boleh selesaikan gejala perpaduan ini. insya-ALLAH. Sama-sama kita YAKIN pada ALLAH. Jangan Lupa: Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga Baginda yang Mulia, Para Sahabat Baginda yang Setia dan Para Pejuang ISLAM seluruh zaman.
|
Alkhair
Warga Rasmi Menyertai: 30.01.2007 Ahli No: 28439
Posting: 3
|
Posting pada: 04-02-07 18:06
jangan tnuggu tsunami yang lebih dahsyat..umat hari ini hanya tinggal pada nama sahaja.iman?..kita kena sedar bahawa umat hari ini sudah hilang roh keimanannya.islam di negara kita hanyalah solat,puasa,zakat,haji,sambutan hari-hari tertentu dalam bulan islam,nikah,kematian dan yang lain sudah hilang haknya..
|
kulidakwah
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.01.2007 Ahli No: 28113
Posting: 109
Dari: raub
|
Posting pada: 04-02-07 18:36
salam 'alaik.... isu ni memang sensetif apatah lagi melibatkan keluarga junjungan mulia kita umat islam....namun sedar atau tidak....sirah umur siti khadijah berumur 40 tahun adalah tidak tepat........... PERBAHASAN TENTANG USIA SEBENAR KHADIJAH r.a. SEMASA BERKAHWIN DENGAN RASULULLAH S.A.W. Dikatakan bahawa Ummul Mu’minin Saidatina Khadijah r.a. berumur 40 tahun ketika beliau berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Ia adalah suatu riwayat yang yang tidak berasas tetapi telah disebarkan sebegitu rupa dan digarap seolah-olah sebahagian daripada ugama. Ini adalah percubaan untuk membuktikan bahawa Rasulullah s.a.w. telah melalui zaman mudanya bersama-sama dengan seorang wanita tua. Dalam usia lanjut , beliau r.a telah melahirkan empat orang anak perempuan iaitu Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum dan Fatimah r.a.; dan tiga orang anak lelaki yang dinamakan Qasim, Tayyab and Tahir. Menurut sesetengahnya pula, beliau r.a. telah melahirkan empat orang anak lelaki; ada seorang yang bernama Abdullah, sedangkan setengah yang lainnya pula menyatakan bahawa yang sebenarnya Abdullah telah dipanggil sebagai Tayyab dan Tahir. Saidatina Khadijah r.a. telah berkahwin sebanyak dua kali sebelum berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Perkahwinan pertamanya adalah dengan Abu Halah Hind bin Banash bin Zararah. Daripadanya, beliau telah mendapat seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Nama anak lelakinya ialah Hind dan anak perempuannya bernama Halah. Setelah kematian Abu Halah, Khadijah r.a. berkahwin dengan Atiq bin ‘Aid Makhzumi. Daripadanya dia mendapat seorang anak perempuan yang juga bernama Hind. Inilah sebabnya mengapa Saidatina Khadijah r.a. mendapat kunniyah sebagai Ummu Hind. Anak lelaki Saidatina Khadijah, Hind, telah memeluk Islam. (Seerat-un-Nabi , Jilid II, m/s 402). Di sini, timbul satu persoalan, iaitu Saidatina Khadijah r.a. telah melahirkan empat orang anak sahaja di usia mudanya, namun semasa usia tuanya beliau telah melahirkan tujuh atau lapan orang anak, yang mana ia agak bertentangan dengan logik akal. Sebabnya, menurut Sains Perubatan, seorang wanita menjadi tidak subur untuk melahirkan anak, biasanya apabila melewati usia 45 tahun. Bagaimana pula boleh dipercayai bahawa lapan orang anak telah dilahirkan setelah melepasi usia 40 tahun? Pihak Orientalis dan musuh-musuh Islam telah memberi perhatian khusus terhadap riwayat ini, kerana peristiwa ini jelas bertentangan dengan akal. Dengan mendedahkan peristiwa seperti ini, mereka mengambil kesempatan untuk mencemuh Islam. Namun begitu, ulama kita sebaliknya menganggap kejadian ini sebagai ‘satu mukjizat’ Rasulullah s.a.w. Tambahan lagi mereka menganggap inilah keistimewaan nabi s.a.w. kerana sanggup mengahwini wanita yang tua sedangkan baginda s.a.w. sendiri muda belia. Di pihak yang lain golongan Syiah mendakwa adalah tidak mungkin melahirkan sebegitu ramai anak di usia tua. Oleh itu, Zainab, Ruqayyah dan Ummu Kalthum tidak diiktiraf sebagai anak nabi s.a.w. Golongan Syiah mengatakan bahawa umur Khadijah r.a. ialah 40 tahun semasa berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Meskipun mereka amat mahir bermain dengan angka, mereka telah melakukan kesilapan bodoh bila mendakwa bahawa Fatimah r.a. dilahirkan lima tahun selepas kenabian. Dalam hal ini, Khadijah sudah berumur 60 tahun semasa melahirkan Fatimah r.a.. Dengan ini tidak mungkin Ruqayyah dan Kalthum adalah anak kepada Khadijah kerana mereka adalah lebih muda dari Fatimah. Kita akan membuktikan bahawa empat orang anak perempuan ini adalah dilahirkan oleh Saidatina Khadijah r.a. dari Rasulullah s.a.w. Tetapi sebelum itu orang Syiah perlu membuktikan bahawa seorang wanita yang berusia 60 tahun boleh melahirkan anak. Dan apabila mereka membuktikannya, mereka mesti juga membuktikan bahawa Fatimah r.a. adalah anak kepada Khadijah r.a. Sebenarnya terdapat perbezaan pendapat tentang usia sebenar Khadijah r.a bila berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Ada yang berkata umurnya 40 tahun . Ada yang berpendapat usianya 35 tahun. Yang lain pula mengatakan 30 tahun , dan sesetengah pula mengatakan 27 tahun, manakala ada pula yang menyatakan bahawa usianya 25 tahun. Ahli-ahli sejarah Syiah sependapat mengatakan umurnya 40 tahun, dan mereka menolak pendapat lain. Dan mereka riuh rendah menyebarkan pendapat ‘40 tahun’ ini seolah-olah pandangan lain tidak pernah wujud. Ulama kita dan ahli-ahli sejarah yang terkemudian juga terpengaruh dengan daayah ini dan menyangkakan bahawa pendapat golongan Syiah inilah yang ‘tepat’. Hafiz Ibn Kathir menulis: “Baihaqi telah memetik daripada Hakim iaitu apabila Rasulullah mengahwini Khadijah r.a., baginda s.a.w. adalah berumur dua puluh lima tahun dan Saidatina Khadijah r.a. berumur tiga puluh lima tahun, dan ada pendapat lain mengatakan usianya dua puluh lima tahun.” (al-Bidayah, Jilid II, m/s 295) Dengan lain perkataan, Baihaqi dan Hakim menyatakan bahawa Saidatina Khadijah r.a. berusia tiga puluh lima tahun pada waktu itu. Bersama-sama dengan itu, mereka juga turut mengatakan bahawa ada pendapat bahawa beliau r.a. berusia dua puluh lima tahun. Di tempat lain , Hafiz Ibn Kathir mengatakan usia Saidatina Khadijah r.a. pada masa kewafatannya, sebagaimana berikut: “Usia Saidatina Khadijah mencapai 65 tahun. Satu pendapat mengatakan beliau meninggal pada usia 50 tahun. Dan pendapat ini (iaitu 50 tahun) adalah yang benar.” (al-Bidayah wan Nihayah, Jilid II, m/s 294) Ulama Hadis dan ahli sejarah bersetuju bahawa Saidatina Khadijah r.a. menjalani hidup sebagai isteri Rasulullah s.a.w. selama 25 tahun dan beliau r.a. meninggal dunia pada tahun ke-10 Kerasulan. Hafiz Ibn Kathir berkata; ‘pendapat yang benar adalah usianya mencecah 50 tahun’ telah membuktikan bahawa usia Saidatina Khadijah pada masa perkahwinannya ialah 25 tahun. Dan juga, Hafiz Ibn Kathir juga telah membuktikan bahawa ‘maklumat’ yang diterima pada hari ini (iaitu umur Khadijah r.a. 40 semasa berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. ) adalah salah dan tidak benar sama sekali.. Meskipun dengan fakta yang sebegini jelas, kita masih mempercayai (dan terperangkap) dalam berita yang lebih merupakan khabar angin semata-mata. Apabila kami mengkaji ‘Al-Bidayah wan-Nihayah’ yang ditulis oleh Ibn Kathir, barulah kami menyedari akan kesilapan kami. Semoga Allah yang Maha Kuasa mengampuni kami, kerana kami adalah mangsa kepada suatu salah faham yang besar. Moga Allah yang Berkuasa mengurniakan kepada kita semua kefahaman akan Kebenaran. Wallahua’lam Aamin! Ya Rabbal Aalamin ----------------- -aku berfahaman salaf,bermanhaj sunnah-
|
mukmin0904
Warga 4 Bintang Menyertai: 13.12.2005 Ahli No: 21142
Posting: 298
Dari: petaling jaya
|
Posting pada: 04-02-07 20:54
m.... artis yang jahil... nak buat bagaimana
|
hubbud_jariah
Warga 1 Bintang Menyertai: 05.11.2006 Ahli No: 27212
Posting: 32
Dari: jepang
|
Posting pada: 04-02-07 22:47
astaqfirullahal azim...mengucap panjang saya....... memang sakit hati bila dengar si artis rosnah mat aris ni bercakap dalam rancangan tu....sangat celupar mulut dia seolah-olah mempermain-mainkan rasulullah dan isteri baginda siti khadijah.... sebelum nak cakap tu sepatutnya dia cermin diri dulu layak ke dia nak bandingkn diri dia dengan siti khadijah.... dahlah tak sedar diri dah tua2...rumah kata pergi, kubur kata mari ...lagi mahu dressing macam org muda... ni lah dia kalau org yang jahil agama diberi peluang bercakap...cakap main ikut sedap mulut saja... yang penonton pun boleh sedap2 gelak ketawa....astaqfirullahal azim bawak2 lah bertaubat wahai artis2 semua .... http://www.youtube.com/watch?v=ey64PLmQuiIsedikit sedutan dr rancangn itu ----------------- ....kembara mencari ilmu dan cintaNya....
|
ridz07
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.10.2004 Ahli No: 11876
Posting: 102
Dari: Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato' Razali Ismail (IPGM-KDRI), Kuala Terengganu...
|
Posting pada: 04-02-07 22:54
Hmm.... manusia ooo manusia. Bila nak laksanakan kehendak nafsu sanggup menghina insan mulia..... kekasih Allah....
|
gezerg
Warga 5 Bintang Menyertai: 21.09.2006 Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak
|
Posting pada: 04-02-07 23:29
Pada 04-02-07 22:54 , ridz07 posting:!!! QUOTE !!! Hmm.... manusia ooo manusia. Bila nak laksanakan kehendak nafsu sanggup menghina insan mulia..... kekasih Allah.... Sama-sama kita do'a kan agar kita yang bercakap dan yang menulis ini kekal ISLAM dan sayang kepada Nabi Sallallahu'alaihi Wassalam (SAW). Jom perbaharui Syahadah sentiasa. insya-ALLAH ----------------- Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga, Para Sahabat Baginda dan Umat Islam seluruhnya
|
eyu_extra
Warga 2 Bintang Menyertai: 08.11.2006 Ahli No: 27251
Posting: 65
Dari: johor
|
Posting pada: 04-02-07 23:58
saya tengok masa tu...memang terkejut...hampeh punya orang itu...tak patut dia cakap begitu...she loves to boast...and she thinks she's always right...and thats her masalah!
|
hosni_mubarak
Warga 3 Bintang Menyertai: 22.11.2005 Ahli No: 20411
Posting: 104
Dari: kelana jaya
|
Posting pada: 05-02-07 00:22
sama-samalah kita berdo'a agar mereka yang bersekongkol bertaubat... jangan lupa juga untuk berdo'a agar kita dijauhi daripada sifat-sifat sebegitu... -wallahua'lam-
|
wafa_mawaddah
WARGA SETIA Menyertai: 10.10.2003 Ahli No: 4175
Posting: 845
Dari: mardhatillah
|
Posting pada: 05-02-07 00:27
satu peringatan: fikir dahulu sebelum berkata-kata... peringatan untuk semua....
|
budak_melaka
WARGA SETIA Menyertai: 21.02.2005 Ahli No: 14578
Posting: 450
Dari: melaka
|
Posting pada: 05-02-07 08:39
erm...itulah kejap saja Kalau Allah nak aib kan.... Sebagai penghapus dosa agaknya...
|
Ustadz
WARGA SETIA Menyertai: 30.06.2006 Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing
|
Posting pada: 05-02-07 08:48
astaghfirullah..taubatlah kita semua,artis bukanlah idola kita seperti yang disebut oleh masyarakat...idola kita hanya nabi S.A.W..apabila Allah nak rosakkan satu2 kaum itu adalah dengan memperbanyakkan orang2 bodoh dan disedikitkan ulama..dan apabila orang2 bodoh itu bercakap ramai penyokong2nya dan apabila ulama bercakap disuruh diam..sedarlah kita semua,taubatlah..doa nangis2 minta pada Allah diberi kekuatan dan pertolongan untuk bantu saudara kita yang masih tak dapat amal agama...nau'zubillah
|
Ustadz
WARGA SETIA Menyertai: 30.06.2006 Ahli No: 25025
Posting: 774
Dari: Kandang Kambing
|
Posting pada: 05-02-07 08:59
kita tak boleh jatuhkan hukum atas makhluk..yang berhak hanya Allah,kita kena sedih dan kasihan dengan mereka,semua ni adalah salah kita semua kerana tak dakwah dia sebaliknya dok sokong,undi dan sebagainya
|
nurfieza
WARGA SETIA Menyertai: 19.01.2006 Ahli No: 22039
Posting: 416
Dari: utara...
|
Posting pada: 05-02-07 10:20
|
alifmimyanun
WARGA SETIA Menyertai: 19.06.2003 Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak
|
Posting pada: 05-02-07 10:36
40 tahun tak tua, 70 baru tua.
|
aqil
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.08.2005 Ahli No: 17966
Posting: 162
Dari: PAHANG
|
Posting pada: 05-02-07 12:32
Pada 03-02-07 22:31 , lya_1408 posting:!!! QUOTE !!! bnyakkanlah bertaubat wahai artis2 yang tak sedar diri sebelum ajal tiba... mahukah kita lihat allah turunkan bala kepada kita???????? sokong...sokong...!!!!!
|
Penama
Deleted User
|
Posting pada: 05-02-07 13:43
Pada 04-02-07 22:47 , hubbud_jariah posting:!!! QUOTE !!! astaqfirullahal azim...mengucap panjang saya....... memang sakit hati bila dengar si artis rosnah mat aris ni bercakap dalam rancangan tu....sangat celupar mulut dia seolah-olah mempermain-mainkan rasulullah dan isteri baginda siti khadijah.... sebelum nak cakap tu sepatutnya dia cermin diri dulu layak ke dia nak bandingkn diri dia dengan siti khadijah.... dahlah tak sedar diri dah tua2...rumah kata pergi, kubur kata mari ...lagi mahu dressing macam org muda... ni lah dia kalau org yang jahil agama diberi peluang bercakap...cakap main ikut sedap mulut saja... yang penonton pun boleh sedap2 gelak ketawa....astaqfirullahal azim bawak2 lah bertaubat wahai artis2 semua ....
http://www.youtube.com/watch?v=ey64PLmQuiI sedikit sedutan dr rancangn itu
Kalau tak silap, masa rancangan tu.ada disebut tentang rumah kata pergi,kubur kata mari..dan jawapan artis ni adalah.. (lebih kurang macam ni) "anda dengar ke kubur tu panggil aku?" "rumah kalau dah nak roboh,kita pergilah ke rumah baru" "kubur tu kita pergi untuk ziarah" panjang meleret2 juga jawapan dia merapu..tak boleh nak ingat exact words.. dan seperti biasa,penonton bergelak ketawa dan bertepuk tangan mendengar jawapan "bijak" artis tersebut.
Quote
|
eme86
WARGA SETIA Menyertai: 13.07.2005 Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.
|
Posting pada: 05-02-07 13:54
ada keluar paper kee......!! ----------------- Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...
|
Vitamin_Hati
WARGA SETIA Menyertai: 28.02.2006 Ahli No: 23062
Posting: 656
Dari: UK
|
Posting pada: 05-02-07 16:37
ramai artis jahil dalam agama......
|
miss_farhana
Warga 4 Bintang Menyertai: 29.06.2006 Ahli No: 25002
Posting: 325
Dari: berpijak pada bumi Tuhan,berbumbungkan langit Tuhan
|
Posting pada: 05-02-07 17:42
salam dia cakap apa sebenarnya...tak jelas lah...
|
Meow
Menyertai: 09.12.2004 Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam
|
Posting pada: 05-02-07 17:56
Pada 05-02-07 17:42 , miss_farhana posting:!!! QUOTE !!! salam
dia cakap apa sebenarnya...tak jelas lah... Dia cakap macam ni miss farhana... Awal (pengacara) tanya Rosnah pasal bercinta dengan anak ikan (org muda)... jadi Rosnah respon... Rosnah: Saya tak rasa saya buat salah pun... salah ke saya bercinta dengan orang muda?? Penonton + Pengacara lain bersama: Tak... tak salah... Rosnah: Saya rasa tak salah.. kalau kita tengok sejarah Rasulullah... siti Khadijah kawin dengan Rasulullah... berapa umur dia?? Penonton: 40... Rosnah: Dan Rasulullah....? Penonton: 25... Rosnah: 40 tu tak tua ke...? Dah nak mampos kan...? Begitulah lebih kurangnya dialog yang berlaku... untuk lebih real lagi, tontonlah video youtube yang di bagi kat atas tu... Lebih geram bila tengok penonton dengan selambanya gelakkan Saidatina Khadijah dihina oleh artis macam tu saja... sampai hati... bukankah Saidatina Khadijah adalah ibu bagi orang2 beriman? Sesiapa yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasulullah, isteri-isteri Baginda umpama ibu-ibu kita... mana boleh kita diam saja bila ibu-ibu kita dihina! Begitu juga kalau ibu-ibu kita yang lain seperti Saidatina A'ishah, Saidatina Hafsah dan lain-lain dihina... kita terasa hati juga... tapi penonton dalam rancangan tu seronok pulak gelakkan... ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~
|
trouver_99
WARGA SETIA Menyertai: 01.02.2004 Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang
|
Posting pada: 05-02-07 18:23
yang ni takmau sangka baik juga ke.tak mahu tanya dulu juga ke mana nak tau kalau-kalau si artis tu memang tercelupar ke apa ke? ----------------- = think Islam , think Globally , think Reality = [ Telah diedit oleh: trouver_99 pada 05-02-07 18:24 ]
|
anis_zulaikha
Menyertai: 13.07.2004 Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya
|
Posting pada: 05-02-07 19:02
nak nangis rasa tengok perempuan itu... sampai hati dia hina kekasih rasulullah... baran tol rasa dengan perempuan ini.. [ Telah diedit oleh: anis_zulaikha pada 05-02-07 19:07 ]
|
bintubahariyah
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.08.2006 Ahli No: 25924
Posting: 242
Dari: usm
|
Posting pada: 05-02-07 19:48
astaghfirullah... erm, nampaknya kiamat memang dah dekat.. tsunami dah datang, kemarau, banjir kat johor yang macam takmau surut saja..dan the next will coming soon... sama-samalah kita doa kat Allah... ramai saja yang sedaq malaysia ni tak ubah macam negara barat dah...tapi macam tak mampu pun nak buat papa... mufti pun boleh cakap sajalah..pensyarah kat semua u un boleh bagi lecture sajalah..cikgu2 kat sekolah boleh ajar sajalah apa yang baik dan buruk.. tapi org yang paling mmpu untuk mengubah masih tak berubah... ya Allah...cepat2lah Engkau naikkan pemimpin yang kenal sapa Engkau...ameen...
|
gezerg
Warga 5 Bintang Menyertai: 21.09.2006 Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak
|
Posting pada: 05-02-07 22:44
Pada 05-02-07 19:02 , anis_zulaikha posting:!!! QUOTE !!! nak nangis rasa tengok perempuan itu... sampai hati dia hina kekasih rasulullah... baran tol rasa dengan perempuan ini..
Mula-mula, Jangan Lupa Ya: Selawat dan Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi MUHAMMAD Sallallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga Baginda, Para Sahabat Baginda dan Para Pejuang ISLAM seluruh zaman. ALHAMDULILLAH bagi yang ada perasaan kurang senang apatah lagi yang MARAH dengan perbuatan sedemikian rupa. Marah dan rasa geram itu bukan hanya pada ARTIS semata-mata ...kita marah pada sesiapa saja yang buat perkara yang serupa dan hampir serupa!!! insya-ALLAh... Mohon ALLAHU RABBI kekalkan penulis ini di jalan ISLAM. Baik dia Menteri hinggalah kepada yang menganggur..kita MARAH dan menyatakan MARAH dan kurang senang kepada yang memperkecilkan orang yang SANGAT MULIA antara semua makhluk!!! Ana nak komen sikit: Di mana fungsi JAKIM ni? Apakah bila sudah jadi macam ini baru nak ambil tahu dan ambil tindakan? Kenapa tidak bekerja secara amanah dan menyeluruh? Kenapa tidak mempertingkatkan usaha memahamkan orang ramai baik menetri dengan ISLAM? Mungkin atas dasar kelemahan JAKIM ini lah menyebabkan PM terpaksa buat ijtihad sendiri dengan mewujudkan ISLAM HADHARI? May be tidak boleh salah PM dah..rakyat tidak ada choice (bagi yang tidak membuka mata kepada kebenaran). Mudah-mudah saja JAKIM ikut dalam usaha ISLAM HADHARI. Padahal selama ada ISLAM di MALAYSIA ini, JAKIM tidak mempertingkatkan usaha ke arah kebaikan dan mendaulatkan ISLAM pada tempatnya yang sebenar. Namun bukan salah JAKIM semuanya. Tetapi sudut yang penting seperti yang ana luahkan itu ..sesuatu yang amat mengecewakan. Kenal pasti kelemahan yang kita beritahu...insya-ALLAH JAKIM berfungsi sebagai badan PENASIHAT kepada pemerintah... bukankah ISLAM itu indah? JAKIM kena berusah ke arah ini. Mohon maaf. Jangan Lupa Ya: Selawat dan Salam ke atas Junjungan Mulia Nabi MUHAMMAD Sallallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga Baginda, Para Sahabat Baginda dan Para Pejuang ISLAM seluruh zaman. ----------------- Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga, Para Sahabat Baginda dan Umat Islam seluruhnya
|
syaida-syarafina
Warga Rasmi Menyertai: 06.02.2007 Ahli No: 28584
Posting: 5
Dari: johor
|
Posting pada: 07-02-07 08:53
actually tanpa artis ni sedari, dia telah membuka ke'aibannya sendiri...kejahilan sendiri yang di war-warkan dengan senang hati... ramai artis yang hipokrit pada masyarakat and with they themselves mengenai agama...bagaimana kita nak melihat mereka sebagai beriman, sedangkan tentang menutup aurat, hukum yang paling obvious pun mereka tidak laksanakan?.... anyway, dari cerita ni, dan cerita-cerita lain pasal artis dan islam ini, saya dapati walaupun kita hipokrit dengan menunjukkan baik di khalayak ramai, at last kita punya true colours tu akan nampak juga.... [ Telah diedit oleh: syaida-syarafina pada 07-02-07 08:54 ]
|
destinasi_abadi
WARGA SETIA Menyertai: 31.12.2004 Ahli No: 13423
Posting: 496
Dari: Pulau Pinang
|
Posting pada: 07-02-07 09:48
astaghfirullah....sebak sangat baca posting ini...Kenapa lah sampai boleh kuarkan kata-kata begitu...hanya mampu beristighfar banyak-banyak....moga Allah ampunkan dosa kita semua....mungkin tak sedar bahawa dunia ini sementara...macam-macam kan sekarang ini...
|
vanadium_oksida
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.01.2005 Ahli No: 13944
Posting: 279
Dari: manjung ,perak
|
Posting pada: 07-02-07 12:03
|
faried
Warga 3 Bintang Menyertai: 04.09.2006 Ahli No: 26185
Posting: 150
Dari: kedah
|
Posting pada: 07-02-07 12:06
emmm.......kalau dah jahil tengtang agama apa pun rasa tak bersalah.......rasa senang dengan kejahilan.......
|
miledi
WARGA SETIA Menyertai: 28.07.2006 Ahli No: 25473
Posting: 531
Dari: peneng
|
Posting pada: 07-02-07 21:49
itu lah akibatnya kalau rasa pandai agama...tapi hakikatnya jahil....tak patut betul cakap macam itu....bukankah patut artis ni kena ban or someting?
|
ahlifikir
Warga 2 Bintang Menyertai: 01.07.2005 Ahli No: 17015
Posting: 45
Dari: kl
|
Posting pada: 07-02-07 22:30
si tua tak sedar diri nanti dok dalam longkan baru tau
|
affenry
Warga 3 Bintang Menyertai: 04.08.2006 Ahli No: 25617
Posting: 130
Dari: johor
|
Posting pada: 08-02-07 01:17
salam......................... budaya di malaysia............ bila artis datang, beribu2 org datang sambut..... tapi bila ulama datang, buat bodoh saja...... silap hari bulan, laggar bahu pun buat tak tahu..........
|
affenry
Warga 3 Bintang Menyertai: 04.08.2006 Ahli No: 25617
Posting: 130
Dari: johor
|
Posting pada: 08-02-07 01:31
salam........................... pada saya dia memang KURANG AJAR.................. patut nya org macam ni diajar sikit mhormati salasilah Nabi......
|
attuffah_humairah
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.04.2006 Ahli No: 24196
Posting: 217
Dari: Johor
|
Posting pada: 08-02-07 09:40
hanya mampu berdoa dikurniakan hidayah oleh Allah...diampunkan segala khilaf...manusia memang tak lekang buat dose..Nabi pun maafkan ummat inikan kita manusia...ana faham situasi ni mengundang kemarhan ummat seluruhnya...marilah berdoa bersama...
|
umminajihah
Warga 2 Bintang Menyertai: 04.09.2005 Ahli No: 18690
Posting: 70
|
Posting pada: 08-02-07 12:40
tengoklah gaya dia macam mana, dulu tak warna rambut sekarang.....penampilan pun lain.....moga Allah berikan petunjuk pada dia sebelum ajal datang..amin.
|
rifhan
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.03.2005 Ahli No: 15169
Posting: 92
Dari: selangor
|
Posting pada: 08-02-07 12:44
Pada 04-02-07 00:27 , anis_zulaikha posting:!!! QUOTE !!! tu lah bila yang jahil diangkat martabat... hairan rakyat malaysia ni, ulamak dicemuh, artis disanjung... mana bala tak menimpa... banyak tol rancangan tv yang tak berpekdah sekarang.... tak sunyi dari menggalakkan dosa... tak cukup melodi, di tambah sensasi. tak cukup dengan af, tambah dengan oiam. tak cukup dengan raja lawak, tambah pula glamer gila... dah jadi taksub dengan hiburan, buta...tak sedar tu semua agenda yahudi laknatullah dah berjaya meracuni umat kita ini... Betu2...Setuju 100%.. Apelah yang agung sangat artis2 ni?
|
rifhan
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.03.2005 Ahli No: 15169
Posting: 92
Dari: selangor
|
Posting pada: 08-02-07 12:45
Saya tengok cerita sensasi malam tu..Terkejut jugak dia cakap begitu.. Sedap2 dia saja nak samekan dia dengan siti khadijah.. Siti khadijah tu ummul mukminin,dia???
|
miledi
WARGA SETIA Menyertai: 28.07.2006 Ahli No: 25473
Posting: 531
Dari: peneng
|
Posting pada: 08-02-07 12:57
ya betul...harap terbuka ahti untuk bertaubat sebelum terlambat....moga Allah limphkn hidayahNya kdp kita....
|
gezerg
Warga 5 Bintang Menyertai: 21.09.2006 Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak
|
Posting pada: 08-02-07 20:48
Pada 08-02-07 12:57 , miledi posting:!!! QUOTE !!! ya betul...harap terbuka ahti untuk bertaubat sebelum terlambat....moga Allah limphkn hidayahNya kdp kita.... Selawat dan Salam Ke atas Junjungan Besar lagi Mulia Nabi Muhammad Sallallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga, Para Sahabat dan Para Pejuang ISLAM seluruhnya. insya-ALLAH terbuka hati ana penulis ini dan juga pembaca untuk terus berdakwah dengan ISLAM. insya-ALLAH. Selawat dan Salam Ke atas Junjungan Besar lagi Mulia Nabi Muhammad Sallallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga, Para Sahabat dan Para Pejuang ISLAM seluruhnya. ----------------- Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga, Para Sahabat Baginda dan Umat Islam seluruhnya
|
gezerg
Warga 5 Bintang Menyertai: 21.09.2006 Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak
|
Posting pada: 08-02-07 20:50
Pada 08-02-07 12:44 , rifhan posting:!!! QUOTE !!! Pada 04-02-07 00:27 , anis_zulaikha posting:
Betu2...Setuju 100%.. Apelah yang agung sangat artis2 ni? Setuju juga. Selawat dan Salam Ke atas Junjungan Besar lagi Mulia Nabi Muhammad Sallallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga, Para Sahabat dan Para Pejuang ISLAM seluruhnya ----------------- Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga, Para Sahabat Baginda dan Umat Islam seluruhnya [ Telah diedit oleh: gezerg pada 08-02-07 20:52 ]
|
rabiatuladawiyahabdlatif
Warga 3 Bintang Menyertai: 19.12.2006 Ahli No: 27800
Posting: 77
Dari: n9
|
Posting pada: 09-02-07 03:02
salam.. Kalau siapa nak tengok partrosnah mat aris sebut perkataan tu... boleh lah layari YOUTUBE..dan search lah ROSNAH MAT ARIS...
|
gezerg
Warga 5 Bintang Menyertai: 21.09.2006 Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak
|
Posting pada: 13-02-07 21:54
PAS ada hantar memorendum bantah program bersifat ini, betul ke? Selawat dan Salam Ke atas Junjungan Besar lagi Mulia Nabi Muhammad Sallallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga, Para Sahabat dan Para Pejuang ISLAM seluruhnya.
|