Oleh |
ex-DarulQuran & tahfiz |
kulidakwah
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.01.2007 Ahli No: 28113
Posting: 109
Dari: raub
|
Posting pada: 02-02-07 17:30
salam 'alaik kepada semua bekas pelajar darul quran kuala kubu cawangan darul quran di setiap negeri.... mehla kita tukar2 cerita tentang anda sekarang....da belajar kat mana...kerja ke...macam mana mengulang quran...hehehehe ----------------- -aku berfahaman salaf,bermanhaj sunnah- [ Telah diedit oleh: simpLe_sHida pada 02-02-07 23:46 ]
|
kulidakwah
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.01.2007 Ahli No: 28113
Posting: 109
Dari: raub
|
Posting pada: 03-02-07 00:20
Khas buat para Huffaz alangkah besar nikmatnya anugerah Allah, memuliakan dirimu dengan kitabNya, siang dan malam kau bermujahadah, bersusah-payah menghafaznya, jangan lekas putus asa, ia kan berbalas juga, kerana setiap yang susah ada hikmahnya, berusahalah, berdoalah, dan bertawakallah, bukan semua orang mendapat apa yang dicita, sedangkan Allah punya kuasa mengurniakannya, bersabarlah dalam bermujahadah, kerana SABAR ITU TERLALU INDAH.
|
kulidakwah
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.01.2007 Ahli No: 28113
Posting: 109
Dari: raub
|
Posting pada: 03-02-07 00:22
+ Hamlatul Quran + AKU HAMLATUL QURAN Bisikan ketenangan menyelubungi nurani, Kesyahduan kurasakan amat bererti, Acapkali ku terdengar alunan suara insan-insan kerdil membasahi lidah dengan kalamMu ya Ilahi, Tiada putus-putus mendampingi kitabMu, Membaca, mentadabbur, meneliti ayat-ayat suci, Segolongan insan yang dihormati, Segolongan insan yang dipandang tinggi, Inilah insan yang bergelar Hamlatul Quran, iaitu pendokong kitab suci, Hamlatul Quran, itulah aku! Terngiang-ngiang di telingaku ungkapan kata yang penuh makna, Yang hanya dapat dihayati oleh hati-hati yang suci, Wasiat Ibnu Mas’ud yang berbunyi: "…seharusnya bagi seorang Hamlatul Quran itu mengetahui… Malamnya ketika manusia dibuai mimpi, siangnya ketika manusia enak menikmati juadah, tangisannya ketika manusia bergelak ketawa, diamnya ketika manusia berkata yang sia-sia, dan khusyu’nya ketika manusia leka dengan kehidupan dunia…" Aku merenung sejenak, Hamlatul Quran…begitukah aku? Kata-kata itu mengetuk fikiranku, menyentuh hatiku, menyedarkan aku dari lamunanku, Betapa Hamlatul Quran yang hakiki, Adalah insan yang sanggup bermujahadah dalam kepayahan, Mampu berkorban dalam tangisan dan rela imannya diuji dengan keperitan Baru kusedar…Hamlatul Quran Kau luar biasa! Tatkala kuimbas kembali kisah silamku yang penuh dengan kelalaian, kealpaan, keseronokan seperti org-org kebanyakan, Sememangnya tidak layak untuk diri ini dianugerahi dengan permata Ilahi Yang nilainya terlalu tinggi jika dibanding dengan diri yang dhaif ini… Namun…Kau anugerahkan jua aku kemuliaan ini, Menjadi salah seorang insan pilihanMu Di dalam dunia Hamlatul Quran yang penuh dengan janji-janji manis di akhirat nanti Ibu bapaku bakal Kau pakaikan dengan mahkota sebagai hadiah perngorbanan mereka mendidikku mengenali kehidupan insani. Tidak mahukah engkau dibangkitkan dengan sinaran cahaya jernih yang terpancar pada wajah yang berseri-seri? Hamlatul Quran, alangkah beruntungnya dikau…! Sahabat-sahabat Al-Quran, Sudahkah Al-Quran menakluki jiwamu? Menjadi kekasihmu, buah hatimu yang tiada bertepi? Ataukah manusia yang masih bertakhta di sanubari? Ataukah kasih manusia yang masih kau damba? Pernahkah kau rasakan Al-Quran itu teman sejati? Adakah impianmu sekadar satu ilusi dalam fantasi… Yang implikasinya tidak sama dengan reality kehidupan Hamlatul Quran? Sahabatku… Ingatlah, kita dipertemukan kerana Al-Quran ukhwah mahabbah yang terjalin ini atas nama AL-Quran Dan semoga perpisahan kita adalah semata-mata untuk meneruskan perjuangan demi Al-Quran Ya Allah Jadikanlah kami Hamlatul Quran yang sejati dan hakiki Sebagai penyejuk mata, penawar hati setiap insan di muka bumi Agar kehadiranku di dunia ini bermakna Berkatilah aku dengan anugerah kemuliaan yang Kau beri Sesungguhnya kehidupan di dunia ini sungguh indah tidak terperi Dengan alunan ayat-ayat suci yang sentiasa bermain di mulut, di telinga dan di hati Lantas itu Ku pinta padaMu ya Ilahi Agar di saat-saat akhir hayatku Alunan kalamMu jua yang mengakhiri pemergianku Andai patah sayap, paruh menjadi tongkat:
|
khairulmukminah
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.01.2007 Ahli No: 28415
Posting: 180
Dari: Gombak, Selangor
|
Posting pada: 04-02-07 15:17
Assalamu'alaikum warahmatullah, Sebelum tu, saya minta maaflah, saya ni bukan ex-DQ tapi InsyaALLAH, saya nak masuk DQ tahun ni, ambil Diploma. InsyaALLAH, bulan depan baru ambil borang. So, kalau ada apa-apa pesanan untuk dijadikan panduan, saya mengalu-alukan sangat-sangat. Saya dah pernah apply tahun lepas, tapi tak ada rezeki. Saya dah try hafal 1 muka surat dalam 1 jam, tapi tak lepas,kiranya tak lancar untuk interview nanti. So, nak minta tipslah kepada yang berpengalaman. Saya akhiri dengan syukran jazilan wa khairan kathira....
|
kulidakwah
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.01.2007 Ahli No: 28113
Posting: 109
Dari: raub
|
Posting pada: 08-02-07 22:33
Pada 04-02-07 15:17 , khairulmukminah posting:!!! QUOTE !!! Assalamu'alaikum warahmatullah, Sebelum tu, saya minta maaflah, saya ni bukan ex-DQ tapi InsyaALLAH, saya nak masuk DQ tahun ni, ambil Diploma. InsyaALLAH, bulan depan baru ambil borang. So, kalau ada apa-apa pesanan untuk dijadikan panduan, saya mengalu-alukan sangat-sangat. Saya dah pernah apply tahun lepas, tapi tak ada rezeki. Saya dah try hafal 1 muka surat dalam 1 jam, tapi tak lepas,kiranya tak lancar untuk interview nanti. So, nak minta tipslah kepada yang berpengalaman. Saya akhiri dengan syukran jazilan wa khairan kathira.... salam 'alaik ya ukhti...... alhamdulillah....anti ada minat nak hafaz quran..... tentang hafalan ni...banyak bergantung pada seseorang... masa ana belajar dulu pun,ada sahabat ana ni yang betul-betul lambat menghafal... macam ni,tryla banyak-banyak buat solat hajat di tengah malam agar mudah menghafal,try latih diri menghafal ayat2 quran,kalau rasa putus asa....itu perkara biasa berlaku...dugaan dalam menghafal....bukan senang Allah nak bagi orang hafal kalam dia,sebab tu dia uji dulu...bila hati kita da rasa dekat dengan dia...insyallah...segala urusan hafalan kita jadi mudah... kemasukkan ke DQ besenya ramai....boleh juga try cwngan2 DQ di setiap negeri untuk masuk temuduga...mungkin lebih mudah...sebab tak banyak saingan.....anti negeri mana? semoga Allah mudahkan jalanmu untuk menjadi hafizah....amiiin ----------------- -aku berfahaman salaf,bermanhaj sunnah-
|
broshahir
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal
|
Posting pada: 08-02-07 23:42
kulidakwah ni hafiz ye?.. alhamdulillah...bagusnya
|
attuffah_humairah
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.04.2006 Ahli No: 24196
Posting: 217
Dari: Johor
|
Posting pada: 09-02-07 01:15
subhanallah!ana cukup kagum...hafiz...
|
ibn_wanza
Warga 4 Bintang Menyertai: 29.10.2005 Ahli No: 20172
Posting: 295
Dari: kelantan + terengganu
|
Posting pada: 09-02-07 08:06
untuk para huffaz dari pusat tahfiz lain boleh join tak?..
|
mohdnurhakimin
WARGA SETIA Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse
|
Posting pada: 09-02-07 10:55
Ana pun rasa macam nak join, boleh tak?
|
khairulmukminah
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.01.2007 Ahli No: 28415
Posting: 180
Dari: Gombak, Selangor
|
Posting pada: 09-02-07 15:04
Pada 08-02-07 22:33 , kulidakwah posting:!!! QUOTE !!! Pada 04-02-07 15:17 , khairulmukminah posting:!!! QUOTE !!! Assalamu'alaikum warahmatullah, Sebelum tu, saya minta maaflah, saya ni bukan ex-DQ tapi InsyaALLAH, saya nak masuk DQ tahun ni, ambil Diploma. InsyaALLAH, bulan depan baru ambil borang. So, kalau ada apa-apa pesanan untuk dijadikan panduan, saya mengalu-alukan sangat-sangat. Saya dah pernah apply tahun lepas, tapi tak ada rezeki. Saya dah try hafal 1 muka surat dalam 1 jam, tapi tak lepas,kiranya tak lancar untuk interview nanti. So, nak minta tipslah kepada yang berpengalaman. Saya akhiri dengan syukran jazilan wa khairan kathira....
salam 'alaik ya ukhti...... alhamdulillah....anti ada minat nak hafaz quran..... tentang hafalan ni...banyak bergantung pada seseorang... masa ana belajar dulu pun,ada sahabat ana ni yang betul-betul lambat menghafal... macam ni,tryla banyak-banyak buat solat hajat di tengah malam agar mudah menghafal,try latih diri menghafal ayat2 quran,kalau rasa putus asa....itu perkara biasa berlaku...dugaan dalam menghafal....bukan senang Allah nak bagi orang hafal kalam dia,sebab tu dia uji dulu...bila hati kita da rasa dekat dengan dia...insyallah...segala urusan hafalan kita jadi mudah...
kemasukkan ke DQ besenya ramai....boleh juga try cwngan2 DQ di setiap negeri untuk masuk temuduga...mungkin lebih mudah...sebab tak banyak saingan.....anti negeri mana? semoga Allah mudahkan jalanmu untuk menjadi hafizah....amiiin
Wa'alaikumussalam warahmatullah, syukran jazilan wa khairan kathira atas nasihat tersebut yang cukup berguna. Buat masa ni saya cuba selalu bersama dengan Al-Quran, InsyaAllah. Saya dr Damansara Utama, Selangor, lebih kurang 2 jam perjalanan ke Kuala Kubu Bharu tu, sebab tu saya nak apply kat situ, tak jauh sangat, tapi kalau anta ada apa-apa cadangan lain, saya alu2kan sebab saya masih banyak lagi tak tahu tentang perihal ni, terutamanya macam mana perjalanan sebenar hidup seorang Hamlatul Quran. saya tak banyak kawan yang hafizah, segelintir sahaja, Alhamdulillah, dapat juga menimba ilmu daripada anta. Syukran sekali lagi. Wassalam....
|
syuhada_islamic
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.11.2005 Ahli No: 20310
Posting: 93
Dari: kelantan
|
Posting pada: 09-02-07 16:29
assalamualikum... ana memang cukup2 kagum dengan para huffaz... tabah nya mereka menjunjung kalam ALLAH... ana juga ada cita cita nak masuk DQ tahun ni..ambik diploma...insyaALLAH... boleh tak critakan peluang2 selepas habis diploma kat DQ? ana baru saja habis ambik spm..ana bklaja kat maahad muhammadi perempuan,kota bharu,kelantan.. 'alaa kulli haal..syukran jazilan diucapkan... wassalam...
|
khairulmukminah
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.01.2007 Ahli No: 28415
Posting: 180
Dari: Gombak, Selangor
|
Posting pada: 09-02-07 17:38
Wa'alaikumussalam warahmatullah, Alhamdulillah, student Ma'ahad Muhammadi rupanya. InsyaAllah, lazimnya pelajar2 Kelantan adalah 1st choice yang terpilih untuk menjadi student DQ. Ini mengikut kata sahabat saya yang ada di DQ tulah. Peratusan pelajar DQ yang teramai adalah dr Kelantan. Mmm....mesti lebih bersemangat ukhti lepas ni nak masuk DQ. Sebenarnya saingan terhebat bagi pelajar2 dr tempat lain adalah pelajar Kelantan. So, wish you the best! Mmm....melalut pula saya ni sedangkan ukhti bertanyakan tentang lain, saja nak menaikkan semangat ukhti. Baiklah, lazimnya, lulusan DQ akan melanjutkan pengajian ke luar negara, contohnya Al-Azhar, Mekah, Jordan, Syria & macam-macam tempat lagi. seperti sahabat saya yang sekarang ni sedang menjalani final exam kat DQ, dia akan ke Al-Azhar. Bagi banin pula, ada yang ke Universiti Islam Madinah sebab universiti tu khas untuk muslimin saja, rasanya ukhti tahu agaknya. Lepas tu, untuk universiti kat Mekah pula, boleh belajar kat sana tapi salah satu syarat kemasukannya ialah pelajar yang memohon mestilah yang sudah berkahwin, rasanya pergi belajar dengan zaujun tu sekali, itu setakat yang saya tahulah. Tapi, kalau zaujun tu belajar kat Universiti Islam Madinah, boleh juga, cuma terpaksa berjauhan lah sikit. Itu sekadar panduan masa depan.
|
khairulmukminah
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.01.2007 Ahli No: 28415
Posting: 180
Dari: Gombak, Selangor
|
Posting pada: 09-02-07 17:46
Ok, sambung lagi ye, nak sambung kat situ, nanti pjg sangat pula. Ok, setahu saya kalau dapat belajar kat Mekah tu, InsyaAllah boleh dapat biasiswa, tapi saya tak pasti untuk tahun pertama, sebab ada kawan saya kata untuk tahun pertama mungkin kena biayai sendiri, tahun berikutnya baru boleh dapat biasiswa. kalau kat Syria tu, memang kena bayar sendirilah, tapi nak mohon biasiswa ni sememangnya boleh, yang penting result excellent. Tapi, ada juga lulusan DQ yang belajar kat Malaysia saja, kebanyakannya ke UIA, KUIM(sekarang ni dah tukar nama, tapi tak pasti nama apa),UKM & tempat-tempat lain. Mmm....kalau ada-ada persoalan lagi, bolehlah tanya, InsyaAllah, setakat mana yang saya boleh jawab untuk membantu ukhti.
|
akwa
WARGA SETIA Menyertai: 23.11.2005 Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu
|
Posting pada: 09-02-07 19:29
Pada 09-02-07 08:06 , ibn_wanza posting:!!! QUOTE !!! untuk para huffaz dari pusat tahfiz lain boleh join tak?.. kalau ibn_wanza nak join...saya pun nak join jugalah... good luck to all the huffaz.... ----------------- bekerjalah bersungguh-sungguh seolah-olah hidup selama-lamanya,beribadatlah dengan ikhlas seolah-olah mati esok hari.
|
miss_farhana
Warga 4 Bintang Menyertai: 29.06.2006 Ahli No: 25002
Posting: 325
Dari: berpijak pada bumi Tuhan,berbumbungkan langit Tuhan
|
Posting pada: 09-02-07 21:45
salam bagusnya jadi huffaz ni... ana pun bercita-cita nak hafaz quran juga.. ana ambil spm taun lepas...lepas itu ada lah apply darul quran tapi tak ada rezeki dalam ramai-ramai minta school ana...4 org saja dapat huhu insyaALLAH ana nak try apply lagi
|
kulidakwah
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.01.2007 Ahli No: 28113
Posting: 109
Dari: raub
|
Posting pada: 09-02-07 23:28
Pada 09-02-07 16:29 , syuhada_islamic posting:!!! QUOTE !!! assalamualikum... ana memang cukup2 kagum dengan para huffaz... tabah nya mereka menjunjung kalam ALLAH... ana juga ada cita cita nak masuk DQ tahun ni..ambik diploma...insyaALLAH... boleh tak critakan peluang2 selepas habis diploma kat DQ? ana baru saja habis ambik spm..ana bklaja kat maahad muhammadi perempuan,kota bharu,kelantan..
'alaa kulli haal..syukran jazilan diucapkan... wassalam... salam 'alaik..... terima kasih kepada Allah s.w.t dan tahniah buat adik ni yang ada niat nak jadi hafizah...... pasal peluang belajar selepas diploma tahfiz ni banyak.... 1)boleh sambung untuk semua kos ijazah pertama pengajian islam di ukm,usim(kuim)uia,um....ipts pula...kuis,kuin....semuanya untuk tahun pertama 2)^luar negara...al-azhar -tahun 4 di fakulti usuluddin al-Azhar dalam pengkhususan Tafsir & ulum Quran -tahun pertama pengkhususan al-quran dan qiraat ^universiti madinah...besenya untuk lelaki...ada juga untuk perempuan di umul qura.... 3)ada juga lulusan diploma tahfiz ambil bidang bukan pengajian islam di universiti tempatan,macam perbankan muamalat,matematik...tapi result spm masti strong.... mmmm.....sebenarnya...yang ramai masuk DQ dari budak kelantan tu,kebanyakkan daripada mereka ni da hafiz...sebab kelantan banyak sek tahfiz..... kalau adik jenis yang mudah menghafal...insyallah...tak jadi masalah........ ----------------- -aku berfahaman salaf,bermanhaj sunnah-
|
kulidakwah
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.01.2007 Ahli No: 28113
Posting: 109
Dari: raub
|
Posting pada: 09-02-07 23:33
Pada 09-02-07 19:29 , akwa posting:!!! QUOTE !!! Pada 09-02-07 08:06 , ibn_wanza posting:!!! QUOTE !!! untuk para huffaz dari pusat tahfiz lain boleh join tak?..
kalau ibn_wanza nak join...saya pun nak join jugalah... good luck to all the huffaz....
salam 'alaik....boleh saja...yang bukan tahfiz dan nak jadi tahfiz pun sangat dialu-alukan...... ----------------- -aku berfahaman salaf,bermanhaj sunnah-
|
nur_qalam84
Warga Rasmi Menyertai: 07.10.2006 Ahli No: 26811
Posting: 17
Dari: perlembahan sg.Nil,egypt
|
Posting pada: 09-02-07 23:34
assalamualaikum.... ...salam ukhwah buat semua ahli2 ukhwah... ana lepasan Diploma Tahfiz Kuala Kubu Baru..di bawah maahad tahfiz negeri (MTANT),sekarang dalam tahun 2 Takhassus al-Quran wal qiraat UNiversiti Al-Azhar cawangan Mansurah.. sekadar pesanan buat kawan-kawan yang hammalatul quran... sama-samalah kita mnjaga kalam Allah ini sebab hanya kita saja yang tahu betapa susah,peritnya dalam kita nak mnghbiskan hafalan 30Juz.... cuma yang ana ingat pesanan ustaz maahad... 'Kalau al-quran xcair lagi di mulut dalam tempoh 10 tahun,tanpa ada usaha untuk mengingatinya...maka sia-sialah hafalan selama ini,,, jadi samalah muhasabah diri.... Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya -- Ibnu Abbas
|
kulidakwah
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.01.2007 Ahli No: 28113
Posting: 109
Dari: raub
|
Posting pada: 09-02-07 23:41
Pada 09-02-07 21:45 , miss_farhana posting:!!! QUOTE !!! salam
bagusnya jadi huffaz ni... ana pun bercita-cita nak hafaz quran juga.. ana ambil spm taun lepas...lepas itu ada lah apply darul quran tapi tak ada rezeki dalam ramai-ramai minta school ana...4 org saja dapat huhu insyaALLAH ana nak try apply lagi salam 'alaik....... bukan semua orang ALLAH nak bagi jadi hafiz...bukan mudah nak jaga kalam Dia....tapi kalau ada kesungguhan...insyallah.... Dia akan bantu...."kamu jaga jalan Allah,Allah jaga jalan kamu" ----------------- -aku berfahaman salaf,bermanhaj sunnah-
|
kulidakwah
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.01.2007 Ahli No: 28113
Posting: 109
Dari: raub
|
Posting pada: 09-02-07 23:41
Pada 09-02-07 21:45 , miss_farhana posting:!!! QUOTE !!! salam
bagusnya jadi huffaz ni... ana pun bercita-cita nak hafaz quran juga.. ana ambil spm taun lepas...lepas itu ada lah apply darul quran tapi tak ada rezeki dalam ramai-ramai minta school ana...4 org saja dapat huhu insyaALLAH ana nak try apply lagi salam 'alaik....... bukan semua orang ALLAH nak bagi jadi hafiz...bukan mudah nak jaga kalam Dia....tapi kalau ada kesungguhan...insyallah.... Dia akan bantu...."kamu jaga jalan Allah,Allah jaga jalan kamu" ----------------- -aku berfahaman salaf,bermanhaj sunnah-
|
sof_wan88
Warga 3 Bintang Menyertai: 21.01.2007 Ahli No: 28277
Posting: 127
Dari: Melaka
|
Posting pada: 10-02-07 00:00
dulu ana ada juga hasrat nak masuk dq tapi tak ada rezeki kan mungkin akan datang ana akan sambung penajian tahfiz ni
|
khairulmukminah
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.01.2007 Ahli No: 28415
Posting: 180
Dari: Gombak, Selangor
|
Posting pada: 10-02-07 00:37
Assalamu'alaikum warahmatullah, kepada mereka yang nak apply semula DQ, InsyaAllah borang akan keluar lepas keluarnya result SPM nanti. Result SPM akan keluar pada 28 Feb ni. So, alertlah lepas tu. Semoga niat suci kita akan diredhai Allah....
|
kulidakwah
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.01.2007 Ahli No: 28113
Posting: 109
Dari: raub
|
Posting pada: 10-02-07 11:58
kepada sahabat2 huffaz sekalian..... baru-baru ni ana ada sembang dengan seorang pensyarah(bukan fakulti pengajian islam)...dia cakap,"pelajar2 agama sekarang ni terutamanya tahfiz...kurang pandai atau mahir dalam bidang it...sayang sekali kalau mereka ni tak memahirkan diri dengan teknologi yang boleh di gunakan untuk berdakwah,orang anggap sekarang ni budak hafiz kerjanya jadi imam,baca doa,dan yang berkaiatan dengan aktiviti keagamaan......." ana jawabla..."ada saja yang pandai puan"...dia jawab.."yang pandai tu sikit sangat....saya ajar it untuk budak-budak tahfiz....supaya mereka ni boleh berdakwah guna teknologi yang ada ni,kat internet terutamanya...tapi yang mengecewakan saya,ada yang saya dengar,bosanla belajar,tak ada kaitan dengan diorangla,nak dakwah tak ada kaitan dengan it....".......ni sebahagian dari perbualan ana dengan pensyarah tersebut.....ana harapkan,agar huffaz sekalian memahirkan diri antum sekalian untuk berdakwah dalam internet..jangan setakat pandai anta e-mail,chatting yang tak tentu arah saja,,...tapi lebih dari tu....cari maklumat2 untuk sebarkan dakwah2 islam...cara dakwah perlu berubah....jangan hanya kita ni hebat dan cair quran di mulut sahaja....jadilah orang boleh bagi manfaat pada orang lain,dan bukan yang memberi kesusahan atau yang tidak memberi apa-apa kepada orang lain ----------------- -aku berfahaman salaf,bermanhaj sunnah-
|
mohdnurhakimin
WARGA SETIA Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse
|
Posting pada: 10-02-07 20:58
Pada 09-02-07 23:34 , nur_qalam84 posting:!!! QUOTE !!!
... sekadar pesanan buat kawan-kawan yang hammalatul quran... sama-samalah kita mnjaga kalam Allah ini sebab hanya kita saja yang tahu betapa susah,peritnya dalam kita nak mnghbiskan hafalan 30Juz...
cuma yang ana ingat pesanan ustaz maahad... 'Kalau al-quran xcair lagi di mulut dalam tempoh 10 tahun,tanpa ada usaha untuk mengingatinya...maka sia-sialah hafalan selama ini!
jadi samalah muhasabah diri....
Takutnya!
|
gingie
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13215
Posting: 309
|
Posting pada: 10-02-07 21:56
Pada 10-02-07 00:37 , khairulmukminah posting:!!! QUOTE !!! Assalamu'alaikum warahmatullah, kepada mereka yang nak apply semula DQ, InsyaAllah borang akan keluar lepas keluarnya result SPM nanti. Result SPM akan keluar pada 28 Feb ni. So, alertlah lepas tu. Semoga niat suci kita akan diredhai Allah.... sorry.. lari tajuk... cuma nak tanya.. khairulmukminah, confirm ke result spm keluar 28 feb..? mana tau..? bukan apa, sebab rata2, orang kata 13 march... ----------------- ~ He knows the treachery of the eyes and that which the mind conceals ~
|
kulidakwah
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.01.2007 Ahli No: 28113
Posting: 109
Dari: raub
|
Posting pada: 11-02-07 09:25
Pada 10-02-07 21:56 , gingie posting:!!! QUOTE !!! Pada 10-02-07 00:37 , khairulmukminah posting:!!! QUOTE !!! Assalamu'alaikum warahmatullah, kepada mereka yang nak apply semula DQ, InsyaAllah borang akan keluar lepas keluarnya result SPM nanti. Result SPM akan keluar pada 28 Feb ni. So, alertlah lepas tu. Semoga niat suci kita akan diredhai Allah....
sorry.. lari tajuk...
cuma nak tanya.. khairulmukminah, confirm ke result spm keluar 28 feb..? mana tau..? bukan apa, sebab rata2, orang kata 13 march...
salam alaik..... buat gingie....mesti nanti berdebar2 result spm nak keluar....hehehe nanti boleh lah apply DQ ----------------- -aku berfahaman salaf,bermanhaj sunnah-
|
khairulmukminah
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.01.2007 Ahli No: 28415
Posting: 180
Dari: Gombak, Selangor
|
Posting pada: 11-02-07 16:36
Pada 10-02-07 21:56 , gingie posting:!!! QUOTE !!! Pada 10-02-07 00:37 , khairulmukminah posting:!!! QUOTE !!! Assalamu'alaikum warahmatullah, kepada mereka yang nak apply semula DQ, InsyaAllah borang akan keluar lepas keluarnya result SPM nanti. Result SPM akan keluar pada 28 Feb ni. So, alertlah lepas tu. Semoga niat suci kita akan diredhai Allah....
sorry.. lari tajuk...
cuma nak tanya.. khairulmukminah, confirm ke result spm keluar 28 feb..? mana tau..? bukan apa, sebab rata2, orang kata 13 march...
Mmm...saya dapat tahu daripada mereka yang tengah tunggu result juga. Tapi tak mengapa,mana-mana pun, tunggu sajalah ye. kalau boleh, nanti bila result SPM dah keluar, beritahulah tarikhnya ye, saya pun nak kena alert juga. Ma'assalamah...
|
gingie
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13215
Posting: 309
|
Posting pada: 11-02-07 18:15
Pada 11-02-07 09:25 , kulidakwah posting:!!! QUOTE !!! Pada 10-02-07 21:56 , gingie posting:!!! QUOTE !!! Pada 10-02-07 00:37 , khairulmukminah posting:!!! QUOTE !!! Assalamu'alaikum warahmatullah, kepada mereka yang nak apply semula DQ, InsyaAllah borang akan keluar lepas keluarnya result SPM nanti. Result SPM akan keluar pada 28 Feb ni. So, alertlah lepas tu. Semoga niat suci kita akan diredhai Allah....
sorry.. lari tajuk...
cuma nak tanya.. khairulmukminah, confirm ke result spm keluar 28 feb..? mana tau..? bukan apa, sebab rata2, orang kata 13 march...
salam alaik..... buat gingie....mesti nanti berdebar2 result spm nak keluar....hehehe nanti boleh lah apply DQ
ye ye... memang berdebar2.. tapi untuk apply DQ.. rasanya tak layak.. orang kata, ukur baju di badan sendiri...  tapi, saya turut bergembira bila 2 orang kawan saya terpilih untuk masuk DQ.. dan yang bakal masuk DQ, semoga berjaya! Salam.. ----------------- ~ He knows the treachery of the eyes and that which the mind conceals ~
|
gingie
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13215
Posting: 309
|
Posting pada: 11-02-07 18:19
khairulmukminah wrote: !!! QUOTE !!! Mmm...saya dapat tahu daripada mereka yang tengah tunggu result juga. Tapi tak mengapa,mana-mana pun, tunggu sajalah ye. kalau boleh, nanti bila result SPM dah keluar, beritahulah tarikhnya ye, saya pun nak kena alert juga. Ma'assalamah... thanks, khairulmukminah... saudari nak apply DQ kan..? semoga berjaya! Salam..  ----------------- ~ He knows the treachery of the eyes and that which the mind conceals ~
|
khairulmukminah
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.01.2007 Ahli No: 28415
Posting: 180
Dari: Gombak, Selangor
|
Posting pada: 11-02-07 18:20
Syukran jazilan wa khairan kathira....semoga berjaya juga untuk adik gingie. Ukhwah Fillah Abadan Abada.....
|
ibn_wanza
Warga 4 Bintang Menyertai: 29.10.2005 Ahli No: 20172
Posting: 295
Dari: kelantan + terengganu
|
Posting pada: 11-02-07 18:59
sekadar bertanya, biasanya para huffaz hafizah ni baca al-quran berapa juzu' dalam sehari?..kalau kita baca kurang dari bacaan biasa, betul ke orang kata kita akan lupa?...kalau ada yang sudi berkongsi,ahlan wa sahlan..
|
lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA Menyertai: 02.02.2006 Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor
|
Posting pada: 11-02-07 21:08
salam~ buat khairulmukminah..akak ucapkan good luck untuk adik..sebab akak pernah alami pengalaman macam adik..tapi sayang..akak lepaskan peluang akak.tapi akak percaya apa yang Allah tentukan ada sebabnya.. tahun lepas..akak paling bersemangat nak apply dq lepas spm..tapi program diploma lah..akak da isi semua borang..tapi bila nak hantar masuk dalam peti pos..akak tetiba rasa takut dan tak yakin..sedangkan ada seorang member akak ni apply juga..tapi waktu tu dy tak bersungguh sangat..tapi dy hantar juga..akak saja yang tak hantar..last2 dy dapat pergi tmuduga dan terpilih untuk jadi salah sorgg hammlatul quran..ramai juga marahkan akak sebab tak hantar borg tu termasuk family dan member baik akak tu.. tapi alhamdulillah.. sekarang da ok..akak pun da masuk uia.. tapi kekdg menyesal juga tak hantar borg dq..tapi takpelah..memang ada hikmah di sebalik semua ni.. untuk adik,akak harap adik dapat seperti yang adik impikan.. akak sentiasa doakan adik..ok dik... good luck! wassalam~
|
khairulmukminah
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.01.2007 Ahli No: 28415
Posting: 180
Dari: Gombak, Selangor
|
Posting pada: 11-02-07 21:21
Syukran jazilan wa khairan kathira, Kak Mursyidah... Terima kasih banyak-banyak atas sokongan akak tu, saya hargai sangat. InsyaAllah, saya akan cuba yang terbaik untuk permohonan kali ni. Takut tu ada juga, tapi InsyaAllah saya akan cuba tabahkan hati. Akak kat Gombak @ Kuantan sekarang ni? Akak course apa ye?
|
broshahir
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal
|
Posting pada: 12-02-07 00:49
hmm.. setiap yang berlaku ada hikmahnya kan....
|
lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA Menyertai: 02.02.2006 Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor
|
Posting pada: 13-02-07 13:02
salam~ akak baru kat uia pj dik... insyaAllah akan ke gombak tahun 2008 nanti...doakan akak ye dik.. wassalam~
|
mujahidah_ansorullah
Warga Rasmi Menyertai: 28.04.2004 Ahli No: 8683
Posting: 10
Dari: johor
|
Posting pada: 13-02-07 13:52
Assalamu'alaikum... kepada para huffaz, semoga diberi kekuatan untuk menjaga kalam Allah , semoga diberi kekuatan untuk menjadi hamlatul Quran, orang yang menjaga Al-Quran dan mengaplikasikannya dalam kehidupan,Al-Quran ni diibaratkan seperti unta liar, susah hendak ditangkap, tapi bila kita dah dapat, jika tidak dijaga dengan betul, ia akan mudah lari. Pada akhir zaman ni, golongan yang menghafal Al-Quran memang ramai, tetapi berapa ramai yang betul-betul menjaga dan menterjemahkannya dalam kehidupan sehari-harian. Semasa ana mengaji di DQ, ustaz selalu berpesan, untuk menghafal Al-Quran merupakan sesuatu yang sukar, tetapi untuk menjaga hafalan itu terlebih-lebih lagi sukarnya. Selepas beberapa tahun meninggalkan bumi barakah DQ, ana semakin mengerti. Di tambah pula dengan tanggungjawab kita yang lain, jika kita tidak betul-betul istiqomah, mungkin Al-QUran itu akan terlalai dan kurang diberi perhatian. Antara study dan juga menjaga aL-qUran, kadang-kadang kita tersepit dalam dilema ini, tapi bagi ana, jika hubungan dengan Al-Quran baik, insya Allah, Allah akan permudahkan urusan kita untuk menuntut ilmu. Kepada sesiapa yang berhajat untuk menjadi hamlatul Quran, apa yang penting ialah keikhlasan. Di sepanjang jalan ini, kita akan diuji, diuji dengan kesusahan untuk menghafal, juga diuji dengan kepantasan hafalan. Sama ada cepat atau lambat, yang penting ikhlas. Insya Allah jika kita ikhlas, kita akan terasa berkat Al-QUran itu. Just reminder for myself, supaya ditetapkan hati untuk terus istiqomah dalam menjaga Al-Quran dan mengaplikasikannya. Ana mengaji di DQ tak lama, cuma setahun setengah, ana ikut program persijilan tahfiz join venture between UIA dan Darul Quran. Sahabat-sahabat yang mengikuti program diploma selama 3 tahun tentulah lebih lama masa pengajiannya dan mungkin lebih mantap. Apapun, semoga kita semua dapat mendukung misi untuk melahirkan generasi Al-QUran yang unik. Untuk menjadi generasi yang unik, ilmu itu sangat penting. Kita perlu menggunakan kaedah holistic approach, pendekatan secara keseluruhan, untuk menyampaikan dakwah kepada umum. Semoga hati-hati kita semua diteguhkan dengan kalimah Allah yang mulia dan semoga Al-Quran yang kita jaga ini tidak menjadi fitnah untuk diri kita, di dunia dan juga di hari akhir nanti. Khairukum man ta'allamal Quran wa 'allamah
|
gingie
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13215
Posting: 309
|
Posting pada: 15-02-07 22:43
Pada 11-02-07 16:36 , khairulmukminah posting:!!! QUOTE !!! Mmm...saya dapat tahu daripada mereka yang tengah tunggu result juga. Tapi tak mengapa,mana-mana pun, tunggu sajalah ye. kalau boleh, nanti bila result SPM dah keluar, beritahulah tarikhnya ye, saya pun nak kena alert juga. Ma'assalamah... Salam.. tak tau lah betul ke tak.. tapi.. baru dapat sms daripada kawan, katanya result spm keluar 11 march.. tak pasti.. ----------------- ~ He knows the treachery of the eyes and that which the mind conceals ~
|
ToK_iMaM
Warga 4 Bintang Menyertai: 05.06.2003 Ahli No: 1071
Posting: 183
Dari: ...NeGeRi $eRaMbI MeK@H... ®..::iSLaM iS Da WaY oF LiFe ::..©..:: IIUM ::..
|
Posting pada: 19-02-07 22:15
salam... hurm... maaf lah kalau ana tetiba masuk kat laman ex darul quran ini.. hemm.. ana ada rami juga kawan-kawan DQ ini...harap-harap semua nya berkualiti... insyaALLAH... semoga ISLAM terus disinari dengan alunan2 al-quran...  ----------------- Ketahuilah kiranya kebahagiaan orang yang dikuasai oleh kemalasan, maka beratlah mereka untuk berjuang, berlatih dan bekerja untuk sucikan diri dan akhlak.
|
kulidakwah
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.01.2007 Ahli No: 28113
Posting: 109
Dari: raub
|
Posting pada: 26-02-07 23:24
Pada 19-02-07 22:15 , ToK_iMaM posting:!!! QUOTE !!! salam... hurm... maaf lah kalau ana tiba-tiba masuk kat laman ex darul quran ini.. hemm.. ana ada rami juga kawan-kawan DQ ini...harap-harap semua nya berkualiti... insyaALLAH... semoga ISLAM terus disinari dengan alunan2 al-quran...
kenapa tok imam cakap begitu?? ----------------- -aku berfahaman salaf,bermanhaj sunnah-
|
zilzal
WARGA SETIA Menyertai: 12.03.2006 Ahli No: 23382
Posting: 854
Dari: somewhere in jordan
|
Posting pada: 06-03-07 14:16
semoga dapat kenang balik kisah2 lama kat dq...
|
kulidakwah
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.01.2007 Ahli No: 28113
Posting: 109
Dari: raub
|
Posting pada: 09-03-07 16:24
Pada 06-03-07 14:16 , zilzal posting:!!! QUOTE !!! semoga dapat kenang balik kisah2 lama kat dq... kenangan terindah...hehehehe ----------------- -aku berfahaman salaf,bermanhaj sunnah-
|
nur_11
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.09.2006 Ahli No: 26258
Posting: 80
Dari: malaysia
|
Posting pada: 03-10-07 15:11
boleh saya tahu cwngan dq atau bawah dq selain kuala kubu kat mana lagi ye...
|
zilzal
WARGA SETIA Menyertai: 12.03.2006 Ahli No: 23382
Posting: 854
Dari: somewhere in jordan
|
Posting pada: 23-10-07 21:09
kat selangor ada...maahad tahfiz alquran wal qiraat istana alaudin ...matisdar....
|
mutara
Warga Rasmi Menyertai: 27.03.2005 Ahli No: 15351
Posting: 16
Dari: Bumi syam
|
Posting pada: 17-12-07 16:58
Pada 23-10-07 21:09 , zilzal posting:!!! QUOTE !!! kat selangor ada...maahad tahfiz alquran wal qiraat istana alaudin ...matisdar.... Assalamualaikum untuk pengetahuan, MATISDAR dah tak ada ( di tutup ). generasi terakhir semuanya dah di hantar ke DQ kuala kubu tahun 2005 dan sekarang ni mereka semua dah konvo bulan 8/2006 dan 2007 baru-baru ni... untuk maahad negeri yang lain ( bawah pantauan majlis agama negeri ) setakat ni masih ada lagi seperti di kelantan, penang,negara sembilan hanya untuk pelajar lelaki sahaja... actlly DQ kuala kubu pusat utama kepada maahad tahfiz negeri.. bagi sesiapa yang ada maklumat terkini tentang maahad tahfiz yang ada join dengan DQ kuala kubu mungkin boleh dikongsikan bersama...
|
mutara
Warga Rasmi Menyertai: 27.03.2005 Ahli No: 15351
Posting: 16
Dari: Bumi syam
|
Posting pada: 17-12-07 17:17
kenangan kat DQ memang terlalu indah... yang pahit yang manis semuanya ada... sentiasa mnyemai ukhwah walaupun adakalanya ada hati yang 'terluka'... sehinggakan kehilangan seorang sahabat satu ketika dulu hingga kini masih terasa... bertuahlah bagi mereka yang telah dipilih Allah untuk menjadi salah seorang hamlatul Quran.. tapi kita kena ingat tanggungjawab kita sebagai hamlatul Quran bukan sekadar menghafaz sahaja malah perlu mentadabbur, mengajar dan praktik kembali dalam kehidupan seharian... hidup ini indah jika segalanya kerana Allah....
|
dziaulhaq
WARGA SETIA Menyertai: 10.11.2004 Ahli No: 12403
Posting: 563
Dari: perut IBU
|
Posting pada: 24-12-07 01:53
:: ex-MTQN  -----------------
|
lamyanunalif_mursyidah
WARGA SETIA Menyertai: 02.02.2006 Ahli No: 22391
Posting: 1128
Dari: selangor
|
Posting pada: 24-12-07 02:13
Pada 11-02-07 21:21 , khairulmukminah posting:!!! QUOTE !!! Syukran jazilan wa khairan kathira, Kak Mursyidah... Terima kasih banyak-banyak atas sokongan akak tu, saya hargai sangat. InsyaAllah, saya akan cuba yang terbaik untuk permohonan kali ni. Takut tu ada juga, tapi InsyaAllah saya akan cuba tabahkan hati. Akak kat Gombak @ Kuantan sekarang ni? Akak course apa ye? salam'alaik buat adik.. rindunye kat adik.. adik kat mana ye sekarang?
|
albarlasy
Warga 4 Bintang Menyertai: 13.08.2005 Ahli No: 18103
Posting: 248
Dari: dunia fana'
|
Posting pada: 24-12-07 20:04
Pada 10-02-07 11:58 , kulidakwah posting:!!! QUOTE !!! kepada sahabat2 huffaz sekalian..... baru-baru ni ana ada sembang dengan seorang pensyarah(bukan fakulti pengajian islam)...dia cakap,"pelajar2 agama sekarang ni terutamanya tahfiz...kurang pandai atau mahir dalam bidang it...sayang sekali kalau mereka ni tak memahirkan diri dengan teknologi yang boleh di gunakan untuk berdakwah,orang anggap sekarang ni budak hafiz kerjanya jadi imam,baca doa,dan yang berkaiatan dengan aktiviti keagamaan......." ana jawabla..."ada saja yang pandai puan"...dia jawab.."yang pandai tu sikit sangat....saya ajar it untuk budak-budak tahfiz....supaya mereka ni boleh berdakwah guna teknologi yang ada ni,kat internet terutamanya...tapi yang mengecewakan saya,ada yang saya dengar,bosanla belajar,tak ada kaitan dengan diorangla,nak dakwah tak ada kaitan dengan it....".......ni sebahagian dari perbualan ana dengan pensyarah tersebut.....ana harapkan,agar huffaz sekalian memahirkan diri antum sekalian untuk berdakwah dalam internet..jangan setakat pandai anta e-mail,chatting yang tak tentu arah saja,,...tapi lebih dari tu....cari maklumat2 untuk sebarkan dakwah2 islam...cara dakwah perlu berubah....jangan hanya kita ni hebat dan cair quran di mulut sahaja....jadilah orang boleh bagi manfaat pada orang lain,dan bukan yang memberi kesusahan atau yang tidak memberi apa-apa kepada orang lain
ish,mereka cakap saja lebih.padahal bukan tau Apa pun... mari datang ke shoubra ni tengok bagaimana,jangan kata bab-bab menaip saja,siap pasang sendiri saja komputer ni... jangan lah kerana tengok seorang insan saja terus menghukum semua sekali... kat mesir ni bersepah2 budak hafiz hebat komputer,kalau setakat nak buka kedai komputer balik nanti memang tak ada masalah lah...  kuli dakwah ni sekarang study mana??
|
albarlasy
Warga 4 Bintang Menyertai: 13.08.2005 Ahli No: 18103
Posting: 248
Dari: dunia fana'
|
Posting pada: 24-12-07 20:07
amboi,ramai rupa-rupanya adik2 lepasan spm kat sini ek...
|
Afina
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.09.2006 Ahli No: 26223
Posting: 219
Dari: Perak
|
Posting pada: 24-12-07 23:37
 ..... saya bukan ex-DQ, tapi ustaz saya dr DQ klate dan dia org kedah.... sekarang bertugas sebagai pegawai agama di uni saya.... erm....saya rasa ramai huffaz lahir dr klate.... rasanya kat klate yang terkenal DQ dan Darul Falah.....
|
sumaiyyah_mujahidah
Warga 3 Bintang Menyertai: 05.06.2003 Ahli No: 1070
Posting: 104
Dari: PeNang...SeLaNgOr
|
Posting pada: 05-01-08 01:24
ana student Darul Quran sekarang ini, semester 2 diploma. boleh ke join sebab topik ini untuk tak-DQ.  akh kulidakwah ini batch bila? berdamping dengan Quran sentiasa memang suatu perkara yang baik dan boleh menenangkan jiwa kita, tapi nak menjaga setiap kalam Allah yang telah dihafaz itu satu tanggungjawab yang begitu mencabar. tersilap langkah, Allah boleh tarik kelebihan tu bila-bila masa yang DIA kehendakkan. itulah yang paling ditakuti. minta Allah jauhkan semua ini dari kita..ameen. p/s: berikan tips i'adah sikit. jazakallah khairan kathira.. ilalliqa' ----------------- ::Jika ketenangan & keredhaanNYA yang dicari, Allah akan terus uji hati kita hingga pada suatu masa kita akan rasa indahnya tawakal kepadaNYA::
|