Oleh |
Lawak Bahasa Berimbuhan (ada unsur2 yang tidak disengajakan) |
azemi
WARGA SETIA Menyertai: 16.01.2004 Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban
|
Posting pada: 02-02-07 17:43
Disini dikemukakan contoh beberapa istilah 'baru' yang terhasil apabila menambah imbuhan kata dihadapan dan belakangnya. Pelik bukan?? Mungkin ada beranggapan ianya akan merosakkan bahasa. Tetapi ia mungkin juga boleh menjadikan kita berfikir dan cuba mentafsirkan semula istilah tersebut mengikut imaginasi sendiri.. 1. MengMawikan Definisi: Fesyen berambut pendek (hampir botak) dan kemas serta mempunyai suara yang sedap Contoh ayat: Ramai pemuda berusaha 'mengMawikan' diri mereka walaupun menyedari fesyen dan suara lain lebih menarik dan sedap didengar. 2. DiBatuTalamkan Definisi: Sejenis batu yang mempunyai beberapa lapis (ibarat talam dua muka). Biasanya digunakan untuk membaling orang yang dibenci. Contoh ayat: Chee Pang sering 'diBatuTalamkan' oleh kumpulan berbaju biru semasa pemilihan pasukan pom-pom sekolahnya. Ini kerana mereka mengatakan bahawa Chee Pang bukanlah berbakat dalam bidang pom-pom tetapi hanya seorang bekas pemandu bas. 3. MengeTolkan Definisi: Sejenis halangan batu untuk mengugut penduduk kampung supaya menyerahkan harta peribadi mereka. Contoh ayat: Tok Ketua bersama-sama konco-konconya 'mengeTolkan' banyak lorong dan denai dikampung kerana memberi alasan "mahu guna mesti bayar", tanpa menyedari bahawa lorong dan denai itu dihasilkan dengan keringat penduduk kampung sendiri. 4. diSamyVellukan Definisi: Merujuk kepada peningkatan kos hidup segolongan masyarakat yang tertindas. Contoh ayat: Mereka sudah tidak tahan lagi akibat 'diSamyVellukan' beberapa kali, malah dua tahun sekali pasti ada sahaja perkara yang mereka akan 'diSamyVellukan' secara automatik. 5. diCicakMankan Definisi: Sejenis penyakit mental yang menyebabkan pesakit meminati pelbagai jenis cicak khususnya cicak kobeng. Jarang berlaku apatah lagi di Malaysia. Contoh ayat: Mak Tom kerap memarahi anaknya Yusry yang sejak akhir-akhir ini membawa cicak kobeng masuk ke rumah. Ini mengakibatkan anak perempuannya Fazira takut lalu melarikan diri ke rumah nenen Jemilah. Apabila Yusry dibawa berjumpa pakar psikiatri, doktor mengesahkan bahawa Yusry telah 'diCicakMankan'. 6. diSureHebohkan Definisi: Majlis perkumpulan manusia yang mempunyai dwifungsi; berfaedah (juga) disiang dan melalaikan terutamanya diwaktu malam. Contoh ayat: Kambing dan lembu dikandang peliharaan Pak Leman 'gelihati' melihat perangai sekumpulan remaja yang baru balik setelah 'diSureHebohkan' di pekan. Ada antara mereka seperti 'diCicakMankan', dan ada pula yang 'diBatuTalamkan' oleh sekumpulan remaja lain. Nasib mereka agak malang pada malam itu kerana Tok Ketua telah 'mengeTolkan' jalan yang dilalui. Ini menyebabkan mereka telah 'diSamyVellukan' walaupun wang saku mereka telah habis semasa 'diSureHebohkan'. p/s Definisi dan contoh tidak ada kena-mengena dengan sesiapa, sebarang peristiwa dan tempat..harap maklum
|
Farishah
WARGA SETIA Menyertai: 24.04.2005 Ahli No: 16036
Posting: 808
Dari: depan komputer
|
Posting pada: 02-02-07 18:03
huhu pertama kali nampak defination macam ni...  ----------------- strong minds talk about ideas, weak minds talk about people.
|
annamuslimah
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.06.2003 Ahli No: 1423
Posting: 149
Dari: Kuantan
|
Posting pada: 02-02-07 18:14
perkataan baru untuk cikgu-cikgu Bahasa Melayu ajar pada anak murid mereka hehehe
|
ibnutuki
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.11.2005 Ahli No: 20410
Posting: 330
Dari: batu pahat
|
Posting pada: 04-02-07 19:10
bahasa jiwa bangsa....
|
mechelmine
WARGA SETIA Menyertai: 02.10.2006 Ahli No: 26702
Posting: 897
Dari: KeLaNtAn Ke KeDaH
|
Posting pada: 05-02-07 00:47
.....Susah jugak nak paham ni..hehee.
|
alexander
WARGA SETIA Menyertai: 24.12.2004 Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 10-02-07 17:36
 ...sure mengamuk Dewan Bahasa..... ----------------- Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 10-02-07 20:37
adess... 'memangsakan' bahasa...
|
dibaa
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.07.2006 Ahli No: 25256
Posting: 181
Dari: perak
|
Posting pada: 11-02-07 12:14
Pada 10-02-07 17:36 , alexander posting:bukan ngamuk juga silap hari bulan kena saman...
|
Al-Fadhil
Warga 3 Bintang Menyertai: 27.09.2005 Ahli No: 19378
Posting: 119
Dari: JOHOR
|
Posting pada: 11-02-07 17:00
tak best pun. dah lah rosak Bahasa Melayu. lepas itu lawak entah apa-apa entah.
|
LinCikedot
WARGA SETIA Menyertai: 03.09.2006 Ahli No: 26163
Posting: 811
Dari: Atap Rumbia
|
Posting pada: 11-02-07 18:00
yup...saya setuju al fadhil..
|
ibn_wanza
Warga 4 Bintang Menyertai: 29.10.2005 Ahli No: 20172
Posting: 295
Dari: kelantan + terengganu
|
Posting pada: 11-02-07 18:58
+an : me'pakpandirkan' contoh ayat : pak mat tempe telah me'pakpandir'kan dirinya setelah di marahi oleh isterinya sambil berjalan menarik tin...
|
alifmimyanun
WARGA SETIA Menyertai: 19.06.2003 Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak
|
Posting pada: 16-02-07 22:14
 ahah hah hah hah !!! ----------------- pengalaman itu ibarat guru yang mengajar di sekolah hidupmu
|
redgirl
WARGA SETIA Menyertai: 31.01.2007 Ahli No: 28476
Posting: 871
Dari: bumi tuhan
|
Posting pada: 16-02-07 22:16
boleh ke guna dalam periksa..
|
NURUL_IMAN0307
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.01.2005 Ahli No: 13498
Posting: 89
Dari: -
|
Posting pada: 28-02-07 15:51
|
qudwah
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2005 Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU
|
Posting pada: 02-03-07 22:55
huhu
|
zubaidah
Warga 4 Bintang Menyertai: 06.10.2003 Ahli No: 4059
Posting: 280
Dari: TerenGGanu
|
Posting pada: 02-03-07 23:18
mmmm.......ada-ada saja kamu ni...  ----------------- TUHAN, terimalah aku...semoga Allah selamatkan kita daripada segala kejahatan yang berada di langit dan di bumi...
|
azemi
WARGA SETIA Menyertai: 16.01.2004 Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban
|
Posting pada: 04-03-07 11:06
Pada 02-03-07 23:18 , zubaidah posting:!!! QUOTE !!! mmmm.......ada-ada saja kamu ni... 
hehe..memang ada-ada sahaja dan sengaja diada-adakan..sebenarnya mesej yang lebih penting..bukan lawaknya..terima kasih sahabat2 ukhwah atas maklumbalas..tetapi tidak ada pula yang bincang tentang mesej dalam lawak ni, Kenapa??hehe..
|
marsheila
Warga Rasmi Menyertai: 31.01.2007 Ahli No: 28472
Posting: 3
Dari: bangi
|
Posting pada: 05-03-07 23:58
huhu,,, nanti mawi baca mesti suka ----------------- simple
|
muslimin23
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~
|
Posting pada: 06-03-07 01:54
|